PENGENALAN Kedatangan teknologi Cakera Video Berdigit (Digital Video Disk - DVD) telah membawa banyak penggunaan elektronik kepada pengemar wayang video dan mutu audio di zaman moden ini. Pada masa sekarang, ramai orang belum lagi terdedah kepada DVD kerana ia adalah satu alat yang baru dan harganya masih mahal ji ka dibanding dengan CD-ROM. FUNGSI DVD DVD dapat melaksanakan dan menyimpan data daripada setiap arahan yang diperolehi dari pelbagai sistem multimedia. DVD berupaya menjalankan dan menyimpan men yimpan berbagai jenis data seperti audio, fail teks, video hingga ke gambar foto yang diambil melalui kamera digital dan televisyen. DVD mempunyai data pada lapis tunggal dengan kapasiti penyimpanan data yang sangat besar bermula daripada 4.7GB sehingga 17GB. DVD berupaya menyimpan 135 minit data di dalam format video yang dimampatkan dalam format MPEG-2. Cakera dengan dua lapisan yang berkapasiti 8 hingga 16GB ini biasa digunakan untuk merakam filem yang lebih lama atau program perasmian dan program-program khusus yang lain. DVD juga mempunyai jarak di antara trek lebih kurang setengah kali lebih pendek dari trek yang terdapat pada CDROM untuk mengolah data dengan lebih cepat. Selain daripada itu DVD mempunyai bahagian yang khas untuk penempatan laser dengan panjang gelombang dan disk drive yang mempunyai tafsiran dan ukuran yang tepat. Pemain DVD yang disambungkan ke TV dapat digunakan untuk menayangkan filem dan drive DVD-ROM yang telah dipasang pada PC dan merupakan pengganti kepada CD-ROM.
GAMBARAJAH BLOK PEMAIN DVD
FUNGSI SETIAP BLOK
Motor
Memutar cakera pada kelajuan tertentu berdasarkan kepada pickup lens. Kelajuan pusingan cakera adalah paling laju bila ‘pickup lens’ berada pada trak paling luar.
Pada DVD Player terdapat 3 buah motor: a. Motor pemutar Compact Disk b. Motor Penggerak laju mundur optikal pickup c. Motor penggerak mekanik
Pickup Unit
Membaca data audio dan video yang dimampatkan daripada cakera. Pickup unit ini akan bergerak dari trak paling dalam ke track paling luar semasa ia membaca data-data ini.
Front-End-Processor
Berfungsi untuk memproses isyarat yang di ambil dari pickup unit iaitu dengan menguatkan dan menyahmodulatkan isyarat tersebut.
Optical Disk Controller
Menentukan dan mengawal kedudukan pickup unit supaya alur pancaran laser tepat mengenai setiap trak, iaitu dari trak paling dalam ke trak yang paling luar cakera.
MPEG-2 Decoder
Menyahkod isyarat yang di mampatkan dalam format MPEG-2 (Motion Picture Expert Group) kepada isyarat video dan audio.
Spindle Motor driver
Mengawal kelajuan motor spindle yang memutar cakera pada kelajuan yang sesuai dengan kedudukan pickup unit.
Servo DSP
Melakukan penyegerakan motor yang mengawal kedudukan pickup unit dengan motor spindle.
Control panel
Sebagai pengantara antara pemain DVD dengan pengguna seperti arahan ‘play’, ‘feed forward’, ‘search’ dan lain-lain fungsi lagi. Ia juga sebagai pemberi maklumat kepada pengguna seperti kedudukan trak, masa tayangan dan sebagainya.
System CLK
Menjana klok untuk digunakan oleh optical disk controller, MPEG2-decoder dan system controller
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN i.
Prosedur keselamatan
ii.
Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
iii.
Cara berpakaian -
Memakai pakaian bengkel
-
Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
-
Tidak memakai barang kemas
-
Tidak memakai tali leher
Sikap -
Sentiasa mematuhi arahan
-
Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
-
Melaporkan sebarang kerosakan
-
Menggunakan alat yang betul
-
Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
Fizikal -
Sihat
-
Tidak rabun warna
-
Jelas penglihatan
Keselamatan alat
a
Sebelum melakukan aktiviti, pastikan : i.
Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.
ii.
Peralatan ujian dalam keadaan baik.
iii. b
Peralatan tangan dalam keadaan baik.
Semasa melakukan aktiviti, pastikan : i.
Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.
ii.
Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan dari tersentuh.
iii.
Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.
iv.
Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat pengukuran voltan dc.
v.
Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran rintangan.
c
Selepas melakukan aktiviti, pastikan : i.
Alat ujian berfungsi dengan sempurna.
ii.
Matikan bekalan kuasa.
iii.
Peralatan disusun dengan kemas.
iv.
Keadaan tempat kerja kemas.
v.
Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada semasa kerja mengesan kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan sesuatu kerosakan itu.
CONTOH LITAR SKEMATIK BLOK DIAGRAM DVD PLAYER SANYO 62 DK 1910 S