SENI TARIAN TRADISIONAL DI SABAH
PENGENALAN *
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 29,388 batu persegi dan ianya terletak di Kepulauan Borneo.
*Penduduk Sabah terdiri daripada 32 suku kaum, 55 buah bahasa, dan 100 buah dialek pertuturan. Bagaimana pula dengan seni tarian tradisinya? *Setiap suku kaum di Sabah mempunyai budaya, tradisi dan pakaian kaum yang tersendiri. Mereka juga mempunyai mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan kebudayaan masing-masing melalui pelbagai cara dan salah satunya ialah melalui seni tarian tradisi mereka.
PENGENALAN *
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 29,388 batu persegi dan ianya terletak di Kepulauan Borneo.
*Penduduk Sabah terdiri daripada 32 suku kaum, 55 buah bahasa, dan 100 buah dialek pertuturan. Bagaimana pula dengan seni tarian tradisinya? *Setiap suku kaum di Sabah mempunyai budaya, tradisi dan pakaian kaum yang tersendiri. Mereka juga mempunyai mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan kebudayaan masing-masing melalui pelbagai cara dan salah satunya ialah melalui seni tarian tradisi mereka.
SAMB..... *
Kebanyakan Kebanyakan tarian tradisi di Sabah ini mempunyai banyak persamaan dari segi pergerakan ataupun muzik.
*Sesetengah tarian tradisi ini juga bertujuan untuk menunjukkan gaya hidup dan keagamaan. Ada juga tarian tradisi ini yang bertujuan untuk upacara r i t u a l , memohon perlindungan kuasa ghaib dari penyakit dan bala serta untuk memohon hasil tuaian yang baik. *Sebanyak *Sebanyak 130 jenis tarian tradisi telah direkodkan di negeri Sabah.
UPACARA RITUAL
JENIS-JENIS TARIAN TRADISI SABAH
TARIAN SUMAZAU -Merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. -Dikenali dengan nama S u m a y a u di Kuala Penyu dan M e n g i g o l di Ranau. -Terdapat banyak variasi iaitu P i n a k a n g di Kota Belud/Tandek, Mangalai di Beluran, M a n g a r a n g di Tambunan, Titikas di Kinabatangan, S u m a n g g a k di Pitas/Tenom, M o g u n t i p di Keningau, M o n g i g o l - S u m u n d a i di Kudat, B a k a n j a r di Kuala Penyu dan di A n g k u k u i di Nabawan.
SAMB….. -Tujuan asal tarian ini adalah untuk menyambut kedatangan “B a m b a a z o n ” (semangat padi) yang biasanya dilakukan selepas menuai padi. -Biasanya dilakukan selepas upacara Magavau iaitu tarian spiritual oleh B o b o h i z a n (bomoh). -Tujuan lain Sumazau ialah mengucap kesyukuran, menolak bala, mengubati penyakit dan menyemah semangat ghaib. -Kini, tarian Sumazau sering dipersembahkan di majlis-majlis keramaian dan untuk menyambut tetamu atau orang kehormat.
BOBOHIZAN
ALATAN TARIAN:-Gong sebanyak 8 jenis. Setiap satunya adalah berlainan ukuran dan mengeluarkan bunyi yang tidak sama. -Sebuah gendang dengan rentak yang khusus.
CARA MEMPERSEMBAHKAN:-Gerak dan irama tarinya adalah perlahan-lahan serta lemah lembut. -Pasangan penari lelaki dan perempuan akan menghadap hadapan sambil menggerakkan kaki dengan langkah kecil sementara tumit kaki mereka pula diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. -Ketika menari, tangan penari akan dikepakkan
PENARI & ALATAN
TARIAN SUMAZAU
TARIAN ADAI-ADAI -Merupakan tarian tradisi suku kaum Brunei. -Biasanya popular di Papar, Membakut, Weston dan Sipitang. -Tujuan asal tarian ini adalah sebagai nyanyian beramai-ramai pada sebuah pantun yang menceritakan sekumpulan nelayan yang pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita pula menunggu kepulangan mereka di pantai untuk
ALATAN TARIAN:-Rebana, gambus serta beberapa biji kompang. -Biasanya alat muzik tidak digunakan.
CARA MEMPERSEMBAHKAN:-Memerlukan sekurang-kurangnya 4 pasangan penari lelaki dan wanita. -Mereka ini akan menghentak pendayung di bahagian pinara sampan atau perahu serta pukulan buyung ataupun keduit. -Sambil berbuat demikian, mereka akan menyanyi beramai-ramai dengan irama dan rentak tertentu.
PENARI ADAI-ADAI
TARIAN DALING-DALING -Merupakan tarian tradisi suku kaum Bajau dan Suluk khususnya di daerah Semporna. -Asalnya tarian ini adalah dari Kepulauan Mindanao, Filipina. Ia dibawa masuk ke Sabah oleh orangorang Suluk. Pertumbuhan orang Suluk dengan Bajau adalah saling mempengaruhi maka terhasilah tarian Daling-Daling tersebut. -Perkataan d a l i n g itu adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu d a r l i n g (kekasih). -Merupakan tarian hiburan di majlis-majlis tertentu dan sifatnya adalah berbalas pantun antara penari
ALATAN TARIAN:-Gabbang iaitu kulintangan kayu dan juga biola. -Kuku tiruan yang panjang dan bengkok. Ianya dipasangkan pada jari-jemari penari wanita.
CARA MEMPERSEMBAHKAN:-Para penari akan memperlihatkan liuk-lintuk badan serta pergerakan kaki mereka yang menarik untuk mempersembahkan keunikan tarian ini.
DALING-DALING
Tarian Daling-Daling.3gp
TARIAN BARUNSAI -Merupakan tarian tradisi suku kaum Bajau. -Tujuannya adalah untuk meraikan majlis kahwin, kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. -Biasanya tarian ini dilakukan pada waktu malam. -Tarian ini tidak diiringi oleh sebarang alat muzik kerana ia mengutamakan “kalang” seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki.
ALATAN TARIAN:-Tidak ada sebarang alatan muzik digunakan cuma ianya menggunakan lantai papan sahaja. -Pakaian yang berwarna-warni serta tanjak yang mempunyai corak yang menarik.
CARA MEMPERSEMBAHKAN:-Penari lelaki akan membuat barisan sambil berpegangan tangan antara satu sama lain diikuti oleh barisan penari wanita di belakang yang juga berpegangan tangan. Penari lelaki di belakang sekali akan berpegangan selendang dengan penari wanita di belakangnya. Mereka akan membuat bulatan kecil sambil mengalunkan “kalang” dalam bahasa Bajau. -Mereka akan menghentakkan kaki dan menyanyi sehingga tidak menyedari masa telah berlalu dengan lamanya.
TARIAN LANSARAN -Merupakan tarian tradisi suku kaum Murut. -Tujuan asal tarian ini adalah untuk menyambut kepulangan para pahlawan yang telah menang di medan pertempuran namun pada masa kini ianya dipersembahkan untuk mengeratkan lagi hubungan antara mereka serta sebagai acara di majlis-majlis tertentu. -Tarian ini biasanya ditarikan di atas lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang. Lantai khas ini diperbuat dari kayu bulat yang dipasang berlapislapis sehingga menjadi seperti s p r i n g .
ALATAN TARIAN:-Lantai bulat yang menjadi s p r i n g serta pakaian tradisi, topi berbulu burung, hiasan manik dan juga pakaian daripada kulit kayu yang berwarna.
CARA MEMPERSEMBAHKAN:-Para penari akan membuat bulatan sambil melonjaklonjak di atas lantai bulat itu diiringi oleh bunyi lantai bulat tersebut. Para penari juga akan mencuba untuk mencapai k i n k i l a t yang tergantung jauh di atas dengan cara melonjak tinggi. -Kemuncak tarian ini adalah dengan berbalas pantun antara penari.
PENARI LANSARAN
TARIAN MAGUNATIP -Merupakan tarian tradisi suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). -Perkataan “Magunatip” itu berasal dari perkataan “apit” yang bermakna jepit. Ini membawa maksud ketika menari, kaki penari terjepit antara dua batang buluh jika tidak cekap mngelakkannya. -Tujuan tarian ini ialah untuk memeriahkan sesuatu upacara atau keramaian yang diadakan.
ALATAN TARIAN:-Tidak memerlukan sebarang alat muzik kerana buluh yang digunakan sudah cukup mengeluarkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik apabila ia dihentakkan antara satu sama lain.
CARA MEMPERSEMBAHKAN:-Penari akan menari sambil cuba mengelak buluhbuluh yang mahu menjepit kaki mereka. Buluh-buluh ini pula akan dikawal oleh penari wanita. Rentak tarian ini akan bertambah pantas iaitu buluh-buluh itu akan semakin laju dihentakkan dan ini bermakna para penari terpaksa mengelakkannya dengan cepat.
MAGUNATIP
TARIAN LIMBAI -Merupakan tarian tradisi suku kaum Bajau. -Tujuan tarian ini adalah untuk menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Ia juga sebagai upacara khas untuk isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
ALATAN TARIAN:-Terdapat alatan muzik tertentu.
CARA MEMPERSEMBAHKAN:-Para penari akan menari dengan bahasa tarian dan irama yang tertentu apabila perarakan pengantin lelaki berhenti di rumah pengantin perempuan. -Para penari juga akan melambai-lambaikan selendang mereka kepada rombongan pengantin lelaki sebagai tanda mengundang dan mengucapkan selamat datang.
TARIAN LIMBAI
TARIAN SUMAYAU -Merupakan tarian tradisi asli suku kaum Dusun terutamanya yang menetap di Kuala Penyu dan Tuaran. -Tujuan tarian ini ialah sebagai tarian khas bagi menyambut Hari Mengaji (Mengahau). Oleh itu, ianya tidak ditarikan dalam majlis bersuka ria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya. -Mengahau adalah satu majlis yang diadakan secara besar-besaran dan mengambil masa sehingga lima hari dan lima malam. Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi (sejenis tampian besar) iaitu untuk menghormati dan memuja gusi-gusi itu. -Ianya juga untuk memperingati ahli keluarga yang telah yang telah meninggal dunia.
ALATAN TARIAN:-Gong dan gendang.
CARA MEMPERSEMBAHKAN:-Persembahan tarian diketuai oleh seorang wanita berketurunan M o n o l i a n yang lanjut usianya serta berpengetahuan dalam upacara-upacara tertentu. -Sebaik sahaja muzik dimainkan, penari-penari akan mula menari dan terus menuju ke gelanggang tari. Gerakan tari adalah mengikut irama lagu iaitu pergerakan kaki adalah perlahan berbanding dengan pergerakan tangan cuma ia berinsut-insut dengan amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan penonton.
TARIAN SUMAYAU
TARIAN BOLAK-BOLAK -Merupakan tarian tradisi suku kaum Suluk. -Diiringi oleh pukulan “gabbang” yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan atau majlis-majlis keramaian yang lain. -Tarian ini dilakukan oleh kaum lelaki dan wanita yang memakai pakaian tradisional yang berwarna-warni.
TARIAN KUDA PASU -Merupakan tarian tradisi suku kaum Bajau. -Bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan pengantin ke tempat perkahwinan. -Para penari menari dengan rentak muzik bertitik yang dipanggil Tigad-Tigad . -Para penari boleh terdiri daripada lelaki dan wanita. Penari lelaki akan menari bersama penari wanita yang jarinya diikat dengan sapu tangan berwarna merah. -Sapu tangan itu adalah sebagai simbol untuk mengalu-alukan kedatangan pengantin ke majlis mereka.
TARIAN-TARIAN LAIN Tarian Liliput – Oleh suku kaum Bisaya khususnya di Beaufort. Tujuan untuk menghalau kuasa jahat dalam tubuh seseorang. Tarian Lotus – Oleh kaum Cina. Dibawa dari negara China sebagai kebudayaan. Tarian Magalang – Oleh suku kaum Murut di Tenom. Tujuan untuk menyambut kemenangan dalam pertempuran dan kejayaan dalam perburuan kepala. Juga dipersembahkan ketika majlis perkahwinan dan lain-lain. Tarian Dansa – Oleh suku kaum Cocos di Lahad Datu. Tujuan untuk majlis perkahwinan dan lainlain.
SAMB….. Tarian Menangkuk Piring – Oleh suku kaum Kadazandusun di Kota Marudu. Tujuan untuk majlis perkahwinan atau majlis sosial. Tarian Mangiluk – Oleh suku kaum Suluk. Merupakan tarian yang ceria untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis sosial yang lain. Tarian Mongigol Sumandai Kudat – Oleh suku kaum Rungus di Kudat dan Pitas. Tujuan untuk upacara ritual dan festival tertentu.
SAMB….. Tarian Paina – Oleh suku kaum Kadazandusun dari Membakut. Tujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada semangat padi dalam suatu sambutan. Tarian Sambut Tamu – Oleh pelbagai suku kaum di Sabah. Tujuan untuk menyambut tetamu sempena acara yang besar. Ianya menggabungkan banyak tarian tradisi rakyat Sabah.
KESIMPULAN Sabah mempunyai pelbagai tarian etnik tradisi yang menarik dan ianya mampu menjadi satu daya tarikan kebudayaan kepada pelancong. Justeru itu, ia mesti dipelihara dan diwarisi agar tidak hilang ditelan arus pemodenan masa kini.
G A M B A R -G A M B A R P IL IH A N