Soalan dan jawapan bagi soalan tutorial yang ada 14 soalan. Soalan 11, 12 belum siap. 1.
Bilakah bayi-bayi mulai mendengar bunyi-bunyi ? Bayi menyerap bunyi bahasa yang didengar ketika mereka dalam kandungan ibu. Pendengaran bayi mula menjadi semakin matang selepas dilahirkan melalui pengulangan kata dan ayat aktif. Apabila bayi berusia 5 bulan, bayi mula menyedari kedatangan arah bunyi. Kanak-kanak pada usia 2 tahun dapat memahami maksud sesuatu perkataan.
2.
Secara ringkas, huraikan tiga ciri-ciri umum pertuturan umum ibu kepada bayi bayi praverbal. Adakah ciri-ciri universal? i) Ibu menggunakan kosa kata yang mudah dan tidak kompleks atau perbendaharaan kata yang mudah apabila bertutur dengan bayi mereka supaya bayi memahami kata yang disampaikan. ii) Ibu juga mengulangi kata-kata yang kerap digunakan semasa bertutur dengan bayi supaya bayi mengetahui mesej yang ingin disampaikan oleh ibunya. iii) Kesederhanaan dalam kognitif.
3.
Apakah prinsip jarak minimum ? Apa-apa sahaja yang berada di hadapan kata kerja merupakan perlakunya.
4.
Secara ringkas, huraikan suatu keupayaan berkaitan bahasa yang hilang sewaktu mereka mulai mempelajari bahasa ibunda mereka. Apabila berusia satu tahun, tangisan, dekutan, bebelan, penghasilan bunyi buih semakin hilang. Oleh sebab bayi tidak mendengar bunyi-bunyi bahasa selain daripada bahasa ibunya sendiri, bayi hanya akan membunyikan bahasa ibunya saja.
5.
Apakah MLU dan bagaimanakah ianya dihitungkan ? Mean length of Utterance (MLU) adalah alat ramalan kompleks bahasa pada anak yang berbahasa Inggeris. MLU merupakan prediktor yang baik untuk perkembangan bahasa. Dari usia 18 bulan hingga 5 tahun, MLU meningkat kirakira 1 hingga 2 morfem per tahun. Beberapa sumber yang membahas tentang morfem yang kaitannya dengan morfologi dan semuanya merupakan bahasa Inggeris yang sangat berbeza dengan bahasa Melayu. Mean length of Utterance (Min panjang pendek ujaran) = Jumlah perkataan yang dituturkan Jumlah ujaran
6.
Apakah LAD dan apakah fungsinya menurut teori linguistik? Mengikut Chomsky (1965), bukan kanak-kanak sahaja yang memperoleh rangsangan lalu memberikan tindak balas, bahkan sejak lahir, manusia dilengkapi alat pemerolehan bahasa. Chomsky menamakan alat ini sebagai LAD atau Language Acquisition Device. Chomsky mengatakan bahawa LAD inilah yang membezakan manusia daripada haiwan, dan merupakan suatu ciri khas dalam minda manusia yang tidak terdapat pada makhluk lain. LAD mampu memperincikan struktur bahasa. Oleh itu, banyak ciri tatabahasa bahasa pertama tidak perlu dipelajari secara sedar. Diandaikan bahawa struktur dan pola bahasa yang dibawa sejak kecil itu sama bagi setiap manusia, maka struktur dan pola bahasa ini disebut sebagai tatabahasa sejagat. Fungsinya menurut teori linguistik ialah peranti pemulihan bahasa bagi kanak-kanak yang menjadi pemerhati bahasa, iaitu membantu kanak-kanak menguasai dan melakukan pemulihan dalam bahasa ibunda.
7.
Secara ringkas, huraikan sekurang-kurang suatu aspek bahasa yang kelihatannya diajarkan secara eksplisit kepada kanak-kanak. Berikan suatu contoh khusus. Cara berbahasa sopan mengikut situasi tertentu. Contohnya, minta maaf apabila melakukan kesalahan, hormat-menghormati, dan berterima kasih kepada orang yang telah membantu kita.
8.
Menurut pandangan ahli interaksionis sosial apakah peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak? Interaksionis sosial berpendapat bahawa perkembangan bahasa mestilah lahir daripada persekitaran sosial yang disediakan oleh ibu bapa. Interaksi sosial yang menghasilkan operasi dua hala antara ibu bapa dengan kanak-kanak memberikan pengalaman bahasa dan merupakan alat sosial yang penting bagi kanak-kanak tersebut. Pandangan ahli Internasionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Ibu bapa perlu membetulkan perkataan kanak-kanak yang hampir dengan sebutan yang betul. Ibu bapa juga perlu elakkan perbandingan kanak-kanak. Selain itu, berinteraksi dan maklum balas juga dapat membantu kanak-kanak membetulkan, mencantum perkataan, dan meluaskan penggunaan bahasa mereka. Di samping itu, ibu bapa melakukan aktiviti perbualan untuk membentuk perbendaharaan kata dan memberi pengalaman kepada kanak -kanak.
9.
Sesetengah penyelidik telah mendakwa bahawa kedwibahasaan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran metalinguistik kanak-kanak. Apakah suatu contoh kemahiran sedemikian? Kedwibahasaan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran metalinguistik kanak-kanak. Dalam pembelajaran ilmu metalinguistik itu, kesedaran metalinguistik adalah kemahiran yang terpenting sekali. Hal ini demikian kerana dengan kesedaran ini, pelajar atau individu akan mempunyai penguasaan bahasa yang meluas malah kepekaan mereka terhadap penggunaan bahasa sama ada secara lisan atau secara bertulis menjadi lebih baik lagi. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang itu mahir dalam bidang semantik iaitu mentafsir atau memahami sesuatu makna dalam ayat, maka akan lebih mudah untuk dia memahami struktur ayat dengan mengenal pasti apa yang hendak disampaikan melalui ayat tersebut sama ada secara lisan atau bukan lisan. Dalam kemahiran mendengar pula, kesedaran metalinguistik menjadi perkara asas yang penting yang perlu diperkembangkan dalam setiap pelajar. Walaupun kemahiran mendengar itu sudah ada secara semula jadi dalam setiap individu, namun kemahiran mendengar itu perlu untuk ditingkatkan. Tidak semua individu mempunyai kemahiran yang baik. Oleh itu kebolehan metalinguistik ini akan banyak membantu individu mendengar dengan baik iaitu membentuk minat untuk mendengar, mentafsir dengan jelas sesuatu perkara yang didengar, memberi tumpuan kepada perkara yang didengar dan sebagainya.
10.
Apakah, menurut penyelidik-penyelidik kedwibahasaan dalam tradisi linguistik, suatu tatabahasa antara bahasa ( interlanguage grammar), dan apakah alasan bagi kewujudannya ? Suatu tatabahasa antara bahasa adalah bahasa idiolek yang telah dibangunkan oleh seseorang yang mempelajari bahasa kedua (atau L2) dan memelihara beberapa ciri bahasa pertama mereka (atau L1). Ahli bahasa Amerika Larry Selinker berpendapat bahawa bahasa-bahasa "yang salah" ini juga mempunyai sistem ucapan, tatabahasa dan perbendaharaan kata mereka sendiri.
11.
Penyelidik – penyelidik dalam tradisi linguistik tidak berminat dalam motivasi pelajar bahasa kedua memperoleh bahasa kedua, atau dalam kebolehan, perbendaharaan kata, atau keberkesanan komunikasi mereka. Dengan demikian, apakah fokus utama penyelidikan bagi penyelidik-penyelidik ini ?
12.
Apakah yang ahli-ahli linguistik maksudkan apabila mereka memperkatakan mengenai suatu parameter bahasa dilaraskan ? Berikan suatu contoh.
13.
Definisikan konsep-konsep ahli-ahli linguistik LAD dan LASS. Mengikut Chomsky (1965), bukan kanak-kanak sahaja yang memperoleh rangsangan lalu memberikan tindak balas, bahkan sejak lahir, manusia dilengkapi alat pemerolehan bahasa. Chomsky menamakan alat ini sebagai LAD atau Language Acquisition Device. Chomsky mengatakan bahawa LAD inilah yang membezakan manusia daripada haiwan, dan merupakan suatu ciri khas dalam minda manusia yang tidak terdapat pada makhluk lain. LAD mampu memperincikan struktur bahasa. Oleh itu, banyak ciri tatabahasa bahasa pertama tidak perlu dipelajari secara sedar. Diandaikan bahawa struktur dan pola bahasa yang dibawa sejak kecil itu sama bagi setiap manusia, maka struktur dan pola bahasa ini disebut sebagai tatabahasa sejagat. Bruner (1985) menawarkan istilah LASS (language acquisition socialization system) sebagai alternatif kepada LAD Chomsky. Menurut pandangan interaksi ini, kanak-kanak memperoleh bahasa melalui pengantaraan dan bantuan orang lain, bukan semata-mata melalui aktiviti mental mereka sendiri dalam usaha pemprosesan bahasa orang dewasa. Oleh itu, interaksi sesama kanakkanak amat memerlukan bukannya pendedahan. Kanak-kanak tidak dapat memperoleh bahasa semata-mata dengan memerhatikan perbualan orang dewasa dan dengan menonton televisyen atau mendengar radio.
14.
Definisikan istilah pemfosikan “fossilization” sebagaimana ia merujuk kepada pembelajaran bahasa kedua. Fenomena fosilisasi yang dikatakan oleh Selinker merupakan bukti tentang hakikat sebenarnya kewujudan bahasa antara. Menurut Firth (1975), butiran fosilisasi ini didefinisikan sebagai fitur morfologi, sintaksis, fonologi, dan leksikal yang hadir dalam pertuturan pelajar bahasa kedua yang berbeza dengan peraturan bahasa kedua walaupun telah bertahun-tahun pelajar didedahkan kepada peraturan tersebut. Pada awal tahun 1970 an, kajian mengenai bahasa antara berkembang dengan pantas dan kajiannya lebih tertumpu kepada analisis kesilapan (error analysis). Objektif utama kajian-kajian ini ialah untuk melihat sejauh-manakah
proses psikolinguistik mengakibatkan berlakunya kesilapan tersebut dan meninjau perkaitan di antara proses pembelajaran bahasa tersebut di dalam konteks sosial di mana bahasa tersebut dipelajari. Skop pengkajian bahasa antara semakin meluas di akhir tahun 1970 an . Fokus kajian berpindah kepada bahasa interaksi guru dan pelajar bahasa kedua di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas (Sinclair dan Brazil, 1982).