RAHSIA JUTAWAN HARTANAH TERBONGKAR Hasil Pengalaman : Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi (http://www.abangensem.blogspot.com)
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda dibenarkan mencetak modul ini hanya untuk kegunaan sendiri sahaja bagi memudahkan pembelajaran dan rujukan. Anda TIDAK DIBENARKAN mengedarkan mana-mana bahagian modul ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun sama ada elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam bentuk softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain. Anda dilarang duplikasikan fail ini dan mengedarkannya semula kerana ia tergolong di dalam kesalahan harta intelek (cetak rompak). Hakcipta Terpelihara 2010 ©. BicaraHartanah.com. Sekiranya anda telah menerima modul ini secara percuma atau berbayar dari sumber selain daripada www.bicaraharatanah.com, sila laporkan kepada
[email protected] Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta intelek. Pihak BicaraHartanah.com amat mengambil berat isu ini.
Hak Cipta Terpelihara © 2010
LEGAL DISCLAIMER Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi e-book ini secara langsung atau tidak langsung. Hasil kandungan ebook ini adalah berdasarkan pengalaman, kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh penulis semasa tulisan ebook ini dibuat.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
2
~ PRAKATA ~
Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan ilham dan idea kepada saya untuk menulis eBuku ini. Secebis kasih sayang buat isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang sanggup berkongsi kasih dan masa dengan minatku yang satu ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru yang telah mengajar tentang pentingnya ilmu di dalam mengharungi hidup ini. Ucapan terima kasih terhadap rakan-rakan yang sanggup meluangkan masa mendengar dan berkongsi pendapat tentang aspek pelaburan hartanah ini. Kepada sahabatku, Saudara Khir Ariffin dan Saudara Meor Ahmad Shukri Zainal Abidin, terima kasih kerana sudi membantu di dalam penghasilan eBuku ini. Buat pembaca blog, jutaan terima kasih kerana masih sudi melawat dan memberikan pendapat terhadap tulisan-tulisanku. Semoga Allah membalas segala jasa kalian di dalam membantu pengembangan ilmu ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diriku sendiri. —————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
3
Pengenalan : “Sesiapa pun boleh jadi jutawan” tagline iklan Power Root Orang Kampung yang hampir setiap hari saya lihat di kaca televisyen beberapa bulan lalu tetapi bolehkah orang seperti saya atau mungkin juga anda yang tidak minum atau membeli minuman tersebut berpeluang untuk menjadi seorang jutawan? Jikalau pun kita membelinya, belum tentu rasanya kita akan menjadi jutawan sekiranya „lady luck‟ tidak bersama kita. Yang menghairankan saya, kenapa semua orang berkeinginan sangat untuk menjadi seorang jutawan? Bukan untuk bersikap hipokrit tetapi bila soalan ini saya ajukan kepada rakan-rakan saya, rata-ratanya menyimpan hasrat untuk bergelar jutawan dengan alasan untuk menambah aset-aset mewah seperti kereta berjenama „Merck‟ atau „Beemer‟, rumah banglo yang besar, berpakaian dari jenama „Dunhill‟ atau „LV‟. Selebihnya beralasan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik, satu alasan „klise‟ yang selalu kita dengari. Tapi sejauh manakah kebenarannya, itu terpulang pada yang empunya diri. Hasil pengamatan saya, ada terdapat pelbagai cara untuk kita menjadi seorang jutawan. Ada yang melalui hasil perniagaan yang diusahakan, ada yang melalui keuntungan hasil dari pelaburan yang diceburi tetapi amat jarang sekali pekerja „makan gaji‟ seperti kita yang mampu untuk bergelar jutawan. Namun, secara jujurnya saya rasa tidak mustahil untuk kita menjadi —————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
4
seorang jutawan kerana berkat pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sejak tahun 1998, saya telah pun menjumpai „kunci‟ untuk bergelar jutawan dan telah pun mengecapi gelaran tersebut pada seawal usia 34 tahun. Kunci yang saya maksudkan itu, „tak lain tak bukan‟ adalah melalui pelaburan hartanah dan kunci tersebutlah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua di dalam eBuku ini, semoga kita sama-sama mampu untuk meneruskan usaha mempertingkatkan ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara kita.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
5
Kunci 1 : Fokuskan Minda Anda Minda kita sebenarnya berperanan penting untuk menentukan
samada
ki ta
mampu atau tidak untuk bergelar
jutawan.
Percayalah,
kunci-kunci yang ingin saya kongsikan akan hadir beserta dengan cabaran dan halangan-halangannya yang tersendiri. Jika minda anda lemah, nescaya anda akan gagal di pertengahan jalan. Untuk itu, mantapkan minda anda dengan sentiasa bergaul dengan mereka yang telah berjaya atau paling tidak pun, selalulah berdampingan dengan bahan-bahan bacaan yang akan terus membakar semangat anda untuk terus bergelar jutawan.
Kisahku : Saya mula membaca buku-buku berkaitan pelaburan setelah rumah pertama yang saya beli terbengkalai dan mulai saat itu, saya telah pun membaca hampir 200 buah buku berkaitan pelaburan. Hampir kesemua buku-buku tersebut menyatakan bahawa pelaburan hartanah merupakan satu-satunya pelaburan yang menjamin pulangan pelaburan yang pasti.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
6
Bermula dari saat itu, saya mula fokus terhadap pelaburan hartanah dan bagi anda yang baru ingin mengenali tentang bentuk pelaburan ini, saya cadangkan anda mulakan dengan membaca tulisan pelaburpelabur tempatan seperti Azizi Ali, Renesial Leong atau pun Milan Doshi supaya anda tahu apakah itu pelaburan hartanah dan mengapa semua jutawan dunia memperuntukkan sebahagian kekayaan mereka di dalam pelaburan ini. Selain bersumberkan buku, saya juga kerap menghadiri kursus-kursus berkaitan pelaburan hartanah ini sebagai tambahan untuk mengetahui tips -tips terkini yang tidak mungkin terdapat di dalam buku-buku yang saya baca.
Hasil dari pembacaan dan penyertaan saya di dalam kursus-
kursus tersebut telah membuatkan saya untuk melibatkan diri dalam pelaburan ini dengan memberi penumpuan lebih kepada konsep „Beli dan Sewa‟ untuk mendapatkan lebihan aliran tunai atau „passive income‟ setiap bulan. Walaubagaimanapun, berdampingan dengan mereka yang telah berjaya di dalam pelaburan hartanah ini merupakan elemen terpenting di dalam memastikan minat dan fokus kita tidak akan tersasar. Malah, beberapa orang kenalan saya yang terlebih dahulu menceburi bidang ini, saya jadikan sebagai mentor dan tempat rujukan sekiranya saya menghadapi sebarang kemusykilan dan kesulitan. Dengan cara ini, semangat dan keinginan kita untuk berjaya tidak mudah pudar jika dibandingkan dengan hanya berguru dengan buku sahaja.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
7
Nota Kunci 1 : Perbanyakkan
membaca
buku-buku
tentang
pelaburan
hartanah. Menghadiri seminar atau kursus yang berkaitan dengan pelaburan ini. Dampingi mereka yang telah menceburi bidang ini untuk mengutip pengalaman dan tips-tips yang ada pada mereka.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
8
Kunci 2 :
Tentukan Lokasi Pelaburan Hartanah Anda
Hampir kesemua buku berkaitan pelaburan hartanah menggariskan pemilihan lokasi yang sesuai merupakan elemen paling penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah pelaburan. Asas di dalam menentukan lokasi yang sesuai adalah dengan mengenalpasti penghuni sesuatu kawasan. Dengan cara ini, kita dapat mengetahui „kumpulan sasar‟ kita sebelum merangka strategi yang berkesan untuk memastikan kejayaan pelaburan kita. Selain daripada itu, bentuk pelaburan yang bagaimana menjadi perkara asas di dalam pelaburan ini. Adakah kita sekadar ingin mengambil keuntungan dari setiap transaksi jual beli yang lebih dikenali sebagai „capital appreciation concept‟ atau pun hanya sekadar ingin mendapat sewa bulanan dari rumah yang kita beli yang sering disebut sebagai „passive income concept‟. Namun, kedua-dua konsep ini tetap akan menjuruskan anda kepada pembentukan kekayaan cuma yang membezakannya hanyalah tempoh masa kekayaan itu diperolehi.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
9
Kisahku :
Memandangkan saya telah menetapkan untuk fokus terhadap konsep „Beli dan Sewa‟ atau „passive income concept‟, maka pengalaman semasa menuntut di UiTM Shah Alam telah memudahkan saya bagi memilih Shah Alam sebagai lokasi pilihan saya. Ini kerana pengalaman sewaktu bergelar pelajar sedikit sebanyak membantu saya untuk mengenalpasti seksyen-seksyen di Shah Alam yang menjadi pilihan pelajar selain penentuan kadar sewa dan keperluan yang mampu menarik golongan ini sebagai penyewa rumah saya. Bukan setakat itu sahaja, malah saya dapat menilai kumpulan sasar —————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
10
yang wujud di setiap seksyen di Shah Alam. Sebagai contoh, seksyen 6, 7 dan 8 merupakan tempat pilihan para pelajar UiTM dan Unisel kerana letak duduknya berdekatan dengan kampus induknya manakala seksyen 13 pula menjadi pilihan penuntut Management Science University (MSU) dan Kolej PTPL selain daripada warga kerja Giant dan Tesco Xtra Hypermarket. Seksyen 17, 18, 19, 20 dan 24 merupakan lokasi pilihan pekerjapekerja kilang di kawasan perindustrian Hicom dan kawasan sekitarnya.
Nota Kunci 2 : Kenalpasti lokasi pilihan untuk pelaburan anda. Tentukan kumpulan sasar yang akan menyewa/mendiami kediaman anda. Pastikan bentuk kediaman yang sesuai untuk menempatkan kumpulan sasar penyewa anda.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
11
Kunci 3 : Pastikan Rekod Kewangan Berada Dalam Keadaan Baik Kebiasaannya, kita tidak akan mampu untuk membiayai keseluruhan harga rumah tersebut dan jikalau kita mampu sekalipun, amatlah rugi sekiranya kemudahan pinjaman perumahan yang disediakan oleh pihak bank ini tidak kita gunakan sebaiknya. Ini kerana, adalah lebih baik wang lebihan yang sedia ada itu kita gunakan untuk membayar „downpayment‟ rumah-rumah yang berikutnya dan untuk memastikan pinjaman kita itu diluluskan, 2 perkara berikut perlulah dipastikan sentiasa berada di dalam keadaan baik dan memuaskan : Kemampuan kita untuk membayar balik pinjaman. Ini penting bagi pihak bank bagi mengetahui pinjaman yang bakal diluluskan itu dapat dibayar balik atau tidak dan di antara dokumen-dokumen yang akan dilihat oleh pihak bank adalah seperti slip gaji, penyata bank dan lain-lain dokumen yang boleh dijadikan bukti sebagai sumber pendapatan tetap kita setiap bulan seperti penyata sewa rumah. Rekod kewangan yang baik dari sudut pandangan pihak Bank. Rekod kewangan yang baik bermaksud segala rekod pinjaman kita yang telah sedia ada di bank-bank diuruskan dengan baik dan teratur dan pinjaman-pinjaman yang saya maksudkan termasuklah pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan juga kemudahan kad kredit. Kesemua rekod —————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
12
kewangan ini akan dikemaskini oleh pihak Bank Negara pada setiap bulan dan ianya dikenali sebagai „Customer Central Credit Reference Information System‟ (CCRIS) dan ianya menjadi sumber rujukan terpenting di kesemua bank-bank di Malaysia.
Kisahku : Berbekalkan RM5,000.00 wang gratuiti hasil pemberian ayahku beserta duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2,659.29 yang dikeluarkan sewaktu saya membeli pangsapuri pertama saya pada awal 1999, telah membantu saya memulakan pelaburan saya dan dengan bantuan pembiayaan pihak Bank juga telah memungkinkan saya mempunyai beberapa buah rumah di sekitar Lembah Kelang. Apa yang penting, saya harus sentiasa memastikan 2 faktor yang saya nyatakan di atas berada di dalam keadaan baik dan memuaskan. Setiap penyata aliran tunai sewa rumah, saya rekodkan demi kemudahan pihak Bank untuk menentukan yang saya mempunyai pendapatan yang konsisten dari sumber tersebut selain daripada gaji bulanan yang diterima dari majikan saya. Selain itu, saya juga harus memastikan yang setiap
hutang
saya
dengan
pihak
Bank
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
13
sentiasa dilunasi dengan baik setiap bulan sebagai bukti yang menunjukkan saya ini merupakan peminjam yang berhemat dan berdisiplin. Kedua-dua faktor ini penting di dalam memastikan setiap permohonan pinjaman saya akan diluluskan tanpa banyak soal.
Hasilnya, hampir
setiap bank percaya malah memberikan kemudahan pinjaman jangka panjang kepada saya di atas kredibiliti yang telah saya tunjukkan di dalam pengurusan pelaburan hartanah ini.
Nota Kunci 3 : Pastikan anda tidak mempunyai sebarang masaalah di dalam rekod kewangan CCRIS dan beberapa rekod yang lain bagi memudahkan anda memperolehi pinjaman. Pastikan anda mempunyai pendapatan untuk membiayai ansuran bulanan rumah tersebut. Pendapatan yang perlu anda sediakan itu tidak semestinya di dalam bentuk gaji bulanan anda tetapi sebarang pendapatan sampingan yang anda perolehi seperti sewa rumah, dividen dan lain-lain lagi selagi ianya dapat dibuktikan secara „hitam putih‟.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
14
Kunci 4 : Mengumpul Rumah Yang Bernilai RM 1 Juta Ini merupakan antara kunci terpenting di dalam memastikan kemampuan kita bergelar jutawan di masa hadapan. Sekiranya kita menumpukan kepada rumah yang bernilai tinggi, mungkin sebuah atau dua buah rumah banglo atau pun kondominium mewah sudah cukup untuk kita bergelar jutawan di masa hadapan tetapi harus diingat kadar sewanya yang tinggi belum mampu menarik masyarakat tempatan untuk menyewanya. Namun, bagi anda yang tidak sanggup untuk menanggung risiko tersebut, mungkin 10 buah pangsapuri kos sederhana bernilai RM100,000.00 setiap satu mampu anda miliki kerana hartanah jenis ini mempunyai permintaan sewa yang agak tinggi di pasaran. Ya, bunyinya macam „tak masuk akal‟ tapi tiada benda yang mustahil di dalam dunia ini kerana 10 buah rumah bukanlah satu perkara yang mustahil untuk anda miliki sekiranya anda tahu cara dan kaedah bagaimana untuk memilikinya.
Kisahku : Memandangkan saya merupakan seorang yang amat berhati-hati di dalam sebarang bentuk pelaburan, maka saya memilih untuk mengumpul atau memiliki pangsapuri kos rendah dan sederhana di sekitar Lembah Kelang. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, Shah Alam merupakan lokasi pilihan saya dan hampir setiap hari saya akan meneliti —————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
15
ruang iklan di akhbar dan internet untuk mencari maklumat tentang pangsapuri-pangsapuri untuk dijual di sekitar kawasan tersebut. Pada awalnya, pangsapuri berharga di bawah RM100,000.00 menjadi keutamaan saya dan dari situ dan setelah hampir 11 tahun berkecimpung dalam bidang ini, Alhamdulillah saya telah mampu memiliki beberapa buah pangsapuri dari harga serendah RM26,000.00 sehinggalah setinggi RM150,000.00 yang nilai semasanya sudah pun melebihi RM1 juta. Berikut adalah pangsapuri-pangsapuri yang telah saya miliki beserta nilai pasaran semasanya :-
Pangsapuri/Lokasi Pangsapuri Merak, S/Alam
Nilai Semasa (RM) 80,000
Pangsapuri Perdana, S/Alam
150,000
Suria Avenue Apt, Shah Alam
90,000
Vista Angkasa Apt, Kerinchi
190,000
Med-Cost Flat (Sect 7), S/Alam
90,000
Low Cost Flat (Sect 7), S/Alam
75,000
Low Cost Apt (Sect 6), S/Alam
65,000
Low Cost Flat (Sect 8), S/Alam
65,000
Low Cost Flat (Sect U5), S/Alam
55,000
Low Cost Flat, Kota Damansara
60,000
Low Cost Flat (Sect 20), S/Alam
60,000
Low Cost Flat (Sect 24), S/Alam
65,000
Double Storey Hse (S 7), S/Alam
320,000
Single Storey Hse, Teluk Intan Total Value
75,000 1,440,000
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
16
Tentu anda semua tertanya-tanya, bagaimanakah saya dapat mengumpul „downpayment‟ untuk pangsapuri-pangsapuri tersebut?
Me-
mang benar, saya perlu ada paling tidak pun 10% daripada harga pangsapuri tersebut tetapi terdapat beberapa kaedah yang membolehkan kita membeli dengan menggunakan modal seminimum mungkin atau pun jika anda bernasib baik ianya tidak memerlukan sebarang modal dan kaedah yang penggunaan overdraf merupakan kaedah yang paling berkesan di dalam mengumpul modal untuk „downpayment‟ pangsapuri-pangsapuri yang saya miliki. Namun, perkara paling utama yang perlu dipastikan ialah „sekuriti‟ atau cagaran yang anda perlu ada untuk disandarkan kepada pihak bank untuk mendapat kemudahan ini dan antara bentuk-bentuk sekuriti yang diterima oleh pihak bank adalah seperti tanah, rumah, sijil simpanan tetap malah saat ini akaun tabungan Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga telah diterima oleh pihak bank sebagai salah satu bentuk sekuriti. Menerusi kemudahan overdraf, setiap wang yang keluar akan dapat diganti semula sekiranya anda mempunyai disiplin di dalam mengawal aliran keluar masuk wang tersebut. Sebagai contoh, kemudahan overdraf sebanyak hampir RM10,000 terpaksa saya gunakan untuk menanggung kos pembelian sebuah low cost flat di Seksyen U yang mana berjaya saya perolehi pada harga RM26,000. Setelah selesai urusan pertukaran hakmilik ke nama saya, tanpa berlengah lagi saya terus membuat pembiayaan semula (refinance) pada harga semasa yang bernilai RM55,000. Dengan jumlah pinjaman baru sebanyak RM44,000 (80% pembiayaan dari harga pasaran), saya berjaya memperolehi lebihan —————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
17
sebanyak RM21,000 setelah ditolak baki pinjaman pertama sebanyak RM23,000 dan lebihan tersebut saya masukkan kembali ke akaun overdraf saya untuk pembelian rumah seterusnya. Inilah kaedah pinjaman overdraf yang saya guna pakai sehingga mampu untuk memiliki sebanyak 14 buah rumah.
Nota Kunci 4 : Tentukan nilai sebenar pasaran setiap rumah yang anda beli. Pastikan kesemua rumah yang anda beli itu mempunyai anggaran nilai pasaran masa hadapan sebanyak RM1 juta. Dapatkan kemudahan overdraf bank sebagai modal pusingan. Pastikan anda membeli rumah yang di bawah nilai pasaran supaya anda mampu untuk mendapat lebihan yang akan anda gunakan untuk pembelian rumah seterusnya.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
18
Kunci 5 : Sewakan Pada Kadar Yang Berpatutan Apa yang saya maksudkan dengan kadar yang berpatutan ialah bagi setiap rumah yang anda bakal miliki itu, perlulah dipastikan yang kadar sewanya mampu untuk memberikan pulangan kredit kepada anda. Apa itu pulangan kredit? Pulangan kredit membawa maksud pulangan yang mampu memberi kelebihan kredit terhadap aliran tunai anda pada setiap bulan dan pulangan kredit ini akan anda perolehi setelah ditolak segala bayaran
ansuran
bulanan
pinjaman
bank,
bil-bil
berkaitan
seperti
„maintenance & sinking fund‟, cukai taksiran dan cukai pintu malah peruntukan kecemasan bagi sebarang kerosakan. Pulangan kredit sebeginilah yang akan memastikan langkah anda menjadi seorang jutawan hartanah akan tercapai.
Kisahku : Kali pertama bergelar tuan rumah merupakan antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Cuba anda bayangkan gara-gara takut rumah sewa saya tidak berpenghuni, saya sanggup menyewakannya pada kadar RM350.00 sebulan dan setelah ditolak RM260.00 dan RM74.80 untuk bayaran bulanan bank dan bil „maintenance & sinking fund‟, apa yang berbaki hanyalah RM15.20. Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana masih mempunyai baki kredit di dalam akaun saya dan berkat daripada pengumpulan amaun tersebut, saya mampu untuk terus memiliki beberapa buah rumah yang menghasilkan pulangan kredit yang semakin besar setiap bulan.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
19
Nota Kunci 5 : Tentukan kadar sewa pasaran untuk memastikan jumlah sebenar sewa yang anda akan perolehi setiap bulan. Jumlahkan segala bayaran ansuran pinjaman, bil-bil dan cukaicukai yang berkaitan dan peruntukan kecemasan bagi sebarang kerosakan yang bakal terjadi. Pastikan yang anda akan memperolehi aliran kredit tunai melalui sewa rumah tersebut setelah ditolak dengan segala bayaran-bayaran berkaitan.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
20
Kunci 6 : Pastikan Penyewa Anda Membayar Sewa Memiliki beberapa buah rumah belum pasti melayakkan anda untuk bergelar
jutawan
sekiranya
penyewa anda tidak melunaskan
bayaran
sewa
bu-
lanannya. Di sini, apa yang penting
ialah
cara
anda
mendisiplinkan penyewa anda supaya
anda
tidak
akan
kerugian di kemudian hari. Bagaimanakah caranya untuk mendisiplinkan penyewa? Persoalan yang mengundang pelbagai jawapan tetapi apa yang pasti „Perjanjian Sewa‟ atau „Tenancy Agreement‟ merupakan antara kaedah yang diguna pakai untuk memastikan penyewa mematuhi tentang tanggungjawab mereka terhadap tuan rumah. „Perjanjian Sewa‟ ini perlu memperincikan tentang beberapa perkara penting seperti kadar sewa, cara bayaran, tarikh penyewa perlu melunaskan sewanya dan lain-lain perkara yang berkaitan seperti tanggungjawab terhadap bil-bil semasa dan sebagainya. Setiap perlanggaran syarat di dalam perjanjian tersebut perlulah dituruti dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil dan antara tindakantindakan tersebut adalah seperti meminta penyewa tersebut keluar dari premis anda secepat mungkin. Ini amat penting bagi mengelakkan
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
21
sebarang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh anda sebagai seorang tuan rumah di masa hadapan.
Kisahku : Mendisiplinkan penyewa-penyewa saya merupakan antara cabarancabaran yang agak besar bagi saya. Manakan tidak, kesemuanya datang dari kelompok yang berbeza. Jika penyewa saya seorang penuntut, duit kiriman ibu bapa dan pinjaman PTPN menjadi sumber pendapatan mereka manakala di kalangan warga kerja, gaji dan komisyennya pula menjadi sumber pendapatan. Oleh itu, saya perlu mengambil tahu bilakah sumber-sumber ini akan mereka perolehi sebelum menetapkan tarikh bayaran sewa setiap bulan. Hasilnya, minggu pertama setiap bulan menjadi tarikh akhir untuk saya pastikan yang sewa mereka telah dibayar dan setiap hujung bulan satu sms berbunyi “Boleh saya tau bila saya boleh „collect‟ duit sewa umah?” akan hadir di telefon bimbit mereka sebagai peringatan bulanan tentang tanggungjawab mereka itu. Dari situ, barulah saya dapat merancang dan menyusun pembayaran „instalment‟ bank, „maintenance & sinking fund‟ dan bayaranbayaran berkaitan setiap bulan kerana tanpa hasil sewa dari penyewa, mana mungkin saya dapat melangsaikan kesemua bayaran itu. Pengalaman mengusir sebuah keluarga beranak lima yang mana salah seorang dari anaknya merupakan kanak-kanak „down syndrome‟ masih terpahat di dalam ingatanku gara-gara sewa rumah yang telah tertunggak selama 2 bulan. Walaupun sewanya hanyalah serendah RM450.00 —————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
22
yang kemudiannya saya kurangkan ke RM350.00 dan sehingga ke satu tahap, saya cuma meminta beliau membayar apa yang termampu sahaja tetapi beliau tetap tidak dapat melangsaikannya. Ketika itu, saya benar-benar berbelah-bagi sama ada untuk membenarkan beliau dan keluarganya untuk terus bermastautin atau pun mengusirnya dari rumah ku. Namun, saya terpaksa mengambil tindakan kedua yang mungkin agak kejam di mata anda tetapi disebabkan peluang demi peluang yang telah saya beri, saya rasa apa yang telah saya lakukan itu betul demi memastikan pelaburan saya ini mendatangkan hasil. Bolehkah anda bayangkan bagaimana anaknya yang cacat memeluk kaki anda sambil berkata “Encik janganlah halau kami” ketika saya mengusir mereka dan adakah anda bersedia untuk menghadapi semua ini sekiranya anda ingin memulakan langkah di dalam pelaburan hartanah ini.
Nota Kunci 6 : Disiplinkan diri anda dahulu dari segi mengemaskini rekod pembayaran sewa, utiliti dan sebagainya kerana ianya akan memudahkan anda memantau setiap rumah sewa anda. Pastikan penyewa-penyewa anda menuruti setiap perjanjian yang terkandung di dalam perjanjian sewa anda terutamanya yang melibatkan soal pembayaran sewa.
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
23
Kesimpulan : Nah… Sekarang anda dapat lihat bagaimanakah cara-caranya atau kunci-kunci untuk bergelar jutawan hartanah dan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil kerana apa yang diceritakan disini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri selama 11 tahun berkecimpung di dalam bidang ini. Walaupun kesemua rumah ini masih mempunyai hutang tetapi kesemua hutang-hutang tersebut telah dan akan terus dilunaskan oleh penyewa-penyewa saya dan cuba anda bayangkan sekiranya kesemua hutang-hutang tersebut telah pun dilangsaikan, tidakkah anda akan secara automatiknya menikmati pendapatan yang hampir sama dengan gaji anda setiap bulan? Apa yang menariknya di sini, bukan setakat bergelar jutawan tetapi pada masa yang sama, anda akan terus menerima aliran tunai dari hasil sewa rumah-rumah tersebut setiap bulan untuk menampung kehidupan anda di masa hadapan. Saya pasti pada masa ini anda akan berkata.. “cakap memang mudah tetapi realitinya tidak” tetapi.. sekiranya saya mampu, kenapa tidak anda?
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
24
Secebis Kisahku di dalam Majalah ‘Personal Money’ - Oktober 2008 *
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
25
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
26
—————————————————————————————————————————— Hak cipta terpelihara © 2010 www.bicarahartanah.com
27