ISL 2
PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PSK
2013
BUKU SKRAP Buku skrap atau folio yang anda perlu siapkan biasanya berdasarkan apa yang anda kaji atau objektifnya.. Buku skrap atau folio perlu ada : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Muka depan Tajuk Isi kandungan kandungan - Senaraikan Senaraikan bilangan/ bilangan/ isi-isi kandungan serta muka surat. surat. Penghargaan - Tulis penghargaan penghargaan dengan ucapan ucapan terima kasih kepada kepada pihak yang banyak membantu anda. Pendahuluan Pendahuluan (Jika diperlukan) - Selalunya Selalunya berhubung kait tentang diri anda dan alasan untuk projek ini dikaji Hasil kajian - Huraikan Huraikan hasil kajian anda dengan dengan sub topik sama ada dalam dalam bentuk esei, jadual, graf, carta pai dan lain-lain. Kesimpulan - Ringkaskan tentang hasil kajian anda. Lampiran - Gambar, Gambar, Dokumen Dokumen dan lain-lain. Rujukan - Tulis rujukan yang yang telah anda rujuk seperti buku buku atau laman web yang dirujuk.
Gambar 1. Contoh Buku Skrap
BROSUR Brosur, buku kecil, atau pamflet adalah terbitan bukan berkala yang dapat terdiri dari satu hingga sejumlah kecil muka surat, tidak mempunyai perkaitan dengan terbitan lain, dan selesai dalam sekali terbit. Halamannya sering dijadikan satu (antara lain dengan pengokot, dengan pengokot, benang, benang, atau atau kawat) kawat),, tapi tidak t idak menggunakan menggunakan jilid keras. Menurut takrifan UNESCO, takrifan UNESCO, brosur adalah terbitan tidak berkala yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam satu kali terbitan), memiliki paling sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman, di luar perhitungan halaman sampul. Di England dari abad ke16 hingga hingga abad ke-18, ke-18, istilah pamphlet istilah pamphlet digunakan digunakan untuk risalah untuk risalah singkat dan berkontroversi mengenai topik-topik terkini, umumnya berhubungan dengan agama atau politik. Apabila terdiri daripada satu halaman, brosur umumnya dicetak pada kedua sisi, dan dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah.
ISL 2
PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PSK
2013
Pamflet yang hanya terdiri dari satu lembaran/halaman sering disebut lembar iklan (bahasa Inggeris: leaflet , flier , atau flyer ). Selain itu, brosur yang memuatkan maklumat tentang barangan disebut juga sebagai katalog produk atau sering hanya disebut katalog. Brosur atau pamflet memuat maklumat atau penerangan tentang suatu produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum, atau dimaksudkan sebagai kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang baik terhadap produk tersebut. Buku kecil sering memiliki sampul, halaman judul, dan dijilid, dan memiliki jumlah muka surat yang lebih banyak dari pamflet. Bentuknya sering kelihatan seperti buku ukuran kecil. Berbeza dengan pamflet, buku kecil tidak sesuai untuk pengiklanan. Sejumlah barangan seperti barang elektronik, sering menyertakan buku kecil yang mengandungi perincian produk atau penjelasan cara penggunaan. Buku kecil yang disertai barang elektronik kadang-kala memiliki jumlah halaman yang banyak dan tidak habis dibaca sekali. Album rekaman, seperti kaset atau CD sering menyertakan buku kecil yang berisi lirik lagu, foto, dan nama-nama artis.
Gambar 2. Contoh Brosur
PORTFOLIO Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar. (Arter & Paulson, 1990). Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan.
ISL 2
PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PSK
2013
Ciri-Ciri Portfolio 1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. 2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. 3. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. 4. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. 5. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. 6. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. 7. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja yang original melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field work). Hasil kerja didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya. 8. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. 9. Memuatkan catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang sudah dibuat untuk menentukan tindakan susulan. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
PROJEK KECERIAAN Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek. Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selarasVisi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.
Objektif 1. Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis. 2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pelbagai kemudahan di kawasan sekolah. 3. Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap sekolah.
ISL 2
PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PSK
2013
4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah. 5. Menjadikan kawasan sekolah selesa dan mendorongkan pembelajaran dikalangan pelajar.
Keceriaan Bilik Darjah Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat diantara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memastikan bilik darjah sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Disamping itu juga pertandingan bilik darjah bersih dan ceria akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam sesebuah kelas.
Objektif 1. Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria 2. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu dimana setiap bilik darjah dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing. 3. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama diantara pelajar di dalam kelas 4. Membina semangat persaingan yang sihat diantara kelas-kelas 5. Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan. 6. Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar berada di sekolah.
Gambar 3. Contoh Projek Keceriaan
ISL 2
PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PSK
2013
PROJEK KHIDMAT RAKAN SEBAYA 1. Mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal dalam tahun 1986. 2. Seminar – Bengkel PRS peringkat kebangsaan diadakan pada 19-21 Januari 1987 di Institut Aminudin Baki (IAB) dan nama PEMBIMBING RAKAN SEBAYA telah diterima sebagai nama formal program ini.
Objektif Program PRS di Sekolah 1. Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 2. Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan. 3. Untuk membolehkan pelajar terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan kemahiran memberi pertolongan. 4. Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan menyekat masalah disiplin dari meruncing melalui pengaruh rakan sebaya yang positif. 5. Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.
Rasional Penubuhan PRS di Sekolah 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling belum mencukupi untuk menampung tuntutan khidmat yang makin bertambah. 2. Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluran pelajar berkongsi perasaan. 3. Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan, mereka dapat mempengaruhi rakan yang lain secara positif. 4. Cabaran remaja makin meningkat ini memerlukan bimbingan PRS yang dapat membantu pelajar membina perlakuan yang positif. 5. Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja.Pengaruh rakan sebaya 6. Memainkan peranan penting dalam hidup mereka untuk dijadikan panduan dan teladan.
Matlamat PRS 1. Menolong mengurangkan masalah disiplin di sekolah. 2. Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu di kalangan pelajar-pelajar 3. Memupuk menjadi orang dewasa yang peka,bertimbang rasa dan rela menolong, yang hidup dalam satu masyarakat yang majmuk. 4. Pembina pelajar-pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
ISL 2
PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PSK
2013
Fungsi PRS 1. Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk kawan mencurahkan . 2. Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk membolehkan guru kaunseling menjalankan program-program yang bercorak menghalang. 3. Penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
Siapa PRS? 1. Sekolah rendah, kumpulan pelajar tahap 2 iaitu murid tahun 4 dan 5. 2. Bagi sekolah menengah, kumpulan pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4. 3. Kumpulan pelajar ini dibahagi kepada 2 peringkat iaitu peringkat 1 dan peringkat 2. 4. Peringkat 1 – fokus diberi kepada kumpulan ini dahulu iaitu terdiri daripada pelajarpelajar baik yang mempunyai kriteria berikut; baik pencapaian akademik,berminat,baik personaliti,baik sikap dan mempunyai latar belakang yang stabil. 5. Peringkat 2 – kumpulan yang memerlukan latihan yang lebih intensif yang mempunyai criteria berikut; pelajar-pelajar yang kerap menimbulkan masalah salahlaku di sekolah dan pelajar-pelajar yang menjadi pemimpin dalam kumpulan kecil secara tidak formal dan mempunyai pengaruh.
Bagaimana Memilih Ahli PRS 1. Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Bimbingan dan Kaunseling yang telah dilantik. 2. Dipilih oleh Guru Besar atau guru-guru atau Guru Kaunseling sendiri. 3. Memilih pelajar yang telah dipilih melalui sosiometrik dan dipersetujui oleh Pengetua/Guru/Guru Kaunseling.Pelajar terpilih berminat dan rela menjadi PRS. 4. Melalui sukarela kerana berminat menjadi PRS dan rela memberi khidmat. 5. Melalui sosiometrik dipilih oleh rakan sendiri yang mereka rasa selesa untuk berbincang mengenai sebarang masalah.Berminat menjadi PRS.
Proses Pemilihan Ahli PRS 1. Terbuka 2. Ujian Personaliti/Minat 3. Temuduga 4. Pemerhatian 5. Pencalonan 6. Pilihan Khas
Proses Penubuhan PRS 1. Iklan/Makluman 2. Proses Pemilihan 3. Pengumpuan Data
ISL 2
PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PSK
2013
4. Kursus/Latihan 5. Perancangan Aktiviti 6. Kursus Lanjutan Tahap 7. Pemantauan 8. Pemantapan 9. Perkembangan 10. Refleksi
Pendekatan Program PRS 1. Perkembangan kendiri: Memahami kekuatan diri dan bagaimana meningkatkan serta mengurangkan kelemahan diri. 2. Mencegah: Lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Berupaya melihat Sesuatu dengan rasional dan objektif. 3. Memulih: Melatih pelajar berisiko menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab.
Latihan Asas PRS diberi latihan intensif oleh jurulatih sebelum sebagai PRS dalam 4 aspek: 1. Kesedaran kendiri 2. Asas komunikasi 3. Asas kaunseling 4. Isu remaja
Aspek Pertolongan Tidak Formal 1. Menjadi kawan yang peka 2. Mendengar dengan empati dan memberi respons yang menggalakkan 3. Melihat masalah dengan lebih objektif 4. Mencadang rujukan jika perlu 5. Menjadi saluran mendapatkan maklumat.
Formal Melalui projek seperti: 1. Projek Tutor 2. Projek Adik Angkat 3. Projek Orientasi 4. Perbincangan Kumpulan 5. Ketua sampingan dalam kaunseling kelompok 6. Menjalankan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling yang bertujuan membantu rakan seperti mengendalikan ceramah,kempen dan sebagainya.
ISL 2
PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PSK
2013
Etika PRS 1. Amanah dan menyimpan rahsia 2. Memahami limitasi diri – memberi pertolongan jujur dengan memahami batasan diri. 3. Menerima rakan tanpa mengukur – menghormati hak rakan,berkongsi perasaan dan menerimanya tanpa prasangka. 4. Merujuk kes sukar kepada guru Bimbingan dan Kaunseling. 5. Melaporkan kepada guru Kaunseling jika terdapat kes-kes merosak diri atau orang lain. 6. Menghormati sekatan-sekatan agama,peraturan sekolah,norma-norma masyarakat dan kebudayaan.
Aktiviti PRS Cadangan aktiviti/program yang boleh dijalankan oleh PRS. 1. Projek anak angkat. 2. Tutor sebaya. 3. Bimbingan kelompok. 4. Orientasi pelajar baru 5. Penyebaran maklumat. 6. 5 minit anti dadah. 7. Pengumpulan data dan maklumat 8. Mengendalikan majlis-majlis di sekolah 9. Pertandingan kerjaya 10. Mengendalikan latihan/kursus untuk ahli. 11. Penerbitan majalah/buletin/risalah. 12. Menjalankan kajian.
SUDUT PEMBELAJARAN Sudut pembelajaran adalah tempat aktiviti pembelajaran yang dilengkapi dengan alat atau bahan yang bersesuaian dengan keperluan sudut tersebut. Contohnya sudut bongkah disediakan jenis bongkah yang sesuai dengan usia kanak-kanak taska. Ada yang mengatakan sudut pembelajaran sebagai pusat pembelajaran. Perbezaan ruang pembelajaran adalah untuk membahagikan aktiviti antara sudut pembelajaran yang keadaannya sama ada senyap, bising, kering dan basah. Sudut pembelajaran yang biasa termasuk tempat untuk melukis dan mewarna, mainan bongkah, dramatika dan peralatan rumah, sains dan penerokaan, muzik, matematik dan manipulasi, perpustakaan dan peralatan mendengar, dan kawasan permainan luar. Penyediaan sudut pembelajaran bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak taska melakukan sendiri dengan selamat, suasana bimbingan guru, aktiviti yang jelas, meransang dan bermakna. Umumnya sudut pembelajaran adalah bergantung kepada penggunaannya. Contohnya, sudut melukis dan mewarna kedudukan terbaik dekat dengan sinki air, sudut bacaan atau perpustakaan jauh dari sinki air atau warna. Pertimbangkan keperluan elektrik,
ISL 2
PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PSK
2013
pencahayaan semulajadi, permukaan lantai dan penyimpanan. Pastikan semua perabot adalah bersaiz kanak-kanak dan penyusunan peralatan di sudut menarik dan boleh dicapai oleh kanak-kanak taska. Cuba menyertakan pembinaan alatan matematik dan literasi pada setiap sudut aktiviti. Contohnya meletakkan pelan bangunan dan peta di sudut bongkah, menggalakkan kanak-kanak taska menandakan hasil kerja lukisannya, menyediakan bahan semulajadi dan alat pengukuran di sudut penerokaan. Melabelkan peralatan pembelajaran dan semua ruang di bilik darjah supaya kanak-kanak boleh belajar untuk menghubungkan perkataan yang ditulis dengan maklumat dan arahan.