1.0 PENGENALAN Perkataan Tekimetri diambil dari perkataan Greek iaiu Takhus Metron bermaksud suatu “pengukuran cepat”. Ia merupakan satu cabang pengukuran dimana jarak mendatar dan jarak pugak diperolehi dengan kaedah cerapan melalui rerambut stadia yang terdapat di dalam teropong. Ukur tekimetri merupakan kaedah ukur yang bertujuan mendapatkan kedudukan dan beza tinggi sesuatu titik dengan cepat secara kiraan. Alat yang biasa digunakan bagi tujuan tersebut adalah teodolit. Walau bagaimanapun, kaedah stadia tetap kerap digunakan kerana peralatan teodolit yang akan digunakan telah sedia ada. Dengan menggunakan alat tekimetri, kita tidak perlu menggunakan rantai. Hasil yang diperolehi daripada cara kerja ini juga adalah lebih cepat. Ia sesuai digunakan bagi kawasan yang tidak rata seperti lembah, sungai dan kawasan yang banyak halangan. Di dalam tekimetri, kedudukan dan beza tinggi perli diperolehi :
Kedudukan - melalui bacaan bearing dan kiraan jarak ufuk.
beza tinggi - melalui bacaan sudut tegak, bacaan stadia (tengah, atas dan bawah) dan tinggi alat.
Penggunaan EDM membolehkan jarak ufuk dan jarak tegak diperolehi secara terus dan cepat.
Kegunaan Tekimetri di dalam bidang Kejuruteraan Awam ialah mengukur butiran-butiran di permukaan bumi samada secara semulajadi atau ciptajadi untuk diplot di atas kertas. Selain itu, ukur Tekimetri juga menghasilkan peta topografi yang mengandungi maklumat butiran dan garis kontur bagi tujuan perancangan sesuatu projek pembinaan seperti jalanraya, bangunan dan lain-lain.
2.0 OBJEKTIF Ukur Tekimetri adalah untuk menghasilkan plan yang menggambarkan bentuk semulajadi sesuatu kawasan bersama dengan maklumat ketinggian (kontor). 3.0 TEORI Ukur Tekimetri bergantung kepada konsep, jenis alat yang digunakan dan ketepatan yang diperlukan. Ukur Tekimetri juga boleh dibahagikan kepada dua konsep pengukuran jarak iaitu: I. Tekimetri Optik Tekimetri Stadia Kerja ukur ini berdasarkan konsep pengukuran jarak optic di mana jarak ufuk dan jarak tegak diperoleh dengan menggunakan alat ukur optic seperti teodolit atau alat aras. Selain itu, ukur ini menggunakan konsep bentuk segitiga dua
sisi sama yang mengandungi sudut paralaktik dan garis dasar. Tekimetri palang substen Ukur ini berasaskan penggunaan palang 2m atau 3m panjang yang diletakkan secara mendatar dan sudut di antara kedua penghujung palang dicerap oleh
teodolit. Tekimetri Baji Optik Sebuah teodolit yang direka khas digunakan bersama-sama dengan alat pengukur yang diletakkan di hadapan teropong, diarahkan ke satu setaf khas
dan satu set pengukuran boleh dibuat bagi kiraan jarak. Tekimetri EDM Tekimetri EDM-Teodolit Tekimetri Elektronik 4.0 PERALATAN Ukur aras a) Alat aras II.