TUGASAN INDIVIDU PENGAJIAN KENEGARAAN:
PENYATA RAHMAN TALIB
NAMA: AINUN SHAMILA BINTI ABD LATIF NO.MATRIK: NO.MATRIK: E20131007848 E2 0131007848 NO.KP: 950426-02-5096 NO.TEL: 017-2892413 PROGRAM: DIPLOMA BAHASA INGGERIS SEMESTER: SEMESTER 1 KUMPULAN: A NAMA PENSYARAH: EN.MUHAMMAD SHAMSHINOR ABD AZZIS
ISI KANDUNGAN BIL
TAJUK
1
1.0 ABSTRAK
2
2.0 TUJUAN 2.1 KANDUNGAN PENYATA RAHMAN TALIB 2.2 KESAN-KESAN 2.3 KESIMPULAN
3
3.0 LAMPIRAN
4
4.0 PETA MINDA
5
5.0 TEKA SILANG KATA 5.1 JAWAPAN TEKA SILANG KATA
6
6.0 RUJUKAN
MUKA SURAT
ABSTRAK
Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan.Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identitikebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpindan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri.Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976. Penulisan ini adalah mengenai Penyata Rahman Talib yang telah digubal pada tahun 1960.Selepas pilihan raya tahun 1959, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib iaitu Ketua Menteri Pelajaran Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mempunyai lapan orang ahli iaitu Tun Leong Yeow Koh adalah Menteri Kehakiman ketika itu. Seterusnya ialah Encik Mohd Khir Johari,seorang Menteri Perdagangan dan Perusahaan. Ahli yang seterusnya ialah Senator Koh Kim Leong, Encik Mohd Dahari Ali, Encik Abd Ghani Ishak. Selain itu adalah Penolong Menteri Pelajaran iaitu Kapten Abdul Hamid Khan dan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Datuk Wong Pow Nee.Ahli yang terakhir ialah Penolong Menteri Buruh iaitu Encik V.Manickavasagam. Tugas mereka adalah untuk menyemak semula syor-syor dalam Laporan Razak 1956 serta mengkaji langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Syor-syor Penyata Rahman Talib akhirnya telah digubal menjadi Akta Pelajaran 1961 Laporan Rahman Talib yang diperakukan dalam AktaPendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak 1956 dan menggariskan hasrat sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang.Laporan Rahman Talib ini akhirnya berjaya mengenalpasti beberapa kelemahan dalam Laporan Razak 1956 dan mencadangkan supaya ianya diubahsuai.Sistem Pendidikan Anika Jurusan (1965) bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
2.0 TUJUAN PENYATA RAHMAN TALIB Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas.Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir.Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untukkeperluan kerohanian sebagai teras. Penyata Rahman Talib ini adalah bertujuan untuk semak Penyata Razak dan kesan-kesan perlaksanaannya.Selain itu, Penyata Rahman Talib juga bertujuan memperbaiki sistem pendidikan negara yang sebelumnya berasaskan Penyata
Razak.
Laporan
Rahman Talib ini
akhirnya berjaya
mengenalpasti beberapa kelemahan dalam Laporan Razak 1956 dan mencadangkan supaya ianya dipinda.
2.1 KANDUNGAN PENYATA RAHMAN TALIB Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
Perlembagaan Malaysia Perkara 12, Perlembagaan Rakyat 1947 Seksyen 15 dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 Perkara 26 menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Hari ini pendidikan sudah menjadi satu perniagaan dan hanya golongan yang mampu dan mempunyai duit sahaja dapat menikmatinya. Sedangkan daripada 28 juta rakyat Malaysia, 40% iaitu 11 juta rakyat masih berpendapatan dibawah RM1500 sebulan. Ini menunjukkan kebanyakkan rakyat Malaysia masih miskin dan terdapat pelajar-pelajar yang tidak mampu ke sekolah kerana kemiskinan. Tidak ada pendidikan percuma di sekolah rendah seperti yang diwarwarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bajet 2008. Di sekolah rendah pelajar masih dikenakan yuran tambahan yang mencecah RM100-200 untuk seorang pelajar. Lagi menyedihkan yuran bagi pelajar-pelajar tadika adalah RM300-400 setahun dan belum dicampur dengan yuran bulanan. Oleh itu pendidikan perlu diberi percuma dan tidak seorang pun menjadi mangsa kerakusan sistem kapitalis yang memperniagakan pendidikan! Pendidikan adalah hak rakyat dan bukan komoditi.
Perkara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat kerana sistem pendidikan yang diberikan adalah secara percuma. Hal ini dapat meningkatkan pemupukan perpaduan nasional dengan pemberian pendidikan secara percuma kepada golongan yang tidak berkemampuan terutamanya golongan miskin di luar Bandar tidak kira agama bangsa dan budaya yang diamalkan oleh mereka. Pendidikan percuma untuk semua murid ini akan memberikan kesan yang sangat mendalam terutamya bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Selain itu, jumlah murid yang mendaftar masuk ke sekolah rendah semakin meningkat dari tahun ke tahun kerana mereka sedar akan kepentingan pendidikan dalam kehidupan mereka.
Dasar pendidikan percuma akan meluaskan aksesnya kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.
Semua sekolah rendah dan menengah dan peperiksaan awam hendaklah menggunakan bahasa rasmi sahaja
Bagi sekolah menengah, ke semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi sahaja iaitu Bahasa kebangsaan ataupun bahasa Inggeris sahaja. Hal ini kerana dapat memupuk semangat perpaduan di antara rakyat yang berbilang kaum di Negara kita ini. Selain itu, murid dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai bahasa itu sendiri dan dapat menuturkan bahasa tersebut dengan lebih fasih dan menjadikan mereka seseorang yang berguna. Hal ini juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara mereka kerana mereka menggunakan satu bahasa yang sama dan juga memudahkan mereka untuk bertutur antara satu sama lain. Hal ini juga kerana bahasa melambangkan bangsa itu sendiri. Cara ini juga penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia iaitu melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.
Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu
apabila
terpaksa
berpindah
sekolah.
Langkah
ini
boleh
menolong
proses
menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.
Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pelajar-pelajar bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsinya sebagai bahasa
perpaduan
rakyat,
perhubungan
mencerminkan akal budi rakyat.
utama,
dan
bahasa
ilmu
pengetahuan
yang
Menjalankan peperiksaan darjah 5 dan memajukan teknik dan vokasional.
Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting untuk memperkembangkan ekonomi dan juga pendidikan di Negara ini. Laporan Rahman Talib mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan juga Pantai Timur. Sekolah pertukangan juga harus ditubuhkan supaya menyediakan kursus 3 tahun untuk murid-murid yang telah belajar 2 tahun di sekolah menengah. Dengan adanya sekolah seperti ini, pemupukan perpaduan dapat dijalankan melalui pergaulan antara pelbagai kaum yang memasuki sekolah tersebut kerana sekolah tersebut adalah terbuka untuk semua kaum yang telah menduduki sekolah menengah selama 2 tahun.
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan yang ditawarkan pada masa kini. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di dalam mahupun diluar negara. Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal ini, banyak program yang berkaitan telah diwujud dan ditawarkan. Sistem latihan ini juga telah diperkenalkan diperingkat Sekolah Menengah sehinggalah ke peringkat Universiti.
Usaha-usaha ini adalah bagi membolehkan pelajar-pelajar yang berpotensi dilatih untuk menjadi tenaga kerja professional dan separa profesional di dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan. Pendidikan teknik dan vokasional ini sebenarnya dapat membantu pelajar tercicir dalam pelajaran bersifat akademik tetapi berpotensi besar untuk menjadi insan yang cemerlang dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara secara keseluruhannya.
Murid naik darjah secara automatik
Bagi menampung semua murid sekolah sekolah rendah naik ke sekolah menengah, cadangan umur persekolahan dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun. Hal ini kerana pengangguran murid-murid akan meminbulkan pelbagai masalah sosial. Dengan adanya sistem naik darjah
secara automatik, perpaduan dapat dikekalkan antara kaum kerana tali silaturrahim tidak akan putus kerana kita perlulah memberikan memupuk perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi.
Kenaikan darjah secara automatik juga dilaksanakan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan. Peluang pendidikan juga diberikan selama 9 tahun yang disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
Kursus sekolah dasar memakan masa enam tahun dan sepanjang enam tahun ini, proses naik darjah adalah secara automatik. Murid-murid yang tamat mengikuti kursus ini kemudian mengambil Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dan hanya 30% murid-murid sahaja yang terpilih untuk masuk ke sekolah menengah. Murid-murid yang gagal dibenarkan menunggu setahun lagi di Darjah 6 jika ada tempat. Sistem ini didapati tidak memuaskan kerana bagi kebanyakan murid, pendidikan rasmi mereka tamat sernasa mereka berumur 11 atau 12 tahun.
Kawalan mutu pelajaran di sekolah rendah ditingkatkan oleh Jemaah Nazir
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956 dan seterusnya diberi pengesahan di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran Tahun 1952 dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) yang menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara.
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan
kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara .
2.2 KESAN-KESAN PENYATA RAHMAN TALIB Murid-murid dapat belajar mengikut mata pelajaran yang mereka sukai. Perkara ini memberi kesan kepada sekolah menengah yang menerima pelajar-pelajar kelulusan SRP atau LCE. Sekolah-sekolah pertukangan menyediakan pertukangan elektrik,mekanik dan lain-lain untuk membolehkan masuk ke Sekolah MenengahTeknik dan seterusnya ke Kursus Diploma di Maktab Teknik. Seterusnya, murid-murid berpeluang menerima bimbingan daripada guru-guru yang lebih berkelayakan untuk menambahkan kecekapan. Selanjutnya, mengadakan satu bahasa rasmi dalam peperiksaan awam. Peperiksaan kenaikan tingkatan bagi Sekolah Menengah Cina dihapuskan pada tahun 1961 dan Peperiksaan Sijil Akhir Sekolah juga dihapuskan pada tahun 1963 untuk mengukuhkan perkembangan Bahasa Kebangsaan. Pada tahun 1962, 57 buah Sekolah Menengah Cina telah menjadi ‘Jenis Kebangsaan’.Tambahan lagi. Pada tahun 1963 Sekolah Menengah Alam Shah yang aliran Melayu berasrama penuh didirikan. Pada Oktober, 1964 penuntut-penuntut aliran Melayu yang menumpang di Sekolah Menengah Inggeris berpindah ke Sekolah Menengah Padang Midin, Kuala Terengganu. Daripada segi politik, masih kelam kabut. Parti Progresif Rakyat (PPR) menuntut supaya Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi dikempenkan sewaktu pilihan raya 1964. Bahasa jadi isu politik. Sekolah Menengah Inggeris semakin diberi kepercayaan dan mempunyai nilai ekonomi yang kukuh. Akhir sekali, peluang-peluang pendidikan Bumiputera dalam bidang profesional dan separa profesional tidak dapat dicapai sepenuhnya. Kerajaan tidak mengimbangi penerima-penerima kemudahan dari aspek Bumiputera dan bukan Bumiputera.
2.3 KESIMPULAN Konklusi yang dapat nyatakan di sini adalah Penyata Rahman Talib memberi impak kepada sistem pendidikan negara. Namun begitu, banyak perubahan positif yang dapat dilakukan untuk memajukan sistem pendidikan negra demi mendidik anak bangsa tanah air ini. Tetapi, sistem pendidkan negara perlu sentiasa diperbaharui sejajar dengan kemajuan teknologi dan tahap IQ pelajar yang semakin meningkat. Seterusnya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai tahap pendidikan bertaraf tinggi. Di harapkan penulisan ini dapat menyampaikan maklumat yang secukupnya mengenai tajuk ini.
3.0 LAMPIRAN
4.0 PETA MINDA
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI DALAM SEMUA PEPERIKSAAN RASMI
PENDIDIKAN PECUMA
PENYATA RAHMAN TALIB
Menjalankan peperiksaan darjah 5 dan memajukan teknik dan vokasional Kawalan mutu pelajaran di sekolah rendah ditingkatkan oleh Jemaah Nazir
Murid naik darjah secara automatik
5.0 TEKA SILANG KATA
1
2
4
5
3
6
SOALAN MELINTANG 1. PENGASAS PENYATA INI 3. KUMPULAN YANG MENJAGA MUTU PELAJARAN 6. SEKOLAH MENENGAH CINA DITUKARKAN KEPADA
MENEGAK 2. JUMLAH AHLI JAWATANKUASA PENYEMAK PELAJARAN 4. JUMLAH CADANGAN 5. BAHASA RASMI UNTUK SEMUA PEPERIKSAAN RASMI
5.1 JAWAPAN TEKA SILANG KATA 1. ABDUL RAHMAN TALIB 2. LAPAN 3. NAZIR 4. LIMA 5. BAHASA MELAYU 6. JENIS KEBANGSAAN
6.0 RUJUKAN 1. http://www.scribd.com/doc/22716468/Laporan-Pendidikan-Laporan-Razak-1957-Rahman-Talib-
1960-Laporan-Kabinet-1979
2. http://www.scribd.com/doc/88535126/Laporan-Rahman-Talib-Syor-Dan-Tujuan-Copy
3. http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/laporan-abdul-rahman-talib-1960.html
4.http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2013/03/penyata-rahman-talib-memupuk-perpaduan.html