Nota oleh en Ahmad Sulaiman ini boleh digunakan sebagai rujukan.
Nota Kursus 1Full description
Full description
mapping konsep
agama buddhaFull description
Full description
bab 3Full description
ARSITEKTUR VERNAKULAR NTT
loio87
statistik bab 3Deskripsi lengkap
IGOR
tesFull description
Deskripsi lengkap
penelitian
ksgfugguFull description
Full description
manajemen keperawatanFull description
resumeFull description
makalah
BAB 3 PENYENGGARAAN BANGUNAN 3.1 Pengenalan
penyenggaraan yang baik bagi menjamin sesuatu aset dimana dapat memberikan pulangan yang memuaskan. Aset mestilah disenggarakan dengan lebih berkesan dan profesional bagi memperolehi “best value for money”. Oleh yang demikian, penyenggaraan yang berkesan memerlukan suatu pendekatan yang lebih strategi dan komprehensif. Aset tidak akan memberi pulangan yang memuaskan sekiranya penyenggaraan terhadapnya diabaikan atau penyenggaraan hanya akan dilakukan terhadapnya apabila timbul kerosakan yang serius atau runggutan pengguna di mana aset tidak mencapai pada tahap yang optimum. Pendekatan secara reaktif ini amat merugikan semua pihak. Kerosakan seringkali sampai ke tahap optimum/uzur baru diperbaiki dan ini boleh mengganggu produktivitinya. Penyenggaraan hendaklah diberi penekanan penting terutamanya aset-aset yang tertentu serta menggelakkan kerugian jangka panjang.
3.2 Definisi penyenggaraan
Menurut BS 3811, Penyenggaraan didifinasikan sebagai “Gabungan kerja-kerja teknikal dan pentadbiran yang bertujuan untuk memelihara sesuatu aset atau memulihkan supaya dapat memenuhi fungsi yang dikehendaki”. Dua perkara yang dapat di ambil dari definasi ini ialah: 1. Penyenggaraan melibatkan kerja memperbaiki 2. Penyenggaraan melibatkan kerja memelihara Memperbaiki boleh dihuraikan sebagai membaikpulih atau mengganti komponen-koponen yang rosak sementara memelihara lebih tertumpu kepada mencegah daripaa berlakunya kerosakan.
3.2 Tujuan penyenggaraan
Penyenggaraan diperlukan berdasarkan kepada beberapa perkara berikut :1. Untuk memanjangkan usia penggunaan sesuatu aset. 2. Untuk melindungi pengguna dan aset dari sebarang bahaya/bencana yang mungkin timbul. 3. Untuk meminimakan kos operasi dan perbelanjaan pengeluaran. 4. Untuk memenuhi kehendak undang-undang, pihak berkuasa tempatan dan saranan syarikat pembuat. 5. Untuk mempertingkatkan imej pengguna (masyarakat politeknik).
3.3 Perlaksanaan penyenggaraan
1) Melaksanakan sesuatu kerja penyenggaraan hendaklah di buat secara sistematik dan mempunyai tahap profesionalsme yang tinggi serta memerlukan penglibatan yang serius dari semua pihak. Melalui pendekatan ini, penyenggaraan sesuatu aset dapat dijalankan dengan efektif, efisyen dan ekonomik. Bagi merealisasikan perlaksanaan penyenggaraan beberapa aspek perlu diberi perhatian khas. Antaranya ialah :1. Menentukan keutamaan kerja penyenggaraan 2. Menentukan kerja penyenggaraan di buat melalui buruh langsung atau kontraktor 3. Menyediakan anggaran kos 4. Menyediakan kerja-kerja peringkat pra kontrak dan pos kontrak
3.4 Jenis-jenis penyenggaraan
”Berkesan ” dan ”Sistematik” merupakan dua kata kunci kepada kejayaan sesuatu aktiviti penyenggaraan. BS3811 : 1984 telah membahgikan penyenggaraan kepada dua bahagian utama menerusi aturcara dan pengerusannya iaitu : 1) Penyenggaraan terancang (Planned Maintenance) 2) Penyenggaraan tidak terancang (Unplanned Maintenance)
3.4.1
Penyenggaraan tidak berkala
Penyenggaraan tidak terangcang merangkumi kerja-kerja penyenggraan yang dijalankan tanpa sebarang perancangan awal sebagaimana penyenggaraan terancang. Ini adalah kerana terdapat sesetengah kerosakan dan kecacatanyang sukar untuk diramal bila kegagalan tersebut akan berlaku. Ia turut melibatkan penyenggaraan kecemasan di mana apabila berlaku kerosakan dan kecacatan yang berlaku secara mengejut. Penyenggaraan ini dilakukan bergantung kepada betapa kritikal kerosakan dan kegagalan yang disebabkan oleh insident-insident yang dinyatakan sebelum meneruskan penyenggaraan seterusnya.
3.4.2
Penyenggaraan berkala
Merujuk kepada British Standard 3811: 1984, Penyenggaraan terangcang di takrifkan sebagai kerja –kerja penyenggaraan yang dilakukan berdasarkan jangkaan, pengalaman serta ramalan yang dibuat atas kerosakan dan kecacatan yang dikenal pasti akan berlaku melalui rekod-rekod terdahulu. Sistem penyenggaraan ini diadaptasi sewaktu awal proses pembinaan dan seterusnya dikekalkan dari masa ke semasa. Penyenggaraan terangcang ini di pecahkan kepada dua jenis penyenggaraan lagi iaitu:1) Penyenggaraan mencegah 2) Penyenggaraan membaiki
3.4.2.1 Penyenggaraan mencegah
Penyenggaraan pencegahan adalah kerja yang dilakukan terus bagi mencegah dan menghalang daripada kegagalan dalam pemasangan. Pnyenggaraan mencegah merupakan aktivi pencegahan terhadap kemungkinan yang berlakunya kerosakan dan kecacatan. Proses ini dilakukan sepanjang hayat sesebuah bangunan dan merupakan proses yang berterusan. Pelbagai perancangan yang dilakukan mengikut kepentinag bagi keadaan sesuatu item dalam sela masa dan keadaan yang dapat ditentukan.
3.4.2.2 Penyenggaraan membaiki
Adalah kerja yang dilakukan untuk memperbaharui dalam pemasangan dan pengubahsuaian pada pencapaian yang boleh diterima. Penyenggaraan membaiki melibatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan kepada fungsifungsi dan keadaan asal setelah sesuatu item itu mengalami kerosakan atau kegagaglan.Tindakan yang segera akan diambil bagi mengelakkan masalah kerosakan atau kecacatan menjadi lebih serius
KESIMPULAN Penyenggaraan hendaklah dilihat sebagai satu fungsi yang perlu di beri keutamaan. Kerja penyenggaraan yang dilakukan berdasarkan “rosak-baiki” hendaklah dielakkan kerana tidak ekonomik. Diperingkat awal perancangan perlaksanaan penyenggaraan yang bersistematik akan melibatkan kewangan yang tinggi tetapi jika di ambil kira kos jangka panjang ianya lebih ekonomik dan praktikal. Penilaian objektif perlu dibuat sebelum keputusan di ambil samada menggunakan perkhidmatan buruh langsung atau kontraktor. Mana-mana kaedah yang dipilih hendaklah memberi kelebihan dari segi kos, kualiti, masa dan keselesaan. Tanpa memberikan penekanan kepada perkara-perkara di atas penyenggaraan sesuatu aset tidak lengkap dan keberkesanannya akan terjejas.