BAB 1
PENGENALAN
Rangkaian Thin Client adalah suatu persekitaran rangkaian, yang mana client berfungsi sebagai terminal yang mengakses data dan aplikasi daripada komputer server. Segala proses dilakukan pada server utama. Dimana server menyediakan aplikasi dan sumbersumber lain untuk sejumlah besar terminal (client). Client hanya perlu menggunakan keyboard, mouse, monitor serta Raspberry Pi bagi menjalankan pelbagai aplikasi yang dipasang pada server. Selain itu, ia adalah salah satu
langkah
alternatif
yang
dapat
digunakan
ketika
menghadapi
masalah
menyelenggara komputer normal yang banyak, seperti di dalam makmal komputer dimana penggunaan komputer adalah kerap bagi proses pembelajaran. Kerana itu, tercetulah idea bagi projek Membangunkan Sistem Thin Client Menggunakan Raspberry Pi agar dapat membantu pihak administrator dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaran dengan lebih mudah.
1
1.1
Latar belakang projek Projek yang kami jalankan ini adalah berdasarkan pada penggunaan teknologi pada masa kini di mana ianya dapat memudahkan lagi urusan-urusan pengguna dalam menggunakannya. Projek yang kami ingin ketengahkan ini adalah berdasarkan perkakasan, dimana kami menggabungkan server dan client yang dapat memudahkan pengurusan administrator dengan hanya mengurus satu komputer server bagi semua client serta menjimatkan ruang persekitaran kerja dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Jika dilihat pada masa kini penggunaan komputer zaman sekarang adalah terlalu memakan kos penyelenggaran. Dengan adanya projek Thin Client ini, ianya bukan
sahaja
dapat
menjimatkan
kos
penyelenggaraan
malah
dapat
membangunkan Sistem Thin Client dengan menggunakan Raspberry Pi sebagai komputer client. Selain itu, projek ini juga dapat membantu tenaga pengajar dalam pengawasan perkakasan dan aktiviti pelajar di dalam makmal dengan hanya memantau pada server.
1.2
Pernyataan masalah Setiap sekolah atau syarikat, komputer adalah salah satu aset yang amat penting dimana perlu disediakan pada setiap sekolah, syarikat atau organisasi. Antaranya di sekolah yang mempunyai makmal komputer untuk proses pembelajaran. Justeru itu, wujudnya permasalahan komputer mengalami kerosakan atas sebab cara penggunaan yang salah, dimana sistem operasi corrupt, dan juga perkakasan mengalami kerosakan. Ini menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi menggunakan komputer, kerana bilangan komputer yang dapat digunakan terhad. Selain itu, penggunaan user yang banyak pada satu komputer juga menjadi salah satu punca masalah ini wujud. Dari permasalahan ini, thin client sesuai digunakan untuk penyelesaian sementara. Kerana ia hanya memerlukan sebuah server yang lengkap bagi menampung client yang hanya terdiri daripada sebuah mouse, keyboard dan monitor yang dilengkapi dengan Raspberry Pi. 2
1.3
Objektif projek Objektif yang ingin dicapai daripada projek ini ialah : i. ii. iii.
1.4
Membangunkan Server thin client. Membangunkan Raspberry Pi sebagai client. Membangunkan sistem pengurusan dan pemantauan.
Skop projek Skop
projek
adalah
spesifikasi
fungsi
pembangunan
sesuatu
projek.
Pembangunan Sistem Thin Client ini adalah satu pembangunan projek dimana projek ini dibangunkan dengan menggunakan Raspberry Pi dan perisian Linux dimana ia menggabungkan antara mouse, keyboard, monitor dengan Raspberry Pi dan sistem operasi server. Tujuan projek ini adalah untuk mencipta satu client yang dapat mengakses data dan aplikasi daripada komputer server.
1.5
Kepentingan projek a. Individu Sesuai digunakan oleh semua individu yang ingin menggunakan komputer hanya untuk melaksanakan kerja-kerja seperti pejabat, paparan imej, mendengar lagu dan aplikasi lain yang telah tersedia pada server thin client. b. Masyarakat Dapat memperkenalkan salah satu cara alternatif yang boleh digunakan jika menghadapi masalah penyelenggaran komputer yang banyak. c. Organisasi Sesuai bagi kawasan kerja yang kecil dimana tidak memerlukan penggunaan ruang yang besar bagi meletakkan Raspberry Pi.
3
BAB 2
KAJIAN LAPANGAN
Kajian lapangan ini dilaksanakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenalpasti masalah yang berlaku ketika membangunkan Sistem Thin Client. Hasil dari kajian ini, kami menemui beberapa kaedah bagi membangunkan projek ini. Dengan ini dapat difahami secara jelas dan berkesan. Selain dari membuat rujukan bahan seperti forum Ubuntu dari internet, kami juga telah membuat kajian dengan merujuk dari laman web ltsp.org, berryterminal.com dan pinet.org.uk bagi mengumpulkan cara-cara membina thin client yang bakal dimuatkan ke dalam projek.
2.1
Faedah jangkaan a. Mudah diselenggarakan kerana hanya perlu diselenggara di server sahaja. b. Menjimatkan kos kerana tidak memerlukan set komputer yang lengkap bagi client. c. Menjimatkan masa kerana proses untuk menyelenggara hanya perlu dijalankan pada server. d. Memudahkan pemasangan perisian baru kerana perisian hanya di install pada server dan tidak perlu di install pada client. e. Dapat mengurangkan kes kecurian perkakasan pada client, kerana perkakasan yang terdapat pada client adalah terhad.
2.2`
Kelebihan projek a. Mudah dialihkan dari satu tempat ke tempat yang lain. b. Mudah untuk diselenggara dan menjimatkan ruang untuk meletakkanya. c. Mudah untuk melakukan proses penyelenggaraan kerana hanya perlu dilakukan pada administrator.
4
2.3
Situasi Projek
a. Bahan rujukan yang terhad kerana kebanyakkan rujukan berkaitan thin client perlu dicari pada laman web. b. Pemilihan sistem operasi yang tidak sesuai ketika membangunkan Server thin client menyebabkan proses pemasangan mengambil masa yang agak lama. c. Mencampur aduk semua rujukan semasa membangunkan Server thin client menyebabkan tidak dapat mengenalpasti masalah yang timbul ketika projek sedang dijalankan. d. Raspberry Pi tidak dapat membaca imej yang diambil pada server oleh kerana seni bina yang dipasang pada server tidak sama pada Raspberry Pi. e. Menggunakan panduan pada laman web PiNet untuk membangunkan Server thin client dan juga Raspberry Pi sebagai client. 2.4
Kelemahan membangunkan Server thin client a. Setiap package yang digunakan memerlukan penyambungan internet kerana perlu memuat-turun daripada server yang menyediakan package tersebut. b. Tidak semua versi Ubuntu dapat digunakan bagi seni bina ARM yang digunakan kebanyakkannya dalam peranti mudah alih dan netbook, seperti LTSP thin client, Ubuntu 16.04 kernel tidak dapat boot pada Raspberry Pi 2 dan 3, dimana Kernel atau vmlinux rosak untuk Raspberry Pi 3 dimana hanya memaparkan rainbow screen. c. Setiap kali LTSP gagal membina client, proses tersebut perlu dilakukan semula dengan membuang terlebih dahulu directory client dan membina kembali.
2.5
Penambaikan Server thin client a. Menggunakan package yang telah lengkap bagi membangunkan Server thin client dan Raspberry Pi seperti PiNet, dimana hanya perlu dilaraskan sebelum proses memuat-turun package dijalankan. b. Menggunakan penyambungan internet yang laju untuk mempercepatkan proses memuat-turun package PiNet. 5
BAB 3
METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK
Untuk menghasilkan Projek Tahun Akhir ini, proses rekabentuk projek ini dijalankan menggunakan aplikasi Edraw bagi merekabentuk menggabungkan monitor dengan Raspberry Pi. Selain itu, sistem dari server juga perlu diutamakan bagi memperoleh sebuah sistem yang sistematik. Menggunakan Linux sebagai antaramuka pada server bagi client mengakses data dan aplikasi.
3.1
Pengenalan Thin Client dan Raspberry Pi 3.1.1
Thin Client
Rajah 1 : Rangkaian thin client.
Rangkaian Thin Client (tanpa cakera pc/ workstation, dumb terminal) adalah suatu persekitaran rangkaian, yang mana client berfungsi sebagai terminal yang mengakses data dan aplikasi daripada komputer server. Secara terpusat pemprosesan data dilakukan oleh server, sedangkan client hanya memproses input daripada keyboard, mouse, dan keluaran berupa pandangan atau gambar (display). Hal ini kerana, segala proses dilakukan oleh server. Server utama menyediakan aplikasi dan sumber-sumber lain untuk sejumlah besar terminal.Terminal (client) hanya perlu menggunakan keyboard, mouse dan monitor. Client boleh menjalankan pelbagai aplikasi yang dipasang pada server. Thin Client Server Computing (TCSC) merupakan suatu konsep rangkaian komputer yang menekankan proses pengkomputeran pada thin client yang berprestasi seminimal mungkin.
Dalam konsep TCSC yang terdiri dari server dan thin client kerana dapat menjalankan pelbagai aplikasi yang dipasang pada server dengan spesifikasi di bawah standard thin client. Pada generasi pertama rangkaian komputer, konsep Thin Client Server Computing (TCSC) juga sudah digunakan dan lebih dikenali dengan istilah dumb terminal, iaitu client hanya digunakan untuk memberi input dan melihat hasil dari server melalui pandangan. Penyelesaian thin client adalah untuk memperkasakan beberapa perkakas dengan spesifikasi rendah dan sebuah komputer utama dengan spesifikasi tinggi untuk menjalankan proses pengkomputeran dengan memanfaatkan kemampuan software untuk membuat beberapa virtual client yang boleh dioperasi secara serentak. Sebahagian besar proses pengiraan dilakukan oleh Komputer Pusat, komputer client hanya memaparkan sahaja. Thin client tidak direka untuk memenuhi keperluan multimedia dan permainan. Thin client direka untuk kecekapan dan penggunaan penuh keupayaan pengkomputeran dari komputer server yang ketika ini lebih dari cukup untuk memenuhi keperluan pengkomputeran normal dan dapat mengurangkan kos pengguna, penjagaan dan penggantian peranti secara keseluruhan berbanding komputer normal. Kesimpulan bagi thin client ini sesuai untuk sebuah sistem yang hanya menggunakan aplikasi seperti browser internet, Office, dan image processing berskala kecil.
7
3.1.2
Raspberry Pi
Rajah 2: Raspberry Pi 3 model b. Raspberry Pi secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai sebuah komputer bersaiz mini dengan beberapa fungsi asas melaluinya. Raspberry Pi hadir dalam saiz sebesar lebih kurang kad pengenalan, dimana beberapa komponen utama disertakan bersama-sama dengannya. Boleh dikatakan ia dibangunkan dalam memudahkan
lebih
ramai
mempelajari
pelbagai
perkara
berkaitan
pengkomputeran menggunakannya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Ia hadir dengan beberapa port terbina seperti HDMI (untuk dihubungkan ke monitor atau televisyen), port USB (untuk mouse dan keyboard), dan juga port micro-SD (untuk ruangan sistem dan fail). Ia hadir dalam dua variasi, iaitu set A dan juga set B. Membezakannya, set B untuk Raspberry Pi turut hadir dengan sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna menghubungkan talian internet melaluinya. Untuk sokongan kuasa, ia menggunakan kabel mikro-USB yang sedia digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih hari ini.
Rajah 3: Raspberry Pi model A.
Rajah 4 : Sistem operasi yang telah disediakan. Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya. Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi. Pihak Raspberry sendiri menyediakan sebuah halaman muat-turun khas untuk beberapa koleksi sistem operasi mereka. Pengguna juga boleh memuat-turun NOOBS yang menyediakan pemasangan mudah untuk pengguna umum.
9
3.2
Kaedah projek Didalam membangunkan projek ini, perkara yang paling penting dan perlu diambil berat adalah mengenalpasti kaedah atau teknik yang digunakan. Sepanjang projek ini dijalankan kami menemui beberapa kaedah yang dapat diguna pakai bagi membangunkan Sistem Thin Client, antaranya adalah:
3.2.1
LTSP Thin Client
Rajah 5 : Screen login LTSP Thin Client menggunakan distribution Ubuntu. Linux Terminal Server Project menambah sokongan thin client ke Linux Server. LTSP adalah penyelesaian kos yang efektif dan fleksibal dimana dapat memberi kemudahan kepada satu organisasi yang besar diseluruh dunia kerana ia mudah dipasang dan menggunakan thin client. LTSP bukan sahaja meningkatkan jumlah kos pemilikan tetapi yang lebih penting,
memberikan
nilai
peningkatan
bagi
menyelesaikan
masalah
pengkomputeran lama. Selain itu, stesen kerja LTSP boleh menjalankan aplikasi dari Linux dan Windows Server. Thin client telah terbukti amat berguna. Manfaat utama LTSP Thin Client kepada sesebuah organisasi antaranya:
10
a) Mengurangkan kos Semua software bagi workstation berada pada LTSP Server. Sama ada mengguna pakai semula PC desktop lama atau menggerakkan peranti thin client baru.
b) Tiada bayaran pelesenan LTSP adalah open source software, yang dikeluarkan di bawah lesen GPLv2. Tiada kos yang dikenakan bagi memuat turun dan menggunakan LTSP. c) Kurang penyelenggaraan diperlukan LTSP membolehkan anda untuk mengekalkan rangkaian komputer keseluruhan dari satu titik kawalan; dari imej sistem operasi kepada thin client melalui pengesahan pengguna dan penyimpanan fail. Dengan mengurangkan jejak software dengan LTSP, penyelenggaran dan sokongan kewajipan dikurangkan berbanding penyelesaian PC desktop biasa. d) Selamat Keselamatan menjadi cabaran utama bagi administrator. LTSP Thin Client diperolehi menerusi sambungan SSH dan terhad kepada LAN, bagi memastikan anda beroperasi di sebuah persekitaran yang terkawal dan selamat. e) Komuniti LTSP community telah aktif sejak Tahun 1999. Didorong oleh penyertaan dan percubaan, pengguna LTSP telah menggunakan LTSP dalam setiap senario yang dapat dibayangkan.
Anda tidak perlu memuat turun dari mana-mana laman web jika ingin menggunakan LTSP, kerana LTSP telah tersedia di dalam distribution Linux. Anda boleh menggunakan package manager pada Linux kegemaran untuk memuat turun LTSP.
11
Di luar negara LTSP sangat popular berbanding di Malaysia. Statistik penggunaan LTSP di Greece adalah 58.1% dan distribution yang digunakan adalah Ubuntu.
Rajah 6 : Statistik penggunaan LTSP mengikut negara.
12
3.2.2
BerryTerminal
Rajah 7 : Proses thin client mengakses data dan aplikasi pada server.
BerryTerminal adalah distribution Linux minimum, direka untuk menjadikan Raspberry Pi sebagai komputer mini dalam thin client kos rendah. Ia membolehkan pengguna untuk login ke Edubuntu pusat atau LTSP Server lain, dan menjalankan aplikasi pada central server. BerryTerminal boleh dipasang melalui BerryBoot.
Rajah 8 : BerryTerminal sedia untuk digunakan.
13
3.2.2.1 BerryBoot
Rajah 9 : Paparan BerryBoot menu. BerryBoot adalah skrin pilihan boot mudah bagi komputer ARM seperti Raspberry Pi, yang membolehkan administrator untuk meletakkan beberapa distribution Linux pada SD card tunggal. Selain itu, ia membolehkan administrator untuk meletakkan fail-fail sistem operasi pada external USB berbanding pada SD card itu sendiri.
3.2.2.2 Edubuntu LTSP Menubuhkan Edubuntu sebagai LTSP terminal server adalah mudah. Semua yang administrator perlukan sebuah komputer standard dengan network card, untuk disambungkan kepada switch client. Perlu diambil perhatian bahawa semua aplikasi yang digunakan oleh client dijalankan pada central server, administrator perlu memastikan mempunyai memori yang mencukupi (8 GB sudah berpatutan pada masa kini).
Rajah 10 : Edubuntu 12.04 LTSP login Thin Client.
3.2.3
PiNet
PiNet adalah projek sumber bebas dan terbuka untuk membantu sekolah menubuhkan dan menguruskan sebuah kelas Raspberry Pi. Ia telah dibangunkan bersama guru dengan maklum balas daripada lebih 15 buah negara di seluruh dunia. Ciri-ciri utamanya: a)
Rangkaian berdasarkan akaun pengguna. Mana-mana pelajar boleh duduk di mana-mana Raspberry Pi dan login.
b)
Rangkaian berasaskan sistem operasi. Semua Raspberry Pi boot adalah single master sistem operasi Raspbian.
c)
Shared Folder. Mudah untuk menggunakan sistem shared folder untuk guru-guru dan pelajar.
d)
Sistem pengumpulan kerja. Sistem pengumpulan kerja atau penyerahan untuk membenarkan para pelajar menyerahkan kerja.
e)
Automated backup. Secara automatik backup semua kerja pelajar pada external drive secara berkala.
15 Banyak lagi ciri-ciri kecil yang lain seperti import kumpulan pengguna, kelas integrasi perisian pengurusan dan lain-lain.
Rajah 11 : PiNet login Thin Client. Perisian server dipasang pada komputer yang menjalankan Ubuntu Linux 14.04 atau 16.04 (disyorkan). Ubuntu adalah perisian percuma. Administrator perlu menyambung server dan Raspberry Pi bersama-sama dengan menggunakan rangkaian berwayar.
16
3.3
Pemasangan sistem. Kami melakukan tiga (3) kaedah pemasangan thin client bagi memilih jenis sistem operasi pada server yang dapat diselaraskan pada Raspberry Pi. Pemasangan ini bagi mengenalpasti kesesuaian sistem thin client pada Raspberry Pi.
3.3.1
LTSP Thin Client
Rajah 12 : Edit Network Connections untuk tukar kepada static IP.
Rajah 13 : IP yang akan digunakan pada LTSP Server. 17
a) Kekalkan IP pada terminal bagi memastikan DHCP server berjalan dengan lancar. sudo gedit /etc/network/interface
Rajah 14 : IP LTSP server. b) Ubah Network Manager config file bagi membenarkan administrator mengawal network dengan IP yang telah diubah. sudo gedit /etc/NetworkManager/NetworkManager.conf
Rajah 15 : Menukar “managed=false” ke “manage=true”.
18
c) Install LTSP Server. sudo apt-get install ltsp-server-standalone openssh-server d) Edit konfigurasi DHCP bagi LTSP Server dan samakan IP yang digunakan. sudo gedit /etc/ltsp/dhcpd.conf
Rajah 16 : Konfigurasi DHCP yang telah diubah. e) Pilih network interface bagi DHCP Server. sudo gedit /etc/default/isc-dhcp-server
Rajah 17 : Masukkan sekali eth0, “INTERFACE=eth0”.
19
f) Restart DHCP Server sudo /etc/init.d/isc-dhcp-server restart g) Optional step bagi konfigure Fat Client sebelum membina Thin Client. sudo gedit /etc/ltsp/ltsp-build-client.conf # ltsp-build-client.conf – many other oprions available # The chroot architecture. ARCH=i386 # ubuntu-desktop and edubuntu-desktop are tested. # Ubuntu 14.04 LTS FAT_CLIENT_DESKTOPS=”Ubuntu-desktop” h) Disable NBD compression sudo gedit /etc/ltsp-update-image.conf # Configuration file for ltsp-update-image # Do not compress the client image. Comment out the line below to enable again. NO_COMP=”-noF –noD –noI –no-exports” i) Bina LTSP Thin Client sudo ltsp-build-client –arch i386 j) Reboot LTSP Server baru bagi menyempurnakan LTSP Server yang dipasang. init 6 k) Semak status DHCP untuk memastikan DHCP berfungsi. sudo /etc/init.d/isc-dhcp-server status l) Setup Thin Client Admin User. sudo -s -H chroot /opt/ltsp/i386 useradd -m pta5 -G sudo passwd pta5 exit exit m) Lock katalaluan akaun Admin. sudo chroot /opt/ltsp/i386 passwd -l pta5 n) Update Client Image. sudo ltsp-update-image --arch i386 o) Setup akaun user Thin Client. sudo apt-get install gnome-system-tools p) Open Users and Groups.
Rajah 18 : Gnome system tools yang telah berjaya dipasang. q) Tambah akaun user baru.
Rajah 19 : Keterangan bagi akaun User pc2.
21 r) Masukkan katalaluan bagi user baru.
Rajah 20 : Katalaluan bagi User pc2. s) Berikan kebenaran kepada user dengan menukar pada User Privileges.
Rajah 21 : Tandakan kebenaran yang ingin diberikan kepada User pc2. t) Boot Thin Client daripada Ubuntu LTSP Server. i. Sambungkan komputer Thin Client pada switch rangkaian ii. iii.
LTSP. Ubah Thin Client BIOS Boot setting kepada rangkaian Jika semua yang diatur adalah benar, Ubuntu LDM login
iv.
screen akan terpapar pada Thin Client. Masukkan Username dan Password Thin Client.
22
Rajah 22 : Paparan Ubuntu LDM login pada Thin Client.
3.3.2
BerryTerminal a)
Setting Edubuntu sebagai LTSP terminal server.
Rajah 23 : Install Edubuntu LTSP. b)
Extract kandungan berryboot .zip file ke dalam SD card (format FAT) dan pasang pada Raspberry Pi.
c)
Sambungkan internet pada Raspberry Pi dan set timezone.
23
Rajah 24 : “Welcome to BeryBoot installation” akan dipaparkan. d)
Lokasi file sistem operasi akan disimpan.
Rajah 25 : Jenis drive yang akan menyimpan sistem operasi. e)
Download dan Install LTSP Thin Client.
Rajah 26 : Senarai sistem operasi yang disediakan untuk dimuat turun.
f)
Pada BerryBoot menu editor, administrator boleh memasang lebih dari satu sistem operasi.
Rajah 27 : Menu editor bagi menambah, edit, clone, delete export dan lain-lain editor bagi sistem operasi. g)
Restart DHCP pada Edubuntu LTSP terminal server. sudo /etc/init.d/isc-dhcp-server restart
h)
Setting IP Server pada cmdline.txt di Raspberry Pi. server=192.168.1.1
25
3.3.3
PiNet PiNet dipasang pada Ubuntu yang baru tanpa ada perkhidmatan lain. a)
wget --content-disposition http://bit.ly/pinetbeta dimasukkan ke dalam terminal User pta5.
Rajah 28 : Proses penyambungan pada server PiNet. b)
Untuk melancarkan PiNet, arahan sudo bash pinet digunakan.
Rajah 29 : Katalaluan dari administrator perlu dimasukkan untuk membenarkan arahan yang diminta. c)
Pilih “Yes”, bagi menerima tawaran daripada PiNet untuk memulakan pemasangan.
Rajah 30 : Dialog “Welcome” dipaparkan.
26
d)
Pilih “No”, kerana tidak mengimport data pengguna dari PiNet server yang lebih tua.
Rajah 31 : Pemberitahuan jika mempunyai data user pada PiNet sebelumnya. e)
Saluran keluaran “Stable” dipilih kerana hanya menggunakan dalam persekitaran pengeluaran.
Rajah 32 : Saluran “Stable” lebih sesuai bagi kegunaan di makmal. f)
Extra software yang akan dipasang pada server ialah LibreOffice, Scratch-gpio, Epoptes dan Custom package.
Rajah 33 : Senarai software yang disediakan.
27
g)
Pilih “Ok” bagi memulakan pemasangan dan proses ini mengambil masa 1-2 jam bergantung kepada kelajuan internet.
Rajah 34 : Proses install yang mengambil masa 4-5 jam. h)
Pilih “Yes”, jika memerlukan pelajar bagi mengakses sudo pada Raspberry Pi atau tidak pasti untuk menghidupkan atau mematikan sudo.
Rajah 35 : Peringatan penting bagi mengaktifkan sudo kepada pelajar. i)
Pilh “Yes”, jika administrator hanya menggunakan 1 network interface.
Rajah 36 : IP address server akan dipaparkan jika ada penyambungan internet.
28
j)
Sistem
operasi
akan
compressed.
Proses
recompressed
mengambil masa kira-kira 5 minit, pilih “Ok”.
Rajah 37 : Proses compress sedang berjalan. k)
Dialog Main Installation Complete akan terpapar selepas server menghasilkan imej SD card yang berada di /home/pta5/PiBoot.
Rajah 38 : Setelah selesai palam pada Raspberry Pi. Salin file boot ke dalam SD card pada Ubuntu. a)
Plug in SD card pada Ubuntu menggunakan USB reader.
b)
Buka file PiBoot dan pilih semua file.
c)
Right click, pilih “Copy To..”.
29
Rajah 39 : Menyalin file pada PiBoot folder. d)
Klik SD card pada side bar. Tekan select.
e)
Eject SD card daripada Ubuntu dan plug in pada Raspberry Pi.
30
3.4
Perancangan kerja (Gantt Chart)
Perlaksanaan Perancangan Rajah 40 : Pelaksanaan kerja yang telah dilakukan.
3.5
Rekabentuk projek
MONITOR
Rajah 41 : Pandangan dari sisi kanan.
Rajah 42 : Pandangan dari sisi kiri.
Rajah 43 : Dari pandangan belakang.
LTSP Server dan aplikasi yang dipasang di PC Server
Client mengakses data dan aplikasi yang berada di Server
Rajah 44 : Proses data dari server.
Carta alir Mula
Hidupkan Server Raspi-LTSP
IP address Server
Mengambil image daripada server
Login thin client
ya Tamat
33
tidak
3.6
BAB 4
HASIL DAN PEMBINCANGAN
Merujuk kepada kitaran PDCA setiap perancangan telah disemak dan diuji untuk memastikan projek yang dihasilkan benar-bena berkualiti dan berfungsi dengan baik. Sebarang permasalah yang ditemui semasa menjalankan projek dan analisa untuk mengenalpasti punca sebenar kerosakan.
TINDAKAN
MERANCANG
Client dapat Login menggunakan sistem thin client Mencatat laporan bagi proses projek
Bangunkan server thin client Bangunkan Raspberry Pi client
Bangunkan sistem pengurusan dan pemantauan
MENGUJI
MELAKSANA
Hidupkan servis DHCP untuk memberi IP address pada client Client dapat ping ke IP address server thin client
Pasang server thin client pada linux. Bina client bagi Raspberry Pi Pasang sistem pengurusan dan pemantauan pada server
Rajah 45 : kitaran PDCA
34 4.1
Keselamatan dalam pengujian Langkah-langkah keselamatan diri :
a. b. c. d.
Tidak memakai cincin, gelang tangan, jam tangan dan rantai. Memakai kasut bertapak tebal dan kasut yang tahan lasak. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh penyelia. Tidak makan dan minum, bergurau senda atau berkejar-kejaran semasa sedang bekerja. e. Memastikan tempat kerja dibersihkan terlebih dahulu sebelum meninggalkan kawasan kerja.
Keselamatan sewaktu menggunakan alat : a. b. c. d.
Menggunakan alat atau mesin tanpa izin daripada penyelia. Menyimpan peralatan kerja ditempatnya semula. Setelah menggunakan alat-alat it, ia hendaklah dibersihkan. Mematuhi peraturan penggunaan sesuatu peralatan dan mesin.
Langkah keselamatan semasa membuat kerja : a. Lantai tempat bekerja mestilah bersih dari minyak dan air. b. Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik dan sempurna. c. Peralatan harus disimpan ditempat yang betul dan selamat supaya mudah dicari bila diperlukan, lebih-lebih lagi diwaktu kecemasan. d. Semua bekalan elektrik harus dimatikan selepas kerja atau semasa hendaklah meninggalkan makmal.
35
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1
Kesimpulan
Kesimpulan yang kami dapat daripada Projek Tahun Akhir yang dijalankan ini amat memuaskan dimana kami berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Disamping itu, segala cabaran dan pemasalahan sepanjang membangunkan projek ini adalah sesuatu cabaran yang besar bagi kami dalam mengikut segala perancangan yang telah dirancang daripada awal pembangunan projek ini sehinggalah kepada penamatnya. Oleh itu dengan bangunnya projek sistem Thin Client menggunakan Raspberry Pi ini dapat membantu pengguna menggunakannya dengan sebaik mungkin. Projek ini juga dapat memaksimakan ruangan persekitaran kerja dan juga dilengkapi dengan tambahan ciriciri penjimatan kos. Justeru itu, projek ini dapat memenuhi kehendak pengguna dari semasa ke semasa.
5.2
Cadangan
Cadangan pembangunan Sistem Thin Client ini berkesan untuk digunakan, dan lebih efektif sekiranya client dapat menggunakan image sistem operasi Windows, kerana kebanyakkan pengguna komputer di Malaysia lebih mengenali sistem operasi Windows berbanding Linux, dimana ia masih asing bagi end-user walaupun linux juga menyediakan aplikasi bagi kerja-kerja pejabat.
36 Rujukan
1.
Thomas Corwin, Sayantan Das, Patrick Dickey, Mehmet Kani, Sam Klein, Eric Ponvelle (2014), Getting Started with Ubuntu 14.04, Creative Commons, San Francisco/California – USA: mukasurat 9-17.
2.
Provin Dhayfule, Hannie Dumoleyn, Sylvie Gallet, Kevin Godby, Eric Marsh, Miles Robinson, Tiffany Tisler (2016), Getting Started with Ubuntu 16.04, Creative Commons, San Francisco/California – USA: mukasurat 9-17.
3.
Janos TechUK (Feb 15,2013), Full Tutorial – Install and Configure LTSP server and clients (Ubuntu,ltsp,howto) PART 1,JANOSTECH.NET, http://www.janostech.net. Dicapai pada 10 Ogos 2016, daripada https://www.youtube.com/watch?v=sIcguYm23-c
4.
Rafael Brito (Nov 24, 2014), Tutorial – LTSP Ubuntu 14.04. Dicapai pada 5 September 2016, daripada https://www.youtube.com/watch?v=u0IW2ePynas
5.
Vlad von Nares (May 27, 2013), Edubuntu LTSP. Dicapai pada 21 Oktober 2016, daripada https://www.youtube.com/watch?v=2LtiT_SOnvk
6.
Stephen Cook (Jun 2, 2015), Ubuntu mate 14.04.2 lts 32 bit ltsp server. Dicapai pada 24 Oktober 2016, daripada https://www.youtube.com/watch? v=H0nQoum8sE
7.
Michael Amadio (Aug 24, 2012), Raspberry Pi and LTSP on Edubuntu. Dicapai pada 28 Oktober 2016, daripada https://www.youtube.com/watch? v=xcq5rWEeDko
8.
Harry Lavender (September 10, 2014), Running Raspberry Pi’s as Thin Clients with Ubuntu 14.04 LTS, ©uzERP LLP. Dicapai pada 28 Julai 2016, daripada http://www.uzerp.com/blog/running-raspberry-pis-as-thin-clientswith-ubuntu-14-04-lts/
9.
Have The Know How (2016), How to install LTSP (Linux Terminal Server Project) on Ubuntu Server, Copyright © 2016 www.HaveToKnowHow.com All rights reserved. Dicapai pada 2 Ogos 2016, daripada http://www.havetheknowhow.com/Configure-the-server/Install-LTSP.html
10.
LTSP, Introduction to LTSP, LTSP is a registered trademark of DisklessWorkstation.com. Dicapai pada 17 Ogos 2016, daripada http://www.ltsp.org/
11.
The Fan Club (2011), How to create a Ubuntu 12.04 x64 LTSP server with 32 bit thin clients, The Fan Club © 2001-2016. Dicapai pada 26 Ogos 2016, daripada https://www.thefanclub.co.za/how-to/how-create-ubuntu-1104-x64ltsp-server-32bit-thin-clients/
12.
ACNODES (2015), The Types of Thin Client and HMI Visualization Application,
[email protected]. Dicapai pada 8 September 2016, daripada http://www.acnodes.com/blog/the-types-of-thin-client-and-hmivisualization-application/
13.
Max (2015), BerryTerminal, Based on the LDM Source code from LTSP project http://www.ltsp.org/, Build with Buildroot. Dicapai pada 14 September 2016, daripada www.berryterminal.com/doku.php/
14.
Projectzme in guides, howto, Linux, Tablets, Ubuntu and tagged client server model, computer, dhcp, diskless workstation, educational infrastructure, linux, linux terminal server, linux terminal server project, low cost computing, ltsp, mainframe, networking, operating system, pxe, pxeboot, software, technology, terminal server, thin client, thin client computing, Ubuntu (2013), Setting up an Ubuntu Thin Client Server, blog at WordPress.com. Dicapai pada 21 September 2016, daripada https://projectzme.wordpress.com/2013/01/06/setting-up-an-ubuntu-thinclient-server/
15.
Alksig (2016), UbuntuLTSP/ltsp-pnp. Dicapai pada 26 September 2016, daripada https://help.ubuntu.com/community/UbuntuLTSP/ltsppnp#Generating_the_client_image/
16.
FoObar (2016), Raspberry Pi. Dicapai pada 29 September 2016, daripada https://wiki.ubuntu.com/ARM/RaspberryPi/
17.
Alkisg (2016), UbuntuLTSP/RaspberryPi. Dicapai pada 4 Oktober 2016, daripada https://help.ubuntu.com/community/UbuntuLTSP/RaspberryPi/
18.
Gbaman (2014), Raspi-LTSP Networked classroom system. Dicapai pada 13 Oktober 2016, daripada https://www.raspberrypi.org/forums/viewtopic.php? f=48&t=76862/
19.
Andy Hunt, Installing PiNet, released under Creative Commons. Dicapai pada 17 Oktober 2016, daripada pinet.org.uk/articles/installing-PiNet.html