JENIS-JENIS SILING Pada amnya, dua sistem pembinaan siling yang sering diamalkan ialah: 1. siling tetap 2. siling gantung
Siling tetap . Dibina secara mendatar atau mengikut curam bumbung. . Gelegar dan penjarak siling disokong oleh tembok atau tiang. . Pembinaannya adalah kukuh dan papan siling dipaku pada gelegar daripada bawah. . Sambungan-sambungan di antara papan siling ini ditutup dan dikemaskan dengan menggunakan papan jalur siling ataupun kepingan aluminium.
Siling gantung . Siling gantung adalah siling yang dibuat dengan sistem penggantungan menggunakan dawai dan sebagainya. . Siling ini tidak menerima sokongan daripada dinding. Ia juga dikenali sebagai siling palsu.
Fungsi siling gantung adalah: I. Mewujudkan ruang antara siling dan lantai (bagi bangunan yang bertingkat-tingkat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Ruang ini boleh digunakan untuk menyalurkan paip air, pendawaian, sistem pencegah kebakaran, pemasangan hawa dingin dan sebagainya. Setiap siling gantung perlu diadakan sekurang-kurangnya satu panel yang boleh dibuka bertujuan memberi kemudahan untuk kerja penyelenggaraan. Sekiranya terdapat banyak panel yang dibuka, rekabentuknya menjadi tidak ekonomi. II. Oleh kerana siling ini digantung daripada struktur utama, maka berat binaan hendaklah dihadkan kepada berat minimum. Tetapi pembinaannya mestilah kuat dan berdaya menaggung beban daripada alat-alat dan kemudahan-kemudahan yang dipasang pada siling itu. III. Siling gantung boleh dijadikan permukaan penyerapan bunyi jika permukaannya kasar. Siling ini tidak mempunyai penebatan bunyi yang tinggi. IV. Dalam pembinaan siling, bahan yang digunakan hendaklah berdaya memberi rintangan api supaya apabila bangunan terbakar, ia tidak membantu. merebak kebakaran. V. Memberi kemudahan bagi pemasangan lampu-lampu peresap, hawa dingin, sistem pencegah kebakaran pemercik dan lain-lain lagi. VI. Dapat menentukan tinggi ruang bangunan dengan merendahkan atau meninggikan siling gantung ini
CONTOH SILING TETAP
CONTOH SILING CURAM
CONTOH SILING MENDATAR
CONTOH SILING GANTUNG
a) Kerangka Kerangka dari besi hollow 4 x 4 cm x 4 cm, ketebalan plat besi hollow minimun 0.3 mm dan juga pengunaaan kayu bersaiz 50 mm 50mm atau 50mm x 100mm.