PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM CTU 101 ANALISIS SURAH YASSIN AYAT AYAT 51-53
NAMA PELAJAR
: NABILA BINTI MASRI
(2012519389)
: NUR AFIFIN BINTI AZAHAR (2012534627) NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD FARHAN BIN AHMAD SEMESTER
: 20132 – 20132 – SEMESTER 2 2012/2013
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA
MUKA SURAT
PENDAHULUAN POTONGAN AYAT DAN TERJEMAHAN FAKTA + HURAIAN KESIMPULAN BIBLIOGRAFI
1 2 3 -10 11 12
PENDAHULUAN
. Surah Yasin adalah merupakan salah satu surah yang banyak sekali dibaca oleh umat Islam di Malaysia. Ia dibaca di masjid-masjid dan surau-surau pada malam Jumaat atau sempena hari-hari tertentu. Tidak ketinggalan juga ia dibaca di rumahrumah untuk kenduri arwah atau lainnya. Kepada mereka yang membaca al-Quran secara keseluruhan dari awal hingga akhir maka mereka juga akan membaca surah ini. Dengan ini surah ini merupakan salah satu surah yang paling banyak dibaca dalam kalangan umat Islam lebih-lebih lagi surah Yaasin merupakan jantung Alquran. Surah yaasin juga mengisahkan kisah-kisah menarik didalamnya untuk muhasabah diri bersama. Insyaallah. Kami akan menganalisis 3 ayat dalam surah Yasin iaitu potongan ayat 51 -53.Ayat 51 -53 menceritakan tentang keadaan dan suasana kehancuran bumi dengan tiupan sengkakala. Pengajaran daripada ayat pertama iaitu malaikat Israfil ditugaskan untuk meniup serunai tiupan sangkala. Israfil adalah malaikat yang akan meniup serunai sangkala tatkala tibanya hari kiamat nanti. Terdapat tiga tiupan sangkala yang akan dihidupkan. Pengajaran ayat kedua bermulanya kehancuran dengan tiupan sangkala di mana semua makhluk yang ada di langit dan bumi tersungkur, mati kecuali mereka yang dikecualikan Allah. Pengajaran ayat ketiga mengenai hari kebangkitan di mana makhluk yang dimatikan akan dibangkitkan kembali. Pengajaran ayat keempat mengisahkan huru-hara hari kiamat di mana ketika trompet ditiup, maka bumi dan gunung ganang akan dihancurkan keduanya. Marilah kita bersama-sama singkap pengajaran daripada potongan ayat 51-53 daripada surah Yaasin untuk muhasabah dan kebaikan diri bersama.
POTONGAN AYAT SURAH YASIN 51-53
TERJEMAHAN SURAH YASIN AYAT 51-53 51.Dan ditiuplah sengkakala,maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. 52.Mereka berkata : “Aduhai celakalah kami ! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?” Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul Nya. 53.Tidak ada teriakan itu selain sekali teriakan saja,maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan kepada Kami.
PENGAJARAN AYAT 1. Malaikat Israfil ditugaskan untuk meniup serunai tiupan sengkakala. Israfil adalah malaikat yang akan meniup serunai sengkakala tatkala akan tibanya hari kiamat nanti (kini sedang bersiap sedia untuk meniupnya ,Cuma menunggu perintah sahaja lagi) dengan perintah Tuhannya.Al Tabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA : “Sewaktu Rasulullah SAW bersama-sama dengan malaikat Jibril tiba-tiba ufuk langit terpecah,maka menghadaplah satu lembaga malaikat tertunduk
dan
condong
ke
bumi.Berkata
malaikat
itu:
“Hai
Muhammad,sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu agar memilih antara menjadi nabinya hamba atau rajanya nabi”. Adapun “rajanya nabi” mengerjakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT kepadanya dan tidak melakukan apa yang diharamkan oleh Allah SWT kepadanya.Ia menjalankan pemerintahan atau kerajaannya dan membelanjakan harta Negara terhadap hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT.Mereka menghindari dari sesuatu yang menimbulkan dosa.Nabi yang menjadi raja adalah seperti nabi Sulaiman AS.Adapun “nabinya hamba” tidak memberikan sesuatu kepada seseorang kecuali dengan perintah Allah SWT.Ia tidak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan tidak menghalangi kepada sesiapa yyang menghendakinya,dia hanya member dan menhalangi atas perintah Allah SW T. Rasulullah SAW bersabda : “Jibril memberi isyarat kepadaku dengan tangannya agar merendah.Maka tahulah aku bahawa itu nasihat untukku,maka aku berkata, “hambanya nabi”.Kemudian malaikat itu naik ke langit maka aku berkata ,hai Jibri,aku sungguh ingin bertanya hal ini kepadamu,tapi aku melihat halmu menyusahkan aku untuk mengemukakan pertanyaaan itu.Siapakah itu wahai Jibril? Jibril menjawab, “Itulah dia malaikat Israfil.Allah menciptakannya pada hari kejadiannya di hadapannya dengan dua kakinya lurus bersaf,tidak pernah mengangkat hujungnya”.Ia tertutup di dalam beberapa lapisan dinding.Disebutkan bahawa jarak antara Israfil dan Arasy dilapisi dengan tujuh dinding yang mana satu dinding adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan dan jarak malaikat Jibril dengan malaikat Israfil adalah tujuh puluh dinding.
Imam Ahmad RAH, meriwayatkan dari Abu Said RA,Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang malaikat peniup sangkakala dengan sa bdanya “Di sebelah kirinya ad malaikat Jibril dan di sebelah kanannya ada malaikat Mikail.Salah satu tiang Arasy berada di atas pundaknya. Menurut riwayat, Lauhil Mahfuzh itu bergantungan di bawah Arasy dan malaikat Israfil berada di hadapan Lauhil Mahfuzh tersebut. Adapun apabila setiap keputusan Allah SWT tercatit di Lauhil Mahfuzh, maka terbukalah dinding-dinding yang menghalanginya dan malaikat Israfil pun melihatnya. Apabila ia adalah tugas malaikat Jibrail, maka malaikat Israfil akan memerintahkan malaikat Jibrail untuk melaksanakanya, begitu juga apabila untuk tugasan-tugasan malaikat mikail dan malaikat izrail, ia akan memerintah mereka melaksanakannya.Malaikat israfil sentiasa meletakkan terompet sangkakala di mulutnya. Disebutkan bahawa terompet malaikat Israfil itu bercabang empat. Satu cabang diarahkan ke barat, satu ke timur, satu ke bawah bumi dan satu diarah kan ke langit yang ke tujuh. Adapun lingkaran kepala terompet itu selebar langit dan bumi. Di dalamnya terdapat pintu-pintu sebanyak bilangan para arwah. Ada tujuh puluh rumah di dalamnya. Di antaranya rumah arwah para Nabi AS, arwah para manusia,para
jin,
syaitan,
binatang,
tumbuh-tumbuhan
dan
lain-lain.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang terompet malaikat Israfil: "Terompet itu adalah sebuah tanduk raksasa yang terdiri dari cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Terompet itu akan ditiup tiga kali. Tiupan pertama membuat makhluk takut, tiupan kedua membuat makhluk mati, tiupan ketiga untuk membangkitkan makhluk dari kubur".Warna malaikat Israfil adalah kuning tua, sedangkan sebab musabab wajahnya menjadi kuning adalah kerana getaran rasa takut kepada Allah SWT yang selalu meliputi malaikat Israfil Sabda Rasulullah SAW: "Bagaimana manusia boleh merasa senang sedangkan malaikat peniup sangkakala telah bersiap sedia meniupnya dan menundukkan keningnya serta memasang telinganya siap menunggu perintah".
2.Bermulanya kehancuran dengan tiupan sengkakala. Keadaan
yang
menakutkan
ialah
kekuatan
suara
sengkakala
yang
memekakkan telinga para penghuni kubur.Tiupan tersebut merupakan sebuah teriakan yang menyebabkan kubur-kubur terbelah pada bahagian kepala orang mati ,yang akan bangkit dengan serentak.sebagaimana firman Allah SWT: sangkakala
akan
dititup,dan
semua
yang
ada
dilangit
dan
dibumi
akan
tersungkur
pengsan,kecuali mereka yang dikehendaki Allah SWT.Ketika sengkakala ditiup,hari itu
adalah
hari
yang
susah,tidak
mudah
bagi
kaum
kafir.Dan
mereka
berkata,Kapankah janji ini akan terjadi,jika engkau orang yang benar? Mereka hanya menunggu satu teriakan yang akan menyambar mereka sementara mereka sedang berselisisih.Kemudian mereka tidak akan bisa membuat wasiat,tidak pula mereka kembali kepada keluarga mereka.Sengkakala telah ditiup,dan tiba-tiba mereka segera keluar dari kubur menuju Tuhan mereka.Mereka berkata ,”Celakalah kita ! Siapakah yang membangkitkan kita dari tempat tidur kita? Inilah yang dijanjikan oleh Yang Maha Pengasih ,dan para rasul telah berkata benar!”. Oleh sebab itu,ia merupakan tiupan dan teriakan yang membuat semua makhluk yang ada dilangit dan di bumi tersungkur,mati, kecuali mereka yang dikecualikan Allah,iaitu sejumlah malaikat.Demikiannlah dan Rasulullah bersabda, “Bagaimana aku bisa merasa gembira,ketika malaikat peniup sengkakala telah
mengangkat dan menggerakkan kepalanya kearah sengkakala dan menutup telinga,dan menunggu perintah untuk meniupnya ?”. Setelah tiupan pertama,semua makhluk akan tinggal di alam Barzakh selama empat puluh tahun.Kemudian Allah SWT akan menghidupkan kembali Israfil dan memerintahkannya untuk melakukan tiupan kedua, sebagaimana firman Allah SWT,
Kemudian ia akan ditiup lagi,dan tiba-tiba mereka berdiri sambil memandang.mereka akan berdiri di atas kaki mereka ,sambil menatap kebangkitan.
Nabi Saw. Bersabda, “Ketika aku menerima tugasku ,malaikat peniup sangkakala juga telah diutus,dan dia telah mengangkat sangkakala tersebut ke mulutnya ,meletakkan satu kakinya di depan kaki yang lain dan menunggu saat – saat dia akan diperintahkan meniup.Oleh kerana itu,takutlah terhadap tiupan itu ! Oleh sebab itu,bayangkanlah kehinaan semua makhluk saat mereka dibangkitkan kerana rasa takut terhadap tiupan ini dan kerana menunggu saat – saat ditetapkannya ,dan oleh kebahagiaan atau penderitaan atas mereka. Kerana tiupan tersebut, binatang – binatang buas bermunculan dari padang belantara dan gunung,menjadi jinak dan bercampur- baur dengan manusia .Binatang – binatang itu begitu lemah dalam menghadapi hari kebangkitan meskipun mereka tidak mempunyai dosa.Mereka diiring oleh dasyatnya teriakan dan goncangan yang ditimbulkan oleh tiupan tersebut. Demikian Allah Swt. Berfirman,Dan manakala binatang – binatang buas
digiring .Kemudian iblis – iblis pembangkang kehilangan watak keras kepala mereka dan dengan sikap pasrah hina,dan gentar dihadapkan ke hadirat Allah Swt. Sebagaimana firmanNya , Demi Tuhanmu,sungguh Kami akan kumpulkan mereka
dan juga setan – setan itu; kemudian sungguh akan Kami jadikan mereka berlutut di sekitar neraka .Oleh sebab itu.tiupan sengkakala amat menggerunkan kerana dengan tiupan it telah bermulanya hari kiamat.
3.Hari kebangkitan. Dari Aisyah ra. Mengatakan : Aku mendengar rasulullah saw. Bersabda:
Manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, bertelanjang bulat, dan tidak berkhatan ( sunat ) . Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, apakah wanita-wanita dan para lelaki semuanya dalam keadaan melihat sebahagian akan sebahagiannya yang lain? Rasulullah bersabda: Hai Aisyah,
keadaan perkara pada hari kiamat itu adalah sangat hebat daripada melihat yang satu pada lainnya . (HR. Bukhari-Muslim). Pada itu, semua makhluk akan berdiri dengan mata menatap ke atas dan hati yang hancur. Mereka tidak diajak berbicara, dan tidak ada yang menaruh perhatian terhadap keadaan mereka selama tiga tahun. Mereka tidak akan sesuap pun dan tidak minum seteguk pun. Mereka juga tidak mendapatkan hembusan angin yang sejuk. Ka‟b dan Qatadah berkata (dalam mentafsirkan ayat) Pada hari ketika manusia bangkit menuju Tuhan Semesta Alam: “Maksudnya mereka akan berdiri selama tiga tahun.”„Abdullah bin „Umar berkata, “Rasulullah Saw. Membacakan ayat ini, kemudian beliau bertanya, „Bagaimana keadaan kalian jika Allah mengumpulkan kalian di suatu tempat seperti berkumpulnya anak-anak panah di dalam wadahnya selama lima puuh ribu tahun dan Dia tidak menaruh kepedulian terhadap kalian?” Al-Hasan berkata, “Apa yang bisa kau bayangkan tentang suatu hari ketika
manusia akan berdiri di atas kaki mereka selama lima puluh ribu tahun tanpa makan sesuap pun atau minum seteguk pun, dan ketika tenggorokan mereka telah terputus kerana dahaga dan perut mereka terbakar kerana lapar, mereka malah dibawa ke neraka dan diberi minum dari mata air yang mendidih, yang panas dan titik didihnya telah dilipatgandakan?
Ketika mereka tba di ambang batas kemampuan yang mereka miliki, mereka saling berbicara satu sama lain demi menemukan orang yang cukup terhormat dalam pandangan Tuhannya, agar dia boleh memohonkan syafaat untuk mereka. Namun, belum sempat mereka menggantungkan harapan pada diri seorang nabi, segera nabi itu mengusir mereka sambil berkata,‟Tinggalkanlah aku ! Mengurus diriku sendiri telah menyibukkan aku dan membuatkanku tidak peduli terhadap nasib orang lain!‟ Dan setiap orang menjadi enggan membela orang lain kerana begitu dahsyatnya murka Allah SWT. Jadi, camkanlah lamanya hari itu dan berkatnya masa penantian agar manusia merasakan keringanan menahan sabar dari perbuatan maksiat semasa hidup di dunia yang fana itu. Ketahuilah bahawa seseorang yang lama masa penantiannya di dunia kerana bersabar menahan diri dari perbuatan maksiat, tentu masa penantiannya di hari itu akan sangat singkat. Ketika ditanya tentang lamanya hari itu, Rasullah Saw. Bersabda, “ Demi Dia
yang jiwaku berada di tangan-Nya, hari itu akan diringankan bagi orang yang beriman sehingga ia menjadi lebih singkat baginya daripada solat wajib yang pernah dilaksankannya di dunia.
4. Huru hara hari kiamat. Maka ketika trompet kiamat ditiup sekali dan diangkatlah bumi dan gunungganang dan dihancurkan keduanya dengan sekali benturan. Maka pada hari itu terjadilah kiamat dan pecahlah langit maka pada hari itu langit hancur berkepingkeping. Dan para malaikat berada di penjuru- penjuru llangit. Dan pada hari itu, delapan orang malaikat menjunjung „arsy Tuhanmu di atas kepala mereka. Pada hari itu kamu dihadapkan pada tuhanmu (untuk dihisab) yang tidak suatupun keadaannya yang tersembunyi (bagi Allah). QS. Al-Haaqah 13-18). Kemudian saksikanlah bagaimana setelah kebangkitan, mereka akan digiring dengan bertelanjang kaki, tidak berpakaian dan dalam keadaan tidak dikhatan, menuju Padang Masyar, iaitu tanah berpasir putih dan sangat datar. Pada pandang itu tak terlihat adanya lengkungan maupun tonjolan. Anda tidak akan melihat adanya gundukan yang yang orang boleh tersembunyi, atau lubang yang boleh dipakai oleh seseorang untuk menghilang pandangan orang lain; Bahkan, ia adalah dataran membentang yang tak terputus-putus. Ke padang inilah mereka semua akan digiring secara berkelompok-kellompok. Mahasucilah Dia yang mempersatu padukan seluruh makhluk dari segala penjuru bumi, tanpa memandang asal usul mereka, dan ketika itu Dia mengiring mereka dengan tiupan awal, yang akan diikuti oleh tiupan berikutnya. Sungguh, hati semua manusia akan gementar pada hari itu, dan mata mereka akan meredup. Rasulullah Saw. Telah bersabda, “Pada hari kebangkitan, umat manusia akan dikumpulkan di tanah yang berwarna putih bagaikan tepung murni, dan tidak ada padanya tanda yang pernah ditinggalkan oleh seorang pun.
Janganlah sesekali mengira bahawa tanah tersebut sama dengan tanah di dunia sebab ia hanya serupa dalam namanya saja. Allah Swt. telah berfirman, Pada hari itu, ketika bumi akan diganti dengan bumi yang lain, juga langit, dan Ibn Abbas mengatakan (ketika mentafsirkan ayat ini), “Tanah tersebut akan ditinggikan dan direndahkan; pohon-pohonnya, gunung-gunungnya, lembah-lembahnya dan semua yang ada di dalam
akan lenyap, sirna. Bumi akan membentang bagaikan kulit
„Ukazh dan membentuk dataran berwarna putih bagaikan perak, yang di atasnya tidak akan ada pertumpahan darah maupun perbuatan dosa. Langit pun kehilangan matahari, bulan, dan bintang-bintang. kerana itu, persiapkanlah dirimu untuk menyosong hari sangat penting dan panjang, yang kekuasaannya tidak bisa ditolak dan saatnya telah dekat. Pada hari itulah engkau akan melihat langit terbelah dan bintang-bintang jatuh berselerakkan akibat dasyatnya goncangan yang ditimbuakannya. Bintang-bintang bersinar akan saling bertabrakan, sedangkan matahri diredupkan cahayanya dan gunung-ganang akan disingkirkan. Unta betina yang hamil sepuluh bulan akan diabaikan dan binatang-binatang buas akan dikumpulkan. Lautan-lautan akan ditumpahkan, sementara ruh dan jasad disatukan kembali, api neraka akan dinyalakan, syurga akan didekatkan, gunung-ganang akan dihancurkan dan bumi akan dibentangkan. Pada hari itu engkau akan melihat bumi akan digoncangkan dan dimuntahkan isinya. Pada hari itu manusia kan keluar berkelompok untuk diperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya masingmasing.
KESIMPULAN Petikan dari surah yasin dari ayat 51-53, perihal tentang kejadian hari kiamat. Dalam Surah Yasin ini menyatakan tentang kedatangan Hari Kiamat. Kehancuran dengan sangkakala ia akan memekakkan telinga para peghuni kubur. Ia datang dengan mengejut dengan satu pekikan sahaja iaitu tiupan sangkala pertama dimana semua manusia habis mati. Kemudian Allah menyatakan mengenai kebangkitan manusia dari kubur iaitu dengan satu tiupan, iaitu tiupan sangkakala kedua semua manusia bangkit dari kubur dan mereka akan menghadap Allah untuk dihisab dengan adil segala yang mereka telah lakuan di dunia. Amalan yang dilakukan didunia akan segera dihisab perseorangan maka dengan itu ahli syurga akan masuk syurga dan ahli neraka masuk neraka. Perihal hari kebangkitan, Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan dibangkitkan dalam keadaan tidak beralas kaki, bertelanjang bulat, dan tidak berkhatan (sunat). Orang yang mengingkari hari kebangkitan akan bertanya siapakah yang menghidupkan tulang yang telah reput? Allah
menyuruh
Rasul-Nya
menjawab,yang
menghidupkannya
ialah
Yang
menjadikannya sebelum benda itu ada, Yang Maha mengetahui setiap sesuatu, Yang menjadikan api dari pohon yang bumi.
hijau, Yang berkuasa menjadikan langit dan
Yang menguasai dan memiliki segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu
semua akan dikembalikan. Iaitulah Allah Yang Maha pencipta lagi Maha mengetahui. Keadaan kekuasaan-Nya apa bila Dia menghendaki sesuatu itu jadi, maka jadilah ia. Dan saksikanlah bagaimana setelah kebangkitan, mereka akan digiring dengan bertelanjang kaki, tidak berpakaian dan dalam keadaan tidak dikhitan, menuju Padang Masyar, iaitu tanah berpasir putih dan sangat datar. Keempat-empat pengajaran ini memberikan kita kesedaran tentang apa yang berlaku dan bagaimana keadaan pada hari kiamat dimana kita akan melalui hari kebangkitan. Sewajarnya kita muhasabah serta memotivasikan diri sendiri dengan amalan kebaikan untuk persiapan diri serta ketenangan jiwa menghadapi alam akhirat kelak. Moga-moga amalan yang ikhlas, tawaduk, serta istiqamah itu menempatkan kita ke tempat orang yang beriman. Insyaallah.
BIBLIOGRAFI
„Abdullah A–Qari Salleh.1990.Sejarah,Tugas Dan Kemampuan Malaikat Menurut AlQuran
Dan
Al-Hadith
Sahih.Pustaka
ASA
(Angkatan
Sayap
AL-Islam).P-
121,Kubang Kerian ,16150 Kota Bharu,Kelantan.hlm 34-39. .
.
.Terjemahan Al-Hidayah Al-Quran Al Karim ( Rasm Uthmani) Dalam Bahasa
Melayu.Al-Hidayah House Of Quran Sdn.Bhd. 27,Jalan DBP,Dolomite Business Park,68100 Batu Caves,Selangor Darul Ehsan. hlmn 440-445. Sayid Quttub.1987.Hari Kiamat Tinjauan Hidup Selepas Mati.Penerbit Husaini Bandung. Perwajahan,Gus Balon.hlmn 333 -35. Abdul Malik Ali Kulaib.1987.Huru Hara Hari Kiamat.Pt Bina Ilmu.JL. Tunjungan 53 E Surabaya.hlmn 21- 22. .1982.Khulasah Al-Quran Jilid II Surah (25 – 114).Jabatan Perdana Menteri Malaysia (bahagian Agama),
.hlmn 563 – 573.
Al – Ghazali.1999.Metode Menjemput Maut : Perspektif Sufistik.Penerbit Mizan.Anggota IKAPI,Jalan Yodkali No.16,Bandung 40124.hlmn 161 -164,165-175.