1.0
Pengenalan Skoliosis adalah suatu masalah kelainan bentuk pada tulang belakang dimana terjadinya pembengkokan (deviation) tulang belakang ke arah lateral kiri atau kanan (Afrian Faturrahman, 2013).
Menurut Rahayussalim pula, skoliosis adalah suatu
kelainan bentuk pada tulang belakang dimana terjadi pembengkokan tulang belakang ke arah lateral kiri atau kanan. Kelainan Skoliosis ini dilihat biasa dan sederhana, namun apabila diamati lebih teliti, skoliosis terjadi dengan perubahan luar biasa pada tulang belakang akibat perubahan bentuk (deformity) tulang belakang secara tiga dimensi, iaitu perubahan pada struktur penyokong tulang belakang seperti tetisu lembut sekitarnya dan struktur lainnya (Rahayussalim, 2007). Menurut satu kajian tentang penyarigan visual pada kanak-kanak sekolah yang dijalankan oleh Dilay Acil dari Universiti Dokuz Eylul, Turki dan Dr. Sultan Ayaz dari Jabatan Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Gazi Ankara Turki pada March 2014, mendapati sekitar 39.2% dari jumlah 74 orang pelajar mengalami risiko skoliosis. Justeru, kajian kes ini adalah berkenaan dengan kes skoliosis yang terdapat pada salah seorang remaja yang mengalami tanda visual skoliosis yang datang kerana dirujuk oleh Pegawai Perubatan ketika saringan menggunakan scoliometer dijalankan.
1
1.1
Pernyataan Masalah Nama : PAVITIRAN A/L SARAVANA Tarikh Lahir : 16/11/2004 Berat : 31.3 kilogram(kg) Tinggi : 1.4 meter(m) BMI : 15.96 kg/m² Ketika memeriksa pelajar bernama Pavitiran a/l Saravana ini dengan kaedah “Adam’s forward bending test” ini, didapati terdapat kehadiran “hump” pada bahagian kanan dengan ukuran 7° darjah pada scoliometer yang digunakan. Saringan ke atas pelajar ini dilakukan sebanyak tiga kali sebelum rujukan seterusnya dibuat. Pelajar berkenaan telah dirujuk oleh Pegawai Perubatan yang bertugas, ke Klinik Ortopedik (Klinik Spine) Hospital Taiping.
2
2.0
Pencarian Literatur 2.1 Keratan Berita Sumber: (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=507454) KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Masalah skoliosis atau penyakit bengkok tulang belakang di kalangan murid tiada kaitan dengan membawa beg sekolah yang berat. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kajian pengesanan skoliosis di kalangan murid Tahun Enam di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kuala Terengganu pada tahun 2008 dan 2009 tidak membuktikan membawa beg yang berat merupakan punca berlakunya bengkok tulang belakang. Beliau berkata hasil kajian menunjukkan di kalangan 13,340 murid Tahun Enam yang diperiksa, enam kes disah skoliosis dan kini menjalani rawatan. "Kementerian Kesihatan peka dengan masalah skoliosis di kalangan remaja amnya dan telah mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran menerusi beberapa kajian bagi mengesan kadar skoliosis di kalangan pelajar. "Hasil pemeriksaan mendapati hanya 0.97 peratus atau 129 orang disyaki mengalami skoliosis dan apabila dirujuk ke hospital hanya enam kes disah mengalami skoliosis dan sedang menjalani rawatan," katanya menjawab soalan Datuk Rashid Din (PKR-Merbok) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Isnin. Rashid dalam soalannya ingin tahu sejauh mana kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menangani masalah penyakit Skoliosis di kalangan pelajar sekolah yang disebabkan faktor kekerapan membawa beg sekolah yang berat. Rosnah berkata kajian Kementerian Pelajaran mengenai isu beg sekolah pada tahun 2003 dan disambung semula pada 2008 dan tahun ini juga menunjukkan beban beg sekolah bukan penyumbang kepada terjadinya penyakit Skoliosis kerana jika diambil kira kajian itu, berat keseluruhan buku teks ialah sebanyak 2.8kg sehingga 3kg sahaja. Beliau berkata berat buku teks itu akan jauh berkurangan jika murid hanya membawa buku teks mengikut jadual buku harian persekolahan.
3
Bagaimanapun Rosnah berkata kekerapan membawa beg galas yang mempunyai berat melebihi 10 hingga 20 peratus berat badan boleh menyebabkan murid mengalami sakit belakang. Beliau berkata walaupun isu mengenai penyakit itu bukanlah sesuatu yang serius, Kementerian Kesihatan merancang untuk memasukkan ujian saringan Skoliosis dalam garis panduan perkhidmatan kesihatan sekolah bagi membolehkan ia dilaksana di seluruh negara. Rosnah berkata memandangkan punca penyakit itu tidak diketahui dan hanya dapat dikesan apabila seseorang itu berusia 12 tahun, ujian saringan itu sesuai dikhususkan bagi murid Tahun Enam. "Untuk makluman, penyakit skoliosis juga terjadi bukan disebabkan postur tubuh yang lemah atau memikul beban beg yang berlebihan ataupun kekurangan zat kalsium di dalam tubuh," katanya.-- BERNAMA
4
3.0
Perbincangan dan Hujah Dr. Ahmad Mahyuddin melalui artikelnya di “The Malaysia Medical Gazette” dengan tajuk “Skoliosis: Apabila Tulang Belakang Membengkok” keluaran 2013, membahagikan jenis-jenis skoliosis iaitu skoliosis yang Idiopathic, Congenital, Neuromuskular, Tumor, Jangkitan, disebabkan gangguan metabolic, disebabkan gangguan Mesenchymal (Sel tisu badan), Trauma dan disebabkan oleh proses penuaan. Menurutnya juga, Idiopathic Scoliosis adalah yang paling kerap dijumpai diikuti dengan Degenerative Scoliosis dan Congenital Scoliosis”. Manakala “Idiopathic Scoliosis” dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan umur pesakit iaitu yang pertama; “Infantile Idiopathic Scoliosis” bagi bayi baru lahir sehingga usia 3 tahun. Yang kedua; “Juvenile” yang boleh dikesan pada usia 3 tahun hingga 10 tahun. Yang ketiga; “Adolescent” yang boleh dikesan pada umur 10 tahun ke atas. Mihaela Golumbeanu dan Alexandru Pop dalam jurnal perubatan mereka yang bertajuk “Study On Child and Adolescent Idiopathic Scoliosis”, keluaran 2010, menyatakan klasifikasi skoliosis boleh dibahagikan kepada dua iaitu “ Non-Structural Scoliosis” dan “Structural Scoliosis”. Menurut mereka, “Non Structural Scoliosis” adalah skoliosis yang diakibatkan oleh bagaimana tulang belakang digunakan. Ini bermaksud ia bukanlah disebabkan oleh kecacatan pada struktur tulang belakang, tetapi lebih kepada sikap atau bagaimana seseorang itu berdiri, berjalan, bermain atau ketidakseimbangan badan ketika menggunakannya. Sebagai contoh, seseorang yang pernah menjalani amputasi pada bahagian tangan, akan terbiasa untuk berjalan dengan keadaan terangkat sebelah. Ini mewujudkan ketidakseimbangan pada penggunaan struktur axial dan akan menjadi habit kepada keadaan tulang belakang. Klasifikasi seperti ini adalah bersifat sementara dan boleh diperbetulkan dengan kembalikan fungsi struktur badan pesakit.Bagi klasifikasi kedua iaitu “ Structural Scoliosis”, menurut mereka ia bermaksud skoliosis yang diakibatkan oleh struktur tulang belakang atau saraf tunjang yang terlibat. Sama ada struktur tulang yang tidak simetri atau pun gangguan pada pertumbuhan normal tisu-tisu tulang belakang pesakit. Jens Ivar Brox dari Jabatan Perubatan dan Pemulihan Fizikal, Hospital Universiti Oslo, Norway dalam tulisannya yag bertajuk “ Idiopathic Scoliosis” (2014), dalam 5
penyaringan awal kes skoliosis pelajar sekolah, kaedah Ujian Lentur ke Hadapan boleh mengesan tanda awal kes ini. Menurutnya lagi, bacaan scoliometer yang melebihi nilai >7° adalah disarankan untuk menjalani pemeriksaan X-ray. Bagi mereka yang mempunyai lengkungan >20° pula disarankan terus menjalani pemeriksaan bersama pakar.
Bagi tanda dan gejala, pada kebanyakan kes, pada mulanya pesakit tidak akan merasakan adanya keabnormalan, tetapi pada keadaan yag teruk, pesakit boleh merasakan ketidakseimbangan posisi thoraks, scapula yang menonjol pada satu sisi, posisi bahu yang tidak horizontal, pinggul yang tidak simetri dan adakalanya merasakan sengal-sengal pada kawasan pinggul (Liklukaningsih, 2009) Bagi tujuan rawatan, maklumat dari “National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Disease,(NIAMS), Amerika Syarikat” (July, 2008) merumuskan, bahawa terdapat tiga kaedah rawatan yang biasa digunapakai iaitu kaedah “Observation” (Pemerhatian), kaedah “Bracing” (Pendakap) dan juga kaedah “Surgery” (Pembedahan). Bagi kaedah pemerhatian, doktor akan memantau dan mengikuti perkembangan pesakit melalui pemeriksaan setiap 4-6 bulan dan juga bagi kes yang dibawah bacaan <25°. Manakala, kaedah pendakap adalah saranan doktor untuk 6
mengurangkan kesan keterukan pembengkokan tulang belakang bagi kes antara 25° hingga 30°. Kaedah pedakap yang konservatif seperti pemasangan Body Cast ataupun penggunaan Jaket dan Bracer yang lebih moden. Bagi kaedah pembedahan adalah bagi kes yang mempunyai pembengkokan lebih 45° di mana pakar bedah ortopedik akan membuat pembedahan pembetulan tulang belakang.
7
Bagi Walter P.SAmora, MD dan Allen C. Beebe, MD mereka menemukan kaedah terbaru bagi membetulkan/meluruskan tulang spine dengan menambahbaik kaedah Verticle Expandable Prosthetic Titanium Rib (VEPTR) dengan Magnetic Expansion Control (MAGEC) pada tahun 2014. Menurut mereka, kaedah VEPTR sudah sinonim dengan tujuan untuk meluruskan tulang belakang di mana dua (2) rod akan dipasang dan akan dilaraskan secara manual dan memerlukan banyak pembedahan, berdanding MAGEC yang hanya perlu menggunakan alat kawalan jauh dan sekali pembedahan untuk melaraskan pemanjangan rod apabila diperlukan. Kajian kes mereka menunjukkan mereka berjaya meluruskan tulang belakang pesakit kanak-kanak dalam masa 3 tahun tanpa atau dengan sedikit kesakitan.
Dengan hanya VETPR
Dengan pemasangan MAGEC
.
8
4.0
Rumusan Berdasarkan hasil kajian dan perbincangan yang telah dilakukan keatas pesakit skoliosis. Pesakit perlu pergi kepada pakar Ortopedik yang telah dirujuk dari pegawai perubatan bertugas seperti tarikh yang telah diarahkan. Pendedahan dan pendidikan kepada pesakit adalah penting bagi memastikan tahap pesakit ini tidak menjadi teruk dan dapat dibantu awal terutama bagi pesakit dari kalangan kanak-kanak. Skoliosis masih tidak diketahui punca penyebabnya yang sebenar tapi terdapat beberapa andaian yang menjadi penyumbang pada penyakit ini. Antaranya adalah, postur tulang belakang yang lemah, beg sekolah yang berat, penggunaan bahagian badan yang tidak seimbang, kekurangan kalsium dan sebagainya. Oleh itu sebagai warga dan ahli staf kesihatan kita perlu memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat terutamanya golongan remaja tentang implikasi dan komplikasi penyakit ini pada usia dewasa mereka. Pemeriksaan berkala mengikut tarikh temu janji oleh Pakar Ortopedik sangat penting bagi pesakit skoliosis dan mencegah daripada penyakit ini menjadi semakin teruk. Pesakit juga perlu tahu kaedah rawatan dan pilihan yang terbaik dan sesuai dengan diri mereka. Kesimpulannya, Klinik Pakar Ortopedik memainkan peranan dalam memberikan makluman, pendidikan, saringan serta cadangan rawatan yang teliti kepada pesakitpesakit skoliosis terutama pada mereka yang dapat dikesan awal bagi mengelakkan keterukan mendatang.
9
5.0
Rujukan 5.1 Dr. Ahmad Mahyuddin, Skoliosis: Apabila Tulang Belakang Membengkok, The Malaysian Medical Gazette, 4 Oktober 2013. 5.2
Jens Ivar Brox, Idiopathic Scoliosis, Department of Physical Medicine and Rehabilitation, Oslo University Hospital, Norway, EMJ Rheumatol.2014;1:48-55
5.3
Questions and Answers about Scoliosis in Children and Adolescents, National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases (NIAMS), July 2008.
5.4
Mihaela GOLUMBEANU and Alexandru POP, Study On Child And Adolescent Idiopathic Scoliosis, Western University Arad, Romania, Vol. Xiii, Issue 2, 2010, pp.59-67.
5.5
J.I.P James, Professor of Orthopedic Surgery, University of Edinburgh, Scotland, The Etiology Of Scoliosis, vol. 52B, no.3, August 1970.
5.6
Dilay Acil (MSN) and Sultan Ayaz (PhD), Screening of Visually Impaired Children for Health Problems, Asian Nursing Research 9 (2015) 285-290
5.7
Afrian Faturrahman NIM. J100 100 018, Penatalaksanaan Fisioterapi Pada Scoliosis Vetebra Thoracal 7-Lumbal 1 Di RSAL DR. Ramelan, 2013.
10