Berikut adalah peraturan-peraturan futsal yang digunapakai oleh sebarang pertandingan futsal di seluruh dunia. Ukuran gelanggang mungkin berlainan kerana gelanggang yang biasa digunakan lebih kecil dari standard futsal sedunia. Oleh itu jarak-jarak yang digunakan didalam peraturan ini bolehlah disesuaikan mengikut ukuran gelanggang yang digunakan. Peraturan pertama – jumlah pemain · Jumlah minimum pemain untuk memulakan perlawanan : 5 termasuk penjaga gol · Jumlah minimum pemain untuk menghabiskan perlawanan : 3 · Jumlah maksimum untuk pemain simpanan: 3 · Maksimum pertukaran pemain : tiada · Cara-cara pertukaran : pertukaran terbang – semua pemain kecuali penjaga gol masuk dan keluar secara bebas,pertukaran penjagal gol mesti dibuat apabila bola keluar dari permainan dan dengan perhatian pengadil.Pemain yang keluar mesti keluar gelanggang terlebih dahulu sebelum pemainan simpanan masuk. Peraturan kedua – Alatan-alatan pemain · Peralatan sukan yang biasa – jersi ,kasut,sarung kaki, shin-guards, dan kasut futsal. Peraturan ketiga – Pengadil · Tugas – Tugas – menguatkuasakan peraturan, menggunakan peraturan “advantage”, mencatat semua kesalahan pemain semasa dan selepas perlawanan, menghentikan permainan bila perlu, memberi amaran dan mengeluarkan pemain yang melakukan kekasaran, dan sikap-sikap yang tidak menonjolkan semangat kesukanan, tidak membenarkan yang bukan pemain memasuki gelanggang ketika perlawanan sedang berlangsung, menghentikan perlawanan untuk memastikan pemain yang cedera telah dibawa keluar, dan menentukan bola yang akan digunakan. · Posisi – Posisi – berlawanan dengan kedudukan bangku pemain. Peraturan keempat – penjaga masa · Tugas – Tugas – memulakan masa selepas sepak mula, memaklumkan waktu habis separuh masa pertama dan kedua kepada pengadil, mencatat kekasaran (foul) dan memaklumkan kepada pengadil apabila sesebuah pasukan telah melakukan kesalahan (foul) lebih 5 kali (5-foul limit), mencatat skor, pemain yang diberikan amaran dan dikeluarkan dan informasi-informasi permainan yang relevan . · Posisi – Posisi – di luar garis tengah padang di zone pertukaran pemain (bangku pemain) Peraturan kelima – masa permainan
· Masa – permainan berlangsung selama 21 minit,separuh masa – 10 minit dan waktu rehat 1 minit. · Masa dicatat berterusan · Tiada “timeout” Peraturan keenam – permulaan permainan · Prosedur: lambungan duit syiling untuk menentukan sepak mula, pemain lawan di luar bulatan permulaan, permainan bermula sejurus selepas bola disentuh oleh pemain mula, bola tidak boleh disentuh oleh pemain mula sebelum pemain lain menyentuh bola. · Sepak mula selepas gol dijaringkan dan sebelum separuh masa kedua. Peraturan ketujuh – bola diluar dan didalam permainan · Bola diluar permainan – apabila bola sepenuhnya melintasi garisan gol atau garisan tepi gelanggang ; apabila permainan dihentikan oleh pengadil, apabila bola menyentuh jaring atas. · Garisan – garisan tepi ( touchline) dan garisan gol dikira garisan dalam permainan. Peraturan kelapan – cara-cara menjaringkan gol · Apabila bola sepenuhnya melepasi garisan gol, diantara tiang gol dan dibawah palang . Peraturan kesembilan – kesalahan dan kekasaran · Sepakan percuma “direct” diberikan kepada pasukan lawan apabila pemain secara sengaja melakukan mana-mana 11 kesalahan berikut (sepakan penalti diberikan apabila kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti) : 1. Menendang atau membuat percubaan untuk menendang pemain lawan 2. Menjatuhkan pemain lawan 3. Melompat ke arah pemain lawan 4. Menerjah ke arah pemain lawan secara bahaya 5. Menerjah ke arah pemain lawan daripada belakang 6. Menyerang, membuat percubaan menyerang, atau meludahi pemain lawan 7. Memegang pemain lawan 8. Menolak pemain lawan
9. Menerjah pemain lawan dengan bahu (shoulder charge) 10. Sliding pemain lawan ( sliding tackle) 11. Memegang atau menyentuh bola didalam permainan (kecuali penjaga gol) · Sepakan percuma “indirect” diberikan kepada pemain lawan apabila pemain melakukan mana mana diantara 8 kesalahan berikut (sepakan diambil dari jarak 6 meter daripada gol apabila kesalah dilakukan dalam kawasan penalti) : 1. Bermain secara bahaya (eg: menendang bola yang dipegang penjaga gol) 2. Melakukan penghadangan 3. Menerjah penjaga gol di dalam kawasan penalti 4. Penjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan “back pass” 5. Penjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan “kick -in” daripada pemain sepasukan. 6. Penjaga gol mengawal bola menggunakan mana-mana bahagian tubuh lebih daripada 4 saat. · Pemain patut diberikan amaran keras (eg: dilayangkan kad kuning) apabila: 1. Pemain simpanan memasuki gelanggang daripada posisi yang salah atau pemain gantian memasuki gelanggang sebelum pemain yang ditukarkan keluar sepenuhnya daripada gelanggang. 2. Secara kerap melakukan pelanggaran peraturan permainan. 3. Membangkang mana-mana keputusan pengadil. 4. Didapati bersalah melakukan perbuatan yang tidak menonjolkan semangat kesukanan. · 4 layangan kad kuning boleh menyebabkan pemain lawan diberikan sepakan percuma “indirect” daripada tempat pelanggaran (atau dari jarak 6 meter apabila pelanggaran dilakukan dalam kawasan penalti). · Pemain harus dikeluarkan (dilayangkan kad merah) apabila melakukan : 1. Kekasaran yang serius 2. Kelakuan ganas
3. Kekasaran atau berbahasa kasar 4. Kali kedua melakukan kesalahan yang diberikan amaran (kad kuning kedua) 5. Dengan sengaja menghalang peluang jaringan gol dalam kawasan penalti dengan menggunakan tangan. · Sepakan percuma “direct” (atau sepakan penalti) diikuti dengan pengeluaran pemain untuk kesalahan 1,2,dan 5 dan sepakan percuma “indirect” u ntuk kesalahan 3 dan 4 (sepakan dari garisan D apabila kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti) Peraturan pemain dibuang padang. · Pemain yang dibuang padang (dilayangkan kad merah) dikeluarkan untuk keseluruhan permainan dan tidak dibenarkan untuk duduk di bangku simpanan. · Pasukan yang pemainnya dibuang padang boleh membawa masuk pemain simpanan sebagai ganti pemain yang dibuang padang selepas 2 minit permainan atau selepas pihak lawan sudah menjaringkan gol (selepas salah satu berlaku). · Masa hukuman 2 minit di periksa oleh penjaga masa (atau pembantu pengadil). · Pemain gantian tidak boleh masuk tanpa kebenaran pengadil dan bola mestilah di luar permainan. Peraturan kesepuluh – sepakan percuma · Jenis : langsung (direct) dan tidak langsung (indirect) · Benteng : sekurang-kurangnya 3 kaki daripada bola sehingga bola dimainkan. · Bola dalam permainan : selepas bola telah bergerak di dalam lingkungannya. · Had masa: sepakan mesti diambil dalam 4 saat. · Syarat : Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola semula sebelum bola disentuh pemain lain. Peraturan kesebelas – Kesalahan akumulasi. Kesalahan akumulasi merujuk kepada semua kesalahan yang disebut dalam peraturan kesembilan. Apabila sesebuah pasukan mengumpul 5 kesalahan akumulasi semasa separuh masa ( kesalahan di masa tambahan dikira sebagai separuh masa kedua), daripada kesalahan keenam:
· Pasukan yang melakukan kesalahan tidak dibenarkan membuat benteng pertahanan semasa sepakan dibuat. · Semua sepakan mestilah secara langsung · Kesalahan yang dilakukan di dalam jarak 12 meter daripada garisan gol harus dihukum dengan sepakan percuma langsung dari tempat kesalahan dilakukan atau dari tempat pengambilan penalti kedua (2nd penalty spot) ;kesalahan yang dilakukan di luar jarak 12 meter mestilah dihukum dengan sepakan percuma langsung di tempat pengambilan penalti kedua. Prosedur : · Sebelum bola disepak, semua pemain selain penjaga gol dan pengambil sepakan percuma mestilah berada di luar garisan “imaginary” y ang sejajar dengan garisan gol dan satu garis dengan garisan melintang di mana bola akan disepak. · Penjaga gol mestilah berada di kawasan penalti sekurang-kurangnya 5 m daripada bola. · Pengambil sepakan mestilah mensasarkan gol dengan niat untuk menjaringkan gol · Tiada pemain lain yang boleh menyentuh bola sehingga bola menyentuh gelanggang, melantun daripada tiang gol atau palang gol, atau bola keluar daripada gelanggang. · Jika kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma diambil dari jarak 6 m terdekat dari gol di mana kesalahan dilakukan (sepakan bukanlah sepakan penalti) Peraturan ke -12 – sepakan penalti · Diambil dari tanda „sepakan penalti‟ di tengah -tengah garisan yang berjarak 6 m dari gol. (penalty spot) · Pengambil sepakan mestilah mensasarkan gol dengan niat menjaringkan gol. · Semua pemain lain mestilah berada di luar kawasan penalti dan pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5m daripada tempat pengambilan sepakan penalti. Peraturan ke- 13 – sepakan masuk · Diambil dari tempat lontaran masuk. · Bola mesti menyentuh garisan tepi sebelum disepak masuk. · Kaki yang tidak menyepak bola mestilah diluar garisan atau menyentuh garisan tepi; jika melebihi garisan tepi, sepakan masuk diberi kepada pemain lawan. · Sepakan masuk mestilah diambil dalam masa 4 saat, jika tidak,sepakan masuk diberi kepada pemain lawan.
· Pemain yang mengambil sepakan masuk tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain lain menyentuhnya ; pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan pemberian sepakan percuma tidak langsung kepada pemain lawan dari tempat pelanggaran berlaku. · Pemain lawan mestilah berjarak 5 m dari tempat sepakan masuk dibuat · Gol dibuat langsung dari sepakan masuk tidak akan dikira . Peraturan ke-14 – Gol
“clearance”
· Diambil dari tempat “goal kick” · Penjaga gol mestilah berada di dalam kawasan penalti semasa membaling bola. · Bola tidak dikira dalam permainan jika belum melepasi kawasan penalti. Jika “goal clearance” diterima di dalam kawasan penalti, “goal clearance” mestilah dia mbil semula. Peraturan ke- 15 – Sepakan sudut · Bola mestilah di sudut. Jika bola tidak diletak dengan betul, sepakan sudut mestilah diambil semula. · Diambil dalam masa 4 saat; jika tidak ,sepakan percuma tidak langsung diberi kepada pemain lawan. · Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain lain menyentuh bola ; pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan pemberian sepakan percuma tidak langsung kepada pemain lawan dari tempat pelanggaran berlaku. · Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 m daripada tempat sepakan sudut dibuat. · Jaringan gol secara langsung daripada sepakan sudut akan dikira. Extra –sepakan penalti penentuan · Pengadil menentukan gol mana yang akan digunakan. · Balingan duit syiling untuk menentukan giliran. · 5 sepakan diambil oleh pemain yang berlainan daripada setiap pasukan ; kapten setiap pasukan akan memberi 5 nama ini kepada pengadil sebelum sepakan diambil. · Jika masih seri selepas 5 sepakan, sepakan penalti tambahan akan diambil berdasarkan peraturan kalah-mati (sudden-death basis) oleh pemain yang masih belum mengambil sepakan. · Pemain yang dibuang gelanggang semasa perlawanan tidak boleh mengambil sepakan ini.
· Mana-mana pemain yang layak dalam pasukan boleh menggantikan penjaga gol nya mengambil sepakan. · Semasa sepakan penalti penentuan berlangsung, pemain akan tetap berada di separuh gelanggang lain. Extra 2 – mata · 3 mata untuk menang. · 1 mata untuk seri. · 0 mata untuk kalah.
SEJARAH Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan. Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'. Futsal
dimainkan
oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya
merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul. Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan. Naman FUTSAL berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'. Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.
Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan
hingga
tahun
1979,
dan
semua
gelaran
juara
disapu
habis Brazil. Brazilmeneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984. Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggotaanggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dariParaguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia. Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park,California.