KURSUS PROFESIONAL PEDAGOGI | 2017
SLOT MODEL SAMR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7-1
KURSUS PROFESIONAL PEDAGOGI | 2017
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK E-13 PARCEL E, KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA
Program
Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Kursus
Kursus Profesional Pedagogi (PROPED) DG44 & DG48
Kod Personel
Peserta
A. Obj ekt if
Pada akhir modul dalam talian peserta dapat: 1. Memahami konsep Model SAMR. 2. Mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang aras penggunaan teknologi dalam PdPc. 3. Meningkatkan aras aplikasi teknologi dalam PdPc.
B. Kandun gan Modul Dalam Talian
1. Pengenalan 2. Model SAMR 3. Model SAMR dan Taksonomi Bloom 4. Rumusan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7-2
KURSUS PROFESIONAL PEDAGOGI | 2017
C. Kaedah Pelaksanaan •
Pembelajaran akses kendiri
D. Bahan dan Alatan Pembelajaran
Modul Dalam Talian Klip Video Bahan Bacaan Komputer Internet
• • • • •
E. Rumusan •
Rumusan Fasilitator
F. Rujukan:
1. Boon, P.Y., Lee, L.H. & Aeria, L.A. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2. Education, C. S. (2016, July 12). How to Apply the SAMR Model with Ruben Puentedura. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=ZQTx2UQQvbU 3. Hippasus. (2012, August 23). The SAMR Model: Background and Exemplars. Retrieved from http://www.hippasus.com/rrpweblog/archives/2012/08/23/SAMR_BackgroundExe mplars.pdf 4. Kharbach, M. (2010-2017). SAMR Model Explained For Teachers . Retrieved from Educational Technology and Mobile Learning: http://www.educatorstechnology.com/2013/06/samr-model-explained-forteachers.html 5. Schrock, K. (2013, September 11). SAMR and Bloom's. Retrieved from Kathy Shrock Guide to Everything: http://www.schrockguide.net/samr.html 6. SAMR and Bloom's Taxonomy: Assembling the Puzzle. (2014, September 24). Retrieved from Common Sense Education: https://www.commonsense.org/education/blog/samr-and-blooms-taxonomyassembling-the-puzzle 7. Tolisano, S. R. (2014, January 28). Framework for Professional Development: SAMR Template and Infographic. Retrieved from Lang Witches: http://langwitches.org/blog/2014/01/28/framework-for-professional-developmentsamr-template-infographic/
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7-3
KURSUS PROFESIONAL PEDAGOGI | 2017
1.0 Pengenalan Pada zaman kini, kita kerap dilontarkan dengan pelbagai konsep untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, pembelajaran abad 21, blended learning , pembelajaran-e, pembelajaran dalam talian, TPACK, Google Apps, dan
sebagainya. Justeru itu , soalan yang mungkin ditanya adalah, “Bagaimana saya boleh terapkan teknologi secara berkesan (seamlessly) dalam pengajaran dan pembelajaran?” Dengan itu, Model SAMR diperkenalkan oleh Dr. Ruben
Puentedura untuk membantu guru menerap teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Model ini menyokong dan membolehkan guru mereka bentuk, membangun, dan menerap penggunaan teknologi dalam pengalaman pembelajaran digital. Selain itu, ia juga bertujuan mengubah pengalaman pembelajaran untuk meningkatkan tahap pencapaian murid. 2.0 Model SAMR 2.1 Latar Belakang Model ini dicipta dan dipopularkan oleh Dr. Ruben Puentedura dan ia bermula dengan soalan, “Bagaimana saya boleh membuatnya lebih baik lagi?” Persoalan ini telah tersemat dalam hatinya sejak beliau seorang
murid di Universiti Harvard. 2.2 Matlamat Mengikut Dr. Ruben, model ini: •
merupakan satu kerangka scaffolding bagi menyokong pengintegrasian teknologi dalam pendidikan.
•
digunakan untuk mentaksir dan menilai penggunaan teknologi dalam bilik darjah.
Berikut adalah petikan daripada Dr. Ruben: The goal is to create lessons that allow for the ability to facilitate lessons that practice Redefinition. As educators become familiar with the SAMR Model it allows them to reflect and evaluate their technolo gy integration practice while striving for powerfu l learning experiences.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7-4
KURSUS PROFESIONAL PEDAGOGI | 2017
2.3 Peringkat Model SAMR Model ini mengandungi empat peringkat iaitu: •
Substitusi/Mengganti
•
Augmentasi/Menambah fitur
•
Modifikasi/Mengubah suai
•
Definisi semula/Menakrif semula
Lihat Gambarajah 1 berikut:
Gambarajah 1 Bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang model ini, sila rujuk senarai bahan rujukan yang disediakan. Bahan rujukan tersebut dapat membantu anda melaksanakan Tugasan 1: Kuiz Hot Potatoes dan Tugasan 2: “Fikir dan Reflek” (Think and Reflect). Tugasan 1: Kuiz Hot Potatoes
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7-5
KURSUS PROFESIONAL PEDAGOGI | 2017
Tugasan 2: Fikir dan Reflek Berdasarkan Gambarajah 1, ingat kembali satu PdPc yang anda telah laksanakan. Buat satu penilaian kendiri berdasarkan aktiviti yang anda telah rancang dan laksanakan. Adakah aktiviti tersebut berada di tahap peningkatan atau transformasi? Laman web berikut dapat membantu anda melaksanakan tugasan di atas (Fikir dan Reflek). Url: http://langwitches.org/blog/2014/01/28/frameworkfor-professional-development-samr-template-infographic/ Peringatan:
Pastikan anda memuat turun bahan rujukan yang disediakan untuk membantu anda semasa sesi bersemuka.
3.0 Model SAMR dan Taksonomi Bloom Mengapa Model SAMR dan Taksonomi Blooms digabungjalinkan? Sila lihat Gambarajah 2 di bawah:
Gambarajah 2
Mengikut Dr. Ruben, penggabungjalinan ini mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya adalah: •
Guru sudah biasa dengan aras Taksonomi Blooms dan dorongan untuk mencapai aras tinggi. Penggabungjalinan ini juga mendorong guru mencapai aras tinggi Model SAMR (aras transformasi).
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7-6
KURSUS PROFESIONAL PEDAGOGI | 2017
•
Pendekatan yang digunakan menjadi panduan kepada guru untuk mengguna teknologi dalam bilik darjah.
•
Guru tidak terperangkap dengan tanggapan bahawa sesuatu tugasan yang dirancang oleh dirinya berada di tahap yang tinggi.
Tugasan 3: Baca dan Reflek Muat turun bahan rujukan yang dinyatakan di bawah (muka surat 7-8). Baca dan buat refleksi bagaimana bahan tersebut dapat membantu anda menilai dan menambahbaik amalan integrasi teknologi dalam PdPc anda. Pada refleksi tersebut, sertakan contoh-contoh spesifik. Kongsikan pengalaman proses ini dengan rakan-rakan anda.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7-7
KURSUS PROFESIONAL PEDAGOGI | 2017
Bahan Rujukan:
1. SAMR and Bloom's Taxonomy: Assembling the Puzzle https://www.commonsense.org/education/blog/samr-and-bloomstaxonomy-assembling-the-puzzle 2. SAMR and Bloom’s http://www.schrockguide.net/samr.html 3. A New Wonderful Wheel on SAMR and Bloom’s Digital Taxonomy http://www.educatorstechnology.com/2013/05/a-new-wonderful-wheel-onsamr-and.html 4. SAMR Smash http://www.voorhees.k12.nj.us/Page/75826
5.
6. Peringatan:
Sila baca bahan rujukan lain yang telah anda muat turunkan untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7-8
KURSUS PROFESIONAL PEDAGOGI | 2017
4.0 Rumusan Matlamat para guru menerap teknologi dalam PdPc adalah untuk membantu meningkatkan
keberkesanan
penyampaian
guru
dan
pencapaian
murid.
Pemahaman Model SAMR membolehkan guru membuat refleksi terhadap tahap penerapan teknologi dalam PdPc dan mengkaji bagaimana teknologi boleh diguna secara berkesan dan produktif. Dalam erti kata lain, model ini dapat: •
membantu guru membuat refleksi bagaimana mengintegrasi teknologi dalam bilik darjah anda; dan
•
membawa guru dari tahap peningkatan (enhancement)
ke tahap
tranformasi (transformation) seperti gambarajah di bawah:
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7-9