ASRARU’L-ARIFIN Karangan Hamzah Fansuri [Naskhah Leiden.no 7291 (1)] Bismi’Llahi’l-Rahman’l-Rahim Al-hamdu li’Llahi’l-ladhi sharaha Sudura’l-arifin bi mafatihi wujudihi Wa zayyana qulubahum bi arsrihi [wa] nawwara arwahahum bi ma’arifi shuhudihi wa zahharanufusahum bi nuri ishqihi afdalu’l-salat wa akmalu’l-tahiyat ‘ala sayyidina Muhammad sahibi’l-hawdi’l-mawrud Wa’l-maqami’l-muhammadi’l-mahmud Wa’ala alihi wa sahbihi ajma’in wa’lHamdu li’Llahi rabbi’l-alamin [1] Ketahui, hai segala kamu anak Adam yang Islam, bahwa Allah Subhanahu wa Taala menjadikan kita daripada tiada bernama diberiNya nama, dan daripada tiada berupa diberi berupa; lengkap dengan telinga, dengan hati, dengan nyawa, dengan budi. Yogya kita chari Tuhan kita itu supaya kita kenal dengan marifat kita atau dengan khidmat kita kepada guru yang sempurna mengenal Dia, supaya jangan taqsir kita. [2] Adapun sementaranya belum bertemu dengan yang sempurna bermakrifat, pandang 1
pada lima belas bayt. Adapun ini empat sechawang pada sebuah bayt. Jika tiada kamu faham pada bayt lima belas bayt ini, lihat pada sharahnya pulang kerana pada sharahnya itu perkataan makrifat Allah ada dengan nyata dalamnya. Wa’Llahu a’lam [3] Shahdan. Tiada lagi berapa kurangnya. Adapun jikalau bertemu dengan kurangnya, digenapi, jika bertemu dengan salahnya diperbenari, jika bertemu dengan penggal pada bahasa atau pada hurufnya lebih kurang, diperbaiki – jangan diaybkan kerana manusia terbanyak lupa dan lalai seperti sabda Rasulu’Llah saw. [4] Bab pada menyatakan ma’rifat Allah Taala serta SifatNya dan Asma’Nya Aho segala kita yang menyembah’kan Nama Yogya diketahui apa Yang Pertama Kerana Tuhan kita yang Sedia Lama Dengan ketujuh Sifat bersama-sama Tuhan kita itu yang Empunya Dhat Awwalnya Hayy pertama bilang Sifat Keduanya ‘Ilmu dan Rupa Ma’lumat Ketiga Murid’kan sekalian Iradat
2
Keempat Qadir dengan QudratNya tamam Kelimanya Sifat bernama Kalam Keenamnya Sami’ dengan Adanya dawam Ketujuhnya Basir akan halal dan haram Ketujuhnya itu adanya qadim Akan isti’dad alamin sempurna ‘Alim Kerana Sifat ini dengan Kamal al-Hakim Bernama Bismi’Llaji’l-Rahmani’l-Rahim ‘Ilmu ini Haqiqat Muhammad al-Nabi Menurutkan Ma’lum dengan lengkapnya qawi Daripada Haqiqatnya itu jahil dan wali Beroleh I’tibarnya dengan sekalian peti Tuhan kita itu empunya Kamal Didalam ‘Ilmunya tiada panah zawal Rahman dalamnya perhimpunan Jalal Berserta dengan Rahim pada sekalian Jamal Tuhan kita itu bernama ‘Aliyy Dengan sekalian SifatNya sentiasa baqi ‘Ala jami’il-alam ini AtharNya jadi Daripada sittu jihat-sebab inilah khali Chahaya AtharNya tiadakan padam Memberikan wujud pada sekalian alam Menjadikan makhluq siang dan malam 3
Ila abadi’l-abad tiadakan karam Tuhan kita itu seperti Bahr al-‘Amiq Ombaknya penuh pada sekalian tariq Laut dan ombak keduanya rafiq Akhirnya kedalamnya jua ombaknya ghariq Lautnya “Alim haluannya Ma’lum Keadaannya Qasim ombaknya Maqsum Tufannya Hakim shu’unnyanya Mahkum Pada sekalian ‘alamin inilah rusum Jikalau sini kamu tahu akan wujud Itulah tempat kamu shuhud Buangkan rupamu daripada sekalian quyud Supaya dapat ke dalam Diri qu’ud Pada wujud Allah itulah yogya kau qa’im Buangkan rupa dan namamu da’im Nafikan rasamu daripada makhdum dan khadim Supaya sampai kepada Amal yang Khatim Jika engkau belum tetap seperti batu Hukum dua lagi khadim dan ratu Setelah lupa engkau daripada emas dan matu 4
Mangkanya dapat menjadi satu Jika belum fana daripada ribu dan ratus Tiada’kan dapat adamu kau hapus Nafikan rasamu itu daripada kasar dan halus Supaya dapat barang katamu harus Hamzah Fansuri sungguh pun daif Haqiqatnya hamper pada Dhat al-Sharif Sungguh pun habab rupanya kathif Wasilnya da’im dengan Bahr al-Latif Inilah Bayt Lima Belas. Dengarkan pula pula pada ibarat sharah pulang. [5] Aho segala kita yang menyembah’kan Nama Yogya diketahu apa Yang Pertama … Ya’ni Nama Allah Subhanahu wa Taala kerana pada hukum shariat barang siapa menguchap la ilaha illa’Llah Muhammadun Rasulu’Llah dengan lidahnya Islam hukumnya. Pada hatinya ?- wa’Llahu a’lam ! Seperti sabda Nabi saw: Man qala la ilaha illa’Llah dakhala’ljannah Barangsiapa menguchap la ilaha illa’Llah masuk shurga [ terlalu mudah] 5
Dan lagi sabda Nabi saw: Man qala la ilaha illa’Llah khahsan mukhlisan dakhala’l-jannah Barangsiapa menguchap la ilaha illa’Llah dengan suchi hatinya masuk shurga . Bahwasanya kerana nama dan yang empunya nama esa, apabila nama disebut maka serasa yang menyebut dengan yang empunya nama. Adapun kepada haqiqat, yogya diketahui yang Empunya Nama maka sempurna Islam mu. Seperti orang ke benua China dan mendengar nama raja China juga, sungguh pun tiada kelihatan dengan raja China; maka sempurna ia ke benua China dan raja China pun dilihatnya, nama raja China pun didengarnya; keduanya diperolehnya. Sebab itu kepada haqiqat yogya diketahui dan dikenali NamaNya yang dinamai Allah kerana firman Allah Taala: Man kana fi hadhihi a’ma fahuwa fi’lakhirati a’ma wa adallu sabilan Yakni: Barangsiapa tiada mengenal Allah disini, diakhirat pun tiada dikenal dan lebih jauh ia dari jalan yang benar. [Quran 17:72] Kerana ini maka kata Ahlu’l –Suluk akan orang yang tiada mengetahui Allah tetapi menyebut Nama Allah dengan ikhlas hatinya iaitu Islam hukumnya. Ittifaq Ulama dan Ahlu’l-Suluk akan orang yang mengetahui Allah khass hukumnya; akan orang yang 6
mengenal Allah khassal-khass hukumnya, kerana orang yang mengenal Allah Taala daripada oeang yang mengetahui Allah. Seperti sabda Rasulu’Llah saw: Wa’bud rabbaka ka’annaka tarahu … yakni Sembah Tuhanmu seperti kau lihat Ia … {‘ibarat ini kepada orang yang mengenal Allah dapat dikata} ..Fa’in lam takun tarahu fa’innahu yaraka yakni …Jika tiada engkau melihat Dia, bahwa Ia melihat dikau. {ibarat ini kepada orang yang mengetahui Allah dapat dikata} Lagi Firman Allah Taala: Wa’bud rabbaka hatta ya’tiyaka’l-yakin yakni Sembah Tuhanmu hingga memberi dikau nyata {yakni nyata: tiada shakk dalamnya} Inilah ma’na ….menyembah Nama. [6] Fa’lam- Yogya diketahui Yang Pertama Yakni tatkala bumi dan langit belum ada, ‘Arsh dan Kursi belum ada, shurga dan neraka belum ada – semesta sekalian alam pun belum ada, apa jua yang pertama ? Dhat semata, SendiriNya, tiada dengan sifat dan tiada dengan Asma’Nya – itulah Yang 7
Pertama. Adapun Nama Dhat itu Huwa. Makna Huwa itu ismu isharatin kepada Dhat tiada dengan sifat. Adapun Nama Allah rendahnya sepangkat daripada Nama Huwa. Tetapi Nama Allah itu perhimpunan segala Nama. Seperti seorang Muhammad namanya, jika ia berilmu, alim namanya, jika ia pandai, utus namanya, jika ia tahu menyurat, katib namanya, jika ia berniaga, saudagar namanya. Sekalian nama dibawah nama ini dibawah nama Muhammad juga. Kerana ia perhimpunan segala nama itu. Akan Nama Allah SWT pun demikian lagi. olehNya menjadikan makhluk, Khaliq NamaNya. olehNya memberi rizqi akan hambaNya Raziq NamaNya, olehNya membarikkan alam, Sani’ NamaNya , olehNya menjadikan dengan hikmatNya, Hakim NamaNya. Sekalian Nama ini dibawah Nama Allah juga kerana Nama Allah sepangkatnya. Adapun Dhat tinggi pula daripada Nama Huwa itu. Barangsiapa tahu akan ma’nanya ini, tahu ia akan Yang Pertama itu. [7] Fa’lam – Kerana Tuhan kita yang Sedia Lama Yakni Qadim Sedia, tiada dapat dibicharakan sekian lamanya. Yakni Qadim tiada dengan qadimnya, Awwal tiada dengan awwalnya, Sedia Ada, tiada lulus bichara kepada QidamNya itu melainkan bichara Ahli’l Kashf 8
jua. Adapun kata Ahlu’l Kashf QadimNya itu mithal suatu buah yang buntar, tiada berhujung dan tiada berpuhun, tiada permulaan dan tiada berkesudahan dan tiada tengah dan tiada tepinya dan tiada hadapan dan tiada belakangnya, tiada kiri dan tiada kanan, tiada atas dan tiada bawahnya. Inilah makna Qadim Sedia. Jika ditamthilkan seperti da’irah pun dapat kerana da’irah tiada berawwal dan tiada berakhir, jika awwal dikatakan akhir pun dapat, jika akhir dikatakan awwal pun dapat. Yogya diketahui Qadim Allah SWT dengan sempurna kenal. Inilah makna Qadim Sedia Lama. Betapa dapat bertemu dengan ma’rifat Allah Ta’ala jika tiada tahu QadimNya Sedia ? [8] Fa’lam – bersama-sama.
Dengan
ketujuh
Sifat
Yakni tiada bercherai dengan ketujuh SifatNya, sungguh pun dikata Dhat Allah yang Pertama. Tetapi ibarat mushkil, yakni jadi Ia bercherai dengan ketujuh SifatNya – naqis hukumnya. Adapun kepada Ulama shariat, Sifat Allah ayn Dhat Allah pun tiada, ghayr Dhat pun tiada. Adapun pada kata Ahlu’l Suluk, Sifat ayn Dhat. Misal seorang orang kerana ilmunya maka bernama alim , kerana qudratnya maka bernama qadir, kerana iradatnya maka bernama murid, kerana katanya maka bernama mutakallim, 9
kerana penengarnya maka bernama sami’, kerana penglihatannya maka bernama basir. Adapun ibaratnya juga lain daripada Dhat Asli. Nama Sifat yang tujuh itu suatu Hayat, kedua Ilm, ketiga Iradat, keempat Qudrat, kelima Kalam, keenam Sam’, ketujuh Basar. Dhat dengan ketujuh Sifat ini tiada bercerai. Adapun Sifat yang lain banyak lagi tiada terhisabkan. Sekalian Sifat yang lain itu dibawah Sifat yang tujuh ini jua, kerana yang tujuh Sifat ini tinggi daripada sekalian Sifat itu. Seperti Nama Allah perhimpunan segala Nama, Sifat yang tujuh itu jua perhimpunan segala Sifat. Apabila tahu akan ma’na tujuh sifat itu, maka dapat mengenal dengan sempurna kenal jua. [9] Fa’lam – Tuhan kita Empunya Dhat Yakni Semata, tiada dengan sifat. Pada suatu ibarat Wajibu’l-Wujud dinamai Ulama kerana Ia qaim denagn SendiriNya, tiada dengan lain. Sebab ini maka dinamai Ulama Wajibu’l Wujud. Maka kata Ahlu’l Suluk sungguh pun Ia qaim SendiriNya tetapi Ia memberi wujud akan sekalian alam. Maka dinamai Wajibu’l Wujud kerana Wujud dengan Dhat esa hukumnya. Adapun kepada Ulama shariat Dhat Allah dengan Wujud Allah dua hukumnya, wujud Ilmu dengan Alim dua hukumnya, wujud alam dengan alam dua hukumnya, wujud alam lain , Wujud Allah 10
lain. Adapun Wujud Allah dengan Dhat Allah mithal matahari dengan chahayanya, sungguh pun esa pada penglihat mata dan penglihat hati pada haqiqatnya dua hukumnya , matahari lain, chahaya lain. Adapun alam, maka dikatakan wujudnya lain kerana alam seperti bulan beroleh chahaya daripada matahari. Sebab inilah dikatakan Ulama wujud alam lain daripada Wujud Allah, Wujud Allah dengan Dhat Allah lain. Maka kata Ahlu’l Suluk jika demikian Allah Taala diluar alam atau didalam alam dapat dikata, atau hampir kepada alam atau jauh daripada alam dapat dikata. Pada kami Dhat Allah dengan Wujud Allah esa hukumnya. Wujud Allah dengan wujud alam esa, wujud alam dengan alam esa hukumnya . Seperti chahayanya, namanya jua lain, pada haqiqatnya tiada lain. Pada penglihat mata esa, pada penglihat hati pun esa. Wujud alam pun demikian lagi dengan Wujud allah – esa, kerana alam tiada berwujud sendirinya. Sungguh pun zahirnya ada ia berwujud tetapi wahmi juga bukan wujud haqiqi, seperti bayang-bayang dalam chermin, rupanya ada haqiqatnya tiada. Adapun ittifaq Ulama dengan Ahlu’l Suluk pada Dhat, semata. Sungguh pun Dhat dapat diibaratkan tetapi tiada lulus pada ibarat kerana tiada diatas akan Dia, tiada dibawah akan Dia, tiada dahulu akan Dia, tiada kemudian akan Dia, tiada kanan akan Dia, tiada kiri akan Dia, 11
tiada jauh dakn Dia, tiada hamper akan Dia, tiada diluar akan Dia, tiada didalam akan Dia, tiada bercherai akan Dia, tiada bertemu akan Dia – tiada dengan betapanya dan tiada dimana dan tiada kemana dan tiada sekarang dan tiada sekejap mata, dan tiada ketika dan tiada masa, tiada Ia jadi dan tiada Ia menjadi, tiada Ia tempat dan tiada Ia bertempat. Seperti sabda Rasulu’Llah SAW; Kana’Llahu wa la shay’a ma’mahu yakni; Dahulu Allah dan tiada tiada suatu sertaNya pun Kata Shaykh Junayd Baghdadi [rahmatu’Llahi ‘alayhi] Huwa’l-ana kama kana yakni ; Ia sekarang pun seperti dahulu juga Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala Subhana’Llahi ‘amma yasifun yakni; Mahasuchi Allah tiada dapat diperikan [Quran 23:92] Lagi firman Allah Ta’ala Laysa kamithlihi shay’un yakni;
12
Tiada suatu pun [barang yang kita bicharakan dengan hati kita atau dengan ma’rifat kita] sudah-sudah. [sama-sama] . [Quran 42:11] Ma’rifat itu bukan ma’rifat Dhat tetapi keadaan Dhat dengan periNya juga. Sebab inilah maka kata Ahlu’l Suluk, Dhat dengan keadaaaNya esa. Tetapi yang kunhiNya, Dhat itu tiada siapa datang kesana. Jangankan awamm, wali dan nabi dan mala’ikatu’l muqarrabin pun tiada tiada datang ke sana. [10] Fa’lam – Awwalnya Hayya pertama bilang Sifat Yakni Hayy itu iaitu Hidup. Maka Hayy pertama dikatakan kerana jika tiada Hayy sekalian Sifat ini tiada berkawn. Laginya firman Allah Ta’ala: Allahu la ilaha illa huwa’l-hayyu’lqayyum Yakni Bahawa Allah Taala esa, tiada tuhan lain melainkan Ia, Hidup, memegangkan sekalian. [ Quran 2:255] Lagi Firman Allah Taala, Huwa’l-hayyu la ilaha illa huwa Yakni Ia itu Hidup, tiada Tuhan lain melainkan Ia jua. 13
Adapun maka Hayy didahulukan daripada sekalian Sifat yakni-seperti seorang orang – jika tiada hay mati hukumnya. Apabila mati hukumnya alim pun tiada akan dia , murid pun tiada akan dia, qadir pun tiada akan dia, mutakallim pun tiada akan dia, sami pun tiada akan dia, basir pun tiada akan dia. Sebab inilah maka Hayy didahulukan daripada sekalian Sifat bersama-sama. Itulah ma’na Awwalnya Hayy pertama bilang Sifat. [11] Fa’lam-Keduanya “Ilmu dan Rupa Ma’lumat Yakni Tahu, kerana “Ilmu itu pertama nyata daripada sekalian nyata. Adapun maka dikatakan ‘Ilmu pertama nyata daripada segala nyata kerana tatkala Allah Subhanahu wa Ta’ala menilik DiriNya dengan Ilmunya, maka jadi tiga, bergelarnya: Alim, Ilmu, Ma’lum. Yang Menilik bernama Alim, Yang Ditilik bernama Ma’lum, Tilik-Menilik bernama ‘Ilmu. Ketiganya esa juga, namanya berlain-lain; tetapi kerana ‘Ilmu juga Alim dan Ma’lum beroleh nama dan beroleh kenyataan. Tuhan pun zahirlah dengan hambanya, hambanya pun zahirlah dengan Tuhannya. Sebab inilah maka dikatakan Ilmu pertama nyata daripada segala nyata kerana Dhat Semata memandang DiriNya Alim pun kelihatan, Ilmu pun kelihatan. Ma’lum pun 14
kelihatan. Adapun Dhat Semata tiada dengan sifat. Itulah Yang Pertama hukumnya. Apabila ia menilik Dirinya, dilihatNyalah DiriNya dengan sekalian Shu’unNya. Pada ketika itu Yang Menilik bernama Alim, Yang Ditilik bernama Ma’lum, Tilik-Menilik bernama ‘Ilmu. Dhat tersembunyi didalam Alim dan Ma’lum dan ‘Ilmu. Maka bergelar Awwal dan akhir, Zahir dan Batin; yang menilik bernama Awwal, yang ditilik bernama Akhir, yang ditilik bernama Zahir, yang menilik bernama Batin. Kerana inilah maka firman Allah Ta’ala Huwa’l-awwalu wa’l-akhiru wa’l-zahiru Wa’l-batinu wa huwa bikulli shay’in ‘alim Yakni Ia jua Yang Dahulu, Ia jua Yang Kemudian Ia Yang Nyata, Ta Terbunyi; Ia Tahu pada segala suatu.[Quran 57:3] Lagi kata Lam’at Yang Diberahikan dan Berahi dan Yang Berahi, ketiganya esa juga; Sini apabila bertemu tiada lulus, bercherai dan dimanakan ada ? Lagi kata Shaykh Muhammad Maghribi [rahmatu’Llahi ‘alayhi] Chun azm tamasha-i-jihan kad zi khalwat Amad betamasha-i-jihan ‘ayn jihan shud ... Yakni 15
Tatkala berbichara hendak melihat alam daripada rumah yang sunyi Datang melihat rupa alam menjadi semata alam... Har naqsh ki u khwast badan naqsh baramad Pushid haman naqsh badan naqsh iyan shud Yakni Barang-barang tulis yang dikehendakinya dengan tulis itu datang Tertutup dengan tulis itu juga nyata kelihatan Kerana inilah maka kata ‘Ali [radiya’Llahu ‘anhu] berkat Mara’aytu shay’an illa wa ra’aytu’Llahu fihi Yakni Tiada kulihat sesuatu melainkan kulihat Allah dalamnya Inilah ma’na ‘Ilmu pertama nyata daripada segala nyata. [12] Fa’lam-Ketiganya sekalian Iradat
Murid
akan
Yakni Murid itu iaitu Berkehendak kepada isti’dad yang dalam IlmuNya kepada alam ini. Seperti kata Hadith Qudsi 16
Kuntu kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an u’rafa Yakni Aku perbendaharaan yang terbunyi, maka kukasih bahwa aku dikenal Yakni alam dengan isti’dadnya sekalian yang didalam ‘Ilmunya itulah maka dinisbatkan dalamnya kepada perbendaharaan yang terbunyi hendak mengeluarkan ma’lumat dari dalam ‘Ilmunya. Maka bersabda: ‘Kuntu kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an u’rafa. Adapun tamthil perbendaharaan itu seperti puhun kayu, sipuhun dalam bijinya. Biji itu perbendaharaan. Puhun kayu yang didalamnya ini perbendaharaan terbunyi dengan lengkapnya; akarnya, dengan batangnya, dengan chabangnya, dengan dahannya, dengan rantingnya, dengan daunnya, dengan bunganya, dengan buahnyasekalian lengkap didalam biji sebiji itu. Maka biji itu hendak mengeluarkan tumbuh puhun kayu itu daripada dirinya ditengah padang yang mahaluas. Maka biji itu berkata: Kuntu kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an u’rafa-yakni sekalian kata ini isharat kepada Berkehendak juga.Dan lagi firman Allah Ta’ala: Innama amruhu idha arada shay’an an yaqula lahu kun fa yakun Yakni Bahwasanya barang titahNya, tatkala berkehendak kepada sesuatu, bahwakan 17
berkata baginya: Jadi kau! Menjadi. [Quran 36:82] Ini pun isharat kepada Berkehendak juag. Adapun kata Ahlu’l-Suluk makna [lahu] itu iaitu mawjud hendaknya dan hadir hendaknya. Maka harus dikatakan [lahu] kerana [lahu] itu isharat kepada suatu yang mawjud. Jika tiada mawjud tiada akan disebut Allah Subhanahu wa Ta’ala [lahu]. Kerana itu maka Ahlu’l-Suluk makna kun [lahu] itu kata kepada ma’lumat didalam ‘Ilmu Allah yang sedia mawjud. Tetapi kepada ‘Ulama, ma’lumat itu tiada mawjud. Ia hadith-baharu datang tatkala Ia pandang memandang DiriNya. Adapun kata Ahlu’l-Suluk, sungguh pun tiada ia mawjud pada zahirnya tetapi pada batinnya ia mawjud, ada seperti puhun kayu itu juga; sungguh pun belum keluar dari dalam biji itu hukumnya adalah dalam biji itutiada shakk lagi. Jika tiada demikian, naqis hukumnya. [13] Fa’lam-Keempat QudratNya taman
Qadir
dengan
Yakni Kuasa; jika tiada kuasa lemah hukumnya. Akan Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada lemah. Ia kuasa menjadikan dan menbinasakan dan menghidupkan dan mematikan; pada mencheraikan dan mempertemukan, pada mengambil dan 18
memberi-banyak lagi mithalnya yang tiada tersebut. Jikalau tiada kuasa, manakan dapat Ia memandang DiriNya pandang ma’lumat yang dalam ‘Ilmunya? Inilah yang berqudrat, yang sedia serbaNya itu. Adapun alam sungguh pun mawjud, bayang-bayang ma’lumat juga. Apa yang dalam ma’lumat itu sini kelihatan kerana ma’lumat itu terhukum oleh Qudrat yang sedia tiada dapat ditukariNya lagi. Apabila bertukar naqis hukumnya Qudrat yang sedia itu; yakni belum sempurna maka hendak diperbaikiNya sekali lagi. Jikalau sudah dari sana permai, tiada harus diperbaikiNya sekali lagi. [14] ….dan suara kita. Sebab inilah maka pada hukum shariat Kalam Allah tiada makhluq. Adapun kepada madhhab Mu’tazilah dan Rafidi dan Zindiq. Kalam Allah itu makhluq. Pada hukum shariatnya, barangsiapa mengatakan Kalam Allah makhluq iaitu kafir-na’udhat bi’Llahi minhu! Kalam Allah peri Dhat, Qadim bersama-sama dengan sekalian yang sedia ketujuh itu. Adapun Kalam Allah yang dibawa Jibrail kepada Nabi Muhammad Rasulu’Lah salla’Llahu ‘alayhi wa sallam yang tersurat pada mashaf itu dapat dikatakan makhluq kerana hukumnya sudah bercherai dengan Dhat pada ibarat. Adapun pada haqiqinya, wal’Llahu a’lam bi’l-sawab! Qala’Llahu Ta’ala: 19
Innama qawluna li shay’in idha aradna an naqula kun fa yakun Yakin Bahwa sesungguhnya barang janji Kami akan suatu, tatkala kehendak Kami akan dia, bahwakan berkata baginya: “Jadi kau!menjadi” [Quran 15:40] Ini pun Kata Qadim dengan isharat juga, bukan dengan lidah dengan suara. Jikalau dengan lidah dan suara, dapat dikatakan makhluq. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala mahashuci, KalaNya pun maha shuci daripada lidah dan suara. [15] Fa’lam- Keenamnya Sami’ dengan AdaNya dawam Yakni Mendengar . Jika tiada berpengar tuli hukumnya. Tetapi menengar dengan telinga ibarat kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada bertelinga seperti telinga makhluq. Adapun yang didengarNya sana suara ‘isti’dad ma’lumat yang didalam “ilmunya sentiasa adanya. Inilah maka bernama wa huwa’l-sami’ul-alim, kerana Sami’ dam ‘Alim sedia qadim sama-sama dengan Dhat Sungguh pun isharat pada sami’aLlah li man hamidah itu hanya ibarat juga tiada dengan telinga seperti telinga makhluq. Qala’Llahu Ta’ala: 20
Wa atakum min kulli ma sa’altumuhu Yakni Kuberi akan kamu daripada yang kamu pinta [Quran: 14:34] Kata Ahlu’l-Suluk pinta ini pinta isti’dad asli, bukan pinta sekarang. Maka DengarNya Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan telinga ibarat daripada ma’lumat yang sedia sertaNya. Pinta ma’lumat pun dengan isharat, memberi ma’lumat pun dengan ibarat. Jika tiada demikian, tiada penengar qadim. Apabila tiada pengar qadim, naqis hukumnya. [16] Fa’lam-Ketujuh Basir akan halal dan haram Yakni Melihat. Jika tiada berpenglihat buta hukumnya. Adapun Allah Subhanahu wa Ta’ala da’im melihat DiriNya dan rupa sekalian ma’lumat. Halal dan haram didalam ma’lumat itu mawjud. Tetapi Ia melihat tiada dengan mata seperti mata pada makhluq; dengan mata isharat juga dan dengan ibarat juga. Barangsiapa I’tiqadnya Allah Subhanahu wa Ta’ala itu melihat dengan mata seperti mata makhluq iaitu kafirna’udhu ni’-Llahi minha! Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala suchi daripada sekalian makhluqat. PenglihatNya pun mahashuci. Asal perkataan IlmuNya pun qadim, ma;lumatNya tiada 21
bercherai dengan IlmuNya. Apabila ma’lumatNya tiada bercherai dengan ‘IlmuNya nischaya Ia sentiasa melihat dia dengan Penglihat yang qadim. Jikalau ma’lumat yang didalam ‘IlmuNya tiada mawjud, tiada ‘Alim NamaNya; BasirNya pun lenyap. Adapun apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala Qadim dengan ketujuh SifatNya, tiadakan lenyap BasirNya kerana NamaNya wa huwa’l-sami’ul-basir. Lagi firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : Wa’Llahu bi’ma ta maluna basir Yakni Barang sesuatu yang diperbuat mereka itu Allah Ta’ala melihat. [Quran 36:82] Kerana Sifat ketujuhnya ini qadim! Bukan Hayat ada Ilmu tiada, atau Ilmu ada Iradat tiada, atau Iradat ada Qudrat tiada ; atau Qudrat ada Kalam tiada, atau Kalam ada Sam’ tiada, atau Sam’ ada Basar tiada, atau suatu dahulu atau suatu kemudian, atau suatu lama atau suatu baharu-tiada demikian adanya. Barangsiapa I”tiqadnya demikian dalalat hukumnya. [17] Fa’lam-Ketujuhnya ini adanya qadim Yakni dengan ketujuh Sifat yang sudah dikatakan pada awwal al-kitab ini, inilah qadim. Adapun Sifat yang lain, tatakala qawl ‘kun’! [fa yakun] maka nyata kelihatan, mithal 22
Khaliq dan Raziq, Yuhyi dan Yumit. Seperti Sifat ini banyak lagi yang tiada terperi dan tiada tersebut. Adapun ibarat qawl ‘kun’ [fa yakun] itu ialah pertama Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman pada isti’dad ma’lumat, Jadi kau! [menjadi]. Semesta sekalian denagn sekali ‘Jadi kau!’ menjadi, sempurna lengkap. Jikalau dikurangiNya, atau ditambahNya, naqis hukumnya yakni tiada sempurna tahu akan HikmatNya kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada seprti manusia iaitu sudah selesai perbuatannya jika belum permai baginya, sekali lagi diperbuatnya. Akan Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada demikian hukumnya, dengan sekali “Jadi kau!’ Ia perbuat permai, tiada dapat diaybkan lagi. Adapun barang yang jadi diatas qawl ‘kun fa yakun’ itu makhluq pada ibarat dan barang yang jadi diatas qawl ‘ kun fa yakun Shu’un Dhat dinamainya Ahlu’l Suluk. Seperti nyawa, Khaliq pun ia tiada, makhluq pun tiada ia tiada, sungguh pun Hadith Nabi Khuliqa’l-ruhu qabla’l-jasadi bi alfayn Yakni Zahir nyawa dahulu daripada tubuh dua ribu tahun Kata Ahlu’l-Suluk, nyawa amr Allah itu belum dating ke bawah qawl ‘kun fa yakun’. Seperti firman Allah Ta’ala Innama amruhu idha arada shay’an an yaqula lahu kun fayakun 23
Yakni Bahwa sanya barang titahNya, tatakala berkehendak akan suatu, bahwakan berkata baginya, ‘Jadi kau!-menjadi. [Quran 17:85] Kata Ahlu’l-Suluk titah diatas ‘Jadi kau! Menajdi, apabila diatas ‘Jadi kau!’ menjadi Khaliq pun ia tiada, makhluq pun ia tiada. Seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala Way as’alunaka ‘ani’l-ruhi quli’l-ruhu min amri rabbi wa ma utitum mina’l-ilmi illa qalilan Yakni Bertanya orang kepada mu [Muhammad] daripada asal nyawa. Katakan [Ya Muhammad], Yang nyawa daripada titah Tuhanku. Bermula tiada diberi akan kamu ilmu melainkan sedikit [ mana kamu akan tahu kepada nyawa ] [Quran 17:85] Kerana ini maka Ahlu’l suluk, Khaliq pun ia tiada, makhluq pun ia tiada-kerana ia titah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Adapun ittifaq ‘Ulama dan Ahlu’l-Suluk, alam sekalian makhluq, hukumnya hadith kerana ia muzahir dibawah qawl ‘kun fa yakun’-jangan dikatakan qadim. [18] Fa’lam-Akan sempurna ‘Alim 24
istidad
‘alamin
Yakni isti’dad itu iaitu kelengkapanNya yang sedia didalam ‘IlmuNya yang terlalu tahu. Isti’dad itulah kelengkapan yang sedia didalam ‘Ilmu Allah Ta’ala. Kata Ahlu’l-Suluk, isti’dad tiada berpindah dan tiada dipindahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Yang sedia itu Shu’un Dhat Subhanahu wa Ta’ala-sedia terhantar didalam ‘IlmuNya kerana kata Ahlu’l-Suluk, pada suatu ibarat ‘Ilmu menurutkan Ma’lum. Seperti laut terhantar, ombak juga yang pergi-datang, timbul-karam. Tetapi pada suatu ibarat , jika tiada laut tiada ombak timbul. Pada ibarat ini ombak menurutkan laut; ya’ni Ma’lum menurutkan ‘Ilmu. Adapun kepada ‘Ulama, isti’dad asli tiada masuk bilang. Apa kehendak ‘Alim timbul seperti rupa kehendakNya itu. Adapun kata Ahlu’l-Suluk, isti’dad asli itu ada dalam ‘IlmuNya seperti firman Allah Ta’ala Wa ma mima illa lahu maqanam ma’lum Yakni Tiada suatu pun barang daripada Kami melainkan ada baginya tempat yang diketahui [Quran 37:164] Lagi kata Ahlu’l-Suluk isti’dad itu Shu’un Dhat juga, belum bercherai dengan Dhat, sedia sentosha dalam Dhat pada ibarat ini. Adapun pada haqiqatnya semata dengan Dhat juga seperti kata Shaykh Muhyi’lDin ibnu”lArabi [radiya’Llahu’anhu] 25
Kunna hurufan ‘aliyatin lam nuqal Muta’alhqatin fi dhura a’la’l-qulal... Yakni Dahulu ada kami huruf yang mahatinggi Tiada dipindahkan, Tergantung dengan Istananya diatas puchak gunung… ...Ana [anta] fihi wa nahnu anta wa anta hu ... Yakni …Aku engkau dalamnya [yakni dalam puchak gunung itu] dan kami sekalian engkau dan engkau Ia… ...Fa’l-kullu fi huh u fasal’an man wasal. Yakni …Bermula, Sekalian dalam Ia, Ia – maka bertanyalah engkau kepada barangsiapa yang wasal. Adapun kata Shaykh Muhyi’lDin ibnu”l-Arabi isharat kepada isti’dad asli itu juga. Seperti sepuhun kayu dalam bijinya sedia ada serta dengan biji itu, belum berpindah dan tiada dipindahkan kerana belum bercherai dengan biji itu. Apabila bergerak daripada tempatnya hendak keluar, maka berpindah namanya dan dipindahkan daripada tempatnya. Dan demikian lagi dengan isti’dad asli, apabila bergerak dipindahkan daripada tempatnya dan ‘IlmuNya dan IradatNya dengan KalamNya dengan Sami’Nya dengan 26
BasarNya-sekalian bergerak sama-sama ila abadi’l-abad. Kepada ‘Ulama ma’lumat dengan isti’dadnya itu hadith dan berpindah dan dijadikan seperti tukang atau utus hendak berbuat rumah. Bicharanya itu dengan isti’dad ma’lumatnya. Maka diperbuat sebuah rumah. Rumah itu makhluq, rupa rumah yang dalam bicharanya itu pun makhluq; hadith keduanya. Kata Ahlu’l-Suluk apabila demikian pada Qadim Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada dengan ‘IlmuNya lagi- lagi baharu berbicharah hendak menjadikan islam dan kafir, salih dan fasiq. Apabila demikian, sungguh pun Qadim, tiada dengan ‘IlmuNya, bebal hukumnya. Sungguhnya Raja, tiada dengan tenteranya lemah hukumnya; sungguh pun berpengetahuan, tiada berkelengkapan, segan hukumnya; sungguh pun ‘Adil, zalim hukumnya. Apabila baharu saja hendak berbichara, bebal hukumnya, apabila tiada kekayaan dan baharu saja hendak mengadakan, faqir hukumnya, apabila berpengetahuan tetapi tiada berbuat, segan hukumnya, apabila munafiq dan kafir tiada padaNya maka dijadikanNya kafir dan sudah dijadikanNya kafir maka dimasukkanNya ke dalam neraka, zalim hukumnya. Akan Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada demikian. Jikalau ada sifat demikian padaNya, naqis hukumnya. Barangsiapa iti’kadnya demikian dalalat hukumnya. Adapun kata Ahlu’l-Suluk pada 27
suatu ibarat ma’lumat Allah qadim kerana isti’dad asli itu kelakuan DhatNya juga dan sekalian periNya juga. Adapun Jamal kelakuan yang baik, Jalal kelakuan sekalian yang jahat. Tetapi pada haqiqatnya sekalian baik kerana sekalian itu periNya dan kelakuanNya juga. Mithal suatu anak panah jika tiada bengkok tiada berguna pada yang empunya, mata kawe jika tiada bengkok tiada beroleh ikan; jarum jika tiada betul tiada dapat menjahit. Menjadi jahat atau baik masing-masing pada gunanya kerana keduanya daripada Jalal dan Jamal juga. Inilah ma’na isti’dad yang sedia. [19] Fa’lam-Kerana Sifat ini Kamal alHakim Yakni sempurna mengadakan dengan Hikmat. Maka dikatakan sempurna mengadakan dengan Hikmat kerana utus mengenakan smesta sekalian pada tempatnya; yakni mengelaurkan ma’lumat daripada ‘IlmuNya dengan tiada bertukar. Asal langit dijadikanNya langit; asal bumi dijadikan bumi; asal arsh dijadikanNya arsh; asalnya kursi dijadikanNya kursi, asal laut dijadikanNya laut; asal darat dijadikanNya darat-yakni menjadikan semesta sekalian ini dengan HikmatNya dan dengan Hukum Isti’dad yang sedia itu juga. Maka sempurna Ia bernama wa huwa’l-azizu’l-hakim. Jika 28
ditukariNya perbuatan yang sedia ada itu tiada Hakim hukumnya memangsakan perbuatan yang sedia itu kerana perbuatan yang sedia itu sudah dari asalnya permai. Jika belum sudah atau belum permai, maka harus diperbaikiNya; ‘Jadi kau’ yang dikatakan selamanya ini belum permai sekarang hendak pula mengubah yang sedia. Itu tiada sempurna Hakim hukumnya. Olehnya itu maka yang baik dihantar kepada baik, yang jahat dihantar kepada jahat. Jikalu sekalian ‘alam dijadikanNya islam dan kafir tiada dijadikanNya, naqis hukumnya; jikalau sekalian dijadikan kafir, islam tiada dijadikanNya, naqis hukumnya; jikalau shurga dijadikanNya, neraka tidak dijadikanNya, naqis hukumnya; jika neraka dijadikanNya, shurga tidak dijadikanNya, haqis hukumnya. Kerana ini semesta sekalian dikeluarkanNya daripada isti’dad ma’lumatNya kepada alam dengan sempurnanya tiada bertukar kerana NamaNya wa huwa’l-azizu’l-hakim. [Quran 14:4] [20] Fa’lam-Bernama Rahmani’l-Rahim
Bismi’Llahi’l-
Yakni kerana Sifat yang termazkur ini maka bernama Bismi’Llahi’l-Rahmani’l-Rahim. Adapun suatu ma’na kepada Shariat, Bismi’Llah yakni Dengan Nama Allah, 29
adapun al- Rahman yakni Yang Mahmurah [dalam dunya]; adapun al-Rahim yakni Yang Mengasihi [dalam akhirat]. Adapun suatu ma’na kepada Haqiqat, Bismi’Llahi itu Nama Dhat, perhimpunan segala Nama seperti sudah termazkur; adapun al-Rahman itu pertama memberi Rahmat bagi semesta sekalian alam –yakni menjadikan semesta sekalian seperti firman Allah Ta’ala Wasi’ta kulla shay’in rahmatan wa’ilman Yakin Wahai Tuhanku, Kauliaskan pada semsta sekalian Rahmat dan pengetahuan. [Quran 40:7] Itulah Rahman empunya Rahmat memberikan wujud pada sekalian semesta sekalian alam. Olehnya memberikan wujud akan semesta sekalian alam maka bernama Rahman. Islam dan Kafir, shurga dan neraka, halal dan haram, baik dan jahat, daripada rahmat Rahman beroleh wujud. Itulah maka bernama Rahman. Adapun Rahim itu ditaksiskan semesta sekalian yang baik dan ditakhsiskan Anbiya dan Awliya dan Salihin dan segala islam-tiada berchampur [takhsisnya]. Adapun Rahman berchampur {takhsisnya}. Kerana ini maka bernama Bismi’Llahi’l-Rahmani’lRahim. [21] ‘Ilmu itu Haqiqat Muhammad alNabi 30
Tatakala dizahirkan ketengah Padang Nyatalah ‘ishq yang dalam kandang Disanalah hukum pandang-memandang Berahi dan dendam tiada berselang Dua Qawa suatu kandang Barzakh diantaranya pula terbentang Harus ra’ikan ini Orang Umpama tamthil besi dan pedang Yakni ‘Ilmu yang melihat ma’lumat itu Haqiqat Muhammad [salla’Llahu ‘allayhi wa sallam]. Antara ‘Alim dan Ma’lum itulah asal daripada Dhat. Adapun pada satu ibarat itulah bernama Ruh Idafi yakni Nyawa Berchampur dan suatu ibarat itulah bernama ‘Aql al-Kulli namanya yakni Perhimpunan segala Buddi dan pada suatu ibarat Nur namanya yakni Chahaya dan pada suatu ibarat Qalam al-A’la namanya yakni Qalam yang Mahatinggi dan pada suatu ibarat Lawh namanya yakni Papan tempat Menyurat. Kerana itulah maka sabda Rasulu’Llah salla’Llahu ‘allayhi wa sallam Awwal ma khalaqa’Llahu Ta’ala’l-ruh Awwal ma khalaqa’Llahu Ta’ala’l-nur Awwal ma khalaqa’Llahu Ta’ala’l-‘aql Awwal ma khalaqa’Llahu Ta’ala’l-qalam Yakni maka sebab Nabi [salla’Llahu ‘allayhi wa sallam] mengatakan sekalian awwal itu 31
ialah kerana ‘Ilmu hidup dinamai Ruh kerana ‘Ilmu itu ma’lumat kelihatan dinamainya ‘Nur kerana ‘Ilmu itu mencharakan segala ma’lumat dinamainya ‘Aql kerana ‘Ilmu itu tersurat sekalain ma’lumat dinamai Qalam. Kerana itulah sabda Rasulu’Llah [salla’Llahu ‘allayhi wa sallam] Awwal ma khalaqa’Llahu Ta’ala’l-ruh Dan Awwal ma khalaqa’Llahu Ta’ala’lnur Kerana Ruh dan Nur itulah maka ma’lumat jadi. Seperti firman Allah Ta’ala didalam hadith Qudsi Law laka lama khalaqtu’l-aflak Yakni Jikalau tiada engkau tiadakan Kujadikan ketujuh langit dan bumi [dan semesta sekalian Kujadikan daripada Chahaya Muhammad jua]. Jika tiada chahaya Muhammad itu tiada akan jadi semesta sekalian. Dan firman Allah Ta’ala didalam Hadith Qudsi Khalaqtu’l-kulla di ajlika wa khalaqtuka li ajli Yakni Kujadikan semesta sekalian keranamu; engkau Kujadikan keranaKu [yakni semesta sekalian jadi daripada Chahaya Muhammad; yang Chahaya itu jadi daripada Dhat Allah]. 32
Jika tiada dengan ‘Ilmu itu Allah Subhanahu wa Ta’ala tiadakan zahir dan tiada Alim,Chahaya Muhammad tiada akan zahir. Seperti sabda Rasulu’Llah[salla’Llahu ‘allayhi wa sallam] Kuntu nabiyyan wa Adamu bayna’l-ma’I wa’l-tin Yakni Ada aku terlebih dahulu sebagai Nabi tatkala Adam masih lagi diantara air dan tanah. Hadith ini isharat kepada air jua. Kerana Adam dan semesta sekalian jadi daripada Chahaya itu jua. Chahaya ‘Ilmu itu Ma’lum. Lagi sabda Rasulu’Llah[salla’Llahu ‘allayhi wa sallam] Yakni Adam bapa segala tubuh dan aku bapa segala nyawa. [yakni yang dikatakan Nabi salla’Llahu ‘allayhi wa sallam: Awwal ma khalaqa’Llahu Ta’ala’l-ruh … pada hukumnya nyawa itulah Muhammad salla’Llahu ‘allayhi wa sallam]. [Lagi sabda Nabi salla’Llahu ‘allayhi wa sallam: Ana mina’Llahi wa’l-mu’minuna minni yakni Aku daripada Allah dan segala Mu’min daripadaku] Lagi sabda Nabi salla’Llahu ‘allayhi sallam Ana mina’Llahi wa’l-alamu minni Yakni 33
wa
Aku daripada daripadaku
Allah
dan
sekalian
alam
Lagi sabda Nabi salla’Llahu ‘allayhi wa sallam Ana mina’Llahi wa’l-mu’minuna min nuri Yakni Aku daripada Chahaya Allah. Bermula segala mu’min daripada chahayaku Kerana sekalian kata ini maka dikatakan ‘Ilmu Haqiqat Muhammad al-Nabi. [22] Fa’lam-Menurutkan Ma’lum dengan lengkapnya qawi Yakni memberi Chahaya akan Ma’lum. Jika tiada ‘Ilmu, Ma’lum tiada dapat keluar daripada isti’dad asli. Kerana itu maka dikatakan menurutkan Ma’lum. Mithal laut, jika tiada laut ombak pun tiada akan timbul, demikian lagi rupa ma’lumat timbul daripada ‘Ilmu. Kerana ini maka pada hukum shariat Ma’lum menurutkan ‘Ilmu, kerana jika tiada ‘Ilmu tiada kelihatan ma’lumat. Dan pada suatu ibarat mereka itu sekalian daripada Chahaya Esa itu juag seperti kata Lam’at: Al-‘aynu wahidatun wa’l-hukmu mukhtalifu wa Dhaka sirran li ahli’l-ilmi yankashifu Yakni 34
Yang semata itu esa juga. Bermula jalannya berlain-lain. Bermula acharanya bertukartukar Dan yang demikian rahsia bagi yang mengetahui dan berpengetahuan juga dapat membukakan dia. Yakni seperti tanah, dijadikannya berbagaibagai akan dia, adakan buyung, adakan periuk-asalnya tanah sebangsa hukumnya. Berbagai-bagai segala bejana itu beroleh rechana dan peri daripada tanah juga. Akan alam pun demikian lagi, sungguh pun berbagai-bagai asalnya daripada Chahaya itu juga. [23] Fa’lam-Tuhan kita itu yang empunya Kamal Yakni sempurna dengan semesta sekalian peri. Jikalau suatu kurang daripadaNya, tiada sempurna Kamal NamaNya. Jikalau islam dijadikanNya, kafir tiada dijadikanNya; atau salih dijadikanNya, fasiq tiada dijadikanNya; shurga dijadikanNya, neraka tiada dijadikanNya; atau baik dijadikanNya, jahat tiada dijadikanNya-tiada Ia Kamal hukumnya. Kerana ini maka pada hukum shariat Khayrihi wa sharrihi mina’Llahi Ta’ala Yakni Baik dan jahat daripada Allah Ta’ala
35
Barangsiapa tiada membawa iman demikian iaitu kafir-na’udhu bi’Llahi minha! Firman Allah Ta’ala: Qul kullun min indi’Llah Yakni Katakan olehmu Muhammad semesta sekalian daripada Allah Ta’ala [Quran 4:77] Seperti firman Allah Ta’ala: Wa’Llahu khalaqakum wa ma ta malun Yakni Bermula Allah menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu [Quran 37:96] Lagi firman Allah Ta’ala: Wa la hawla wa la quwwata illa bi’Llahi’l ‘aliyyi’l ‘azim Yakni Bermula, tiada mengelilingi dan tiada kuasa melainkan dengan Allah yang Mahatinggi dan Mahabesar juga. [Quran18:40] Seperti sabda Nabi salla’Llahu ‘allayhi wa sallam La tataharraku dharratun illa bi idhni’Llah Yakni Tiada bergerak suatu dharrat jua pun melainkan dengan firman Allah-kehendak Allah.
36
Dalam hukum shariat, sungguh pun daripada Allah baik dan jahat, tetapi Allah radi kepada yang baik, tiada radi kepada yang jahat. Adapun pada kata ini terlalu mushkil, tiada terbichara oleh Ahlu’l-Suluk kerana Jalal pun SifatNya, jamal pun SifatNya, betapa maka tiada radi kepada SifatNya? Dan adapun jika dibawa kepada isti’dad asli dapat kerana keduanya hadir disana. Sungguh pun Ia mengeluarkan keduanya tetapi yang baik radi kepada yang jahat tiada radi. Tetapi su’al ini su’al baqi! [24] Fa’lam-Didalam ‘IlmuNya itu tiada panah zawal. Yakni ‘Ilmunya tiada panah bercherai dengan Ma’lumNya. Jika bercherai dengan Ma’lumNya, tiada hukumnya Kamal kerana ma’lumat kebesaran Alim. Jikalau ‘Alim tiada berma’lum binasa kebesaran ‘Alim dan kerajaan ‘Alim kerana ma’lumat itu kebesaran ‘Alim dan kekayaan ‘Alim. Adapun pada suatu ibarat ma’lumat hadith kerana ia daripada ‘Ilmu. ‘Ilmu daripada Hayat, Hayat daripada Dhat. Dhat dahulu daripada sekalian. Pada hukumnya ma’lumat hadith. Adapun ikhtilaf pada ikhtiyar, yang pada hukum shariat ikhtiyar akan makhluq, iaitu menurut hukum shariat ada diberi Allah ikhtiyar akan dai. Jikalu ia berbuat baik, shurga diperolehnya; jikalau ia berbuat jahat, neraka diperolehnya37
dengan ikhtiyarnya. Kata Ahlu’l-Suluk, jikalau demikian khayrihi wa sharrihi mina’Llahi Ta’ala binasa. Adapun pada kami makhluq tiada berikhtiyar. Apabila tiada ia berwujud, tiadalah ia berikhtiyar. Seperti firman Allah Ta’ala: Wa law sha’a’Llahu laja’alukum ummatan wahidatan wa lakin yudillu man yasha’u wa yahdi man yasha Yakni Jika hendak menjadikan kamu ummat suatu dapat, tetapi menyesatkan dengan kehendakNya, menunjukkan jalan yang betul dengan kehendakNya. [Quran 16:39] Daripada makhluq tiada berwujud, manakah beroleh ia itu ikhtiyar? Dengarkan pula oleh kamu tamthil kami. Seperti seorang pandai besi, ada sebuah besi padanya, pusaka dari nini moyangnya. Isti’dad besi itu layak akan keris. Maka dipandangnya dengan ‘ilmunya besi itu layak akan keris. Maka ditempanya keris. Setelah sudah ditempanya maka dipakainya. Beberapa lamanya maka ia menikam orang dengan keris itu. Perbuatan ini dengan ikhtiyar tuan keris, tiada dengan ikhtiyar keris. Daripada awwal datang kepada akhir, ikhtiyar empunya keris jua, tiada ikhtiyar keris. Yang empunya keris pun berbuat perbuatan yang muwafaqat dengan isti’dad keris [seperti seorang dikafirkanNya 38
dengan isti’dad qadimnya; ikhtiyar Allah Subhanahu wa Ta’ala muwafaqat dengan isti’dad itu jua. Seqadar itu dapat dikatakan ikhtiyar akan makhluq, kerana isti’dad makhluq didalam ‘IlmuNya-yakni didalam ‘Ilmu Allah-tiada panah zawal. [25] Fa’lam-Rahman perhimpunan Jalal
dalamnya
Yakni Rahman, empunya Rahmat yang dahulu telah dinyatakan tatkala memberi wujud akan semesta sekalian alam dengan Kamal tiada bercherai. Seperti firman Allah Ta’ala: Al-Rahman‘allama’l-Quran khalaqa’linsan ‘allamahu’l-bayan Yakni Rahman ituYang mengajar Quran [kalam Allah yang qadim, dengan isharat]Khalaqa’linsan-yakni Menjadikan insan [dengan Rahmat yang qadim]Maka diajarinya semseta sekalian yang kelihatan. [Quran 55:1-4] Adapun suatu Hadith lagi sabda Nabi salla’Llahu ‘allayhi wa sallam La tasubbu’l-riyaha innaha min nafasi’lRahman Yakni Jangan kamu menyumpah angin, bahwasanya ia daripada nafas Rahman. 39
Isharat disini sedikit tetapi maknanya banyak. Suatu maknanya, ia banyak fa’idahnya.Lagi sabda Nabi salla’Llahu ‘allayhi wa sallam Inna’Llaha khalaqa Adama ala surati’lRahman Yakni Bahwasanya Allah Ta’ala menjadikan Adam atas rupa Rahman. Maka ditakhsiskan Allah Subhanahu wa Ta’ala atas Rupa Rahman itu iaitu tiada bercherai dengan Nama Allah Ta’ala [ yakni Rahman itulah wujud semesta sekalian alam ]. Adapun suatu ibarat, Adam pun suatu alam lagi; pada shariat alam saghir, pada haqiqat alam kabir. Seperti firman Allah Taala: Al-Rahmanu ‘ala’l-arshi stawa Yakni Rahman diatas ‘arsh sama. Barangsiapa tiada fakir akan ayat ini iaitu kafir, kerana disini banyak dalil mutashabihat. Kata Ahlu’l-Suluk, ayat itu pada haqiqat semesta sekalian makhluqat yakni haqiqat semesta sekalian makluqat itu ‘arsh hukumnya, sungguh pun tiada demikian takhsis tempat Allah Ta’ala jika demikian takhsis tempat adapun. Maka dikatakan Jalal 40
sebab perhimpunan segala wujud daripada Rahmatnya qadim. [26] Fa’lam – Berserta dengan Rahim pada sekalian Jamal. Yakni Rahim itu iaitu rahmat takhassus pada sekalian Jamal kerana Jamal Sifat segala perbuatan yang baik, khususan akan Anbiya dan Awliya dan Salihin dan ‘Ashiqin dan ‘Ariffin-banyak lagi mithalnya tiada tersebut. Sekalian ini daripada Jamal hukumnya. Adapun firman Allah Ta’ala: Fa subhana’l-ladhi biyadihi malakutu kulli shay’in wa ilayhi turja’un Yakni: Maka Mahasuchi Tuhan iaitu dengan tanganNya memegang haqiqat sekalian. Bermula kepadaNya jua kamu akan dipulangkan. [23:89] Lagi firman Allah Ta’ala: Khalaqtu bi yadayya Yakni: Kujadikan dengan kedua tanganKu [38:75] Kedua tangan itu yakni Qudrat dan Iradat juga. Pada suatu ibarat, kedua tangan itu yakni Jamal dan JalalNya. Jamal mithal tangan kanan, Jalal mithal tangan kiri. Sekalian yang baik menjadi daripada yang kanan. Sekalian yang jahat menjadi daripada 41
tangan kiri. Adapun jangan dii’tiqadkan Allah Ta’al bertangan atau berkiri-kanan kerana Ia mahasuchi daripada bertangan dan suchi daripada kiri dan kanan. Adapun Jamal hukumnya daripada Sifat Rahim, tetapi tiada bercherai dengan Rahman yang qadim. [27] Fa’lam – Tuhan kita itu bernama ‘Aliyy Yakni Mahatinggi, tiada terhisabkan dan tiada teribaratkan sekian lamanya, sebab kesudahan NamaNya itu Huwa. Adapun Huwa itulah maka dikatakan ‘Aliyy sebab ia ismu isharatin kepada Dhat. Adapun Dhat itu sungguh pun dibawa kepada ibarat kepada kunhiNya tiada siapa tahu akan Dia kerana Ia tiada diibaratkan. Sungguh pun Esa, tiada dengan esanya; sungguh pun Tunggal, tiada dengan tunggalnay. Barang Sifat, Dhat, Asma, kita nisbatkan kepadaNya ibarat juga. [28] Fa’lam – Dengan sekalian SifatNya nantiasa baqi Yakni sentiasa kekal dengan segala periNya ila abadi’l abad – tiada bercherai dengan SifatNya. Seperti dahulu tiada panah bercherai dengan SifatNya, kemudian pun demikian jua tiada akan bercherai dengan SifatNya. Dahulu ada kemudian lenyap atau dahulu tiada kemudian datang kepadaNya – 42
semua ini naqis hukumnya. Inilah ma’na Dengan sekalian Sifatnya sentiasa baqi. [29] Fa’lam – ‘Ala jami’il-alamin AtharNya jadi Yakni diatas segala alam BekasNya lalu; seperti air sungai lalu tiada berkeputusan dan tiada berkesudahan. Seperti firman Allah Ta’ala: Kulla yawmin huwa fi shan Yakni Pada segala hari Ia itu dalam kelakuanNya. [55:29] Kata ahlu’l-Suluk makna hari itu sekejap mata kerana pada Allah tiada hari. Lagi firman Allah Ta’ala: Allahu nuru’l-samawati wa’l-ardi mathalu nurihi … Yakni: Allah jua yang mnerang ChahayaNya ketujuh langit dan ketujuh bumi. Seperti ChahayaNya …. [24:35] Kata Ahlu’l-Suluk, alam ini kenyataanNya jua kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan DhatNya, dengan SifatNya, dengah Af’alNya, dengan AtharNya sentiasa nyata. Sebab ini maka kata Abu Bakar al-Siddiq (radiya’Llahu’anhu): 43
Mara’aytu shay’an illa wa ra’aytu’Llaha qablahu. Yakni Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah dahulunya. Kata Umar (radiya’Llahu’anhu): Mara’aytu shay’an illa wa ra’aytu’Llaha ba’dahu. Yakni Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah kemudian nya. Kata ‘Uthman (radiya’Llahu’anhu): Mara’aytu shay’an illa wa ra’aytu’Llaha ma’ahu. Yakni Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah serta nya. Kata ‘Ali (radiya’Llahu’anhu): Mara’aytu shay’an illa wa ra’aytu’Llaha fihi. Yakni Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah dalamnya. Keempatnya ‘ulya makrifat mereka itu kerana firman Allah Ta’ala: Fa aynama tuwallu fa thamma wajhu’Llah Yakni
44
Barang kemana kamu hadapkan muka kamu disana [wajhu’Llah] (ertinya Dhatnya). [2:115] Bukan dimaksudkan muka seperti muka makhluq; yakni Dhat allah Ta’ala tiada bermuka, Dhatnya jua yang lengkap kepada semesta sekalian. Seperti firman Allah Ta’ala dalam Zabur: Ana’l mawjudu fa’tlubni tajidni fa’in tatlub siwa’I lam tajidni Yakni Aku mawjud, yang kamu tuntut kamu peroleh, jikalau kamu tuntut lain daripadaKu tiada Aku engkau peroleh. Ini AtharNya pada sekalian alam. [30] Fa’lam – Daripada situ jihat, sebab inilah khali Yakni daripada enam hadapan khali. Maka dikatakan khali kerana jikalau dikatakan diatas, dibawah Ia, jikalau dikatakan dibawah, diatas Ia; jikalau dikatakan dikiri, dikanan Ia, jikalau dikatakan dikanan, dikiri Ia; jikalau dikatakan dari hadapan, dari belakang Ia, jikalau dikatakan dari belakang, dari hadapan Ia, kerana bahwa sanya firman Allah Ta’ala: Qul huwa’Llahu ahad Allahu’l-samad 45
Lam yalid wa lam yulad Wa lam yakun lahu kufu’an ahad Yakni Katakan olehmu [ya Muhammad] Bahawsanya Allah Ta’ala Esa; Lagi Tuhan yang penuh [pada suatu makna: pejal, Suatu makna, lengkap]. Tiada beranak dan tiada Diperanakkan. Dan tiada bagiNya sama suatu pun. [112] Apabila Sifatnya demikian, nischaya tiada jihat akan Dia. Dan lagi seperti firman Allah Ta’ala: …Thalathatin illa huwa rabi’uhum wa la khamsatin illa huwa sadisuhum wa la adna min dhalika wa la akthara illa huwa ma’ahum Yakni: Jikalau orang tiga orang melainkan Ia jua yang keempatnya dengan mereka itu, bermula jikalau orang lima orang melainkan Ia jua yang keenamnya dengan mereka itu; tiada kurang, tiada lebih melainkan Ia jua serta mereka itu sekalian [Quran 58:7] Kata itupun isharat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada berjihat dan tiada bertempa. Ibarat ini sungguh pun sedikit, maknanya banyak, Wa’Llahu a’lam . 46
[31] Fa’lam – Chahaya AtharNya tiada akan padam Yakni chahaya BekasNya tiada akan padam. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala bernama Zahir, zahirNya itu dimanakan padam, kerana Ia sentiasa tiada bercherai dengan SifatNya. Adapun pada Hari Qiyamah, sungguh pun padam tetapi hukumnya zahirNya itu terbunyi jua didalam batinNya dan batinNya pun terbunyi didalam zahirNya kerana yang dinamai Awwal pun Ia, yang dinamai Akhir pun Ia, yang dinamai Zahir pun Ia, yang dinamai Batin pun Ia – kerana athar zahirNya didalam batinNya tiada padam; athar batinNya didalam zahirNya tiada padam; athar awwalNya didalam akhirNya tiada padam; athar akhirNya didalam awwalNya tiada padam. [32] Fa’lam – Memberikan wujud pada sekalian alam Yakni AtharNya itu pada sekalian alam terlalu nyata, tiada terbunyi kerana ia wujud daripada Rahmat Rahman lagi memberikan wujud akan sekalian alam. Jika tiada wujud itu dimana akan beroleh athar. Kerana athar sekalian alam daripada atharNya jua, maka ia beroleh wujud. Seperti tanah, diperbuat kendi atau periuk atau buyung atau tempat. 47
Tanah itulah asal wujud sekalian bejana itu. Jika tiada tanah itu dimana kendi dan periuk akan beroleh wujud ? Kepada Shariat wujud kendi lain, wujud tanah lain. Adapun kepada Haqiqat wujud itulah tanah, sekalian bejana tiada wujud, tanah jua wujud. Rupa sekalian wahmi jua, tiada haqiqi. Inilah makna Memberikan wujud pada sekalian alam. [33] Fa’lam – Menjadikan makhluq siang dan malam Yakni AtharNya itu yang dinamai wujud kerana menjadi wujud makhluqat. Seperti bumi, jika tiada hujan dimanakan tumbuh kayu-kayuan ? Adapun bumi ditamthilkan Ilmu Allah, hujan seperti wujud; kayu-kayuan seperti makhluq. Adapun bumi tanah sendiriNya, hujan pun air jua sendirinya. Setelah berchampur maka ada kayu-kayuan tumbuh. Adapun kayu-kayuan yang tumbuh daripada bumi dan air itu tumbuh dengan hukum isti’dad jua. Sekalian tumbuh menjadi pahit, setengah tumbuh menjadi manis, setengah tumbuh menjadi kelat, setengah tumbuh menjadi hijau, setengah tumbuh menjadi merah, setengah tumbuh menjadi putih, setengah tumbuh menjadi hitam. Warna dengan sekalian rasa menjadi dengan hukum isti’dad asli juga. Adapun air, serupa air sematanya, tanah pun serupa sematanya tanah. Kayu-kayuan itu tumbuh daripada air 48
dan tanah jua tetapi rupanya dan warnanya menurut isti’dadnya juga. Seperti firman allah Ta’ala: Yusqa bi ma in wahidin wa mufaddihu ha’daha ‘ala ba din fi’l-ukul Yakni: Kami beri air daripada suatu air. Bermula kami lebihkan setengahnya atas setengahnya dalam rasa segala makanan. [Quran 13:4} Tamthil ini ditamthikan kepada alam , asalnya daripada wujud maka menjadi siang dan malam , langit dan bumi , ‘arsh dan kursi, shurga dan neraka, islam dan kafir, baik dan jahat , semua ini dengan hukum isti’dad dirinya jua. Adapun Dhat Allah amat suchi, Farq makhluqat berbagai-bagai kerana SifatNya banyak, Af’alNya banyak, AtharNya banyak kerana isiti’dad sekalian makluqat didalam SifatNya jua. Perbuatan yang baik daripadaSifat Jamal, perbuatan yang jahat daripada Sifat Jalal. Adapun asal Jalal dan Jamal daripada Wujud; asal Wujud daripada Dhat. Pada haqiqatnya sekalian keranaNya juga, lain daripadaNya tiada lulus pada alam ini kerana Ia wahdahu la sharika lahu. Inilah makna Menjadikan makhluq siang dan malam. [34] Fa’lam – Ila abadi’l-abad tiadakan karam. 49
Yakni kekayaan allah sentiasa tiada lenyap daripada ma’lumat datang keduanya dari dunya datang ke akhirat daripada akhirat datang ke kepada tiada berkesudahan yang isi neraka pun tiada akan lenyap tiada berkesudahan. Seperti firman Allah Ta’ala: Jaza’uhum inda rabbihim jannatu ‘adain tarji man tahtiha’l anharu khalidina fiha abadan Yakni Dibalaskan mereka itu yang islam daripada Tuhan mereka itu; tempatnya shurga lalu dibawahnya sungai, masuk mereka itu ke dalamnya kekal. [Quran 20:76 & 98:8] Lagi firman Allah Ta’ala: Inna’l-ladhina kafaru wa zalamu lam yakum’Llahu liyaghitira lahuin wa la liyahdiyahum tariqun illa tariqa jahannama khalidina fiha abadan Yakni: Bahawasanya mereka itu yang kafir dan zalim tiada diampuni Allah Ta’ala akan mereka itu, dan tiada dipimpin akan mereka itu pada suatu jalan. Melainkan jalan ke neraka, masuk kedalamnya kekal. [Quran 4:168 ] Inilah makna Ila abadi’l-abad tiadakan karam. [35] Fa’lam – Tuhan kita itu seperti Bahr al-‘Amiq 50
Yakni Dhat Allah ditamthilkan seperti Laut yang Dalam kerana kunhi Dhat itu tiada masuk kepada bichara. KeadaanNya jua yang ditamthilkan seperti Laut yang Amat Dalam itu. Maka sabda Nabi salla’Llahu ‘alayhi wa sallam: Suhanaka ma’arafnaka haqqa ma’rifatika Yakni: Mahasuchi Engkau-tiada kukenal Engkau dengan sempurna kenal [ yakni kunhi Dhat itu tiada dapat dikenal]. Kerananya jua diibaratkan seperti laut yang tiada terhingga dan tiada berkesudahan. Jika ada akan Dia hingga dan kesudahan atau awwal dan akhir, akan makhluq jua akan allah Subhanahu wa Ta’ala tiada SifatNya demikian. [36] Fa’lam – Ombaknya penuh pada sekalian tariq Yakni pada sekalian jalan dan dimithalkan ombak-ombaknya penuh pada sekalian jalan. Barang kita lihat, zahir dan batin, sekaliannya lenyap-ombak juga. Takni laut tiada bercherai dengan ombaknya, ombak pun tiada bercherai dengan laut. Demikian lagi Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada bercherai dengan alam tetapi tiada Ia di dalam alam dan tiada Ia di luar alam dan tiada Ia di atas alam dan tiada Ia di bawah alam dan tiada Ia di kanan 51
alam dan tiada Ia di kiri alam dan tiada Ia di hadapan alam dan tiada Ia di belakang alam dan tiada Ia bercheai dengan alam dan Ia bertemu dengan alam dan tiada Ia hampir kepada alam dan tiada Ia jauh daripada alam. Seperti kata Lam’at: Darya kuhan chu bar zand mawjinu Mawjish khwanand u dar haqiqat daryast Yakni Laut sedia, apabila berpalu menjadi ombak baharu, Dikata orang ombak, tetapi pada haqiqat laut jua. Kerana laut dengan ombak tiadanya bercherai. Dan lagi kata sha’ir Lam’at: Khalawtu bi man ahwa fa lam yaku ghayruna Wa law kana ghayri lam yasihh wujuduha Yakni Khalwatlah aku dengan kekasihku Maka tiada kulihat lain daripada aku [Jika kulihat lain daripadaku, wujudnya tiada sah …] Kata Lam’at: Raqqa’l zujaju wa raqati’l-khamru Fa tashabaha fa tashakala,l-amru Fa ka’annama khamrun wa la qadahu Wa ka’annama qadahun wa la khamru Yakni 52
Naqsh kacha dan hening minuman Maka sebagai keduanya dan hukumnya Maka seperti minuman [ bukan piala, Dan seperti piala bukan minuman ]
serupa
Inilah makna Ombak-ombaknya penuh pada sekalian tariq. [37] rafiq
Fa’lam – laut dan ombak keduanya
Yakni laut dan ombak keduanya bertaulan; mithal hamba dengan Tuhan , ashiq dan ma’shuq. Seperti firman Allah Ta’ala Inna’l-ladhina yubayi unaka innama yubayi umna’Llah … Yakni Bahawasanya mereka itu yang berjabat tangan dengan dikau, tiada mereka itu [berjabat tangan] melainkan Allah Ta’ala jua yang menjabat tangan [ mereka ] itu … [Quran 48:10] Yadu’Llahi fawqa aydihim Yakni Tangan Allah diatas tangan mereka itu. [Quran 48:10] Lagi firman Allah Ta’ala Fa lam taqtuluhum wa la khinna’Llaha qatalahum wa ma ramayta idh ramayta wa la kinna’Llaha rama 53
Yakni Tiada kamu membunuh mereka itu. Bermula tetapi Allah Ta’ala jua membunuh mereka itu. Bermula jika engkau membuang [ panah ya Muhammad ] apabila kau membuang tetapi Allah Ta’ala jua membuang. [Quran 8:17] Lagi firman Allah Ta’ala Wa huwa ma’akum aynama kuntum Yakni Ia itu serta kamu barang dimana ada kamu. [Quran 57:4] Lagi firman Allah Ta’ala Wa nahnu aqrabu ilayhi min habli’l-warid Yakni Kami terlebih hampir kepadanya daripada urut leher yang keduanya. [Quran 50:16] Lagi firman Allah Ta’ala [didalam hadith Qudsi] Al-insanu sirri wa ana sirruhu Yakni Yang manusia itu rahsia aku dan aku pun rahsianya. Kerana ini maka sabda Nabi [salla’Llahu ‘alayhi wa sallam] Mana ‘arafa nafsahu fa qad ‘arafa rabbahu Yakni Barangsiapa mengenal dirinya, bahawasanya mengenal Tuhannya. 54
Kerana Tuhannya dengan dia tiada bercehai. Seperti laut dengan ombak itu tiada bercherai, demikian lagi Tuhan dengan hambanya tiada bercherai. Inilah makna Laut dan ombak keduanya rafiq. [38] Fa’lam – Akhir kedalamnya jua ombaknya ghariq Yakni ombak kedalam laut jua tenggelam. Datangnya ombak pun daripada laut, pulangnya pun kepada laut jua. Inilah makna irj’I ila aslihi- seperti firman Allah Ta’ala: Irji’I ila rabbiki radiyatan mardiyyah Yakni Pulang kamu kepada Tuhanmu, radi kau akan dikau. [Quran 89:28] Adapun Ahlu’l-Ushshaq mengerti pulang yakni apabila si’ashiq tiada melihat dirinya lagi, pulanglah ia ke dalam laut- maka lautlah hukumnya. Jika lagi ia melihat dirinya lagi belum pulang dan belum karam hukumnya. Kepada madhhab ‘Ushshaq [ melihat dirinya itu] mushrik dikata. Inilah makna Akhir kedalamnya jua ombaknya ghariq. [39] Fa’lam – Lautnya Alim haluannya Ma’lum Yakni laut yang sudah dikatakan diatas itulah maka dinisbatkan kepada Alim supaya dapat 55
tamthil Alim dan Ma’lum oleh talib. Kerana yang dinamai laut itu air, apabila laut itu timbul bernama halun; apabila naik berhimpun diudara bernama awan; apabila jatuh bertitik dari udara bernama hujan; apabila hilir dibumi bernama sungai; apabila pulang ke laut, laut hukumnya. Adapun halun maka ditamthilkan Ma’lum kerana halun daripada laut tetapi tiada lain daripada laut. Demikian lagi Alim tiada bercherai dengan Ma’lum, Ma’lum tiada bercherai dengan Alim. Jikalau Alim tiada berma’lum,tiada Alim; hukumnya tiada Ia menjadikan. Rupa dan warna daripada tiada berwarna itulah wujud segala rupa dan segala warna. Yang tiada berupa dan tiada berwarna itu batin; yang berupa dan berwarna itu zahir. Inilah makna Lautnya Alim haluannya Ma’lum. [40] Fa’lam – Keadaanya Qasim ombaknya Maqsum Yakni erti Qasim itu iaitu membagi, Maqsum itu iaitu yang dibagikan. Kerana Allah Ta’ala memberikan wujud akan semesta sekalian alam maka Ia dinama Qasim. Adapun alam sekalian seperti ombak namanya Maqsum kerana ombak timbul daripada keadaan laut. Yakni keadaan Allah Subhanahu wa Ta’ala bernama Qasim, keadaan sekalian alam bernama Maqsum. Laut diibaratkan seperti Dhat, keadaan Laut seperti keadaan Dhat, 56
halun seperti keadaan alam; ombak seperti rupa alam. Pada ibarat ini laut, dengan air, dengan ombak, dengan rupa ombak, dengan warna ombak dengan nama ombak – sekalian ini suatu juga. Itulah makna Keadaanya Qasim ombaknya Maqsum. [41] Fa’lam – shu’unnya Mahkum.
Tufannya
Hakim,
Yakni tufannya tamthil daripada titah ‘Kun!’ fa yakun kepada zuhurNya dengan SifatNya dan AsmaNya dengan Af’alNya dengan AtharNya dengan IlmuNya, dengan Ma’lumNya, dengan SamiNya, dengan BasirNya, dengan IradatNya, dengan QudratNya, dengan KalamNya, dengan QahharNya, dengan JabbarNya, dengan Mu’izzNya dengan MudhillNya, dengan RahmanNya, dengan RahimNya, dengan KarimNya. Seorang diislamkanNya, seorang dikafirkanNya, seorang dikayakanNya, seorang dimiskinkanNya, seorang sentiasa diberiNya sentiasa berbuat baik, seorang sentiasa diberiNya sentiasa berbuat jahat, seorang dimasukkanNya ke dalam shurga, seorang dimasukkanNya ke dalam neraka, seorang diberikanNya berbuat ibadat banyak lalu dimasukkanNya ke dalam shurga, seorang diberikanNya berbuat maksiyat banyak lalu dimasukkanNya ke dalam neraka, seorang daripada islam dikafirkanNya, 57
seorang daripada kafir diislamkanNya. Ini makna Tufannya Hakim, shu’unnya Mahkum. [42] Fa’lam – Pada sekalian alamin inilah rusum Yakni pada sekalian alam ini ugahari, Daripada awwalnya datang kepada akhirnya, daripada batinnya dating kepada zahirnya, sekalian ini sentiasa shu’unNya. Yakni kelakuanNya terhukum oleh tufanNya iaitu titahNya kerana alam sekalian shu’unNya jua. Erti shu’unNya iaitu kelakuanNya. Sekalian sentiasa shu’unNya, berkisar-kisar dan bergerak-seperti firman Allah Taala Kulla yawmin huwa fi shan Yakni Pada segala hari Ia itu dalam kelakuanNya. Segala rupa, rupaNya; segala warna, warnanYa; segala bunyi, bunyiNya kerana Ia wahdahu la sharika lahu. Jikalau dikatakan ada yang lain daripadanya , shrik dengan zulm hukumnya. Kerana ini maka segala ‘Ushshaq yang bermakrifat sempurna berkata Kulihat Tuhanku dengan mata Tuhanku. Kata Shaykh Mas’ud [rahmatu’Llahi ‘alayhi] Akulah kafir yang sedia Kata Sayyid Nasimi: Inni ana’Llah 58
Yakni Bahawasanya aku Tuhan [Allah] Kata Shaykh Junayd Baghdadi [rahmatu’Llahi ‘alayhi] Laysa fi jubbati siwa’Llah Yakni Tiada didalam jubbahku ini lain daripada Allah Kata Sultanu’l arifin Ba Yazid Bistami [rahmatu’Llahi ‘alayhi] Subhani ma a’zma sha’ni Yakni Mahasuchi aku! Dan mahabesar kelakuanku! Banyak lagi Mashaikh yang berkata demikian tiada tersebut. Adapun mereka itu sekalian berkata demikian kerana marifat mereka itu sempurna. Jangan kita yang tiada bermakrifat berkata demikian – jangan kita turut-turutan maka dikufrkan pendita, yang menghukumkan demikian supaya jangan segala jahil yang tiada bermakrifat mengatakan demikian kerana makrifat itu terlalu mushkil. Barangsiapa belum sempurna bermakrifat dan berahi seperti mereka itu, jika ia berkata seperti mereka itu kafir hukumnya. Inilah makna Pada sekalian alamin inilah rusum.
59
[43] Fa’lam – Jikalau sini kamu tahu akan wujud Yakni wujud yang dikatakan pada awwalnya kitab ini datang kepada akhirnya. Wujud itu yogya diketahui dengan makrifat kerana wujud itu bukan wujud kita. Daripada bebal kita jua kita sangka wujud itu wujud kita. Sebab ini maka ahlu’l-Suluk: Wujuduka dhanbu la yuqasu bihi dhanbu Yakni Adamu ini dosa, tiada dosa sebagainya. Kerana kepada Ahlu’l-Suluk wujud wahminya itu shirk al-khafi; apabila ia mengatakan ‘wujuduka’ [seolah-olah ] qaim sendirinya, inilah shirk al-khafi hukumnya yakni jikalau ia mengatakan seolah-olah sebenarnya ia berwujud , maka ia berwujudlah hukumnya. Inilah makna Jikalau sini kamu tahu akan wujud. [44] Fa’lam – Itulah tempat kamu shuhud Yakni shuhud itu iaitu pandang. Wujud ala mini wahmi jua, jangan kamu pandang wujud yang wahm. Wujud yang sedia jua kamu pandang kerana wujud al-makhluqat daripada wujudNya. Apabila wujud al-makhluqat daripada wujudNya, wujud kitapun wujudNya. Seperti sabda Nabi [ salla’Llahu ‘alayhi wa sallam ]: 60
Allahumma arini’l-ashya’a kama hiya Yakni Ya Tuhanku, perlihatkan padaku sekalian seperti adanya. Adapun Rasulu’Llah [ salla’Llahu ‘alayhi wa sallam ] tahu akan keadaan segala ashya tetapi ia hendak tahu akan haqiqatnya pula. Kerana keadaan ashya dengan keadaan diri sama jua, apabila dapat mengenal keadaan diri maka dapat mengenal haqiqat diri. Seperti firman Allah Ta’ala: Wa idha sa’alaka ‘ibadi ‘anni fa’inni qarib Yakni Apabila bertanya hambaku kepadaKu, bahwa Aku sesungguhnya hamper. Tetapi akan hampirNya itu yogya diketahui. [Quran 2:186] Wa’Llahu bi kulli shay’in muhit Yakni Allah Ta’ala dengan semesta sekalian lengkap [meliputi] Lagi kata Shaykh Junayd [rahmatu’Llahi ‘alayhi] Lawnu’l mai lawnu ina’ihi Yakni Warna air warna bejananya jua. Sekalian ibarat ini dan isharat ini yogya diketahui supaya berhasil makrifat Allah Ta’ala. Apabila hasil makrifat Allah Ta’ala 61
maka dapat memandang pada asal wujud yakni pada wujud yang sedia bukan pada wujud yang wahm. Inilah makna Itulah tempat kamu shuhud. [45] Fa’lam – Buangkan rupamu daripada sekalian quyud. Yakni erti quyud itu iaitu sangkutan. Segala rupa yang dapat dilihat dan dapat dibicharakan oleh ‘aql dan makrifat itu sekalianya quyud. Dari kerana Dhat Allah mutlaq, tiada Ia pada rupa kita dan rupa semesta sekalian alam, zahir dan batin, lain daripada Dhat Semata. Itu mutlaq hukumnya. Apabila kita buangkan sekalian quyud dengan penglihat kita dan didalam bichara kita maka dapat bertemu dengan Mutlaq ertinya Ada yang mahasuchi daripada rupa. Adapun pada suatu makna, makna quyud itu iaitu arta dan kebesaran dan anak-isteri. Yakni jikalau kamu berarta, jangan lekat hatimu pada arta dan anak-isteri seperti firman Allah …Likay la ta saw ‘ala ma fatakum wa la tafrahu bi ma atakum Yakni Supaya jangan kamu berchinta akan barang yang luput daripada kamu dan jangan sukachita kamu kepada barang yang datang kepada kamu.[Quran 57:23]
62
Apabila merugi, jangan didukakan dan apabila berlaba, jangan kamu sukakan; jikalau besar pun jangan disukakan; jikalau kechil pun jangan didukakan; jikalau afiyat diberi Allah jangan disukakan; jikalau sakit diberi Allah jangan didukakan- sekalian itu quyud jua. Apabila jauh daripada quyud maka dapat bertemu dengan Mutlaq. Inilah makna Buangkan rupamu daripada sekalian quyud. [46] Fa’lam – Supaya dapat ke dalam Diri qu’ud. Yakni qu’ud itu iaitu duduk [kedalam Diri]. Yakni jangan jauh menchari daripada Diri kerana firman Allah Ta’ala Wa fi anfusikum afala tubsirun Yakni Bermula didalam diri kamu-tiadakah kamu lihat? [Quran 51:21] Dan lagi sabda Nabi [salla’Llahu ‘alayhi wa sallam] Man ‘arafa nafsahu fa qad ‘arafa rabbahu Yakni Barangsiapa mengenal Dirinya maka sanya mengenal Tuhannya Apabila Tuhannya dikenal, dapat sekalian sama padanya, memakai sama padanya, menyimping sama padanya, kaya sama padanya dan miskin sama padanya; besar dan 63
kechil sama padanya; puji dan chela sama padanya; tiada ia berahi akan shurga dan tiada ia takut akan neraka. Adapun faqir yang minta makan kepada shariat halal hukumnya seqadarkan memberi quwwat sehari itu jua. Jikalau dipinta akan esoknya atau akan lusanya haram hukumnya. Adapun kepada Ahlu’l-Suluk, apabila ia pergi meminta makan, shirk hukumnya kerana ia hendak memeliharakan dirinya jua. Jikalau semikian lakunya belum ia fana daripada dirinya. Sekalian kerjanya itu quyud. Seperti firman Allah Ta’ala: Fa tawakkalu in kuntum mu’minim Yakni Maka serahkan diri kamu kepada allah jikalau ada kamu orang yang perchaya. [Quran 5:23] Adapun jikalau rezqi datang sendirinya itu yang dianugerahkan Allah Ta’ala dan harus dimakan. Jikalau tiada datang, jangan dicharinya dan jangan dipinta kepada makhluq. Adapun kepada Ahlu’l ‘Ushshaq kepada Allah pun jangan meminta maka dapat keluar daripada quyud. Seperti kata Lam’at: Al-faqiru la yahtaju ila’Llah Yakni Faqir itu tiada muhtaj kepada allah Jika ia muhtaj hukumnya dua lagi; apabila tiada ia muhtaj maka dapat menjadi esa. 64
Adapun perkara menyimping, ittifaq Ulama dan Ahlu’l-Suluk mengatakan hukumnya haram kerana terbuka awratnya. Adapun berbaju haya dan berkelubung dan berseluar dan berkeskul dan berkaput dan bertanamtanaman kepada shariat harus; kepada Ahlu’Llah dan Ahlu’l-Suluk pun harus tiada quyud. Adapun kepada Ahlu’l ‘Ushshaq sekalian hijab dan quyud Diri akannya. Perbuatan itu bukan ia meniyyatkan sekehendak Allah kerana kehendaknya itu sekalian hijab dan quyud. Adapun sembahyang fardu dan puasa fardu dan memakan yang halal dan meninggalkan yang haram-sekalian itu bukan quyud kerana ia dengan kehendak Allah bukan dengan kehendak kita yakni kerana itu amr allah. Akan tetapi kepada barangsiapa yang ingat akan dingin dan hangat dan kenyang dan lapar dan telanjang dan berkain-jika ia meninggalkan sembahyang fardu dan puasa fardu dan jika sediakala ia memakan yang haram, asi hukumnya. Orang itu tiada dapat menjadi wali. Adapun jikalau ia berahi dan mabok dan mahw-tiada ia tahu akan dirinya dan sembahyang fardu dan puasa fardu ditinggalkannya, tiada mengapa akan dia kerana pada hukumnya ia dalam sembahyang yang daim. Jiak belum ia mabok dan mahwmasih lagi ingat akan dirinyadan sembahyang dan puasa ditinggalkannya hijab 65
dan quyud dan asi hukumnya. Tiada dapat ke dalam Diri qu’ud!. [47] Fa’lam – Pada wujud allah itulah yogya kau qa’im. Yakni pada wujud Allah itulah yogya kamu pandang dengan makrifat yang sempurna. Jangan lupa pada sembahyang dan puasa dan berjalan dan berdiri dan duduk dan berbaring kerana firman Allah Ta’ala: Wa’dhkur rabbaka fi nafsika tadarri’an wakhifatan wa duna’l jahri mina’l qawli bi’l ghuduwwi wa’l asali wa la takun minal ghafilin Yakni Sebut Tuhanmu didalam dirimu, melemahkan diri dan dalam hati takut dan lain daripada nyaring suara dan kata dengan pagi dan petang dan jangan kau jadi daripada orang yang lupa [ yakni jangan kamu lupa segala kelakuan kamu sepeti firman Allah Ta’ala: wa huwa ma’akum aynama kuntum- yakni Ia itu serta kamu barang dimana ada kamu ] [Quran 57:4] Adapun akan orang yang belum kamil dan belum beroleh makrifat yang sempurna yogya dikurangkan makan dan minum dan tidur dan dikurangkan berkata-kata dan dikurangkan duduk dengan orang banyak sementara belum kamil dan beroleh makrifat yang 66
sempurna. Adapun akan makan sama, tiada makan sama; berkata-kata sama, diam sama; dalam hutan sama, dalam negeri sama;semesta sekalian ini tiada hijab padanya, maka dapat tidur dan dapat duduk dengan orang dan dapat berkata-kata dengan orang dan dapat beranak dan beristeri; jangan lebih dan jangan kurang daripada perbuatan Nabi Muhammad RasuluLlah [ salla’Llahu ‘alayhi wa sallam ]. Inilahyang afdal. [48] Fa’lam –Buangkan namamu dan rupamu daim. Yakni buangkan namamu dan rupamu kerana engkau tiada bernama dan tiada berupa. Adapun rupamu itu rupa bayang-bayang jua dan namamu itu gelar-gelaran jua. Daripada ghaflatmu kau sangka engkau bernama dan berupa. Kata ahlu’l-Suluk yang bernama itu bukan namamu dan yang berupa bukan rupamu. Sayogya dipandang Yang Empunya Rupa dan Yang Empunya Nama supaya terbuang namamu dan rupamu. Apabila terbuang namamu dan rupamu, maka dapat bertemu dengan Yang Empunya Nama dan yang Empunya Rupa. Apabila bertemu dengan Yang Empunya Nama dan Empunya Rupa maka dapat bertemu dengan Wujud. Apabila bertemu dengan Wujud maka dapat bertemu dengan Dhat. Apabila bertemu 67
dengan Dhat, nama pun terbuang, rupa pun terbuang. [49] Fa’lam – Nafikan rasmudaripada makhdum dan khadim Yakni fanakan dirimu daripada yang menyembah dan yang disembah. Apabila ada lagi yang menyembah dan yang disembah maka masih menjadi dua belum menjadi esa hukumnya. Seperti kata Ahlu’l-Suluk: Man ‘abda’l isma duna’l ma’na fa qad kafara Yakni: Barangsipa menyembah nama tiada dengan ertinya maka bahawasanya telah kafirlah ia Wa man ‘abda’l ma’na duna’l isma fahuwa mushrik Yakni Barangsiapa menyembaherti tiada dengan nama, maka ia itu menduakan. Wa man ‘abda’l isma wa’l ma’na fahuwa munafiq Yakni Barangsiapa menyembah nama dan erti nama maka ia itu munafiq Wa man taraka’l isma wa’l ma’na fahuwa mu’minun haqqan Yakni Barangsiapa meninggalkan nama dan erti nama, maka ia mu’min yang sebenarbenarnya. 68
Adapun fana itu pada ibarat ialah melenyapkan segala ghayr allah. Jika orang fana lagi tahu akan fananya, belum ia fana kerana fana itu ibarat hapus daripada ghayr Allah. Apabila belum hapus daripada ghayr Allah, belum fana hukumnya; apabila hapus daripada ghyar allah nescaya yang menyembah pun lenyap dan yang disembah pun lenyap daripada rasanya yakni menjadi esa iaitu tiada; lenyap sekali-kali. Adapun kepada suatu ibarat, fana itu shirk kepada Allah Ta’ala kerana si ashiq tiada berwujud. Apabila tiada berwujud fana hukumnya kerana kepada haqiqat Ia SendiriNya tiada lain. Seperti sabda Nabi [ salla’Llahu ‘alayhi wa sallam ] Araftu rabbi bi rabbi Yakni Kukenal Tuhanku dengan Tuhanku Lagi kata Lam’at La yara’l Laha ghayra’Llah Yakni Tiada melihat Allah melainkan Allah Kata Lam’at: Ma ‘arafa’l-Laha ghayra’Llah Yakni Tiada mengenal Allah lain daripada Allah Kata Lam’at: 69
Ra’aytu rabbi bi ‘ayni rabbi Yakni Kulihat Tuhanku dengan mata Tuhanku Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya maka fana hukumnya pada ibarat ini. Perkataan ini terlalu mushkil. Hendaklah diketahui. [50] Fa’lam – Supaya ‘Amal yang Khatim
sampai
kepada
Yakni apabila fana maka berolah perbuatan yang sedia, seperti kata Uways al-Qarani dalam bahasa Farsi: Anra ki fana shewa u faqr a in ast Yakni Mereka yang lenyap daripada permainan faqir Nah kash nah yaqin nah ma’rifat nah din ast Yakni Tiada kashf dan tiada yakin dan tiada ma’rifat dan tiada ugama akan dia Raft u zi miyyan hamin khuda mand khuda Yakni Lenyap ia ditengah-tengah hanya Allah jua tinggal Al-faqru idha tamma huwa’Llahu in ast Yakin 70
Apabila sempurna faqir, sudahlah ma’rifat – maka ia itu Allah Inilah lagi sabda Nabi [ salla’Llahu ‘alayhi wa sallam ]: Al-faqru fakhri wa bihi aftakhiru Yakni Faqir itu kemuliaanku dengannya kumuliakan. Adapun kepada shariat yang faqir itu tiada malik dinamai. Adapun kepada Ahlu’l-suluk yang dinamai faqir itu Ahlu’l-Ma’rifat. Apbila sempurna sempurna makrifatnya – tiada melihat dirinya lagi – faqirlah hukumnya Inilah makna Supaya sampai kepada ‘Amal yang Khatim [51] Fa’lam Jika engkau belum tetap seperti batu. Yakni jangan bergerak; zahirnya pun jangan bergerak, batinnya pun jangan bergerak. Apabila seperti batu maka wasillah hukumnya pada ibarat tetapi kepada haqiqat sedia wasil. Jika ia tiada memuji Allah pada zahirnya, pada batinnya ia memuji Allah kerana pada Ahlu’l-Suluk segala ashya bernyawa dan berbudi dan berma’rifat. Jikalau ashya tiada bermakrifat dimana ia akan memuji Allah ? kerana firman Allah dalam Quran demikian bunyinya: 71
Tusabbihu lahu’l-samawatu’l-sab’u wa’l ardu wa man fihinna Yakni: Memuji allah bagiNyaisi langit ketujuhnya dan bumi ketujuhnya dan barang yang dalamnya [Quran 17:44] Wa’in min shay’in illa yusabbihu bihamdihi wa lakin la tafqahuna tasbihahum Yakni Bahwa daripada segala sesuatu melainkan menguchap tasbih memuji Dia, tetapi tiada kamu paham pada tasbih mereka itu. [Quran 17:44] Lagi firman Allah Ta’ala Alam tara annaLlaha yasjudu lahu man fi’l samawati wa man fi’l ardi wa’l shamsu wa’l qamaru wa’l nujumu wa’l jibalu wa’l shajaru wa’l dawabbu wa kathirun mina’l nas. Yakni Tiadakah kamu lihat bahwa Allah Ta’ala itu bagiNya jua disembah barang didalam ketujuh langit dan ketujuh bumi dan matahari dan bulan dan segala bintang dan segala bukit dan segala puhun kayu-kayuan dan segala binatang dan kebanyakan daripada manusia ?
72
Semesta sekalian ashya menguchap tasbih dan memuji dan menyembah akan Allah. Apabila kita tetap seperti batu, sekalian anggota kita menyembah Allah seperti hokum dalil Quran ini. [52] Fa’lam – Hukum dua lagi; khadim dan ratu Yakni jangan menyembah chahaya seperti embun dan matahari dan bulan dan bintang dan seperti rupa budak dan jangan bermaqam diubun-ubun atau diantara kening atau dipuchak hidung atau di dalam jantung. Sekalian ini hijab kepada Dhatnya. Adapun akan orang Ahlu’l-Suluk, daim ia menyerahkan dirinya kepada Tuhannya. Barang kehendak Tuhannya ia radi. Adapun kepada haqiqat, jika lagi ashiq, ma’shuq hendaknya; jika lagi talib, matlub hendaknya; jika lagi menyembah, yang disembah hendaknya; jika lagi menyita, yang dichita hendaknya; jika lagi memandang, yang dipandang hendaknya. Sekalian itu dengan wujudnya, dua lagi hukumnya, belum menjadi esa. Apabila fana seperti batu maka esa hukumnya- iaitu satu – seperti tatakala dalam kuntu kanzan atau seperti buih di dalam air belum menjadi buih. Pada ibarat ini wasil hukumnya. Adapun kepada haqiqat, buih air dengan air tiada dua. 73
[53] Fa’lam- Setelah daripada emas dan matu
lupa
engkau
Yakni tamthil emas itu iaitu Tuhan dan matu itu iaitu hamba. Kerana pada penglihat emas lain, matu lain, namanya pun lain. Tetapi emas tiada bercherai dengan matu dan matu tiada bercherai dengan emas. Apabila matu tiada melihat dirinya lagi, neschaya emas semata lagi tinggal. Apabila emas lenyap, tiada khabar akan dirinya dan tiada ia khabar akan emas. Dan orang lenyap itu pun demikian tiadalah diketahuinya lagi. Adapun ibarat ini terlalu mushkil; berperlahan-lahan memicharakan dia, jangan lekas-lekas. Seperti kata Shaykh Muhyi’l-Din ibnu’l-Arabi [radiya’Llahu ‘anhu]: Al-ma’rifatu hijabun bayna’l arifi wa’l ma’ruf Yakni Mengenal dinding antara yang mengenal dan yang dikenal. Lagi kata Shaykh Muhyi’l-Din ibnu’l-Arabi [radiya’Llahu ‘anhu]: Law la’l mahabbatu la’stamarra’l wisal Yakni Jika tiada mengasih nischaya senantiasa wasil [kerana mengasih dinding antara yang dikasih] 74
Kata ini isharat kepada fana daripada emas dan matu juga. Apabila fana daripada emas dan matu maka dapat menjadi satu – yakni esa. [54] Fa’alam – Mangkanya dapat menjadi satu Yakni apabila matu fana daripada emas dan matu, maka matu dan emas menjadi satu. Jika lagi matu tahu akan dirinya; bahawa aku tahu,belum dapat bersuatu. Seperti kaluhkaluh terjun ke dalam api; jiak ia lagi tahu akan dirinya; bahawa aku sudah menjadi api, belum lagi bertemu dengan api. Apabila bertemu dengan api, menjadi api. Apabila menjadi api, lupalah akan api dan lupa akan dirinya. Seperti kata Shaykh Sa’di [rahmatu”llahi ‘alayhi]: Ay murgh sahar ‘ishq zi parwanah beyamuz Yakni Hai burung dinihari! Berahi pada waktu sahar kepada kaluh-kaluh pergi berajar… Kan sukhtra jan shud wa awaz neyamad … Yakni Yang sudah tertunu itu menjadi nyawa tiada bunyinya dating … 75
In mudda’iyyan dar talabsh bekhabar anand … Yakni Segala yang mengaku dalam menuntut dia, tiada mereka itu khabar akan dia … Kanra ki khabar shud khabarshban zi neyamad Yakni Bahawa ia itu yang beroleh berita, beritanya tiada lagi datang. Akan matu pun demikian; apabila ia fana didalam emas, akan emas tiada ia tahu, akan matu pun demikian, tiada ia tahu. Inilah makna Mangkanya dapat menjadi satu [55] Fa’lam – Jika belum fana daripada ribu dan ratus Yakni rupa makhluq semesta sekalian itulah ribu dan ratus. Jika belum fana daripada ribu dan ratus belum dapat bertemu dengan Dia – yakni hapus. Sungguh pun semesta sekalian shu’unNya juga, tetapi jika belum sana shu’unNya daripada penglihat, belum dapat bertemu dengan Dhat. Apabila fana daripada AtharNya dan Af’alNya dan AsmaNya dan SifatNya maka dapat bertemu dengan Dhat kerana AtharNya itu dinding Af”alNya; Af’alNya dinding AsmaNya; AsmaNya dinding SifatNya; SifatNya dinding Dhat. Sekalian ini 76
kelakuanNya jua. Apabila fana daripada sekalian kelakuaNya, maka dapat bertemu dengan Dhat. Adapun yang Asal, Dhat – itu Esa; kelakuanNya banyak, ribu dan ratus. Apabila fana daripada ribu dan ratus, maka dapat bertemu dengan Dia. Seperti kata Ahlu’l-Suluk: Hijabu’l dhati bi’l sifat Hijabu’l sifati bi’l asma Hijabu’l asma’I bi’l af’al Hijabu’l af’ali bi’l athar Yakni Dinding Dhat itu sifat Dinding sifat itu asma Dinding asma itu af’al Dinding af’al itu athar Adapun suatu makana fana itu aitu tanggal; tanggal daripada ribu dan ratus dan anak isteri dan arta dan kekayaan dan suhbat dan kekasih dan pakaian yang baik dan kebesaran dan hendak menjadi shaykh dan karamat dan kasih akan riya dan ajab daripada ribu dan ratus – demikian dpat adamu ini fana. Hendaknya maka dia dapat bertemu dengan tuhannya. [56] Fa’lam – Tiadakah dapat adamu kau hapus
77
Yakni jika belum fana daripada ribu dan ratus dimanakah dapat adamu hapus ? kerana ibarat hapus itu iaitu fana daripada sekalian alam dan kebesaran dan anak isteri . Selang kepada dirinya lagi hapus, istimewa kepada alam dan kebesaran dan anak isteri. Tetapi kata ini kepada menuntut ia juga, tiada kepada menahai. Sungguh pun beranak-isteri, sediakala hapus jua. Adapun akan orang muntahi, sediakala hapus jua muntahi. Bukan yang hapus itu junun atau uryan atau tiada makan atau tiada tidur atau tiada mandi junub atau berchamping atau tiada mahu sembahyang. Jikalau diikut yang demikian itu hijab hukumnya. Adapun makna hapus itu iaitu makan sama tiada makan sama; uryan sama, berkain sama; shurga sama, neraka sama; sungguh pun ia berbuat ibadat tetapi tiada ia ingin akan shurga dan tiada ia takut akan neraka yakni taslim seperti firman Allah Ta’ala: Inna’l dina inda’Llahu’l islam Yakni Bahawa yang agama itu pada Allah agama Islam yakni menyerahkan dirinya. Kerana dirinya itu bukan Dirinya, yogyalah diserahkan kepada Yang Empunya Diri maka dapat hapus daripada dirinya.
78
[57] Fa’lam – Nafikan dirimu daripada kasar dan halus Yakni nafikan dirimu daripada badan dan nyawa, suatu makna daripada baik dan jahat; suatu makna daripada kedua alam; suatu makna, daripada islam dan kafir; suatu makna,daripada zahir dan batin. Sekalian itu yogya dinafikan, maka bertemu dengan Dhat Allah kerana pada sekalian itu bukan Dhat. Apabila hapus menafikan semesta sekalian yang kasar dan halus maka dapat bertemu dengan Dhat kerana Dhat terlalu mahasuchi daripada kasar dan halus. Yang kasar dan halus itu tiada hukumnya suchi. Barang yang tiada suchi itu makhluqat hukumnya. Jiak belum lenyap sekalian makluqat dari penglihat tiada dapat kelihatan Khaliq. Seperti sabda Rasulu’Llah [salla’Lalhu ‘alayhi wa sallam] Hijabu’l Llahi sab’ina alfan mina’l nuri wa sab’ina alfan mina’l zulumat Yakni Dinding antara Allah Subhanahu wa Ta’ala tujuh puluh ribu dinding daripada chahaya dan tujuh puluh ribu dinding daripada kelam. Itulah dinding yang kepada kasar dan kepada halus.
79
[58] Fa’lam – Supaya dapat barang katamu harus Yakni seperti kata Shaykh Junayd Baghdadi [rahmatu”Llahi ‘alayhi]: Laiysa fi jubbati siwa’Llahu Dan seperti kata Shaykh Ba Yazid: Subhani ma a’zama sha’ni Atau seperti kata Mansur Hallaj: Ana’l Haqq Kerana mereka itu sempurna makrifatnya. Tiada mereka itu melihat kasar dan halus melainkan Dhat semata jua. Barang kata mereka itu harus. Adapun kita jika belum beroleh makrifat yang sempurna seperti makrifat mereka itu atau belum hapus daripada kasar dan halus jangan barang kata seperti ini dikatakan; neschaya khilaf shariat kerana jalan shariat sungguh pun permai terlalu suchi. Adapun jalan haqiqat, sungguh pun hampir, maranya banyak. Jangan kita meninggalkan sembahyang dan jangan meninggalkan shariat kerana shariat dengan haqiqat esa jua. Barangsiapa belum mabok atau mahw atau belum junun datang kepada Allah,jikalau meninggalkan sembahyang dan puasa dan makan haram, fasiq dan asilah mereka itu hukumnya. 80
[59] Fa’lam - Hamzah Fansuri sungguh pun da’if Yakni sungguh pun da’if, terlalu yakin, bukan bermain sia-sia, sungguh pun lemah pada semesta sekalian kerjanya, mithal berbuat ibadat dan riyadat dan uzlat dan qana’at dan tark al-dunya; dan lemah pada ilmunya dan makrifatnya. Seperti firman allah Ta’ala: Wa ma utitum mina’l ilmi illa qalilan Yakni Tiada Kuberikan kamu daripada ilmu melainkan sedikir jua. [Quran 17:85] Manakah dapat mengenal Allah dengan sempurna kenal ? Sedang Rasulu’Llah [salla’Llahu ‘alayhi wa sallam] lagi bersabda demikian bunyinya; Subhanaka ma’arafnaka haqqa ma’rifatika Yakni Mahasuchi Engkau ! – tiada ku kenal Engkau sebenar-benar mengenal Dikau. -istimewa kita, dimana akan datng kepadan makrifat kelebihan ? Tetapi seqadar anugerah allah Ta’ala jua akan kita chari dan kita bicharakan dengan kashf al-kashf pada atharNya dan Af’alNya dan AsmaNya dan SifatNya. Adapun pada suatu makna, Hamzah 81
da’if kerana ia tiada berwujud. Apabila tiada berwujud, maka tiadalah sifat dan tiadalah beraf’al. Da’iflah hukumnya. [60] Fa’lam – Haqiqatnya hampir kepada Dhat al- Sharif Yakni sungguh pun ia da’if, haqiqatnya tiada bercherai denhan Dhat yang Mahamulis kerana Dhat itulah yang Empunya harakat dan sukunat, qu’ud dan qiyam, tidur dan jaga, berhenti dan berjalan; Ia jua yang menggerak dia maka dapat bergerak. Jika tiada Ia menggerak dia, tiada dapat Hamzah bergerak kerana Hamzah seperti bayang-bayang jua. Jika tiada yang Empunya bayang-bayang menggerak dia dimana dapat Hamzah bergerak ? Ada pun suatu mithil lain mithal buah chatur. Asalnya kayu sepuhun jua. Maka dilarik berbagai-bagai; dinamainya raja dan menteri dan gajah dan kuda dan tir dan baidaq. Asalnya kayu sekerat jua dijadikan banyak. Maka dipermain buah chatur itu; raja dan menteri dan gajah dan kuda dan tir dan baidaq, namanya jua ada., haqiqatnya tiada. Tetapi ia hampir kepada orang yang melarik dia dan bermain dengan dia kerana tangan orang itu da’im lekat kepada buah chatur itu kerana buah catur itu tiada bergerak melainkan gerak yang empunya buah chaturjua. Inilah makna Haqiqatnya hampir kepada Dhat al-Sharif 82
[61] Fa’lam – Sungguh pun habab rupanya kathif Yakni habab itu iaitu buih, rupanya keras tetapi kerana asalnya air hukumnya lembut jua. Apabila timbil, menjadi keras hukumnya. Kerana pada ibarat buih lain daripada air – yakni air latif, buah kathif. Adapun kepada haqiqat buih tiada lain daripada air. Kerana ini maka dikatakan buah khatif, sebab ia berupa dan bernama lain daripada air. Tetapi kepada haqiqat tiada ia berupa dan tiada ia berwujud dan bernamanya itu wahmi juga, tiada haqiqi kerana ia da’im fana didalam air. Adapun qudratnya dan iradatnya dan penengarnya dan penglihatnya dan budinya dan makrifatnya yang kita lihat daripadanya sebenarnya tiada daripadanya akan tetapidaripadfa air jua. Inilah makna Sungguh pun habab rupanya kathif. [62] Fa’lam – Wasilnya da’im dengan Bahr al-Latif Yakni latif itu iaitu lemah, sentiasa buih wasil dengan air kerana air lembut buih keras.Apabila buih pechah kembali kepada air. Sebab ini maka dikatakan buih wasil dengan air. Adapun kepada suatu ibarat Ahlu’l-Suluk wasil tiada; sungguh pun wasil dikatakan tetapi hanya pada ibarat juga. 83
Adapun haqiqat,tiada wasil namanya jika suatu shay dengan shu’unnya. Yang demikian itu tiada wasil hukumnya. Adapun wasil diibaratkan supaya dapat oleh sekalian talib; jikalau dengan ibarat, tiada sekali-kali dapat menyebut dia dan mengetahui dan mengenal dia. Setelah sempurna yang mengetahui dan mengenal dia dan setelah itu yogya mengerjakan shariat. Hubaya-hubaya, jangan kelaurdaripada kandang shariat kerana shariat itu umpama kulit, haqiqat umpama otak; jika tiada binasa otak. Mithal kelambir sebuah dengan kulitnya dengan tempurungnya dengan isinya, dengan minyaknya. Yang shariat seperti kulitnya, yang tariqat seperti tempurungnya, yang haqiqat seperti isi, yang makrifat seperti minyaknya. Dengan empat itu maka sempurna hukumnya. Jika sesuatu ini kurang daripadanya, tiadalah sempurna lagi; jikalau ditanam juga, jika tiada dengan kulitnya, tiada tumbuh jua dan akhirnya binasa. Demikian lagi akan orang menuntut Allah Subhanahu wa Ta’ala, jangan bercherai dengan shariat dan tariqat dan haqiqat dan makrifat maka sempurna. Apabila bercherai dengan shariat dalalat hukumnya. Jiak terbang diudara atau berjalan atas air atau memakan api sekalipun – hubatan dusta dan sesat jalannya. Hukumnya bukan ia wali kerana ia karamatnya itu bukan karamat – istidraj namanya; yakni daripada Shaytan 84
atau daripada Jinn atau daripada sihr atau murka Allah Ta’al akan dia agar supaya ghurur dengan karamatnya itu disangkanya wasil ia dengan allah Ta’ala. Ada kepada Ulama karamat awliya yang memakai shariat itu dari anugerah Allah Ta’ala; mujizat akan anbiya, karamat akan awliya. Keramat keduanya tiada ayb dan tiada hijab. Adapun kepada ahlu’l Makriafat dan Ushshaq karamat itu hijab dan quyud , dinamai – haydu’l-rijal kerana karamat bahayanya banyak; tiada berorang yang salamat. Adapun ilmu suluk itu ilmu Nabi Muhammad Rasulu’lLah [salla’Llahu alayhi wa sallam] dalalatnya hukumnya-bukan ia Ahlu’l-Suluk. Tetapi jika makrifatnya sempurna- kerana makrifat itu makrifat akan Tuhannya: orang itu mabok dan mahw, tiada lagi ia khabar akan shariat dan tariqat dan haqiqat dan makrifat – tiada mengapa. Segala amr allah kerana orang itu seperti hamba sultan yang didalam pagar; barang perbuatannya tiada raja gusar akan dirinya. Adapun akan segala orang yang memakai shariat dan tariqat dan haqiqat dan makrifat seperti perbuatan Nabi Muhammad Rasulu’Llah [salla’Llahu alayhi wa sallam] mereka itu seperti menteri da’im mengerjakan amr raja. Sungguh pun jauhdaripada raja tetapi ia terlebih besar pangkatnya daripada orang yang dalam pagar kerana menteri perdana khalifah raja danmemegang pekerjaan raja jua. Jikalau 85
tiada karamat kepada zahirnya kita lihat, kepada batinya karamat ia. Jangan kita sangka shariat kechil kerana Allah Ta’ala bernama Zahir dan Batin. Adapun zahirNya itu shariatNya; batinNya itu HaqiqatNya. Kepada awamm, farq shariat daripada haqiqat. Adapun kepada Ahlu’l Makrifat, shariat dengan haqiqat ia juga. Shariat berselindung kepada haqiqat; haqiqat berkandung dengan shariat. Apabila bertemu dengan shariat, bertemu dengan tariqat; apabila bertemu dengan haqiqat; apbila bertemu engan dengan makrifat. Wa’Llahu a’lam bi’l sawab! Tamma’l-kitab Wa salla’Llahu ‘ala khayri Khalqihi Muhammad wa alihi Wa sahbihi ajma’in wa’l hamdu Li’Llahi rabbi’l alamin Bahwa ini kitab ASRARU’L-ARIFIN FI BAYAN ‘ILMI’L-SULUK WA’L-TAWHID. Tamma bi’l-khayr. Amin
86
Dipersalin semula dari fotocopy, mulai pada 27hb.April 2003 dan tamat pada 27hb.Julai 2003 bersamaan dengan 27 Jamadiawal 1424 jam 11.30 pagi
87