INDUSTRI BURUNG WALET Industri Sarang Burung Layang-Layang hari ini telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain dari bidang-bidang perniagaan yang lain. Pada tahun 2004, industri sarang burung layang-layang di Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai penyumbang kepada tukaran mata wang asing bagi Negara ini. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mewujudkan satu Garis Panduan Penternak Burung Layang-Layang untuk semua pihak berkuasa tempatan di peringkat daerah, majlis tempatan dan majlis bandar raya di seluruh negara. Sebagai tambahan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga mempunyai garis panduan untuk pembiakkan burung layang-layang. Sarang burung dipercayai kaya de ngan kalsium, zat besi, potassium, dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan. Industri burung layang-layang di Malaysia telah menyaksikan lantunan serta lonjakan pertumbuhan dalam tempoh lima tahun ini. Akan tetapi ianya amat berkurangan di kalangan usahawan bumiputra kerana itulah industri ini disifatkan sebagai industri yang dirahsiakan, ianya telah lama dimonopoli oleh usahawan bukan bumiputra yang melihat potensi kekayaan yang wujud dari bidang ini, mereka sanggup mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk dilaburkan. Kebanyakkan rumah-rumah burung dibina di bandar- bandar kecil di mana sumber makanan yang banyak pada tahap pencemaran yang masih rendah.
Kerajaan negeri Perak misalnya, menawarkan 10 kawasan berpotensi untuk dibangunkan industri ini, manakala negeri Johor mencadangkan sebuah taman eko burung layang-layang di Endau dan Desaru. Kerajaan Negeri Sembilan juga menunjukkan minat yang sama untuk membina sebuah taman bagi tujuan tersebut. Bank Pertanian Malaysia atau kini dikenali sebagai AgroBank menawarkan pembiayaan sehingga 85% berikutan industri sarang burung kini menjadi sebahagian daripada industri berasaskan tani. Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula telah mengiktiraf enam buah syarikat industri sarang burung layang-layang bagi menjalankan usahasama perniagaan di bawah program pemadanan perniagaan.
Sehingga akhir tahun 2006, terdapat hampir 36000 buah rumah burung layang-layang di sel uruh Negara dengan kadar purata pertumbuhan sebanyak 35% setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas. Jumlah nilai pengambilan sarang burung diseluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 billion
sehingga RM12 billion. Hong Kong merupakan pembeli sarang burung terbesar iaitu 50% manakala China 8% ,Taiwan 4% dan Macau 3% dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006. Akan tetapi permintaan ini tidak termasuk negara-negara Eropah dan Arab disebabkan pembekalan yang tidak mencukupi. Harga sarang burung putih yang belum diproses dijual pada harga RM4500 hingga RM6000 sekilogram pada 2006. Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong. Malaysia kini merupakan pengeluar sarang burung dengan nilai pembekalan kasar sebanyak 7% selepas Indonesia 60% dan Thailand 20%.
Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang / kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak. Hasil dari perternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi dunia kesihatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.
Sifat-sifat yang ada pada sarang burung adalah rasa manis, lembut dan sesuai untuk penyakit yang berkaitan paru-paru, perut dan hati. Fungsi sarang burung menghasilkan yin untuk mengurangkan kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi SPLEEN perut.
Penggunaan sarang burung ini untuk me ngubat masalah penghadaman, tuberculosis, batuk, phlegmdyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemotysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum, batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga dan lainlain lagi. Bagi masalah kurus, kurang selera makan , masalah perut berpunca dari sakit berpanjangan. - Rebus sarang burung dengan susu atau dengan ayam atau jus daging.
Keringkan sarang burung di dalam air sejuk, tukar air sekali dan rendam dalam air selama 5 ke 6 jam. Bersihkan bulu dan bahan-bahan lainyang terdapat pada sarang tersebut, alihkan bagi mengeringkannya. Kemudian kerat dan letakkan didalam mangkuk yang besar dengan secawan air bagi setiap 20 gram. Rebus dengan kepanasan yang sederhana selama 15 minit, kemudian tambah gula batu atau garam secukup rasa. Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan sarang burung ini dan ia bergantung kepada citarasa masingmasing. Cara yang biasa dilakukan ialah dengan merebus sarang burung ini sebanyak dua kali di dalam porcelain pot. Pada awalnya proses soaked dilakukan selama satu jam didalam air panas untuk membolehkan sarang mengembang. Untuk penyediaan sarang ini kepada orang dewasa, sarang kering yang mempunyai berat 4 ke 5 gram adalah disyorkan. Sarang ini hendaklah di masak sebanyak satu setengah cawan sekurang-kurangnya 2 jam bergantung kepada gred sarang burung yang digunakan. Sarang yang berkualiti tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Gula batu ditambah bagi bagi menambahkan rasa semasa 10 minit terakhir masakan tersebut. Sesetengah orang gunakan daun pandan ataupun ginseng bagi menambahkan lagi rasanya. Cara pemasakan ini disyorkan bagi mereka yang telah melalui proses pemulihan terapi.Sarang burung
yang dikukus perlu dihidang semasa masih panas dan sudu porcelain digunakan sebelum tidur dan disyorkan diambil pada awal pagi untuk kesan maksimum. Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)? Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. I a tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah eccholation dan membuat sarang menggunakan air liurnya. Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang? Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha. Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya? Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20 x 70 x 2 tingkat adalah RM40RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4. Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan pembiakan burung walet? Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak. Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak beroperasi? Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB 0.1578dB atau frekuensi 1khz 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia. Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku? Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak. Saya memiliki sebuah rumah kedai 20 x 70 x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada
rumah burung walet. Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan? Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta menge nalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut. Sarang rumah vs sarang gua.. apakah perbezaan antara keduanya? Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah. Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walet? Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi. Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah burung walet saya? Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna merah? Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah. Siapa dan apakah pemangsa utama burung walet? Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung hantu, biawak dll tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama. Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu, kelembapan dan pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk membuat sarang? Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10x10) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam. Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walet samada
menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok atau dinding foam? Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau dinding foam kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding foam (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka. Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil? Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya. Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan? Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll adalah pada tahap maksima. Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia? Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun. Adakah sarang burung walet ini halal dimakan? Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya. AVM usahawantani.com
Ramai daripada kita mengenali burung layang-layang tetapi apabila disebut walit atau walet, hanya segelintir sahaja yang tahu mengenainya, itu pun di kalangan mereka yang terbabit dengan industri sarang burung. Di sesetengah tempat, ia lebih dikenali sebagai burung layang-layang tetapi jika dibuat perbandingan, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua spesies tersebut. Apa pun, nilai burung ini bukanlah terletak kepada bulu, paruh atau pada mana-mana bahagian tubuhnya. Pencinta burung sekali pun tidak mungkin tertarik kepadanya semata-mata kerana bunyi yang dikeluarkan, sebaliknya sarang burung ini umpama emas yang diburu oleh manusia. Masakan tidak, nilai sarang burungnya mencecah ribuan ringgit sekilogram kerana khasiatnya yang sudah diketahui ramai. Seorang perunding mengenai ternakan burung walet, Azman Shah Omar dari Bina Agro Nusantara Resources Sdn. Bhd. memberitahu, harga sarang burung mentah boleh mencecah antara RM2,000 dan RM5,500 sekilogram, manakala yang telah diproses atau dibersihkan boleh mencapai antara RM10,000 dan RM12,000 sekilogram. Justeru di Malaysia, katanya, ramai telah menanam minat untuk menjadi pengusaha sarang burung walet ini kerana nilainya yang begitu lumayan. Tambahan pula, katanya, rantau Asia Tenggara terutama Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura menjadi tumpuan pergerakan burung ini. ³Ini satu usaha yang lumayan kepada pengusaha dan mereka tidak perlu menternak dan memberi makan. ³Cukup sekadar membuat rumah di kawasan habitat makro burung ini,´ katanya kepada Mega, baru-baru ini. Melihat kepada potensi tersebut, sebuah syarikat tempatan Walit World Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk membangunkan kawasan µperumahan walet' di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan menggunakan teknologi binaan dan sistem audio oleh Bina Agro Nusantara (BAN) yang telah terbukti berjaya di Indonesia. Indonesia merupakan pengeluar utama sarang walet iaitu sebanyak 80 peratus, berbanding Malaysia di tangga kelima dengan lima peratus sahaja walaupun burung walet ini juga terdapat dengan amat banyaknya di negara ini. Menyedari senario ini, projek perumahan bersepadu ini berpotensi besar untuk memberi pulangan lumayan kepada bakal pemilik rumah walet tersebut. Menurut Pengarah Projek Walit World, Mohd. Nasir Che Fa, rumah yang dibangunkan berbentuk blok bangunan dengan empat jenis atau saiz yang berbeza. Sebanyak 63 buah blok tiga tingkat akan dibangunkan yang dijangka dimulakan bulan ini yang melibatkan tiga fasa, dengan keluasan purata 5,000 kaki persegi setiap satu. Empat jenis saiz setiap blok yang ditawarkan ialah 25 x 60 kaki, 25 x 50 kaki, 25 x 40 kaki dan 25 x 30 kaki bermula pada harga RM265,000.
Harga
tersebut meliputi lot kawasan, rumah burung yang dilengkapi dengan sistem audio, kamera litar tertutup televisyen
(CCTV) dan juga kawasan pagar yang tujuan keselamatan. Menurut Mohd. Nasir, mereka yang berminat perlu membuat tempahan sebanyak RM5,000, dan jumlah deposit sebanyak 10 peratus daripada harga blok. ³Kita akan membangunkan 20 buah blok pada fasa pertama, 21 blok pada fasa kedua dan 22 blok pada fasa ketiga,´ katanya. Katanya, lagi konsep pembelian lebih kurang sama dengan sistem pembelian rumah kediaman pada masa ini. Menurut beliau, pihaknya berusaha untuk membantu mendapatkan pinjaman dari AgroBank dengan tempoh pinjaman yang bersesuaian untuk para pelabur. Beliau berkata, burung walet membuat sarang di kawasan yang bercahaya remang dalam bangunan menggunakan air liur. ³Sepasang burung membuat sarang bersama dan sarang matang dalam tempoh tiga bulan berikutnya,´ ujar beliau. Setiap blok bangunan, kata beliau, mampu mengeluarkan hasil maksimum setahun antara 100 kilogram (kg) dan 150 kg bermula tahun keenam. Setiap kilogram pula katanya mengandungi 120 sarang burung. Burung walet sukakan suhu antara 26 dan 31 darjah Celsius, berhampiran kawasan sungai, kolam atau tepi laut atau berhampiran dengan sumber makanan, antaranya serangga. Azman Shah menambah, beliau membawa masuk teknologi dari Indonesia dalam perusahaan burung walet iaitu menggunakan alat pemikat daripada cakera video digital (DVD) dan MP3 dan twiter yang memainkan rakaman kicauan atau suara burung. Bunyi rakaman dimainkan di tempat tertentu mengikut keadaan termasuk ketika musim burung mengawan, mencari tempat membuat sarang atau mula bertelur. Burung yang terbang secara koloni bagaimanapun memerlukan kawasan yang sesuai termasuk kelembapan antara 85 dan 90 peratus, aroma dan suhu. Rumah burung pula katanya perlu mempunyai bilik bersarang, ruang utama, dinding, langit-langit, sirip, lantai, pintau masuk, lubang pengudaraan, kolam atau tong air dan pagar. Mengenai pasaran, Azman Shah berkata, ia menjanjikan pulangan lumayan memandangkan pengeluarannya masih kurang. Kata beliau, nilai eksport tempatan pada masa ini mencecah RM500 juta. Ketika ini, pengeluaran sarang burung walet seluruh dunia ialah bernilai RM4 bilion, satu angka yang lumayan untuk mereka yang mahu menceburkan diri. Sementara itu, Walit World dan Bina Agro Nusantara Resources akan menganjurkan seminar dalam masa terdekat mengenai perusahaan burung walet yang bakal memberi peluang kepada peserta memahami lebih dekat sistem perumahan walet.
Beliau adalah wakil kepada Arief Budiman iaitu pengasas Bina Agro Nusantara Indonesia yang berjaya menghasilkan 13 judul buku berkaitan burung terbabit dengan jualan jutaan naskah. Dengan adanya pakar dan konsultan berkelayakan, peserta memperoleh maklumat sebenar mengenai perusahaan burung walet dan potensinya sebelum memulakan hasrat menjadi pengusaha sarang burung. Seminar tersebut akan memfokus mengenai keistimewaan burung walet, kawasan taburan, ciri-ciri dan populasi, peluang bumiputera, peranan dan tanggungjawab, pelaksanaan pembiayaan dan permintaan pasaran. Mereka yang berminat menyertai seminar tersebut tersebut boleh menghubungi talian 06-8502600 atau melayari laman web www.walitworld.com atau menghubungi talian 03-26940595 atau melayari laman web www.ban-walitworld.com. Berita Timur
September 13, 2009 17:31 PM Industri Burung Walet Diperluas Ke Kampung
MARANG, 13 Sept (Bernama)-- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan memperluaskan industri sarang burung walet ke kampung-kampung bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha bumiputera menceburi industri itu. Ketua Pengarah JPV Datuk Abd Aziz Jamaluddin berkata pihaknya percaya industri itu boleh berkembang di kawasan kampung kerana ia mempunyai pelbagai sumber makanan untuk burung itu seperti tanaman dan dusun buah-buahan. "Kalau boleh kita hendak melihat lebih ramai ramai bumiputera terlibat dalam industri burung walet ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau perusahaan burung walet di Kampung Pengkalan Berangan, di sini Ahad. Abd Aziz berkata pada masa ini terdapat 200,000 pengusaha burung walet di seluruh negara dengan nilai pengeluaran sarang mencecah RM1 bilion setahun. Beliau berkata daripada jumlah pengusaha itu hanya lapan peratus merupakan pengusaha bumiputra. Abd Aziz berkata lawatannya ke kawasan perusahaan burung walet di kampung itu bertujuan membuat perbandingan sarang walet konvensional di Pengakalan Berangan dengan sarang yang ada di pantai barat. "Kalau kita lihat ada potensi, mungkin kita akan perluaskan kaedah konvensional ini ke tempat lain," katanya. Beliau berkata JVP bersedia memberikan bantuan dari segi pemasaran sarang burung walet bagi mengelak pengusaha dipermainkan orang tengah. JPV juga akan membina sebuah pusat latihan veterinar di Cermin Kiri Jerangau sebagai pusat sehenti untuk memberi khidmat kaunseling burung walet, katanya. -- BERNAMA
Rezeki µemas putih¶ Oleh
Norfaisal Jahuri
[email protected]
INDUSTRI sarang burung walet bukan baru di negara ini tetapi tidak ramai pengusahanya, terutama Bumiputera disebabkan kekurangan informasi mengenainya walaupun mampu memberi pulangan jutaan ringgit setiap tahun. Atas alasan itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPPSBM) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengadakan pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini. Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPPSBM), Datuk Tok Teng Sai, berkata PPPSBM buat julung kalinya bersama JPV mengadakan pameran perusahaan sarang burung walet di HPPNK. Menurutnya, orang ramai dapat melihat sendiri dengan lebih dekat demonstrasi membersih sarang burung walet serta kaedah memelihara haiwan itu. ³Perusahaan ini mempunyai potensi untuk memperolehi keuntungan besar kerana sarang burung walet boleh mencecah RM4,000 bagi setiap satu kilogram yang belum dibersihkan dan RM7,000 yang sudah dibersihkan. ³Sebab itulah pengusaha sarang burung walet menggelar sarang unggas itu sebagai µemas putih¶ kerana nilainya tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. ³Dengan hanya menjadikan tempat perlindungan burung untuk bersarang pada saiz sebesar rumah, pengusahanya mampu memperolehi sarangnya pada jumlah antara tiga hingga 10 kilogram setiap bulan,´ katanya kepada Metro Ahad. Pada masa ini, kata Tok, perusahaan terbabit dimonopoli masyarakat Cina membabitkan 99 peratus. Disebabkan pembabitan orang Melayu boleh dikira dengan jari, beliau hanya mengenali seorang pengusaha sarang burung Melayu di Kuantan, Pahang. ³Dia hanya mempunyai satu rumah untuk pembiakan burung itu, namun keuntungan diperolehi setiap tahun RM1.2 juta,´ katanya. Menurutnya, jika seseorang pengusaha mempunyai rumah sarang burung yang banyak, sudah tentu mampu memungut keuntungan lebih besar. Katanya, perusahaan sarang burung walet tidak memerlukan modal besar seperti pekerja serta kos penyelenggaraan. ³Mereka hanya perlu bersabar untuk menarik burung bersarang di tempat disediakan dan hanya menuai hasilnya selepas itu,´ katanya.
Setakat ini, Malaysia hanya menyumbangkan 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walet untuk pasaran antarabangsa berbanding Indonesia (70 peratus) dan Thailand (20 peratus). Beliau berkata, jika diperluas dan dilakukan dalam skala besar, industri sarang burung walet mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara dan setanding dengan pengeluaran kelapa sawit dan getah. ³Setakat ini, ada 50,000 rumah dijadikan sebagai tempat perusahaan itu di seluruh negara. Jumlahnya masih sedikit berbanding perusahaan dijalankan di Indonesia serta Thailand,´ kata Tok. Beliau menjelaskan masih ramai tidak mengetahui burung walet berbeza dengan burung layang-layang. Walaupun fizikalnya hampir sama, tetapi burung layang-layang membuat sarang dengan bahan seperti rumput atau daun. ³Burung walet membuat sarangnya daripada air liur dan ia dibuat bukan untuk burung berkenaan tinggal di situ. Ia adalah untuk anaknya bertelur dan membesar saja,´ katanya. Sarang burung walet mempunyai pasaran luas di peringkat antarabangsa dan antaranya China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada. Menurut Tok, sarang burung walet mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu menjaga kesihatan seperti awet muda dan kecergasan. Majlis perasmian HPPNK 2009 disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu. Selain pameran, aktiviti lain dijalankan adalah pertandingan menghias akuarium antara sekolah di seluruh negara, demonstrasi dan pertandingan masakan makanan hasil keluaran pertanian. Acara lain membabitkan pameran sektor swasta, haiwan ternakan, ikan, jentera, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan 2009. Sebanyak 340 gerai dan kios disediakan membabitkan penyertaan daripada agensi kerajaan selain usahawan tani dan peniaga untuk mempamerkan teknologi pertanian serta produk baru untuk dipromosikan.
Posted by jutawanagro at 12:17 AM
Potensi Oleh
industri burung layang-layang gua
LAUPA JUNUS
INDUSTRI burung layang-layang gua atau segelintir menyebutnya sebagai walet, kian popular kerana menjanjikan pulangan lumayan. Industri ini menawarkan peluang perolehan berlipat ganda kepada pengusaha asalkan mereka menggunakan pendekatan yang betul. Ramai masih keliru bagaimana rupa burung berkenaan tetapi mereka yang lama terlibat dalam industri ini menggambarkan fizikalnya sebagai burung yang sifatnya
Sarang burung layang-layang yang tinggi nilainya.
tidak suka bertenggek. Spesies burung ini dikatakan banyak terdapat di Asia Tenggara terutama di Malaysia dan Indonesia. Justeru kerana nilainya, ramai berminat untuk mengusahakan sarang burung ini jumlahnya pengusaha semakin bertambah. Nilai sarang burung layang-layang gua ini sangat tinggi. Sarang putih burung ini yang belum dibersihkan boleh dijual antara RM3,000 dan RM25,000 sekilogram. Sarang burung itu dihasilkan menerusi rembesan cecair daripada kelenjar tepi kelenjar air liurnya. Cecair yang dihasilkan bukan daripada air liur yang mungkin dianggap kotor. Kajian menunjukkan sarang burung tersebut mengandungi asid amino (unit asas protein) yang tinggi. Meskipun penghasilan sarang burung yang amat bernilai ini dapat menawarkan peluang perniagaan, tetapi tidak ramai yang sanggup melibatkan diri kerana masalah kos yang tinggi dan tidak cukup pengetahuan. Satu lagi masalahnya ialah pengurusan dan pemasaran sarang burung yang perlu diberi perhatian. Burung tersebut memerlukan perhatian yang sangat teliti dan tempat bersarang yang sangat spesifik bersesuaian dengan cara hidup burung itu sendiri. Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dianggarkan terdapat lebih daripada 30,000 buah rumah sarang burung layang-layang gua di seluruh Semenanjung Malaysia setakat ini. Bagaimanapun tidak semua rumah burung yang telah dibina ini didiami oleh burung layang-layang gua ini. Pembinaannya perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh menarik minat burung layang-layang tersebut untuk masuk dan bersarang di dalamnya.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan burung layang-layang adalah faktor persekitaran luaran (makrohabitat) dan persekitaran dalaman (mikrohabitat). Antara faktor persekitaran luaran (makrohabitat) termasuklah kawasan rumah burung, punca air seperti sungai dan sebagainya, kehadiran pemangsa seperti burung hantu, helang dan sebagainya. Faktor dalaman pula termasuk (mikrohabitat) melibatkan suhu, kelembapan udara, keamatan cahaya, struktur pembinaan rumah burung dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini amat penting selain dari lokasi pembinaan rumah burung itu sendiri dalam menentukan kejayaan sesebuah rumah burung. Berdasarkan kepada minat orang ramai yang semakin mendalam itu, Perhilitan menganjurkan bengkel ketiga mengenai burung layang-layang gua bermula hari ini. Bengkel tersebut merupakan lanjutan daripada program kesedaran awam yang telah dijalankan sebelum ini. Sehingga kini, sebanyak 16 program kesedaran awam telah dijalankan sejak 2008 hingga Jun lalu, manakala satu bengkel telah dijalankan pada tahun lepas. Hasil daripada program dan bengkel tersebut, seramai 2,000 peserta telah mengikuti program anjuran Perhilitan dan 10 peratus atau 200 orang peserta telah menceburi bidang ini dengan membina rumah burung. Sehubungan itu, Perhilitan mahu supaya jumlah tersebut meningkat dari semasa ke semasa dengan pendedahan yang diberikan melalui bengkel seperti itu. Tujuan bengkel diadakan bertujuan membincangkan permasalahan yang berbangkit dalam bidang yang diceburi ini terutamanya dari aspek pengurusan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi masalah berkaitan. Ini kerana, sehingga kini, tiada satu pendekatan penyelesaian yang standard diwujudkan kerana isu yang berbezabeza mengikut negeri, kawasan, habitat dan reka bentuk rumah burung itu sendiri. Melalui bengkel ini, peserta khususnya pengusaha baru, didedahkan dengan pengurusan yang sistematik dan berkesan bagi menjamin kejayaan rumah burung mereka. Melalui pendekatan ini, satu cara dan kaedah pengurusan akan diwujudkan untuk kepentingan bersama. Perhilitan pada masa sama, sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang berminat dalam memulakan perusahaan sarang burung layang-layang ini di samping menjadikan ia sebagai satu bidang perindustrian yang sah di sisi undang-undang. Bengkel seperti itu juga boleh dijadikan platform meningkatkan bilangan pengusaha bumiputera di samping memastikan setiap pengusaha dan rumah burung layang-layang gua mempunyai permit dan lesen yang sah di samping meningkatkan pertambahan populasi burung layang-layang gua di Semenanjung Malaysia khasnya.
Oleh
yang demikian, bengkel ini merupakan satu platform untuk mengutara dan membincangkan permasalahan yang
timbul dan berkongsi pendapat serta pengalaman untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Segala perbincangan akan direkodkan dan dibukukan untuk rujukan peserta.
Contoh rumah burung layang walit Burung layang layang boleh diternak dalam bangunan yang tidak digunakan atau dalam bangunan yang didirikan khusus sebagai rumah buru ng. Bagi ba ngunan seluas 4,500 kaki persegi (20 X 70) 3 tingkat , penghasilan maksima ialah 120 kilogram sarang burung layang-layang setahun. Dengah harga pasaran RM4,000 hingga RM5,000 sekilogram dapat menghasilkan pendapatan RM 600,000 setahun. Utusan Sarawak edisi internet 30 Mac 2004 melaporkan bahawa di Negara China harga satu kologram sarang burung layang-layang putih besar boleh mencecah RM 26,000 ia itu sama dengan dua pertiga harga emas. Sarang burung dihasilkan dari air liur (saliva) burung layang-layang. Ia merupakan makanan kesihatan yang di percayai dapat mengubati penyakit paru-paru, panas badan, menambah tenaga, melancarkan perjalanan darah dan lain-lain lagi. Sarang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi sehingga menyamai harga emas di China kerana ia merupakan amalan pemaka nan masyarakat berkenaan di seluruh dunia. Kini masyarakat Eropah dan Arab mula memi nati yang menyebabkan permintaan terus bertambah. Penawaran semasa sarang burung hanya mampu meme nuhi 40 hingga 60 peratus sahaja dari jumlah permintaan. Menyedari potensi industri ini bengkel dan seminar sering di adakan bagi mempromosikan potensi industri ini.
LOKASI SESUAI Kawasan tanah rendah yang ketinggiannya tidak melebihi 1,000 meter dari aras laut. Lokasi ini hendaklah berhampiran samada dengan sawah, padang rumput, hutan, pantai atau sungai. Tiga jenis l okasi dikelaskan bagi burung walit. Lokasi pusat merupaka n pusat burung walid dihabitat asalnya di kepulauan dalam lautan atau habitat barunya di pusa t bandar dan pesisira n pantai.Lokasi punca makanan pula merupakan tempat tumpuan burung walit mencari makan ia i tu di tanah lapang atas kawasan paya bakau dan sebagainya. Manakala lokasi laluan merupakan tempat laluan antara kedua lokasi di atas.
null
PENGUBAHSUAIAN PREMIS PERNIGAAN DAN KEDIAMAN Bermula sedekat yang lalu apabila burung walit berhijrah dari gua ke bandar men jadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasa n bandar telah diubahsuai untuk perladangan walit. Pengubahsuaian premis asasnya ialah men jadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ia lah :-
Penutupan pintu dan tingkap Pembinaan lubang pengudaraan Penyediaan pintu masuk Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu Memasa ng sistem audio Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu ya ng setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan remang-remang. Bumbu ng bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari. Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan buru ng walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya. PEMBINAAN RUMAH WALIT Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung Walit Aerodramus dan Peruma hannya terbitan Jabatan Perkhidma tan Haiwan, premis hendaklah dibina di a tas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.
Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi men jamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu me ngikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi men jaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembi naannya ialah ;Mengadakan tahap mikroklimat yang sesuai Sistem ventilasi bagi mengawal suhu Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi Penyediaan beluti untuk burung bersarang Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
Pemasa ngan sistem audio Notis amaran di lokasi sesuai. Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja. Tempat burung layang-layang berehat dan membua t sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan. Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi men jamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi. Pintu keluar masuk buru ng berukuran 20 X 20 cm dibi na dibahagian atas bangunan. PEMASANGAN SISTEM AUDIO Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam ba ngunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran. Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 70 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan. Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan buru ng akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara. MUSUH DAN PENYAKIT Mengawal bangunan daripada tikus, semu t, cicak , biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam ba ngunan. MEMUNGUT HASIL Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempa t burung layang-layang bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak. Cara buang telur iaitu setelah burung layang-layang bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak men jamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia. Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak burung layang-layang terbang.Ini merupakan cara yang terbaik men jamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang. ANGGARAN PUNGUTAN HASIL WALIT TAHUNAN Tahun
KG
Rm5,000/ KG
25%
75%
Pertama
0
0
0
0
Kedua
60
300,000.00
75,000.00
225,000.00
Ketiga
66
330,000.00
82,500.00
247,500.00
Keempat
72.6
363,000.00
90,750.00
272,250.00
Kelima
79.86
399,300.00
99,825.00
299,475.00
Jumlah RM1,044,225.00 Nota:- Kadar harga pasaran rm5,000.00/ kg adalah berpandukan Harga PasaranAntarabangsa 2007. Kadar peningkatan hasil 10% setiap tahun adalah di paras kenaikan biasa padang. KUNCI KEJAYAAN Menghadiri kursus dan seminar untuk mendapat ilmu Memahami teknik membudidaya walit. Strategi jitu memikat walit Fahami saluran pemasaran Sabar dan tawakkal menunggu dalam teknik yang betul Khidmat nasihat atau perunding jika perlu