BAB DUA
SEJARAH PERKEMBANGAN ALIRAN FALSAFAH LIBERALISME DAN JARINGAN ISLAM LIBERAL 2.0. PENDAHULUAN
Dalam bab ini penulis membincangkan mengenai sejarah perkembangan aliran liberalisme unsur-unsur fahaman Liberalisme, sejarah kemunculan aliran pemikiran Jaringan Islam Liberal, para tokoh JIL, empat agenda JIL, analisis keempat-empat agenda JIL menurut perspektif Islam dan Kesimpulan.
2.1. SEJARAH PERKEMBANGAN ALIRAN LIBERALISME
Fahaman liberalisme telah muncul pada abad ke 14, dan telah memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya setelah tercetusnya Revolusi Perindustrian pada abad ke-18. Di samping itu, liberalisme juga menjadi salah satu ideologi yang utama kepada hampir seluruh negara maju di Barat pada masa itu.1 Dalam masa yang sama idea-idea liberalisme sama ada dalam bidang politik, budaya, ekonomi mahupun sosial telah dipraktikkan oleh kebanyakan negara melalui beberapa peringkat revolusi. Negara England merupakan negara pertama yang menganut fahaman liberalisme dalam sistem politik negara ekoran daripada tercetusnya perang saudara pada tahun 1642 M. Perang Saudara tersebut tercetus disebabkan kerana ketidakpuasan hati para ahli parlimen pada ketika itu terhadap kuasa mutlak Charles. Sewaktu pemerintahan 1
Mohamad Kamil Ab Majid, (2008). Kertas Kerja yang bertajuk“Aliran Pemikiran Islam antara Konservatisme dan Liberalisme”. Seminar Isu-isu Liberalisme di Dunia Islam anjuran Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan dan Jabatan Mufti Perlis di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2008.
27
Raja Charles 1 lagi berlakunya pemusatan kuasa di bawah kekuasaan Raja namun penentangan secara terbuka terhadap kuasa politik raja hanya berlaku selepas zaman pemerintahan Oliver Cronwell dan Raja Charles 1 iaitu anak Raja Charles melalui Revolusi Inggeris 1688.2 Ekoran itu, sistem pemerintahan yang mengiktiraf kuasa dan peranan parlimen serta negara berjaya dibentuk di England. Justeru, negara England telahpun menjadi sebuah negara moden yang
menggunapakai fahaman politik liberalisme seperti
demokrasi dan dicemburui oleh negara lain dalam abad ke 18. Selain itu, berikutan kejayaan negara Amerika membebaskan diri daripada cengkaman kuasa penjajahan Inggeris melalui Revolusi Amerika Syarikat pada tahun 1776 M juga telah membawa fahaman liberalisme untuk dipraktikkan di dalam sistem politik Amerika. Perkara sedemikian dapat disaksikan dengan kenyataan-kenyataan yang dimuatkan ke dalam
Deklarasi Kemerdekaan Amerika pada tahun 1776 M yang
menyatakan bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Pencipta dan setiap individu dianugerahkan hak-hak semulajadi yang tidak boleh disekat antaranya termasuklah hak untuk hidup, kebebasan dan hak-hak untuk mengejar kebahagiaan.3 Seterusnya, dunia turut menyaksikan Revolusi Perancis pada tahun 1789 M ekoran daripada kejayaan pembentukan kerajaan Amerika yang turut menjadi inspirasi kepada Perancis.4 Fahaman liberalisme di Perancis dapat dilihat dengan berlakunya penentangan terhadap pemerintahan autokratik Raja Louis
XVI dan golongan
bangsawan termasuk paderi yang menikmati pelbagai hak dan keistimewaan negara. Sementara itu, dengan adanya rangsangan daripada golongan Englightenment Perancis seperti Voltaire, Jean Jacques Rousseau dan Montesquieu dalam memperjuangkan hak 2
Andrew Gamble (1985), An Introduction To Medern Social And Political Thought. London: Mac Milland Education Ltd, h.67 3 _____________, (1994). Dictionary of Modern Politics. London: Cassel Publishers Limited, h.174 4 G.M Spencer (1986), Time Handbook of Modern Politics. Singapore: Federal Publications, h. 187
28
semulajadi manusia. Oleh yang demikian, parlimen Perancis telahpun meluluskan Pengistiharaan Hak-Hak Manusia dan Warganegara pada tahun 1789.5 Fahaman liberalisme dapat dilihat melalui pengisytiharaan tersebut di mana telah meluluskan
bahawa setiap individu haruslah mendapat hak yang sama
berdasarkan undang-undang dan bakat seseorang. Di antara hak-hak tersebut ialah kebebasan bersuara, berpolitik dan berharta. Justeru, revolusi ini telah berjaya melahirkan masyarakat Eropah yang bersikap terbuka berdasarkan konsep toleransi, kebebasan, perlembangaan dan tidak lagi dikongkong oleh gereja.6 Sehubungan itu, penekanan juga diberikan kepada tiga prinsip utama iaitu kebebasan peribadi, persamaan dan persaudaraan yang telah menjadi prinsip asas dalam fahaman liberalisme.7 Seterusnya, fahaman liberalisme ini terus berkembang dan berdiri kukuh berikutan penggunaan istilah liberalisme sebagai falsafah dalam bidang politik pada abad ke-18, walaupun pada mulanya falsafah liberalisme ini muncul pada abad ke-16 lagi.
Ahli falsafah yang muncul pada waktu itu dan bertanggungjawab dalam
memperjuangkan falsafah liberalisme tersebut antaranya ialah John Locke (1634-1704), Immanuel Kant (1724-1804), Adam Smith (1723-1790), Thomas Paine (1737-1809), Benjamine Costant (1767-1830), James Madison (1751-1836), Jeremy Bentham (17481832) dan John Stuart Mill (1806-1873). 8 Tidak kurangnya falsafah liberalisme dalam bidang ekonomi. Kemunculan liberalisme dalam bidang ekonomi dilihat cuba untuk mengetengahkan idea freeenterprise, laissez-faire dan kapitalisme. Bagi golongan liberalisme ekonomi, falsafah
5
Ruggiero, Guido de (1927), The History of European Liberalisme, Oxford:Oxford University, h.4-13. Ibid, dan lihat juga Sivachandralingam Sundara Raja (2002), op.cit., h.169 7 Andrew Gamble (1985), op.cit., h.101. 8 Khalif Muammar (2006). op.,cit, h.75 6
29
utama yang didokong oleh mereka hanyalah bebas daripada campurtangan kerajaan pemerintah dalam bidang ekonomi.9 Walaupun fahaman liberalisme kelihatan lebih mendominasi dalam bidang politik dan ekonomi sehingga melahirkan revolusi Perancis dan Amerika, namun ianya tetap mengalami perkembangan seiring dengan kelahiran pemikir-pemikir liberalis yang muncul selepas John Locke. Menurut
John Stuart Mill fahaman liberalisme yang
mendokong kebebasan ini tidak hanya terhad kepada kepentingan kebebasan politik dan ekonomi semata-mata tetapi turut memberi penekanan kepada aspek individualisme10 dan moral11. Manakala
J. Laski, Harold berpendapat
bahawa
aspek sosial turut
menjadi perhatian dalam fahaman liberalisme12.
2.2. Unsur-unsur liberalisme
Fahaman liberalisme yang difahami sebagai fahaman yang memberikan kebebasan ini bukanlah suatu ideologi yang boleh bertahan dengan sendirinya tanpa unsur-unsur atau sifat-sifat lain yang menyokongnya. Di sini penulis akan menerangkan mengenai idea-idea liberalisme. 2.2.1. Sekularisme
Sekularisme dari sudut bahasa lebih hampir kepada sesuatu yang bersifat keduniaan serta terpisah
daripada nilai-nilai agama. Dari segi istilah pula,
sekularisme ialah fahaman falsafah yang memisahkan urusan-urusan keduniaan daripada urusan keagamaan (keakhiratan). Ia meninggalkan peranan agama dan
9
Harold J.Laski (1936). op.cit, h.21-29. Wolff, Robert Paul(1968). The Poverty of Liberalism, United States of America:Beacon Press, h.4-5. 11 Ibid, h.4. 12 Laski, Harold J, (1930). Liberty in The Modern State, London:Ruskin House, h.135-145. 10
30
Tuhan dari segala urusan kehidupan manusia.13 Lahirnya falsafah sekularisme yang cuba memisahkan aspek keduniaan dan kerohanian inilah maka munculnya falsafah-falsafah lain yang mula menuntut mengenai kebebasan, tidak kiralah kebebasan dari apa jua aspek sekalipun.14 Harvey Cox15 berpendapat, sekularisasi yang membebaskan manusia dari didikan
agama ini sememangnya menjadi keharusan untuk dipegang oleh
masyarakat kristian kerana lahirnya sekularisasi juga adalah ekoran daripada Bible itu sendiri. Maka sememangnya menjadi tanggungjawab masyarakat Kristian untuk menyokong dan mempertahankan sekularisme yang merupakan pendokong kepada sekularisasi.16
Berikutan itulah golongan sekularisme ini meletakkan hak dan kebebasan individu tanpa campurtangan agama sebagai dasar pegangan. Hal ini contohnya yang berlaku di negara Amerika Syarikat.17 Dalam masyarakat sekular ini agama tidak ditolak sama sekali, tetapi agama harus mengikut kehendak masyarakat.18 Dalam erti kata lain corak agama ditentukan oleh kehendak manusia dan manusia bebas mencorakkannya mengikut citarasa masing-masing. Oleh kerana berpegang kepada konsep sekularisasi inilah maka munculnya
pelbagai ideologi lain
mengikut kebebasan masing-masing.
13
Muhammad Qutb, (1983). Madhahib Fikriyyah al-Mu‟asyarah. Kaherah: Dar al-Syuruq, h. 11 Laski, Harold J (1936), op.cit, h.67. 15 Merupakan penulis buku The Secular City: Secularization and Urbanization in Theological Perspective. Buku ini merupakan Best Seller di Amerika Syarikatdengan lebih 200 ribu naskah terjual dalm rempoh kurang dari setahun. Buku ini merupakan karya utma yang menarik perhatian masyarakat kepada isu sekularisasi. Tidak dinadikan juga bahawa buku ini banyak mempengaruhi pemikiran umat Islam terutamanya golongan berpemikiran Islam Liberal. 16 Harvey Cox (1967), The Secular City: Secularization and Urbanization in Theological Perspective, The Macmillan Company :New York, h.15. 17 Adian Husaini (2005), op.cit, h.10. 18 Ibid, h.15. 14
31
2.2.2. Kebebasan Mutlak
Kebebasan mutlak merupakan unsur kepada fahaman liberalisme.19 Hal ini dapat dilihat daripada pendefinisian dan fahaman golongan barat terhadap kebebasan. Bagi golongan barat kebebasan adalah segalanya. Pelbagai definisi diberikan kepada kebebasan namun tidak dapat dinafikan bahawa semua definisi yang diberikan jelas menuntut kepada kebebasan mutlak yang tiada sebarang ikatan dengan mana-mana pihak. Berikut adalah antara definisi kebebasan yang diberikan: “ Tuhan telah memberikan kebebasan kepada manusia untuk mentafsirkan atau menemukan hukum tuhan dengan akal dan pancaindera. Maka secara tabii manusia memiliki kebebasan mutlak untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan sesuai tanpa memerlukan persetujuan orang lain”20-John Lock “kebebasan secara umumnya tiada halangan merealisasikan keinginan”21-Betrand Russel
untuk
Justeru lahirlah kebebasan di dalam pelbagai aspek yang melibatkan sosial, ekonomi, politik, hak asasi, individu, agama,moral dan sebagainya.22
2.2.3. Rasionalisme:
Rasionalisme
lebih
dikenali
sebagai
sikap
atau
pemikiran
yang
mempercayai bahawa kepercayaan agama seharusnya ditolak jika ia didirikan tanpa asas rasional atau suatu komitmen yang kuat kepada ketaakulan dan menentang
19
Anthony Arblaster, (1984). The Rise and Decline of Western Liberalism, New York :Basil Blackwell, h. 56 lihat juga Laski, Harold J(1930), Op.cit, h.80. 20 John Locke (1960), The Second Treatises of Government , Cambridge:Cambridge University Press, h.287. 21 Khalif Muammar (2005), op.cit, h.46. 22 K.Bertens (2006), Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi. Cet.2, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.69-84.
32
sebarang bentuk kepercayaan, prejudis, cara hidup ataupun apajua pegangan yang dianggap tidak rasional23.
Maka seorang rasionalis adalah seorang yang mengunakan akal fikirannya secara maksimum beserta keyakinan bahawa akal fikirannya itu mampu menemukan kebenaran yang hakiki24. Menurut mereka lagi rasa (sense) dan pengalaman tidak dapat memberikan kepada manusia suatu pertimbangan yang jitu dan benar secara universal.Hal ini jugalah yang didokong oleh golongan liberal yang merupakan unsur kepada liberalisme.25
Locke umpamanya yang berpegang bahawa rasional adalah kayu pengukur tertinggi dalam kehidupan manusia. Walaupun Locke dikatakan seorang yang berpegang kepada wahyu namun beliau tetap meletakkan akal lebih tinggi dari segalanya. Hal ini mungkin kerana Locke melihat bahawa agama hanya relevan apabila ia tunduk kepada pentafsiran kajian empirik dan akal yang rasional.26
2.2.4.
Demokrasi liberal
Demokrasi menurut kamus dewan pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih di dalam pilihanraya dengan sistem berparlimen yang dijalankan secara perwakilan. Selain itu ia juga merupakan unit sosial atau politik yang pada dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya dan juga dikatakan sebagai keadaan
23
Ahmad Sunawari Long (2006). Sejarah Falsafah. Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h 36. 24 Ghazali Darusalam, (1998). Dakwah Islam dan Ideologi Barat. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, h 95. 25 Laski, Harold J(1936), op.cit, h.70. 26 Khalif Muammar (2006), op.cit, h.77.
33
sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas.27 Akan tetapi yang menjadi permasalahannya di sini ialah apabila sistem demokrasi yang diperjuangkan mencapai tahap yang ekstrim sehingga ianya boleh membawa kepada kesan yang buruk kepada orang ramai.
Sistem Demokrasi liberal ini dikatakan telah lahir pada abad ke-20 berikutan kekalahan fahaman komunisme. Pada waktu itu, manusia telah bersepakat untuk mempraktikkan sistem demokrasi liberal. Dalam masa yang sama, zaman itu turut dikenali dengan zaman pengakhiran sejarah (The End of History) yang menaikkan nama Francis Fukuyama bersama sarjanawan yang terkenal adalah Huntington.28 Maka sistem Demokrasi liberal inilah yang menjadi salah satu daripada unsur fahaman liberalisme.29
Walau bagaimanapun, sistem demokrasi liberal ini turut menawarkan nilai-nilai positif kepada umat manusia seperti keterbukaan dalam sistem pemerintahan. Namun sistem demokrasi liberal barat yang diamalkan ini tetap tidak terlepas daripada mendapat kritikan-kritikan yang hebat. Oleh itu, Sistem demokrasi liberal bukan sekadar
menawarkan
nilai-nilai yang positif tetapi ianya juga turut mempunyai
kelemahan-kelemahan antarabangsa yang fundemantal.30
Dalam sistem ini, ilmu pengetahuan tidak dihargai dengan sebaik mungkin. Mereka yang berpendidikan tinggi disama kedudukan haknya dengan mereka yang berpendidikan rendah atau tidak berpendidikan. Oleh itu, dilihat seorang professor, ahli politik sekalipun tetap mempunyai hak untuk bersuara yang sama dengan seorang rakyat 27
Noresah Baharom (2002), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.287. Lihat perkataan demokrasi. 28 Adian Husaini (2005), op.cit, h.84-85 29 Anthony Arblaster (1984), op.cit, h.75. 30 Adian Husaini (2005), op.cit, h.84-85.
34
biasa. Manakala seseorang yang taat beragama sama hak untuk
bersuara dengan
seseorang yang melakukan kekejaman.31
Lebih malang lagi, sistem demokrasi liberal yang dipraktikkan
telah
meninggalkan aspek nilai dan moral yang sebenar. Justeru, bagi pendokong demokrasi liberal, kebenaran moral ditentukan oleh suara majoriti.32 Selain itu demokrasi liberal mengharuskan sekularisasi dan sekaligus pluralisme yang tidak membezakan manusia atas dasar agama namun manusia diperalatkan atas dasar bangsa dan negara.33
Barat sebenarnya telah menyedari bahawa sistem demokrasi liberal tidak dapat memperjuangkan sepenuhnya segala aspek kehidupan umat manusia, khususnya di dunia antarabangsa. Walaubagaimanapun, perjuangan ke atas sistem demokrasi liberal terus diperjuangkan, tetapi ianya cuba dikuasai oleh
pihak tertentu kerana masih
bimbang suara ramai tidak dapat menjamin keputusan yang terbaik.
Tambahan pula, ianya dibimbangi kemahuan atau keputusan yang dihasilkan bertentangan dengan pihak pemerintah. Hal ini jelas terjadi sejak awal berdirinya PBB pada 24 Oktober 1945 apabila Barat memaksa kekuasaan PBB diserahkan hanya kepada beberapa negara yang dikenali sebagai “The Big Five” (Amerika Syarikat, Rusia, Prancis, Inggeris dan China).34
Sekiranya diperhatikan, maka jelaslah bahawa Barat sendiri tidak konsisten dalam memperjuangkan prinsip-prinsip demokrasi yang kononnya memberi ruang dan hak yang sama kepada manusia sesuai dengan prinsip equality. Namun dari satu 31
Ibid, h.85. Ibid, h.11. 33 Ibid, h.17. 34 Ibid, h.86. 32
35
perspektif apa yang dilakukan itu menggambarkan sistem Demokrasi liberal yang pada praktikalnya mengandungi ideologi hampir sama dengan fahaman Marxisme-Leninisme yang mendiskrimasi sosial.35
2.2.5.
Feminisme
Menurut The Encyclopedia Americana International, istilah feminisme mula digunakan oleh dramatis Perancis Alexandre Dumas pada tahun 1872 dengan mengistilahkannya sebagai „gerakan pembebasan wanita/women liberation‟, „emansipasi wanita‟, „hak wanita‟ dan sebagainya.36 Encyclopedia Feminisme mendefinisikan ia sebagai doktrin persamaan hak bagi perempuan (gerakan untuk mencapai hak asasi perempuan).37 Secara tidak langsung ia menjadi unsur kepada gerakan liberalisme.38
Walaupun, gerakan feminisme begitu menonjol pada abad ke-19 dan ke-20 namun, kelahirannya telah lahir sejak zaman sebelum masihi. Seorang tokoh falsafah barat, Plato telah menganjurkan agar peranan keluarga dan sosial yang ditentukan oleh jantina dihapuskan. Beliau juga mendesak agar wanita diajar bermain muzik dan bergimnastik agar dapat ditontoni oleh lelaki.39
Fahaman ini kemudiannya diperkukuhkan di zaman kini oleh John Stuarts Mill iaitu seorang ahli falsafah dan ekonomi di zaman Victoria di England dan Fredrich Engels berbangsa Jerman serta berfahaman sosialis.40 Engles mengumumkan bahawa
35
Ibid, h.87. ___________, (1970). The Encyclopedia Americana International . Vol. 11. New York: Americana Corporation, h. 107. 37 Maggie Humm (2002). Encyclopedia Feminisme. Mundi Rohayu (terj.). Yogyakarta: Fajar Pustaka Baru, h. 158. 38 Ugi Suharto, (2007).op.,cit, h.30. 39 Fazlur Rahman, (1978). Encyclopedia of Seerah, vol. 5, London: Seerah Foundation, h. 513. 40 Maryam Jameela (1976), Modern Technology and the Dehumanizatoin of Man, Majid Abdul Katib (terj.). Utusan Kiblat, Julai 1976, h.33. 36
36
perkahwinan merupakan satu perhambaan yang membosankan dan mendesak supaya ia dimansuhkan serta membuat cadangan bahawa penjagaan anak-anak menjadi tanggungjawab awam.41
Di Amerika Syarikat, feminisme pada awalnya merupakan perjuangan wanita untuk menentang perhambaan dan kezaliman suami, menentang minuman keras, berjuang memiliki hak yang sah dalam perkahwinan dan mendapat gaji yang sama dengan lelaki. Akhirnya ia menjadi lebih radikal apabila menyedari tentang kepentingannya untuk perjuangan yang lebih berkesan.42 Dalam The New Encyclopedia Britannica menyebutkan wanita Barat sedikit demi sedikit mendapat hak berpolitik seperti di New Zealand, Australia, Finland, Norway, Great Britain Soviet Union dan Amerika Syarikat.43
Manakala feminisme di Mesir pula muncul pada permulaan abad ke-21.44 Wanita golongan pertengahan dan atasan telah menyedari manfaat kemodenan dan kemungkinan kehidupan baru untuk diri mereka tidak sama seperti yang dinikmati oleh golongan lelaki. Feminisme ini menyuarakan hak-hak wanita dengan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan modenisme Islam dan nasionalisme Sekular. Tokoh-tokoh feminisme Mesir di peringkat awal ialah Aisha El-Taimuriya, Warda El-Yaziji dan Zainab Fawwaz yang telah mengekspresi kemunculan kesedaran feminise dalam puisipuisi, esei, dan cerita-cerita mereka.45 Maka jelas bahawa golongan feminisme yang berfahaman liberal ini cuba meperjuangkan pelbagai aspek kehidupan yang konon perlunya menjadi hak wanita.
41
Ibid. Ghazali Darusalam (1998), Dakwah Islam dan Ideologi Barat: Ancaman Postmordenisme Terhadap Umat Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, h. 45. 43 ____________, (1994). The New Encyclopedia Britannica. op.cit, h. 731. 44 Indriaty Ismail (2006), op.cit, h. 168. 45 Ibid, h. 169. 42
37
2.2.6.
Hermeneutik
The New Encyclopedia Britanica menyebut bahawa hermenuetik adalah pengkajian terhadap prinsip-prinsip umum mengenai penafsiran Bible.46 Sehubungan dengan itu, dikatakan tujuan hermanuetik ini adalah untuk menemukan kebenaran dan nilai-nilai
dalam
Bible.
Oleh
itu,
pelbagai
model
yang
digunakan
dalam
menginterpretasikan Bible untuk memastikan Bible sesuai dengan makna yang jelas dan selari dengan kehendak penulis Bible. Selain itu hermaneutik ini juga dipengaruhi oleh tradisi mistik Yahudi (Kabbala) yang diantaranya mencuba mencari makna –makna mistis dari angka-angka dan huruf-huruf Hebrew.47
Tambahan dengan kemunculan hermaneutika moden yang dipelopori oleh Friedrich Schleiermacher (1768-1834) di mana cuba menetapkan semua jenis teks pada posisi yang sama tanpa memperdulikan apakah teks itu “devine” (dari Tuhan) atau tidak dan tidak lagi memperdulikan adanya autoriti dalam petafsirannya.48 Selain itu, metode hermeneutik ini juga jelas menekankan aspek sejarah dan kedudukan penulis teks tersebut. Justeru hal ini menggambarkan sikap liberal dikalangan pendokongnya.
2.2.7.
Pluralisme
Pluralisme di dalam Kamus Dewan di sebut sebagai keadaan yang majmuk, kemajmukan, keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dan sebagainya.49
Maka dapat diketahui
bahawa fahaman
46
Ibid.h.169. Ibid, h.290-291. 48 Ibid, h.302. 49 Noresah binti Baharom (2002), op.cit, h.1046. Lihat perkataan pluralisme. 47
38
pluralisme agama adalah suatu kefahaman terhadap pelbagai agama-agama dan beragam.50
Selain itu, fahaman Pluralisme agama telah diperkenalkan di Eropah oleh W.C. Smith dengan nama “universal teology of religion.” Idea ini kemudiannya diteruskan oleh John Hick dan Hans Kung dan mendapat sambutan yang hebat oleh masyarakat dunia.51 Manakala bagi golongan liberalis pula fahaman pluralisme agama merupakan suatu tuntutan yang amat penting bagi memperolehi kerukunan hidup beragama. Dalam hal ini jelas menjadi unsur kepada liberalisme yang mementingkan toleransi.
Pada hakikatnya, semua agama asalnya berpegang pada eksklusivisme kerana semua agama secara semula jadinya berpegang kepada fahaman tersebut. Akan tetapi setelah golongan agama Barat menyedari bahawa mereka tidak mampu
untuk
mempertahankan kebenaran agama mereka secara rasional, maka mereka terpaksa menyerah kepada gagasan yang dibawa oleh golongan sekular.52
Selain itu, fahaman Pluralisme agama mendapat kedudukan dalam proses sekularisasi. Justeru, kajian yang bersifat fenomenologi yang diperkenalkan oleh para sarjana Barat sekular jelas untuk membatasi peranan agama dan menggabungkannya dengan pengaruh sosio-budaya. Setelah agama diletakkan dalam kerangka budaya maka ia dengan sendirinya bersifat relatif dan subjektif.53
Di sini penulis dapat merumuskan bahawa semua unsur-unsur yang lahir daripada fahaman Liberalisme Barat adalah untuk memperjuangkan hak kebebasan 50
Adian Husaini (2005), op.cit, h.21-22 Adnan Aslan (1998), Religious Pluralism in Christian and Islamic Philosophy: The Thought og John Hick and Seyyed Hossein Nasr, Richmond Surrey: Curzon Press. 52 Khalif Muammar (2006), op.cit, h.62 53 Ibid.h, 62 51
39
dalam semua aspek sama ada teologi, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Secara umum barat telah meninggalkan ajaran agama dan mereka memilih dengan tidak terikat kepada ikatan agama. 2.3. PERKAITAN ANTARA JARINGAN FAHAMAN LIBERALISME BARAT
ISLAM
LIBERAL
DENGAN
Pada tahun 1970 gagasan liberalisasi berkembang di Indonesia yang dipelopori oleh Nurcholish Madjid. Beliau telah mengemukakan gagasan-gagasan tersebut pada 3 Januari 1970 yang bertempat di Gedung Pertemuan Islamic Research Center, Mentang Raya, Jakarta.
Manakala matlamat gagasan-gagasan tersebut dilancarkan adalah
bertujuan untuk menjalankan proses liberalisasi terhadap agama Islam. Oleh yang demikian, proses tersebut mengandungi tiga perkara iaitu sekularisasi (secularization), kebebasan berfikir (freedom of thought) dan gagasan kemajuan ( idea of progress). 54 Seterusnya beliau mentakrifkan proses yang pertama ialah sekularisasi sebagai suatu bentuk pembebasan terhadap pandangan-pandangan keagamaan yang keliru tetapi ianya sudah mantap disebabkan pengaruh tradisi. Beliau juga berpendapat bahawa membela Islam sama dengan membela tradisi. Maka lahirlah kesan bahawa kekuatan Islam adalah kekuatan tradisi yang bersifat reaksioner. Justeru, tegasnya inilah sebabnya Islam tidak mampu memberikan jawapan yang sewajarnya terhadap proses modernisasi. Oleh itu, beliau menyarankan agar proses sekularisasi menjadi langkah pembebasan sikap mental untuk mempersiapkan diri bagi menerima proses modernisasi sebagai material, moral mahupun historis.55 Manakala proses yang kedua ialah proses kebebasan berfikir amat diperlukan bagi melakukan pengkaji terhadap agama untuk mendapatkan kebenaran secara objektif.
54
Nurcholish Madjid, “Beberapa Renungan tentang Kehidupan Keagamaan untuk Generasi Mendatang,”Ceramah Budaya di Taman Ismail Marzuki, 21 Oktober. Lihat juga M. Syafi‟I Anwar,(2006). Op.,cit, h.60 55 Ibid, h.61
40
Selain itu, beliau juga menyeru umat Islam supaya terbiasa dengan berfikir secara ilmiah, rasional dan kritis terhadap perkembangan keadaan seiring dengan proses modernisasi. Proses yang ketiga beliau juga berharap agar umat Islam bersikap terbuka terhadap perubahan melalui proses modernisasi. Seterusnya beliau berharap supaya umat Islam tidak menolak proses modernisasi. Tegasnya umat Islam mestilah bersikap kritis dan selektif terhadap proses tersebut dan menggunakan idea-idea yang baik daripada modernisasi itu sendiri. Beliau juga kesal dengan sikap umat Islam dan para pemimpin mereka telah menjadi jumud.56 Gagasan liberalisasi yang didokong oleh Nurcholish Madjid telah disahut oleh para intelektual Jaringan Islam Liberal. Golongan ini ingin menyegarkan kembali pemahaman Islam dengan menegaskan perlunya suatu pembaharuan yang liberal dalam pemikiran Islam.57 Ini dapat dilihat daripada kenyataan Koordinator JIL, Ulil Abshor Abdalla yang telah menegaskan bahawa Islam Liberal dapat menerima bentuk negara sekular kerana negara sekular boleh membawa kekuatan kebaikan dan kemaksiatan dengan menyeluruh.58 Golongan ini juga memperjuangkan empat agenda iaitu sistem politik demokrasi, telorensi agama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat.59 Luthfi Assyaukanie telah menjelaskan bahawa fahaman liberal di kalangan umat Islam ini muncul daripada gerakan kebangkitan Islam sejak awal abad ke-19 di seluruh dunia Islam. Justeru, pada satu aspek, istilah “ liberal” sendiri bermaksud “ pembebasan” yang menyeluruh. Manakala pada satu sisi, ia bererti pembebasan umat Islam dari kolonialisme yang mana pada waktu itu sedang menguasai hampir seluruh
56
Ibid,h.61 Ahmad Gaus Af, (2005). Op.,cit, h.98 58 Ulil Abshar Abdalla, (2001). Majalah Tempo. Op,cit, h.xxx. sila rujuk http: // www.Islamlib.com. 25/11/2008 59 Luthfi Assyaukanie, (2007). Op.,cit ,h.72 57
41
dunia Islam. Manakala pada aspek lain, ia bererti pembebasan umat Islam dari fikiran yang jumud dan fahaman agama yang mengongkong kemajuan.60 Selanjutnya Ulil Abshar Abdalla berpendapat bahawa liberal di kalangan umat Islam ini adalah merujuk kepada agama Islam yang memberikan kebebasan kepada individu dan pembebasan daripada sosial politik yang menindas. Liberal ditakrifkan olehnya dengan dua definisi iaitu kebebasan dan pembebasan. Justeru, beliau percaya bahawa Islam sentiasa disandarkan dengan kata sifat kerana pada hakikatnya Islam ditafsirkan secara berbeza-beza mengikut kesesuaian pentafsirnya. Selain itu, beliau memilih satu tafsiran dan seterusnya kata sifat tersebut disandarkan kepada Islam iaitu liberal. Maka dengan itu lahirlah istilah “Islam Liberal” dan beliau juga mengasaskan kumpulan Jaringan Islam Liberal (JIL).61 Kesimpulannya Jaringan Islam Liberal telah terpengaruh dengan fahaman Liberalisme Barat kerana mereka mahu menegakkan gagasan liberalisasi yang diperkenalkan oleh Nurcholish Madjid. Di samping itu mereka juga ingin melakukan pembaharuan yang liberal dalam pemikiran Islam agar Islam dipandang mulia oleh golongan non muslim dan sebagainya. 2.4. PERKEMBANGAN JARINGAN ISLAM LIBERAL (JIL) DI INDONESIA: Pada tanggal 9 March 2001 Jaringan Islam Liberal ditubuhkan.62 Ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan saudara Novriantoni yang menyatakan bahawa Jaringan Islam Liberal ditubuhkan pada tarikh tersebut.63 Dalam masa yang sama golongan
ini
melancarkan
sebuah
laman
web
yang
diberi
nama
60
Ibid, h. 61. Budi Handrianto, (2007) .Lima puluh Tokoh Islam Liberal Indonesia Pengusung Ide Sekularisme,Pluralisme, dan Liberalisme Agama. Cet. 2. Jakarta Timur: Hujjah press, h.265. 62 Nong Darol Mahmada dan Burhanuddin, (2006). Pewaris Pemikiran Pembaruan Islam di Indonesia. Cet.1. Jakarta Selatan: Jaringan Islam Liberal,h.301 63 Temubual dengan Novriantoni pada hari Khamis 4.12.2008. Pukul 5.30-6.30 ptg, di Pejabat Jaringan Islam Liberal Jalan Utan Kayu N0 68H. Jakarta. 61
42
[email protected] yang pada mulanya dianggotai oleh puluhan aktivis intelektual muda sahaja daripada pelbagai persatuan muslim moderat. Jaringan ini dianggap sebagai sebuah forum bersama umat Islam moderat bagi mendokong gagasan mereka mengenai isu-isu sosial keagamaan dari perspektif demokrasi dan pluralisme. Justeru kemunculan Jaringan ini pada awal tahun 2001 amat bersejarah dengan menampilkan pandangan golongan muslim moderat melalui media massa. 64 Selain itu, penubuhan jaringan ini juga berkait rapat dengan penentangan terhadap golongan garis keras seperti Hizbut Tahrir, FPI (Front Pembela Islam ) JI ( Jamaah Islamiyyah) dan sebagainya. Golongan ini juga dianggap sebagai pro kepada keganasan, kekerasan dan sebagainya.65 oleh itu, jaringan ini juga telah berusaha untuk tampil
ke
dalam
masyarakat
dengan
mengadakan
sebuah
program
yang
menghimpunkan pandangan keagamaan yang mencerminkan demokrasi, plural, sensitif gender dan bermatlamatkan kepada kemajuan. Di samping itu, ianya berusaha memperlihatkan wajah golongan muslim moderat sebagai sebuah kesatuan.66 2.5.0. Para aktivis Jaringan Islam Liberal Terdapat beberapa tokoh utama JIL, antaranya: 1. Luthfi Assyaukanie Beliau merupakan aktivis Jaringan Islam Liberal di Jakarta. Seterusnya beliau menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda di Fakulti Shari‟ah daripada Jordan Universiti, Amman Jordan. Kemudiannya beliau menamatkan pengajian di peringkat sarjana di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur Malaysia dengan berjaya menghasilkan tesis yang bertajuk Pemikiran Arab Kontemporer. Selain itu, beliau merupakan 64
Nong Darol Mahmada dan Burhanuddin, (2006).op.,cit,h.301 Ibid, 302 66 Ibid,h,302 65
43
pensyarah di Fakulti Sejarah dan Pemikiran Islam di Universiti Paramadina Jakarta. Sekarang beliau menyambung pengajiannya di peringkat ijazah kedoktoran di Melbourne Institute of Asian Languages and Societies (MIALS), daripada University of Melboure, Australia.67 2. Nong Darol Mahmada Beliau menamatkan pengajian di dalam jurusan Tafsir Hadith Fakulti Usuluddin daripada UIN Jakarta pada tahun 1998. Beliau kemudiannya menjadi mantan Imam forum Mahasiswa Ciputat. Seterusnya beliau merupakan aktivis Jaringan Islam Liberal dan beliau menjadi salah satu koordinator di divisi Pengembangan Media dan Advokasi daripada ISAI Jakarta. Kini beliau menjawat jawatan sebagai salah seorang manager di Freedom Institute Jakarta.68 3. Ulil Abshor Abdalla Beliau dilahirkan di Pati, Jawa Tengah pada 11 Januari 1967M. Seterusnya, beliau melanjutkan pendidikannya di Madrasah Mathali‟ ul Falah, Kajen, Pati, Jawa Tengah. Kemudiannya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana muda dalam bidang Syariah Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA).69 Selain itu, beliau merupakan koordinator Jaringan Islam Liberal Jakarta dan menyandang jawatan direktur program Freedom Institute Jakarta.70 4. Dr Abd Moqsith Ghazali Beliau mendapat master dari UIN Syarif Hidayatullah Jakarta. Manakala beliau juga mendapat sarjana Kedoktoran di Universiti yang sama. Di samping itu, beliau juga menjadi sebagai koordinator kajian Jaringan Islam Liberal Jakarta. 67
Ulil Abshar Abdalla, ( 2005). Op.,cit, h. 287 Ibid,h. 288 69 Budi Handrianto, (2007). Op.,cit, h.265 70 Ulil Abshar Abdalla, ( 2005). Op.,cit, h. 290 68
44
Ia sebagai pensyarah di Universiti Paramadina Jakarta dan Perguruan Tinggi Ilmu al-Qur‟an (PTIQ), Jakarta.71 5. Hamid Basyid Beliau merupakan salah seorang aktivis Jaringan Islam Liberal. Selain itu, beliau merupakan alumni daripada Universiti Islam Indonesia (UII), Yogyakarta. Kini beliau aktif di Yayasan Aksara dan menjadi penerbit buku Alfabet, Jakarta dan dalam masa yang sama beliau turut menjadi perintis kepada penubuhan The Indonesia Institute Jakarta.72 6. Novriantorni Beliau menamatkan persekolahannya di PP Darussalam Gontor Ponotogo. Manakala beliau merupakan bekas mahasiswa Universiti al-Azhar dalam jurusan Aqidah Filsafat. Beliau juga melanjutkan ijazah sarjana dalam bidang sosialogi di Pascasarjana Universiti Indonesia. Akhir sekali beliau bertugas sebagai redaktur Jaringan Islam Liberal (JIL), Jakarta.73 7. Muhammad Guntur Ramli Mantan Aktivis JIL dan Peneliti di P3M Jakarta. Beliau garduan Universiti alAzhar di dalam bidang Akidah dan falsafah di Kaherah.Mesir.74 Sesungguhnya terdapat ramai lagi para aktivis JIL yang sedang aktif bergerak dalam kumpulan ini. Masing-masing berperanan menggerakkan JIL bagi mencapai objektif penubuhannya.
71
Ibid, h.285 Ibid, h.286 73 Ibid, h.288 74 Ibid, h.288 72
45
2.6.0 PRINSIP-PRINSIP JARINGAN ISLAM LIBERAL Jaringan Islam Liberal adalah suatu bentuk pentafsiran tertentu terhadap Islam dengan berlandaskan kepada prinsip-prinsip berikut: a. MEMBUKA PINTU IJTIHAD PADA SEMUA DIMENSI “Aliran pemikiran Jaringan Islam Liberal mempercayai bahawa ijtihad atau penalaran rasional terhadap teks-teks Islam adalah prinsip utama yang memungkinkan Islam terus boleh bertahan dalam segala keadaan. Penutupan pintu ijtihad, baik secara terbatas atau secara keseluruhan, adalah ancaman terhadap Islam itu sendiri, kerana dengan demikian Islam akan mengalami kehancuran. Selain itu, Jaringan Islam Liberal mempercayai bahawa ijtihad boleh diselenggarakan dalam semua segi, baik segi muamalat (interaksi sosial), ubudiyyat (ritual), dan ilahiyyat (teologi).”75
Golongan ini memandang bahawa penggunaan
ijtihad dalam Ubudiyat memang lebih sempit dibandingkan dengan dua ruang lainnya. Matlamat yang hendak disampaikan oleh mereka adalah bertujuan supaya umat Islam boleh terus menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan zaman dan menjadi muslim yang baik.76 b. MENGUTAMAKAN SEMANGAT RELIGIO ETIK, BUKAN MAKNA LITERAL TEKS Konsep Ijtihad yang dikembangkan oleh Jaringan Islam Liberal adalah usaha untuk mentafsirkan Islam berdasarkan semangat religio-etik (ertinya semangat beragama) Qur‟an dan Sunnah Nabi. justeru bukan mentafsirkan Islam semata-mata 75
http://www.Islamlib.com. 20/07/2008 Suciati. S.Sos, M.Si, (2006). Mempertemukan Jaringan Islam Liberal dengan Majelis Tarjih PP Muhammadiyah.Cet.1. Yogyakarta: Arti Bumi Intaran,h.49. 76
46
berdasarkan makna literal sebuah teks. Pentafsiran yang literal hanya akan melumpuhkan Islam. Oleh itu, melalui penafsiran yang berdasarkan semangat religioetik, Islam akan hidup dan berkembang secara kreatif menjadi sebahagian dari peradaban kemanusiaan yang bersifat universal. 77 c. MEMPERCAYAI KEBENARAN YANG RELATIF, TERBUKA DAN PLURAL Jaringan Islam Liberal ini juga berdiri pada gagasan tentang kebenaran (dalam pentafsiran keagamaan) sebagai sesuatu yang relatif. Ini kerana pentafsiran adalah suatu kegiatan manusiawi yang terkongkong oleh konteks tertentu; terbuka, kerana setiap bentuk pentafsiran berkemungkinan salah dan berkemungkinan benar; plural, kerana pentafsiran keagamaan, dalam satu dan lain cara, adalah cerminan daripada keperluan seorang pentafsir di suatu masa dan ruang yang terus berubah-ubah.78 d. MEMIHAK PADA YANG MINORITI DAN TERTINDAS Jaringan Islam Liberal menumpukan kepada pentafsiran Islam yang memihak kepada kaum minoriti yang tertindas dan dipinggirkan. Setiap struktur sosial-politik yang mengamalkan ketidakadilan ke atas golongan minoriti adalah berlawanan dengan semangat Islam. Minoriti di sini difahami dalam maknanya yang luas, mencakupi minoriti seperti agama, etnik, ras, jender, budaya, politik dan ekonomi.79 e. MENYAKINI KEBEBASAN BERAGAMA Golongan Jaringan Islam Liberal meyakini bahwa urusan beragama dan tidak beragama adalah hak perseorangan yang mesti dihormati dan dilindungi. Selain itu,
77
http://www.Islamlib.com. 20/07/2008 http://www.Islamlib.com 20/07/2008 79 http://www.Islamlib.com 20/07/2008 78
47
Jaringan Islam Liberal tidak membenarkan penganiayaan (persekusi) ke atas dasar suatu pendapat atau kepercayaan.80 f. MEMISAHKAN OTORITI KEAGAMAAN DAN POLITIK
Golongan ini juga
DUNIAWI
DAN
UKHRAWI,
OTORITI
menyakini bahawa kekuasaan keagamaan dan politik mestilah
dipisahkan. Islam Liberal menentang negara agama (teokrasi). Selain itu, Jaringan Islam Liberal juga menyakini bahawa bentuk negara yang sihat bagi kehidupan agama dan politik adalah negara yang memisahkan kedua-dua hal tersebut. Justeru, agama merupakan
sumber inspirasi yang dapat mewujudkan sebuah perundangan kepada
masyarakat, tetapi agama tidak memiliki hak suci untuk menentukan segala bentuk perundangan kepada masyarakat. Oleh itu, agama berada di ruang privat, dan urusan masyarakat semestinya diselenggarakan melalui proses Ijma‟.81 2. 6.1. MENGAPA DISEBUT JARINGAN ISLAM LIBERAL? Menurut golongan ini nama “Jaringan Islam liberal” menggambarkan prinsipprinsip yang mereka anuti, iaitu Islam yang menekankan kebebasan pribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. “Liberal” di sini mempunyai dua maksud iaitu kebebasan dan pembebasan. Golongan ini mempercayai bahawa Islam selalu disandarkan
dengan kata sifat, kerana
pada kenyataannya Islam
ditafsirkan secara berbeza-beza sesuai dengan keperluan pentafsirnya. Justeru, mereka memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, iaitu “liberal” bagi
mewujudkan Islam Liberal, dan mereka membentuk Jaringan Islam
Liberal (JIL). 82
80
http://www.Islamlib.com 20/07/2008 http://www.Islamlib.com 20/07/2008 82 http://www.Islamlib.com 20/07/2008 81
48
2.6.2. MENGAPA JARINGAN ISLAM LIBERAL? Tujuan utama mereka
adalah menyebarkan gagasan Islam Liberal seluas-
luasnya kepada masyarakat. Kemudiannya mereka memilih suatu bentuk jaringan, bukan organisasi kemasyarakatan, ataupun parti politik. Jaringan Islam Liberal adalah wadah yang memberikan kelonggaran kepada siapa sahaja yang memiliki aspirasi dan kepekaan terhadap gagasan Islam Liberal.83 2.6.3. MATLAMAT JARINGAN ISLAM LIBERAL Jaringan Islam Liberal telah menggariskan beberapa matlamat penubuhannya dan ia adalah seperti berikut: Pertama: golongan ini ingin mengembangkan pentafsiran Islam yang liberal bertepatan dengan prinsip-prinsip yang mereka pegang dan menyebarkan seluas mungkin kepada masyarakat awam.84 Kedua: mengusahakan terbukanya ruang dialog yang bebas dari tekanan fahaman konservatisme. Oleh itu, mereka menyakini bahawa dengan terbukanya ruang dialog dapat mecambahkan idea pemikiran dan gerakan yang sihat.85 Ketiga: mengusahakan supaya kewujudan struktur sosial dan politik yang adil dan bersifat kemanusiaan.86 Secara
umumnya,
gerakan
ini
bertujuan
untuk
menandingi
gerakan
fundamentalis keagamaan di Indonesia serta ingin mempamerkan kepada masyarakat awam terhadap pemahaman keagamaan yang berkonsepkan pluralis dan demokratis. Selain itu, Jaringan ini juga dapat membendung penerapan syari‟at Islam secara 83
http://www.Islamlib.com 20/07/2008 Nong Darul Mahmada dan Burhanuddin. Jaringan Islam Liberal (JIL): Pewaris Pemikiran Pembaruan Islam Di Indonesia. Cet.1. Jakarta Selatan: Jaringan Islam Liberal,h.312 85 Ibid,h.312-313 86 Ibid,h.313 84
49
menyeluruh dan ia juga mendokong dan menyebarkan gagasan keagamaan Islam yang pluralis, terbuka dan humanis serta mencegah pandangan-pandangan keagamaan yang militan dan pro keganasan .87 2.7.0. EMPAT AGENDA UTAMA JARINGAN ISLAM LIBERAL Menurut Luthfi Assyaukanie, Jaringan Islam Liberal mempunyai empat agenda iaitu sistem politik sekular, toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat. Oleh itu, golongan ini berharap agar umat Islam melihat empat agenda tersebut dari perspektif mereka sendiri dan bukan dari perspektif masa silam yang menimbulkan kontroversi dalam menyelesaikan permasalahan dengan baik.88 Lutfhi as-Syaukanie membawakan pandangan Ali Abd al-Raziq mengenai pelaksanaan negara Islam. Jelas sekali Ali Abd al-Raziq menegaskan bahawa Islam adalah agama moral. Manakala Nabi Muhammad s.a.w., diutuskan kepada bangsa Arab bagi memperbaiki akhlak mereka. Maka tugas baginda adalah menyampaikan risalah kenabian yang memiliki ajaran-ajaran moral. Semasa baginda mendirikan negara Madinah, baginda tidak pernah menyatakan bagaimana bentuk pemerintah yang harus diterapkan dan tidak juga baginda menetapkan kepada para Khulafa‟ al-Rashidun suatu bentuk sistem politik tertentu. Oleh itu pandangan sesetengah orang bahawa agama Islam menyuruh umatnya menegakkan negara Islam dengan perundangan dan sistem politik Islam adalah pandangan yang keliru. Selain itu, sejarah membuktikan bahawa apa yang dianggap sistem yang Islami tidak lain adalah ijtihad politik daripada para sarjana muslim selepas pemergian baginda s.a.w. Oleh yang demikian, pemilihan ketua negara dan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Sayyidina Abu Bakr r.a amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh
87 88
Ibid,h.313 Luthfi Assyaukanie, (2007). Islam Benar versus Islam Salah. Cet.1. Jakarta Selatan: KataKita,h.72
50
Sayyidina „Umar Ibn al-Khattab. Begitulah seterusnya apa yang dilaksanakan oleh mereka amat berbeza sama sekali. „Ali Abd al-Raziq telah merumuskan bahawa sistem khilafah bukanlah merupakan kewajipan kepada umat Islam untuk menegakkannya dan ianya bukan sama sekali daripada ajaran Islam.
89
Beliau telah menlontarkan
pandangannya seperti berikut: “ Agama Islam terbebas daripada khilafah yang dikenali oleh umat Islam selama ini. Ianya juga bukanlah sebahagian daripada ajaran agama bagi menguruskan negara. Bahkan ianya adalah rencana politik yang tidak ada kaitan dengan ajaran agama. Justeru, agama tidak pernah mengenalnya, menolaknya, memerintahkannya apatah lagi melarangnya. Namun ianya merupakan sesuatu yang ditinggalkan kepada kita supaya kita menentukannya berlandaskan kaedah rasional, pengalaman dan aturanaturan politik. Begitu juga dengan lembaga ketenteraan, pengurusan wilayah dan pentadbiran negara ianya tidak ada kaitan dengan agama. Sebaliknya ia diserahkan kepada rasional akal dan juga pengalaman manusia untuk menggubalnya dengan baik.”90
Manakala pilihan tersebut menurut beliau, sama ada dalam bentuk sebuah negara, republik, kerajaan, semi kerajaan, berparlimen dan sebagainya merupakan pilihan manusia dan ianya bukan sama sekali pilihan Tuhan kerana umat Islam mengetahui urusan keduniaan mereka sendiri sepertimana yang disabdakan oleh Baginda Nabi s.a.w., yang berbunyi:
، كالمها عن األسود بن عامر،ح ّدثنا أبو بكر بن أيب شيبة وعمرو النّاقد ح ّدثنا محّاد بن سلمة عن ىشام بن:قال أبو بكر ح ّدثنا أسود بن عامر يب صلّى اهلل ّ ّ عن أنس؛ أ ّن الن، عن عائشة وعن ثابت، عن أبيو،عروة فخرج: (( لو مل تفعلوا لصلح)) قال: فقال،مر بقوم يلقحون ّ عليو وسلّم
قال ((أنتم، كذا وكذا: قلت: (( ما لنخلكم؟ )) قالوا:فمر هبم فقال ّ ،شيصا 91 ))أعلم بأمور دنياكم
89
Luthfi Assyaukanie, (2006). Tak ada Negara Islam dari pandangan daripada Ali Abd al-Raziq.Cet.1. Jakarta: Jaringan Islam Liberal,h. 2-3 90 Ali Abd al-Raziq, (1925).op.,cit, h. 103 91 Al-Imam al-Hafiz Abi al-Husain Muslim, (t.t). Sahih Muslim. Kitab al-Fadhail. Jil. 4. Al-Kaherah: Dar Ihya‟ al-Kutub al-Arabiyyah, No hadith 2363., h. 1836
51
Terjemahan: Telah diriwayatkan daripada Abu Bakr bin Abi Shaiybah dan „Amru al-Naqid, kedua meraka meriwayatkan hadith daripada alAswad bin „Amir. Maka telah berkatalah Abu Bakr. Telah diriwayatkan daripada al-Aswad bin „Amir, maka telah diriwayatkan daripada Hammad bin Salamah daripada Hisham bin Urwah, daripada bapanya, daripada „Aisyah dan daripada Thabit, daripada Anas; sesungguhnya Nabi s.a.w., menemui sekelompok manusia Maksudnya : “ Kamu lebih mengetahui mengenai urusan keduniaan kamu”.
Oleh itu, tegasnya lagi urusan politik adalah urusan dunia. Maka menjadi hak umat Islam memutuskannya. Beliau berani berhujah dengan alasan bahawa tidak terdapat suatu ayat pun di dalam al-Qur‟an yang memerintahkan umat Islam membentuk suatu bentuk sistem politik tertentu. Apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka ialah supaya memiliki keperibadian yang jujur dan berlaku adil sesama mereka dan beliau turut berpendapat bahawa pada masa kini dalam sistem politik boleh diterima apa pun cara termasuklah sistem demokrasi yang dianggap merupakan jalan alternatif yang terbaik jika dipraktikkan.92 Selain itu, Ulil Abshar Abdalla berpendapat bahawa JIL boleh menerima negara sekular kerana negara sekular di dalamnya mempunyai unsur-unsur keagamaan dan juga unsur-unsur kemaksiatan.93 Justeru, penulis dapat merumuskan bahawa di antara agenda uatama yang diperjuangkan oleh aktivis liberal ini ialah sistem politik demokrasi yang mutlak. Menurutnya
Nabi S.A.W., menyerahkan segala urusan dunia kepada umat Islam.
Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa tidak terdapat sepotong ayat al-Qur‟an yang menyeru umat Islam membentuk suatu bentuk sistem politik tertentu. Oleh itu, beliau 92
Ibid,h.72 Ulil Abshar Abdalla. (2001). Op.,cit. Edisi 19-21. Bil. 38, h. xxx. Sila rujuk, http:// www. Islamlib.com. 25/11/2001 93
52
melihat bahawa sistem demokrasi yang mutlak merupakan cara yang terbaik jika diamalkan. Manakala menurut beliau agenda yang kedua adalah kehidupan dan hubungan antara agama. Tambahnya lagi, masyarakat majmuk yang wujud di serata dunia Islam dewasa ini memerlukan kepada teologi Pluralisme. Beliau membawa contoh yang berlaku di dalam masyarakat Madinah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w., yang sering kali dijadikan model kepada konsep toleransi dalam kehidupan beragama dalam Islam. Maka dengan ini Islam dianggap sebagai sebuah agama yang menghormati kewujudan pelbagai agama dan ianya bersifat inklusif dan toleransi. Tambah beliau lagi, dalam kehidupan antara agama tidak hanya tertakluk kepada pengalaman negara Madinah malahan kitab suci al-Qur‟an yang menjadi panduan kepada umat Islam sendiri banyak terkandung ayay-ayat yang mewajibkan umat Islam tidak hanya menghormati keberadaan pelbagai agama lain tetapi menyeru mereka mencari kesamaan ( kalimatun sawa).94 Banyak ayat al-Quran yang menerangkan bahawa Allah s.w.t memberikan jaminan kepada para penganut agama lain seperti Yahudi, Kristen, Sabean dan sebagainya akan memperolehi ganjaran pahala sesuai dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh mereka dan diberikan jaminan kepada mereka dengan berada di dalam perlindungan Allah s.w.t., ayat yang berbunyi:
إ ّن الّذين ءامنوا والّذين ىادوا والنّصرى والصبئني من ءامن باهلل
واليوم األخر وعمل صاحلا فلهم أجرىم عند رّهبم وال خوف عليهم وال ىم حيزنون
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, Nasrani, Shabiin (semacam ahli Kitab). Barang siapa yang beriman di antara mereka itu kepada Allah dan hari Kemudian serta beramal salih. Maka bagi meraka memperoleh ganjaran pahala di sisi Tuhan dan tiada 94
Ibid,h.74
53
ketakutan ke atas mereka tiada mereka berdukacita.” (Surah al-Baqarah ayat : 62).
Seterusnya beliau membawakan firman Allah S.W.T, yang berbunyi:
الص ّديقني ّ الرسول فاولئك مع الّذين أنعم اهلل عليهم من النّ ّبني و ّ ومن يّطع اهلل و Maksudnya:
الصاحلني وحسن أولئك رفيقا ّ و ّ الشهدآء و
“Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul. Maka mereka itu bersama orang-orang yang diberikan Allah nikmat kepada mereka iaitu para nabi, orang yang benar, orang yang syahid dan orang yang salih. Alangkah baiknya berteman dengan mereka itu.” (Surah al-Nisa‟ ayat: 69) Oleh itu, ayat-ayat tersebut saling menguatkan antara satu sama lain bagi menyatakan bahawa semua agama selagi mana mengakui kepatuhannya kepada Allah pada dasarnya adalah sama. Tegas beliau lagi, jangan hairan terhadap perkara tersebut kerana Nabi Muhammad s.a.w., pernah bersabda yang berbunyi:95
عن سعيد بن أيب،الغفاري حممد ّ على عن معن بن ّ ّ حدثنا عمر بن النيب صلّى اهلل عليو سعيد ّ ّ ادلقربي عن أيب ىريرة رضى اهلل عنو عن 96 السمحة ّ :وسلّم قال ّ أحب ال ّدين إىل اهلل احلنيفيّة Terjemahan: Telah diriwayatkan daripada Umar bin „Ali daripada Muin bin Muhammad bin al-Ghaffari, daripada Said bin „Abi Said al-Maqbiri daripada „Abi Hurairah r.a. daripada Nabi. s.a.w bersabda : “agama yang paling dicintai oleh Allah adalah “ al-hanafiyyah al-samhah” yang bermaksud agama yang bertoleransi.”
Selain itu, Budhy Munawar-Rahman telah membawakan pandangan Nurcholish Madjid mengenai konsep persamaan di antara semua agama
( kalimah sawa‟).97
95
Ibid,h. 74 Al-Imam Ibn Hajr al-Asqhalani, (t.t). op.,cit, h.182 97 Budhy Munawar-Rachman, ( 2001). Islam Pluralis Wacana Kesetaraan Kaum Beriman. Cet. 1. Jakarta: Paramadina, h.55 96
54
Menurut Nurcholish konsep tersebut telah difirmankan oleh Allah s.w.t., yang berbunyi:
قل يأىل الكتب تعالوا إىل كلمة سواء بيننا وبينكم أالّ نعبد إالّ اهلل وال نشرك بو شيئا وال يتّخذ بعضنا بعضا أربابا ّمن دون اهلل فإن تولّوا فقولوا اشهدوا بأنّا مسلمون Maksudnya: “ Katakanlah (olehmu, Muhammad) „ Wahai Ahl Kitab ! marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pu, dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.” Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima). Maka katakanlah kepada mereka: “ saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran ayat: 64) Tegasnya lagi, berdasarkan ayat di atas titik persamaan di antara semua agama samawi ialah prinsip penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa.98 Di samping itu, beliau juga membawakan sepotong hadith Nabi s.a.w yang berbunyi:
عن سعيد بن أيب،الغفاري حممد ّ على عن معن بن ّ ّ حدثنا عمر بن نيب صلّى اهلل عليو سعيد ّ ّ ادلقربي عن أيب ىريرة رضى اهلل عنو عن ال 99 السمحة ّ :وسلّم قال ّ أحب ال ّدين إىل اهلل احلنيفيّة Telah diriwayatkan daripada Umar bin „Ali daripada Muin bin Muhammad bin al-Ghaffari, daripada Said bin „Abi Said al-Maqbiri daripada „Abi Hurairah r.a. daripada Nabi. s.a.w bersabda : “Sebaik-baik agama di sisi ialah al-hanafiyyah al-samhah iaitu semangat mencari kebenaran secara berlapang dada, bertoleransi, tidak jumud, tanpa kefanatikan dan tidak membelenggu jiwa.”
98 99
Nurcholish Madjid,(1995). Islam, Doktrin dan Peradaban. Cet. 3. Jakarta: Paramadina, h. 7-8 Al-Imam Ibn Hajr al-Asqhalani, (t.t). op.,cit, h.182
55
Ringkasnya golongan liberalis menganggap semua agama samawi adalah sama kerana prinsip penyembahan hanyalah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Selain itu, mereka juga membawakan argumentasi daripada al-Qur‟an dan al-Hadith bagi menyokong hujah mereka. Agenda yang ketiga ialah emansipasi wanita di mana ianya menyeru umat Islam bagi memikirkan kembali beberapa doktrin agama yang merugikan dan menindas golongan wanita. Walaupun pada hakikatnya, doktrin-doktrin tersebut amatlah bertentangan dengan semangat prinsip Islam yang mengakui hak persamaan dan menghormati hak semua jantina. Namun menurut gagasan ini sudah sampai masanya bagi umat Islam bersikap kritis dalam menilai warisan keagamaan mereka. Ini kerana sebahagian daripada pesan-pesan yang terkandung dalam warisan-warisan keagamaan itu dibentuk mengikut keadaan sosial-budaya
yang tertentu. Justeru, ianya perlu
kepada pentafsiran dan pemahaman semula.100 Al-Qur‟an telah menyatakan perihal tersebut:
الصدقني ّ أ ّن ادلسلمني وادلسلمات وادلؤمنني وادلؤمنات والقنتني والقنتات و الصربات واخلاشعني واخلاشعات وادلتص ّدقني وادلتص ّدقات ّ الصربين و ّ الصدقات و ّ و الصائمات واحلافظني واحلافظات وال ّذاكرين اهلل كثريا وال ّذاكرات أع ّد ّ الصائمني و ّ و Maksudnya:
اهلل ذلم ّمغفرة ّوأجرا عظيما
“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah. Maka Allah telah menyediakan kepada mereka keampuanan dan mendapat ganjaran pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat 35).
100
Ibid,h.74
56
Manakala Dr Nasaruddin Umar telah mengemukakan pendapatnya mengenai konsep keserataan gender dengan membawa argumentasi daripada ayat-ayat al-Qur‟an. Misalnya firman Allah yang berbunyi:
اجلن واالنس إالّ ليعبدون ّ وما خلقت Maksudnya: “Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (Surah al-Dhariyat ayat 56)
Seterusnya beliau membawakan firman Allah yang berbunyi:
يأيّهاالنّاس إنّا خلقنكم ّمن ذكر و أنثى وجعلنكم شعوبا وقبآئل لتعارفوآ إ ّن أكرمكم عند اهلل أتقاكم إ ّن اهلل عليم خبري Maksudnya: “ Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling bersua kenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mengenali”. (Surah al-Hujarat ayat: 13 ) Beliau juga membawakan firman Allah s.w.t.,yang berbunyi:
من عمل صاحلا من ذكر أو أنثى وىو مؤمن فاحنيينّو حياة طيّبة ولنجزينّهم أجوىم بأحسن ما كانوا يعملون Maksudnya: “ Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, sama ada lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman. Maka akan kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami member ganjaran pahala kepada mereka yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl ayat: 97)
57
Beliau menegaskan lagi bahawa peranan lelaki dan wanita adalah sebagai khalifah di muka bumi dengan membawa firman yang berbunyi:
وىو ال ّذي جعلكم خالئف األرض ورفع بعضكم فوق بعض درجات لبيلوكم ىف ما ءاتكم إ ّن ربّك سريع العقاب وأنّو لغفور رحيم Maksudnya: “ Dan Dialah yang menjadikan kamu semua sebagai para khalifah di muka bumi dan Dialah yang mengangkat sebahagian daripada kamu beberapa darjat untuk mengujimu mengenai apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu amat segera siksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (surah al-An‟am ayat: 165) Beliau seterusnya mengemukakan lagi hujahnya dengan membawakan firman Allah s.w.t., yang berbunyi:
إّن جاعل ىف األرض خليفة قالوا أجتعل فيها من يفسد ّ وإذ قال ربّك للمالئكة إّن أعلم ما ال تعلمون ّ نسبح حبمدك ونق ّدس لك قال ّ فيها ويسفك الدماء وحنن Maksudnya: “ Ingatlah ketika mana Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Lalu mereka berkata: “ Mengapa Engkau hendak menjadikannya khalifah di bumi orang yang melakukan kerosakan padanya dan menumpahkan darah. Pada hal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?. Maka Tuhan berfirman: “ Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” (surah al-Baqarah ayat : 30)
Oleh yang demikian, beliau menjelaskan bahawa kalimah khalifah dalam kedua-dua ayat di atas tidak menunjukkan kepada salah satu jantina atau etnik tertentu. Maka lelaki dan perempuan mempunyai fungsi yang sama sebagai khalifah di mana
58
mereka akan memegang amanah dan tanggungjawab di muka bumi.101 Ringkasnya ayat-ayat tersebut saling berkait antara satu sama lain bagi memperlihatkan konsep kesamarataan di antara kaum Adam dan Hawa yang dibawa oleh Jaringan Islam Liberal. Selain itu, golongan liberalis juga memberikan hak kepada golongan wanita untuk menjadi imam di dalam solat. Ini boleh dilihat kepada kenyataan Husein Muhammad, menurutnya golongan wanita dibolehkan menjadi imam di dalam solat bagi siapa sahaja sama ada bagi kaum lelaki mahupun wanita.102 Beliau memberikan argumentasi dengan menyandarkan kepada hadith Ummi Waraqah yang mana dianggapnya sebagai lebih kuat keabsahan sanad apatah lagi matannya.103
Hadith
tersebut berbunyi:
، حممد بن الفضيل عن الوليد بن مجيع ح ّدثنا احلسن بن محّاد ّ ح ّدثنا: احلضرمي ّ األول ّ عن ّأم ورقة بنت عبداهلل بن احلارث هبذا احلديث و،الرمحن بن خالّد ّ عن عبد وجعل ذلا مؤذّنا، وكان رسول اهلل صلّى اهلل عليو وسلّم يزورىا يف بيتها: قال.ّأمت فأنا رأيت مؤذّهنا شيخا: الرمحن ّ قال عبد. وأمرىا أن تؤم أىل دارىا،يؤذّن ذلا 104 رواه أبو داود.كبريا
Terjemahan : Telah diriwayatkan oleh al-Hassan bin Hammad al-Hadrami: daripada Muhammad ibn al-Fudail daripada al-Walid ibn Jumai‟ daripada „Abd al-Rahman ibn Khallad, daripada Ummi Waraqah binti „Abd Allah ibn al-Harith. Maka beliau berkata bahawa “Rasulullah s.a.w, telah berkunjung ke rumahnya dan baginda menyuruh seseorang untuk menjadi Muadzin bagi Ummi Waraqah serta menyuruhnya mengimami solat bersama ahli keluarganya”. Seterusnya berkatalah „Abd al-Rahman: Aku melihat Muadzin bagi Ummi Waraqah seorang lelaki yang lanjut usia.
101
Nasaruddin Umar, (2001). Argumen Kesetaraan Jender Perspektif al-Qur‟an. Cet.2. Jakarta Selatan: Paramadina,h.253. 102 Ulil Abshar Abdalla, (2005). Ijtihad Islam Liberal Upaya merumuskan Keberagamaan Yang Dinamis. Cet.1. Jakarta: Jaringan Islam Liberal Jalan Utan Kayu No.68H, h,279 103 Ibid, h.281. 104 Abi Daud, ( t.t). Sunan Abi Daud. Jil. 3. Mesir : Dar al-Fikr al Islami, h.208-209
59
Tegasnya lagi, hadith ini amat jelas sekali dibolehkan bagi golongan wanita menjadi imam di dalam solat berdasarkan kepada zahir ayatnya dan disebut juga di dalam hadith tersebut golongan yang turut menjadi ma‟mum seperti seorang lelaki yang lanjut usia.105 Di sini penulis, dapat meyimpulkan bahawa golongan liberalis sememangnya mendukung agenda emansipasi wanita yang berhubungkait dengan kesamarataan gender. Bagi mereka wanita mempunyai hak kesamarataan dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hal kepimpinan negara. Selain itu, engan tegasnya golongan ini mengatakan kaum wanita sama tarafnya dengan kaum Adam dalam mentadbir sesebuah negara. Bagi mereka tidak ada perbezaan antara golongan lelaki dan wanita kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama sebagai hamba dan pemakmur alam ini. Disebabkan itu, golongan ini membolehkan kaum wanita mengimami kaum lelaki dalam solat. Mereka berhujah dengan menggunakan hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Waraqah. Hadith tersebut menurut mereka bahawa Nabi S.A.W., menyuruh Ummu Waraqah mengimami solat bagi ahli keluarganya yang berada di dalam rumahnya, mereka terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua yang sudah uzur. Seterusnya Lutfhi as-Syaukanie menjelaskan agenda yang terakhir ialah kebebasan berpendapat yang menjadi begitu penting dalam kehidupan umat Islam pada zaman sekarang ketika mana persoalan ini berkait rapat dengan masalah hak asasi manusia. Oleh itu, Islam sudah tentu amat menghormati hak asasi manusia dan juga menghormati kebebasan berpendapat. Apabila dibuka semula pintu ijtihad yang telah ditutup lebih daripada satu abad lamanya, maka tidak ada sebarang alasan bagi seorang muslim berasa takut untuk 105
Ulil Abshar Abdalla, (2005).Op.,cit, h.281
60
memiliki pandangan tersendiri. Selain itu, pandangan mengenai ijtihad merupakan sesuatu yang amat dihargai dan dihormati dalam agama Islam. Beliau mengemukakan kaedah fekah yang menegaskan bahawa seseorang akan diberikan dua ganjaran pahala jika sekiranya benar dalam berijtihad dan dia akan diberikan satu ganjaran jika salah.106 Maka di atas prinsip ini, golongan ini berpendapat Islam amat menghargai pandangan seseorang itu. Oleh itu, tidak ada seorang pun yang boleh menghalang orang lain memiliki kebebasan pendapat. Namun Islam mengakui wujudnya batasan dalam berpendapat. Maksud berpendapat adalah persoalan cara dan bukan pemilikan yang berimplikasi pada masalah hukum yang menjadi urusan negara. Manakala seseorang yang melanggar cara-cara berpendapat akan berhadapan dengan undang-undang yang telah disusun oleh negara. 107 Justeru, bagi mereka isu-isu kebebasan berpendapat yang selama ini menimpa umat Islam adalah menjadi tanggungjawab negara bagi menyelesaikannya dan ianya bukan merupakan tanggungjawab para ulama‟. Maka para ulama tidak mempunyai hak bagi menilai dan juga menghukum individu yang berkaitan dengan kebebasan berpendapat.108 Berikutan itu, dapat dirumuskan bahawa agenda kebebasan berpendapat yang diperjuangkan oleh aktivis JIL ini adalah berdasarkan kepada hujah bahawa Islam menghargai kebebasan berpendapat. Selain itu, golongan JIL turut menegaskan konsep Ijtihad bukan hanya dihadkan kepada para ulama‟ malahan sesiapa sahaja boleh melakukan Ijtihad kerana ianya dihormati dan dihargai oleh Islam. Ringkasnya golongan ini ingin memperlihatkan kepada masyarakat awam dengan apa yang dilakukan ini menjadikan agama Islam dipandang mulia di sisi 106
Luthfi Assyaukanie, (2007). op.cit.,h.75 Ibid,h.75 108 Ibid,h.75 107
61
masyarakat non muslim dan ianya selari dengan perkembangan di zaman kontemporari. Bagi golongan JIL empat agenda utama yang diperjuangkan iaitu sistem politik, toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat yang
diberikan
penekanan oleh mereka ini adalah bertujuan untuk memuliakan dan memartabatkan kembali agama Islam yang kini dianggap sebagai pembela keganasan oleh masyarakat non muslim terutamanya barat. Selain itu golongan JIL juga mengharapkan agar Islam akan dipandang mulia dengan sifat universal, plural, bertoleransi dan sebagainya. 2.8.0. ANALISIS PANDANGAN JARINGAN ISLAM LIBERAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Penulis berpendapat bahawa keempat-empat agenda yang dibawa oleh golongan liberalis banyak menggunakan rasional akal semata-mata untuk membuat pentafsiran yang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Selain itu, penulis juga akan cuba menjawab berkenaan keempat-empat agenda tersebut dengan membawakan pandangan para ilmuan Islam. Bagi menjawab agenda pertama iaitu mengenai sistem politik yang tidak terikat dengan keagamaan atau sistem demokrasi mutlak, penulis akan membawakan beberapa argumentasi bagi menjawab permasalahan tersebut. Menurut Dr Fathi al-Durayni Islam telah pun melakukan perubahan pada konsep agama kerana ia berbeza dengan agama lain. Tegasnya Islam telah menghubungkan agama dengan politik, sains, dunia dan akhirat. Sehubungan itu, segala aktiviti yang dilakukan oleh seseorang muslim itu maka ianya dianggap sebagai ibadah apatah lagi dalam bidang politik.109 Seterusnya Dr „Abd al-Karim Zaidan pula berpendapat bahawa ajaran Islam sesekali tidak pernah memisahkan sistem politik dengan agama. Tegasnya lagi, sesungguhnya Rasulullah S.A.W., mendirikan sebuah negara Islam yang pertama di 109
Fathi al-Durayni, (1987). Khasa is al-Tashri‟ al-Islami fi al- Siyasah wa al-Hukm. Cet. 2. Beirut: Muassasat al-Risalah, h.14-15
62
Madinah selepas baginda berhijrah daripada Mekah. Selain itu, baginda juga menjadi ketua negara Islam yang pertama di Madinah dan mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi dan sebagainya. Maka hal ini menunjukkan perihal seorang pemimpin negara Islam.110 Begitu juga dngan pendapat Syaikh „Atiah Saqar yang menjelaskan bahawa Islam tidak pernah meminggirkan politik. Bahkan politik merupakan sebahagian daripada Islam.111 Manakala Dr Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa Islam dengan politik dilihat sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada agama Islam. Selain itu, beliau menegaskan bahawa pemisahan sistem politik daripada Islam merupakan suatu kejahilan dalam memahami ajaran Islam.112 Seterusnya beliau membawakan sepotong ayat al-Quran yang berbunyi:
تؤدوا اآلمانات إىل أىلها وإذا حكمتم بني النّاس ّ إ ّن اهلل يأمركم أن نعما يعظكم بو إ ّن اهلل كان مسيعا بصريا ّ أن حتكموا بالعدل إ ّن اهلل Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia agar kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Nisa‟ ayat: 58)
Tegas
beliau lagi ayat di atas merupakan salah satu perlembangan Allah
ataupun dikenali sebagai al-dustur al-Ilahi.113
110
Abd al-Karim Zaidan, ( 1992). Ushul al-Dakwah. Cet. 6. Irak: Maktabah al-Quds, h 205 Syaikh „Atiah Saqar, (t.t) al-Fatawa Min ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam. Jil.2. Kaherah : al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 364-365 112 Yusuf al-Qardawi,(1997). Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam. Cet. 1. Mesir : Dar al-Shuruq, h.26 113 Ibid,h.26 111
63
Kesimpulanya, daripada pandangan yang telah dikemukakan oleh para sarjana Islam tadi, maka jelaslah bahawa agama Islam tidak memisahkan antara agama dan politik seperti mana yang berlaku di Barat. Malah ianya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Seterusnya, penulis akan mengemukakan beberapa argumentasi dengan menggunakan tafsir al-Qur‟an bagi menjawab agenda kedua yang berhubungkait dengan konsep toleransi agama atau pluralisme agama. Begitu juga dengan dakwaan semua agama adalah sama dan setiap manusia tidak kira apa agamanya selagi mana dia percaya kepada Tuhan maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Justeru surah alBaqarah ayat 62 dibawa bagi menjawab dakwaan tersebut. Menurut hemah penulis ayat tersebut tidak menyatakan bahawa semua golongan sama ada kaum Yahudi mahupun Sabien dianggap beriman. Tetapi ianya menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan di kalangan mereka itu ada yang mahu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Ibn Kathir menegaskan bahawa ayat ini diturunkan kerana Salman al-Farisi selalu memuji-muji golongan Ahl Kitab kerana mereka beriman kepada Allah S.W.T., lalu Nabi s.a.w., menegaskan bahawa mereka adalah ahli neraka. Sesungguhnya kenyataan tersebut amat mengejutkan Salman. Kemudian turunlah ayat tersebut yang menerangkan bahawa golongan tersebut tidak dianggap beriman selagimana mereka tidak menyakini kepada kerasulan baginda. 114 Manakala Imam al-Qurtubi pula berpendapat bahawa pendapat yang kuat adalah pendapat Ibn Abbas. Tegasnya lagi ayat tersebut sudah dimansuhkan115 dengan ayat yang berbunyi:
114
Ibn Khatir al-Qurasiy al-Damsyiqi, ( 2004).Tafsir al-Qur‟an al-Adzim al-Ma‟ruf Tafsir Ibn Khatir. Cet. 6. Jil. 1. Riyadh: Dar al-Salam h. 154. Lihat juga, _________________, (1994). Tafsir Pimpinan alRahman.Cet. 9. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, h.21. 115 Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi, (2000). Al-Jami‟li Ahkam al-Qur‟an. Jil.1. Beirut: Dar al-Kutub al„ilmiyyah, h.296
64
ومن يبتغ غري االسالم دينا فلن يقبل منو وىو ىف األخرة من اخلسرين Maksudnya: “ Dan barangsiapa mencari selain Islam sebagai agamanya maka tidak diterima daripadanya dan di akhirat kelak dia termasuk di dalam golongan yang rugi.” (Surah Ali Imran ayat: 85) Penulis juga membawakan firman Allah yang berbunyi:
إ ّن ال ّدين عند اهلل اإلسالم Maksudnya : “ Sesungguhnya satu-satunya agama di sisi Allah ialah agama Islam”. (Surah Ali „Imran ayat: 19)
Seterusnya penulis melihat dalil tersebut menunjukkan bahawa hanya agama Islam agama yang diredai oleh Allah S.W.T dan hanya agama Islam yang tinggi kedudukanya sehinggakan tiada agama lain yang mampu menandinginya. Selain itu, penulis membawakan pandangan para ulama‟ dalam mentafsirkan ayat ke-64 dari surah ali Imran di mana ayat ini telah diinterpertasikan oleh golongan liberalis dengan menganggap semua agama samawi adalah sama di sisi Allah kerana prinsip penyembahan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa.
قل يأىل الكتب تعالوا إىل كلمة سواء بيننا وبينكم أالّ نعبد إالّ اهلل وال نشرك
بو شيئا وال يتّخذ بعضنا بعضا أربابا ّمن دون اهلل فإن تولّوا فقولوا اشهدوا بأنّا مسلمون
Maksudnya:
65
“ Katakanlah (olehmu, Muhammad) „ Wahai Ahl Kitab ! marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pu, dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.” Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima). Maka katakanlah kepada mereka: “ saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran ayat: 64)
Menurut Ibn Kathir ayat tersebut telah ditujukan kepada Ahl Kitab daripada Yahudi dan Nasrani. Manakala kalimah Sawa‟ yang bererti kalimah tauhid tetapi Nabi Muhammad S.A.W., mengajak golongan Ahl Kitab supaya tidak menyekutukan-Nya dengan apa jua bentuk persembahan dan menyeru mereka agar meng-Esakan Allah S.W.T. Sekiranya mereka enggan beriman kepada Allah S.W.T., maka mereka tergolong daripada orang-orang kafir.116 Al-Sobuni berpendapat bahawa Nabi Muhammad S.A.W, menyeru golongan Ahl Kitab supaya berimana kepada Allah. Manakala kalimah Sawa‟ yang bermaksud kalimah tauhid iaitu dengan meng-Esakan Allah S.W.T., dalam ibadah dan tidak menyembah makhluk ciptaan-Nya atau patung berhala. Jika sekiranya mereka menolak dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w., maka mereka tergolong daripada orang-orang kafir.117 Fakhr al-Din al-Razi berpendapat bahawa Nabi Muhammad s.a.w., mengajak golongan Ahl Kitab supaya beriman kepada Allah. Manakala kalimah sawa‟ yang bermaksud kalimah tauhid iaitu tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Jika
116
Ibn Khatir al-Qurasiy al-Damsyiqi, ( 2004). Op., cit. Jil. 1. Riyadh: Dar al-Salam, h. 511 Al-Syaikh Muhammad „Ali al-Sobuni, (2005). Al-Tafsir al-Wadih al-Muyassar. Cet. 6. Beirut: alMaktabah al-Asriyyah, h. 129 117
66
sekiranya mereka menolak seruan yang disampaikan oleh baginda. Maka mereka tergolong daripada orang-orang yang kafir.118 Di sini penulis dapat merumuskan bahawa apa yang ditafsirkan oleh golongan liberal terhadap kalimah Sawa‟ sebagai semua agama samawi adalah sama di sisi Tuhan kerana prinsip penyembahan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah tidak benar sama sekali kerana para ulama‟ telah menafsirkan kalimah Sawa‟ yang bermaksud kalimah tauhid kepada Allah. Jika sekiranya golongan Ahl-Kitab menolak seruan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w., maka mereka tergolong daripada orang-orang kafir. Kesimpulannya golongan liberalis ini telah menolak pandangan ulama‟ terdahulu dan metodologi tafsir yang membahaskan mengenai nasakh dan mansuh sesuatu ayat serta mereka hanya menggunakan rasional akal semata-mata bagi menyokong gagasan mereka. Selanjutnya, penulis mengkaji dan meneliti hadith yang berbunyi : alhanafiyyah al-samhah” yang bermaksud agama yang bertoleransi. Hadith ini seringkali dijadikan hujah bagi golongan liberalis bagi membenarkan konsep pluralisme agama. Menurut Taha „Abd al-Rauf Saad, hadith tersebut bermaksud agama Islam sahaja yang memberikan kemudahan dan kelonggaran kepada umatnya. Maka dinamakan agama Islam adalah agama yang mudah kerana ianya mendapat kedudukan yang paling tinggi daripada agama sebelumnya. Selain itu, beliau menegaskan bahawa Allah S.W.T mengangkat segala kesukaran dan kepayahan yang terdapat daripada agama sebelumnya. Manakala
118
Al-Imam Fakhr al-Din al-Razi, ( 2003). Al-Tafsir al-Khabir aw Mafatih al-Ghaib. Jil. 7. Kaherah: alMaktabah al-Tawfiq, h. 80-82
67
kalimah hanafiyyah yang membawa makna agama yang benar yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. itulah agama Islam.119 Selain itu, hadith tersebut ingin menekankan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dalam melaksanakan ajaran agama sepertimana yang dijelaskan oleh Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buthiy, bahawa apa yang dimaksudkan al-hanafiyyah al-samhah” ialah agama yang memberikan kelonggaran bagi seseorang yang mukallaf sekiranya terdapat kesusahan untuk melaksanakan hukum syara‟ seperti melaksanakan solat Jama‟, Qasar, solat dengan duduk, berbuka puasa sekiranya bermusafir, sakit dan bersangatan lapar dan dahaga.120 Justeru, penulis mendapati bahawa hadith tersebut bukanlah membenarkan konsep pluralisme agama sepertimana yang difahami oleh golongan liberalis. Tetapi sebenarnya hadith tersebut menerangkan mengenai agama Islam adalah agama yang mudah dan bertolak-ansur kepada umat-Nya. Agenda yang ketiga adalah emansipasi wanita dan kesamarataan gender di antara lelaki dan wanita dalam bidang kepimpinan. Menurut Dr Nasiruddin Umar hal ini dirujuk kepada ayat-ayat daripada surah al-Ahzab : 35, al-Dhariyat: 56, alHujurat:13 dan al-Nahl bagi menegaskan isu kesamarataan gender dalam memperoleh pahala daripada Allah S.W.T. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa ayat-ayat daripada surah al-An‟am: 165 dan al-Baqarah : 30 turut membahaskan mengenai kesamarataan gender dalam memegang amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin negara. Maka penulis akan membawakan beberapa argumentasi daripada sarjana Islam bagi menangani permasalahan ini. Selain itu penulis turut merujuk kepada firman Allah s.w.t., yang berbunyi: 119
Taha „Abd al-Rauf Saad, ( 1992). Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Cet. 1. Jil.1. Mesir : Dar alQhadd al-„Arabi, h.182. 120 Muhammad Said Ramadhan al-Buthy, ( 2005). Dhawabit al-Maslahah fi al-Shari‟ah alIslamiyyah.Cet. 4. Syira: Dar al-fikr, h.288.
68
فضل اهلل بعضهم على بعض ومبا ّ الرجال ّقومون على النّساء مبا ّ
أنفقوا من أمواذلم
Maksudnya : “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orangorang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (member nafkah) sebahagian dari harta mereka.” (Surah al-Nisa‟ ayat : 34)
Selain itu, penulis juga membawakan pandangan para Mufassirin dalam mentafsirkan ayat tersebut. menurut Ibn Kathir ayat di atas menunjukkan bahawa golongan lelaki sebagai pemimpin bagi kaum wanita dan sebagai pembimbing kepada mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan.121 Selain itu, beliau menegaskan bahawa kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kaum lelaki adalah untuk menyara keluarga dan sebagainya.122 Manakala Dr Wahbah al-Zuhaili berpendapat kalimah “al-qawamah” bermaksud pemimpin dan ketua keluarga serta rumah tangga. menegaskan bahawa
123
Selain itu, beliau
sebab “al-qawamah” bagi kaum lelaki terdapat dua faktor.
Pertama, golongan lelaki memiliki bentuk fizikal yang kuat dan yang kedua kaum lelaki mempunyai tanggungjawab yang berat iaitu menyara keluarga dan kaum kerabatnya.124 Syaikh Muhammad „Ali Sobuni kalimah pula menjelaskan “qawamah” bermaksud taklif iaitu bebanan atau tanggungjawab dan ianya bukanlah bermaksud
121
Ibn Khatir al-Qurasiy al-Damsyiqi, ( 2004). Op., cit. Jil. 3, h. 673. Ibid, h. 673. 123 Wahbah al-Zuhaili, (2005). Al-Tafsir al-Munir fi „Aqidah wa al-Shari‟ah wa al-Manhaj. Cet. 8. Jil. 3. Syria: Dar al-Fikr, h. 56 124 Ibid, h. 57-58. 122
69
tashrif iaitu kemuliaan.125 Manakala Dr Yusuf al-Qardawi berpendapat bahawa “alqawamah” membawa maksud al-Masuliyyah dan amanah.126 Seterusnya, Syaikh Muhammad Mutawalli al-Sha‟rawi pula, berpendapat bahawa kalimah al-qawamah bukanlah bermaksud tamlik dan tafdil (pemilikan atau keistimewaan). Malah ianya bermaksud Masuliyyah iaitu tanggungjawab dan taklif iaitu bebanan.127 Syaikh „Atiah Saqar berpendapat bahawa kalimah “al-qawamah” membawa maksud masuliyyah iaitu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh golongan lelaki bagi memberikan nafkah dan menyara kehidupan keluarga.128 Berdasarkan kepada pandangan yang telah dikemukakan oleh para ilmuan Islam, maka dapatlah dirumuskan bahawa konsep kepimpinan Islam tidak memandang kepada kemulian golongan lelaki sepertimana yang berlaku di Barat tetapi
ianya
memperlihatkan suatu tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul oleh golongan tersebut. Selain itu, Allah S.W.T., menjadikan kaum Adam dan Hawa dengan penuh keunikan. Selain itu, kaum lelaki juga dijadikan bagi memikul bebanan dengan mencari nafkah dan menyara keluarga serta memimpin masyarakat kerana bersesuaian dengan sifat fizikal dan emosi golongan tersebut yang mampu menangani pelbagai permasalahan berbanding kaum wanita yang mempunyai perasaan keibuan bagi mendidik anak dan menguruskan rumahtangga serta menjadi penolong kepada kaum lelaki dalam setiap perkara. Selanjutnya bagi menjawab mengenai pandangan golongan liberalis yang membolehkan golongan wanita menjadi imam di dalam solat bersandarkan kepada 125
Al-Syaikh Muhammad „Ali al-Sobuni, (2005). Op.,cit, h. 185. Yusuf al-Qardawi,(1997). Op.cit, h. 162. 127 Muhammad Mutawalli al-Sha‟rawi, (1990). Al-Mar‟ah fi al-Qur‟an al-Karim. Cet.1. Kaherah: Maktabah al-Sha‟rawi,h. 74-75 128 Syaikh „Atiah Saqar, (t.t) al-Fatawa Min ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam. Jil.2. Kaherah : al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 226-227 126
70
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, maka di sini penulis membawakan beberapa pandangan ulama dalam membicarakan permasalahan tersebut. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili tidak sah wanita dan khunsa mengimami solat bagi golongan lelaki sama ada solat fardhu mahupun sunat.129 Selain itu, beliau menegaskan bahawa bagi pengikut madhhab al-Shafieyyah dan pengikut madhhab alHanabilah, mereka berpendapat sah solat bagi golongan wanita yang mengimami solat sesama wanita sahaja. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan al-Dar alQutni daripada Ummi Waraqah yang berbunyi: Sabda Nabi s.a.w.
، ثنا عمر بن شبة أبو أمحد الزبريى، حدثنا أمحد بن العباس البغوى أ ّن رسول اهلل صلّى اهلل عليو: عن أم ورقة، ثنا الوليد ابن مجيع 130
وتؤم نساءىا،وسلّم أذن ذلا أ ّن يؤذن ذلا ويقام
Terjemahan: Telah diriwayatkan kepada kami daripada Ahmad bin al-Abbas alBaghwi, daripada Umar bin Shibah Abu Ahmad al-Zubairi, daripada alWalid ibn Jumai‟, daripada Ummu Waraqah: sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengizinkan seseorang untuk mengazankan dan mengiqamahkan untuk Ummu Waraqah serta baginda menyuruh beliau mengimami solat bagi golongan wanita.
Beliau menegaskan lagi bahawa pengikut madhhab Malikiyyah bersepakat bahawa tidak sah wanita mengimami solat bagi lelaki dan disyaratkan hanya golongan lelaki sahaja menjadi imam.131 Manakala pengikut madhhab al-Hanafiyyah berpendapat bahawa tidak sah wanita mengimami solat bagi kaum lelaki sama ada solat tarawih, jenazah dan sebagainya.132
129
Wahbah al-Zuhaili,( 2004). Fiqh al-Islami wa adillatuhu. Cet.4. Jil.2. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 1194 Al-Imam „Ali ibn Umar al-Dar Qutni, ( 1966). Sunan al-Dar Qutni tahqiq al-Syaid Abd al-Allah Hashim Yamani al-Madani. Cet. 1. Jil. 1. Al-Kaherah: Dar al- Mahasin, h. 279 131 Wahbah al-Zuhaili,( 2004). Op.,cit, h. 1194 132 Ibid, h. 1194 130
71
Manakala al-Syiakh Khalil al-Saharan Puri pula cuba mentafsirkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud mengenai wanita mengimami solat.
Hadith
tersebut berbunyi:
، حممد بن الفضيل عن الوليد بن مجيع ح ّدثنا احلسن بن محّاد ّ ح ّدثنا: احلضرمي ّ األول ّ عن ّأم ورقة بنت عبداهلل بن احلارث هبذا احلديث و،الرمحن بن خالّد ّ عن عبد وجعل ذلا مؤذّنا، وكان رسول اهلل صلّى اهلل عليو وسلّم يزورىا يف بيتها: قال.ّأمت
. فأنا رأيت مؤذّهنا شيخا كبريا: الرمحن ّ قال عبد. وأمرىا أن تؤم أىل دارىا،يؤذّن ذلا 133 رواه أبو داود Maksudnya:
Telah diriwayatkan oleh al-Hassan ibn Hammad al-Hadrami: daripada Muhammad ibn al-Fudail daripada al-Walid ibn Jumai‟ daripada „Abd alRahman ibn Khallad, daripada Ummi Waraqah binti „Abd Allah ibn Harith. Maka beliau berkata bahawa “Rasulullah s.a.w, telah berkunjung ke rumahnya dan baginda menyuruh seseorang untuk menjadi Muadzin bagi Ummi Waraqah serta menyuruhnya mengimami solat bersama ahli keluarganya”. Seterusnya berkatalah „Abd al-Rahman: Aku melihat Muadzin bagi Ummi Waraqah seorang lelaki yang lanjut usia. Menurut beliau hadith tersebut bukan bermaksud sedemikian, tetapi hadith ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh Ummi Waraqah untuk mengimami orang yang berada di dalam rumahnya iaitulah para wanita. Maka hadith ini mengharuskan wanita mengimami solat hanya bagi kaum wanita sahaja.134 Ringkasnya apa yang dapat penulis simpulkan daripada pandangan yang telah dikemukakan oleh al-Syiakh Khalil al-Saharan Puri bahawa wanita hanya diharuskan mengimami solat sesama kaum wanita sahaja. Manakala Dr Wahbah Zuhaili dan beliau membawakan pandangan pengikut madhhab yang empat, mereka bersepakat menegaskan bahawa wanita tidak sah menjadi imam bagi kaum lelaki berdasarkan hadith yang telah diterangkan tadi. Justeru, penulis melihat bahawa golongan liberalis
133
Abi Daud, ( t.t). op.cit, h.208-209 Syaikh Khalil al-Saharan Puri, (1977). Badzl al-Majhud fi Hal Abi Daud. Cet. 1. Jil.3. Kaherah: Dar al-Rayyan li Tuwrath, h.209 134
72
menolak pandangan ijma‟ ulama yang mengharamkan kaum wanita menjadi imam kepada kaum lelaki. Agenda yang terakhir adalah kebebasan berpendapat atau berfikir. Di sini penulis berpandangan sekiranya kebebasan berpendapat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam maka perkara tersebut tidak menjadi masalah. Namun apa yang berlaku kepada golongan ini sebaliknya, di mana mereka cuba untuk melakukan ijtihad dalam semua aspek terutamanya yang melibatkan hukum-hakam yang sudah qat‟i seperti konsep pluralisme agama, kesamarataan gender, menolak konsep pemerintahan Islam dan sebagainya. Oleh itu, perkara sedemikian adalah dilarang sama sekali. Demikian juga penulis berpendapat bahawa hanya permasalahan furu‟(cabang) sahaja yang memerlukan kepada Ijtihad. Contohnya seperti muamalat ( perniagaan) di mana ianya tidak terdapat hukum yang jelas di dalam al-Qur‟an dan al-sunnah. Perlu juga diketahui bahawa di dalam Islam matlamat Ijtihad adalah untuk mencapai kepada hukum syara‟ dan bukannya untuk tujuan lain. Selain itu, seseorang yang hendak berijtihad perlulah memiliki syarat-syarat seperti berikut: 1. Memiliki kepakaran dalam bidang fekah. 2. Menghafaz al-Qur‟an. 3. Mempunyai kepakaran dan kefahaman yang mendalam dalam mazhab yang diikuti. 4. Memiliki kefahaman yang tajam. 5. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bahasa Arab dan juga tatabahasa Arab. 6. Mempunyai kepakaran dalam membuat perbandingan di antara pandanganpandangan ulama‟ bagi mencapai kesahihan dan kebenaran. 73
7. Memiliki kepakaran dengan menggunakan metode yang digunakan oleh para ulama‟ Usuluddin dan Fuhaqa‟seperti penggunaan al-Mutlak dan Muqayyad, alAm dan al-Khash dan sebagainya.135
Kesimpulannya, seseorang yang tidak memenuhi syarat Ijtihad tidak dibenarkan untuk berijtihad kerana dibimbangi akan membawa kepada kekeliruan dan juga kesesatan.
Di sini penulis mendapati bahawa golongan liberalis tidak memiliki
sepenuhnya syarat-syarat tersebut bagi melakukan Ijtihad. 2.9.0 KESIMPULAN
Penulis dapat merumuskan bahawa terdapat empat agenda JIL iaitu, sistem politik sekular, toleransi beragama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat. Agenda yang pertama berkaitan dengan sistem politik demokrasi yang hendak diperjuangkan oleh aktivis liberal. Menurut JIL
Nabi s.a.w., menyerahkan segala
urusan dunia kepada umat Islam. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa tidak terdapat sepotong ayat al-Qur‟an yang menyeru umat Islam membentuk suatu bentuk sistem politik tertentu. Oleh itu, beliau melihat bahawa sistem demokrasi merupakan cara yang terbaik jika diamalkan. Menurut pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana Islam seperti Dr Yusuf al-Qardawi, Dr Fathi al-Durayni dan sebagainya, agama Islam adalah agama yang tidak memisahkan antara agama dan politik seperti mana yang berlaku di Barat. Malah ianya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
135
„Abd al-Muiz „Abd al-Aziz Hariz, ( 2002). Majalah al-Shari‟ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah. Bil.50. Kuwait: Majlis al-Nashr al-Ilmiah Jamiah al-Alamiyyah, h.244.
74
Manakala agenda yang kedua berkenaan dengan toleransi beragama. Menurut golongan liberalis semua agama samawi adalah sama kerana prinsip penyembahan hanyalah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Selain itu, mereka juga membawakan argumentasi daripada al-Qur‟an dan al-Hadith bagi menyokong hujah golongan tersebut. Di sini penulis membawakan apa yang ditafsirkan oleh golongan liberal terhadap kalimah „Sawa‟‟ sebagai semua agama samawi adalah sama di sisi Tuhan kerana prinsip penyembahan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah tidak benar sama sekali kerana para ulama‟ telah mentafsirkan kalimah „Sawa‟ yang bermaksud kalimah tauhid kepada Allah. Jika sekiranya golongan Ahl-Kitab menolak seruan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., maka mereka tergolong daripada orangorang kafir. Selain itu, golongan liberalis ini telah menolak pandangan ulama‟ terdahulu dan metodologi tafsir yang membahaskan mengenai nasakh dan mansuh sesuatu ayat serta mereka hanya menggunakan rasional akal semata-mata bagi menyokong gagasan mereka. Seterusnya penulis membawakan agenda yang ketiga yang berkaitan dengan emansipasi wanita. Menurut golongan liberalis wanita mempunyai hak kesamarataan dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hal kepimpinan negara. Tegas, golongan ini kaum wanita sama tarafnya dengan kaum Adam dalam mentadbir sesebuah negara. Bagi mereka tidak ada perbezaan antara golongan lelaki dan wanita kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama sebagai hamba Allah dan pemakmur alam ini.
75
Berdasarkan kepada konsep kepimpinan Islam tidak memandang kemuliaan golongan lelaki sepertimana yang berlaku di Barat tetapi ia memperlihatkan suatu tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul oleh golongan tersebut. Selain itu, Allah menjadikan kaum Adam dan Hawa dengan penuh keunikan. Kaum lelaki memikul bebanan dengan mencari nafkah dan menyara keluarga serta memimpin masyarakat. Ini bersesuaian dengan sifat fizikal dan emosi golongan tersebut yang mampu menangani pelbagai permasalahan berbanding kaum wanita yang mempunyai naluri keibuan bagi mendidik anak dan menguruskan rumahtangga serta menjadi penolong kepada kaum lelaki dalam setiap perkara. Selain itu, golongan ini juga membolehkan kaum wanita mengimami kaum lelaki dalam solat. Mereka berhujah dengan menggunakan hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Waraqah. Hadith tersebut menurut mereka bahawa Nabi s.a.w., menyuruh Ummu Waraqah mengimami solat bagi ahli keluarganya yang berada di dalam rumahnya, mereka terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua yang sudah uzur. Ringkasnya apa yang dapat penulis simpulkan daripada pandangan yang telah dikemukakan oleh al-Syiakh Khalil al-Saharan Puri bahawa wanita hanya diharuskan mengimami solat sesama kaum wanita sahaja. Manakala
Dr Wahbah Zuhaili
membawakan pandangan pengikut madhhab yang empat dan mereka telah bersepakat menegaskan bahawa wanita tidak sah menjadi imam bagi kaum lelaki berdasarkan hadith yang telah diterangkan tadi. Justeru, penulis melihat bahawa golongan liberalis menolak pandangan ijma‟ ulama yang mengharamkan kaum wanita menjadi imam kepada kaum lelaki. Penulis dapat merumuskan bahawa agenda kebebasan berpendapat merupakan agenda utama yang diperjuangkan oleh aktivis JIL ini kerana menurut mereka, Islam amat menghargai kebebasan berpendapat. 76
Selain itu,beliau menegaskan konsep Ijtihad bukan hanya dihadkan kepada para ulama‟. Malah sesiapa sahaja boleh melakukan Ijtihad kerana ianya dihormati dan dihargai oleh Islam. Manakala menurut perspektif Islam yang sebenar, seseorang yang tidak memenuhi syarat Ijtihad tidak dibenarkan untuk berijtihad kerana dibimbangi akan membawa kepada kekeliruan dan juga kesesatan. Di sini penulis mendapati bahawa golongan liberalis tidak memiliki sepenuhnya syarat-syarat tersebut bagi melakukan Ijtihad. Kesimpulannya penulis melihat bahawa ke-empat-empat agenda
yang
diperjuangkan oleh JIL amatlah bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, penulis melihat bahawa kesemua agenda tersebut merupakan sebahagian daripada unsur-unsur fahaman liberalisme Barat.
77