Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
SOALAN AM PERMOHONAN KURSUS DI INTAN LATIHAN DI INTAN PRODUK UTAMA INTAN
HAL LATIHAN DAN SOKONGAN KURSUS /
SOALAN AM 1. Apakah fungsi INTAN?
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang berperanan untuk melaksanakan latihan ke arah pembangunan sikap, pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai awam serta melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, konsultansi dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif.
2. Dimana lokasi INTAN?
INTAN terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur serta enam (6) kampus wilayah seperti berikut:
-
INTAN Kampus Kampus Wilayah Wilayah Tengah (INTENGAH) di Jalan Elmu, Kuala Lumpur INTAN Kampus Kampus Wilayah Utara (INTURA) (INTURA) di Sungai Sungai Petani, Kedah INTAN Kampus Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) (IKWAS) di Kluang, Kluang, Johor INTAN Kampus Kampus Wilayah Timur (INTIM) (INTIM) di di Kemaman, Kemaman, Terengganu Terengganu INTAN Kampus Sabah di Tuaran, Sabah; dan INTAN Kampus Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
3. Apakah nombor perhubungan INTAN?
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) , Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 603 - 2084 7777, Faks : 603 - 2096 1403 Email :
[email protected]
1 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
INTENGAH
INTAN Kampus Wilayah Tengah Jalan Elmu, 59100 Kuala Lumpur Tel : 603 - 7966 1555 Faks : 603 - 7955 4767 Email :
[email protected]
IKWAS
INTAN Kampus Wilayah Selatan KM 3, Jalan Batu Pahat, Peti Surat 141, 86007 Kluang, Johor Tel : 607 - 7752 500 Faks (Admin) : 607 - 7725 661 Faks (Training) : 607 - 775 2530 Email :
[email protected]
INTURA
INTAN Kampus Wilayah Utara Jalan Kuala Ketil, Peti Surat 94, 08007 Sungai Petani, Kedah Darul Aman Tel : 604 - 421 8321 Faks : 604 - 421 4489 Email :
[email protected]
2 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
INTIM
INTAN Kampus Wilayah Timur Bukit Geliga, Cukai, Peti Surat 65, 24007 Kemaman, Terengganu Tel : 609 - 868 3808 Faks : 609 - 868 3007 Email :
[email protected]
INTAN Sabah
INTAN Kampus Sabah Jalan Sulaman Tuaran, Beg Berkunci 2080, 88999 Kota Kinabalu, Sabah Tel : 6088 - 483500 Faks : 6088 - 473645 (Administration), 6088 - 473647/648 (Training) Email :
,
[email protected]
* Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
INTAN Sarawak
INTAN Kampus Sarawak No. 2, Lot 5452 Jalan Datuk Mohammad Musa
3 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
94300 Kota Samarahan Sarawak Tel : 6082 - 626024/025/ 6082 - 592000 Faks : 6082 - 615060 Email :
[email protected] .my
4. Apakah laman web rasmi INTAN?
www.intanbk.intan.my
SOALAN AM PERMOHONAN KURSUS DI INTAN LATIHAN DI INTAN ODUK UTAMA INTAN
HAL LATIHAN DAN SOKONGAN KURSUS/PR
PERMOHONAN KURSUS DI INTAN
1. Siapakah yang layak berkursus di INTAN?
Kesemua penjawat awam layak berkursus di INTAN.
2.
Bagaimanakah cara untuk memohon kursus di INTAN?
Permohonan boleh dibuat secara online (atas talian) melalui portal INTAN www.intanbk.intan. my melalui langkah-langkah berikut
4 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
1. Klik pada menu "Kursus & Jadual" 2. Klik modul "Permohonan Kursus" 3. Pilih kampus 4. Pilih kategori / taip nama kursus 5. Klik pada 'link' nama kursus 6. Klik Mohon Kursus
3.
Bolehkah permohonan dibuat secara manual?
Ya, INTAN turut menerima borang permohonan secara manual untuk Kementerian/Jabatan yang memerlukan bukti permohonan/pengesahan secara bertulis. Walau bagaimanapun, permohonan secara atas talian digalakkan.
4. Adakah kebenaran daripada Ketua Jabatan/Penyelia diperlukan bagi permohonan secara atas talian?
Ya, satu emel makluman/pengesahan akan dihantar secara otomatik kepada Ketua Jabatan/Penyelia apabila permohonan dibuat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat Ketua Jabatan/Penyelia dengan tepat semasa mengisi permohonan secara atas talian.
5. Apakah yang akan berlaku sekiranya Ketua Jabatan/Penyelia tidak meluluskan permohonan kursus?
Emel pemakluman kepada penyelaras kursus akan dihantar secara otomatik sekiranya permohonan kursus yang dibuat tidak mendapat kelulusan Ketua Jabatan/Penyelia. Permohonan kursus akan terbatal dengan sendirinya.
6.
Bagaimana pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian?
Pemohon boleh menyemak Katalog Kursus yang mengandungi maklumat seperti objektif kursus, jangkamasa berkursus, tarikh kursus dan kumpulan sasaran. Melalui maklumat ini, pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
5 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
7. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu kursus tersebut masih dibuka untuk permohonan?
Status permohonan kursus sama ada masih dibuka atau telah ditutup ada dinyatakan pada maklumat kursus di dalam Katalog Kursus pada Portal INTAN ( www.intanbk.intan.my )
8.
Bilakah tempoh permohonan kursus ditutup?
Tempoh permohonan untuk sesuatu kursus akan ditutup dua (2) minggu sebelum kursus bermula.
9.
Bagaimana untuk menyemak status permohonan kursus?
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan atau menghubungi terus urusetia kursus yang berkaitan.
10. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesuatu kursus yang telah dijadualkan?
Maklumat urusetia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam katalog kursus pada Portal INTAN ( www.intanbk.intan.my ).
6 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
11.
Bagaimana rayuan boleh dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?
Rayuan boleh dikemukakan kepada Penyelaras Program yang berkenaan. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad pemilihan bergantung kepada pertimbangan pihak INTAN.
12. Apakah tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat?
INTAN akan mengemukakan pemakluman kepada Ketua Jabatan/Penyelia sekiranya penjawat awam tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat.
SOALAN AM PERMOHONAN KURSUS DI INTAN LATIHAN DI INTAN PRODUK UTAMA INTAN
HAL LATIHAN DAN SOKONGAN KURSUS /
HAL LATIHAN DAN SOKONGAN LATIHAN DI INTAN
1. Bagaimanakah untuk mendapatkan Kalendar Projek Latihan INTAN 2012? / Bagaimanakah untuk mendapatkan senarai kursus-kursus yang ditawarkan oleh INTAN?
Katalog Kursus boleh diakses pada Portal INTAN di http://www.intanbk.intan.my .
7 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
2.
Berapakah kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN?
Kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN adalah seperti berikut:
i)
Caj yuran bagi sektor awam
Bil. (RM)
TEMPOH KURSUS
KADAR YURAN
1.
1 hingga 7 hari
30.00
2.
8 hingga 30 hari
50.00
3.
8 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
1 bulan hingga 6 bulan
100.00
4.
Lebih 6 bulan
150.00
ii) Caj yuran bagi sektor swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan peserta luar negara (di atas jemputan saja)
YURAN PENGAJIAN
(RM)
KADAR BAYARAN HARIAN PER PESERTA (RM)
9 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
SEKTOR SWASTA DAN GLC
LUAR NEGARA
Tanpa Penginapan
300.00
1000.00
Dengan Penginapan
420.00
1180.0
3.
Bagaimanakah kaedah bayaran yuran kursus dilaksanakan?
Bayaran boleh dilaksanakan menerusi kaedah berikut:
- Tunai (pembayaran semasa pendaftaran kursus); dan - Pesanan Kerajaan (LO)
10 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
4.
Adakah kemudahan penginapan disediakan untuk semua peserta kursus?
Kemudahan penginapan hanya akan diberikan kepada peserta yang beralamat pejabat luar daripada kawasan Lembah Klang/Putrajaya/Cyberjaya dan Kuala Lumpur.
5.
Bagaimanakah prosedur untuk mendaftar masuk ke asrama INTAN??
Peserta-peserta boleh mula mendaftar masuk sehari sebelum hari berkursus kepada petugas kaunter penginapan bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 petang. Sekiranya lewat perlu memaklumkan kepada Urusetia Kursus atau petugas kaunter dengan lebih awal. Peserta perlu membawa bersama surat tawaran kursus ketika mendaftar masuk ke asrama INTAN.
6.
Apakah kemudahan yang terdapat di INTAN?
Di antara kemudahan yang terdapat di INTAN adalah bilik kuliah dan seminar yang kondusif dan selesa; makmal komputer, kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang sepak takraw, gelanggang skuasy, gymnasium, kolam renang, padang bola jaring, padang bola sepak, padang bola tampar dan gelanggang tenis; perpustakaan, asrama, kedai buku, surau, musolla, kafetaria dan parkir kereta yang luas dan selamat.
7.
Adakah INTAN menyediakan kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU)?
Kemudahan untuk OKU disediakan seperti parkir OKU, ramp wheel chair dan lif braille. Walau bagaimanapun, peserta OKU dikehendaki memaklumkan urusetia kursus lebih awal supaya kemudahan yang bersesuaian dapat disediakan bagi keselesaan peserta semasa berkursus.
8.
Adakah kemudahan di INTAN dibuka kepada orang awam?
Tidak. Kemudahan di INTAN adalah khusus buat peserta kursus dan penjawat awam sahaja.
9.
Adakah INTAN menawarkan khidmat sewaan kemudahan yang disediakan?
11 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
Ya. INTAN hanya menawarkan khidmat sewaan kemudahan/fasiliti terhad kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan badan berkanun sahaja. Permohonan sewaan perlu dikemukakan kepada Pengarah INTAN.
10.
Adakah Perpustakaan INTAN dibuka kepada orang awam?
Perpustakaan INTAN adalah terbuka kepada peserta kursus dan penjawat awam sahaja.
11.
Siapakah yang layak menjadi ahli Perpustakaan INTAN?
Keahlian Perpustakaan INTAN hanya terhad kepada warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam dan INTAN sahaja. Walau bagaimanapun, semua penjawat awam boleh menggunakan Perpustakaan INTAN untuk membuat rujukan.
12. Sekiranya saya bukan ahli Perpustakaan INTAN, bolehkah saya meminjam bahan di Perpustakaan INTAN?
Sekiranya anda bukan ahli Perpustakaan INTAN, tetapi Perpustakaan/Pusat Sumber di Kementerian/Jabatan/Agensi anda bertugas telah menjadi ahli Skim Pinjaman Perpustakaan (SPP), maka anda boleh meminjam bahan bacaan di Perpustakaan INTAN dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPP. Jika anda tiada kemudahan SPP, anda boleh menghantar surat rasmi memohon untuk membuat pinjaman bahan kepada pihak Perpustakaan INTAN untuk dipertimbangkan.
SOALAN AM PERMOHONAN KURSUS DI INTAN LATIHAN DI INTAN PRODUK UTAMA INTAN
HAL LATIHAN DAN SOKONGAN KURSUS /
KURSUS / PRODUK UTAMA INTAN 1. Bolehkah seseorang pegawai yang tidak menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) memohon untuk kursus Analisis Kuantitatif (QA)?
Tidak, kursus Analisis Kuantitatif hanya boleh diikuti oleh penerima Hadiah Latihan Persekutuan sahaja.
12 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
2. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Kursus Diploma Sains Pengurusan atau Sarjana Sains Pengurusan (INTAN-UUM) yang dijalankan di INTAN?
Penawaran dan pemilihan peserta adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.
3.
Apakah kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)?
Kursus Diploma Pengurusan Awam merupakan kursus yang WAJIB dihadiri oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tujuan pengesahan jawatan sebagaimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1980. Penawaran dan pemilihan pegawai untuk mengikuti kursus ini adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Perkhidmatan, JPA.
4.
Apakah kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)?
Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) merupakan kursus mandatori atau kursus WAJIB bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan awam yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Ianya dijalankan di bawah Pusat Kecemerlangan Kepimpinan, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. Maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh diperolehi menerusi portal ALMP pautan di dalam laman web INTAN, http://almp.intan.m y/almp/ .
5.
Apakah kursus EPSA?
Kursus EPSA (e-Pembelajaran Sektor Awam) adalah latihan secara atas talian bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja. Penjawat awam yang menjalani kursus EPSA layak untuk mendapatkan sijil hari berkursus mengikut syarat yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk EPSA di talian 03-2084 7777 samb. 7764/7746 atau emel
[email protected].
6.
Apakah Penilaian ISAC?
Penilaian ISAC dijalankan untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan personel sektor awam.
13 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
7.
Siapakah yang boleh mengambil penilaian ISAC?
i- Individu Terdiri daripada individu yang menyandang jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 di mana kelulusan dalam penilaian ISAC merupakan syarat wajib untuk pengesahan dalam perkhidmatan.
ii- Kumpulan Terdiri daripada kakitangan yang dipilih oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon untuk dijalankan penilaian tersebut secara kumpulan. Permintaan ini bergantung kepada Kementerian/Jabatan/Agensi tersebut untuk memenuhi kehendak ISP atau polisi masing-masing.
8.
Bagaimana hendak memohon menduduki Penilaian ISAC?
Semua permohonan untuk menduduki penilaian ISAC perlu dilakukan secara atas talian (online) sahaja. Permohonan boleh dibuat menerusi Portal INTAN di http://www.intanbk.intan. my . Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menelefon pihak urusetia ISAC di 03-2084 talian 7804/7766/7755 atau emel
[email protected].
LAIN-LAIN 1.
Bagaimana untuk membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN?
Permohonan untuk mengadakan latihan industri di INTAN boleh dibuat melalui penghantaran surat permohonan menerusi emel/faks kepada Pendaftar INTAN di alamat berikut:
Pendaftar Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia INTAN Kampus Utama Bukit Kiara Jalan Bukit Kiara 50480 Kuala Lumpur.
14 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
Tel: 603 - 2084 7227 Faks: 603 - 2096 2205
2.
Bagaimana untuk membuat permohonan pekerjaan di INTAN?
Permohonan pekerjaan di mana-mana agensi dalam Perkhidmatan awam perlu dibuat menerusi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh didapati menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat www.spa.gov.my.
3.
Bagaimana untuk mendapatkan penceramah/ tenaga pengajar INTAN?
Permohonan untuk mendapatkan penceramah/tenaga pengajar INTAN perlu mengemukakan surat permohonan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum bengkel/kursus/seminar/acara tersebut dijadualkan. Surat permohonan perlu dikemukakan untuk pertimbangan Pengarah INTAN melalui alamat berikut:
Pengarah INTAN Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia INTAN Kampus Utama Bukit Kiara Jalan Bukit Kiara 50480 Kuala Lumpur. Tel: 603 - 2084 7887 Faks: 603 - 2093 9490 Email:
[email protected]
4.
Bagaimana untuk membeli buku-buku terbitan INTAN?
Buku-buku terbitan INTAN boleh dibeli di Kampus Utama INTAN Bukit Kiara dari Pusat Penerbitan INTAN dan Kedai Buku KO-OP INTAN. Pembelian boleh dibuat secara tunai dan secara pesanan tempatan (LO) kepada:
Unit Penerbitan INTAN Kampus Utama Bukit Kiara Tel: 603 - 2084 7362 Faks: 603 - 2092 1512
15 / 16
Mengenai INTAN Isnin, 19 Mac 2012 15:48 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 03 April 2013 12:39
Emaill:
[email protected]
Pembelian juga boleh dibuat secara atas talian melalui e-Purchasing di Portal INTAN pada ww w.intanbk.intan.my.
16 / 16