Asas Senaman Kecergasan & Asas Sains Dalam Pendidikan Jasmani II (PJM1044)
PPISMP Ambilan Jun 2015 Semester 2 (Jan – Mei) Tahun 1 (2016)
LAKUAN MOTOR MOTOR (M O T O R
B E H AV A V IO IO R )
LAKUAN MOTOR MOTOR (M O T O R
B E H AV A V IO IO R )
Definisi Lakuan Motor Motor Satu kajian tentang pelaksanaan postur dan lakuan manusia hasil daripada prosesproses dalaman yang bersepadu yang membawa kepada perubahan kekal dalam lakuan.
Kategori Lakuan Motor Boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
(i) Kawalan Motor (Motor Control)
(ii) Pembelajaran Motor (Motor Learning)
KAWALAN MOTOR Kajian tentang postur dan pergerakan manusia, dan proses-proses dalaman yang mengawalnya.
TEORI-TEORI KAWALAN MOTOR
Sheridan (1984) telah mencadangkan empat ciri pergerakan mahir yang harus dititikberatkan dalam mana-mana teori kawalan motor:
(i) Fleksibiliti kemahiran pergerakan
(ii) Keunikan kemahiran pergerakan
(iii) Ketekalan kemahiran pergerakan
(iv) Pengubahsuaian kemahiran pergerakan
FLEKSIBILITI KEMAHIRAN PERGERAKAN
Merujuk kepada kebolehan seseorang untuk melengkapkan / menyiapkan sesuatu tugasan dengan menggunakan pelbagai sumber otot-rangka (musculoskeletal).
Sebagai contohnya, jika matlamat adalah untuk memastikan bola tampar melepasi jaring secara sah, maka pemain boleh menggunakan kepala, kaki atau lengan dengan menyangga / mengumpan bola tersebut.
KEUNIKAN KEMAHIRAN PERGERAKAN
Pergerakan serupa adalah mustahil apabila pergerakan relatif berlaku, atau lebih variabel dimasukkan.
Sebagai contohnya, apabila seseorang individu sedang bergerak dan objek pegun; atau apabila objek bergerak dan individu tersebut pegun; atau kedua-dua individu dan objek bergerak.
KETEKALAN KEMAHIRAN PERGERAKAN
Merujuk kepada ‘di mana’ (ciri ruang/spatial), dan ‘bila’ (ciri masa/temporal) pergerakan yang serupa dari satu lakuan kepada lakuan lain.
Sebagai contohnya, seorang pemukul sofbol yang berpengalaman berupaya mengayun bet dengan menunjukkan ciri temporal ‘bila’ untuk mengayun dengan ciri spatial ‘di mana’ bet itu diayun berulang kali.
PENGUBAHSUAIAN KEMAHIRAN PERGERAKAN
Kebolehan mengubahsuai pergerakan semasa lakuan.
Sebagai contohnya, seorang gimnas melakukan hambur tangan ke belakang, dan berguling atas titian berupaya menukar arah hambur tangan ke belakang kali kedua dengan mengubahsuai kedudukan tangannya.
TEORI REFLEKS
Satu paradigm yang menerangkan lakuan sebagai sesuatu yang stereotaip, involuntary (tidak terkawal) dan respons pantas terhadap rangsangan.
Direka untuk menerangkan lakuan motor yang dapat diperhatikan.
TEORI HIERARKI
Satu konsep kawalan motor yang berdasarkan satu hierarki yang bermula dengan otak dan neokorteks (korteks serebrum tidak termasuk hipokampus dan cuping piriform), dan beroperasi dalam satu pola hierarki untuk menyelaraskan kawasan rendah sistem saraf pusat semasa lakuan.
Berdasarkan tanggapan bahawa otak mengawal kesemua bahagian membuat keputusan dan lakuan.
TEORI SISTEM DINAMIK
Satu paradigma yang menerangkan kawalan pergerakan yang berkoordinasi dan hubungan dinamik di antara persekitaran dan individu.
Juga dikenali sebagai teori ekologi atau teori sistem tindakan.
KEMAHIRAN MOTOR Satu tindakan anggota yang terkawal atau tugasan yang berteraskan matlamat.
KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR (1) Fitts (1964) adalah individu pertama yang mengklasifikasikan kemahiran motor.
(i) Kemahiran diskret
(ii) Kemahran berterusan
KEMAHIRAN DISKRET Satu kemahiran di mana pergerakan mempunyai satu permulaan dan satu akhiran yang nyata.
Sebagai contohnya, pic sofbol, balingan percuma bola keranjang, lombol, terjunan.
KEMAHIRAN BERSIRI Beberapa kemahiran diskret yang digabungkan untuk membentuk satu siri.
Turutan unsur penting digabungkan adalah penting.
Setiap pergerakan adalah rangsangan dan respons.
Sebagai contohnya, rutin gimnastik, lompat kijang, lompat tinggi.
KEMAHIRAN BERTERUSAN Satu siri pergerakan yang berulangulang atau yang berkait dengan bahagian lain kemahiran untuk mencapai sesuatu matlamat.
Sebagai contohnya, lari pecut 50m, renang gaya bebas 100m, berbasikal.
KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR (2) Gentile (1972) mengklasifikasikan kemahiran motor berdasarkan dua model dimensi yang berfokus pada keadaan persekitaran dan pergerakan relatif.
(i) Kemahiran tertutup
(ii) Kemahran terbuka
KEMAHIRAN TERTUTUP (1) Kemahiran yang bercirikan oleh satu persekitaran yang stabil, sedikit perubahan dalam persekitaran, dan individu mengawal persekitaran spatial.
Pelaku mengawal kadar aktiviti yang dilakukan.
Pelaku menentukan bila memulakan pergerakan.
KEMAHIRAN TERTUTUP (2) Tidak dipengaruhi oleh persekitaran.
Persekitaran yang stabil, tetap dan boleh diramal.
Sebagai contohnya, boling untuk dapatkan strike, memukul bola di atas tee, lontar peluru, guling hadapan, dirian tangan.
KEMAHIRAN TERBUKA (1)
Kemahiran di mana hubungan di antara persekitaran dengan individu atau objek berubah-ubah. Individu perlu menentukan tuntutan spatial dan temporal dan menyelarasnya dengan persekitaran.
Tindakan ditentukan oleh sumber luaran.
Melibatkan pelaku dalam tindak balas.
Sangat terpengaruh dengan perubahan persekitaran yang berubah-ubah.
KEMAHIRAN TERBUKA (2)
Pola pergerakan persepsi yang dominan memerlukan adaptasi.
Sering memerlukan adaptasi yang pantas dan variasi kemahiran.
Sebagai contohnya, turutan serangan bola tampar, rali Jai alai, memukul bola dalam sofbol, menerima servis tenis, hantaran dan penerimaan bola dalam permainan bola keranjang, membuat takel dalam ragbi.
KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR (3)
Individu lain yang mengklasifikasikan kemahiran motor adalah:
Knapp (1963)
Broer (1966)
Konorski (1969)
Whitting (1969)
Logan dan McKinney (1970)
Laban (Laban Notation)
1.1 ASAS KAWALAN MOTOR
DEFINISI
Kawalan Motor Bidang pengajian yang melibatkan pergerakan berdasarkan aspek-aspek: Mekanisme pengawalan postur & pergerakan
Organisasi proses yang terlibat dalam mekanisme pengawalan pergerakan Kawalan dicapai melalui interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi
Sistem biologi manusia adalah suatu sistem yang bebas dan berfungsi mengikut keperluannya seperti sistem saraf, sistem otot, sistem rangka dan sistem peredaran darah. Bagi melakukan pergerakan, sistem biologi sebenarnya dipengaruhi oleh daya-daya luar seperti daya graviti, inersia dan geseran. Daya luaran ini adalah bersifat dinamik. Kecekapan pergerakan tidak bergantung kepada kelajuan tetapi dikawal oleh kecekapan sistem biologi.
Setiap pergerakan yang dilakukan disesuaikan dengan persekitaran dan peranan yang dimainkan oleh setiap individu. Sebagai contohnya, dalam permainan bola sepak, penjaga gol menangkap bola untuk menghalang bola daripada masuk ke gawang gol. Manakala dalam permainan badminton pemain akan cuba mematikan bulu tangkis di gelanggang pihak lawan untuk membolehkan mereka memperoleh mata dan seterusnya memenangi perlawanan.
1.2 JENIS KAWALAN MOTOR
Jenis Kawalan Motor
Lakuan Motor Berkemahiran (Pergerakan Terkawal) Voluntary movement
Lakuan Motor Tanpa Kemahiran (Pergerakan Tidak Terkawal) Involuntary movement
Jenis Kawalan Motor
Lakuan Motor Berkemahiran
Kemahiran Generik Kemahiran Berobjektif
Kedua-dua kemahiran ini melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
Lakuan Motor Berkemahiran Kemahiran Berobjektif
Kemahiran Generik
Sedia ada (diwarisi)
Berkembang melalui proses tumbesaran & kematangan
Lanjutan daripada kemahiran generik dan mempunyai objektif khusus
Berkembang melalui proses praktis dan latihan
Lakuan Motor Berkemahiran Voluntari Dihasilkan secara sedar – atas pilihan Dikawal Mutu lakuan bergantung kepada: Tahap kemahiran Pengalaman
CONTOH 1 Sepak Takraw Apabila menerima servis, pemain yang kurang berkemahiran akan terus menghantar semula bola ke gelanggang lawan. Manakala pasukan yang berkemahiran akan mengangkat, mengumpan dan merejam ke gelanggang lawan.
CONTOH 2 Badminton Apabila mendapat hantaran tinggi di garisan belakang gelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkin akan membuat smesy atau drop shot . Manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin akan membalas dengan hantaran setengah gelanggang.
Mekanisme Pergerakan Voluntari
Dibahagi kepada 2 bahagian: Transmisi Sensori Penerimaan dan penghantaran impuls sensori ke korteks somatosensori melalui thalamus
Transmisi Motor Proses integrasi sensori motor dan penghantaran impuls motor ke sistem efektor - otot
Transmisi Sensori Korteks somatosensori
Talamus berfungsi menghubungkan maklumat sensori ke korteks serebral dan berlaku pemprosesan awal semua maklumat sensori di pusat kortikal maisng-masing.
Impuls sensori dihantar ke talamus melalui korda spina
Maklumat sensori diterima daripada reseptor yang relevan & neuron sensori akan menukar rangsangan kepada impuls saraf
Transmisi Motor Berlaku proses integrasi sensori motor di korteks penggabung
Neuron sensori yang membawa impuls sensori akan bersinaps dengan neuron motor di korteks motor Impuls motor dihantar semula ke korda spina melalui laluan-laluan kortikospinal. Di korda spina, berlaku proses merekrut unit motor ko-aktivasi bagi spesifikasi peranan dan penguncupan otot Impuls motor seterusnya dihantar ke sistem efektor untuk membolehkan pergerakan
Neuron Motor &
- pergerakan pantas & pergerakan untuk menghasilkan daya maksimum Sebagai contohnya, membengkokkan kaki melompat sebelum melompat
- pergerakan licin dan berterusan
Lakuan Motor Tanpa Kemahiran
Lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan: Tidak boleh memilih Tidak boleh dimodifikasi lakuan yang terhasil Pergerakan involuntari terhasil apabila pergerakan tersebut diperlukan. Sebagai contohnya, pantulan (reflex) lutut, tarikan kaki atau tangan apabila terkena benda panas.
Lingkaran Refleks Neuron Sensori Interneuron Reseptor
Neuron Motor Efektor
Lakuan Motor Tanpa Kemahiran
Pergerakan yang disebabkan oleh rangsangan dari persekitaran luaran
Sistem Reseptor Reseptor yang menerima rangsangan daripada persekitaran
Refleks Tendon Patella Ke otak
Regangan merangsang reseptor
Neuron Sensori Efektor
Otot antagonistik relaks
N. Motor
Pusat integrasi – neuron sensori mengaktifkan neuron motor
Interneuron – menyekat
Menyekat neuron motor kepada otot antagonistik
Mekanisme Pergerakan Involuntari 1. Sistem reseptor menerima rangsangan di peringkat periferi 2. Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukarkan kepada impuls sensori 3. Impuls sensori seterusnya dihantar ke saraf tunjang (sistem saraf pusat peringkat rendah ) 4. Impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang 5. Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps 6. Seterusnya impuls motor dihantar ke sistem efektor 7. Maklumat impuls motor yang diterima oleh sistem efektor akan menghasilkan pergerakan involuntari
1.3 KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR
Klasifikasi Kemahiran Motor
Berdasarkan 3 kriteria Ketepatan Lakuan Ciri-ciri Pergerakan Stabiliti Persekitaran
Ketepatan Lakuan Berpandukan jenis atau saiz otot yang terlibat Kemahiran Motor Kasar
Penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama.
Cth: Angkat Berat, berlari, pukulan kilas tenis dan smesy dalam badminton.
Kemahiran Motor Halus
Penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama.
Cth: Mengukir, memanah, boling, boling padang dan menembak.
Ciri Pergerakan Organisasi Pergerakan Kemahiran Diskret
Permulaan & pengakhiran yang nyata Ditentukan oleh kemahiran
Kemahiran Bersiri
Gabungan beberapa kemahiran diskret
Kemahiran Berterusan
Permulaan & pengakhiran Ditentukan oleh pelaku Perlakuan yang sama diulang beberapa kali
Dimensi Kemahiran Diskret – Bersiri – Berterusan DISKRET
BERSIRI
BERTERUSAN
Menyepak Bola
Rutin Gimnastik
Mengawal kereta
Memanah
Menukar gear
Berenang
Duduk & Bangun
Menimang Bola
Berlari
Stabiliti Pergerakan
Kemahiran Tertutup (Closed motor skill ) – Persekitaran stabil – Membolehkan perancangan awal
Kemahiran Terbuka (Open motor skill ) – Persekitaran dinamik (berubah-ubah) – Adaptasi pergerakan
Stabiliti Persekitaran Berdasarkan keadaan persekitaran kemahiran dihasilkan boleh berbentuk stabil atau dinamik Tertutup
Stabil Gimnastik Menaip
Terbuka
Separa Stabil
Tidak Stabil
Melintas Jalan
Menembak - Skeet
Memandu
Bola Sepak
Kepentingan Elemen Koginitif & Motor
Kepentingan relatif komponen motor & komponen persepsi & membuat keputusan
Kemahiran Motor Kualiti kemahiran ditentukan oleh kawalan motor – melakukan dengan tepat Kemahiran Kognitif Kualiti kemahiran ditentukan oleh aspek persepsi dan membuat keputusan Tahu apa yang perlu dilakukan
Kepentingan Elemen Koginitif & Motor Kemahiran Motor
Kemahiran Kognitif
Membuat Keputusan Minimum Kemahiran Motor Maksimum
Sedikit Membuat Keputusan Sedikit Kemahiran Motor
Membuat Keputusan Maksimum Kemahiran Motor Minimum
Lompat Jauh
Permainan
Catur
Angkat Berat
Memandu
Kejurulatihan
2.0 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR
2.1 Definisi
Bidang yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor hasil daripada praktis & latihan
Perubahan digambarkan melalui lengkok pembelajaran
Lengkok Pembelajaran Lengkok Linear n a r a j a l e b m e P
Praktis
Peningkatan seimbang
Praktis Penguasaan
Lengkok Pembelajaran Lengkok Cembung
n a r a j a l e b m e P
Praktis
Peningkatan awal mendadak sehingga penguasaan asas Peningkatan seterusnya perlahan Sebagai contohnya, bermain dart , tenis
Lengkok Pembelajaran Lengkok Cekung
n a r a j a l e b m e P
Praktis
Peningkatan awal sedikit Peningkatan mendadak dihujung Sebagai contohnya, memandu
Lengkok Pembelajaran Lengkok Ogif – “S”
n a r a j a l e b m e P
Praktis
Kombinasi lengkok linear, cembung & cekung Dapat diperhatikan dalam kemahiran bersiri
2.2 Pembolehubah Pembelajaran Motor
Pembelajaran dipengaruhi oleh Perbezaan Individu Pemindahan Pembelajaran
Taksonomi Kebolehan Motor Persepsi Fleishman (1972) (Fleishman Taxonomy of Perceptual Motor Abilities)
Dikategorikan sebagai: Kebolehan Motor Persepsi Kebolehan Kecekapan Fizikal
Kebolehan Motor Persepsi
Koordinasi pelbagai anggota (multilimb coordination ) Kebolehan mengkoordinasi pergerakan pelbagai anggota secara serentak. Sebagai contohnya, melakukan servis tenis atau bermain piano. Kepersisan kawalan (control precision ) Kebolehan melakukan penyesuaian pantas dan tepat ke atas alat kawalan yang melibatkan pergerakan satu lengan atau kaki. Penyesuaian dibuat berdasarkan rangsangan visual. Sebagai contohnya, menggerakkan kayu bedik ( joystick ) dalam permainan komputer.
Kebolehan Motor Persepsi
Orientasi respons (response orientation ) Kebolehan membuat pilihan kawalan dengan pantas untuk bergerak atau bertindak daripada pelbagai pilihan, yang lazimnya diukur sebagai masa tindak balas pilihan. Sebagai contohnya, tugas seorang penjaga gol yang sentiasa menghadapi pelbagai jenis tendangan yang tidak pasti dari pemain-pemain. Kawalan kadar (rate control ) Kebolehan untuk menghasilkan penyesuaian pergerakan antisipasi berterusan selaras dengan perubahan kelajuan pergerakan sesuatu objek atau sasaran. Sebagai contohnya, memandu kenderaan di atas lebuh raya.
Kebolehan Motor Persepsi
Kecekatan manual (manual dexterity ) Kebolehan memanipulasi objek-objek besar dengan tangan dan lengan secara berkemahiran dalam keadaan pantas. Sebagai contohnya, mengelecek dan mengawal bola keranjang semasa berlari. Kecekatan jari (finger dexterity ) Kebolehan memanipulasi objek-objek kecil secara terkawal dan berkemahiran khususnya dengan jari-jari. Sebagai contohnya, memasukkan benang ke dalam lubang jarum, menaip mesej dengan jari-jari di telefon pintar.
Kebolehan Motor Persepsi
Kestabilan tangan-lengan (arm-hand steadiness ) Kebolehan melakukan pergerakan lengan dan tangan yang tepat di mana kekuatan dan kepantasan tidak diperlukan. Sebagai contohnya, pelayan menatang makanan dan minuman untuk pelanggan tanpa sebarang masalah. Bidikan (aiming ) Kebolehan menggerakkan tangan dengan pantas dan tepat ke sasaran yang kecil. Sebagai contohnya, membaling dart ke sasaran.
Kebolehan Motor Persepsi
Kepantasan pergelangan tangan-jari (wrist- finger speed ) Kebolehan melakukan pergerakan yang pantas dan berulang-ulang dengan tangan dan jari-jari, dan/atau pergerakan putaran pergelangan tangan, di mana ketepatan bukanlah kritikal. Sebagai contohnya, menulis dengan pantas.
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Kekuatan eksplosif (explosive strength ) Kebolehan melepaskan satu tenaga maksimum dalam satu tindakan eksplosif. Sebagai contohnya, fasa lontaran peluru, fasa pelepasan rejaman lembing.
Kekuatan statik (static strength ) Kebolehan mengenakan daya terhadap sesuatu yang berat atau sesuatu objek yang sukar untuk digerakkan. Sebagai contohnya, sukan angkat berat.
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Kekuatan dinamik (dynamic strength ) Kebolehan menggerak atau menyokong berat jasad secara berterusan atau berulang-ulang. Sebagai contohnya, memanjat tali atau melaksanakan rutin gimnastik di atas gelang. Kekuatan batang tubuh (trunk strength ) Kekuatan dinamik yang berfokus pada otot-otot di batang tubuh dan abdomen. Sebagai contohnya, melakukan rutin gimnastik di atas kekuda berpelana (pommel horse ).
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Kelenturan lanjut (extent flexibility ) Kebolehan melentur tubuh sehingga had maksimum dalam pelbagai arah. Sebagai contohnya, senaman yoga. Kelenturan dinamik (dynamic flexibility ) Kebolehan melakukan pergerakan berulang-ulang dan pantas yang melibatkan kelenturan otot. Sebagai contohnya, penari balet. Keseimbangan tubuh kasar (gross body equilibrium ) Kebolehan mengekalkan imbangan badan keseluruhan tanpa visual. Sebagai contohnya, ahli sarkas yang cuba berjalan di atas tali tegang sambil bertutup mata.
Kebolehan Kecekapan Fizik al
Imbangan dengan kiu visual (balance with visual cues ) Kebolehan mengekalkan imbangan badan keseluruhan dengan bantuan kiu-kiu visual. Sebagai contohnya, ahli gimnas melakukan aksi batang titian. Kepantasan pergerakan anggota (speed of limb movement ) Kebolehan menggerakkan lengan atau kaki dengan pantas tanpa rangsangan masa tindak balas, bagi mengurangkan masa pergerakan. Sebagai contohnya, membaling satu pic pantas dalam permainan sofbol.
Kebolehan Kecekapan Fizikal
Koordinasi tubuh kasar (gross body coordination ) Kebolehan melakukan beberapa pergerakan kompleks secara serentak. Sebagai contohnya, pemain hoki ais yang memerlukan lunsuran dan mengawal kayu hoki. Kecergasan (stamina ) Kebolehan menggerakkan seluruh tubuh untuk jangka masa yang lama; daya tahan kardiovaskular. Sebagai contohnya, pelari jarak jauh, pelumba basikal.
Pemindahan Pembelajaran Kesan Kemahiran Sedia Ada Kepada Kemahiran Baharu Negatif
Positif
Membantu
Mengganggu
Sifar
Tiada Kesan
Pemindahan Positif Berlaku
apabila prestasi sesuatu kemahiran membantu prestasi satu kemahiran lain. Lazimnya berlaku jika kedua-dua kemahiran tersebut ada persamaan. Sebagai contohnya, seorang pemain bola tampar berkemahiran tinggi mendapati mudah melakukan smesy dalam badminton kerana kebolehannya membuat servis dalam bola tampar.
Pemindahan Negatif Berlaku
apabila prestasi sesuatu kemahiran menghalang prestasi kemahiran lain. Berlaku apabila suatu tindakan baharu diperlukan untuk bertindak balas terhadap rangsangan yang berkait dengan kemahiran lain. Sebagai contohnya, seorang pemain skuasy yang mempelajari tenis akan mendapati pukulan hadapan sukar pada awalnya kerana dalam skuasy, pergelangan tangan diperlukan tetapi dalam tenis pergelangan tangan perlu dikuncikan.
Pemindahan Sifar
Dialami apabila kemahiran yang telah dipelajari tidak memberi sebarang kesan terhadap pembelajaran kemahiran baharu.
Penghasilan Lakuan Motor
Persepsi & Aksi
Fungsi Sistem Biologi Dalam Lakuan Motor Pergerakan hasil daripada interaksi sistem biologi & persekitaran Rangsangan dari persekitaran diproses untuk menghasilkan respons
Fungsi Sistem Biologi Dalam Lakuan Motor Visual
Pemprosesan Sumber Maklumat
Vestibular Vestibular
Kinestetik
Sistem Visual PALING DOMINAN SISTEM AMBIENT
SISTEM FOKAL
Peringkat rendah
Peringkat Peringkat Tinggi
Keseimbangan
Pemfokusan
Kesedaran Ruang
Diskriminasi Imej
Kawalan Pergerakan
Identifikasi Object
Sistem Vestibular Bahagian dalam telinga – Salur separa bulat – Vestibul Vestibul Mengawal postur semasa pergerakan Mampu berfungsi tanpa maklumat visual tetapi tidak sebaliknya
Sistem Kinestetik
Terdapat di sendi, otot, tendon & kulit Reseptor dikenali sebagai proprioseptor Memaklumkan kedudukan anggota badan
Persekitaran & Lakuan Motor Persekitaran - Pembekal maklumat ekstrinsik Sistem biologi menentukan kerelevanan - Hasil daripada pengalaman 2 sumber maklumat yang mempengaruhi penghasilan pergerakan: Rangsangan Daya Fizikal
Rangsangan
Semua jenis maklumat dari persekitaran
Reseptor sensori menerima & memproses rangsangan dari persekitaran
Ketepatan bergantung kepada keupayaan menumpukan perhatian kepada rangsangan yang relevan & mengabaikan rangsangan yang tidak relevan
Perhatian berpilih (Selective attention ) – Proses persepsi yang tertinggi
Daya Fizikal Daya yang wujud secara semula jadi dalam persekitaran Daya rintangan udara, geseran & halaju Mempengaruhi kualiti pergerakan - Kecekapan individu memanipulasikan daya - Kebolehan individu menganggarkan daya Daya daripada otot menghasilkan pergerakan dan kebolehubahan dalam daya otot menghasilkan perubahan dalam pergerakan
Interaksi Sistem Biologi & Persekitaran PERSEKITARAN pergerakan
mempengaruhi SISTEM BIOLOGI
Sistem biologi menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan persektiran Penghasilan pergerakan dipengaruhi - Sistem Persepsi - Sistem Aksi
Sistem Persepsi Mentafsir & Memantau - maklumat dalaman - maklumat luaran - perhubungan antara diri & persekitaran Keupayaan Sistem Persepsi bergantung kepada: - pengalaman - pengetahuan - inclination - keyakinan
Sistem Aksi
Pertalian yang sepadu dengan sistem persepsi
Merealisasikan tafsiran sistem persepsi –
dengan menghasilkan pergerakan yang relevan
Melibatkan 3 proses – Organisasi – Pelaksanaan – Pemantauan
AKSI
PERSEPSI
Proses Sistem Aksi ORGANISASI LAKUAN
Perancangan dari segi:
PELAKSANAAN
Mengarahkan sistem efektor
turutan
otot
pemasaan
pergerakan
PEMANTAUAN
Pengubahsuaian
lakuan
berasaskan maklumat sensori
Sistem Pemprosesan Biologi Maklumat Sensori Yang Relevan
Respons Yang Bermakna
Persepsi Langsung
Kawalan Bermakna
PERKEMBANGAN MOTOR
Perkembangan Motor Perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor sepanjang hayat Perubahan adalah hasil proses Perkembangan Tumbesaran Kematangan Penuaan
Bayi
hingga Dewasa – Peningkatan
Dewasa
hingga Tua - Penurunan
Prinsip Perkembangan Motor CEPHALO-CAUDAL – Dari Kepala Ke Bawah
Peningkatan kestabilan (Kategori asas pergerakan) – pergerakan voluntari yang melibatkan aspek kestabilan
Peningkatan turutan dari keadaan terlantar ke postur duduk sehingga postur berdiri
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur Peningkatan Kestabilan Asas MENGAWAL KEPALA & LEHER
Lakuan Kestabilan Paling sebelah Paling kedua-dua belah Dipegang dengan sokongan Mengangkat dagu Kawalan pronasi Kawalan supinasi
Anggaran Umur Lahir 1 minggu Bulan Ke-2 Bulan Ke-2 Bulan Ke-3 Bulan Ke-5
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur Peningkatan Kestabilan Asas MENGAWAL BATANG TUBUH
Lakuan Kestabilan Mengangkat kepala & dada Cubaaan mengguling
Anggaran Umur Bulan Ke-2 Bulan Ke-3
Berjaya mengguling Mengguling
Bulan Ke-6 Bulan Ke-8
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur Peningkatan Kestabilan Asas DUDUK Lakuan Kestabilan Duduk dengan sokongan Duduk & menyokong diri Duduk Berdiri dengan sokongan
Anggaran Umur Bulan Ke-3 Bulan Ke-6 Bulan Ke-8 Bulan Ke-11
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur Peningkatan Kestabilan Asas
Bulan Ke-3
Bulan Ke-6
Bulan Ke-8
Duduk dengan sokongan
Berupaya menyokong diri
Berupaya duduk
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur Peningkatan Kestabilan Asas BERDIRI Lakuan Kestabilan Berdiri dengan pegangan Menarik & berdiri dengan sokongan Berdiri
Anggaran Umur Bulan Ke-10 Bulan Ke-11 Bulan Ke-12
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur Peningkatan Kestabilan Asas
Bulan Ke-6
Bulan Ke-11
Bulan Ke-12
Berdiri dengan sokongan
Menarik & berdiri dengan sokongan
Berdiri
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur Peningkatan Keupayaan Lokomotor Asas Keupayaan lokomotor bergantung kepada keupayaan kestabilan Membolehkan bayi bergerak Menyusur – kemahiran lokomotor yang pertama - Kemajuan dari mengguling - Didahului oleh kawalan kepala, leher & batang tubuh
Dari menyusur meningkat ke merangkak – Kaedah lokomotor yang efektif – Bermula dengan cubaan bergerak dengan kawalan – Peningkatan kecekapan dipamerkan oleh pergerakan anggota badan secara kontralateral Meningkat ke berdiri tanpa sokongan dan seterusnya berjalan Bergantung kepada kematangan dan persekitaran
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur Peningkatan Keupayaan Bukan Lokomotor Proksimo-distal – dari paksi tubuh ke arah luar Keupayaan menjangkau – bulan pertama dan meningkat sehingga berupaya mengawal – Bulan Ke-6 Menggengam – secara refleks – sejak lahir meningkat sehingga keupayaan menggengam object, sebagai contohnya sudu – bulan ke-14 Melepaskan – Asas – Bulan ke-12 – 14 Terkawal – Bulan Ke-14
Turutan Perkembangan & Anggaran Umur Peningkatan Keupayaan Bukan Lokomotor
Menjangkau
Memegang
Melepas
Perkembangan Massa Ke Spesifik Corak Kawalan Otot Besar Ke Otot Kecil
Perkembangan Motor Perubahan keupayaan motor - perkembangan keupayaan dalam melaksanakan pergerakan - dari mudah ke kompleks - peningkatan berdasarkan umur 4 Peringkat Umur Yang Utama - 0 – 2 tahun - 2 – 7 tahun - 7 – Dewasa - Dewasa – Tua
0 – 2 Tahun Bermula dengan pergerakan refleks - mendapat maklumat mengenai persekitaran. Meningkat ke pergerakan voluntari - Bermula dengan kawalan postur / kestabilan - Meningkat ke pergerakan lokomotor & bukan lokomotor
2 – 7 tahun Berkembang dari pergerakan asas yang kurang lancar hingga ke pergerakan yang lancar Kualiti pergerakan meningkat hasil peningkatan kawalan
Peningkatan Kemahiran Kemahiran Membaling Peringkat Permulaan 2 – 3 tahun
Aksi siku
Aksi mirip menolak
Perg erger eraka akan n rotari rotari
Berat bad Ber adan an di bela belaka kang ng untu un tuk k kese keseim imba bang ngan an
Jari Jari-j -jar arii terb terbuka uka
Kaki tidak tidak be berge rgera rak k
Ikut lajak ke hadapan & ke ke bawah
Per erge gerrakan akan kaki kaki pad pada a fa fasa sa persediaan
Batang tubuh tegak
Peringkat Asas 4 – 5 tahun
Fleksi siku Bola di belakang kepala Ayunan lengan melepasi kepala Rotasi batang tubuh ke sisi membaling pada fasa permulaan Rotasi bahu ke sisi membaling
Fleksi batang tubuh bersama pergerakan pergerakan lengan ke hadapan Pemindahan berat badan yang ketara Melangkah ke hadapan pada sisi yang sama dengan tangan yang membaling
Peringkat Matang 6 – 7 tahun
Lengan diayun ke belakang Siku bertentang diangkat untuk keseimbangan Siku bergerak mendatar sambil ekstensi Rotasi lengan dan ibu jari menuding ke bawah Rotasi batang tubuh ke sisi membaling pada fasa permulaan (ketara)
Bahu membaling dijatuhkan Rotasi batang tubuh, kaki, spina dan bahu semasa membaling Berat badan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan Melangkah dengan kaki yang bertentangan
7 tahun - Dewasa Kemuncak peningkatan keupayaan Kombinasi pergerakan asas (yang matang) yang telah dihalusi Dipamerkan dalam bentuk kemahiran yang spesifik dan kompleks Peningkatan ketepatan hasil manipulasi daya
n & u Lokomotor s g a h a n s a Asas s a T A a b 7 Berjalan n m e – a m Berlari k e S i 2 k a t r r s u e e l a Kombinasi B a k g r g h g Skip e i n i P n a D r Memanjat e Y P
X Lokomotor
Postur
Putaran
Paksi
Membaling
Membengkok
Menendang
Memusing
Penyerapan Menangkap
Statik & Dinamik
Menyerkap
Mengelak
Kombinasi kemahiran pergerakan untuk menghasilkan kemahiran sukan
Dewasa Hingga Tua
Kehilangan fungsi kawalan & kualiti pergerakan Disebabkan oleh – perubahan fisiologi – ciri psikologi – persekitaran – keperluan lakuan Mampu diperlahankan dengan gaya hidup yang sesuai
Perkembangan Motor & Perubahan Fisiologi
Seiring
Sistem Saraf Pusat Peningkatan Fungsi Otak Peningkatan Kematangan Otak Mielinasi Percambahan sel-sel neuron Sistem Reseptor Mielinasi Percambahan sel-sel neuron
Kematangan Otak Selepas Kelahiran
0b 1b 3b 6b 15 b 2 thn Tisu Korteks Serebral Yang Meningkat Matang Gambar menunjukkan peningkatan kompleksiti jaringan neural dalam otak yang meningkat matang.
Kematangan Otak Selepas Kelahiran
Korteks serebral – bahagian otak yang paling lewat matang 6 bulan – 2 tahun: Perkembangan bahagian serebral korteks yang berkaitan dengan aktiviti kognitif yang kompleks seperti antisipasi dan penaakulan Peningkatan bilangan sambungan di antara neuron (Neuron tidak bertambah) “Arborization”
Kompleksiti dan saiz otak meningkat
Mielinasi Neuron diselaputi lapisan lemak – mielin Mielinasi meningkatkan kepantasan transmisi impuls Perubahan pergerakan bayi (refleks) lebih terkawal pada umur 3 bulan Pada umur 3 bulan pergerakan voluntari mula dipamerkan
Pembelajaran Motor
Kemahiran Motor Keupayaan mencapai objektif sesuatu lakuan dengan usaha yang minimum & lebih konsisten Peningkatan kemahiran melalui beberapa peringkat yang nyata model yang menggambarkan menggambarkan Antara model peningkatan kemahiran motor adalah model Fitts & Posner (1967)
Peringkat Pembelajaran Motor Autonomi – –
Penguasan menyeluruh Penghasilan automatik
Asosiatif Memilih kaedah atau strategi yang terbaik Telah menguasai men guasai kemahiran asas Berupaya untuk melakukan pembelajaran kendiri
Koginitif Memerlukan arahan lisan Maklumat mengenai kemahiran yang hendak dikuasai
Praktis Aktiviti yang dilakukan dengan kadar ulangan yang tinggi Perancangan praktis bergantung kepada: Kaedah Fizikal – pelaksanaan lakuan Mental – pelengkap kepada praktis fizikal Taburan Massa Agihan
Praktis Praktis Massa - Kekerapan rehat di antara ulangan/sesi praktis adalah rendah - Sesuai untuk kemahiran diskret seperti praktis menjaring dalam bola keranjang Praktis Agihan - Kekerapan rehat di antara ulangan/sesi praktis adalah tinggi -Sesuai untuk kemahiran berterusan di mana kesan kelesuan menurunkan prestasi -Contohnya, lumba jalan kaki
Maklum Balas Keberkesanan sesuatu sesi praktis bergantung kepada maklum balas yang diberi Maklumat yang memberi panduan tentang prestasi 2 kategori maklum balas - Intrinsik maklumat sensori dari luar & dalam badan - Ekstrinsik maklumat sensori dari sumber luaran
Maklum Balas INTRINSIK Boleh diperoleh sendiri Melalui reseptor sensori
EKSTRINSIK Diperoleh dengan bantuan individu Perkakasan relevan
Teknik Menyampaikan Maklum Balas
Jenis - Sesuai - Cara Keupayaan murid memahami / memproses maklum balas
RUJUKAN
Kulka, D. A. (1999). Motor behaviour: From learning to performance. UK: Brooks/Cole Publishers Co.
Wesson, K., Wiggins-James, N., Thompson, G., & Hartigan, S. (2005). Sport and PE: A complete guide to advanced level study (3rd ed.). UK: Hodder Arnold.
Rujukan
Gallahue, D. L., & Ozmun, J. C. (1995). Understanding motor development: Infants, children, adolescents & adults (3rd ed.). Dubuque, IA: Wm. C. Brown Communications. Magill, R. A. (1993). Motor learning: Concepts and applications (4th ed.). Dubuque, IA: Wm. C. Brown Communications. Marieb, E. N. (1995). Human anatomy and physiology (3rd ed.). Redwood City, California: Benjamin/Cummings Publishing Co. Schmidt, R. A., & Lee, T. D. (1999). Motor control and learning: A behavioral emphasis (3rd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.
Rujukan
Schmidt, R. A., & Wrisberg, C. A. (2000). Motor learning and performance (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Tortora, G. J., & Grabowski, S. R. (1996). Principles of anatomy and physiology (8th ed.). New York: Harper Collins. Mohd Khairi Zawi. (n. d.). Nota kuliah kawalan motor. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Buku sumber sains sukan Tingkatan 4 & Tingkatan 5. Kl: Kementerian Pelajaran Malaysia.