Asal usul Peribahasa Siapakah pencipta peribahasa yang kita gunakan pada hari ini sering menjadi tanda tanda Tanya. Tanya. Siapa Siapa pencipt penciptany anya a dan bilakah bilakah masa masa ia dicipta. dicipta. Peribahasa Peribahasa harusla haruslah h dijunjung sebagai hasil kesusasteraan rakyat yang tidak mementingkan nama penulis atau penciptanya melainkan diterima sebagai hasil kolektif masyarakat tersebut. Ungkapan peribahasa terkandung keunggulan pemikiran yang terhasil daripada pengala pengalaman man hidup hidup dan ketajam ketajaman an pemerha pemerhatian tian masyar masyarakat akat terhadap terhadap alam sekitar sekitar mereka. Terdapat beberapa sebab atau bagaimana terciptanya peribahasa iaitu: Sebab Terciptanya Peribahasa 1. Perbandingan Perbandingan sesuatu peristiwa peristiwa dengan dengan cerita cerita yang yang masyhur masyhur 2. Hasil kiasan kiasan tentang tentang benda-benda benda-benda dan peristiwa-peris peristiwa-peristiwa tiwa biasa biasa yang berlaku berlaku dalam kehidupan mereka sehari-hari. 3. Terdapat Terdapat peribahasa peribahasa yang lahir lahir hasil hasil kepercayaa kepercayaan n masyarakat. masyarakat. 4. Berasal daripada daripada bahasa bahasa kiasan kiasan yang yang digunakan digunakan pada suatu tempat tempat atau atau masa tertentu dan kemudian terkenal kepada umum 5. Peribahasa Peribahasa juga berasal berasal daripada daripada cerita-cer cerita-cerita ita yang masyhur kejadian-kejadian kejadian-kejadian yang luar biasa yang dijadikan perbandingan. 6. Peribahasa Peribahasa timbul timbul hasil pemerhatia pemerhatian n orang dahulu terhadap terhadap benda-be benda-benda nda yang ada dalam kehidupan mereka. 7. Peribahasa Peribahasa timbul timbul akibat kepercaya kepercayaan an terhadap terhadap sesuatu sesuatu kuasa yang luar luar biasa atau dari pertuturan-pertuturan biasa dalam kehidupan seharian.
Peribahasa Dari Bahasa Kiasan
Penciptaan bahasa memerlukan ketajaman pengamatan dan kekayaan pengalaman dan pergaulan. Hasil kebijaksanaan dan kepantasan berfikir penciptanya lahirlah peribahasa berdasarkan kiasan terhadap ragam hidup masyarakat sekelilingnya. Contohnya: Peribahasa
Maksud
Berat tulang
Malas melakukan pekerjaan
Berat hati
Kurang senang
Mulut murai
Banyak bercakap dan becok
Menanti kucing bertanduk
Menunggu sesuatu yang mustahil berlaku
Berdasarkan contoh yang diberikan, jelaslah bahawa unsure kiasan yangmelahirkan peribahasa menggambarkan kebijaksanaan masyarakat dan hubungan rapatnya dengan alam keliling. Peribahasa Daripada Cerita Yang Masyhur Bermula daripada cerita-cerita lisan yang berkembang dalam masyarakat tradisional, lahir pula peribahasa yang merujuk kepada cerita atau peristiwa daripada cerita tersebut. Antara cerita-cerita yang masyhur adalah seperti berikut: 1. Mat Jenin
Angan-angan Mat Jenin
2. Abu Nawas
Abu Nawas (cerdik/pandai)
3. Pak Pandir
Pak Pandir (bodoh/lurus)
Peribahasa Hasil Kepercayaan Masyarakat Masyarakat melayu zaman dahulu merupakan masyarakat yang tertutup daripada pengaruh luar dan mereka dapat mencipta dan menghasilkan peribahasa dan hasil-hasil sastera Melayu. Mereka juga menggunakan dan mengamalkan kepercayaan yang tertentu. Hasil kepercayaan dan pengalaman hidup seharian mereka inilah yang kemudiannya diturunkan kepada generasi berikutnya dalam bentuk cerita dan ungkapan-ungkapan peribahasa yang indah. Kebanyakan masyarakat berpegang kepada adat bahawa apabila memberikan sesuatu kepada seseorang, tidak boleh diambil balik:
Buruk siku
Apabila berlakunya gerhana bulan, mereka percaya bahawa bulan sedang sakit kerana cahayanya yang gelap lalu dikatakan:
Bulan sakit
Melakukan pekerjaan dengan beransur-ansur dan berhati-hati:
Biar lambat asal selamat
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Peribahasa Hasil Pemerhatian Terhadap Benda Atau Persekitaran Pekerjaan masyarakat sangat rapat dengan alam sekeliling. Hasil pemerhatian mereka terhadap alam sekeliling dapat mempengaruhi mereka menggunakan ungkapan-ungkapan yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Contohnya:
Kaki ayam (orang yang tidak memakai kasut)
Ikut rssmi padi, makin berisi makin tunduk. Jangan ikut rasmi jagung, makin berisi makin jegang. (member nasihat tentang sikap baik dan buruk melalui hasil pertanian mereka)
Bagai aur dengan tebing (hubungan yang erat antara keluarga atau masyarakat)
Fungsi Peribahasa Terdapat beberapa fungsi peribahasa dalam kehidupan seharian manusia iaitu: 1. Peribahasa sebagai pemberi pengajaran
Peribahasa mengingatkan individu tentang pelbagai kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan dan bertindak, seperti berhutang, boros, meminjam dan member pinjam.
2. Peribahasa menggambarkan kepelbagaian hidup manusia
“bersalai tak berapi”.
3. Peribahasa teguran
Bertujuan menegur atau melarang daripada membuat sesuatu. Contohnya, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.
Jenis-jenis Peribahasa Terdapat beberapa jenis peribahasa di dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah: 1. Perumpamaan 2. Pepatah 3. Bidalan 4. Kiasan 5. Kata-kata hikmat 6. Simpulan bahasa 7. Perbilangan Perumpamaan
Perumpamaan merujuk kepada peribahasa yang menggunakan perkataan berupa perbandingan untuk membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Berikut adalah contoh perkataan perumpamaan: 1. Umpama
Umpama cincin dengan permata
2. Bagai
Bagai bulan dipagar bintang
3. Ibarat
Ibarat bunga sedap dipakai layu dibuang
4. Laksana
Laksana katak diharung ular
5. Seperti
Seperti pungguk rindukan bulan
Pepatah Pepatah ialah ungkapan-ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam. Makna setiap ungkapan itu tidak berubah-ubah dan pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Berikut adalah sebahagian contoh pepatah: 1. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang zaman.
2. Zaman beralih, musim berubah
Segala sesuatu, baik perasaan, peraturan, rekaan atau ilmu pengetahuan akan berubah mengikut perkembangan masa.
3. Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan patah.
Apabila melaksanakan sesuatu perbuatan hendaklah dibuat dengan bijaksana supaya tidak ada pihak yang rugi.
Bidalan Bidalan hamper sama dengan peribahasa yang lain kerana susunan kata-kata pendek tersebut telah melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama dahulu. Bidalan dapat ditafsirkan sebagai perbandingan teladan dan pengajaran. Berikut adalah contoh bidalan: 1. Jika pandai menggunting, pandailah menjahitnya.
Kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan.
2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh.
Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan Berjaya.
3. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Berfikir dengan teliti sebelum mengambil tindakan.
4. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Sebaik-baik sedar akan sesuatu kesilapan, segera insaf dan membetulkannya.
Kiasan Merupakan bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan. Kiasan dapat dibahagikan kepada 4 jenis iaitu: 1. Kiasan asal
Kiasan yang menggunakan benda lain sebagai perbandingan.
Perkataan kiasan yang selalu digunakan ialah bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti dan umpama.
Contoh kiasan asal adalah seperti:
Putih seperti kapas
Hancur bagai kaca jatuh ke batu
Merah macam biji saga
2. Kiasan berpindah
Kiasan jenis ini tidak menggunakan kata-kata perbandingan dan kata yang hendak dibandingkan it uterus dicantumkan dengan benda yang dibuat perbandingan.
Kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis. Perhatikan jadual di bawah:
Kiasan
Maksud
Kiasan Sandar
Kiasan yang dikaitkan
Contoh kiasan
Tidur ayam
Diam ubi
Senyum kambing
Mandi kerbau
Pekak badak
Pisau cukur
dengan benda lain keranan keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut mempunyai persamaan dengan perkara yang hendak dikiaskan.
Kiasan Terus
Kiasan yang mnyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain
yang mempunyai makna
Serkap jarang
Puteri lilin
Kutu embun
Tak tumbuh tak melata, tak
berbeza daripada makna kata itu sendiri.
Kiasan
Menunjukkan
Berangkap
perbandingan secara
sungguh orang tak kata
berirama atau mempunyai pertentangan
banyak orang banyak ragam
bunyi.
Kiasan Berbunga
Kiasan yang
Banyak udang banyak garam,
Mengetuk pintu hatiku
Merah menyala-nyala
Angin lembut
Berbadan dua
Nafkah batin
Buang air besar
Orang rumah
Datang bulan
Meninggal dunia
Tangan baju
menggunakan kata-kata yang berbunga.
Kiasan Pemanis
Kiasan untuk melindungi
atau Gayang
seseorang daripada memperkatakan sesuatu yang tidak manis jika disebut secara terus terang.
Kiasan Melompat
Kiasan yang melagkah satu tingkat atau lebih
daripada perkara yang
Menjahit baju
Mencucuk atap
Minum kopi
Mengambil berat
Ringan kepala
Badan berisi
Kaki botol
sebenar.
Kiasan Melarat
Kiasan daripada kata yang menyimpang jauh.
3.
Kiasan Permanusiaan
Kiasan yang memberikan sifat-sifat atau perlakuan yang lazimnya hanya dimiliki atau dilakukan oelh manusia terhadap objek yang tidak bernyawa.
4.
Contohnya:
Angin membelai-belai rambutnya
Matahari bersinar garang
Kesedihan melingkari perasaanku
Kiasan Berkacau
Kiasan yang dapat menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi faktafakta yang bertentangan antara satu sama lain.
Contohnya:
Nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lautan cinta berahi .
Kata-Kata Hikmat Merupakan kata-kata yang digunakan oleh orang yang bijaksana yang berfungsi sebagai panduan hidup. Contoh kata-kata hikmat adalah seperti berikut:
Bersatu teguh bercerai roboh
Hidup bahasa hiduplah bangsa
Bertangguh itu pencuri masa
Jagna dipandang orang yang berkata, pandang apa yang dikata
Simpulan Bahasa Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali dengan makna asal perkataan tersebut. Contohnya:
Buka mulut
Hari jadi
Isteri muda
Makan masa
Orang asing
Langkah kanan
Ayam tambatan
Mulut tempayan
Perbilangan Perbilangan bermaksud ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga khususnya masyarakat yang mengamalkan adat pepatih. Perbilangan dalam adat pepatih disebut
sebagai perbilangan kerana cara menyebutkan puisi-puisi itu seolah-olah seperti membilang. Contohnnya:
Ke bukit sama didaki Ke lurah sama dituruni Ke laut sama direnangkan
Yang berat sama dipikul Yang ringan sama dijinjing Hati gajah sama dilapah Hati kuman sama dicecah.