PENGENALAN Tokugawa Ieyasu1 telah telah mendom mendomina inasi si arena arena polit politik ik Jepun Jepun dari dari tahun tahun 1603 sehingga 1616 dan merupakan pemimpin teragung Jepun dalam abad ke 17. Beliau telah mengasaskan Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan tentera yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun. Beliau telah berjaya menyatukan Jepun yang merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi. Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil serta berlanjutan selama hampir 200 tahun. Pada zaman ini banyak kemajuan yang telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian, sastera dan lain-lain. Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakat yang berpelajaran dan terdapat hampir 60 000 Terakoya atau sekolah kampung kampung yang menampung menampung keperluan pendidikan pendidikan anak anak kaum tani. Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan kepada anak - anak samurai juga telah didirikan oleh Bakufu dan tuan - tuan tanah. Kajian tentang buku buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dimajukan , di samping pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku yang juga telah menerima sokongan golongan Daimyo. Daimyo.2 Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang, pemerintahan Bakufu telah mengalami kemerosotan dan tumbang pada tahun 1867. Masyarakat Tokugawa mengalami masalah dalaman yang menjadi punca kemusnahan masyarakat itu sendiri. Perdaga Perdaganga ngan n yang yang berkem berkemban bang g pesat pesat dan proses proses urbani urbanisas sasii telah telah membaw membawaa banyak banyak kekayaan kepada kumpulan tertentu , misalnya golongan saudagar tetapi keadaan ini telah mengakibatkan kemiskinan kelas tentera terutamanya golongan Daimyo dan samurai yang menjadi tulang belakang sistem politik Tokugawa. banyak faktor dari segi politik, ekonomi dan sosial telah membawa kehancuran kepada pemerintahan keluarga Tokugawa. 1
Ieyasu yang dikenali dengan nama panggilan Takechiyo semasa beliau masih kanak kanak, adalah anak sulung Matsudaira, seorang ketua pewira dari Okazaki. Lihat hasil tulisan M.Rajendran, Sejarah Jepun halaman 36 2 Ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki dan sebagainya. Selain itu Selain itu juga terdapat seni lukis terutamanya Ukiyo-e, juga Jidai Tokugawa Tokugawa telah menghasilka menghasilkan n beberapa beberapa orang pelukis pelukis , tokoh sastera sastera dan penyair agung . Di antara mereka termasuk Chikamatsu Monzaemon (pengarang drama yang agung), Hishikawa Moronobu (pengasas sekolah seni lukis ukiyo-e) ukiyo-e) Ihara Saikaku (seorang penulis novel yang berbakat) dan Matsuo Basho (seorang pakar atau pantun tujuh belas sukukata).Ibid atau sukukata).Ibid halaman 37. ’haiku’
SEBAB SEBAB KEJATUHAN SYOGUN TOKUGAWA Dalam membincangkan faktor - faktor runtuhnya pemerintahan Tokugawa, dapat di bahagikan kepada tiga pekara yang utama iaitu dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. SEBAB POLITIK
1) PENTADBIRAN YANG KERAS Setelah Syogun Tokugawa merampas kuasa, mereka telah memberikan jaminan akan menjaga dan mempertahankan kedudukan maharaja. Walaupun jaminan telah diberikan masih terdapat pengawasan ketat dan keras terhadap maharaja dan juga rakyat. Maharaja telah dinasihatkan supaya tidak terlalu aktif dalam soal pentadbiran (kedunian) dengan alasan baginda seorang yang suci. Akibatnya, maharaja telah diasingkan ke Bandar Kyoto sebagai boneka.3 Selain itu juga rakyat Jepun tidak terlepas dari menerima pengawasan. Shogun Tokugawa telah mengadakan peraturan - peraturan yang sangat keras dan mereka bertindak tegas dan hukuman bagi segala kesalahan adalah berat seperti hukuman bunuh. Rakyat hendaklah membuat pekerjaan yang telah ditetapkan dan golongan Daimyo yang lain hendaklah mengabdikan diri kepada Syogun Tokugawa di istana pada masa tertentu. 4 Sehubungan dengan itu, dari ulasan C.P.Fitzgerald seluruh penduduk telah
dibahagikan kepada empat golongan iaitu askar, peladang, tukang, dan saudagar. Pihak istana adalah terasing , dihormati, dan di jaga tetapi di asingkan dari segala urusan kerajaan sejauh tiga ratus batu atau lebih di mana Syogun memerintah dari Yedo. Orang orang lindunganya dan daimyo – daimyo di paksa mengembara keseluruh pelusuk negara Jepun setiap tahun.5 Pemerintahan yang terlalu ketat dan mengongkong rakyat ini telah mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati rakyat lebih - lebih lagi golongan petani yang semakin terdesak akibat tekanan yang di terima dari pihak pemerintah. 3
Lihat Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. halaman 70 Ibid hlmn 70 5 Sistem ini di namakan sebagai sistem Sankin Kotai di mana sistem ini juga di gelar sebagai sistem bergilir. Di bawah sistem ini setiap daimyo terpaksa menukar tempat kediamanya setahun selang setahun di antara Edo dan tanahnya sendiri. Apabila beliau pulang ke tanahnya sendiri, beliau harus meninggalkan isteri dan anak anak di Edo sebagai penjamin. Ketika di Edo, seorang daimyo berkewajipan melaksanakan Bakufu dan apabila beliau tinggal di tanahnya pelbagai pelbagai upacara dan tugas pentadbiran untuk sendiri, beliau tidak di benarkan melawat tanah lain tanpa persetujuan Bakufu. Lihat tulisan M. Rajendran. Sejarah Jepun ms 43. 4
2) KELEMAHAN SYOGUN TOKUGAWA Peringkat awal pemerintahan Syogun Tokugawa merupakan zaman kejayaan dan kegemilangan . Pada zaman Syogun Tsunayoshi (1680-1709) negeri Jepun mencapai kemewahan tetapi semasa pemerintahan Yoshimune negeri Jepun telah mengalami masalah ekonomi sehingga berlaku peristiwa kebuluran.6 Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila shogun - shogun selepas Yoshimune merupakan shogun yang lemah. Contoh Ieshige (1745-1788) adalah bebal dan berpenyakit g agap sehingga sukar untuk memahami percakapanya.7 Syogun berikutnya iaitu Ieharu adalah pemalas dan tidak mengambil berat tentang urusan pentadbiran. Segala urusan pentadbiran kerajaan di serahkan kepada pegawai - pegawainya. Selain itu, Ienari yang merupakan shogun yang lemah mempunyai 40 dayang dan 900 orang pembantu di istananya. Ienari juga mempunyai 20 orang gundik dan 55 orang anak. Beliau amat boros dan ramai anak perempuanya telah dikahwinkan mengikut upacara secara besar besaran.8 3) GERAKAN MENGGULINGKAN TOKUGAWA Semasa awal pemerintahan Syogun Tokugawa, beliau telah banyak mengalahkan suku kaum lain. Oleh itu tidak hairanlah perasaan dendam masih tertanam di kalangan suku - suku kaum ini. Walaupun mereka menyatakan taat setia dan mengakui kekuasaan Tokugawa namun mereka tetap mencari jalan untuk menentang Tokugwa. Suku kaum seperti Satsuma, Chonshu, Toza dan Hizen merupakan golongan yang aktif menentang Syogun Tokugawa. Salah satu jalan untuk menjayakan rancangan itu adalah dengan menyokong maharaja yang selama ini di pencil oleh Tokugawa. Mereka juga telah bersatu dengan golongan bangsawan Kyoto serta golongan saudagar yang anti-Tokugawa terutama di bandar Osaka. Mereka juga telah menggunakan alasan penerimaan Syogun
6
Walaupun ini bukan kesalahan beliau, sebaliknya di akibatkan kejadian bencana alam dan ketidakseimbangan harga beras , namun unsur unsur ini telah menjejaskan kedudukan Syogun Tokugawa. Ibid halaman 71 7 Beliau lebih banyak meletakkan kuasa yang ada padanya kepada jurubahasanya, Ooka Tadamitsu. Ooka yang menterjemah percakapan Ieshige telah di naikkan pangkat menjadi pegawai penyelenggara istana dan berikutnya telah di anugerahkan darjah kuasa tinggi . Sila rujuk Maswari Rosdi .Sejarah China dan Jepun Moden 1800 – 1955. halaman 71. 8 Syogun - syogun Tokugawa juga amat boros. Mereka menjadi penaung kepada kebanyakan aktiviti kesenian. Selain itu juga membazir wang dengan membina dan melengkapan istana , mereka juga bertanggungjawab mengeringkan sumber sumber kewangan Bakufu. M. Rajendran. Sejarah Jepun hlmn 52.
Tokugawa terhadap orang asing seperti Amerika, Belanda dan Perancis untuk mendapatkan sokongan maharaja dan rakyat Jepun.9 SEBAB EKONOMI 1) KEMELESETAN EKONOMI
Abad ke 18 dan awal abad ke 19 merupakan zaman kejatuhan ekonomi. Zaman ini dikatakan ’musim kebuluran’. Keadaan ini juga telah melibatkan golongan daimyo kerana kekurangan hasil pendapatan.10 Untuk mengatasi masalah ini daimyo dan tuan tanah telah memeras petani.11 Akibatnya, daimyo menjadi semakin bergantung kepada golongan saudagar dan peminjam wang untuk membantu mereka dalam masalah kewangan. Kemelesetan ekonomi mulai dirasai dalam tahun tahun 1830-an dan ia merupakan zaman krisis bagi Syogun Tokugawa. Salah satu sebab yang mempengaruhi krisis ekonomi adalah akibat daripada bencana alam12 di samping pengaruh pegawai pegawai yang mengamalkan rasuah.Hal ini juga telah mengakibatkan bakufu mengalami masalah kewangan yang meruncing.13 Keadaan ini telah menimbulkan rasa gelisah terutama di kalangan petani malah ada pegawai Tokugawa sendiri yang merasa tidak puas hati terhadap apa yang telah berlaku. 9
Mereka telah mengecam perjanjian Kanagawa yang ditandatangani pada tahun 1854 oleh Tokugawa dengan Amerika ternyata isu ini benar benar telah menggugat kedudukan Syogun Tokugawa . Dengan ini di dapati bahawa kedatangan Perry dan perjanjian Kanagawa telah menjadi salah satu sebab yang membawa kepada kejatuhan Syogun Tokugawa. 10 Sistem Sankin-Kotai yang melibatkan pengendalian istana istana besar di Edo dan perjalanan yang sering dibuatyang disertai oleh rombongan besar, memiskinkan tuan tuan feudal. Lebih lebih lagi,ramai daimyo mengikut jejak langkah Syogun dan hidup serba mewah , menikmati hiburan hiburan yang mahal, membelanjakan sejumlah wang yang besar ke atas rasuah dan hadiah hadiah serta pembinaan bangunan bangunan baru. 11 Keadaan penderitaan petani yang berlebih lebihan menyebabkan pemberontakan para petani pada akhir pemerintahan Tokugawa dan pemberontakan ini semakin menjadi jadi dan bertukar menjadi semakin ganas. Rusuhan beras atau uchi-kowashi meletus di bandar besar dari semasa ke semasa. Lihat E.Herbert Norman. (1991) Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden halaman 22. 12 Dalam tahun 1732 sebahagian besar dari tanam tanaman di Jepun barat telah musnah di serang serangga . ini telah mengakibatkan beratus ratus ribu orang petani kebuluran. Dalam tahun 1770-1779, banyak daerah daerah di bawah pemerintahan Tokugawa menderita akibat dari keadaan kemarau yang serius. Dalam tahun 1772 , banjir telah memusnahkan beribu ribu tanah sawah di Jepun barat dan ini telah di ikuti oleh satu wabak penyakit yang telah membunuh hampir 200 000 petani. Dalam tahun 1778 berikutnya, banjir besar sekali lagi memusnahkan beribu ribu tanah sawah di Kyoto dan Khushu. Pada tahun berikutnya (1779) berpuluh puluh ribu pertani telah menjadi mangsa oleh letupan gunung berapi di pulau Oshima dan di Kagoshima. Bencana bencana ini telah di ikuti oleh kebuluran besar di Temmei dan letupan gunung berapi yang selanjutnya di Asama. Kesengsaraan yang di alami kaum petani semakin bertambah dan ramai dari mereka telah melakukan ”mabiki” di mana bayi bayi mereka di bunuh oleh ibu bapa mereka. 13 Kewangan Bakufu semakin berkurang akibat pemberian bantuan mangsa kebuluran, pembinaan semula Edo yang telah musnah dalam kebakaran besar pada tahun 1698 dan juga pemberian bantuan bagi mangsa gempa bumi yang telah mengakibatkan 150 000 terbunuh di daerah Kanto dalam tahun 1730.
2) BERKEMBANGNYA PERDAGANGAN
Perkembangan perdagangan yang pesat berlaku di bandar Osaka dan Yedo. Dengan berkembangnya perdagangan , golongan saudagar merasa dasar isolasi yang di jalankan oleh Syogun Tokugawa tidak lagi sesuai di gunakan kerana ia boleh menjadi penghalang kepada perkembangan perdagangan yang selanjutnya. Pengamalan dasar isolasi bermakna pasaran barang hanya untuk dalam negeri sahaja. Namun, jika diadakan hubungan perdagangan dengan dunia luar, peluang mendapat pasaran yang lebih luas adalah tinggi. Untuk mencapai matlamat ini golongan saudagar turut melibatkan diri dalam kegiatan menggulingkan Syogun Tokugawa. Misalnya, saudagar di bandar Osaka telah membantu golongan anti- Tokugawa. SEBAB SOSIAL 1) BERTAMBAHNYA PENGARUH DIRAJA.
Pertambahan pengaruh diraja ini di sebabkan beberapa faktor misalnya munculnya beberapa sarjana sejarah dan pelajar pelajar Shinto.14 Ahli sejarah Shinto pula menulis buku - buku yang memperkenalkan kembali tradisi dan mitos kepada masyarakat Jepun. Kesan yang penting dari penulisan buku sejarah ini ialah orang Jepun mendapati bahawa maharaja adalah keturunan Dewi Matahari (Amiterasu). Oleh itu, maharaja adalah berkuasa dan mesti dihormati serta tempat untuk meletakkan taat setia. Tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku di mana Syogun Tokugawa yang berkuasa sepenuhnya bukan maharaja. Keadaan ini akhirnya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang Jepun terhadap Tokugawa lebih - lebih lagi tindakan Tokugawa mengasingkan maharaja di Kyoto. Dengan kemasukkan buku - buku dan ilmu pengetahuan dari barat orang Jepun dapat mempelajari bukan sahaja ilmu pengetahuan malah sistem pentadbiran yang terdapat di 15 negara barat. Hasil daripada pengkajian mereka orang Jepun mendapati sistem
pemerintahan beraja di negara barat adalah sama dengan yang terdapat di Jepun. Di barat raja mempunyai kuasa mutlak dan di bawah pemerintahan beraja , negara barat telah mencapai kemajuan yang pesat .16 Pengaruh Syogun Tokugawa menjadi lemah di 14
Pada awal pemerintahan Syogun Tokugawa orang Jepun telah digalakkan mempelajari ilmu pengetahuan terutama mengkaji sastera dan sejarah Jepun kuno. Akhirnya beberpa buah buku sejarah telah dapat dihasilkan seperti Kojiki dan Nihon Shokiyang mengandungi unsur unsur dongengan dan lagenda. 15 Lihat Maswari Rosdi . Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. halaman 73 16 halaman 74 Ibid
sebabkan oleh penubuhan maktab yang dikenali sebagai Koge. Maktab ini di tubuhkan bertujuan memberi didikan dan pelajaran kepada anak anak kaum bangsawan istana.17 Dari maktab ini secara tidak langsung lahir pemimpin yang mengetahui selok belok pentadbiran. Dengan ini mereka semakin sedar terhadap peranan maharaja dalam pentadbiran. 2) GOLONGAN SAMURAI
Selain itu juga salah satu sebab kejatuhan pemerintahan Syogun adalah di sebabkan oleh golongan samurai (kelas pahlawan).18 Bagaimanapun semasa era keamanan yang panjang (250 tahun) golongan samurai yang tinggal di Edo dan bandar - bandar istana menjadi ketagih kepada sifat kemewahan dan keborosan. Ini menjadikan mereka golongan yang lemah dan bergantung ke atas orang lain. Kemiskinan kesyogunan Tokugawa dan golongan daimyo telah menjejaskan kesejahteraan golongan samurai. Golongan daimyo yang jatuh miskin biasanya mengurangkan gaji samurai mereka atau menahan sebahagian daripada gaji mereka.19 Kesan yang penting dari kemiskinan mereka yang berterusan ialah kemerosotan kesetiaan golongan samurai secara beransur - ansur kepada tuan mereka. Oleh sebab tidak mendapat gaji, ada di antara mereka telah memutuskan hubungan perikatan dan menjadi ronin atau samurai tidak bertuan. Mereka 20 merayau - rayau sambil melibatkan diri dalam kegiatan menyamun dan keganasan. Di
sebabkan kehilangan taat setia golongan samurai terhadap Syogun ini telah mengakibatkan runtuhnya pemerintahan Syogun Tokugawa kerana mereka merupakan salah satu daripada tulang belakang pemerintah Syogun Tokugawa. 3) BERTAMBAHNYA PENGARUH GOLONGAN SAUDAGAR
Zaman keamanan yang merupakan zaman permulaan pemerintahan Syogun tokugawa merupakan zaman yang memberikan keuntungan kepada golongan saudagar. Mereka menjadi kaya raya dan mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada golongan daimyo. 17
Dengan pengetahuan yang diterima mereka diharapkan akan aktif dalam hal ehwal pentadbiran dan kebajikan orang ramai. Antara pemimpin pemimpin yang lahir dari maktab ini ialah putera Kanoye dan putera Saionji yang telah memainkan peranan penting pada zaman Meiji. 18 Golongan samurai telah melaksanankan fungsi tentera yang penting dalam kemunculan Ieyasu dan penubuhan Bakufu. M. Rajendran . Sejarah Jepun halaman 54 19 Ini menimbulkan banyak kesulitan kepada kelas ini. Akibatnya menjelang akhir abad ke 18 golongan samurai menghadapi masalah ekonomi yang serius. Mereka banyak berhutang kepada kelas saudagar terutamanya peminjam peminjam wang dan broker broker beras. Ibid hlmn 54 20 Golongan ronin ini merupakan penyumbang utama kepada keadaan yang kacau bilau ketika itu . Ada di antara mereka yang terlibat dalam pertanian atau perdagangan , sementara yang lain menjadi buruh dan dengan itu mereka menghadapi kejatuhan yang serius dalam status sosial mereka.
Walaupun golongan Daimyo mempunyai status sosial yang lebih tinggi daripada golongan saudagar tetapi kebanyakan golongan daimyo dan samurai banyak berhutang kepada golongan saudagar. Oleh itu, golongan ini mempunyai pengaruh yang besar ketika itu. Hutang yang semakin bertambah secara tidak langsung menyebabkan ramai daimyo dan samurai terpaksa tunduk di bawah pengaruh saudagar.21 Oleh kerana kedudukan mereka telah menjadi semakin kukuh , mereka sering mengadakan pakatan dengan suku kaum lain untuk menentang Tokugawa. Lama kelamaan golongan saudagar tidak sahaja mengusai ekonomi malah secara beransur ansur memainkan peranan penting dalam politik. SEBAB PEMULIHAN KUASA MAHARAJA MEIJI. PERANAN GOLONGAN SAMURAI Peranan golongan samurai dalam membantu memulihkan kuasa Maharaja Meiji sangat terserlah. Pada zaman Shogun Tokugawa, mereka merupakan pahlawan yang mendapat kedudukan yang tinggi selepas Daimyo22. Pada akhir pemerintahan Shogun, golongan ini merupakan antara elemen yang berperanan mempercepatkan kejatuhan Shogun. Matlamat utama golongan ini ialah mengembalikan semula kedudukan maharaja sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi sesuai dengan kedudukannya dari keturunan Dewi Matahari23. Namun pada waktu itu, Maharaja Meiji yang berumur 16 tahun masih tidak mampu menjalankan urusan pentadbiran negara24. Oleh itu, golongan samurai muda yang 21
Selain itu juga terjadi peristiwa di mana golongan daimyo dan samurai berkahwin dengan anak gadis golongan saudagar tidak sahaja bertujuan untuk melangsaikan hutan tetapi mungkin juga di pengaruhi sikap tamak iaitu untuk menjamin kedudukkan ekonomi mereka. 22 Samurai merupakan golongan yang amat mementingkan reputasi, penghormatan dan semangat kepahlawanan yang tinggi. Mereka sanggup berperang dan mengorbankan diri demi meningkatkan martabat dan kehebatan mereka. Kekuatan yang di miliki akan memberi kelebihan dari segi politik kepada samurai di mana mereka dapat menempatkan diri dalam sistem politik seperti di zaman Tokugawa. Mereka tidak perlu bekerja untuk memperoleh pendapatan sebaliknya berkhidmat dengan Tokugawa bagi memastikan kuasa Tokugawa kekal Hasil pendapatan di perolehi dari petani . Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalamThe Culture of War oleh Friday, K.F (2004) Warfare and History : Samurai, Warfare and The State in Early Medieval Japan . London and New York :Routledge, Taylor and Francis Group . halaman 137 – 138. 23 Maharaja Meiji atau nama sebenarnya Mutsuhito Tenno telah menjadi pemerintah Jepun dari 1868 – 1912. Semasa pemerintahan Meiji, baginda telah mengarahkan pemodenan dan perubahan dalam politik. Meiji mahu menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa besar dunia. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Oxford Dictionary of Biography. New York : Oxford University Press. Stevenson, A (1997) The Pocket Halaman 264. 24 Pda Disember 1867, penyerahan kuasa rejim Tokugawa kepada Maharaja Meiji. Walaubagaimanapun, ketika itu Maharaja Meiji masih muda dan kuasa pemerintahan telah di ambil alih oleh golongan samurai muda kerana maharaja berada dalam keadaan yang keliru. Golongan ini yang menggunakan bendera Di
bimbang kelemahan pentadbiran akan memudahkan campurtangan asing telah menjalankan pentadbiran negara. Golongan samurai muda terdiri daripada suku Satsuma dan Chonshu. Maharaja hanya ketua negara secara simbolik sahaja. Mereka berperanan sebagai penggerak ke arah pemulihan Meiji ( Meiji Restoration) serta pemodenan negara. Samurai telah menjadi pentadbir dan negarawan bagi memastikan usaha pemulihan berjalan dengan lancar. Mereka juga berjaya menyesuaikan diri kepada perubahan dari sistem feudal Tokugawa dengan menjadi birokrat, pegawai kerajaan dan tentera Imperial ( Shimpeitai). Pada 1869, kerajaan berusaha membantu samurai membuka perusahaan dan menjadi pengusaha industri. Namun pada 1877, golongan samurai bangkit memberontak kerana peranan mereka semakin berkurangan dan ingin kembali kepada sistem feudal akibat pembaharuan yang di lakukan tetapi dapat di hapuskan oleh tentera Maharaja25. MENYATUKAN NEGARA JEPUN Sistem feudal26 yang di amalkan oleh Shogun Tokugawa menyebabkan daerah – daerah di kuasai oleh daimyo yang mempunyai pengaruh besar terhadap pemilikan tanah , hasil cukai dan politik daerah. Tujuannya bagi memastikan kesetiaan daimyo kepada Tokugawa dan melemahkan daimyo yang ingin menentang kekuasaan Shogun. Terdapat empat daiyo utama iaitu Chonshu, Hizen, Satsuma dan Tozama. Mereka mempunyai wilayah, sumber kewangan dan pasukan tentera sendiri. Golongan Satsuma paling di geruni dan mereka melakukan penentangan terhadap pemerintahan Shogun secara terbuka.
Raja telah mengambil peluang ini untuk menghapuskan semua musuh yang cuba menggugat mereka. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Mitsuo Kure (2001)Samurai : An Illustrated History. Boston : Tuttle Publishing. Halaman 158. 25 Menjelang 1871, Maharaja Meiji telah melaksanakan reformasi politik bagi mengukuhkan kuasa baginda dan mengurangkan pengaruh samurai terhadap pentadbiran negara. kedudukan Han telah di hapuskan dan di gantikan dengan sistem menteri dan kerajaan pusat. Pasukan tentera feudal di gantikan dengan tentera kebangsaan. Hal ini menyebabkan status dan pekerjaan samurai hilang. Pada tahun 1876, pemakaian pedang di larang kecuali anggota tentera. Ibid halaman 159. 26 Pengamalan dasar isolasi oleh Tokugawa menolak sebarang kemasukan pengaruh atau kehadiran orang asing ke Jepun kecuali dengan orang Belanda dan China dalam jumlah yang terhad. Perkara ini menyebabkan pemikiran orang Jepun telah biasa dengan gelaran Barbarian terhadap orang asing dan tidak mempunyai taraf yang sama dengan mereka. Persepsi begini telah menyebabkan timbulnya sentimen anti orang asing yang kuat selepas Perjanjian Kanagawa 1854 di mana banyak berlaku serangan terhadap orang asing. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Grolier (1999). Negara dan Bangsa : Jilid 4. Jakarta : Grolier International Group. Halaman 73.
Sistem yang di amalkan oleh Shogun memudahkan kuasa asing untuk menceroboh dan mengambil wilayah Jepun. Sebuah kuasa yang mula menunjukkan minat untuk meluaskan pengaruh dan menguasai kawasan strategik Jepun ialah Rusia. Negara tersebut berjaya mengambil Pulau Sakhalin dan Hokkaido di utara Jepun. Usaha perluasan ini tidak terhenti setakat itu. Pada 1792, Utusan Lexman telah di hantar serta di ikuti oleh utusan Rezanov dan Krusenstern (1804).Selain itu, Kapten Golovin (1811) turut di hantar bagi tujuan yang sama. Tindakan agresif Rusia berterusan pada 1859, iaitu selepas Jepun menandatangani Perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat27. Armada tentera laut Rusia yang di ketuai Count Muravieff Amur telah belayar ke Shinagawa bagi memaksa Jepun menerima La Prouse Strait sebagai sempadan antara Jepun dan Rusia. Manakala pada tahun 1861, armada tentera laut Rusia pimpinan Kapten Birilev menawan Pulau Tsushima. Selain Rusia, British dan Perancis turut menunjukkan minat untuk meluaskan pengaruh mereka di Jepun28. Kedua – dua kuasa melihat Jepun sebagai pusat perdagangan yang berpotensi serta sebagai pusat memasarkan barangan hasil keluaran mereka. Kedudukan yang berhampiran dengan China di mana kuasa barat mempunyai wilayah di sana juga menjadi daya penarik kuasa barat. Bagi mengatasi masalah ini dan menyatukan Jepun di bawah satu kerajaan yang teguh, penyatuan politik telah di lakukan bagi menjamin kedaulatan Jepun. Pada 1869, Pengisytiharan Haihan Hokan atau daftar tanah telah di buat bagi menyatukan semua tanah yang di agihkan kepada daimyo semasa zaman pemerintahan Shogun Tokugawa. Seterusnya pada 1871, Pengisytiharan Haihan Chiken telah di buat di mana jawatan ketua daerah dan penubuhan daerah baru di 27
Peningkatan aktiviti perdagangan Amerika di Pasifik dan China menyebabkan mereka memerlukan sebuah pelabuhan sebagai tempat perlindungan dan mendapatkan bekalan. Oleh itu, Amerika merasakan Jepun sesuai untuk persinggahan kapal mereka. Pada 1853, Komodor Perry telah memasuki Teluk Tokyo (kemudian di panggil Teluk Edo) dengan empat buah kapal perang berkuasa wap. Perry membawa permintaan presiden Amerika, Millard Fillmore dan akan kembali pada tahun berikutnya untuk mendapatkan jawapan. Tokugawa yang mengetahui kekalahan China terhadap kuasa barat telah bersetuju menerima Perjanjian yang di kehendaki oleh Amerika. 1858, Perjanjian perdagangan yang menguntungkan Amerika telah di buat .Manakala pada 1860, misi diplomatik Jepun pertama ke Amerika dan misi diplomatik ke Eropah di buat pada 1862. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Daniel S.P. , Hyslop S. G. (2003) National Geographic Almanac Of World History : From Pre History to Present Day . Washington : National Geographic Society. Halaman 266 – 267. 28 Perjanjian Kanagawa telah memberi peluang kepada British dan Perancis untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan Jepun yang sebelum ini di anggap mustahil. Kedua – dua kuasa yang telah bertapak di China telah melihat potensi yang akan menguntungkan mereka jika berdagang di Jepun. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Overy. R (2004)Complete History of The World : The Ultimate Work of Historical Reference : Times Book. Halaman 68.
mansuhkan. Matlamat kedua – dua pengisytiharan ini bagi menghapuskan sistem feudal yang menyebabkan Jepun tidak bersatu. Selain itu, ia bertujuan menyatukan seluruh wilayah Jepun di bawah kuasa Maharaja Meiji. MENYEKAT DASAR PERLUASAN KUASA BARAT KE JEPUN Pemimpin pemulihan Meiji menyedari kedatangan kuasa barat merupakan satu ancaman kepada kedaulatan dan kebebasan negara mereka. Hal ini telah di sedari sejak kedatangan wakil Amerika Syarikat, Komodor Perry ke Jepun pada 1853. Desakan dan ancaman yang telah di buat oleh kuasa barat tersebut telah mencabar kewibawaan dan menjatuhkan maruah negara Jepun. Setahun kemudian, merupakan sejarah hitam bagi Jepun apabila terpaksa menandatangani perjanjian berat sebelah yang menjadikan Jepun negara yang mengikut kehendak kuasa barat29. Implikasi perjanjian ini telah membuka mata kuasa barat yang lain bahawa Jepun tidak sehebat yang di dakwa. Oleh itu, tidak hairanlah banyak kuasa barat yang berlumba – lumba untuk meluaskan pengaruh mereka di Jepun. Pembukaan pelabuhan tambahan iaitu Shimoda dan Hakodate selain Nagasaki telah meningkatkan lagi aktiviti perdagangan. Bagi menyekat perluasan pengaruh barat, mereka telah melakukan pemodenan dalam semua aspek kehidupan di Jepun. Pemodenan meliputi politik, ekonomi dan sosial30. Dari aspek ketenteraan, penggunaan senjata moden telah di serapkan dalam angkatan tentera. Selain itu, pemodenan tentera darat, laut, penubuhan akademi tentera dan penubuhan tentera pusat telah di buat. Manakala pengenalan sistem perundangan moden di buat bagi mengkaji semula perjanjian berat sebelah yang di buat 29
Menjelang 1858, Jepun telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Amerika, Britain, Perancis, Rusia dan Belanda. Bagi Jepun, ia membawa suatu era baru yang menamatkan zaman tradisi Jepun dalam hubungan luar dengan kuasa asing. Sebelum perjanjian, maklumat tentang dunia luar hanya di ketahui melalui pedagang China di Nagasaki, Laporan China dari pulau Okinawa, Maklumat dari kedutaan Korea dan pedagang Korea yang berdagang di Pulau Tsushima atau maklumat dari pedagang Belanda di Dejima dan Nagasaki. Dasar yang di amalkan oleh kuasa asing ialah persamaan antara negara. Tetapi dalam kes Jepun dan China, perjanjian yang memihak kepada mereka di buat kerana sikap benci orang asing yang di amalkan oleh kedua – dua negara tersebut.Untuk keterangan lanjut sila rujuk Auslin, M.R (2004) Negotiating With Imperialism : Unequal Treaties and The Culture of Japanese Diplomacy. Massachussets: Harvard University Press. Halaman 1 – 16. 30 Pemimpin pemulihan Meiji sangat takjub dengan kemajuan yang telah di miliki oleh barat. Pembuatan dan perdagangan menjadi sumber utama kekuatan Eropah seperti juga memiliki kapal perang dan meriam. Kido Koin yang merupakan seorang pegawai dalam kerajaan Meiji telah menyatakan rasa yang amat luar biasa terhadap pencapaian yang di alami oleh barat semasa melawat Amerika dan Eropah pada 1872. Oleh itu, Maharaja Meiji telah melancarkan slogan ”Fukoku Kyohei ” yang bermaksud negara kaya dan tentera yang kuat.Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalam Samurai Revolution oleh Gordon A (2003) A Modern : Oxford University Press. History of Japan : From Tokugawa Times to The Present Day. New York Halaman 70.
pada 1850 an dan 1860 an dengan kuasa barat. Hal ini di perkukuhkan dengan perlantikan seorang peguam Perancis, Gustave Riossonade De Fontanabe sebaga i penasihat Kementerian Keadilan. Pemodenan dari segi pentadbiran juga membantu Jepun menyekat campurtangan kuasa barat dalam urusan negara dengan alasan memperbaiki pentadbiran yang tidak teratur. Cadangan PembentukanDiet oleh Itagaki Taisuke31 , Majlis Penasihat Raja, Dewan Agung dan Dewan Perwakilan (1890) dan Undang – Undang Dasar Baru (1889) Oleh Ito Hirobumi32 berjaya menyelamatkan kedaulatan Jepun . MEMPERKUKUH
SEMANGAT NASIONALISME DAN
MEMBINA
MASYARAKAT JEPUN YANG KUAT. Semasa Shogun memerintah, mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah bagi memastikan kekuasaan mereka bertahan lama. Golongan rakyat di pecahkan berdasarkan hirarki sosial yang telah di tetapkan. Walaupun petani menduduki kedudukan ketiga, namun Shogun memperlakukan mereka seperti hamba yang tidak mempunyai hak dan membuat keputusan dalam kehidupan mereka. Penindasan dan perpecahan yang berlaku 33 menyebabkan Jepun berada dalam keadaan yang tidak stabil . Selepas Perjanjian
Kanagawa 1854, perpaduan di kalangan rakyat Jepun semakin tipis. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan di mana perasaan cintakan negara semakin di lupakan34. Bagi menguatkan kembali semangat nasionalisme, pemimpin pemulihan Meiji merasakan perlunya membentuk satu ideologi negara bagi menanam semula semangat ini dalam diri setiap rakyat Jepun. Ideologi baru ini di kenali sebagai Kokutai. Kokutai merupakan ideologi kerohanian masyarakat Jepun yang memberi kesetiaan dan ketaatan sepenuhnya kepada maharaja. Dalam proses ini, keutamaan di 31
Beliau merupakan Kaunselor Jepun dari suku Toza. Itagaki membantu melancarkan penubuhan Perhimpunan Elektif Prefektur dan juga pengasas Pertubuhan Pembebasan (Risshisha) pada 1877.Pada 1881 beliau telah menubuhkan Parti Liberal (Jiyutai). Beliau menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri di bawah Ito Hirobumi. Pada 1898, beliau dan Okuma Shigenobu membentuk Parti Perlembagaan (Kenseito).Untuk keterangan lanjut sila rujuk Butt J. J (2006) The Greenwood Dictionary of World History. Westport : Greenwood Press. Halaman 171 32 Beliau menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama dan juga arkitek pemodenan Jepun. Beliau juga memperkenalkan sistem kewanagan dan perbankan moden ke Jepun. Beliau juga antara pembuat perlembagaan Jepun pada 1889 yang membentuk parlimen di mana kuasa terletak di tangan maharaja dan penasihat baginda. Selepas tamat Perang Rusia – Jepun 1905, beliau telah di lantik menjadi Residen Jeneral di Korea dan mati di bunuh oleh nasionalis Korea selepas beliau meletak jawatan. Ibid halaman 172 33 Sila rujuk Alexander. F, Isaacs. S, Law. J dan Lewis. P ( 1998) Encyclopedia of World History. New York : Oxford University Press. Halaman 429. 34 Sila rujuk Black. J (1999) Encyclopedia of World History . London : Dempseyy Parr. Halaman 125
berikan kepada agama rasmi Jepun, Shinto. Manakala perkembangan agama Buddha di sekat bagi memberi laluan pelaksanaan polisi ini. Ajaran Kung Fu Tze telah di serap dalam agama Shinto bagi memperkukuhkan nilai tradisional yang akan meningkatkan semangat nasionalisme. Pendidikan moden yang seragam telah di wujudkan dengan berorientasikan negara Jepun agar generasi yang di lahirkan mempunyai perasaan cintakan negara dan nasionalisme yang tinggi. Penghantaran pelajar ke luar negara untuk mempelajari ilmu dan teknologi baru juga di laksanakan seperti ke Britain, Jerman dan Amerika Syarikat. Apabila mereka pulang dapat memberi sumbangan dalam memajukan negara agar dapat menandingi kehebatan kuasa barat. MENGHADAPI PERSAINGAN EKONOMI DARI KUASA BARAT. Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar isolasi atau 35 pemencilan dari berinteraksi dengan dunia luar . Walaubagaimanapun, Jepun bukanlah
mengamalkan dasar tersebut sepenuhnya kerana masih terdapat hubungan dengan kuasa barat seperti Belanda yang di benarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki secara terhad. Ekonomi Jepun terlalu bergantung terhadap bidang pertanian yang menyumbang kepada pendapatan negara36. Hal ini di buktikan dengan kedudukan petani sebagai golongan yang ketiga penting selepas samurai. Namun , selepas pembukaan Jepun melalui Perjanjian Kanagawa 1854 telah meningkatkan aktiviti perdagangan orang asing di Jepun melaliu pembukaan beberapa pelabuhan baru. Perkara ini terbukti dengan wujudnya petempatan orang asing di Yokohama dan Osaka. Kehadiran mereka telah memberi saingan yang sengit kepada kegiatan ekonomi masyarakat tempatan yang ketinggalan. Keruntuhan Rejim Tokugawa pada 1868 telah membuka sistem ekonomi tradisional Jepun kepada persaingan dari kuasa asing. Keadaan ini memberi cabaran dan survival Jepun dalam meneruskan kewujudannya37. Jepun sedar kebergantungan yang berlebihan kepada kuasa asing dari 35
Jepun kekal tidak berhubung dengan dunia luar selama 200 tahun. Dalam tempoh ini Tokugawa memerintah dengan tegas dan melarang orang Jepun dari keluar negara. Tokugawa memastikan tiada perang saudara seperti yang berlaku pada zaman sebelumnya. Banyak bandar baru muncul di Jepun dan Edo menjadi sebuah bandar yang terbesar di dunia. Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalam Changes in Japan oleh Chisholm. J (2000) The Usborne Internet Linked Encyclopedia of World History . London : Usborne Publishing. Halaman 356 – 357. 36 Sila rujuk Steele. M.W. (2003)Alternative Narratives in Modern Japanese History . London and New York : RoutledgeCurzon, Taylor and Francis Group. Halaman 133 – 141. 37 Bagi meningkatkan kemampuan ekonominya, Jepun telah melantik penasihat ekonomi dari barat seperti Amerika bagi menyusun sistem ekonominya. Pembangunan infrastruktur juga di laksanakan. Pada 1872, landasan keretapi pertama di bina dengan mendapatkan pinjaman dari Britain. Perkembangan industri
segi ekonomi akan memberi kesan negatif seperti yang terjadi kepada negara China yang banyak kehilangan wilayah. Oleh itu, pemimpin pemulihan Meiji merasakan mereka harus mempunyai perusahaan dan industri sendiri yang mantap dan mampu memberi saingan kepada barangan keluaran asing. Pada 1873, Kementerian Perusahaan di tubuhkan dengan Ito Hirobumi sebagai menteri yang pertama(1873 – 1878). Usaha memajukan ekonomi Jepun mengambil tempoh yang panjang serta perbelanjaan yang besar kerana Jepun tidak mempunyai asas industri yang kuat. Selain itu, kekurangan kemudahan Infrastruktur dan jalan raya melambatkan perkembangan ekonomi Jepun. Namun, masalah ini berjaya di atasi apabila Jepun berjaya menubuhkan beberapa syarikat iaitu, Mitsubishi, Sumitomo, Mitsui dan Yasuda. Kemudian Syarikat ini bergabung menjadi entiti baru yang di kenali sebagai Zaibatsu. KESIMPULAN. Rumusannya, dengan kejatuhan Rejim Tokugawa pada 1868 telah membawa satu perubahan yang mencorakkan perubahan politik, ekonomi dan sosial Jepun. Pengembalian semula kuasa maharaja yang pernah di sisihkan semasa zaman Shogun telah mengubah persekitaran politik di Jepun. Pemulihan Meiji yang pada mulanya di lakukan oleh golongan samurai muda telah di ambil alih oleh Maharaja Meiji setelah menghapuskan pemberontakan golongan tersebut pada 1877. Dasar perluasan pengaruh oleh kuasa barat seperti Amerika Syarikat, Rusia, British dan Perancis semasa zaman Shogun telah memberi kesedaran kepada Jepun agar memajukan diri supaya setaraf dengan kuasa asing tersebut. Akhirnya, Jepun berjaya menjadi sebuah kuasa yang di geruni oleh kuasa barat38 selepas berjaya menewaskan China dalam Perang China – Jepun 1894 – 1895. Prestij Jepun semakin meningkat apabila berjaya menewaskan sebuah kuasa barat yang menjadi semakin rancak semasa zaman Meiji . Jepun telah mampu membina kapal sendiri dengan memperolehi teknologi dari Britain. Manakala teknologi persenjataan banyak di perolehi dari Jerman yang merupakan kuasa tentera di Eropah. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Duiker W..J, Jackson J, Speilvogel (2001) World History : Comprehensive Volume Third Edition. Belmont : Wadsworth/ Thompson Learning. Halaman 707. 38 Kejayaan Jepun membangunkan angkatan tentera yang setanding dengan kuasa barat menyebabkan ia mampu berhadapan dengan semua kuasa asing . Selain itu, Prestij dan imej Jepun yang tercalar semasa era Tokugawa berjaya di bersihkan. Pertempuran Laut di Tsushima menunjukkan kemampuan angkatan laut Jepun menewaskan Armada Baltik Rusia yang mengandungi 6 buah kapal perang moden tanpa sebarang kemusnahan kapal milik mereka.Untuk keterangan lanjut sila rujuk Gordon A. (2003)A Modern History of Japan : From Tokugawa Times to The Present Day . New York : Oxford University Press. Halaman 135.
39 musuh tradisinya, Rusia dalam Perang Rusia – Jepun 1904 – 1905 di Port Arthur .
Kejayaan ini menunjukkan bahawa Jepun juga setanding dengan kuasa barat yang lain. Pemulihan ekonomi telah membawa kemajuan Jepun sehingga dalam beberapa aspek Jepun mendahului negara barat sehingga ke hari ini. BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad (2005) Tamadun Jepun . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Alexander, F , Isaacs, A , Law, J, Lewis, P (1998) Encyclopedia of World History. New York : Oxford University Press. Auslin, M,R (2004) Negotiating With Imperialism : The Unequal Treaties and The Culture of Japanese Diplomacy. Massachussets : Harvard University Press. Black, J (1999) Encyclopedia of World History. London : Dempseyy Parr. Butt, J.J (2006) The Greenwood Dictionary of World History. Westport : Greenwood Press. Chisholm, J (2000) The Usborne Internet Linked Encyclopedia of World History. London : Usborne Publishing Daniels, P, S, Hyslop, S, G (2003) National Geographic Almanac of World History : From Pre History to Present Day. Washington : National Geographic Society. Duiker, W.J, Jackson,J, Speilvogel (2001) World History : Comprehensive Volume Third Edition. Belmont.: Wadsworth/ Thomson Friday, K, F (2004) Warfare and History : Samurai, Warfare and The State in Early Medieval Japan. London and New York : Routledge, Taylor and Francis Group. .Grolier (1999) Negara dan Bangsa Jilid 4. Jakarta : Grolier International Group. Gordon, A (2003) A Modern History of Japan : From Tokugawa Times to The Present Day. New York : Oxford University Press.
39
Port Arthur merupakan sebuah pelabuhan yang di kuasai oleh Rusia setelah tamatmya konflik China dan Jepun pada 1894 – 1895. Kepentingan Rusia di China terutamanya di Manchuria semakin meningkat semenjak siapnya laluan keretapi Trans Siberia. Selain itu, Rusia juga ingin mengawal Semenanjung Korea yang memberi kelebihan strategik kepada mereka dan memantau perkembangan kuasa tentera laut Jepun. Oleh itu, Port Arthur telah di jadikan pangkalan Tentera Laut Rusia serta penempatan beberapa bateri meriam pertahanan pantai bagi menjamin kepentingan perdagangan Rusia di kawasan tersebut. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Abu Talib Ahmad (2005)Tamadun Jepun . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 161.
Maswari Rosdi (1983) Sejarah China dan Jepun Moden 1800 – 1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing. Mitsuo Kure ( 2001) Samurai : An Illustrated History. Boston : Tuttle Publishing. M. Rajendran (1986) Sejarah Jepun. Kuala Lumpur : Arena Buku. Norman, E.H (Terj Ismail Ahmad) (1991) Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden. Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu. Overy, R (2004) Complete History of The World : The Ultimate Work of Historical Reference. London : Times Book. Stevenson, A ( 1997) The Pocket Oxford Dictionary of Biography. New York : Oxford University Press. Steele, M,W (2003) Alternatives Narratives in Modern Japanese History. London and New York : RoutledgeCurzon, Taylor and Francis Group.