KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR STAR KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
PERKEMBANGAN PROFESIONAL (MAPP 2231)
TAJUK DISIPLIN DAN TATATERTIB DISEDIAKAN OLEH IZZAT AMIR BIN HAMZAH NO. MATRIKS DBMA 13-1880 AMBILAN/KUMPULAN JANUARI 2013 / KUMPULAN 31
PENGENALAN Disiplin adalah penting dalam pengisian hidup seharian. Ia adalah sebuah cara untuk mempertingkatkan sesebuah organisasi. Organisasi yang kuat dan cemerlang terletak pada disiplin ahlinya. Disiplin diri juga adalah cara untuk mengubah kelemahan pada diri sendiri menjadi kekuatan. Tanpa disiplin, meskipun kita mengetahui apa yang kita inginkan sudah tentu kita tidak akan mampu mencapainya. Bagi kakitangan awam, ia terikat dengan satu peraturan iaitu “Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002”, Peraturan ini mengandungi peraturan-peraturan tentang kelakuan yang ‘dibenarkan’ dan ‘dilarang’ dan anggota perkhidmatan awam dianggap sudah maklum dan tahu mengenai semua larangan tersebut dan sesiapa yang melanggarnya boleh dikenakan tindakan tatatertib. Disiplin dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan adalah penting bagi menjaga imej dan martabat kerjaya.
PENCARIAN LITERATUR Hadari (1985) menyatakan bahawa disiplin atau tatatertib dimaksudkan sebagai kesediaan mematuhi ketentuan seperti peraturan-peraturan yang secara eksplisit yang juga perlu mencakupi kesangsian yang akan diterima jika ada pelanggaran terhadap ketentuan-ketentuan tersebut. Selain itu, Jerry Wyckoff dan Barbara C. Unel (1990) pula mendefinisikan disiplin sebagai suatu proses kerja yang lebih terarah kepada ketertiban dan pengendalian diri. Menurut Wayne Mondy dan Robert M. Noe (1990) disiplin adalah status pengendalian diri seseorang pekerja, sebagai tanda ketertiban dan kerapian dalam melakukan kerjasama dari sekelompok unit kerja di dalam suatu organisasi (someone status selfcontrol as orderliness sign order and accuration in doing cooperation from a group of unit work in a organization) Jackclass (1991) membezakan disiplin dalam dua kategori, iaitu self discipline dan social dicipline. Self dicipline merupakan disiplin peribadi pekerja yang tercermin dari peribadinya dalam melakukan tugas kerja rutin yang harus dilaksanakan, manakala social dicipline adalah pelaksanaan disiplin dalam organisasi secara keseluruhan. Menurut Daniel M. Colyer. (1991) pula, disiplin pada umumnya termasuk dalam aspek pengawasan yang sifatnya lebih keras dan tegas (hard and coherent). Dikatakan keras kerana ada sangsi dan dikatakan tegas kerana adanya tindakan sangsi yang harus dieksekusi bila terjadinya pelanggaran . Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin, ‘sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan, dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan’.
PERBINCANGAN DAN HUJAH Sebagai seorang anggota perkhidmatan awam, nilai-nilai disiplin hendaklah diterapkan di dalam diri terutama dalam melakukan tugasan mahupun pekerjaan. Nilai disiplin ini haruslah mencakupi pelbagai aspek contohnya dari segi masa dan kelakuan. Kakitangan awam terikat dengan peraturan iaitu (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002. Mengapakah peraturan seperti ini harus diwujudkan? Peraturan ini diwujudkan bukanlah semata-semata untuk mewujudkan perasaan takut dalam kakitangan awam tetapi lebih kepada memastikan semua kakitangan awam tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan martabat profesion itu sendiri sehinggakan melibatkan pandangan umum kepada sistem yang diamalkan oleh kerajaan. Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti datang lewat kerja, bersikap cuai dalam melakukan pekerjaan dan tidak bertanggungjawab dalam tugas, sudah tentu kerajaan akan turut menerima tempias akibat kelakuan tersebut. Peraturan ini secara tidak langsung membantu dalam mendisiplinkan segenap lapisan kakitangan kerajaan tanpa mengira jawatan dan pangkat. Peraturan ini diwujudkan setelah ianya dipersetujui oleh sesuatu kumpulan atau organisasi bagi memastikan ahli-ahlinya dapat menikmati suasana aman dan keharmonian terjamin. Ia turut berkaitan dengan tatasusila, keadilan, akhlak dan kesopanan. Bagi kakitangan yang telah didapati melakukan kesalahan dan melanggar peraturan akan dikenakan hukuman tatatertib dibawah Peraturan 38, Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Hukuman yang akan dikenakan adalah amaran, lucut hak emolument, penangguhan pergerakan gaji dan menurunkan gaji bagi kesalahan ringan. Manakala bagi kesalahan berat akan dikenakan hukuman penurunan pangkat dan dibuang kerja. Hukuman seperti ini penting bagi memberi pengajaran dan memastikan tiada pekerja yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Antara perkara-perkara yang terkandung dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 yang membantu dalam mendisiplinkan kakitangan awam adalah :
Seseorang pegawai hendaklah taat pada setiap masa, memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Dipertuan Agong, Negara dan
kerajaan. Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi
kepentingan persendiriannya. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas
awamnya. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara yang
mungkin menyebabkan syak yang munasabah. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara
sehingga memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam. Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha. Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah. Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab. Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-
apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugasnya.
Perkara-perkara yang telah disebut di atas jelas menunjukkan kerajaan benarbenar mahu memastikan seluruh anggota perkhidmatan awam dapat mendisiplinkan diri dan tidak terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penjawat awam. Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan adalah menjadi tanggungjawab dan berperanan dalam semua bidang seperti promosi kesihatan, pencegahan kejadian penyakit, memberi rawatan dan rehabilitasi. Tanpa disiplin semua tanggungjwab ini tidak akan tercapai dengan baik. Disiplin secara tidak langsung menjadikan seorang Penolong Pegawai Perubatan komited dan berdedikasi dalam tugasnya. Penolong Pegawai Perubatan hendaklah menghindari dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah, bermain judi, bersikap lalai atau melengah-lengah dalam tugasnya, malas atau cuai dalam tugasnya dan datang lewat serta ponteng kerja. Memetik berita dari akhbar Berita Harian pada 13 Jun 2007 iaitu cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyiarkan nama pegawai dan kakitangan
kerajaan yang dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau melakukan kesalahan tatatertib dalam akhbar tempatan mungkin kurang disenangi penjawat awam. Namun, seperti kata Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam, kelmarin, langkah itu dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan sudah diambil ke atas mereka yang melanggar etika. Pelaksanaan cadangan itu sedang dikaji JPA bagi membuktikan kerajaan mengamalkan pentadbiran telus dan bersungguh-sungguh terhadap usaha meningkatkan sistem penyampaian. Tindakan itu, jika dilaksanakan diharap dapat mengurangkan masalah disiplin di kalangan kakitangan awam atau setidak-tidaknya memberi kesedaran kepada kakitangan lain agar terus bekerja dengan jujur dan penuh disiplin apa lagi dengan kenaikan gaji yang bakal mereka nikmati bermula bulan depan. Bagaimanapun, JPA tidak menjelaskan butiran jenis kesalahan tatatertib atau penyalahgunaan kuasa yang membolehkan nama pegawai dan kakitangan terbabit, disiarkan. Jika kesalahan jenayah yang boleh diheret ke mahkamah seperti rasuah, rogol atau rompakan terutama jika membabitkan pegawai tinggi, akhbar dengan sendiri menyiarkannya tanpa perlu diminta JPA. Jelaslah bahawa disiplin amat penting dan dititikberatkan dalam perkhidmatan awam. Jika tidak sudah tentu, kerajaan tidak berusaha sedaya-upaya untuk meningkatkan tahap disiplin kakitangan awam.
RUMUSAN Untuk memastikan perkhidmatan awam terutamanya kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dimartabatkan, maka adalah penting untuk nilai disiplin sentiasa
diterapkan dalam diri setiap Penolong Pegawai Perubatan. Ini bagi menangkis tanggapan buruk terhadap kerjaya Penolong Pegawai Perubatan sebelum ini dimana sering menjadi bahan yang kurang enak diperdengarkan. Diharap disiplin yang ada sedikit sebanyak dapat sinar positif. Dengan ini, jelaslah bahawa disiplin amat penting tidak mengira apa jua bidang yang diceburi. Lazimnya, kebanyakan mereka yang berjaya adalah orang yang berdisiplin dalam kerja. Dengan memiliki disiplin membolehkan seseorang itu menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti. Untuk menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti ini memerlukan banyak kemahiran dan pengalaman. Ia hanya diperoleh dengan adanya DISIPLIN.
SUMBER RUJUKAN 1. Marty Broanstein Brou (1998), Mengendalikan Pekerja Yang Bermasalah, Pelangi Publishing Group Berhad, Malaysia.
2. Zailiani Taslim (1998), Disiplin, Penerbitan Jeya Bakti, Malaysia. 3. Abdul Aziz Hussin (1994), Undang-undang Yang Mengenai Kelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam : Hak dan Tanggungjawab, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
4. MDC Legal Advisers (1998), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 : Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993: semua Pindaan hingga Ogos 1998, MDC Penerbit Pencetak.
5. Mardzelah binti Makhsin (2007), Sains Pemikiran dan Etika, PTS Professional Publishing. 6. Kamus Dewan (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. 7. Laman sesawang Wikipedia : http://id.wikipedia.org/wiki/Disiplin
KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN FORMAT PEMARKAHAN PENULISAN REFLEKSI
Nama Pelatih: ………………………………………… No. Matrik: ………….………. Tahun: …......................… Semester: …...................…… Bil. 1 2 3 4 5
6
Perkara Pengenalan yang jelas Pencarian literatur yang lengkap dan relevan Perbincangan & hujah yang jelas, lengkap serta menunjukkan keaslian Rumusan yang padat dan konklusif Sumber rujukan yang sesuai dan mencukupi Format: - Kulit pakej yang jelas - Bilangan perkataan seperti ditetapkan - Cetakan yang jelas dan bersih - Penjilidan yang kemas - Format mengikut yang ditetapkan
Wajaran 10
Skor
Catatan
30 30 10 10 2 2 2 2 2
Demerit: - Kesilapan ejaan > 20 perkataan -5 JUMLAH Nota: Kelewatan penghantaran asignmen akan diperiksa berdasarkan wajaran 80%.
Tandatangan Pemeriksa
: ……………………………….……………
Nama
: …………………………….………………
Tarikh
: ……………………………….……………