Kertas Kerja
PERDA AMAZING RACE 2010 Sempena Karnival “SAMAYO” Belia 2010 ‘Karnival SAMAYO Belia 2010’ dianjurkan oleh Persatuan Pemuda Pemudi Kampong Penanjong (PERDA) Tutong buat julung-julung kalinya, sempena sambutan Ulang Tahun PERDA ke 53 tahun. Karnival ini juga adalah sebagai sumbangan PERDA dalam menyemarakkan kegiatan belia di Daerah Tutong khususnya dan di Negara Brunei Darussalam pada amnya. ‘SAMAYO’ ‘SAMAYO’ berasal dari bahasa Tutong yang bermaksud kegiatan perniagaan melalui pertukaran barangan (sistem barter trade).
Disediakan oleh: Muhd Nurfairuz Nazri bin Salleh Setiausaha Persuratan, Bahasa & Kesusasteraan Persatuan Pemuda Pemudi Kampong Penanjong (PERDA) b.p. Ahli Jawatankuasa Pandu PERDA Amazing Race 2010
9 Jun 2010
Kertas Kerja PERDA Amazing Race sempena Karnival “SAMAYO” Belia 2010
PERSATUAN PEMUDA PEMUDI KAMPONG PENANJONG (PERDA) KG. PENANJONG TUTONG
Tema Tema bagi pertandingan PERDA Amazing Race ini adalah “Go Green”.
Sasaran Terbuka kepada semua belia-belia di daerah Tutong khasnya tetapi penyertaan juga dibukakan kepada belia-belia dari seluruh negara. Penyertaan juga dibukakan kepada ahli keluarga peserta (belia-belia) yang mengikuti PERDA Amazing Race itu nanti (tertakluk kepada syarat-syarat utama pertandingan – rujuk perkara 7 di bawah)
Skop pelaksanaan Tarikh dan Masa. Pertandingan PERDA Amazing Race ini akan diadakan pada hari Ahad, 4 Julai 2010 mulai jam 9.00 pagi dan d ijangka selesai sekitar sekitar jam 5.00 petang. Tempat. Pertandingan PERDA Amazing Race ini akan diadakan di sekitar kawasan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong, Kampung K ampung Serambangun, Daerah Tutong. Tetamu Kehormat. Majlis Pelancaran pertandingan itu nanti akan diadakan pada tarikh dan tempat yang dinyatakan. Tetamu Kehormat yang dicadangkan untuk majlis itu nanti ialah Yang Mulia, Awang Suni bin Haji Sulaiman, Yang Di-Pertua Persatuan Pemuda Pemudi Kampong Penanjong (PERDA). Badan Penganjur. Pertandingan PERDA Amazing Race ini dianjurkan oleh Persatuan Pemuda Pemudi Kampong Penanjong (PERDA) dan dikelolakan oleh Bahagian Setiausaha Persuratan, Bahasa dan Kesusasteraan, PERDA. Ahli Pasukan. Setiap pasukan memerlukan 4 orang ahli sahaja iaitu 2 peserta lelaki & 2 peserta perempuan dan pihak penganjur hanya menerima 15 pasukan sahaja bagi setiap sesi (pagi / petang). Bayaran . Setiap pasukan akan dikenakan bayaran yuran penyertaan, iaitu sebanyak $10.00 sepasukan (Ringgit Brunei: Sepuluh Sahaja). Sesi Pertandingan. Terdapat dua sesi bagi pertandingan ini, seperti berikut: Sesi Pagi
Masa 9.00 pagi – 11.00 pagi
Jumlah Pasukan (maksimum) 15
Petang
2.00 petang – 4.00 petang
15
1
Kertas Kerja PERDA Amazing Race sempena Karnival “SAMAYO” Belia 2010
Kebenaran. Sempena Karnival “SAMAYO” Belia 2010, PERDA selaku pihak penganjur akan memohon kebenaran daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) untuk mendapatkan tajaan yang berbentuk „in -kind‟ / sumbangan peribadi daripada syarikat syarikat swasta, gedung-gedung perniagaan, orang perseorangan ataupun sebagainya. Hasil Kutipan. Hasil kutipan (daripada yuran penyertaan) akan digunakan sebanyak 50% bagi membiayai kos peralatan, kelengkapan dan logistik pertandingan PERDA Amazing Race, sementara 50% akan disalurkan kepada tabung kutipan Karnival “SAMAYO” Belia 2010, di mana 5% dari jumlah keseluruhan hasil kutipan (terkumpul) akan didermakan kepada tabung anak-anak yatim daerah Tutong.
Syarat-syarat utama pertandingan Terbuka kepada semua belia-belia dan keluarga masing-masing atau sahabat-handai, yang berumur 12 tahun ke atas . Penglibatan dari ahli-ahli Persatuan Belia yang lain, yang terdapat di negara ini adalah dialu-alukan. Setiap pasukan hendaklah seramai 4 orang peserta yang terdiri dari 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Borang penyertaan (sila rujuk lampiran A) boleh didapati di kedai-kedai runcit yang terdapat di kawasan Kampung Penanjong, Tutong atau melalui online: www.perdaku.blogspot.com Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya hari Sabtu, 3 Julai 2010, jam 3.00 petang. kepada pihak penganjur iaitu selewat-lewatnya Tempat mengembalikan borang penyertaan adalah di kaunter pendaftaran PERDA Amazing Race (sila rujuk perkara 7.8 di bawah). Setiap pasukan akan dikenakan bayaran yuran penyertaan, iaitu sebanyak $10.00 (Ringgit Brunei: Sepuluh Sahaja) bagi setiap pasukan. Yuran penyertaan tersebut hendaklah diserahkan bersama-sama dengan borang penyertaan pada ahli jawatankuasa pendaftaran. Hanya 30 pasukan pertama yang mendaftar terlebih dahulu (first come first serve basis) akan dilayan, tetapi jika mendapat sambutan yang menggalakkan, jumlah pasukan yang terlibat akan ditambah. Pendaftaran boleh dibuat di kaunter PERDA Amazing Race di kawasan Karnival “SAMAYO” Belia 2010 iaitu kawasan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong pada hari Jumaat, 2 Julai 2010, jam 2.00 - 5.00 petang atau selewat-lewatnya hari Sabtu, 3 Julai 2010, jam 3.00 petang ATAU menghantar terus ke rumah Awg Nazirul Adib bin Haji Anuar di alamat No.3, Spg 249-36, Jln Kecil Kampung Penanjong, Tutong pada bila-bila masa mulai 21 Jun 2010 hingga 3 Julai 2010.
Undang-undang pertandingan Pertandingan PERDA Amazing Race akan diadakan pada hari Ahad, 4 Julai 2010 . Pasukan-pasukan yang terlibat akan dibahagikan kepada dua sesi (pagi / petang) mengikut nombor giliran pasukan masing-masing. 15 pasukan pertama akan bertanding pada sesi pagi manakala 15 pasukan terakhir akan bertanding pada sesi petang (sila rujuk perkara 6.7 di atas).
2
Kertas Kerja PERDA Amazing Race sempena Karnival “SAMAYO” Belia 2010
Bagi sesi pagi, pertandingan akan dijalankan tepat jam 9.00 pagi dan setiap pasukan hendaklah selesai dan balik semula sebelum jam 10.30 pagi. Bagi sesi petang, pertandingan akan dijalankan tepat jam 2.00 petang dan setiap pasukan hendaklah selesai dan balik semula sebelum jam 3.30 petang. Sesi taklimat ringkas akan diberikan selama 15 minit sahaja sebelum pasukan-pasukan yang terlibat memulakan pertandingan. Setiap pasukan hendaklah hadir dan mendaftar 30 minit lebih awal sebelum pertandingan dijalankan. Mana-mana pasukan yang gagal mendaftar mendaftar awal awal atau menarik diri pada hari pertandingan akan dianggap kalah tanpa bertanding dan wang yuran penyertaan tidak akan dikembalikan. Pertandingan akan berlangsung di sekitar kawasan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong. Setiap pasukan akan diberikan satu peta p eta (map) yang menunjukkan stesen-stesen permainan di sekitar kawasan pertandingan semasa hari pertandingan itu nanti. Ahli-ahli pasukan digalakkan untuk menggunakan pakaian yang sama semasa pertandingan.
PENTING: Setiap pasukan mestilah menyelesaikan empat (4) permainan dari tujuh (7) permainan yang disediakan di stesen-stesen seluruh kawasan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong. Dua (2) permainan adalah WAJIB yang mesti dilaksanakan oleh semua pasukan manakala dua (2) permainan yang selebihnya pula boleh dipilih dari stesen-stesen yang disediakan. Giliran permainan / stesen adalah BEBAS. Di setiap stesen, setiap pasukan hendaklah menyelesaikan satu permainan (aktiviti / tugasan) mengikut peraturan-peraturan permainan yang disediakan dan semua peserta hendaklah patuh dengan Ahli Jawatankuasa permainan tersebut. Setiap stesen hanya dapat menampung maksima dua (2) pasukan sahaja di setiap waktu. Setiap ahli peserta hendaklah sentiasa berada bersama-sama dengan ahli pasukannya sebelum dibenarkan melaksanakan tugasan / aktiviti di d i stesen-stesen. Setiap pasukan dilarang menggunakan kenderaan semasa pertandingan. Semua peserta boleh berjalan atau berlari untuk sampai ke stesen-stesen. Setiap peserta hanya dibenarkan mengikuti pertandingan dengan satu pasukan sahaja (pada sesi pagi / petang sahaja). Setiap pasukan dibenarkan untuk melakukan apa sahaja cara atau strategi masingmasing untuk menyelesaikan tugasan / aktiviti di setiap stesen asalkan tidak mencederakan diri peserta atau merosakkan harta-benda di kawasan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong. Hanya juri yang dilantik di setiap stesen yang berhak untuk memberi markah atau keputusan di setiap tugasan / aktiviti bagi setiap pasukan setelah selesai menjalankan tugasan / aktiviti tersebut. Mana-mana pasukan yang melanggar undang-undang dan peraturan permainan akan dikira kalah. Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan kepada undang-undang dan peraturan permainan tanpa notis awal. Perkara-perkara berbangkit yang tidak
3
Kertas Kerja PERDA Amazing Race sempena Karnival “SAMAYO” Belia 2010
terkandung dalam undang-undang dan peraturan ini akan dirujuk kepada hakim pihak penganjur dan segala keputusan mengenainya adalah muktamad. Pihak penganjur tidak akan terikat dan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku ke atas diri peserta atau pasukan di sepanjang dan selepas menyertai pertandingan ini. Sebarang makluman lanjut atau persoalan mengenai undang-undang dan peraturan ini bolehlah dirujuk ke pihak penganjur (sebelum hari pertandingan) melalui e-mail iaitu
[email protected]
Kesiapan Pasukan / Peserta Setiap pasukan hendaklah melantik 1 orang ketua pasukan bagi menguruskan segala urusan pertandingan seperti borang dan yuran penyertaan, kelengkapan pertandingan dan sebagainya di sepanjang pertandingan dijalankan. Para peserta hendaklah menggunakan pakaian dan kasut yang bersesuaian. bersesuaian.
Format permarkahan Pertandingan akan menggunakan kutipan markah melalui tiga (3) permakahan: Tugasan / Aktiviti permainan di stesen-stesen (50 markah), Kedudukan pasukan / masa terpantas dalam menyelesaikan kesemua tugasan / aktiviti permainan (30 markah), Markah bonus (20 markah). Pasukan yang memperolehi markah tertinggi dikira pemenang. Carta pemberian markah hanya akan diberikan kepada setiap pasukan pada hari pertandingan sahaja.
Hadiah & Majlis penyampaian Hadiah-hadiah berserta sijil penyertaan akan diberikan kepada pasukan-pasukan yang mendapat (melalui jumlah markah keseluruhan) tempat: 11.1.1 Johan, 11.1.2 Naib Johan, 11.1.3 Ketiga. Sijil penyertaan juga akan diberikan kepada pasukan-pasukan yang kurang bernasib baik.
Sijil penyertaan bagi setiap peserta akan disediakan oleh pihak penganjur manakala hadiah-hadiah untuk pemenang adalah bergantung sepenuhnya kepada tajaan-tajaan daripada syarikat-syarikat swasta, gedung-gedung perniagaan, orang perseorangan ataupun sebagainya.
4
Kertas Kerja PERDA Amazing Race sempena Karnival “SAMAYO” Belia 2010
Jadual dan Aturcara majlis Jadual. PERDA Amazing Race dibahagikan kepada tiga (3) fasa. Dalam Fasa Satu, Ahli Jawatankuasa akan mencari tajaan-tajaan dari pihak swasta, Fasa Kedua adalah pengedaran borang dan penerimaan pendaftaran, manakala Fasa Ketiga adalah hari kemuncak Pertandingan PERDA Amazing Race 2010 seperti berikut:
Fasa Satu Fasa Dua Fasa Ketiga
Kejadian
Tarikh Awal dan Tarikh Akhir
Mencari tajaan Pengedaran Borang Penyertaan & Penerimaan pendaftaran Hari Kemuncak Pertandingan PERDA Amazing Race 2010
10 Jun hingga 30 Jun 2010 21 Jun hingga 03 Jul Julai ai 2010 4 Julai 2010
Aturcara Majlis. Aturcara majlis pada hari kemuncak Pertandingan PERDA Amazing Race 2010 adalah seperti berikut: 7.30 pagi :
Ketibaan Ahli Jawatankuasa Kerja
8.15 pagi :
Ketibaan Para Peserta & Sesi Pendaftaran (sesi pagi)
9.00 pagi :
Bacaan Surah Al-Fatihah Al-Fati hah - Sesi taklimat pertandingan
9.15 pagi :
ringkas
mengenai
peraturan
dan
undang-undang
Pertandingan PERDA Amazing Race (sesi pagi) dimulakan - Pelepasan semua pasukan-pasukan yang terlibat - Melengkapkan empat (4) dari tujuh (7) permainan
10.30 pagi :
Pertandingan PERDA Amazing Race (sesi pagi) tamat
10.45 pagi :
Pengumuman Keputusan Pertandingan serta Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penyertaan. P enyertaan.
11.00 pagi :
Acara dijangka selesai dan bersurai
----------------------------------selesai pertandingan sesi pagi---------------------------------------12.30 petang :
Ketibaan Ketibaa n Ahli Jawatankuasa Kerja
1.15 petang :
Ketibaan Para Peserta & Sesi Pendaftaran (sesi petang)
2.00 petang :
Bacaan Surah Al-Fatihah Al-Fati hah - Sesi taklimat ringkas mengenai peraturan dan undang-undang pertandingan
2.15 petang :
Pertandingan PERDA Amazing Race (sesi petang) dimulakan - Pelepasan semua pasukan-pasukan yang terlibat - Melengkapkan empat (4) dari tujuh (7) permainan
3.30 petang :
Pertandingan PERDA Amazing Race (sesi petang) tamat
3.45 petang :
Pengumuman Keputusan Pertandingan serta Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penyertaan. Penyertaan.
4.00 petang :
Acara dijangka selesai dan bersurai
------------------------------ -------selesai pertandingan pertandingan sesi petang-------------------------------petang-------------------------------- ----
5