TEORI PERSPEKTIF KELUARGA
y
SANGKUTAN
1.
Definisi Sangkutan
Terdapat beberapa definisi sangkutan atau perapatan berdasarkan beberapa orang ahli teori ethologi. Kajian ethologi adalah kajian yang berhubung dengan tingkah laku manusia dan haiwan dalam keadaan semulajadi. Berikut adalah pandangan dan definisi sangkutan menurut tokoh-tokoh ahli ethologi. (a) Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka. (b) John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanakkanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar. Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain. (c) Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang lemah. Kesannya adalah seperti berikut: (i) Mempunyai harga diri yang tinggi (ii) Merasa lebih diterima oleh keluarga (iii) Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya (iv) Merasa lebih diterima oleh masyarakat
Contohnya seorang anak yang terlalu rapat dengan ibunya akan mengalami kesukaran berpisah dengan ibu terutama apabila ingin dihantar ke TADIKA.
2.
KARENAH DAN SANGKUTAN
Sangkutan melibatkan hubungan anak dengan ibu bapa, ahli keluarga ,adik beradik dan datuk nenek. Kanak-kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa yang kuat mengalami kesukaran untuk berjauhan buat beberapa ketika. Mereka yang kuat sangkutan akan mengalami gangguan emosi tingkah laku berkerenah. Contohnya anak yang dipelihara oleh datuk dan nenek sejak kecil kemudian diambil oleh ibu bapanya akan mengalami tekanan emosi. Untuk mengatasi masalah ini, pertemuan yang kerap akan mengurangkan kesunyian yang dialami oleh kedua pihak. Peristiwa yang lain seperti masalah rumah tangga, perpisahan di kalangan ibu bapa, kematian, tinggal berjauhan adalah gangguan yang sering terjadi dan menimbulkan masalah dalam sangkutan. Sangkutan yang melampau menyebabkan kanak-kanak suka merajuk, memencilkan diri atau mengheret ibunya menemaninya ke sekolah. Ini meyebabkan sesetengah ibu bapa terpaksa berhenti kerja demi menemankan anakanak di sekolah. 3.
CIRI-CIRI PEMBENTUKAN SANGKUTAN
Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan mengikut keperluan masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina tingkah laku yang diingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian, tetapi perhatian berlebihan akan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak tidak dapat berdikari dan menyusahkan orang lain. Antara pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut: (a) Kanak-kanak perlu diberitahu tentang peranannya sebagai anak dan apakah yang patut dilakukan. Contohnya tentang menguruskan diri dan menjaga kebersihan. Kanak-
kanak perlu makan sendiri kalau sudah boleh berbuat demikian. Kanak-kanak hendaklah menepati waktu pergi sekolah dan balik ke rumah apabila selesai hari persekolahan. (b) Latihan modifikasi tingkah laku boleh menolong kanak-kanak mengurangkan sangkutan yang keterlaluan agar kanak-kanak dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan sebaya di TADIKA atau di persekitaran y
Ciri-ciri pembentukan sangkutan
(i) Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih responsif kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat memujuk bayi apabila bayi menangis, memberi makan kepada bayi bila menjangkakan bayi itu lapar. (ii) Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi. (iii) Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kira reaksi dan kerenah bayi. (iv) Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi. Bolwlby berpendapat bahawa semua bayi telah bersedia secara biologi untuk membentuk sangkutan yang selamat dengan ibu yang sensitif dan responsif kepada keperluan mereka.
y
Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan
Teori Etologi sangkutan oleh Bowlby menggariskan prinsip-prinsip sangkutan seperti berikut: (i) Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkan secara semula jadi. (ii) Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi untuk makan atau menyusu semata-mata. (iii) Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka secara kerap. (iv) Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal dalam pemebentukan sangkutan. (v) Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu ibu, kerana ibu lebih berpengaruh. (vi) Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala antara ibu dengan anak. (vii) Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja dalaman mengikut ibu mereka. (viii) Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuk sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka. (ix) Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup bayi.
John Bowlby - Attachment Theory
What is A ttachment?
Attachment is a special emotional relationship that involves an exchange of comfort, care, and pleasure. The roots of research on attachment began with Freud's theories about love, but another researcher is usually credited as the father of attachment theory.
John Bowlby devoted extensive research to the concept of attachment, describing it as a "lasting psychological connectedness between human beings" (Bowlby, 1969, p. 194). Bowlby shared the psychoanalytic view that early experiences in childhood have an important influence on development and behavior later in life. Our early attachment styles are established in childhood through the infant/caregiver relationship.
In addition to this, Bowlby believed that attachment had an evolutionary component; it aids in survival. "The propensity to make strong emotional bonds to particular individuals [is] a basic component of human nature" (Bowlby, 1988, 3). Characteristics of Attachment Bowlby believed that there are four distinguishing characteristics of attachment: 1. Proximity Maintenance - The desire to be near the people we are attached to. 2. Safe Haven - Returning to the attachment figure for comfort and safety in the face of a fear or threat. 3. Secure Base - The attachment figure acts as a base of security from which the child can explore the surrounding environment. 4. Separation Distress - Anxiety that occurs in the absence of the attachment figure.
ATTACHMENT
1. DEFINISI ATTACHMENT
y
Keterikatan (attachment) merupakan suatu ikatan emosional yang kuat antara bayi dan pengasuhnya atau orang-orang yang istimewa dalam kehidupan mereka.
y
Perilaku attachment pada bayi meliputi kedekatan dengan ibu seperti mengikuti ibu,
y
menangis serta memanggil ibu jika ibu tiada di pandangan matanya.
y
- Menurut Ainsworth (dlm Belsky, 1988) hubungan kelekatan berkembang melalui pengalaman bayi dengan pengasuh di tahun-tahun awal kehidupannya.
y
- Attachment juga dikatakan sebagai suatu hubungan emosional atau hubungan yang bersifat afektif antara satu individu dengan individu yang lain.
y
- Hubungan juga akan bertahan lama dan memberikan rasa aman walaupun figur lekat tidak nampak dalam pandangan anak.
y
Ainsworth meyakini bahawa kelekatan dapat diklasifikasikan menjadi secure (selamat), avoidant (menghindari), dan resistent (menolak).
y
Emosi merupakan bahasa pertama yang memungkinkan orang tua dan bayi berkomunikasi sebelum mereka menguasai bahasa.
y
Bermacam emosi muncul usia yang berbeza-beza.spt senyum (4-7minggu), terkejut (3-4 bln), malu (6-8bln)
y
Keterikatan yg terjadi secara langsung antara ibu bapa dan bayi lebih dikenali sebagai ³Bounding Attachment´
y
Bounding adalah suatu langkah untuk mengungkapkan perasaan kasih sayang oleh ibu kepada bayinya setelah lahir.
y
Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan satu prosedur iaitu The Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan bayi (infant attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan
kerisauan yang dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan dengan penjaga atau ibu.
2. JENIS-JENIS KETERIKATAN
i) Type A - CEMAS-MENGHINDAR /ANXIOUS-AVOIDANT y
Ditemukan pada 20% sampel penelitian.
y
Anak menolak kehadiran ibu, menampakkan permusuhan,
y
Kurang memiliki resiliensi ego dan kurang mampu mengekspresikan emosi negatif
y
Anak juga tampak mengacuhkan dan kurang tertarik dengan kehadiran ibu
ii ) Type B - KETERIKATAN AMAN y
Ditemukan pada 70% subjek penelitian.
y
Ibu digunakan sebagai dasar eksplorasi.
y
Anak berada dekat ibu untuk beberapa saat kemudian melakukan eksplorasi,
y
Anak kembali pada ibu ketika ada orang asing, tapi memberikan senyuman apabila ada ibu didekatnya
y
Anak merasa terganggu ketika ibu pergi dan menunjukkan kebahagiaan ketika ibu kembali.
iii) Type C - CEMAS-MENOLAK /ANXIOUS-RESISTANT). y
ditemukan pada10% subjek penelitian.
y
Menunjukkan keengganan untuk mengeksplorasi lingkungan.
y
Beberapa tampak selalu menempel pada ibu dan bersembunyi dari orang asing.
y
Anak tampak sedih ketika ditinggal ibu dan sulit untuk tenang kembali meskipun ibu telah kembali.
y
Mampu mengekspresikan emosi negatif namun dengan reaksi yang berlebihan.
3.
KESAN ATTACHMENT PADA PERKEMBANGAN EMOSI KANAKKANAK
Kebergantungan terhadap orang yang rapat dengannya amat tinggi. Kanak-kanak kurang keyakinan diri. Kurang berdikari dan mengharapkan pertolongan orang lain. Sukar untuk memulakan hubungan sosial dan persahabatan. Sikap tidak mudah percaya kepada orang lain yang tidak dikenali. Tidak mudah terpengaruh dengan perkara baru sama ada negatif atau positif. Lebih memahami perasaan orang yang dekat dalam hidupnya.
KESIMPULAN.
Perkembangan sosio-emosi pada kanak-kanak adalah penting untuk diteliti kerana segala perbuatan yang dilakukan semasa kanak-kanak akan membentuk perilaku tertentu dengan efek psikologi tertentu. Jadi,pengasuhan yang baik oleh orang yang paling rapat dengan kanak-kanak akan melahirkan emosi yang baik dan mengembangkan rasa percaya kanak-kanak yang akan membentuk peribadi akan datang.
REFLEKSI AHMAD ASYRAF BIN AB.WAHAB Bagi tugasan Kerja kursus untuk matapelajaran Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah semester ini yang dilaksanakan secara berpasangan, saya ,Ahmad Asyraf Bin Ab Wahab terlah digandingkan dengan Nur Aziah Bt. Azmi, kami dikehendaki menjelaskan teori mengenai perspektif keluarga dan merancang satu program yang melibatkan komuniti/keluarga serta menyediakan satu kertas kerja lengkap dan menamakan program tersebut. Untuk permulaan, kami melaksanakan kajian dan penelitian bagi mengenalpasti kehendak soalan serta membuat pembahagian tugasan. Kami turut membincangkan beberapa jenis program yang sesuai bagi melaksanakan tugasan pada kali ini. Begitu juga dengan perancangan aktiviti, kami membuat persediaan dan mencari sumber serta idea secara bersama melalui perbincangan dan pendapat rakan-rakan. Kami banyak menghabiskan masa melayari internet serta membuat rujukan dan pembacaan di perpustakaan institut serta Perpustakaan Negeri bagi memperoleh maklumat yang pelbagai. Selain itu, kami turut membuat rujukan pada nota ± nota yang diberi oleh pensyarah pembimbing. Hal ini bagi memastikan maklumat yang diperolehi lebih tepat dan sahih. Analisis maklumat dilakukan setelah kami berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi. Kami memilih serta menyusun maklumat yang diperolehi mengikut kepentingan serta turutan yang betul. Melalui tugasan kerja kursus ini, kami dapat menambah ilmu pengetahuan tentang teoriteori perspektif keluarga seperti sangkutan dan attachment. Ia juga membantu kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa berilmu pengetahuan . banyak juga teori ± teori yang bolah kami aplikasikan dalam PnP harian. Segala ilmu yang kami terima ,akan kami aplikasikan dan gunakannya apabila menjadi seorang guru kelak.