DOKUMEN INI MERUPAKAN SATU SAMPEL SOALAN BAGI MELAKSANAKAN KAJIAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SOAL SELIDIK.
contoh borang soal selidik
Full description
borang soal selidik
kepimpinan
Contoh Borang soal selidik kerja kursus bahasa melayu (STPM)Full description
Full description
Contoh borang soal selidik tugasan PT3 Geografi
Soal selidik keberkesanan program motivasi pelajar
BORANG SOAL SELIDIK KESESAKAN JALAN RAYA DI HADAPAN SMK JERANTUT PADA WAKTU PUNCAK. BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI 1. Status diri: [ ] Pelajar [ ] Ibu Bapa [ ] Guru 2. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan 3. Kaum: [ [ [ [
] Melayu ] Cina ] India ] Lain-lain.................................
BAHAGIAN B: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS Setuju Tidak Setuju 1. Faktor cuaca seperti hujan akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut yang berhampiran dengan perumahan serta pertambahan bilangan penduduk menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. 3. Pemandu yang tidak berdisiplin dan tidak mematuhi peraturan jalan raya dengan membuat pusingan U menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. 4. Kerosakan jalan raya turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. 5. Para pelajar tidak berkongsi kenderaan dengan guru-guru atau rakanrakan telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. 6. Para pengguna jalan raya lewat keluar untuk pergi kerja telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. 7. Jalan raya yang sedia ada terlalu kecil menyebabkan kesesakan lalu lintas. 8. Hanya terdapat satu pintu keluar masuk sahaja untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. 9. Ketiadaan jejantas untuk melintas jalan raya bagi para pelajar telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. 10. Kekurangan tempat meletak kenderaan bagi ibu bapa semasa
menghantar dan mengambil anak- anak mereka juga telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. 11. Pembinaan longkang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut sedikit sebanyak telah menyumbang berlakunya kesesakan lalu lintas. BAHAGIAN C: KESAN-KESAN BERLAKUNYA KESESAKAN LALU LINTAS DIHADAPAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERANTUT Setuju Tidak Setuju 1. Kesesakan lalu lintas pastinya akan membawa kepada keburukan pengguna jalan raya yang akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya yang tidak diingini. 2. Kesesakan lalu lintas juga akan menyebabkan pembaziran waktu yang diperlukan. 3. Kesesakan lalu lintas juga akan memberi tekanan kepada pengguna jalan raya yang ingin cepat sampai ke tempat kerja. 4. Selain itu juga, kesesakan lalu lintas akan menyebabkan para pelajar lewat datang ke sekolah. 5. Kesesakan lalu lintas juga akan memberi kesan kepada alam sekeliling kerana berlakunya pencemaran udara dan bunyi. 6. Selain itu, kesesakan lalu lintas juga secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya pembaziran minyak. BAHAGIAN D: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI KESESAKAN LALU LINTAS DIHADAPAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERANTUT Setuju Tidak Setuju 1. Dengan menyediakan jejantas sekurang- kurangnya dapat mengelak berlakunya kesesakan lalu lintas. 2. Dengan memperbesarkan jalan raya maka kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan segera. 3. Selain berkongsi kenderaan dengan guru-guru atau rakan-rakan sekurang-kurangnya kesesakan lalu lintas dapat dielak sebaik mungkin. 4. Pembinaan dua pintu keluar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. 5. Meletakkan anggota trafik di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut untuk mengawal keadaan lalu lintas. 6. Para pelajar dan guru-guru seharusnya datang awal ke sekolah bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. 7. Menyediakan satu tempat khas bagi ibu bapa untuk menghantar dan menunggu anak-anak mereka ketika pulang dari sekolah.