Forex di Malaysia
Forex sudah lama di Malaysia, saya bermula dengan Forex secara tak sengaja pada akhir 2006 dimana saya diajak untuk lakukan pelaburan dalam Forex oleh seorang yang saya kenal di salah satu forum Malaysia yang terkenal. Dalam perjalanan sebagai seorang pelabur dan trader Forex saya banyak alami turun naik, kegagalan demi kegagalan dalam Forex sehinggalah saya dibimbing oleh seorang mentor jutawan Forex secara underground lebih lebih dari 3 tahun. Saya mula belajar penting tunggu signal & setup, bukan masuk sembarangan, penggunaan duit yang betul, berani cutloss dan macam-macam lagi. Dalam Forex ada beberapa langkah yang jelas yang perlu kita ketahui dan paling utama ialah mesti belajar apa teknik atau sistem forex yang anda mahu gunakan. Kemudian apa komponen trading anda, adakah anda jenis teknikal analisis trader atau fundamental analisis trader? Tujuan utama ialah untuk anda jelas anda sebenarnya mahu buat trading jenis apa? Adakah jenis scalping, jenis intraday, jenis swing atau pun jenis position trading. Rata-rata yang saya jumpa dengan trader kebanyakan trading mereka ialah scalping dan intraday. Ini berikutan dengan kesesuaian masa kerja dan masa mereka. Jadi anda pun mungkin sama. Jadi sebelum anda mulakan trading dengan BBMA khususnya anda mesti jelas apakah signal dan setup yang anda mahu ambil. Dalam BBMA ada Signal, Setup & Entri yang berbeza. Signal BBMA ialah Extrem, Candlestick Arah dan Candlestick Momentum dan Setup pula ialah di MHV (Market Hilang Volume) dan Re-entri. Entri pula di MA5/MA10 atau Line Of Fire pada timeframe sama dan juga pada multi-timeframe.
Rahsia BBMA
Kenapa BBMA dikatakan banyak sangat rahsia, kerana kunci utama kepada kejayaan BBMA ialah rahsia disebalik kefahaman kepada pergerakan market itu sendiri, dan bukan pada indicator tersebut. Ini kerana BBMA bukanlah kunci utama kejayaan, kerana ada 1001 cara untuk trading BBMA, apa yang dikatakan rahsia BBMA ialah kefahaman, kajian tentang pergerakan turun naik harga matawang itu sendiri. Dan ini dikenali sebagai BBMA Oma Ally. Oma Ally ialah founder kepada sistem ini, sejak meninggalkan dunia perbankan dari tahun 1997, beliau mula mengkaji satu sistem selama lebih 6 bulan dengan memerhati pergerakan dengan BB dan MA. Dan selepas diperbaik dengan mengajar beriburibu trader selama bertahun-tahun, pada 2015 beliau telah secara rasmi membuat satu diagram khas BBMA dan mula diperkenalkan pada orang ramai melalui seminar, workshop dan latihan berterusan BBMA. Roohi Adnan adalah orang yang paling lama bersama dengan Oma Ally, dan banyak juga rahsia dan penerangan dari sudut tambahan yang membantu ramai trader BBMA makin berjaya dan berjaya.
Bollinger Band Bollinger Band ialah indicator utama dalam sistem BBMA Oma Ally. Ia merupakan indicator standard dalam Metatrader. 2 sifat utama Bollinger Band ialah mengembang dan mendatar. Dalam 3 garisan utama dalam bollinger band yang dikenali sebagai. 1. Top Bollinger Band atau Top BB 2. Middle Bollinger Band atau Mid BB. 3. Low Bollinger Band atau Low BB.
Top BB
Mid BB
Low BB
BB Mengembang Bollinger Band mengembang menunjukkan ada pergerakan kuat atau momentum harga sedang berlaku dan menggerakkan arah pasaran. Ini memberitahu momentum pergerakan market adalah KUAT.
Bollinger Band Mengembang
Bollinger Band Mengembang
BB Mendatar Bollinger Band mendatar apabila tiada momentum dalam pergerakan market. Bollinger Band akan menguncup dan mengecil. Dan keadaan ini dipanggil BB Mendatar. Fenomena ini berlaku biasalah selepas kejatuhan atau kenaikan harga pasaran..
Bollinger Band mendatar
BB bertindak sebagai mengawal pergerakan harga Bollinger band adalah kunci utama dalam sistem BBMA Oma Ally. Bollinger Band bertindak sebagai pengawal kenaikan dan penurunan harga dan amat penting dalam menentukan pergerakan pasaran naik atau turun. (Uptrend atau Downtrend). Untuk menentukan trend uptrend dan downtrend ialah dengan menggunakan Mid BB untuk perubahan arah atau luar BB sebagai market meneruskan perjalanan. Mid BB ialah sebagai garis pemisah antara pasaran naik atau turun. Ini mesti dikenalpasti melalui Candlestick (CS) close dibawah atau di atas mid BB.
Resistant
Support
Support / Resistant
Moving Average Moving Average ialah nilai purata pergerakan harga pasaran dalam satu-satu masa. Ia dijadikan untuk baca trend dengan membandingkan pergerakan harga terhadap garis MA. Trend dikatakan naik, apabila harga berada di atas moving average dan harga dikatakan turun apabila dibawah moving average.
Harga melepasi MA dan berada dibawah (keadaan ini downtrend)
Harga melepasi MA dan berada di atas (keadaan ini uptrend)
Moving Average juga berfungsi sebagai SUPPORT & RESISTANCE bagi pergerakan sesuatu harga. MA berada dibawah sebagai SUPPORT , manakan MA berada di atas sebagai RESISTANCE.
Support Resistance
Indicator BBMA Bollinger Band Klik > Insert > Indicators > Trend > Bollinger Band
1
2 3
Gunakan Standard Setting, Period: 20 , Deviation: 2 dan Shift: 0
Indicator Bollinger Band yang telah dipasang.
Moving Average Insert > Indicator > Trend > Moving Average
1
2
3
Ubah setting Period: 5 , MA Method: Linear Weighted , Apply to: High , Style: Red
Indicator MA 5 High telah dimasukkan.
Insert > Indicator > Trend > Moving Average
1
2
3
Ubah setting Period: 5 , MA Method: Linear Weighted , Apply to: LOW , Style: Magenta
Indicator MA 5 Low telah dimasukkan.
Insert > Indicator > Trend > Moving Average
1
2
3
Ubah setting Period: 10 , MA Method: Linear Weighted , Apply to: High , Style: Orange
Indicator MA10 High telah dimasukkan.
Insert > Indicator > Trend > Moving Average
1
2
3
Ubah setting Period: 10 , MA Method: Linear Weighted , Apply to: Low , Style: Black
Indicator MA10 Low telah dimasukkan.
Insert > Indicator > Trend > Moving Average
1
2
3
Ubah setting Period: 50 , MA Method: Exponential , Apply to: CLOSE , Style: Aqua
Sistem BBMA Oma Ally
Righ Click > Template > Save Tempate
Save As > bbmaOA
BBMA Oma Ally Sebagai permulaan apa yang perlu anda tahu dan betul-betul ingat ialah apa hukum asas kepada sistem BBMA Oma Ally. Terdapat 2 asas utama yang amat penting: 1. Moving Average tidak boleh berada diluar Bollinger Band. 2. Candlestick tidak boleh closed diluar Bollinger Band. Dan terdapat 3 jenis entri utama dalam BBMA Oma Ally. 1. Extrem 2. MHV 3. Re-entri Entri ini bermaksud anda masuk position dengan menekan button buy atau sell dalam platform metatrader anda.
Extrem Konsep asas extrem ialah apabila berlaku MA keluar dari Bollinger Band. Dalam kes normal Ma5 akan keluar dari Bollinger Band. Dan jarang-jarang berlaku MA10 keluar dari Bollinger Band. Ini merupakan signal awal perubahan / reverse trend akan berlaku.
MA5 keluar dari pada BB
Jadi selepas (1)MA keluar daripada BB, anda tunggu untuk signal comfirmation seterusnya. Iaitu mesti ada (2)Candle Reverse, dan (3) Candle Retest. MA keluar daripada BB Candle Reverse
Candle Retest
Bagaimana untuk lakukan entri pada signal Extrem? Ingat, syarat untuk entri ialah di MA 5 sebagai entri. Sebab itu candle retest MA5 adalah tempat entri segera. Untuk exit, pastikan anda exit di Ma5 / Ma10 Low. Ini adalah exit wajib.
Market Hilang Volume (MHV) Market hilang volume ialah pengukuhan trend memberi signal kekuatan market sudah habis, tidak boleh pergi lagi dan bersedia untuk ubah trend. Ini berlaku selepas pembentukan Extrem.
MHV
Untuk entri pastikan (1) candlestick closed dalam BB, ada (2) candle reverse dan kemudian ada (3) candle retest. Semasa retest ini untuk adalah ruang entri. Cara untuk entri ialah marking body tertinggi semasa, dan entri dilakukan selepas marking tersebut.
Zon Entri
Re-entri Re-entri boleh dibuat dalam 2 keadaan. 1. Apabila berlaku Candle Arah 2. Apabila berlaku Candle Momentum Candle Arah Candle arah bermaksud candle yang menunjukkan arah akan datang. Terdapat 2 jenis candle arah iaitu: 1. Candle arah awal 2.Candle arah kukuh Candle Arah (CSA) Candle arah awal ialah candle arah yang menunjukkan market akan berubah arah. Ini boleh dianalisa dengan jelas dengan menggunakan MA5 dan MA10. Biasa market tidak berpontesi untuk meneruskan perjalanan tetapi akan patah semula. Apabila (1) candle close di atas / bawah MA5 / MA10 ini akan menjadi itu candle arah awal dan apabila (2) candle close di atas / bawah MA5/MA10 + Mid BB itu akan menjadikan candle arah kukuh - Market akan meneruskan destinasi seterusnya ke top atau low BB.
ukuh
Cand
le A
wal rah A
Cand
hK le Ara
Apabila sudah ada candle arah barulah re-entri boleh dilakukan, ini bermakna apabila anda nampak sahaja candle arah berlaku, tunggu candle lakukan retest semula pada MA5 / M10 pada timeframe sama. Jangan sesekali terus masuk kecuali anda sudah berpengalaman dengan multi-timeframe setup.
Candle Arah Awal Retest Candle
Retest Candle Candle Arah Kukuh
Perhatikan dalam candle arah awal (bear candle) memberikan signal untuk re-entri sell. Untuk entri anda mesti tunggu candle retest semula ma5 ma10 high. Perhatikan juga, konsep candle arah boleh dimatikan oleh candle arah baru. Jadi arah awal batal. Tengok pada bearish kedua selepas retest candle tadi, kalau ikutkan itu adalah signal candle arah yang kukuh, tetapi apabila berlaku retest, candlestick tersebut close di atas MA5/M10 high, jadi ini akan menjadi candle arah kukuh baru dan anda mesti tunggu retest di MA5/MA10 low untuk re-entri buy.
Reference: http://bbmaapprentice.com http://forextraderbootcamp.com http://bbmaintensive.com