ANTONIM Antonim merupakan salah satu pecahan dalam tajuk makna leksikal semantik. Sekiranya sinonim didefinisikan sebagai persamaan makna, hal ini berlainan pula dengan antonim kerana ia membawa maksud yang sangat berbeza dengan sinonim. Jika sinonim ialah persamaan makna, maka antonim pula membawa maksud pertentangan dan berlawanan antara perkataaan. Perkataan antonim juga berasal dari Yunani kuno iaitu gabungan perkataan ‘onama ‘onama’’ dan ‘anti ‘anti’. ’. Kata ‘onama ‘onama’’ bermaksud nama, manakala kata ‘anti ‘anti’’ bermaksud be rmaksud melawan. Oleh itu, dengan erti kata lain, antonim merupakan perkataan yang maksudnya dianggap berlawanan dan ia juga juga boleh
dikatakan
kebalikan
daripada
sesuatu
perkataan.
(Nik
Safiah
Karim
dan
NorlizaKamaruddin : 2004). Menurut Abdullah Hassan di dalam buku Bahasa Melayu STPM Kertas1 & 2 (1992: 164), antonim merujuk kepada dua perkataan atau lebih yang maknanya seolah-olah berlawanan. Makna setiap kata yang merupakan kebalikan makna perkataan yang satu lagi telah menyebabkan antonim dianggap membawa makna yang seolah-olah berlawan antara perkataan tersebut. Lawan yang dinyatakan bukanlah lawan yang memerlukan pergerakan fizikal, tetapi merujuk kepada sudut pemahaman. Kadang-kadang makna lawan juga sama seperti berpasangan. Sebagai contoh, suami contoh, suami dan isteri, dan isteri, ibu dengan bapa, dengan bapa, dan hidup dengan mati. dengan mati. Selain itu, Abdullah Hassan juga menyatakan definisi antonim di dalam buku Linguistik Am (2005: 229). Menurut beliau antonim ialah perkataan yang berlawanan makna. Namun begitu, ada juga perkataan yang mempunyai kata yang lawan maknanya lebih dari satu perkataan. Sebagai contoh perkataan besar dan kecil dan kecil . Jika diteliti, perkataan besar bukan bukan sahaja berlawanan dengan perkataan kecil sahaja tetapi juga boleh menjadi kata lawan bagi kata-kata
lain. Perkataan besar juga boleh menjadi lawan bagi kata sederhana mengikut konteks. Oleh itu, kita perlu sedari bahawa tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu dengan perkataan lain. Di samping itu, Asmah Haji Omar(2008) menyatakan antonim sebagai kata lawan dan maknanya ialah kata yang mempunyai pertentangan dari segi maknanya dengan kata lain. Sebagai contoh kata gelap mempunyai kata lainnya iaitu kata terang . Oleh itu, berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, kita boleh memahami bahawa antonim terdiri daripada kata-kata yang mempunyai kelainan atau berlawanan makna dengan perkataan yang dikebalikkan kata-kata itu sendiri. Dalam pada itu, kita juga perlu melihat perbezaan antonim mengikut jenis golongan kata kerana pertentangan maksud antara golongan-golongan tersebut mempunyai sedikit kelainan. Konsep pertentangan makna agak berbeza bagi golongan kata nama, kata kerja dan kata sifat. Selalunya kata nama tidak mempunyai masalah mengenai antonim. Bukan semua kata nama mempunyai kata yang berlawanan maksud dengannya. Sebagai contoh, perkataan air , gula, televisyen dan pokok tidak mempunyai makna berlawanan dalam antonim. Bagi kata kerja pula agak sukar mencari kata lawan makna yang betul-betul tepat pertentangan maknanya. Sebagai contoh, mandi dan masak . Oleh itu, selalunya penggunaan kata nafi tidak digunakan bagi menjadi kata lawan makna untuk beberapa perkataan seperti itu. Sebagai contoh tidak masak dan tidak mandi. Bagi kata sifat pula, pertentangan makna dalam antonim pula agak berbeza kerana terdapat pemeringkatan. Hal ini menekankan bahawa sifat sesuatu benda itu boleh berubah-ubah dan ada tahap pemeringkatan tersendiri. Sebagai contoh, perkataan panas dan sejuk . Sifat sejuk tersebut boleh berubah dan ada tahapnya iaitu ia boleh membawa pertentangan makna seperti suam dan dingin.
Terdapat beberapa jenis antonim yang telah mewujudkan pertentangan maksud. Antaranya ialah antonim berpasangan. Antonim jenis ini dipanggil sebagai antonim penggenap dan antonim komplimentarian oleh ahli bahasa (Abdullah Hassan: 2005). Hal ini disebabkan antonim jenis ini bersifat saling melengkapi. Sebagai contoh, sihat dan sakit , sedih dan gembira, mahal dengan murah dan sebagainya. Bukan itu sahaja, terdapat juga antonim berperingkat. Antonim ini juga dikenali sebagai antonim tafsiran. Kebanyakan antonim jenis ini melibatkan perkataan daripada golongan kata adjektif. Hal ini kerana pertentangan makna kata adjektif adalah lebih ketara berbanding golongan kata lain. Antara antonim kata adjektif ialah nipis dan tebal , maju dan kolot, manis dengan pahit dan sebagainya. Namun begitu, kata adjektif boleh berubah-ubah sifatnya dan penggunaannya perlu mengikut konteks ayat.. Sebagai contoh yang dikemukakan oleh Abdullah Hassan dalam Linguistik Am (2005: 230) ialah sekeping papan yang lebar adalah lebih kecil daripada sebuah sungai yang lebar dan seluar pendek jauh lebih pendek dari galah yang pendek. Jenis antonim yang seterusnya ialah antonim berhubungan. Antonim ini juga dikenali sebagai atonim terbalik kerana makna perkataan lawan jenis ini mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan perkataan yang diterbalikkannya. Sebagai contoh, guru dan murid , utara dan selatan, ibu dengan bapa dan seterusnya. Pertentangan makna dapat ditimbulkan apabila satu perkataan memberi dan perkataan yang satu lagi menerima. Sebagai contoh, perkataan lelaki berantonim dengan wanita. Kata lelaki sebagai pemberi dan kata wanita sebagai penerima.