Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memejukan ekonomii negara ekonom 1.menguasai pelbagai kemahiran 2.melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan 3.menjaga keamanan negara 4.mengekalkan kedaulatan negara 5.mengukuhkan perpaduan kaum 6.kreatif dan inovatif 7.mengalakkan pelaburan asing 8.menambah bilangan tenaga mahir 9.mengurangkan kerenah biokrasi 10.meluaskan pasaran 11.melakukan penyelidikan dan pembangunan 12.memperatkan hubungan diplomatik 13.menjadikan negara hub halal 14.menambah intitusi pengajian tinggi 15.meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
Kejayaan Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa 1.industri petrokimia 2.pelaburan dalam dalam bidang petroleum petroleum di luar negara 3.pengangkutan 3.pengangkutan tambang murah 4.industri pembuatan kapal 5.industri maritim 6.perkidmatan cemerlang peringkat dunia 7.wujud bandar warisan 8.pengiktirafan UNESCO 9.Le Tour De Langkawi 10.penganjuran 10.penganjuran hoki piala remaja dunia
(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ( 5markah ) Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum kaum di Malaysia Malaysia . Selanjutny Selanjutnyaa , cabaran cabaran bagi memupuk memupuk nilai-nilai nilai-nilai patriotisme patriotisme dalam dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat dan akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia . (b) Nyataka Nyatakan n langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas
( 5 markah) Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan . Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang mampu mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran biografi tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang demi mempertahankan negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya Akhirny a , mengadakan mengadakan perbincanga perbincangan n antara kaum dalam menyele menyelesaikan saikan sesuatu sesuatu masalah .
Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk mengukuhkan kewangan negara. Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju.
Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka. Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-masing
Langkah Malaysia untuk memajukan ekonomi negara
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasabertanggungjawab menjaga keamanan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.
Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang.Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harusmengurangkan kerenah biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import.
Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia.
LANGKAH MALAYSIA MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA Sebagai lantaran idea yang pertama,kestabilan politik.Sekiranya ditelusuri dari perspektif yang lain,memastikan keamanan negara.Selain itu,mengurangkan kerenah birokrasi. Di samping itu,kreatif dan inovetif. Seterusnya, menambah bilangan buruh mahir.Tambahan pula,menaik taraf infrastruktur. Bukan itu sahaja,memperkukuh pusat kewangan. Selanjutnya,mewujudkan zon perdagangan bebas.Sementelahan itu, memberikan bantuan modal.Dari sudut lain, meluaskan pasaran dan mencari pasaran baru.Jikalau dilihat dari perspektif yang berbeza,meluaskan dagangan dua hala.Selain itu, menjadikan ne gara hab halal.Di samping itu, memperluas hubungan diplomatik.Seterusnya,mengadakan pertukaran teknologi. Tambahan pula,menjamin keamanan negara.
Kesan-Kesan Dasar Ekonomi
1. Kewujudan perbandaran: Perkembangan pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar kerana kegiatan ekonominya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat perbankan, pusat perniagaan dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan. 2. Pembentukan masyarakat berbilang kaum: British menggalakkan kemasukan buruh asing untuk menampung keperluan tenagan buruh di Tanah Melayu. Kesannya mewujudkan masyarakat majmuk, pengasingan kaum dan bahasa pertuturan berbeza. 3. Sistem pendidikan Vernakular: Pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengangtar masing-masing. Kesannya pelbagai jenis sekolah ditubuhkan iaitu sekolah Cina, Melayu dan Inggeris. Sistem pendidikannya berorientasikan negara asal mereka. 4. Kemunculan sektor perkilangan: Pada tahun 1920-an beberapa buah kilang telah mula didirikan untuk pengeluaran yang lebih besar. Contohnya Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua kilang kasut getah di Setapak dan Tapah untuk dieksport ke China. 5. Sistem pengangkutan dan perhubungan: Perkembangan sistem pengangkutan berlaku ekoran daripada perkembangan sektor perlombongan dan pertanian. Pembinaan landasan keretapi telah mempercepatkan penghantaran hasil perlombongan seperti bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Antara landasan keretapi yang telah dibina ialah: 1885 – menghubungkan Port Weld ke Taiping dan 1889 dari kawasan perlombongan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Jalan raya berturap telah dibina menggantikan tanah merah dan jalan denai. Telegraf, telepon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara juga diperkenalkan. 6. Perkhidmatan kesihatan: Kewujudannya kesan kemasukan buruh asing dan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih. Beberapa hospital dan pusat kesihatan telah dibina seperti di Kuala Lumpur, Perak dan negeri lain. Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1990 untuk membuat kajian mencari langkah-langkah pencegahan. Menubuhkan Sanitary Board untuk menjaga kebersihan bandar. Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu. F1
Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian
ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah. F2
Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.
F3
Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi
dagangan. F4
Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan
pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur. F5
Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk
meningkatkan industri perlombongan.
F6
Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan
perlombongan.
CABARAN DALAM WAWASAN 2020 Cabaran Wawasan 2020 menggariskan sembilan (9) cabaran yang menjadi panduan arah dasar luas ke arah pembentukan sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat Wawasan 2020 hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi pelbagai halangan yang dianggap sebagai cabaran meliputi pelbagai aspek pembangunan negara ke arah negara maju sepenuhnya. Enam cabaran daripada sembilan cabaran akan dihuraikan dengan lebih lanjut seperti berikut: Cabaran Pertama, pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Ianya merangkumi aspek politik iaitu membentuk sebuah negara bersatu padu yang mempunyai matlamat serupa dan dikongsi bersama termasuklah membentuk sebuah negara yang sejahtera, bersatu antara wilayah dan kumpulan etnik, menikmati kehidupan yang harmonis berdasarkan persamaan hak dan keadilan, membentuk bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan dedikasi terhadap bangsa tersebut. ü
Cabaran kedua, pembentukan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang. Cabaran ini adalah dari aspek minda dan intelek iaitu melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin pada diri, bangga dengan keadaan semasa dan segala yang telah dicapainya serta cukup tangkas untuk menghadapi segala jenis rintangan. Mempunyai sifat mengejar kecemerlangan, sedar dan tahu akan potensi, bebas jiwa dan dihormati oleh bangsa lain. ü
Cabaran ketiga, pembentukan masyarakat demokratik yang matang. Cabaran ini adalah dari aspek politik iaitu memupuk dan membangunkan sebuah masyarakat demokratis yang matang. Termasuklah mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat, musyawarah dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain. ü
Cabaran keempat, pembinaan masyarakat yang berakhlak mulia dan utuh. Cabaran ini menyentuh aspek rohani iaitu mewujudkan sebuah negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya. Warganegaranya berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang murni dan disertai dengan budi pekerti yang luhur. ü
Cabaran kelima, pembentukan masyarakat yang toleran. Cabaran ini pula adalah dari aspek minda dan intelek iaitu pembentukan masyarakat yang matang, liberal dan saling memahami. Semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan bebas mengamalkan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agama masing-masing tanpa rasa tersisih daripada bangsanya. ü
Cabaran keenam, pembentukan masyarakat yang saintifik dan maju. Cabaran kali ini memfokuskan sejauh mana kemampuan minda dalam pembentukan sebuah masyarakat Malaysia berasaskan sains dan yang progresif, serta berdaya cipta dan berpandangan jauh. Termasuklah membentuk sebuah masyarakat yang bukan sahaja memanfaatkan teknologi tetapi turut menyumbang kepada sains dan teknologi pada masa hadapan. ü
4.0 PERBINCANGAN Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi menerapkan Wawasan 2020 dalam perkhidmatan awam. Tiga peranan perkhidmatan awam dalam mencapai Wawasan 2020 yang telah digariskan oleh kerajaan di masa hadapan iaitu pertama, penggunaan sains dan teknologi canggih dalam peralatan dan automasi pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan kepakaran yang diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat dipertingkatkan. Kedua, penjawat awam dapat mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahirankemahiran tertentu, mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya. Ketiga, setiap individu perlu merentasi halangan mental yang mempunyai tanggapan bahawa keupayaan dan kemampuan adalah terhad. Sebaliknya, setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji kelemahan yang ada dan kegagalan lalu serta mengorak langkah yang membawa kepada kejayaan. Aspek keyakinan diri penting agar kita sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan telus dan benar. Jika kita takut mengambil risiko, tidak ada kemajuan yang akan tercapai. Beberapa cadangan untuk menangani cabaran Wawasan 2020 telah digariskan untuk panduan umum. Pertama, penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian mereka sendiri iaitu selain daripada pencapaian negara. Kedua, mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan dan membuat perbandingan paradigma lampau dan kini. Ketiga, penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang tinggi dan meningkatkan kecekapan yang sesuai dengan paradigma baru serta penuh yakin bahawa mereka mempuyai kebolehan supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Keempat, penjawat awam harus bersedia untuk meningkatkan kendiri dan mengekalkan budaya mesra pelanggan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Piagam pelanggan bukan sahaja dipamerkan tetapi perlu diterapkan dalam perkhidmatan setiap penjawat awam. Kelima, penjawat awam perlu sentiasa memikirkan hasil dan sumbangan mereka kepada masa depan dan tidak hanya memikirkan sumbangan kerajaan kepada dirinya. Mereka harus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan telus dan sempurna di samping mengutamakan koordinasi dalam pasukan untuk mengubah mentaliti selaras dengan keperluan semasa. Ini akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi, jabatan dan negara amnya. Dalam menghadapi cabaran Wawasan 2020, cabaran ekonomi adalah jelas untuk dicapai. Pembentukan sebuah negara yang bersatu padu, satu bangsa Malaysia, kesetiaan politik dan negara memerlukan penghuraian lebih terperinci. Bangsa Malaysia adalah bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi. Termasuklah mempunyai penduduk yang mempunyai psikologikal dan ideologi yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan. Pencapaian matlamat pula memerlukan tindakan dan komitmen dari berbagai dimensi dan peringkat. 5.0 KESIMPULAN Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing. Kini, negara telah mengecapi kemerdekaan mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti
British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara langsung yang mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi impak yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabarancabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Seterusnya, merealisasikan impian dan Wawasan 2020. a. Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia. b. Cabaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan. Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah. c. Seterusnya, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain. Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak. Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina. d. Selain itu, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika bagi merealisasikan Wawasan 2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk
meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis. e. Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi. Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu. Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain. Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi. f. Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik. Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif. Malaysia seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan. g. Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal ini merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam agama.Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang. h. Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi. Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
i.
Cabaran yang terakhir ialah memupuk dan membina masyarakat yang makmur. Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang makmur.
Penutup Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.
IKTIBAR KESAN DASAR EKONOMI BRITISH DAN RUMUSAN Iktibar pertama ialah memajukan negara tanggungjawab rakyat.Selain itu,kita mestilah mementingkan ilmu pengetahuan. Di samping itu,kita hendaklah menguasai pelbagai kemahiran. Seterusnya,kita haruslah membangun teknologi. Tambahan pula,rakyat peka terhadap perubahan. Bukan itu sahaja,kita perlulah bekerja keras.Selanjutnya,kita patutlah mempertahankan hak. Sementelahan itu,rakyat wajib berdaya saing.Iktibar susulan ialah rakyat bersatu memajukan negara.Dari perspektif lain, rakyat berani berubah dan mengambil risiko. Rumusannya ialah pengenalan dasar ekonomi British bertujuan untuk mengeksploitasi ekonomi negara.Penyediaan infrastruktur hanya untuk melicinkan kegiatan ekonomi mereka.Kita mestilah memepertahankan kedaulatan negara untuk mengelakkan penguasaan ekonmi oleh penjajah.Ilmu dan kemahiran teknologi perlu dikuasai untuk pembangunan negara.Rakyat patutlah berusaha memajukan negara dalam pelbagai bidang.Saya berharap negara akan menjadi negara maju.Rakyat hidup dengan aman,harmoni dan makmur.
NILAI MURNI DAN IKTIBAR DARIPADA PELAKSANAAN DASAR EKONOMI BRITISH DAN RUMUSAN Sebagai lantaran idea yang pertama,nilai kerajinan berusaha bersungguh-sunggguh.Selain itu,kita wajib berkemahiran tinggi. Di samping itu, kita perlulah bersyukur pada kurniaan Tuhan.Seterusnya,kita patutlah memanfaatkan sumber sedia ada. Tambahan pula, nilai berani mencuba sesuatu yang baru.Bukan itu sahaja,bijak memanfaatkan peluang. Selanjutnya,bersifat kreatif. Sementelahan itu,rakyat berdaya saing.Dari perspektif lain,kita mestilah mempunyai jati diri yang tinggi. Jika disingkap
dari sudut yang berlainan,nilai perpaduan yang jitu. Rumusan ialah kolonial British memperkenalkan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.Masyarakat harus sentiasa mengumpul modal,menguasai teknologi dan berpengetahuan.Pemimpin mestilah mempunyai perancangan ekonomi yang jelas.Penguasaan semua aspek membolehkan ekonomi negara terus maju.Masyarakat Malaysia tidak boleh mengambil jalan mudah dan terus berpuas hati dengan pencapaian yang sedia ada.
NILAI DAN IKTIBAR DARIPADA DASAR BRITISH DAN RUMUSAN Kita hendaklah mengamalkan semangat patriotik.Selain itu,penguasaan pelbagai ilmu dan kemahiran. Di samping itu, nilai berani dan berdaya saing.Seterusnya, inovasi dan kreativiti.Tambahan pula,kita mestilah bergigih usaha. Bukan itu sahaja,rakyat haruslah membudaya amalan penyelidikan.Selanjutnya, kita patutlah mempelbagai sumber dan aktiviti ekonomi.Sementelahan itu, kita hendaklah menyelaraskan pengurusan tanah.Nilai susulan ialah kita wajib menggunakan teknologi baru.Dari sudut berlainan,kita perlulah mengekalkan kemerdekaaan negara. Sebelum kedatangan British,masyarakat Tanah Melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi sara diri.Kedatangan British memperkenalkan ekonomi dagangan dengan penguasaan pelabuhan utama untuk mewujudkan rantaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat.Oleh itu, penguasaan pelbagai ilmu dan kemahiran adalah penting.Rakyat mesti mempunyai keupayaan menghasilkan produk berkualiti tinggi,inovasi,kreatif,berani dan berdaya saing.Maka,harapan untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih cemerlang barulah dapat dicapai.
PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM BIDANG EKONOMI DI PERINGKAT ANTARABANGSA Dari segi perindustrian, pembuatan automobil.Selain itu,Zon perdagangan bebas.Dari segi pertanian,pusat pengeluaran herba.Di samping itu, pengeluar komoditi utama dunia seperti getah,kelapa sawit dan koko.Dari segi perlombongan,petrokimia.Seterusnya,carigali minyak.Dari segi pusat kewangan,sistem bank yang kukuh.Tambahan pula,pusat kewangan Islam.Dari segi sistem pengangkutan dan perhubungan,industri perkapalan.Bukan itu sahaja,pengangkutan tambang murah iaitu Air Asia.
MANFAAT MALAYSIA PENGENALAN EKONOMI DAGANGAN OLEH BRITISH Antara manfaat ialah memesatkan rantaian ekonomi dagangan.Selain itu, mewujudkan dwi-ekonomi iaitu sara diri dan ekonomi dagangan. Di samping itu, kemasukan buruh asing.Seterusnya,kemunculan masyarakat majmuk. Tambahan pula,perkembangan tanaman. Bukan itu sahaja,perusahaan getah dikembangkan. Selanjutnya, perkembangan insurans.Sementelahan itu, mengusahakan tanaman baru.Manfaat susulan ialah pertanian secara ladang.Dari sudut lain, perkembangan pelabuhan untuk dagangan eksport.