Rijalal-Ghaib Bahawa inilah langkahnya iaitu, 1. seharibulan di tenggara; 2. dua haribulan di utara; 3. tiga haribulan di barat daya; 4. empat haribulan di barat tepat; 5. lima haribulan di barat laut; 6. enam haribulan di timur laut; 7. tujuh haribulan di timur; 8. delapan haribulan di Selatan 9. sembilan haribulan di tenggara; 10. sepuluh haribulan di barat daya; 11. sebelas haribulan di selatan; 12. dua belas haribulan di barat tepat; 13. tiga belas haribulan di barat laut; 14. empat belas haribulan di timur tepat; 15. lima belas haribulan di utara; 16. enam belas haribulan di tenggara; 17. tujuh belas haribulan di barat daya; Arah: Tanggal: Tenggara 1, 9, 16, 24 Utara 2, 15, 23, 30 Barat Daya 3, 10, 17, 25 Barat 4, 12, 19, 28 Barat Laut 5, 13, 20 Timur Laut 6, 28, 21 Timur 7, 14, 22, 29 Selatan 8, 11, 18, 26
18. delapan belas haribulan di selatan; 19. sembilan belas haribulan di barat tepat; 20. dua puluh haribulan di barat laut; 21. selikur haribulan di timur laut; 22. dua likur haribulan di timur tepat; 23. tiga likur haribulan di utara; 24. empat likur haribulan di tenggara" 25. lima likur haribulan di barat daya; 26. enam likur haribulan di selatan; 27. tujuh likur haribulan di timur tepat; 28. delapan likur haribulan di timur laut; 29. sembilan likur haribulan di timur tepat; 30. tiga puluh haribulan di utara. Wallahu a'lam bissawab
Maka hendaklah kita sembahyang hajat dua rakaat serta salam. Baca Fatihah pada rakaat yang pertama dan Ayat Kursi. Dan pada rakaat yang kedua baca Fatihah dan Qul huwa- Allahu Ahad tiga kali; dan Qul a'uzu bi rabbil-Falaq dan Qul a'uzu bi rabbin-nas dan Salam. Inilah takbirnya:
Sesudah sembahyang itu dibaca doa:
Selesai sudah kita sembahyang itu, maka kita hadapkan muka kita pada baginda itu, maka kita baca salamnya akan baginda itu. Inilah salamnya:
Apabila sudah kita membaca salamnya itu, maka baca pula Fatihah dan Qul huwa-Allahu Ahad tiga kali, dan Qul a' uzu bi rabbil-Falaq dan Qul a'uzu bi rabbin-nas. Sudah itu maka baca doanya:
Sesudah itu maka niatlah barang maksud kita kepadanya.