Tugasan 1: Penulisan Esei (50%) Islamofobia "The face of terror is not the true faith of Islam. That's not what Islam is all about. Islam is peace. These terrorists don't represent peace. They represent evil and war," (President George W. Bush, 2001) Presiden Amerika Syarikat ke-43, President George W. Bush pernah berkata bahawa Islam adalah aman dan pengganas tidak mewakili aman, pengganas mewakili kejahatan dan peperangan. 1.0 Konsep Islamofobia Muhammad Qobidl Ainul Arif (2014) mendefinisikan perkataan ‘Islamofobia’ sebagai perasaan ketakutan atau kebencian terhadap Islam, orang-orang Islam (Muslim) mahupun budaya Islam. Pada tahun 1922, istilah Islamofobia muncul pertama kali dalam sebuah esei seorang orientalis yang bernama Etienne Dinet dalam karyanya yang berjudul L’Orient vu del’Occident. Istilah ini kemudian menjadi semakin umum digunakan pada tahun 1990an untuk mendefinisikan perlakuan diskriminasi yang diterima oleh umat Islam di Eropah Barat. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamofobia bermakna “suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka”. Menurut Whitman (2015), perkataan Islamofobia mempunyai makna yang luas dan sering berfungsi sebagai istilah payung untuk merangkumi sentimen negatif yang terdiri daripada pandangan individu anti-Islam kepada diskriminasi seluruh masyarakat terhadap umat Islam. Ia membangkitkan penindasannya sama untuk diskriminasi terhadap golongan yang lain, seperti homophobia atau anti-Semitisme. Islamophobia adalah prasangka atau diskriminasi terhadap umat Islam kerana agama mereka atau identiti agama, negara, atau etnik dikaitkan dengan Islam ( Georgetown University, n. d.). Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi mengenai Islamofobia yang diperdebatkan oleh para ahli, namun semuanya mengarah pada sebuah kesamaan tentang terbentuknya ideologi ketakutan yang tidak rasional terhadap Islam. Dari perasaan ketakutan inilah muncul konsep yang amat salah bahawa setiap muslim merupakan penganut fanatik ajaran agamanya, mempunyai tendensi untuk 1
melakukan kekerasan terhadap orang bukan Muslim dan menyakini pula bahawa Islam menolak nilai-nilai seperti kesetaraan, toleransi dan demokrasi. Pada 13 November 2015, Paris mengalami detik yang paling hitam. Penyerang melaraskan serangan dalam tiga pasukan yang diselaraskan, dan tujuh orang telah meletupkan diri mereka dengan memakai jaket bahan letupan. Pendakwaraya Paris mengumumkan bahawa 129 orang terbunuh dan 352 cedera, termasuk 99 kritikal, dalam serangan yang diselaraskan di bandar pada malam Jumaat yang dipanggil Presiden Perancis François Hollande sebagai " tindakan perang ." Bukan itu sahaja, peristiwa 11 September 2001 yang telah mengorbankan kira-kira 2996 nyawa diikuti oleh pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 yang melibatkan kematian 191 orang dan pengeboman di London pada 7 julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim telah memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia. 2.0 Manifestasi: Manifestasi Islamofobia merujuk kepada situasi di mana persepsi negatif atau kebimbangan atau kebencian kepada Islam itu dizahirkan dalam bentuk ekspresi intelektual seperti penulisan karya ilmiah atau perbuatan yang merangkumi keganasan, protes dan gerakan Islamofobia itu sendiri. 2.1 Media Peranan pembentukan
media
memainkan
pendapat
umum.
peranan Dengan
yang
sangat
menyebarkan
signifikan
dalam
berita-berita
yang
menggambarkan kenegatifan Islam, media pro-barat tidak melepasi sebarang peluang untuk memberikan imej yang buruk kepada Islam. Misalnya, penerbitan filem ‘Fitna’ oleh ahli politik Belanda bernama Geert Wilders yang kemudiannya disiarkan
secara
berleluasa
menyebabkan
masyarakat
umum
mempunyai
pandangan yang amat negatif terhadap Islam. Ini diikuti dengan liputan yang sangat berat sebelah mengenai kes pembunuhan Marwa al-Sherbini di Dresden, Jerman pada 1 Julai 2009 yang bermotifkan benci dan salah faham terhadap Islam. Bukan itu sahaja, media juga menghangatkan lagi isu kontroversi seperti pembinaan masjid di ’Ground Zero’, ’Tea Party Movement’ dan gerakan pengharaman Shari’ah yang menanamkan kebencian terhadap Muslim di Amerika.
2
2.2 Intelektual Tren politik dan ideologi semasa kuat dipengaruhi oleh legitimasi intelektual dan saintifik terhadap elemen perkauman, ’xenophobia’ dan sikap tidak bertoleransi. Tren ini jelas kelihatan dalam sejumlah buku yang diterbitkan oleh beberapa penulis dengan
tujuan
untuk
memanfaatkan
peluang
dalam
meningkatkan
gejala
Islamofobia dan mengubah imej Islam kepada yang lebih negatif. Antara karya yang cuba untuk memberikan gambaran negatif terhadap Islam dan seterusnya menyuburkan Islamofobia ialah ‘Legacy of Jihad’, ‘While Europe Slept: How Radical Islam is Destroying the West from Within’ dan ‘Muslim Mafia: Inside the Secret Underworld That’s Conspiring to Islamize America’. Bukan itu sahaja, ucapan kontroversi
Pope
Benedict
XVI
yang
menghina
Nabi
Muhammad
dan
mempertikaikan al-Quran merupakan salah satu manifestasi intelektual dalam konteks Islamofobia. 2.3 Politik dan Perundangan Persepsi kebencian dan kebimbangan terhadap Islam ini juga dizahirkan dalam politik dan perundangan. Umpamanya di Switzerland, akibat dari kempen anti Islam yang dipelopori oleh Daniel Streich, undang-undang telah dipinda bagi mengharamkan pembinaan menara-menara masjid. Walaupun ianya melanggar hak asasi umat Islam di Switzerland, bahkan dikecam oleh pelbagai kerajaan, badan bukan kerajaan, badan hak asasi, termasuk Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ’Amnesty International’, pindaan undangundang ini tetap diteruskan atas faktor kuatnya kemahuan politik dalam isu ini. Ini ditambah lagi dengan gerakan anti Islam yang diketuai oleh ahli politik Belanda bernama Geert Wilders yang memusuhi Islam atas dasar populariti dan politik. Walau bagaimanapun, Daneil Streich akhirnya telah memeluk Islam dan kini merupakan aktivis Muslim yang terkehadapan di Switzerland. 2.4 Struktur Manifestasi struktur merujuk kepada diskriminasi atas sebab Islamofobia dalam pelbagai sektor seperti masalah dalam mendapat keperluan asas, peluang pekerjaan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Banyak insiden yang berlaku menunjukkan situasi Islamofobia berstruktur ini semakin meningkat. Sebagai contoh, kes BBC mengenai perlantikan seorang Muslim yang dianggap 3
‘penghinaan’ bagi orang Kristian. Di Itali, wanita Muslim yang bekerja sebagai pencuci dianggap sebagai satu ‘ancaman keselamatan’. Lebih berat lagi, di Jerman, ada doktor yang enggan merawat seorang remaja Muslim yang bernama Jihad. Begitu juga di Kanada apabila pelajar muslimah di Kanada telah dibuang sekolah hanya kerana tidak mahu menanggalkan tudung. Kes-kes ini membuktikan bahawa Islamofobia ini telah memberikan kesan kepada kehidupan umat Islam dalam pelbagai bentuk khsususnya di negara majoriti bukan Islam. 2.5 Manifestasi Protes dan Keganasan Kebencian terhadap Islam juga diterjemahkan dalam bentuk protes dan lebih teruk lagi keganasan atau jenayah. Penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad oleh Kurt Westergaard di Denmark membuktikan Islamofobia yang dizahirkan melalui kartun. Peristiwa membakar al-Quran sepanjang 9 bulan dari September 2010 hingga April 2011 di Amerika termasuk kempen untuk membakar al-Quran oleh Pastor Terry Jones menunjukkan manifestasi protes kesan daripada Islamofobia. Bahkan keganasan juga berlaku di mana ada Muslim yang ditembak di Amerika setelah menunaikan solat Jumaat, di Nevada, polis menahan Muslim yang menunaikan solat di tempat letak kereta dan peristiwa pembunuhan kejam Marwa El Sharbini di dalam Mahkamah di Dresden, Jerman akibat daripada perasaan benci yang tidak berasas kepada Islam. 3.0 Implikasi Islamofobia: Islamofobia mendatangkan pelbagai jenis implikasi yang negatiF. Menurut idelogi yang ditulis Ouraishi dalam bukunya Muslim & Crime: A Comparative Study menjelaskan secara terperinci mengenai maksud kesan Islamofobia secara keseluruhan. 3.1 Hak Asasi masyarakat atau kaum Islam terjejas Kesan yang pertama merupakan Hak Asasi masyarakat atau kaum Islam akan terjejas ataupun didiskriminasi secara sengaja. Apabila ideology Islamofobia ini diperluaskan dengan pelbagai cara oleh musuh-musuh Islam, golongan yang tidak mengenali Islam secara mendalam dan menyeluruh akan terus mempercayai tanpa meragui kebenaran konsep Islamofobia. Kepercayaan ini akan membawa implikasi yang buruk kepada hak asasi umat Islam. Contohnya, hak asasi umat Islam untuk 4
memakai tudung ditindas dan dihakang secara terbuka di khalayak ramai. Ini boleh berlaku apabila masyarakat yang mempercayai dan mengamalkan Islamofobia hilang hormat terhadap umat Islam. 3.2 Keterbatasan politik dan sosiolistik dengan masyarakat negara lain Keterbatasan politik dan sosiolistik umat Islam dengan masyarakat negara lain akan terbatas akibat daripada sifat pessimitik mentality yang wujud dari ideology Islamofobia. Keterbatasan politik dan sosiolistik terjadi kerana apabila negara Islam ingin menjalinkan hubungan persahabatan ataupun perjanjian dengan negara yang bukan Islam yang mengamalkan sifat Islamofobia. Ini mungkin mengakibatkan perikatan kerjasama ekonomi eksport dan import sesuatu barangan ataupun bekaalan bahan mentah seperti minyak tanah. Perkara ini menyebabkan terbantutnya sistem peredaran kitaran politik dan sosiolistik umat Islam. 4.0 Faktor-faktor islamofobia: 4.1 Media Peranan media di Malaysia sudah pasti menjadi salah satu punca berkembangnya fenomena Islamofobia. Gambaran negatif dan salah terhadap Islam seperti liputan larangan memasuki masjid oleh bukan Islam, bantahan bukan Islam membaca ayat al-Quran di dalam perucapan umum, kes memijak kepala lembu dan lain-lain telah menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia. Media juga kerap memaparkan insiden-insiden keganasan yang dilakukan orang Islam tanpa mengimbangkannya dengan jenayah bukan Islam. Media secara umumnya masih tidak dapat memainkan peranannya untuk membetulkan persepsi Islamofobia ini. Bahkan kerap kali media ini menayangkan program-program termasuk filem dan drama yang menimbulkan kekeliruan terhadap Islam. 4.2 Kurang Keberkesanan Institusi Agama Umum sudah sedia maklum bahawa Malaysia menikmati kelebihan untuk menegakkan syiar Islam memandangkan banyaknya institusi agama yang ada untuk menjalankan dakwah ini. Bukan itu sahaja, institusi agama di negeri-negeri dan kerajaan persekutuan juga mempunyai kuasa dan bajet yang amat besar untuk dakwah Islam. Berdasarkan fakta ini sudah pastinya sepatutnya fenomena 5
Islamofobia tidak akan berkembang dan mendapat tempat di negara ini sekiranya institusi Islam ini telah memainkan peranannya secara efisyen. Namun demikian, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Dalam keadaan ruang lingkup undang-undang dan peruntukan yang tinggi untuk Islam, fenomena Islamofobia ini masih berleluasa dan malahan semakin menyubur di negara ini. Kenyataan menghina undang-undang Islam, mempersoalkan institusi fatwa, memperleceh amalan ibadah umat Islam dan sebagainya membuktikan bahawa terdapat kelemahan yang amat ketara ada pada institusi Islam ini. Oleh itu, institusi Islam ini perlu melakukan transformasi segera demi memastikan peranan dan tanggungjawab terhadap Islam dapat dilaksanakan dengan berhikmah dan berkesan. 4.3 Kemahuan Politik Oleh sebab Malaysia ini majoriti penduduknya beragama Islam, maka perhatian kurang diberikan bagi menangani Islamofobia. Ini ditambah pula dengan kurangnya kemahuan politik dan komitmen di mana ianya menafikan keperluan menangani isu Islamofobia. Sekiranya kemahuan politik itu ada dan mempunyai momentum yang kuat, sudah pasti pelbagai program ke arah membetulkan persepsi negatif terhadap Islam dalam konteks Islamofobia ini akan diadakan di seluruh negara. Sebagai contoh, dialog dan diskusi ilmiah menangani isu Islamofobia termasuk aspek toleransi agama adalah sangat kurang di Malaysia. Sekiranya ada, forum dan dialog ini hanya dipelopori golongan tertentu dan tidak sampai ke akar umbi. Memandangkan Islamofobia ini tidak menjadi isu utama kebanyakan ahli politik dan tiada inisiatif untuk mengatasinya, fenomena Islamofobia ini dijangka akan terus berkembang dan seterusnya mampu memberikan kesan yang agak signifikan kepada umat Islam. 4.4 Salah Faham Syariah Aspek yang sering disalah faham tentang Islam ialah berkenaan dengan undang-undang hudud, pewarisan dan hak-hak wanita. Salah anggapan terhadap beberapa prinsip Shariah seperti faraid atau pewarisan menyebabkan ramai yang bimbang dan cuba mempertikai ajaran Islam. Perkara ini juga boleh membina 6
persepsi negatif orang bukan Islam terhadap kepercayaan dan amalan fiqh yang terima dan diamalkan oleh umat Islam. Di samping itu, isu kedudukan wanita dalam Islam yang dilihat oleh orang bukan Islam sebagai menindas juga menjadi faktor Islamofobia di Malaysia. 4.5 Pengaruh Golongan Fundamentalis Peristiwa jenayah al Maunah di Bukit Pelandok yang dilakukan oleh golongan berlatarbelakangkan agama merupakan salah satu punca terbinanya persepsi negatif terhadap Islam di Malaysia khususnya mengaitkan Islam dengan keganasan. Kemunculan golongan fundamentalist yang militan bahkan mendokong satu matlamat iaitu menghapuskan orang bukan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia telah menyuburkan lagi fenomena Islamofobia. Melalui peristiwa dan perkembangan pengaruh golongan fundamentalis ini, Islam dilihat sebagai sesuatu yang sangat sinonim dengan keganasan dan menjadi punca ketidaktenteraman awam. 5.0 Langkah untuk menangkis persepsi negatif masyarakat: Perdana Menteri negara Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pernah berkata bahawa umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan tanggapan negatif terhadap Islam dalam majlis Himpunan Rakan Wasatiyyah di Seri Perdana, Putrajaya pada 14 Mei 2015. Ini adalah disebabkan isu islamophobia ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja dan perlu ditangani secepat mungkin. Namun, jalan penyelesaian perlu dicari dengan berhati-hati agar Islam tidak semakin lebih disalah faham sebagai agama yang ekstrim dan radikal. Ini bermaksud pemberontakan dan demonstrasi bukan jalan penyelesaian yang bijak. Sebaliknya, penyelesaian isu ini perlu dilakukan secara diplomasi. Orang Islam perlu keluar ke hadapan, memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang agama Islam. Islamophobia lahir kerana kebencian dan kejahilan barat kepada Islam. Ini juga ditambahkan lagi dengan prinsip kebebasan bersuara dan melahirkan pendapat yang sering diagungagungkan oleh mereka. Orang Islam perlu tampil ke hadapan dan bersuara untuk menjustifikasikan kebenaran yang sebenar supaya kebencian dan kejahilan mereka itu dapat dikalahkan. Islamophobia ialah cara mereka ‘berperang’ dengan Islam dari sudut pemikiran dan ideologi, maka ia juga perlu diselesaikan dengan cara yang 7
sama. Para cendekiawan Islam dari agama Islam sendiri yang sepatutnya bersuara dan melakukan penjelasan dalam bidang agama ini. Penulisan dalam bidang agama oleh para cerdik pandai agama juga patut ditingkatkan. Penjelasan dan penerangan tentang agama Islam perlu dilakukan supaya pihak yang menyebarkan diayah islamophobia ini membuka mata bahawa Islam itu tidaklah seperti apa yang disangkakan. Cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini juga dengan cara berdialog dan menerangkan bahawa al-Quran bukanlah kitab yang mengandungi ayat-ayat tentang peperangan semata-mata tetapi ada berbagai-bagai ayat lain yang terkandung dalamnya. Maksud dari ayatayat yang menyentuh tentang jihad juga perlu diberikan penjelasan supaya golongan bukan Islam ini tidak terus menerus takut pada agama dan orang Islam. Masalah ekstremisme agama perlu dikawal dan diselesaikan oleh orang Islam. Hal ini juga tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ia perlulah dilakukan dengan membasmi salah faham terhadap maksud dari ayat-ayat al-Quran yang berkenaan dengan perang dan jihad. Penjelasan yang mendalam tentang tafsir ayat-ayat tersebut mestilah ditekankan kepada masyarakat Islam. Sekali-sekala dialog dan pembetulan fahaman terhadap apa yang terkandung dalam ajaran Islam patut diadakan. Selalunya, ajaran dan kepercayaan itu sendiri bukanlah sesuatu yang membahayakan. Apa yang membahayakan ialah cara bagaimana ianya boleh disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka sendiri; oleh pemimpin-pemimpin yang melihat kekerasan sebagai satu alternatif yang mudah; atau oleh orang-orang terdesak yang tidak dapat melihat cara lain lagi yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah. (Kamarulzaman Askandar, 2006). Semangat cintakan perdamaian, saling bertolak ansur sesama manusia dan saling kasih mengasihani mestilah dipupuk dalam jiwa masyarakat Islam. Agama Islam ialah agama yang sangat menitikberatkan kedamaian, keamanan dan toleransi. Islam itu ialah deen al-tasamuh yang bererti agama toleransi. Islam mengajarkan supaya orang Islam bertoleransi terhadap yang bukan Islam apatahlagi yang beragama Islam. Islam mengajarkan toleransi dalam semua peringkat: peringkat individu, kumpulan dan negara (Muzammil Siddiqi, 2006). Dr. Muzammil Siddiqi, mantan Presiden bagi Islamic Society of North America (ISNA) menyatakan bahawa pada hari ini sikap tidak bertoleransi semakin 8
meningkat
di
dunia,
menyebabkan
kematian,
pembunuhan
beramai-ramai,
keganasan, pencabulan keagamaan dan begitu juga dengan perselisihan. Adakalanya perselisihan ini berpunca dari bangsa dan etnik dan adakalanya pula berpunca dari agama dan ideologi, ada masanya pula ia kerana masalah politik dan sosial. Dalam apa jua situasi, ia adalah perbuatan yang cela dan menyakitkan (Muzammil Siddiqi, 2006) . Toleransi dan bertolak ansur adalah sangat disuruh dalam Islam. Ia adalah prinsip yang dasar bagi agama Islam. Islam melarang pengikutnya bertindak ganas dan kejam. Namun begitu, ini juga tidak bererti bahawa Islam itu agama yang pasif dan sekiranya Islam diganggu maka sikap toleransi itu mesti diaplikasikan juga. Pada saat Islam diancam maka mempertahankan agama dan hak adalah dibenarkan. Akan tetapi, perlu ditegaskan bahawa Islam bukanlah agama yang memulakan keganasan dan peperangan. Islam tidak mengajar pengikutnya untuk mengangkat senjata untuk berperang sekiranya ia tidak diganggu. Islam mengajar pengikutnya untuk berlemah lembut, menunjukkan kasih sayang, melakukan kebaikan dan kebajikan, berbelas kasihan serta berlaku adil tidak kiralah sama ada terhadap yang beragama Islam atau yang bukan beragama Islam. Masyarakat Islam perlu didedahkan dengan penerangan berkenaan dengan hubungan seorang Muslim dengan yang bukan Muslim dan bagaimana berinteraksi dengan mereka. 6.0 Kesimpulan Islamophobia dan ekstremisme agama adalah isu yang sering melanda masyarakat Islam di seluruh dunia. Isu ini tidak akan pudar apatahlagi hapus selagi manusia masih berpijak di bumi ini. Untuk menghapuskannya seratus peratus, mungkin ia adalah sedikit mustahil. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mempersiapkan diri dengan penyelesaian yang bijak dan teratur. Imam Ali karramallahu
wajhah
ada
mengatakan
bahawa
kebenaran
yang
tidak
bersistem/tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang bersistem/tersusun. Oleh itu adalah amat penting untuk seorang Muslim untuk menangani kedua-dua isu ini dengan cara berdiplomasi dan bukan dengan cara beremosi. Di dalam menghadapi dan menangani isu ini, moral, etika dan akhlak sebagai manusia dan seorang Muslim perlu tetap dijaga.
9
Penerapan nilai dan fahaman agama yang betul sangat memainkan peranan di dalam melahirkan generasi yang tidak menyimpang dari kehendak agama yang sebenar. Seseorang yang faham apa yang terkandung dalam al-Quran tidak akan menjerumuskan dirinya ke kancah ekstremisme agama, fanatisme dan radikalisme. Al-Quran tidak boleh ditafsirkan sesuka hati tanpa memahami bahasa dan maksud yang tersirat di sebaliknya. Al-Quran tidak boleh ditafsirkan mengikut hawa nafsu sahaja. Tafsiran dan pemahaman kepada apa yang terkandung dalam al-Quran mempunyai garis panduan yang tertentu yang perlu dipelajari. Islam ialah agama yang cintakan kedamaian dan sangat bencikan keganasan. Islam mengajarkan kepada manusia nilai kesederhanaan dan keseimbangan dan tidak melampaui batas.
10