Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
1
PENDAHULUAN
Sebagai pendahuluan adalah lebih baik kita menyentuh beberapa definisi pendidikan supaya dengan definisi itu nanti akan dapat membantu pemahaman kita tentang tajuk yang hendak dibincangkan. Saya akan cuba melihat beberapa definisi pendidikan itu menurut pandangan beberapa orang sarjana. Pendidikan, mengikut pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
Secara khususnya, pendidikan diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.
Pelbagai definisi dan tafsiran mengenai pendidikan telah diberikan mengikut fahaman orang yang membicarakannya dalam konteks tertentu. Namun yang pastinya pendidikan telah diakui oleh semua orang sebagai unsur terpenting dalam pembangunan tamadun manusia. Pendidikan digunakan sebagai alat untuk menimbulkan kesedaran politik, sosial dan ekonomi. Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya.
Plato, seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-udang negara.
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
2
John Macdonald menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif dengan masyarakat moden. Menurutnya pengertian pendidikan di dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala, pengertian pendidikan dalam masyarakat moden merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan, disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.
Mohammad Qath mengatakan pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.
Berdasarkan tafsiran-tafsiran pendidikan oleh beberapa orang ahli pendidikan Barat dan Timur seperti di atas, bolehlah kita rumuskan pengertian pendidikan seperti berikut:
Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa. Jika pendidikan jumud, bangsa juga turut kaku dan beku. Sebaliknya kalau pendidikan dinamik, bangsa menjadi cergas dan maju. Kenyataannya boleh dilihat sendiri oleh sesiapa sahaja. Negara-negara yang bergerak pantas adalah negara-negara yang memberi tumpuan
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
3
dan penekanan serius kepada pendidikan dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi.
Apabila begitu keadaannya, timbul pertanyaan, bagaimanakah pendidikan dapat digerakkan supaya menjadi lebih dinamik? Banyak cara boleh dibuat. Para pendidikan khususnya guru, sebagai orang yang terlibat secara langsung dengan pendidikan boleh memainkan peranan yang besar dari dalam sistem itu sendiri untuk merobah keadaan. Masyarakat pula boleh berperanan dari luar sistem untuk menimbulkan isu-isu yang dapat menggerakkannya. Kedua-duanya berfungsi selari dan saling membantu serta saling melengkapi antara satu dengan yang lain (complimentary and supplementary).
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH TERHADAP MASYARAKAT Perkataan ‘sekolah’ sering dikaitkan dengan pendidikan kerana sekolah merupakan sebuah istitusi atau organisasi formal yang bukan sekadar untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat, tetapi juga untuk membentuk satu rupa bangsa yang boleh dan bersedia menerima dan menghadapi perubahan dan pembaharuan. Sekolah merupakan satu daripada bahagian yang penting dalam masyarakat, khususnya masyarakat moden hari ini yang mempunyai matlamat, anggota dan peraturan yang tertentu di samping mempunyai tanggungjawab
penting
dalam
membangunkan
individu
dan
masyarakat
keseluruhannya.
Sesuai dengan tajuk kertas kerja ini iaitu peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat, dapatlah dijelaskan bahawa peranan utama sekolah ialah untuk
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
4
memberi pendidikan yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain memperkatakan tentang peranan dan tanggungjawab sekolah, saya juga akan menyentuh tentang masyarakat itu sendiri dalam bagaimana masyarakat juga turut berperanan terhadap institusi sekolah. Masyarakat dan sekolah sebenarnya saling berhubung kait dan kedua-duanya sama penting dalam memainkan peranannya dalam pendidikan.
Peranan Masyarakat Terhadap Sekolah
Masyarakat mempunyai pengaruh yang luas yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik sesebuah negara. Sesuatu masyarakat adalah terdiri daripada individu. Oleh itu satu-satu masyarakat itu tidak mungkin akan wujud tanpa individu yang menganggotai masyarakat tersebut. Masyarakat yang bertamadun mengadakan sekolah untuk memberi peluang kepada generasi yang baru untuk menguasai bahagian-bahagian pengetahuan yang dipilih dan difikirkan oleh masyarakat sebagai penting bagi melanjutkan perkembangan masyarakat itu. Dengan sebab itu, sekolah sebagai satu institusi masyarakat adalah bertujuan untuk menggalak dan memperkembangkan perubahan tingkah laku kanak-kanak mengikut arah yang dikehendaki oleh masyarakat.
Sebagai satu institusi masyarakat, sekolah tidak dapat dipisahkan daripada konteks masyarakat yang mengadakan sekolah itu. Sekolah di dalam satu-satu masyarakat mestilah memperlihatkan sifat keseluruhan kebudayaan masyarakat tersebut.
Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri dan kanak-kanak
hidup berdasarkan kehendak masyarakat dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya.
Sekolah
adalah
sebagai
model
kepada
masyarakat
umum
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
5
(Kamaruddin Haji Husin, 1994:22). Keadaan ini dapat digambarkan dengan lebih jelas seperti dalam rajah berikut:
Masyarakat
Sekolah
Seperti yang telah dikatakan tadi, masyarakat mempunyai pengaruh yang besar terhadap institusi pendidikan khususnya sekolah. Menurut Kamaruddin Haji Husin (1995:23), keperluan masyarakat umumnya disalurkan melalui institusi pendidikan (sekolah) berdasarkan pandangan hidup, visi atau wawasan serta pegangan politik masyarakat tersebut. Katanya lagi, keperluan ini banyak mempengaruhi dasar pendidikan sesebuah negara hingga institusi sekolah itu sendiri dikenali sebagai sebuah masyarakat kecil yang dipengaruhi oleh masyarakat dan mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui pendapat salah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat iaitu Robert Havighurst (Chee Yee, Tang, 1989:25) yang mengatakan keperluan kita adalah sangat-sangat dipengaruhi oleh masyarakat kita. Tingkah laku seseorang individu itu haruslah dapat diterima dalam masyarakat. Jika tingkah laku seseorang individu itu bercanggah dalam sesuatu kelompok masyarakat, maka sudah pasti masyarakat akan menyisihkannya. Sebaliknya jika individu itu dapat menyempurnakan tugas-tugasnya dalam sesuatu kelompok masyarakat maka sudah tentu ia akan dapat menjalankan atau menyelesaikan tugas seterusnya dengan sempurna.
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
6
Sekarang kita sudah mengetahui bahawa masyarakat mempunyai pengaruh yang besar terhadap prestasi sesebuah sekolah. Pencapaian pelajar bukan sahaja bergantung kepada prestasi sekolahnya tetapi juga banyak dipengaruhi oleh cara hidup pelajar itu sendiri. Sekolah pula bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sebaiknya terhadap masyarakat. Masyarakat sekarang mempercayai bahawa sekolah merupakan salah satu institusi formal yang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak berkembang melalui proses pendidikan yang ada di sekolah. Tanggungjawab di sini bermakna kewajipan yang dipikul oleh seseorang. Oleh itu, sekolah sebagai institusi sosial mempunyai kewajipan untuk membentuk masyarakat berasaskan pendidikan dan ilmu yang diterimanya.
Selain itu, kegiatan pertubuhan di dalam masyarakat juga memainkan peranan penting sebagai pengaruh sosial yang berkesan terhadap pencapaian persekolahan pelajar yang berkenaan. Kamaruddin Haji Husin (1995:30) menyatakan pengaruh masyarakat terhadap sekolah dapat dilihat melalui beberapa aspek, antaranya ialah seperti aspirasi ibu bapa dan keluarga, penglibatan masyarakat dan cara hidup masyarakat. Di sini akan dihuraikan secara ringkas mengenai aspek-aspek ini.
a. Aspirasi Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang besar terhadap pencapaian persekolahan anak-anak mereka. Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap masa hadapan anak-anak mereka memainkan peranan penting untuk mendorong anak-anak mereka itu lebih giat untuk mencapai prestasi yang tinggi di sekolah. Dengan aspirasi dan harapan yang tinggi itu, sekolah dapat berusaha untuk mengasuh anak-anak
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
7
mereka dengan sempurna. Aspirasi ibu bapa amat penting dalam mempengaruhi aspirasi pendidikan di sesebuah sekolah.
Seseorang pelajar itu biasanya akan bertingkah laku dan memegang sikap yang dapat diterima di bilik darjah apabila rumah dan sekolah mempunyai idea yang sama tentang bagaimana mendidik dan memegang taraf tingkah laku yang sama. Misalnya, jika di rumah, ibu bapa akan memarahi anak mereka jika berbohong atau tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru, maka di sekolah pelajar yang sama ini akan takut hendak berbohong dan akan membuat latihan yang diberikan kerana nilai-nilai dan aspirasi untuk belajar di rumah dan di sekolah adalah bersambungan. Jelaslah, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan aspirasi pengajaran sesebuah sekolah. Tanpa kerjasama daripada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka maka sukarlah bagi sesebuah sekolah untuk mengamalkan dan melaksanakan dasar yang telah ditetapkan.
b. Penglibatan Masyarakat
Pertubuhan masyarakat yang terdapat di persekitaran sekolah juga boleh memberi sumbangan untuk meningkatkan prestasi pencapaian sesebuah sekolah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan pelajar yang berkenaan. Misalnya saja di negara Brunei sendiri terdapatnya pertubuhanpertubuhan seperti Majlis Belia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kelab-Kelab dan seumpamanya turut memainkan peranan dalam pendidikan pelajar. Pelajar-pelajar seringkali diundang untuk mengikuti program-program yang berkaitan dengan pendidikan mereka dengan tujuan untuk memberi dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Sumbangan seumpama ini dapat meningkatkan lagi mutu pencapaian
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
8
persekolahan pelajar disamping adanya hubungan sosialisasi anatara warga sekolah dan masyarakat luar yang turut berperanan terhadap pendidikan (sekolah).
c.
Cara Hidup Masyarakat
Budaya hidup sesuatu masyarakat akan memberi kesan terhadap dasar yang cuba dilaksanakan di sesebuah sekolah. Cara hidup kanak-kanak di rumah dan persekitaran mereka juga merupakan pengaruh sosial yang mempengaruhi suasana sesebuah sekolah. Kanak-kanak yang diasuh dengan cara yang baik dan selalu mendapat perhatian serta dorongan ibu bapa mereka akan mencapai prestasi yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian dan asuhan daripada ibu bapa. Situasi sebegini merupakan faktor yang mempengaruhi suasana dan pencapaian sesebuah sekolah.
Selain itu juga, ada masanya budaya yang diamalkan oleh sebahagian remaja akan membawa kesan yang positif atau negatif kepada sekolah. Jika kesan negatif maka sekolah akan menghadapi masalah dalam mencapai matlamat pengajaran yang tinggi tetapi jika kesan positif, sudah tentu sedikit sebanyak membantu sekolah untuk melancarkan lagi matlamat pengajaran.
Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
Menurut Kamaruddin Haji Husin (1995:33), tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat dapat dilihat daripada beberapa aspek, antaranya ialah seperti sosialisasi, pendidikan dan latihan, persediaan untuk pekerjaan dan mengawasi pelajar. Bolehlah dikatakan banyaknya tanggungjawab sekolah itu terhadap masyarakat tetapi dalam kertas kerja ini hanya akan dibincangkan beberapa sahaja daripadanya.
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
9
a. Sosialisasi Apabila kita memperkatakan tentang sosialisasi, kita tahu sosialisasi adalah proses interaksi yang membolehkan manusia memperoleh sahsiah dan belajar cara hidup masyarakat. Ia menghubungkan individu dengan masyarakat. Hubungan ini begitu penting kerana manusia dan masyarakat tidak dapat hidup tanpa hubungan ini. Agen sosialisasi termasuklah keluarga, rakan sebaya, media massa dan sekolah itu sendiri sebagai masyarakat kecil. Proses sosialisasi ini amat penting dalam mencorakkan personaliti murid. Mereka perlu melengkapkan diri dengan personaliti yang baik mengikut norma dan nilai masyarakatnya. Sekolah yang bertindak sebagai agen sosialisasi berupaya mengubah bentuk masyarakat dengan mengajar generasi muda hubungan yang baik di antara manusia dan memudahkan mereka bergaul dan memainkan peranan dalam sesuatu organisasi masyarakat. Dengan itu, mereka akan mudah mengikut rentak dan kehendak sesuatu masyarakat di mana ia berada.
Di sekolah, proses interaksi sosial sering dan mudah berlaku antara guru dan murid dan murid dengan murid (rakan sebaya). Oleh itu sudah pasti akan memudahkan murid-murid apabila dewasa nanti untuk berinteraksi dengan masyarakat. Sebenarnya murid-murid ini belajar cara-cara hidup bermasyarakat. Mereka dapat memahami peranan sosial dengan lebih berkesan kerana adanya didikan awal tentang sosialisasi di peringkat sekolah. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, dari institusi sekolahlah saya belajar cara-cara untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Kalau sebelumnya saya merupakan seorang yang sukar untuk berinteraksi dengan orang lain (masyarakat) tetapi melalui penglibatan saya dalam satu-satu kelab, saya telah banyak belajar cara-cara hidup bermasyarakat dan turut sama-sama terlibat dalam masyarakat itu sendiri. Melalui proses sosialisasi di sekolah-sekolah (termasuk
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
institusi
pengajian
tinggi)
inilah
sedikit
sebanyak
telah
10
membuka
dan
mengembangkan minda saya dalam mempelajari dan memahami kebudayaan serta tingkah laku hidup bermasyarakat.
b. Pendidikan dan Latihan
Sekarang kita sudah tahu peranan pendidikan adalah untuk membentuk seseorang individu yang sanggup berfikir secara kritikal dan mempunyai daya kreatif manakala latihan adalah proses memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Kalau kita lihat pendidikan hari ini sudah mengalami perubahan yang pesat dan isi pendidikan atau bahan pengajaran di sekolah juga sudah berubah bagi memenuhi kehendak masyarakat masa ini dan masa hadapan. Selain dari akademik, sekolah juga bertanggungjawab memberi latihan kemahiran teknikal selaras dengan kemajuan teknologi masyarakatnya. Kemajuan teknik ini disampaikan kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakannya dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya, penggunaan teknik baru dalam pendidikan iaitu komputer, Overhead Projector, filem slaid dan seumpamanya. Bahkan di Negara Brunei Darussalam sendiri telah membukakan banyak sekolah dan kursus teknikal dan vokasional untuk pelajar-pelajar. Pelbagai kemahiran teknik telah diperkenalkan sesuai dengan pengetahuan masing-masing dan sekarang kelulusan teknikal dan vokasional amat diperlukan seperti dalam bidang mekanik, engineering, kemahiran membuat dan memperbaiki perabot rumah (kraf tangan) dan kemahiran menggunakan teknologi seperti komputer dan sebagainya. Sekolah-sekolah ini diharapkan dapat memberi peluang khususnya generasi muda menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang difikirkan sesuai untuk melanjutkan perkembangan masyarakat. Perubahan dalam bidang mekanikal dan perindustrian
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
11
pada hari ini amat memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal ini.
c.
Persediaan untuk Pekerjaan
Sekolah juga bertanggungjawab memberi pendidikan ke arah membolehkan ahli masyarakatnya mendapat pekerjaan. Sistem pendidikan merupakan alat bagi mengisi keperluan pekerjaan. Masyarakat sekarang berlumba-lumba agar anak-anak mereka mendapat pekerjaan yang baik dan sempurna untuk menjamin masa depan mereka. Perkara ini disokong lagi dengan pendapat Ottaway (dlm Hazil Abdul Hamid, 1990:95) yang mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses yang digunakan oleh ibu bapa bagi mendapatkan pekerjaan yang baik untuk anak-anak mereka. Hal ini memang diakui kebenarannya pada masa sekarang. Oleh itu, tidak bolehlah kita menafikan bahawa sekolah itu sebagai satu tapis memproses manusia kepada pekerjaan, peranan dan status yang dianggap sesuai baginya. Apa yang sebenarnya berlaku adalah pendidikan sekarang lebih menekankan untuk mendapatkan pekerjaan.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa sekolah merupakan satu saluran bagi mendapat pekerjaan. Proses persekolahan yang ada sekarang adalah untuk menyediakan tenaga pekerja yang selaras dengan peranan pekerjaan pada masa akan datang. Mana-mana sekolah termasuk sekolah vokasional dan teknikal mengutamakan pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan. Manakala persekolahan yang mementingkan akademik dianggap lebih penting kerana menyediakan pekerjaan ‘kolar putih’. Oleh yang demikian, sekolah adalah sebagai langkah permulaan ke arah mendapatkan pekerjaan. Memandangkan pentingnya pekerjaan kepada generasi lepasan
persekolahan
(termasuk
institusi
pengajian
tinggi),
maka
sekolah
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
12
bertanggungjawab untuk memberi pendidikan yang selaras dengan keperluan pekerjaan pada masa ini. Olive Banks (dlm Hazil Abdul Hamid, 1990:99) mengaitkan mereka yang menduduki tempat yang di atas di dalam struktur pekerjaan adalah mereka yang telah mendapat pendidikan yang lebih. Tetapi beliau juga ada mengatakan bahawa
perhubungan ini
bergantung kepada setakat
manalah
kesesuaiannya dan kelayakan pendidikan bagi memenuhi kedudukan yang tinggi di dalam pekerjaan. Dengan kata lain, pendidikan di sekolah bergerak selaras dengan kehendak dunia pekerjaan bagi mengeluarkan tenaga yang akan berusaha ke arah pembangunan negara. Semua ini akan menggerakkan mobiliti sosial setiap individu dalam masyarakatnya.
Pelajar dilatih supaya sedar akan keadaan sekelilingnya dan berkeyakinan dalam kehidupan. Sekolah memproses individu dan pengetahuan ke arah membentuk kebudayaan yang bersesuaian dengan norma masyarakatnya. Contohnya saja dalam pengajaran mata pelajaran seperti sejarah, Melayu Islam Beraja (MIB), kesusasteraan dan bahasa, pelajar diajar mengikut kehendak kebudayaannya. Kebudayaan negara diperkenalkan dan diterapkan kepada pelajar di sekolah dengan memperkenalkan mata pelajaran MIB yang terkandung di dalamnya mengenai sejarah kebudayaan Negara Brunei Darussalam, bahasa rasmi negara, ciri-ciri bendera negara, lagu kebangsaan dan seterusnya memupuk semangat cintakan tanah air.
d. Mengawasi Pelajar
Sekolah itu terdiri daripada pengetua/guru besar, guru dan pihak pentadbir yang mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi pelajar dan menjauhkan mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti penagihan dadah, masalah lepak atau
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
13
pergaulan bebas sehingga mengakibatkan lari dari rumah dan sebagainya. Pihak sekolah terutama pengetua/guru besar dan guru bertindak sebagai ‘ibu bapa kedua’ dan memikul tanggungjawab seperti ibu bapa pelajar. Ini penting bagi memastikan tidak wujudnya masalah sosial dalam masyarakat. Berbalik kepada definisi pendidikan yang diberikan oleh Plato iaitu pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia dan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-udang negara. Dari definisi ini bolehlah saya simpulkan bahawa peranan pihak sekolah dalam mengawasi pelajar-pelajarnya adalah amat penting sekali bagi menghindarkan mereka dari anasir-anasir yang kurang baik dan berkelakuan tidak bermoral serta melanggar nilai-nilai masyarakat sehingga disisihkan oleh masyarakat itu sendiri.
Tambahan lagi sekarang merupakan era globalisasi, era yang tidak ada sempadan dan pemisah. Anasir-anasir Barat yang kurang baik dan tidak bermoral selalu saja datang menggoda dan menghimpit generasi muda hari ini yang boleh membawa kepada jatuhnya nilai-nilai keislaman. Akibatnya remaja tersepit di tengahtengah dalam memilih budaya mana yang patut diterima antara Barat atau Timur. Kelakuan dan tingkah laku yang tidak bermoral ini boleh mencemarkan nama negara seolah-olah negara telah melahirkan generasi yang tidak berpengetahuan dan berpendidikan di institusi sekolah yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak mulia. Inilah yang patut kita hindari dan jauhi agar masyarakat kita terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan berwawasan.
Namun begitu, tanggungjawab mengawas pelajar bukanlah tertakluk mutlak kepada sekolah sahaja tetapi ibu bapa dan masyarakat sekeliling juga harus samasama berganding bahu dalam memenuhi aspirasi dan kehendak masyarakat agar
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
14
mereka akan menjadi masyarakat dan generasi yang berguna untuk bangsa dan negara. Oleh itu, dalam usaha untuk melahirkan generasi yang progresif dan mantap, sekolah harus menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Ini kerana kemantapan dan kreativiti generasi tersebut akan menggambarkan masyarakat negara yang unggul dan berwawasan.
KESIMPULAN
Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, dapatlah saya simpulkan bahawa apa yang penting di dalam pendidikan di sekolah adalah melatih pelajar atau murid supaya “belajar untuk belajar” iaitu dengan mempelajari bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan cara yang kreatif. Kita tahu, sekolah sebagai satu institusi masyarakat adalah bertujuan untuk menggalak dan memperkembangkan perubahan tingkah laku mengikut arah yang dikehendaki oleh masyarakat. Masyarakat dan sekolah atau pendidikan tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya turut sama penting dalam menyumbangkan ke arah melahirkan masyarakat atau individu yang sempurna.
Kanak-kanak dianggap sebagai “kain putih” dan pengaruh daripada ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya akan mewarnakan sahsiah kanak-kanak itu. Pepatah Melayu yang mengatakan “melentur buluh biarlah ketika ia masih rebung” menekankan pentingnya pendidikan dijalankan pada masa kanak-kanak masih kecil lagi dan dengan “pelenturan” itu, memperlihatkan cara pendidikan yang tidak secara memaksa tetapi dengan beransur-ansur, tegas ke arah yang dikehendaki.
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
15
RUJUKAN
Atan Long, 1982, Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Chee Yee, Tang, 1989, Psikologi Perkembangan, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Connell W.F., 1981, Asas Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur D. Crow, Lester, 1983, (Terjemahan Habibah Bt. Elias), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hazil Abdul Hamid, 1990, Sosiologi Pendidikan dalam Perspektif Pembangunan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat: Antara Dasar, Reformasi dan Wawasan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Ibrahim Mamat, 2001, Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Kamaruddin Haji Husin, 1995, Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Manja Mohd. Ludin, 1990, Psikologi, Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Rahil Mahyuddin, et.al., 2000, Psikologi Pendidikan II, Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia Sanapiah Faisal dan Nur Yasik, Sosiologi Pendidikan, Usaha Nasional, Surabaya, Indonesia Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985, Sosiologi Pendidikan, Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Sharifah Alwiah Alsagoff, 1987, Psikologi Pendidikan I, Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia Soon Sang, Mok, 2001, Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat
16
Vaizey, John, 1987, Pendidikan di Dunia Modern, Penerbit PT Gunung Agung, Jakarta