SCCA 1013
UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SEMESTER APRIL 2015/16
TUGASAN INDIVIDU II
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI
DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK HELMI BIN SEBAWEH @ AHMAD
DISEDIAKAN OLEH : NAMA
: MOHD YAZID BIN MAZLAN
NO. MATRIK
: 210708
PUSAT
: KUALA LUMPUR
210708
SCCA 1013
1.0 PENGENALAN Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara satu dengan yang lain. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata
(verbal)
yang
dapat
difahami
oleh
kedua
belah
pihak.
Seandainya tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami mereka , komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa isyarat. Bittner ( 1988 ) mengatakan bahawa komunikasi adalah merupakan “ satu perlakuan berkongsi simbol ”. Simbol – simbol ini adalah terdiri daripada verbal dan nonverbal dan ia merupakan komponen di dalam proses komunikasi. French ( 1993 ) pula menyatakan komunikasi adalah satu usaha mewujudkan salaing memahami dalam minda orang lain. Schramm dan Robert pula mengatakan komunikasi adalah satu proses untuk berkongsi sesuatu orientasi terhadap satu set tanda – tanda maklumat ( Mansor Ahmad Saman etal, 1984 ). Sebagai contoh, proses penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerima mesej oleh individu lain ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan dan peluang memperolehi maklumat balas serta-merta. Misalnya, rakan sekerja,
pelajar
dan
sebagainya,
penggunaan
kata
sapaan
‘Assalamualaikum’, ‘apa khabar’, terima kasih’, ’maafkan saya’ dan sebagainya yang menunjukkan kesopanan dan menghormati. 210708
SCCA 1013
2.0 FUNGSI DAN PROSES KOMUNIKASI Dalam proses pembangunan negara Malaysia yang kian pesat, keperluan masyarakat kita turut bertambah kompleks khususnya yang berkaitan dengan
komunikasi.
Setiap
lapisan
masyarakat
perlu
membentuk
perhubungan dengan orang lain maka dengan ini keperluan komunikasi mereka juga turut meningkat. Fungsi komunikasi bagi masyarakat kita sangat
sinonim
memperlihatkan
dengan fungsi
proses
kemajuan
komunikasi
disifatkan
negara.
Keadaan
sebagai
ini
pemerhati,
pentafsir, penghubung dan penghibur adalah tepat. Keempat-empat fungsi ini berupaya memenuhi pelbagai keperluan komunikasi masyarakat kita pada masa kini. i.
Pemerhati Fungsi komunikasi melalui media massa sebagai ‘pemerhati’ dapat didefinisikan sebagai pemerhati yang mengawasi (surveillance) akan sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar masyarakat. Terdapat dua jenis pemerhatian yang berkaitan, iaitu fungsi pengawasan
memberi
amaran
(warning)
dan
pegawasan
instrumental. Pengawasan berbentuk amaran digunakan untuk mengingatkan khalayak (masyarakat) akan sesuatu kejadian atau malapetaka yang bakal berlaku. Antara kejadian yang sebegini
210708
SCCA 1013
adalah seperti bencana alam iaitu banjir, gempa bumi, tsunami, pemanasan global, kemerosotan ekonomi, inflasi, kenaikan harga barang, peperangan dan wabak penyakit. Laporan yang berkaitan dikatakan sebagai berita dan maklumat yang sangat penting. Peringatan berbentuk amaran (warning) ini akan memberi ruang agar masyarakat besiap sedia menghadapi situasi ini jika berlaku. Dalam kes ini, media massa seperti televisyen, radio dan surat khabar akan menyalurkan berita untuk tatapan umum. Dengan ini, masyarakat akan bersedia bagi menghadapi setiap kemungkinan yang akan berlaku. Pengawasan berbentuk instrumental pula lebih membantu masyarakat memperolehi maklumat seperti bursa saham, produk baru, fesyen, resepi dan sebagainya. Peranan ini tidak bersifat amaran (not warning) sebaliknya berita-berita yang berinformasi melalui penerbitan untuk menyalurkan maklumat di samping menghiburkan. Fungsi ini boleh dimainkan oleh media massa seperti majalah. ii.
Pentafsir Fungsi komunikasi sebagai ‘pentafsir’ pula dapat didefinisikan sebagai menginterpretasi maklumat berdasarkan fakta dan data tertentu berkenaan dengan peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui media massa. Keadaan menginterpretasi maklumat berlaku apabila matlamat, maksud dan kesignifikan sesuatu peristiwa ditafsir dalam bentuk rencana, forum, analisis peristiwa dan penyuntingan dilakukan menurut kepentingan dan keutamaannya. Dalam konteks isu semasa seperti isu politik negara, 1MDB dan kegawatan ekonomibaru-baru ini, pentafsiran fakta dan data
210708
SCCA 1013
yang berkaitan sewajarnya diselami oleh masyarakat dengan baik. Pelbagai istilah teknikal yang berkaitan seperti pedagang mata wang pesisir, kejatuhan ringgit dan spekulator mata wang perlu dihuraikan melalui forum, kritikan, artikel
dan sebagainya bagi
membolehkan masyarakat mengetahui isu-isu tersebut dengan baik. Sebagai contoh, forum perbincangan ekonomi sebuah syarikat penyiaran tempatan, TV3 melalui program ‘The Exchange’ misalnya, dapat memaparkan interpretasi, komen dan pendapat mengenai sesuatu pemberitaan ekonomi supaya pembaca dapat memperolehi perspektif mendalam mengenai isu terbabit. Fungsi ‘pentafsir’ ini dapat dilihat dalam rencana yang menganalisis isu-isu semasa supaya khalayak dapat memperolehi berbagai pandangan yang boleh dinilai sendiri oleh mereka secara logik dan bernas. iii.
Penghubung Selain itu, fungsi komunikasi sebagai ‘penghubung’ (linkage) bertujuan menghubungkan masyarakat sama ada individu dengan individu,
masyarakat
dengan
masyarakat,
peristiwa
dengan
masyarakat, persekitaran dengan masyarakat, mahupun sejarah silam dan budaya dengan masyarakat semasa. Misalnya, dalam isu pengiklanan
media
massa
cuba
menggabungkan
keperluan
pengguna (pembeli) dengan produk. Berkaitan dengan pilihanraya, para pengundi akan mengumpul maklumat berkenaan dengan wakil rakyat mereka melalui surat khabar, televisyen, radio, dan laman web. Melalui contoh-contoh di atas, jelas memperlihatkan fungsi
210708
SCCA 1013
menyampaikan mesej kepada khalayak merupakan peranan penting komunikasi. Sebagai contoh peranan komunikasi pelbagai seperti internet dengan laman web tertentu berupaya menghubungkan antara dua atau ramai individu atau membentuk komuniti maya. Kemudahan yang disediakan seperti laman web ini dapat menghubungkan pelbagai komuniti untuk berkongsi pendapat dan pengalaman hidup mereka dengan orang lain yang setara permasalahannya. iv.
Penghibur Komunikasi penghibur adalah melalui medai masa yang boleh menarik minat manusia. Pada hemat saya, fungsi media massa sebagai ‘penghibur’ adalah lebih dominan tugasnya berbanding dengan fungsi lainnya di samping menjadi ‘trendy’ bagi kebanyakan media massa di Malaysia. Konsep penghibur disalurkan oleh media massa sebagai pelengkap kepada persoalan-persoalan lain untuk menarik minat terus para khalayak. Jika diteliti secara khusus, fungsi komunikasi sebagai ‘penghibur’ ini banyak menyajikan aspek kehidupan yang berkaitan dengan hiburan. Misalnya, pelancaran album baru, fesyen terkini, konsert artis popular, filem terbaik dan sebagainya. Di samping itu, diketengahkan juga acara anugerah dan tamasya
di peringkat
antarabangsa seperti ‘The Academy Awards’ bagi memaparkan isu hiburan seluruh dunia.
210708
SCCA 1013
3.0 MASALAH-
MASALAH
KOMUNIKASI
DALAM
PEMBANGUNAN DAN KESTABILAN NEGARA Secara umumnya antara faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah dalam komunikasi ialah ketiadaan maklumbalas daripada penerima di mana komunikasi ini menjadi komunikasi bersifat sehala. Penerima tidak memberi maklumbalas terhadap punca. Manakala salah faham atau prasangka juga menjadi halangan lazimnya berlaku apabila penyampai dan penerima mentafsir perkataan yang sama dengan cara yang berbeza. Ianya juga disebabkan oleh individu yang suka menerima maklumat tentang seseorang
daripada
menimbulkan
fitnah
orang dan
lain
kesilapan
(sumber maklumat
sekunder)boleh yang
diterima.
Sebagai contoh penggunaan media sosial untuk menyebarkan maklumat-maklumat sulit kerajaan yang tidak tepat serta boleh menyebabkan kejatuhan negara. Masalah semantik selalu
berlaku
berhubung
dengan
penggunaan bahasa dan struktur ayat. Ianya terjadi dari kesilapan menyahkod dan mentafsir kod. Banyak mesej yang bercampur aduk dan mengelirukan juga boleh menjadi halangan semantik. Hal ini juga boleh berlaku apabila komunikasi lisan bercanggah dengan komunikasi bukan lisan. Keadaan persekitaran mencerap
maklumat
dalam
adalah bilik
mudah darjah
mendengar
yang
senyap
dan dari
mendengar di bengkel membaiki kereta yang sibuk. Di sekolah, guru harus melihat kesan gangguan keadaan persekitaran ke atas penyampaian maklumat di dalam kelas. Contoh : bunyi kenderaan, loceng, telefon bimbit dan sebagainya. Sikap peribadi yang negatif pada penerima akan wujud persepsi, sikap, nilai diri dan tahap pemikiran yang berbeza. Serta 210708
SCCA 1013
tidak faham budaya orang lain di mana manusia yang tidak memahami budaya orang lain tidak akan mewujudkan sikap tolak ansur. Manusia berkomunikasi menggunakan pelbagai bahasa. Adalah penting bagi setiap manusia memahami dan menghormati budaya orang lain supaya dapat hidup dengan lebih harmonis. Terakhir perbezaan status penyampai dengan penerima boleh menjadi halangan kepada komunikasi sama ada taraf pendidikan atau
sebaliknya.
Masalah
komunikasi
ini
dipanggil
masalah
sosiologikal komunikasi.
4.0
KESIMPULAN Kesimpulannya sorotan kajian lampau oleh Amir Sharifuddin (2011) menyatakan bagi menyampaikan sesuatu maklumat, kemahiran komunikasi merupakan suatu aspek penting yang perlu diberi penekanan sangat mengukuhkan lagi tajuk tugasan ini. Hal ini kerana, sesuatu maklumat itu boleh disalah tafsir oleh penerima maklumat akibat kesilapan penyampai dan penerima maklumat dalam berkomunikasi.
210708
SCCA 1013
5.0
RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Aziz (2010). Kemahiran sosial asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ainon Mohammad & Abdullah Hassan. (2010). Komunikasi berkesan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Samsudin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd Zahir Ahmad (2009). Pedagogi, strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd. Sulaiman Md. Yassin, Mohd Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar @ Mohd (2010). Komunikasi dalam pengajaran dan kepimpinan pendidikan. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd. Di ambil pada 12 Julai 2015 http://www.slideshare.net/aqua162akin328/komunikasi-bertulis? related=2 slide show KPLI KDC Pendidikan Khas 15.01.2013 http://www.slideshare.net/HasrizaMatJusoh1/bahasa-melayu-komunikasi-tugasan?related=2 Hasriza Mat Jusoh 14.11.2012 Di ambil pada 12 Julai 2015 http://serikandimuhibbah11.blogspot.com/2011/12/kemahirankomunikasi.html srikandi muhibbah 20.12.2011 http://cikthur.blogspot.com/2011/03/komunikasi-penulisan-yang-berkesan.html http://itanna-run.blogspot.com/2011/07/halangan-dan-rintangankomunikasi.html http://www.slideshare.net/noorazrinatuah/halangan-komunikasi-24512789
210708