O grande sucesso de Adoniran Barbosa.Descrição completa
Descrição completa
Descrição completa
Desire Book Final
Trem-Bala - Ana Vilela PartituraDescrição completa
Piano and vocalFull description
Desire (Paz Latorena)
Freed From Desire - Gala (Keyboard Sheet)Description complète
Descripción: An insight review about the Goddess of Desire, Kamakhya Devi.
Descripción: NOVELA ROMANCE. SINOPSIS: Lucy Barnaby está cansada de ser una chica buena... especialmente cuando su sensual compañero de piso Keenan se burla sobre su falta de vida sexual. Cuando él hace al...
Full description
Start to finish, sexual arousal is all about chemicals.Full description
Shocking, brilliant, and eccentric, the French author, translator, and artist Pierre Klossowski (1905–2001) exerted a profound effect on French intellectual culture throughout the twentieth century...
Architecture texts
Descripción: Piano and vocal
MD52
TREM BERNAMA DESIRE BAB 11 Beberapa minggu kemudian, Stella menangis swaktu mengemas barang- barang kepunyaan Blanche. Blanche sedang mandi . Sementara itu, Stanley dan rakan-rakannya bermain poker di dapur. Stanley berbangga dengan dirinya apabila seorang rakannya bercakap mengenai nasib. Dia mendabik dada di hadapan rakan-rakannya mengatakan bahawa dia percaya kepada tuah dan prinsip inilah yang menyebabkan dia Berjaya dalam hidupnya. Mitch mengutuk Stanley di hadapannya bahawa dia seorang yang suka bercakap besar. Eunice masuk ke apartment dan memanggi l lelaki –lelaki tersebut manusia yang tidak mempunyai perasaan terhadap orang lain. Stella bertanya tentang perihal anaknya kepada Eunice. Eunice memberitahu Stellah yang anaknya sedang nyenyak tidur. Stella memberitahu Blanche bahawa dia akan berehat di sebuah kawasan perdalaman untuk berehat . Blanche memikirkan bahawa dia akan mengembara bersama Shep Huntleigh. Stella menghadapi konflik dalam dirinya. Dia tidak tahu tentang perbuatannya menghantar kakaknya ke tempat lain adalah satu tindakan yang baik. Namun dia tidak percaya dengan kenyataan kakaknya mengenai Stanley yang telah merogol Blanche dan meneruskan hidup dengan Stanley. Eunice mententeramkan Stella bahawa hidup ini perlu diteruskan walau apa yang berlaku. Blanche terkejut mendengar suara Stanley setelah dia selesai mandi. Selepas itu, Blanche histeria dan tidak tahu apa yang berlaku. Blanche mahu pergi dengan segera. Dia mengimpikan suasana yang indah (ms.204) di laut. Doktor dan seorang jururawat tiba di rumah mereka namun Blanche menganggap Shep Huntleigh yang tiba untuk mengambilnya. Eunice kembali kedalam rumah dan mengatakan seseorang telah datang untuk mendapatkan Blanche dan mengatakan ia mungkin Shep. Blanche sedikit takut apabila mendengar Eunice mengatakan lelaki tersebut bertemankan seorang wanita. Blanche takut untuk melalui laluan di hadapan pemain-pemain poker. Stella menemani kakaknya untuk ke hadapan. Stellah terkejut apabila melihat orang tersebut bukan Shep Huntleigh tetapi seorang doctor. Justeru, dia lari semula kedalam rumahnya. Stanley menahan Blanche. Blanche melepasi Stanley dan mengatakan dia tertinggal sesuatu. Doktor tersebut menyuruh jururawat tersebut untuk mengambil Blanche. Blanche panic dan akhirnya doctor tersebut menghampiri Blanche dan memimpinnya secara lembut. Jururawat tersebut disuruh melepaskan tangan Blanche . Blanche mengatakan kepada doctor tersebut ‘Walau siapa pun kau sebenarnya, aku ... aku selalu bergantung kepada kebaikan orang yang tidak aku kenali’ Stella berada dalam kesedihan dan memanggil nama kakaknya. Blanche yang dipimpin oleh doctor tersebut tidak memandang Stella kembali apabila namanya disebut . Eunice menyerahkan bayi kepada Stella. Stanley memujuk Stella yang menangis dengan kuatnya di dapur . Steve bermain poker dengan keghairahannya.
MD52
ANALISIS Keengganan Blanche untuk berjalan di Menonjolkan ketakutannya terhadap Stanley hadapan permain poker yang telah merogolnya. Pada permulaan drama, Blanche cuba memikat rakan-rakan Stanley. Akhirnya dia menjauhi mereka dan berharap tidak akan berjumpa dengan mereka lagi. Blanche menghabiskan waktunya dengan Blanche sebenarnya membersihkan dirinya lama untuk membersihkan dirinya (mandi) atau menyucikan dirinya daripada kesantetapi dalam adegan sebelas kali ini ada kesan pencabulan Stanley. Selalunya Blanche sedikit perbezaan. mandi untuk menyucikan dirinya daripada dosa-dosanya yang lalu. Dia juga mandi untuk menyiapkan dirinya untuk bertemu dengan Shep Huntleigh yang hanya berada dalam angan-angannya. Blanche sebenarnya menyucikan dirinya daripada dosa-dosa lalu dan mahu mengelakkan bahaya yang sebenar. Blanche bukan mandi untuk mententeramkan dirinya Stanley telah memusnahkah kehidupan angan Blanche tidak lagi mengharap kehidupan –angan Blanche realiti sesuai dengan apa yang dianganangankan. Perkahwinan yang sebenar adalah sebuah Keluarga Kowalskis berasa terganggu dengan ilusi Blanche. Segala penipuan yang telah berlaku dan impian Blanche telah mengganggu kehidupan keluarga ini. Hubungan kasih sayang antara adik beradik Stella tidak percaya dengan kenyataan terputus kakaknya mengenai Stanley. Dia mahu hidup bersama Stanley. Blanche tidak memandang adiknya sewaktu dia meninggalkan apartment untuk ke rumah sakit jiwa. Membuatkan Stella berasa bersalah. Blanche yang menjadi gila telah mengkaburi perkara sebenar yang telah berlaku tentang Stanley dan dirinya Tangisan stella Menonjolkan konflik stella yang sangat rumit. Permainan poker seterusnya Sebagai sebuah symbol dimana kehidupan yang penuh dengan penipuan dan ilusi telah berakhir dalam keluarga Kowalski.
MD52
Unsur Kemasyarakatan Masyarakat yang menindas atau merendahkan martabat kaum wanita Perbuatan Stanley terhadap Blanche yang telah mencabul hak kewanitaan Blanche. Masyarakat wanita yang tidak berkahwin yang ditindas oleh masyarakat. Blanche telah dirogol oleh Stanley dan kenyataannya yang benar tidak dipercayai oleh adiknya sendiri . Eunice juga tidak membantu Blanche dalam soal ini. Masyarakat wanita yang memerlukan suami untuk kelangsungan hidup dan untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Eunice menasihatkan Stella untuk meneruskan kehidupannya bersama suaminya kerana suami adalah satu-satunya orang yang akan membantu wanita untuk meneruskan kehidupan. Penting bagi wanita menjaga hubungan dengan suaminya supaya tidak berlaku keretakan rumah tangga. Masyarakat yang berhadapan dengan konflik kekeluargaan Stella dan Eunice sedar bahawa suami mereka kasar terhadap diri mereka namun mereka harus menjaga hubungan bersama suami mereka. Stella tidak sanggup membenarkan kakaknya pergi dari hidupnya namun dia mempunyai suami yang dapat menjaganya dan member nafkah kepadanya. Stella juga berhadapan dengan kenyataan kakaknya tentang perbuatan terkutuk suaminya. Masyarakat yang bermain poker Masyarakat bermain poker untuk menggembirakan hati Pengajaran Kita hendaklah menghormati wanita kerana mereka golongan yang lemah. Kita hendaklah menjaga keharmonian rumah tangga dengan mengamalkan sifat jujur antara satu sama lain Kita hendaklah bersabar dan tabah dalam menghadapi kepayahan hidup. Kita hendaklah tabah dalam menghadap kekecewaan dalam hidup dan melihat kehadapan sebagai suatu kehidupan yang baru dan bersemangat.