Nama
: Mohd Faizal bin Abdul Aziz
No Matrik
: 028388
Program
: Usuluddin (b)
Tajuk
: Pengertian Sam'iyyat, Kategori dan Dalilnya
1.0
Pengertian Sam’iyyat Atau Ghaib
Perkar Perkaraa sam‟iy sam‟iyyat yat pada pada bahas bahasaa diambi diambill dari dari kata kata „ jama‟ kepada kata „
‟ dan kata kata sam‟i sam‟iyy yyat at merupak merupakan an
‟ yang membawa maksud pendengaran manakala sam‟iyyat pada istilah
bermaksud perkara-perkara yang dapat diketahuinya adalah dengan melalui pendengaran seseorang(Ali al-Mahdli, 1996). 1996). Dalam hal ini perkara sam‟iyyat merupakan perkara yang tidak dapat dilihat oleh manusia dan manusia boleh mengetahui perkara tersebut melalui pendengaran dari al-Quran dan as-Sunnah.
Perkara sam‟iyyat ini juga termasuk juga dalam perkaraperkara- perkara perkara aqidah dan sam‟iyyat juga merupakan salah satu daripada bahagian- bahagian bahagian tauhid. Selain S elain itu juga, perkara sam‟iyyat juga turut dikenali dengan den gan perkara ghaib. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui segala yang berkaitan dengan alam ini sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah: ayat 33 iaitu:
Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka Nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka Nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
Merujuk kepada perkara ghaib, ianya bermaksud sesuatu yang tiada samaada dari pandangan mata ataupun panda indera. Menurut Abdullah bin Abdul Rahman al-Jarbu‟(2003), beriman kepada perkara ghaib merupakan salah satu hakikat kepada beriman kepada Allah s.w.t dan membenarkan dalam hati para pesuruh-pesuruhNya sekalian. Di samping itu, Allah s.w.t juga telah menyebutkan di dalam al-quran tentang sifat-sifat yang membezakan bagi orang-orang yang bertaqwa di dalam surah al-baqarah ayat 1 hingga 3 iaitu:
1. Alif laam miin. 2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, 3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
2.0
Pembahagian Perkara Ghaib
Menurut Abu Bakar Ali bin Ahmad bin Thabit (1999) pula, perkara ghaib juga terbahagi kepada beberapa bahagian yang berbeza iaitu:
2.1
Pembahagian yang bergantung pada ilmu dan pengetahuannya
Dalam kategori ini, ianya terbahagi kepada kepada dua bahagian iaitu: a. Ghaib mutlak : ianya bermaksud perkara tersebut ghaib pada seluruh makhlukNya. Ini bermaksud semua makhluk Allah tidak mengetahui tentang perkara ghaib tersebut. b.
Ghaib
muqayyad
:
ianya
bermaksud
perkara
tersebut
tidak
diketahuinya kecuali sebahagian daripada makhluk-makhluk Allah iaitu malaikat, jin dan manusia. Dalam hal ini, boleh dikatakan perkara ini ghaib sekiranya perkara tersebut ghaib padanya manakala sekiranya perkara tersebut dapat dilihat oleh makhlukNya maka tidak dinamakan ghaib lagi. 2.2
Pembahagian yang bergantung pada zaman atau masa
Merujuk kepada kumpulan ini, ianya terbahagi kepada tiga bahagian. Iaitu: a. Ghaib yang telah lepas : Bahagian ini adalah seperti cerita-cerita sejarah yang lepas yang kita tidak pernah melihatnya. Sebagai contoh seperti kisah Yusof, al-Baqarah dan al-Maidah yang kita langsung tidak pernah melihatnya sama sekali. b. Ghaib sekarang : Perkara ini seperti contoh Malaikat mencatat amalan manusia. c. Ghaib akan datang : Perkara ini seperti contoh tentang hari akhirat dan apa yang berkait dengannya. 2.3
Pembahagian yang bergantung pada tempat turunnya
Dalam bahagian ini, ianya terbahagi kepada tiga bahagian. Antaranya:
a. Pertama : Perkara ghaib yang datang dari al-Quran b. Kedua : Perkara ghaib yang datang dari hadis nabi yang mutawatir. c. Ketiga : Perkara ghaib yang muncul dari jalan-jalan israiliyyat dan cerita-cerita yang kita tidak dapat mengetahui kebenarannya.
3.0
Topik-Topik Sam’iyyat Dan Dalilnya
Setelah bercerita panjang lebar tentang maksud sam‟iyyat, seterusnya kita akan berkenalan dengan topik-topik atau perkara- perkara sam‟iyyat yang telah diceritakan oleh Allah di dalam al-quran dan sunnah nabi serta dalil-dalil yang menunjukkan kebenaran tentang perkara tersebut. Antara topik-topik sam‟iyyat yang sempat dibincangkan ialah:
3.1
Malaikat Malaikat merupakan hamba Allah dan mereka diciptakan dari cahaya untuk
beribadah kepadanya(Ahmad al-Hakimi, 1418h). Seseorang muslim hendaklah beriman dengan adanya malaikat dan ianya juga termasuk dalam rukun iman derdasarkan dalil dari surah al-Baqarah ayat 285 yang bermaksud: “ Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasulrasul-Nya. (mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan Kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah Kami Ya Tuhan Kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.".
3.2
Hari kiamat Allah s.w.t tidak memberi pengetahuan kepada umatnya tentang bilakah
berlakunya hari kiamat bahkan hanya Allah sahajalah yang tahu tentang hari tersebut berdasarkan firman Allah s.w.t didalam surah al-A‟raf ayat 187 yang bermaksud : “ Mereka
menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah:
"Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari
kiamat
itu
adalah
di
sisi
Allah,
tetapi
kebanyakan
manusia
tidak
Mengetahui"”(Ramyan ar-ramyan, 1467h). Walaupun Allah s.w.t tidak memberitahu kepada kita tentang hari kiamat ini, tetapi Allah s.w.t telah menerangkan kepada kita didalam al-quran dan sunnah tetang tanda-tanda akan berlakunya hari tersebut. Al-qurtubi memberitahu bahawa tanda-tanda berlakunya kiamat terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda kecil dan tand a-tanda besar dan melalui tanda-tanda tersebut membuatkan manusia beriman kepada Allah s.w.t. 3.3
Jin dan Syaitan Jin dan syaitan menurut qortubi membawa maksud yang sama. Mereka diciptakan
daripada api yang bernyala sebagaimana firman allah s.w.t di dalam surah al-Rahman ayat 15 yang bermaksud : “ Dan Dia menciptakan jin dari nyala api.” . Tujuan mereka diciptakan oleh Allah s.w.t adalah untuk beribadah kepadaNya berdasarkan firman Allah
dalam surah az-zariyat ayat 56 yang bermaksud : “ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”.
3.4
Syurga dan Neraka Syurga merupakan satu tempat yang penuh nikmat yang telah diciptakan oleh
Allah s.w.t kepada makhluknya yang beriman yang patuh kepada suruhan Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. Allah telah menyediakan tempat yang penuh nikmat ini tanpa diketahui oleh manusia tentang nikmat tersebut kecuali Allah sahaja berdasarkan firman Allah dalam surah ad-dukhon ayat 51 – 57 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman. (yaitu) di dalam taman-taman dan mata-air-mata-air; Mereka memakai sutera yang Halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan; Demikianlah. dan Kami berikan kepada mereka bidadari; Di dalamnya mereka meminta segala macam buah-buahan dengan aman (dari segala kekhawatiran); Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati di dunia. dan Allah memelihara mereka dari azab neraka; Sebagai karunia dari Tuhanmu. yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar .” (Ramyan arramyan, 1467h). Neraka pula merupakan satu tempat yang telah disediakan oleh Allah s.w.t kepada umatnya yang melakukan maksiat kepadaNya dengan meninggalkan apa yang di suruh oleh Allah s.w.t. Neraka dikenali dengan tempat untuk mengazab atau menghukum hamba allah yang melakukan maksiat sebagaimana firman allah s.w.t dalam surah atTahrim ayat 6 yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap
apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”. (Ramyan ar-ramyan, 1467h). 3.5 4.0
Alam barzakh, hisab, mizam, dosa dan pahala, sirat, mahsyar dan sebagainya.
Kesimpulan
Perkara sam‟iyyat atau ghaib merupakan perkara yang perlu dipercayai oleh manusia walaupun manusia tidak melihat perkara tersebut dengan pengelihatan. Tetapi Allah s.w.t telah memberikan panduan kepada perkara-perkara tersebut di dalam al-Quran dan Sunnah rasulNya. Justeru itu, beriman dengan perkara ghaib adalah wajib bagi umat islam khususnya. 4.0
Rujukan
a) Abdullah bin Mohammad bin Ramyan al-Ramyan.(1467h).ara’ al -qurtubi wal maziri fil al- I’tiqadiyyah.Mekah: Darul Ibnu al-Juzi b) Syed Mohd „akil bin Ali al-Mahdli.(1996). Dirasat fi as-Sam’iyyat .Kaherah:Darul Hadis c) Abu Bakar Ali bin Ahmad bin Thabit.(1999). Al-koulu fil ilmi an-nujum.Swedia:Darul atlas linnasri wattauzi‟ d) Syeikh
Hafiz
bin
Ahmad
al-Hakimi.(1418h). Mukhtasor
ma’arij
al -
kobul.Riyadh:Maktabah kautsar linnasri wattauzi‟ e) Abdullah bin Abdul Rahman al-Jarbu‟.(2003). Asirul iman.Saudi:jamiah islamiah bil madinah munawwarah