Definisi
Dalam undang-undang perniagaan, sesuatu kontrak itu hendaklah dilaksanakan mengikut obligasi dan persetujuan bersama pihak-pihak yang berwajib selagi kontrak itu tidak dilepaskan. Pelaksanaan kontrak adalah intipati penting dalam perjanjian kontrak, kerana tanpa pelaksanaan, kontra kontrak k itu itu dikata dikatakan kan telah telah dilepa dilepaska skan. n. Terdap Terdapat at beberap beberapaa cara cara untuk untuk melepa melepaska skan n kontrak kontrak sekiranya ada pihak yang tidak mahu lagi untuk meneruskannya. Salah satu cara pelepasan kontrak ialah melalui kekecewaan. Mengikut Seksyen 57(1) Akta Kontrak pula, mana-mana perjanjian untuk melakukan perbuatan yang mustahil adalah batal. Hal ini bermakna sesuatu kontrak kontrak yang terkecewa adalah telah terbatal terbatal dari mula lagi dan bukannya bukannya boleh batal.Merujuk batal.Merujuk kepada Seksyen 57(2) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa sesuatu kontrak itu yang pada asalny asalnyaa adalah adalah sah dan boleh boleh dilaks dilaksana anakan kan dikata dikatakan kan kecewa kecewa apabil apabilaa berlak berlakuny unyaa keadaan keadaan-keadaan yang mustahil untuk dilaksanakan.
Penjelasan Penjelasan lebih lanjut pada seksyen 57(1) Akta Kontrak pula, dimana perjanjian perjanjian untuk melaku melakukan kan perbua perbuatan tan yang yang mustah mustahil il adalah adalah batal, batal, sepert sepertii contoh contoh situas situasii pertam pertama, a, A dan B berjanji berjanji untuk menemui menemui harta karun dengan menggunakan menggunakan kuasa sihir, sihir, akan tetapi, dengan cara sihir adalah suatu perbuatan yang mustahil, maka telah batal kontrak itu walau kedua-dua pihak atau hanya satu pihak sahaja yang menyedari tentang ketidakkemungkinanan ini. Sekiranya, pembuat janji (A) tahu tentang keadaan ini, dimana beliau mengetahui ketidakmungkinan ini, maka beliau terikat untuk membayar ganti rugi kepada penerima janji (B) atas sebarang kerugian yang ditanggungnya akibat ketiadaan pelaksaanan janji itu. Situasi kedua pula, menerangkan bahawa bahawa pelaks pelaksana anaan an adalah adalah mustah mustahil il dengan dengan penget pengetahua ahuan n selepa selepass kontrak kontrak itu dibuat dibuat.. Ianya Ianya adalah pengetahuan secara mengejut dan tiba-tiba. Dengan perkataan lain, kontrak itu menjadi mustahil untuk dilaksanakan selepas terbentuk perjanjian.
Seksyen Seksyen 57 (2) Akta Kontrak pula menjelaskan kontrak kontrak itu pada mulanya sah dan boleh dilaksananakan tetapi telah berlaku peristiwa yang tanpa diduga telah membawa pelaksanaan itu menjadi mustahil, ini boleh dianggap ianya satu kontrak yang mustahil dan tidak sah. Contoh di dalam situasi pertama, apabila A dan B telah membuat perjanjian untuk membina sebuah rumah 1
di atas bukit. B didalam kes ini adalah seorang kontraktor dan A adalah bakal tuan punya rumah itu nanti. Tiba-tiba, kejadian gempa bumi telah berlaku, bukit yang telah disasarkan di dalam perjanjian telah musnah. Contoh situasi kedua, A dan B membuat perjanjian untuk membina rumah di atas bukit. Tidak lama kemudian, kerajaan telah mengeluarkan akta baru bahawa adalah dilarang untuk membina rumah di atas bukit, maka adalah mustahil untuk B melaksanakan janjinya untuk membina rumah itu. Ini kerana pelaksanaan kontrak akan melanggar undang-undang negara. Maka, pelaksaan telah menjadi mustahil bagi kedua pihak, maka pelepasan kontrak telah berlaku. Kekecewaan telah berlaku di antara kedua-dua pihak.
Berdasarkan definisi mengenai kekecewaan ini, dapatlah disimpulkan bahawa (i) pelaksanaan adalah mustahil semasa kontrak dibuat dan (ii) pelaksaan adalah mustahil selepas ia dibuat. Sesuatu kekecewaan yang berlaku merupakan sesuatu yang amat mustahil untuk dilaksanakan dan juga jika dapat dilaksanakan, tetapi akan menjadi tidak sah mengikut perundangan. Dalam undang-undang kontrak, doktrin kekecewaan adalah bertujuan untuk memberi pembelaan terhadap penegakan kontrak.Kekecewaan biasanya berlaku semasa dan selepas kontrak terbentuk.
2
KONSEP DOKTRIN KEKECEWAAN
Kekecewaan yang berlaku hendaklah diluar jangkaan, yang menyusul secara tiba-tiba dan tidak boleh dijangka secara munasabah dan amatlah mustahil untuk dilaksanakan sehingga kontrak terpaksa dilepaskan. Malah, prinsip ini adalah juga terpakai di dalam Common Law Inggeris.Seperti contoh dalam kes Inggeris, Joseph Constantine Steamship Line V Imperial Smelting Corporation, apabila Viscount Simon menyatakan, ‘kekecewaan’ dalam erti kata undang-undang, ia bukan sahaja menyediakan satu pihak dengan pembelaan dan lagi satu pihak tertuduh yang inginkan pembelaan, kekecewaan adalah pelepasan kedua-dua pihak dari kontrak itu secara automatik.
Maka, doktrin ini tidak terpakai apabila satu pihak mengatakan kontrak itu telah terkecewa akibat pengaruh diri sendiri, ini kerana ianya tidak boleh menjadi alasan bagi satu-satu pihak untuk melepaskan diri sendiri dari kewajipan dirinya sendiri dalam melaksanakan kontrak itu.Dalam kes ini, mahkamah akan meneliti terma-terma seksyen 57(2) Akta kontrak sebelum mengesahkan kes tersebut. Kes Ramli Bin Zakaria & YL V Kerajaan Malaysia, mahkamah memutuskan bahawa satu perjanjian yang mengandungi peruntukan satu tangga gaji tertentu tidak menjadi kecewa apabila tangga gaji itu kemudiannya dimansuhkan dan diganti dengan tangga gaji baru. Mahkamah menyatakan sesuatu kontrak itu tidak akan dilepaskan semata-mata berdasarkan atas kekecewaan pengaruh sendiri (“self-induced frustration”).
Akan tetapi, setakat mana doktrin kekecewaan Common Law ini terpakai di negara kita adalah tidak pasti tetapi mahkamah tempatan secara umumnya masih memakai undang-undang Inggeris. Contohnya, dalam kes yang telah disebut seperti diatas Ramli Bin Zakaria & YL V Kerajaan Malaysia, mahkamah memakai ujian kekecewaan yang digariskan dalam kes Inggeris , Davis Contractors Ltd. V Fareham UDC , dimana Lord Radcliffe menyatakan “ kekecewaan berlaku apabila undang-undang mengiktiraf, tanpa apa-apa kesalahan oleh mana-mana pihak, suatu pelaksanaan kontrak tidak boleh dibuat kerana berlakunya sesuatu yang diluar jangkaan dan amat berlainan sekali keadaannya daripada apa yang telah dijanjikan di bawah kontrak”.
3
Contoh yang lain seperti dalam kes Khan Daw Yau V Kim Nam Realty Development Sdn Bhd , tuan punya tanah menghadapi kesusahan untuk melaksanakan kontrak jualan tanah kerana pihak berkuasa telah meletakkan beberapa syarat baru yang agak membebankan dalam mengubah tanah pertanian kepada tanah perindustrian. Antara syarat baru itu adalah tanah yang terlibat hanya boleh dijual kepada bumiputera, sedangkan tuan punya telah menjual kepada plaintif yang bukan seorang bumiputera.Maka dengan merujuk kes Inggeris Davis Contractors Ltd. V Fareham UDC , doktrin kekecewaan tidak terpakai hanya kerana tanggungjawab pembuat janji itu lebih membebankan untuk dilaksanakan berbanding sebelumnya.
Beralih kepada kes yang lain berlaku iaitu kes Khoo Than Sui V Chan Chiau Hee (1976) di mana defenden telah membuat kontrak untuk bersetuju menarik kayu-kayu balak plaintif daripada Sungai Sugut hingga ke Sandakan. Defenden dikehendaki menarik lapan puluh dua batang kayu balak tetapi hanya sebelas sahaja yang selamat sampai disebabkan berlakunya riut kencang di laut. Plaintif telah membuat tuntutan ganti rugi di atas kehilangan kayu-kayu balaknya tetapi defenden enggan membayar ganti rugi dengan alasan bahawa bencana alam yang telah berlaku yang menyebabkan kontrak tersebut terkecewa. Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan bahawa alasan defenden yang menyatakan bencana alam yang menyebabkan kontrak menjadi kecewa tidak boleh diterima disebabkan ribut kencang yang berlaku masih belum sampai ke tahap bencana alam dan sepatutnya dalam keadaan cuaca sedemikian,defenden seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.
Jika sesuatu kontrak itu masih dapat dilaksanakan, walaupun cara pelaksanaannya menjadi semakin sukar atau pun melibatkan kos yang mahal dan dalam keadaan yang membebankan, kontrak tersebut tidak akan dianggap mengalami kekecewaan.
4
ASPEK UNDANG-UNDANG KEKECEWAAN
1. Kekecewaan akan membawa kepada penamatan kontrak di mana dalamCommon Law, kontrak yang terkecewa akan tamat dengan sendirinya dan membebaskan pihak yang berkewajipan selain akan membatalkan segala hubungan kontrak di antara pihak dengan hak berkontrak.
2. Apabila berlakunya kekecewaan dalam sesuatu kontrak, tiada pihak yang harus dipersalahkan disebabkan ianya bukan disebabkan kehendak dan kemahuan pihak-pihak yang berkontrak.
3. Pengaruh kekecewaan tidak bergantung kepada niat atau pendapat mana-mana parti yang berkontrak. Dalam doktrin kekecewaan ini akan wujud dua faktor penting yang akan menamatkan kontrak yang telah dibuat. Pertamanya ialah harus ada suatu peristiwa luar atau perubahan situasi yang tidak terjangka, tidak dapat diramalkan atau disediakan oleh pihak pada masa kontrak, yang menyebabkan kontrak tersebut mustahil atau tidak sah untuk dilaksanakan. Faktor seterusnya ialah kekecewaan bukan disebabkan oleh pihak yang bertanggunggan ke atas kontrak.
4. Pada awalnya,kontrak dilaksanakan tanpa wujudnya sebarang permasalahan, tetapi disebabkan sesuatu kekangan sama ada disebabkan oleh kehilangan subjek,objek atau pun kematian, kontrak kemudiannya akan mengalami kekecewaan.Namun begitu, dalam kontrak yang mustahil untuk terus dilaksanakan, ada pihak yang telah memberikan peruntukan dalam kontrak tersebut, maka dalam undang-undang kekecewaan, pihak yang menerima keuntungan harus membayar balik kepada pihak yang rugi.Contohnya ialah kontrak dilaksanakan untuk menghias sebuah taman, dan sebelum wujudnya kekecewaan, kontraktor telah membina sebuah kolam renang di kebun .Dalam situasi ini,apabila berlakunya kekecewaan, pemilik taman harus membayar tukang kebun ganti rugi bagi kos yang digunakan dalam membina kolam tersebut. 5
Situasi kekecewaan dapat digolongkan di dalam beberapa kategori :
1) Apabila tujuan kontrak telah musnah (Objek).
Seksyen 52(2) Akta Kontrak memperuntukkan bahawa sesuatu kontrak yang pada mulanya sah dan boleh dilaksanakan akan menjadi kecewa apabila berlaku beberapa keadaan yang menjadikan kontrak tersebut tidak dapat dilaksanakan. Salah satu keadaan tersebut ialah apabila terdapatnya kemusnahan objek atau dalam erti kata lain sesuatu yang telah menghapuskan tujuan asal sesuatu kontrak tersebut dimana berlaku sesuatu peristiwa secara tibatiba yang memberi kesan kepada tujuan kontrak tersebut.
Sebagai contoh, Ahmad telah menyewa sebuah bilik berdekatan dengan konsert Amy Search yang akan diadakan pada masa terdekat sebagai tempat untuk beliau
menyaksikan
konsert tersebut secara dekat. Walaubagaimanapun, konsert tersebut telah dibatalkan disebabkan Amy Search mengalami kecederaan akibat kemalangan kecil yang berlaku sebelum konsert tersebut berlangsung. Berdasarkan kejadian tersebut, Ahmad telah dituntut ganti rugi atau sewa bilik tersebut oleh pemiliknya.
Berdasarkan contoh situasi di atas, Ahmad telah dibebaskan untuk membayar sewa bilik kerana dikatakan berlaku kekecewaan objek atau tujuan asal kontrak tersebut dilakukan iaitu menyaksikan konsert Amy Search. Dalam situasi ini, konsert tersebut merupakan perkara dasar yang mewujudkan kontrak. Jadi, apabila perkara dasar itu dikecewakan atau memustahilkan ianya berlaku, kontrak tersebut boleh dibatalkan.
Dalam situasi lain pula, A telah menyewa sebuah kontena daripada B untuk menempatkan beberapa ekor kudanya untuk dibawa ke tempat pertunjukan kuda di bandar X. A telah membayar sebanyak RM100 kepada B sebagai wang pendahuluan untuk menyewa kontena itu. Walaubagaimanapun, A telah dikhabarkan dengan berita bahawa petunjukkan tersebut dibatalkan dan akan ditangguh pada tahun akan datang. Disebabkan kejadian tersebut, A menuntut kembali wangnya daripada B tetapi B tidak mengembalikan wang tersebut dengan alasan A telah berkontrak dengannya untuk menyewa kontena. Dalam situasi ini, mahkamah 6
memutuskan bahawa, A boleh menuntut kembali wangnya kerana kontrak A dengan B untuk menyewa kontena menjadi batal kerana dikatakan kecewa disebabkan pembatalan pertunjukkan kuda dan memustahilkan ianya berlaku pada masa tersebut. Dalam hal ini, pertunjukkan kuda merupakan satu objek atau tujuan sebenar yang menyebabkan kontrak A dengan B terbentuk.
Berdasarkan kepada kedua-dua situasi di atas, ia boleh dikaitkan dengan kes yang telah berlaku dan diputuskan oleh mahkamah bahawa kontrak tersebut telah dikecewakan iaitu sebagai contoh ialah kes Inggeris, Krell V Henry. Berdasarkan kes ini, Henry telah menyewa sebuah bilik di mana bilik tersebut berkedudukan menghala kepada perjalanan perarakan penabalan Raja Edward yang ketujuh bagi tujuan untuk menyaksikan perarakan itu. Walaubagaimanapun, perarakan tersebut telah dibatalkan disebabkan keuzuran yang menimpa Raja Edward. Krell telah meminta wang sewa bilik daripada Henry tetapi mahkamah telah memutuskan Henry bebas dari membayar wang sewa tersebut kerana kontrak yang terbentuk telah dikecewakan. Hal ini bermaksud, kontrak tersebut telah dikecewakan oleh kemusnahan objek iaitu tujuan asal Henry menyewa bilik tersebut dimana ingin menyaksikan perarakan itu sahaja.
Secara keseluruhannya, kontrak yang terbentuk akan menjadi batal atau kecewa apabila terdapatnya peristiwa-peristiwa yang memusnahkan tujuan asal kontrak tersebut.
2) Perkara utama atau objek penting kepada pelaksanaan itu musnah (Subjek).
Sebagai contoh, A mahu bercuti di Pulau Langkawi dan telah membayar untuk penginapan di salah sebuah hotel di tempat tersebut. Tidak beberapa lama kemudian, Pulau Langkawi telah berlaku gempa bumi, hotel tersebut telah hancur dan musnah. Maka A mahu menuntut duit yang telah dibayar kepada pihak hotel (defendan), akan tetapi usaha A tidak akan diiktiraf di sisi undang-undang memandangkan kekecewaan telah berlaku.
Merujuk kes Taylor V Caldwell , di mana plaintif telah menyewa dewan muzik dari pihak defendan (pemilik dewan muzik) untuk mengadakan beberapa siri konsert. Namun, dewan muzik itu telah musnah akibat kebakaran. Kemudian, plaintif menuntut gantirugi kepada pihak
7
defendan, tetapi pihak mahkamah telah memutuskan bahawa telah terjadinya kekecewaan di dalam kes ini. Ini kerana kontrak itu telah dikecewakan dengan musnahnya dewan tersebut.
Kes kedua adalah Berney V Tronoh Mines, dimana ianya adalah berkaitan satu kontrak perkhidmatan dilepaskan melalui kekecewaan kerana perang meletus apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, dengan merujuk kepada seksyen 12 Akta Relief Spesifik 1950, untuk menjadikan kontrak itu adalah kecewa , mestilah objek penting untuk pelaksanaan kontrak itu adalah juga musnah keseluruhannya sama sekali.
3) Apabila kematian atau tiada keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab berkontrak atau kewajipan.
Apabila satu pihak yang mempunyai kontrak meninggal, maka kontrak yang dibuatnya dengan individu atau organisasi lain
terbatal atas dasar kekecewaan. Contohnya, Ali telah
bersetuju dengan kontrak bersama Bank Z untuk pinjaman pendidikannya. Apabila Ali meninggal dunia, Kontrak yang dibuatnya akan menjadi kecewa dan tidak boleh dikuatkuasakan. Tuntutan tidak boleh dibuat kepada Ali atau ahli keluarganya. Dalam perkara ini, kelayakan peribadi dan kemahiran seseorang itu merupakan asas kepada pembentukan kontrak tersebut. Contoh kes Graves V Cohen, seorang penunggang kuda lumba menyaman pemiliknya yang telah meninggal kerana kontraknya telah batal. Makamah telah menentukan yang kontrak diantara pemilik dan penunggang kuda itu telah kecewa. Sekiranya kontrak itu berkaitan dengan ahli keluarganya, maka kontrak itu tidak kecewa. Akan tetapi, tiada persetujuan dalam kontrak berkaitan dengan mana-mana individu lain dan kontrak itu kecewa. Manakala, kes Phillips v Alhambra Palace Co pula membicarakan seorang daripada rakan kongsi sebuah dewan pertunjukan telah meninggal dunia setelah mereka bersetuju untuk mengadakan pertunjukan sebuah pancaragam. Kontrak yang dibuat diantara rakan kongsi dan pancaragam tidak kecewa atas kematian rakan kongsinya kerana kontrak itu masih mampu di jalankan atau dilaksanakan. Kontrak yang dibuat bukan diantara pancaragam dan si mati. Maka mahkamah memutuskan kontrak harus dilaksanakan dan kontrak tidak kecewa.
8
Dalam kes Robinson V Davison, mahkamah memutuskan untuk pihak berkontrak hendaklah tidak menjadikan keadaan kesihatan kurang baik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan kewajipan berkontrak. Kontrak yang dibuat adalah bersyarat iaitu jika isteri defendan berupaya untuk melaksanakan kewajipan bagi pihak defendan, maka ia akan dilepaskan dari sebarang tanggungan. Pihak yang berkontrak boleh membuat syarat dalam kandungan kontrak tersebut bahawa ketidakupayaan seseorang tidak boleh dimaafkan. Namun demikian syarat seperti itu tidak diperuntukkan dalam kontrak yang dibuat di dalam tajuk ini. 4) Apabila perubahan undang-undang atau campur tangan kerajaan dengan tiba-tiba menjadikan sebuah kontrak itu menyalahi undang-undang.
Secara terperinci lagi, perubahan kepada undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan telah membuatkan sesuatu kontrak yang pada awalnya sah disisi undang-undang tetapi apabila berlaku sesuatu peristiwa yang tidak dijangka akan berlaku, kontrak tersebut telah menjadi salah disisi undang-undang. Jadi, pihak-pihak yang berkontrak tidak boleh meneruskan apa-apa perbuatan atau pelaksanaan kontrak apabila kontrak itu telah dimusnahkan oleh undangundang.
Sebagai contoh, kilang Y telah berkontrak dengan kilang X untuk membeli ayam beku dan kilang X telah berjanji untuk menghantar satu lori ayam beku ke kilang Y untuk tujuan pasaran. Walaubagaimanapun, sebelum ayam beku tersebut dihantar ke kilang Y, pihak berkuasa telah menyekat transaksi penghantaran ayam beku oleh kilang X tersebut disebabkan berlakunya wabak selsema burung di kawasan terletaknya kilang Y. Berdasarkan situasi tersebut, pihak yang berkontrak tidak berhak menuntut apa-apa kerugian atau apa sahaja yang berlaku disebabkan kontrak yang telah terbentuk menjadi kecewa akibat daripada larangan pihak berkuasa terhadap transaksi yang berlaku.
Dalam situasi lain pula, sebuah syarikat yang dikenali sebagai Dewa Sakti Sdn Bhd telah berkontrak dengan Syarikat Z untuk menghantar barangan menggunakan kargo di suatu pelabuhan M. Walaubagaimanapun, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa negara yang menempatkan pelabuhan M telah berlaku peperangan yang memusnahkan beberapa kawasan dan mendatangkan risiko kepada pihak luar. Berdasarkan kejadian tersebut, kontrak yang berlaku di 9
antara syarikat Dewa Sakti dan Syarikat Z telah terkecewa akibat daripada pengisytiharan peperangan yang berlaku di negara tersebut. Begitu juga kes Avery V Bowden, dimana sebuah kapal sepatutnya mengangkut beberapa kargo di Odessa. Tetapi peperangan telah berlaku, kerajaan telah membuat undang-undang adalah haram untuk kapal mengangkut kargo di kawasan peraiaran atau pelabuhan musuh, maka kapal itu tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dalan berkontrak. Kekecewaan juga telah berlaku.
Selain itu, contoh lain seperti Syarikat Maju Berhad, sebuah syarikat pembinaan telah berkontrak dengan Syarikat Daya Bumi untuk menjalankan pembinaan beberapa buah apartment di lereng bukit yang terletak berhampiran dengan bandar Y. Sebelum projek pembinaan dijalankan, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa kawasan yang ingin dibangunkan untuk pembinaan apartment tersebut merupakan kawasan larangan dimana merupakan milik penuh kerajaan. Segala pembinaan yang ingin dijalankan adalah salah disisi undang-undang. Disebabkan oleh undang-undang tersebut, kontrak antara pihak Syarikat Maju Berhad dan Syarikat Daya Bumi telah dilepaskan kerana kontrak tersebut telah menjadi kecewa akibat pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan.
Dalam kes Lee Kin V Chan Suan Eng, ia berkaitan kes pajakan tanah di antara dua pihak di mana diperbaharui untuk 5 tahun sekali dikatakan telah kecewa apabila satu enakmen baru digubal memperuntukkan agar pajakan tersebut perlu diperbaharui setahun sekali. Malah di dalam kejadian peperangan juga boleh menyebabkan undang-undang negara terlibat diubah dengan tiba-tiba. Apabila berlaku pengisytiharaan meletusnya peperangan, ini akan menjadikan kontrak atau sebarang perjanjian perdagangan yang dibuat dengan negara berkaitan dikatakan kecewa. Ini telah dinyatakan seperti di dalam kes Finelvet AG V Vivana Shipping Co. Ltd. The Crysalis.
10
Kesan Kekecewaan
Secara keseluruhannya kekecewaan menamatkan kontrak secara automatik dan melepaskan kedua-dua pihak dari menanggung tanggungjawab untuk melaksanakan kontrak tersebut dan juga pelepasan hak mereka.
Menurut sekyen 66, kepada sesiapa yang telah mendapat faedah atau manfaat atau bayaran dari kontrak tersebut, mestilah memulihkannya atau membayar semula pampasan tersebut kepada pihak yang telah memberikan faedah tersebut. Sebagai contoh, kes Kung Swee Heng YL V Paritam Kaur dimana plaintif telah membayar RM 500 kepada defendan sebagai wang pendahuluan untuk membeli sebuah bangunanan. Kemudian telah terjadi sebuah peperangan maka kontrak tidak dapat diteruskan, dengan itu kekecewaan telah berlaku. Menurut mahkamah, plaintif berhak untuk mendapat kembali RM500 daripada defendan. Kes ini juga telah menggunakan kes terdahulu iaitu kes Fibrosa Spolka.
Prinsip di atas mungkin dilihat sebagai bias atau berat sebelah terutamanya apabila satu pihak yang lain telah pun menjalankan tanggungjawabnya dalam berkontrak dan beliau juga kemungkinan kekurangan wang. Dengan itu, telah ada penggubalan undang-undang dalam doktrin kekecewaan ini iaitu Akta Pemulihan Undang-undang Inggeris (Kontrak-kontrak yang Mengecewakan) 1943, telah diluluskan dan digubal untuk menangangi pelbagai jenis masalah kontrak yang telah terkecewa. Malah, beberapa peruntukan daripada Akta Inggeris ini mempunyai persamaan dengan seksyen 15 dan seksyen 16 Akta Undang-undang Sivil 1956 (Semakan 1972). Ini adalah untuk pelarasan hak dan tanggungan pihak-pihak dalam kontrak yang mengecewakan.
Contoh menurut seksyen 15(2) Akta Undang-undang Sivil, wang yang perlu dijelaskan untuk berkontrak belum dibayar, dan selepas itu kekecewaan kontrak telah berlaku. Maka, tiada pampasan wang yang perlu dibayar. Tetapi jika wang sudah didahulukan sebelum kekecewaan berlaku. Maka apabila kekecewaan telah berlaku, maka perlulah wang itu dibayar semula kepada pihal yang telah mendahulukan bayaran. Seperti contoh, A dan B telah berkontrak untuk membuat rumah di atas bukit. Kemudian, bukit tersebut telah musnah, maka kekecewaan telah berlaku. Akan tetapi di dalam kes ini B masih belum menjalankan tugasnya lagi (tiada kos 11
pembuatan lagi), malah A (bakal pemilik rumah) tidak membayar apa-apa lagi untuk projek perumahan tersebut. Maka, apabila telah berlaku kekecewaan (bukit musnah), maka tidak perlu apa-apa pampasan duit perlu dibayar. Tetapi jika A sudah memberi wang pendahuluan sebanyak RM10,000. Maka selepas kekecewaan berlaku, maka B perlulah membayar semula RM10,000 kepada A.
Walaupun, keadaan diatas seperti tidak nampak adil terhadap sesetengah pihak yang telah menanggung perbelanjaan untuk pelaksanaan kontrak tersebut sebelum kekecewaan berlaku. Seperti B telah menjalankan tugasnya untuk membina rumah tersebut tetapi terbengkalai akibat kemusnahan bukit. Dengan itu, seksyen 15(2) Akta Undang-undang Sivil, atas budi bicara mahkamah memerintahkan untuk bayaran semula wang tetapi tidak melebihi perbelanjaan yang telah ditanggung. Contohnya, jika B telah memulakan projek perumahan dengan kos permulaan RM6,000 maka, beliau hanya perlu memulangkan RM4,000 kepada A mengikut wang pendahuluan yang telah diberi oleh A yang sebanyak RM10,000.
Situasi yang lain pula, bagaimana jika pihak yang lain telah menerima faedah daripada berkontrak tersebut sebelum berlaku kekecewaan. Faedah dan manfaat ini bukan dalam bentuk wang. Contoh, B telah membuat kerja-kerja pengubahsuaian di dalam rumah A, dimana menurut kontrak itu pembayaran hanya akan dilakukan apabila kerja-kerja ubahsuai B telah selesai. Tetapi belum sempat kerja itu diselesaikan (masih di dalam proses), rumah itu telah musnah akibat tanah runtuh (rumah itu adalah di lereng bukit). Persoalannya, adakah B berhak menuntut haknya di atas khidmat dan perbelanjaan kerja yang telah ditanggungnya?. Maka menurut seksyen 15(3) Akta Undang-undang Sivil, mahkamah memperuntukkan bahawa jika A telah menerima faedah sebelum kekecewaan berlaku, dimana faedah tersebut boleh dinilaikan atau dikira dalam bentuk wang, dimana pihak B (pengubahsuai rumah) telah menjalankan tanggungjawabnya dalam melaksanakan kontrak. Maka, B berhak mendapat haknya kembali dengan mendapatkan pampasan mengikut jumlah yang tidak melebihi perbelanjaan ubahsuai yang telah diberikan oleh B. Bermakna, jika barang-barang ubahsuai itu berjumlah RM30,000 yang telah dilaksanakn maka jumlah itu juga A (pemilik rumah) perlu membayar kepada B.
12
Seksyen 16(4) Akta Undang-undang sivil pula terpakai untuk pelbagi kontrak. Contoh, Jika Siti bersetuju untuk mengubahsuai rumah Aminah dengan syarat-syarat bahawa: (1) RM 4,000 harus dibayar setelah dapurnya siap diperbaharui. (2) RM1,500 untuk kos pengecatan ruang tamu, dan (3) RM7,000 terakhir untuk pemasangan dekorasi seperti langsir dan permaidani. Kemudian, dapur diperbaharui dan juga ruang tamu juga telah dicat. Tetapi Siti tidak sempat untuk melaksanakan kandungan kontrak ketiga dimana rumah Aminah telah hangus dijilat api. Maka, di dalam kes ini, mahkamah memutuskan kontrak-kontrak tersebut adalah tiga kontrak berasingan kerana pelaksanaan kontrak adalah berperingkat. Prinsip kekecewaan hanya berlaku pada perjanjian ketiga yakni RM7,000 untuk pemasangan dekorasi.
Sebagai kesimpulannya, pihak-pihak berkontrak adalah bebas untuk membuat peruntukan kandungan kontrak yang mereka buat. Sekiranya mahu mengetepikan kontrak sekyen 15 Akta Undang-undang Sivil mereka boleh berbuat demikian, dengan meletakkan syarat di dalam kandungan kontrak “ sebarang pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan sekalipun berlaku perkara diluar jangkaan yang menjadikan kontrak ini adalah kecewa”. Ini adalah benar, kerana ianya menyokong kebebasan pihak untuk berkontrak, merujuk pada satu kes Photo Production Ltd V Securior Transport Ltd, di mana Lord Diplock menyatakan “prinsip kontrak di bawah Common Law…….. ialah bahawa semua pihak adalah bebas untuk menentukan sendiri aspek-aspek tanggungjawab atau kewajipan yang akan mereka terima…. “. Seksyen 15 juga tidak digunakan kepada kontrak-kontrak untuk pengangkutan barang di laut, insurans, pihak pihak sewa khas, melainkan masa sewa khas dan sewa khas dengan cara kematian, dan kontrak untuk jualan barang-barang spesifik, iaitu sebab kekecewaan adalah kemusnahan barang-barang tersebut.
13
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kekecewaan adalah salah sebuah cara bagaimana kontrak dilepaskan, dimana pihak-pihak yang terlibat telah dilepaskan dari tanggungan dan hak berkontrak. Seksyen 57 Akta Kontrak telah menjelaskan doktrin kekecewaan, juga telah terdapat beberapa kes kekecewaan yang masih dirujuk menggunakan kes Common Law. Juga, telah dijelaskan bagaimana kes-kes kekecewaan juga boleh mendapat keadilan selanjutnya bagi pihak yang telah memberi faedah kepada pihak lain, tetapi apabila berlakunya kekecewaan, maka mahkamah memberikan mereka peluang untuk menuntut hak mereka setakat mana yang telah meraka mengeluarkan belanja dan kos untuk menyempurnakan kontrak tersebut sebelum kontrak itu terkecewa. Ini adalah untuk keadilan bagi pihak tersebut. Di mana Akta Pemulihan Undangundang Inggeris (Kontrak-kontrak yang Mengecewakan) 1943 adalah restitusi bagi pihak yang ingin menuntut hak mereka di dalam kes kekecewaan dengan akta ini dikaitkan juga dengan seksyen 15 dan seksyen 16 Akta Undang-undang Sivil 1956 (Semakan 1972).
14
Rujukan
Smithies D. (2007). Contract-Frustration. Retrief pada 10 April 2010 dari Laman web tutor2u http://tutor2u.net/law/notes/contract-frustration.html
Cases On Discharge of Contract (2010) Dimuat turun pada 10 April 2010 dari http://www.lawteacher.net/contract-law/cases/discharge-cases.php
Aun W.M., & Vohrah B. (1986). Undang-undang Perdagangan Malaysia. Petaling Jaya, Selangor : Longman Malaysia Sdn Bhd.
Saudah S. (2000). Pengenalan Undang-undang Kontrak dan Agensi. Ampang/Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Steptoe & Johnson. LLP (2010). The doctrin of frustration in law. Diambil pada Mac 29, 2010 di laman web www.dosctoc.com
Harlina Mohamed On & Rozanah Ab. Rahman (2007). Undang-undang Perniagaan Malaysia. Kuala Lumpur:Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd.
15