INDIENOMICS 23 ORANG 23 CERITA
MUDA DAN MERDEKA
www.indienomics.my
Indienomics Diterbitkan oleh Guerilla 1-5-3, Tingkat 2, Lot 3, Bangi Sentral, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Hak Cipta Terbitan oleh Guerilla Cetakan Pertama Ogos 2016 Penyelenggara Mutalib Uthman Penyunting Radzi Tajuddin Pruf Hannaan Khairy Pereka Bentuk Kulit & Reka Letak Umar Mukhtar Dicetak oleh: Percetakan Mutalib Uthman 1-5-3, Lot 3, Tingkat 2, Bangi Sentral, Jalan Medan Pusat Bandar 7 Bandar Baru Bangi 43650 Selangor
[email protected]
KANDUNGAN Ahli Parlimen Johor Bahru: Merdekakah Ekonomi Kita? Pengerusi Kumpulan PNB: Indienomics- Ekonomi Merdeka TheLorry.com: Kisah Servis ‘Uber’ Bagi Lori Takafulman: Ajak dan Ajar Amanz Media: Segalanya Tentang IT Katsana GPS: ‘Dekat Sana’ Business Hartabumi.my: Cari Solusi, Jangan Cari Pasal Mira Filzah: Usahawan First, Artis Second FAR Capital: Merdeka Melalui Hartanah Lanun Johor: Ganas dan Disayangi Semuanya Bola: Mengubah Cerita Bola Sepak Vendeur Festival: Mencipta Festival Paling Popular FH Healthcare: Doktor Yang Asalnya Gagal DuBook Press: Jalan Terus dan Langgar Tempatan Fest: Percaya Pada Jenama Tempatan Modvier: Segalanya Di Bawah Satu Bumbung Barbarritos: Jual Makanan Kena Fun JOHO Club: Siapa Kata NGO Bosan? Bateri JB: Caj Semula Kilang Lama Mimpi Kita: Berjaya Lebih Dari Mimpi Let’s Cereal: ‘Cereal’iously Jual Bijirin? Stickybox: Cipta Peluang Sendiri Bella Ammara: Bermula Dengan Seribu Ringgit
SILA BACA INI DULU Kami tahu mesti kalian tertanya-tanya kenapa kami buat buku ini kan? Dahlah kami terpaksa bersusah payah mengejar dan menghimpunkan 21 orang usahawan muda berjaya yang sibuk amat, lepas itu kami beri pula baca secara percuma. Sepatutnya kami boleh jual buku ini dengan harga RM20 senaskah dan bila cukup 50,000 naskah terjual, kami boleh enjoi. Tapi itulah- kami buat buku ini bukan kerana wang mahupun nak enjoi. Kami sudah berjaya dalam bidang tersendiri dan kami rasa sudah tiba masanya kami lakukan sesuatu untuk kalian semua supaya boleh merdeka dalam hidup. Kami pun tak rasa semua yang baca buku ini perlu ikut apa yang kami buat. Lagipun kalau banyak sangat pesaing nanti, payah juga. Oleh itu kami cari usahawan muda dari pelbagai bidang. Antaranya bidang media, sukan, fesyen, makanan, hiburan, sosial, hartanah, penerbitan buku, kosmetik, muslimah, tech start up, takaful, dan penganjuran acara- senang cerita, semualah ada. Sampaikan tokoh politik, korporat dan teknokrat pun kami berjaya dapatkan tau. Harapan kami satu sahaja, bila kalian selesai baca buku ‘Indienomics’ ini, kalian semua akan rasa semangat dan mendapat inspirasi untuk lakukan sesuatu dan membuat perubahan. Kami nak kalian berjaya dan seterusnya kaya raya dalam bidang yang disukai. Itu sahaja yang kami mahukan. (Tapi jika ingin memberikan sumbangan atau ucapan ala ‘sharing moment’, bolehlah email ke
[email protected]) Tim Indienomics
6
AHLI PARLIMEN JOHOR BAHRU: MERDEKAKAH EKONOMI KITA? TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD
“Susulan daripada Sambutan Ambang Merdeka 2015, Tan Sri Shahrir telah membangkitkan konsep Ekonomi Merdeka di Parlimen pada April 2016. Selepas itu, beliau telah menganjurkan ‘Indienomics Business Challenge’ yang mencari 5 usahawan muda dengan menggunakan konsep pitching di hadapan usahawan, agensi kerajaan dan angel investors.”
“Kita melihat kemunculannya, merasai impaknya, bahkan menerima kebaikan daripada kewujudannya tetapi, kita tidak bercakap mengenainya. Perkara yang dimaksudkan adalah ‘Ekonomi Merdeka’ dan saya akan bercakap mengenainya.” Pernah tak kita terfikir anak tempatan sekarang mampu menjual segelas kopi pada harga yang sama dengan harga segelas kopi di Starbucks? Dan mereka sudah mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia.
7
Bolehkah kita menjangkakan lima tahun dahulu bahawa akan muncul ratusan jenama pakaian terutama pakaian muslimah (jubah, tudung dan baju kurung) untuk menjadi alternatif kepada butik H&M, Padini dan FOS pada masa sekarang? Dan mereka ini melakukannya tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Pada peringkat yang lebih besar, kita tidak akan pernah terbayang bahawa akan wujud satu sistem kewangan Islam yang menjadi pilihan selain daripada sistem kewangan konvensional sedia ada. Hakikatnya, saiz aset perbankan Islam di Malaysia adalah kedua terbesar di dunia. Sebanyak 22% jumlah aset perbankan di Malaysia datang daripada bank-bank Islam. Lagi 4 tahun, peratusan ini akan meningkat menjadi 1 40% sebagaimana yang dihasratkan. 1. Central Banks, BMI, EY Analysis
8
Oleh itu, apakah persamaan di antara kafe hipster, butik fesyen muslimah dan kewangan Islam di Malaysa? Jawapannya, ketiga-tiganya adalah manifestasi kepada konsep ekonomi merdeka. Tidak mahu menjadi terlalu teknikal, ekonomi merdeka merupakan servis, perkhidmatan dan barangan yang dibangunkan oleh anak tempatan tanpa mengikut acuan luar. Yang menariknya, rata-rata yang menjayakan perniagaan ini adalah di kalangan orang muda. yang terinspirasi dengan budaya ‘hipster economy’. Di negara luar seperti UK, konsep ekonomi merdeka ini digelar sebagai ‘Flat White Economy’. Tetapi di Malaysia‘indienomics’.
kita
mungkin
boleh
gelarkan
sebagai
Sebenarnya, konsep ekonomi merdeka adalah lebih daripada itu. Jika dilihat dengan lebih meluas, ianya telah merangkumi kehidupan kita seharian. Kita boleh lihat melalui produk-produk yang ada. Kemunculan ratusan jenama yang menjual jubah, tudung dan pakaian muslimah seperti Fareeda, Bella Ammara, dan Naelofa tidak akan muncul hari ini sekiranya mereka tidak memerdekakan diri mereka dari pilihan yang terhad terhadap golongan muslimah. Ada jenama yang membuat jualan sehingga RM50 juta setahun dan ada yang begitu popular sehinggakan pengikut mereka sanggup tidur di hadapan kedai hanya kerana ingin mendapatkan koleksi terbaru.
9
Produk pakaian lain seperti Lanun Johor, Pestle & Mortar dan Jeans Tarik juga memberikan orang ramai lebih pilihan. Mereka bukan sahaja sudah mampu mempunyai kedai sendiri di pusat beli belah utama negara, tetapi turut menyertai Tempatan Fest yang menghimpunkan ratusan jenama-jenama pakaian alternatif ini. Bukankah ini suatu bentuk kemerdekaan? Kejayaan ekonomi merdeka diteruskan dengan kewujudan kedai-kedai kopi yang dikenali sebagai ‘café hipster’. Siapa sangka budaya minum kopi berharga premium yang asalnya dimulakan oleh rangkaian kopi Starbucks telah mewujudkan jenama kedai kopi tempatan seperti Chaiwalla Coffe dan Kopiesatu. Kreativiti dan inovasi pemilik-pemilik ‘café hipster’ ini dalam menggubah konsep kedai serta menu minuman mereka sewajarnya dikagumi. Kita tahu kafe-kafe tersebut memerlukan konsep yang unik untuk mendorong pengguna membayar RM15 bagi secawan kopi. Konsep ‘kedai hipster’ bukan sahaja menjadikan orang ramai sanggup membayar lebih demi mendapatkan sebuah pengalaman, tetapi ia turut mampu mengubah persekitaran. Sebagai contoh di Jalan Tan Hock Nee dan Jalan Dhobby, Johor Bahru. Dahulunya ia merupakan kedai lama untuk kedai-kedai dobi beroperasi. Kawasannya tidak popular dan kadar sewanya rendah walaupun ia terletak di tengah-tengah kota raya. Namun apabila wujud sekumpulan pelabur yang menyewa kedai tersebut dan menukarkannya kepada ‘kafe hipster’, kawasan tersebut menjadi meriah. Kini jalan-jalan tersebut telah menjadi kawasan
10
tumpuan pelancong luar negara. Ia samalah seperti Armenian Street di Georgetown yang menggunakan mural dan kafe hipster bagi menghidupkan jalan tersebut. Industri penerbitan buku juga terkena tempias daripada konsep ekonomi merdeka. Generasi muda khususnya dambakan bahan bacaan yang lain daripada penerbit-penerbit buku besar. Kekurangan bahan bacaan yang memenuhi selera mereka telah menyumbang kepada kewujudan penerbit-penerbit buku indie seperti DuBook Press, Fixi dan Lejen Press. Sama ada sedar ataupun tidak, mereka ini telah memerdekan bahan bacaan untuk para pengguna. Kita boleh pertikaikan megenai Sama ada bahan bacaan mereka setaraf dengan karya-karya hebat mungkin boleh dibincangkan. Tetapi faktanya adalah penerbit buku indie ini telah menyemarakkan lagi budaya membaca di kalangan generasi muda. Kebanyakan dari mereka rajin membuka gerai di IPT-IPT dalam usaha memasarkan buku-buku mereka dan tampaknya mereka mempunyai sebilangan pengikut yang setia. Ini juga adalah salah satu karakter ekonomi merdeka di mana mereka mempunyai pengikut tersendiri. Jika di Shoreditch, East London, terdapat pusat beli belah yang menggunakan kontena untuk dijadikan sebagai kedai-kedai. Jika di Bandung dan Bangkok pula terdapat pusat beli belah yang berasal daripada bekas-bekas kilang serta tapak bekas depot bas.
11
Tempat-tempat ini digelar sebagai pusat beli belah ‘hipster’ kerana menyediakan pengalaman baru dan tidak ‘mainstream’. Malaysia juga sudah ada tempat sebegitu. Misalnya di Johor Bahru, terdapat sebuah bekas kilang bateri yang telah diubahsuai menjadi ‘Bateri Mall’. Kawasan ini memberikan ruang niaga kepada lebih 184 buah kedai yang terdiri daripada kafe-kafe hipster, kedai buku indie, jenama baju tempatan, produk muslimah serta ruang untuk membuat acara. Walaupun baru setahun beroperasi, pusat beli belah tersebut telah menjadi tempat no 1 kawasan untuk dilawati di Johor Bahru sebagaimana yang dipaparkan di majalah Air Asia. Kita tidak dapat mengelak dari berasa kagum dengan kebolehan usahawan-usahawan muda tempatan dalam mewujudkan aktiviti ekonomi baru yang sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Tidak dinafikan kejayaan mereka semua disumbang oleh kuasa beli masyarakat yang semakin meningkat serta ‘ease of doing business’ di Malaysia. Tetapi tanpa kerja keras, kreativiti dan mentaliti untuk ‘merdeka’, mereka tidak akan berada di tempat mereka sekarang. Mereka ini semua telah membuktikan kepada orang ramai bahawa orang muda jangan takut untuk mencuba melakukan sesuatu walaupun ianya bertentangan dengan kebiasaan.
12
Kepada generasi muda di luar sana- rebutlah peluang ini. Merdekakan diri anda!
13
14
PENGERUSI KUMPULAN PNB: INDIENOMICS- EKONOMI MERDEKA TAN SRI ABDUL WAHID OMAR
“Tan Sri Abdul Wahid Omar seorang akauntan bertauliah. Beliau pernah mengemudi beberapa buah syarikat GLC antaranya Telekom Malaysia dan Maybank. Beliau juga turut berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab menyelia agensiagensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU),Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) TERAJU dan Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera. Kini, beliau dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB).”
Saya bertuah kerana telah mendapat pendidikan di MRSM dan seterusnya dibiayai MARA untuk menjadi seorang akauntan bertauliah. Alhamdulillah, dengan kelayakan tersebut, saya telah mencapai citacita saya menjadi seorang Ketua Pegawai Kewangan (CFO) semasa berumur 37 tahun dan seterusnya menerajui tiga buah syarikat besar iaitu Kumpulan UEM, Telekom Malaysia dan Maybank. Sepanjang 28 tahun kerjaya di dalam sektor korporat dan Kerajaan, saya telah melihat bagaimana pemikiran luar kotak atau pendekatan lautan biru telah membawa kejayaan kepada syarikat dan usahawan.
15
Izinkan saya berkongsi pengamatan saya tentang dua aspek ekonomi merdeka atau indienomics yang pernah dibahaskan di Parlimen oleh YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad iaitu berkenaan Perbankan Islam dan perdagangan atas talian atau ‘e-commerce’. Perbankan Islam merupakan suatu inisiatif Kerajaan dan negara kita untuk mengembangkan sektor kewangan negara dan meningkatkan akses kewangan kepada rakyat. Alhamdulillah, sejak ia diperkenalkan pada tahun 1983, industri Perbankan Islam telah berkembang pesat dengan jumlah aset mencecah RM535 bilion setakat 31 Disember 2015. Ini merangkumi 27% daripada jumlah aset dalam sistem kewangan negara yang mencecah RM2 trilion. Ia meletakkan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam terunggul di dunia. Selain kewujudan ekosistem yang kondusif dan kawalselia yang berkesan oleh Bank Negara Malaysia, peranan bank-bank patuh Syariah adalah amat penting. Kumpulan Maybank menyedari bahawa kewangan Islam merupakan suatu bidang yang mempunyai potensi untuk berkembang dengan pesat. Sebab itulah mereka telah mengambil strategi atau pendekatan “Islamic First” iaitu ‘kewangan Islam didahulukan’ di mana pelanggan yang memohon kemudahan kewangan digalakkan untuk mengambil kemudahan yang patuh Syariah. Strategi ini telah berjaya dan membolehkan perniagaan kewangan Islam Maybank Islamic berkembang dengan pesat sehingga merangkumi 53% daripada jumlah pembiayaan Kumpulan Maybank di Malaysia setakat 31 Mac 2016. Maybank Islamic kini merupakan institusi perbankan Islam terbesar di Malaysia dan kelima terbesar di dunia dengan jumlah aset sebanyak RM161 bilion dan keuntungan sebelum cukai tahunan hampir mencecah RM2 bilion. Ini adalah tiga kali ganda berbanding jumlah aset RM48 bilion dan keuntungan
16
tahunan sekitar RM700 juta yang dicatat oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Pendekatan luar kotak ini telah menyumbang kepada Kumpulan Maybank terus menerajui industri perbankan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Kumpulan Maybank juga merupakan syarikat tersenarai paling bernilai di Bursa Malaysia dengan nilai pasaran melebihi RM80 bilion. Perkara kedua yang ingin saya berkongsi ialah bagaimana e-commerce telah berjaya memajukan industri fesyen Muslimah dan mengetengahkan ramai usahawan wanita yang berjaya. Ramai orang pasti mengenali artis terkenal Noor Neelofa yang merupakan seorang usahawan yang amat berjaya. Beliau menggunakan portal talian www.naelofarhijab.com untuk memasarkan produk-produk hijab berjenama Naelofar. Kini hasil jualan naelofarhijab telah mencecah RM50 juta dan terus berkembang. Dengan bantuan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Neelofa dilaporkan akan membuka sebuah outlet di London pada September 2016. Ini bukan sahaja akan memperluaskan jenama Naelofar ke pasaran antarabangsa malah akan mengukuhkan lagi jenama beliau di pasaran tempatan. Neelofa bukan sendirian dalam menggunakan e-commerce dalam mengembangkan perniagaan dengan ketara. Ramai lagi usahawanusahawan baru yang bukan celebrity telah berjaya menggunakan e-commerce untuk mengembangkan pasaran. Izinkan saya berkongsi cerita tentang usahawan Eliza Noordin, pengasas Nashata Lifestyle Sdn Bhd (www.nashata.com) dan Istafiana Candarini, salah seorang pengasas Kami Idea (www.kamiidea.com).
17
Eliza Noordin, seorang ibu muda kepada tiga orang anak, merupakan seorang yang aktif bersukan. Beliau mendapati terdapat ruang untuk memenuhi permintaan pakaian sukan yang menutup aurat wanita. Maka beliau bersama rakan beliau Faizah telah menubuhkan Nashata pada April 2013. Beliau mahukan Nashata menjadi sebuah perniagaan gaya hidup yang didokongi aspirasi mencipta produk untuk Muslimah dan menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup aktif. Dengan ‘tagline’ “Empowering Active Lifestyle”, Eliza berhasrat mewujudkan fesyen Muslimah progresif melalui Nashata. Walaupun baru tiga tahun ditubuhkan, Nashata kini telah mendatangkan keuntungan dengan hasil jualannya meningkat dua kali ganda setiap tahun. Penggunaan dagangan secara talian telah membolehkan perniagaan Nashata berkembang sehingga 60% daripada hasil jualannya datang dari pasaran antarabangsa termasuk Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, United Kingdom dan Australia. Nashata telah menarik perhatian ramai dan mendapat liputan Dopstv, sebuah saluran gaya hidup Islam. Rakamannya boleh ditonton di https://youtu.be/E3rHGtSTMf4. Seorang lagi usahawan yang ingin saya kenalkan ialah Istafiana Candarini (Irin), seorang anak saudara yang menetap di Jakarta. Beliau bersama Afina dan Nadya telah menubuhkan Kami Idea, sebuah jenama fesyen Muslimah pada tahun 2009. Bermula dengan kedai atas talian Facebook, kini mereka mempunyai 40 orang pekerja. Selain Facebook, mereka juga menggunakan platform Instagram, Blogspot dan yang terkini kedai sesawang www.kamiidea.com. Kami Idea memperagakan fesyen mereka di pelbagai pameran fesyen di Indonesia dan Kuala Lumpur. Dalam jangkamasa singkat, jualan mereka kini mencecah RM3 juta setahun. Mungkin tidak setinggi hasil jualan Naelofarhijab, namun ia masih lumayan dan terus berkembang.
18
Apa yang menarik adalah 30-40% daripada hasil jualan kamiidea. com adalah dari pasaran Malaysia. Walaupun berlainan latar belakang, Maybank, Neelofa, Eliza dan Irin telah mempraktikkan pemikiran luar kotak dan memasuki ekonomi merdeka atau indienomics. Penggunaan e-commerce telah membolehkan ramai usahawan mencapai pasaran antarabangsa dan meningkatkan hasil jualan dan keuntungan. Semoga mereka terus berjaya dalam perniagaan masing-masing. Di samping itu, saya ingin berkongsi satu pengajaran berharga yang saya perolehi sepanjang 28 tahun berkhidmat di dalam organisasi iaitu KPMG, Bumiputra Merchant Bankers (BMB), Kumpulan FIMA, Amanah Capital Group, UEM Group, Telekom Malaysia (termasuk Celcom), Maybank dan menjadi sebahagian daripada barisan Jemaah Menteri. Untuk makluman, kesemua tawaran bekerja ini datang dengan sendirinya tanpa saya mohon kecuali ketika di KPMG dan BMB. Apa yang boleh dipelajari daripada ini adalah, anda perlu fokus kepada tugasan, buat kerja yang diberikan sehabis baik dengan jujur dan amanah dan reputasi anda akan melangkaui diri anda. Bahkan, pesaing anda akan turut mengiktiraf pencapaian anda. Inilah yang saya lalui ketika saya memegang jawatan CEO TM yang mana saya telah ditawarkan oleh Pengerusi Maxis (pesaing TM/ Celcom) yang juga seorang ahli lembaga pengarah Maybank, untuk saya menerajui Maybank sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Orang muda, ciptalah sejarah anda sendiri, Insya Allah. Anda juga sebenarnya boleh berjaya.
19
20
THELORRY: SERVIS ‘UBER’ BAGI LORI NADHIR ASHAFIQ
“Beliau meninggalkan pekerjaannya sebelum ini yang datang dengan gaji yang lumayan untuk memulakan TheLorry. TheLorry (www.thelorry.com), sebuah platform logistik berteraskan teknologi, bermula dengan eksperimen bermodalkan RM6,000 dan pada tahun 2016 ia berjaya mendapat pelaburan daripada pelabur Singapura dan Amerika Syarikat bernilai USD1.5 juta. Ini adalah cerita belakang tabir perjalanan kami.”
Bermula Dengan Eksperimen Ceritanya bermula pada awal tahun 2014 di sebuah restoran di Petaling Jaya, di mana saya dan bekas rakan sekerja saya pada waktu itu, Goh Chee Hau, membincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh industri logistik. Walaupun industri logistik di Malaysia ini mempunyai pasaran yang besar, namun secara keseluruhan pengalaman pelanggan (user experience), proses dan dokumentasi masih tradisional dan dilakukan secara manual. Dari sini kami nampak peluang untuk mengubah dan menginovasi industri ini dengan menggunakan teknologi terkini. 21
Idea awal kami mudah – sebuah platform untuk memudahkan pelanggan menempah lori sewa untuk tujuan peribadi seperti memindah rumah. Kami akan menggunakan khidmat pengusaha lori untuk menjalankan tugasan tersebut – sama seperti konsep Uber. Kami mengamalkan konsep Lean Startup untuk memastikan peluang kejayaan produk ini lebih tinggi. Secara ringkas, konsep ini mengajar usahawan supaya validasi idea terlebih dahulu dan menggunakan sumber wang dan masa yang minimal apabila melancarkan produk yang baru. Sebagai langkah untuk validasi idea, kami berkesperimen dengan membuat laman web menggunakan ‘blogspot’ ciptaan sendiri dan menarik pelanggan menggunakan pengiklanan Google. Setelah beberapa pengubahsuaian, hasil awal eksperimen menunjukkan bahawa ada permintaan yang tinggi untuk tempahan lori sewa secara online. Berpuas hati dengan data awal yang kami terima, barulah kami mengupah dua ‘freelancer’ untuk membuat laman web versi pertama dengan kos keseluruhan sebanyak RM6,000. Kami mendapat pelanggan pertama pada hari pelancaran laman web.
22
Mengembangkan permintaan dan penawaran Objektif kami dari awal jelas – untuk membina dan mengembangkan permintaan (demand) dan penawaran (supply). Sebuah bisnes marketplace seperti TheLorry akan lebih bernilai apabila keduaduanya seimbang dan berkembang sejajar. Daripada segi penawaran, kami menerima respon yang tidak berapa positif daripada pengusaha-pengusaha lori untuk menyertai platform TheLorry pada awal penubuhan. Rata-rata sangsi dengan konsep baru yang kami bawa ke dalam industri ini. Namun lambat laun, setelah kami idea kami lebih diterima pelanggan dan cerita kami ditulis oleh media cetak dan elektronik, respon mereka lebih positif. Kini pada masa penulisan, platform kami mempunyai lebih 2,000 lori, van serta pacuan empat roda (4x4). Kami membina permintaan awal dengan pengiklanan di carian Google dan media sosial seperti Facebook serta mendekati blog-blog berpengaruh untuk menulis tentang produk kami. Jumlah tempahan di laman web kami meningkat dengan pesat pada 5 bulan pertama dan membolehkan kami layak menyertai satu program pemecut atau accelerator Cyberview Living Lab Accelerator-WatchTower & Friends (CLLA-WTF) yang menyediakan dana RM50,000. Selepas dua bulan menerima dana CLLA-WTF kami berjaya mendapatkan dana tambahan bernilai enam angka daripada KK Fund, sebuah syarikat venture capital Jepun berpangkalan di Singapura. Dana ini membolehkan kami untuk menambah bilangan pekerja dan membina satu pasukan yang mantap untuk menambahbaik produk serta mengembangkan permintaan dan penawaran.
23
Membina Pasukan Awal Kejayaan sebuah syarikat berkait rapat dengan kekuatan pasukan pengurusan. Produk yang bagus tetapi diuruskan oleh pasukan yang tidak cekap hasilnya biasa-biasa sahaja. Namun, pasukan yang mahir akan mencari jalan menjadikan produk yang tidak bagus menjadi lebih mantap. Berbekalkan dana KK Fund, kami terus mencari pekerja-pekerja yang dapat menggantikan beberapa kerja backend yang dibuat oleh kami berdua seperti khidmat pelanggan dan operasi. Ini membolehkan kami berdua fokus sepenuhnya kepada tugas-tugas mengembangkan permintaan dan penawaran. Saya ditugaskan untuk mengembangkan penawaran dengan mencari dan mendekati lebih ramai pengusaha lori manakala Chee Hau memberikan tumpuan kepada mengembangkan jumlah tempahan daripada pelanggan individu serta korporat. Dengan pasukan awal seramai 10 orang kami dapat mencatat pertumbuhan pesat di mana sekiranya kita melakarkan graf pertumbuhan jumlah tempahan ianya akan kelihatan seakaan kayu hoki. Sudah masanya untuk kami memulakan proses mencari pelabur bagi pusingan dana Series A.
Mencari pelabur Series A Proses mencari pelabur untuk dana permulaan atau seed funding sangat berbeza dengan Series A. Pelabur di pusingan seed funding memberikan lebih tumpuan kepada keupayaan pengasas, potensi pasaran dan keunikan produk. Pelabur di pusingan Series A pula lebih
24
fokus kepada nombor-nombor syarikat seperti kadar pertumbuhan jualan, margin jualan dan perbelanjaan tunai. Kami mula mencari pelabur pada bulan September 2015, setahun selepas pelancaran laman web TheLorry. Kami berjumpa dan menjalankan sesi Skype dengan lebih 20 pelabur dari Singapura, Malaysia serta Jepun. Prosesnya memenatkan dan sedikit sebanyak menganggu perhatian kami kepada operasi syarikat. Alhamdulillah, daripada 20 pelabur yang kami jumpa, 2 syarikat venture capital, SPH Media Fund dari Singapura dan Elixir Capital dari Amerika Syarikat bersetuju untuk melaburkan USD1.5 juta (RM6 juta) ke dalam syarikat kami pada Januari 2016.
Bergerak ke hadapan Daripada 10 orang, kami terus mengembangkan syarikat dengan menambah bilangan pekerja sehingga 40 orang dalam semua bahagian – teknologi, jualan, khidmat pelanggan dan pemasaran. Mengurus 40 orang sangat berbeza dengan mengurus 10 orang. Kami sentiasa meminta nasihat daripada mentor-mentor bagaimana hendak mencari, mengurus dan memperkasakan pekerja-pekerja terutamanya yang lebih berpengalaman daripada kami berdua. Pasca-Series A, fokus kami tidak berubah iaitu untuk mengembangkan jumlah tempahan dan bilangan kenderaan dalam ekosistem TheLorry. Insya-Allah, misi kami dalam masa 3 tahun ini adalah untuk dikenali sebagai platform logistic nombor satu di Malaysia, Singapura dan Thailand. Doakan kami sampai ke sana.
25
26
TAKAFULMAN: AJAK DAN AJAR FDAUS AHMAD
“96% bumiputera middle class income masih belum mempunyai perlindungan hayat & kesihatan. Ini bermakna 1.5 daripada 10 orang sahaja yang memiliki perlindungan takaful. Memilih untuk menjadi Takafulman adalah piihan yang betul apabila hanya dalam 18 bulan, beliau berjaya meraih pendapatan RM 15 000.00 sebulan. Beliau sekarang telah mendidik dan melahirkan lebih 50 orang usahawan takaful di Malaysia dan nombor berikut meningkat bulan ke bulan.”
Aku seorang Takafulman, dengan izin Tuhan, selamanya aku akan begitu. Mari aku ceritakan macam mana perjalanan aku bermula untuk menjadi Takafulman. Dulu aku kerja sebagai eksekutif Petronas di KLCC. Aku start kerja tahun 2005, masa tu umur baru 23 tahun. Kerja Petronas memang all good lah. Maksud aku all good ni progress aku dalam karier memang steady dan dari aspek pekerjaan yang aku buat masa tu, tak ada apa apa yang aku komplen. Sampai lah tahun 2009/2010, aku rasa macam dah comfort zone sangat terutamanya melibatkan soal pekerjaan dan rutin harian yang aku jalankan di pejabat. Masa tu lah aku mula
27
terfikir nak berniaga, tapi aku tak tahu nak buat apa. Lama juga aku tersekat dengan idea perniagaan ni. Sebab utama adalah aku kerja rutin 8-5, hari hari pula berulang alik Tg Malim - KLCC - Tg Malim, jadi untuk dapat solusi perniagaan yang fit dengan cara hidup aku masa tu memang belum jumpa. Sudahnya, semangat nak berniaga ni tinggal status quo, dan aku masih teruskan kerja harian di KLCC macam biasa. Sampailah suatu hari Jumaat awal tahun 2011. Masa turun nak ke masjid, aku terserempak dengan kawan UTP, Joe. Joe ni memang lama aku tak jumpa sebab dia kerja di Hong Kong. KPMG Malaysia hantar dia ke Hong Kong jadi pengurus di sana. Power lah umur belum 30 dah dapat oversea assignment, KPMG pulak tu bukannya cikai, salah satu audit firm paling otai di dunia. Aku tanya Joe macam mana kerja sekarang? Joe cakap dia dah resign, sekarang buat bisnes Takaful sepenuh masa. Masa tu aku macam ‘wtf!?’, takaful sepenuh masa? Kemudian entah macam mana, aku gatal mulut cakap nak join dia buat takaful sekali. Masa tu aku cuma nak fill the gap sebab niat nak meniaga tu dah lama ada, cuma tak tahu nak buat apa. Alang alang Joe ada ni, aku ikut je lah buat takaful runcit runcit. Simple betul fikiran aku masa tu. Dalam masa yang sama, dua lagi kawan aku Acap dan Jorji pun dah jadi ahli perniagaan takaful, cuma mungkin masa jumpa Joe tu right timing Tuhan buka mulut aku cakap nak join. Selebihnya adalah sejarah. Julai 2011 aku secara rasmi jadi ahli Takafulman separuh masa. Setiap
28
makan tengahari, lepas kerja, belah malam, Sabtu-Ahad semua aku guna pakai untuk jumpa orang dan sebarkan kebaikan memiliki perlindungan takaful. Aku dah tak pandang belakang, aku keep on buat dan aku buat sungguh sungguh. Takaful ni aku ada kuasa penuh kawal dia. Aku tentukan masa, aku tentukan cara, aku tentukan apa dan macam mana aku patut run perniagaan ni. Perlahan lahan aku feel the passion, feel the freedom, feel the satisfaction dan akhirnya aku feel the money. Hanya setahun setengah selepas tu, pendapatan takaful aku dah menyamai pendapatan di Petronas. Pendapatan Petronas pun tak lah banyak, tapi untuk memiliki gaji RM15,000 (termasuk bonus dan faedah perubatan keluarga) pada umur 30 tahun sebenarnya dah cukup selesa untuk sebuah kehidupan normal. Syukur aku cuma perlukan 18 bulan untuk hasilkan pendapatan bulanan takaful sama dengan pendapatan bulanan Petronas. Awal tahun 2013, aku mula berfikir secara serius untuk jalankan perniagaan
29
takaful sepenuh masa. Ya, lama aku ambil masa untuk buat keputusan. Antara sebabnya adalah faktor komitmen. Masa aku mula buat takaful tahun 2011, gaji Petronas dah dekat RM12,000 (termasuk bonus dan faedah perubatan keluarga), komitmen masa tu macam macam. Bayar rumah, bayar kereta, sara isteri dan anak tiga orang. Jadi aku tak ada pilihan melainkan kerja takaful separuh masa macam orang gila untuk kejar pendapatan sedia ada. April 2013, setelah mendapat restu keluarga, aku letak jawatan di Petronas. Gila! Ya macam tu lah reaksi kawan kawan dan saudara mara yang terkejut dengan keputusan aku. Mana tidaknya, di luar sana berpuluh ribu orang berebut nak kerja Petronas (pejabat di KLCC pulak tu), tapi tak dapat. Aku pula pergi berhenti kerja Petronas dan buat pula kerja takaful yang berpuluh ribu orang lain kat luar tu pun boleh buat anytime. Pada aku itu semua bukan isu. Aku dah buat keputusan, jadi aku kena teruskan hidup dengan keputusan yang aku dah buat tu. Sebenarnya tak ada betul atau salah keputusan yang aku buat masa tu. Betul atau salah atas suatu keputusan ni perlukan proses dan masa. Dengan kata lain, kalau aku berhenti lepas tu aku buat kerja takaful main main, kemudian melingkup, maka salah lah keputusan aku tu. Tapi kalau aku buat sungguh sungguh sampai berjaya, orang akan tahu yang keputusan aku buat dulu tu betul. Pada ketika aku menulis ni (Aug 2016), aku dah memiliki pasukan Takafulmen aku sendiri. Ini satu pencapaian yang aku sendiri rasa mustahil nak capai sebelum ni. Lebih memuaskan, aku dah didik dan lahirkan kurang lebih 50 orang usahawan takaful, dan jumlah ini akan
30
terus meningkat saban bulan dan tahun. Berapa pendapatan aku sekarang? Berapa banyak free time aku ada sekarang? Berapa banyak negara takaful bagi aku travel percuma? Yang itu kau kena datang jumpa aku cerita kan, bagaimana melalui takaful kau boleh menjadi insan berniaga yang merdeka. Trivia: 1. Setakat tahun 2016 cuma 14% sahaja kaum bumiputra dalam kategori ‘middle class income’ yang memiliki perlindungan hayat dan kesihatan Takaful. Dalam perbandingan lain, setiap 10 orang bumiputra yang berpendapatan, cuma 1.5 orang memiliki perlindungan takaful. 2. Negara Malaysia tidak memiliki jumlah Takafulman dan Takafulwati yang cukup (dan berkualiti) untuk menampung keperluan sejumlah rakat Malaysia terutamanya kaum bumiputra yang semakin meningkat. Dalam hal ini, sentimen dan persepsi telah menjadi ‘main killer’ terhadap perkembangan kerjaya ejen Takaful. Masyarakat terutamanya anak muda hanya melihat dari perspektif persekitaran mereka sahaja walhal keperluan takaful bersifat menyeluruh dan melibatkan semua lapisan manusia, dari janin dalam kandungan sehinggalah pak cik tua berumur 70 tahun, kesemua mereka memerlukan takaful. 3. Mengikut statistik, untuk optimumkan perlindungan takaful rakyat Malaysia, negara memerlukan kurang lebih 30,000 ejen seluruh Malaysia (yang kerja betul betul). Tapi malang sebab sampai sekarang, kita cuma ada kurang lebih 13,000-15,000 ejen berdaftar, di mana jumlah ejen yang benar benar aktif tidak melebihi 5,000 orang, selebihnya semua main-main. 31
32
AMANZ MEDIA: SEGALANYA TENTANG IT IKHWAN NAZRI
“Amanz.my merupakan portal IT Bahasa Melayu no 1 di Malaysia dengan purata page view sejumlah 2,000,000 sebulan. Amanz juga berkembang pesat dan berdiri sama tinggi dengan laman-laman teknologi besar yang lain seperti lowyat.net dan sebagainya. Jenamajenama besar seperti Samsung, Acer, Google telah menjalinkan kerjasama bersama Amanz.”
Pada tahun 2005, tercatatnya lembaran sejarah yang bakal dilakar oleh seorang anak muda yang bernama Aman Firdaus bin Abul Hassan. Seawal usia tersebut sedang beliau menantikan keputusan sijil pelajaran, beliau telah memulakan langkah bagi membudayakan teknologi dalam Bahasa Melayu. Dari kemahuannya yang ingin membuat laman web, disahut dengan jawapan ‘kau Google jelah’, telah menampakkan beliau akan keperluan masyarakat kepada sumber ilmu berteraskan informasi teknologi, atau dalam singkatan popularnya ‘IT’. Lahirlah laman web bernama amanz. net setelah beliau mendalami ilmu membangunkan laman web.
33
Bermula dari laman web tersebut, beliau telah menulis pelbagai tutorial serta artikel yang berkaitan dengan teknologi. Tutorial berkisar ‘Photoshop’, pembangunan laman web, cara mengoptimasikan website telah dikarang beliau yang tidak mempunyai sebarang ilmu sebagai penulis bertauliah, mahupun sebagai wartawan. Minat dan kesungguhan beliau diteruskan sehingga ke zaman universiti dan ia tidak sedikitpun membantutkan pertumbuhan Amanz. Mungkin cuma, ia bertumbuh dengan perlahan namun konsisten. Pada tahun 2009, dengan pengenalan domain .my, Laman Amanz telah ditukar domainnya kepada .my sekaligus membawa identiti Malaysia pada laman web ini. Sehinggalah pada tahun 2011, beliau telah menghabiskan pelajarannya di Universiti Industri Selangor dengan segulung Ijazah Pengurusan Bisnes. Namun dengan tekad dan impiannya ingin membangunkan syarikat penerbitan digital terunggul, beliau mengumumkan akan hasratnya mencari rakan kongsi. Ikhwan Nazri Mohd Asran telah menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
34
Mungkin agak janggal bagi syarikat melantik CEO seawal masa tersebut namun sudah menjadi lumrah syarikat berteraskan digital yang mempunyai ketua walaupun pada bilangan yang sedikit. Bersama beliau adalah ilmu dari bidang multimedia dan sekelumit pengetahuan didalam bidang startup. 2011 diteruskan lagi dengan penyertaan seorang ahli lembaga pengarah yang juga merangkap pelabur budiman, iaitu Reza Fahmi Razali, salah seorang teknopreneur tempatan yang juga masih muda. Pada tahun 2011, kesemua mereka masih dibawah umur 30 tahun. Dengan sedikit dana yang diperoleh, dua lagi ahli terawal menyertai Amanz Media Sdn Bhd, iaitu Effi Nazrel Saharuddin dan juga Khairunnisa’ Muhd Aminullah. Effi menguruskan bahagian gajet dan dipilih kerana ilmunya yang luas manakala Khairunnisa’ pula dipilih bagi mengacarakan sebarang rancangan video Amanz. Dengan empat ahli terawal Amanz Media ini yang juga dikenali dengan terma ‘Elite Four’ mereka memulakan langkah untuk lebih agresif. Pada awal masa tersebut, penggunaan teknologi dikalangan masyarakat masih ditahap awal. Pada tempoh tersebut, jumlah pembaca di laman Amanz masih kurang dari 50,000 setiap bulan, dan tiada pengiklan yang sanggup mengiklan pada laman web ini. Namun berpegang kepada konsep ‘Jangan lakukan sesuatu kerana wang semata-mata’, laman web ini semakin lama semakin berjaya dalam meraih pembaca. Jumlah pembaca semakin meningkat, telah menarik minat jenama besar seperti Google, Samsung, dan pelbagai lagi untuk bekerjasama dengan Amanz. Pada tahun 2013, Acer telah menaja Amanz untuk hadir ke Mobile World Congress di Barcelona, Sepanyol, iaitu acara yang mempamerkan
35
peranti dan teknologi terkini. Dan editor-editor Amanz bertaraf antarabangsa, dan dihantar ke acara-acara seluruh dunia bagi membawakan liputan berita teknologi, didalam bahasa Melayu. Menyedari akan bertambahnya permintaan pembaca dengan maklumat sebegini, slot-slot tambahan mula dicipta. Video Mingguan Amanz merupakan rangkuman kesemua berita teknologi setiap minggu, dan video-video ulasan gajet dan peranti mula diterbitkan bagi membantu pengguna mengetahui mengenai peranti terkini. Dengan pertumbuhan sebegini barulah menarik minat pengiklan bagi mengiklan di laman web ini. Pengiklanan di Amanz bersifat premium, dimana hanya pengiklan yang berkaitan teknologi sahaja akan diterima masuk, dan tidak banyak iklan diletakkan demi menjaga keutamaan pembaca. Pada tahun 2015, setelah 10 tahun ditubuhkan, jumlah pembaca Amanz pada tahun tersebut adalah seramai 2 Juta, iaitu 20% dari jumlah pengguna internet di Malaysia. Setiap bulan, setengah juta pembaca melayari Amanz dalam mendapatkan informasi teknologi terkini. Laman Amanz juga bukan sekadar menjadi contoh, malah telah melaksanakan teknologi terbaru lebih awal dari laman web yang lain. Bagi tujuan ini, penggunaan HTTPS telah lebih awal dilaksanakan dan Amanz sentiasa menjadi pelopor dalam kemajuan teknologi penerbitan digital. Dalam meluaskan skop dan tujuan asal Amanz dalam mendidik dan membangunkan masyarakat, kini laman Amanz.my turut menerbitkan
36
berita berkaitan sains dan telah memulakan langkah untuk menjadi media teknologi yang gah. Ini diperkasakan lagi dengan kerjasama bersama Kumpulan Media Karangkraf dalam mengendalikan Majalah PC, satu-satunya majalah teknologi berbahasa Melayu. Meskipun telah tertubuhnya laman web ini lebih dari 10 tahun, namun usia syarikat ini masih muda, dan masih banyak yang belum diterokai oleh Amanz. Misi dan visi kami adalah dalam mendidik masyarakat akan pentingnya teknologi dan isi kandungannya haruslah disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami, iaitu Bahasa Melayu agar seluruh rakyat yang memahaminya dapat memanfaatkannya. Dengan penggunaan teknologi untuk urusan seharian, ia sekaligus dapat memajukan rakyat, memerdekakan pengguna dan membolehkan mereka melakukan apa sahaja demi pencapaian negara.
37
38
KATSANA GPS: ‘DEKAT SANA’ BUSINESS SYED AHMAD FUQAHA
“KATSANA.com (dekat-sana) is a GPS tracking and telematics solution, with focus on driver behavior profiling, risk scoring and predictive analytics. It is the winner of Teraju SUPERB Series 1 2014, finalist of Maybank #fintech 2015 and Alliance Bank SME Challenge 2015. It has a 97.9% recovery rate of stolen vehicles and aiming to be deployed nationwide through insurance partners and motor manufacturers. KATSANA is funded by Axiata Digital Innovation Fund.”
The beginning It was 2013, I still remember that morning. Woke up, my body was heavy, my soul was heavier. I could not muster the strength to get off the bed and get ready for work. I thought it is a fleeting moment where I might have worked too hard and my body needed rest. This is different. I was attached to this job. In fact, I loved my job. My stint began back when I was still studying architecture. My dad passed away when I was in the second semester, and architecture with all its expensive tools
39
forced me to pay for myself. Web development I figure, was a quick way to make good money (it still is). Upon graduating, a friend with whom lies my gratitude to this very day, invited me to be a project manager at his company. I learned management skills, customer-focused service, and software development lifecycles. However that morning, it was different. That morning, I realized I have been stagnant. After two years, my job was fast becoming repetitive. I yearn to learn new things, to be exposed to greater challenges. I need to change. Decided to take leave that day to clear up my mind. I did not contemplate when handing over the resignation notice the next day. We were paid in USD, so things were good financially. But I cant fathom myself staying there any longer, I could have been buried in a golden handcuff.
40
Silver lining As luck would have it (or lack thereof, your call), a friends car was stolen in Bangsar that week. It was stolen in bright daylight by a tow truck; which I say a pretty smart operandi. And a week later, my brothers car was stolen in Penang. These back to back incidents led me to do a quick market research on the internet, because my senses were tingling and figure there might be some money to be made. Indeed there is a good opportunity to provide vehicle owners with a service to allow them to track their vehicles using GPS/GSM technology. Being involved with web development, it was apparent to me that existing solutions in the market were technologically obsolete, not to mention ridiculously expensive. We can do this, and we can do it few steps more advanced than the rest. I believe it that to this very day.
Testing the market I know that it is not wise to put all your savings in one basket, especially on your first business. Afterall, this is an entirely new market for me. Would people pay for the service? Who are they? Who among them willing to pay top dollar? Can it be sustainable? I am also aware that while we are capable of developing the solution, it would be utterly foolish to spend time & money developing it at the first place, especially when you have no insight on the market yet. I did what I do best. I created a website, even when we did not have a ready product yet.
41
The website is designed to be as complete & professional as possible. It served numerous purposes. First, having a complete website forced me to think thoroughly on the features of the solution that we want to offer, how it would look like, how it will behave, and it’s technical specifications. It forced me to imagine the ideal solution that people would pay for. This in return helped me to create the spec sheet when we start to develop KATSANA™ app later. Secondly, the website allowed me to gather queries from interested parties through its Contact Us form. These queries were extremely important because I want to learn who these potential prospects are, what are their expectations, what are important features that they really looking for and lastly, what is the range of price that they are willing to pay. That katsana.com website was created in April 2013. By September 2013, we have hundreds of potential prospects, from personal consumers to as big as GLCs looking for the GPS tracking service. By then, I was certain that this is a good market to be in. Our first product was commercially available in January 2014, a full 5 months later.
First experience of running out of cash Development of KATSANA™ started in August 2013, but due to our (very) limited capital, cash ran out by November 2013. We knew very well that there’s plenty of people willing to pay for our solution. We sent an email to all our prospects (that we have gathered since April), offering them with an early bird promotion, promising
42
delivery of the product by January 2014. That email saved us. We managed to raise RM35,000 (if I recall correctly) and continue our development. This gave us hope, knowing that the market is there, and people do fork out money to get our solution.
Moving ahead Two years and numerous near-run-out-of-cash crisis averted later, we have now grown from a 3 person team to 24, finally funded by a venture capital, and is growing quite well in the enterprise market. We want to prove that a local product can stand proud in the international market. Lets aim for global dominance!
43
44
HARTABUMI.MY: CARI SOLUSI, JANGAN CARI PASAL RADZI TAJUDDIN
“Hartabumi.my merupakan portal carian hartanah berstatus Bumiputera di Malaysia yang memulakan operasi pada April 2016. Portal ini bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah unit hartanah berstatus Bumiputera yang tidak terjual yang mana dianggarkan bernilai RM 1.83 billion pada tahun 2015. Kini, Hartabumi. my mempunyai lebih dari 2,000 ‘listing’, 320 ejen dan pemaju berdaftar dan mempunyai klien seperti EcoWorld, SP Setia, PKNS dan SPNB.”
Aku sering percaya bahawa dalam hidup ini kita perlu punyai makna. Dan makna ini akan hadir apabila kita melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai. Aku juga amat mengagumi individu-individu yang menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik melalui inisiatif-inisiatif mereka. Apatah lagi jika mereka yang berbuat sesuatu ini adalah di kalangan orang muda. Fuh, muda-muda lagi dah buat sesuatu yang bermakna kepada masyarakat.
45
Tetapi lagi ramai anak muda yang aku tengok di media sosial lebih gemar menjadi kritikal terhadap sesuatu masalah atau isu berbanding bercakap mengenai solusinya. Kadang-kadang aku geram je dengan golongan ini yang setiap hari ada sahaja benda yang tak kena di matanya. Kalau lepas kritik tu dia buat sesuatu tak apalah juga. Ini, dahlah kritik, bila orang buat sesuatu- dia jugalah yang akan kata itu ini untuk tunjukkan solusi itu tidak bagus. Geram beb. Jadi, untuk elakkan aku juga terjebak menjadi dari sebahagian golongan ini, aku selalu terfikir apalah yang aku boleh buat kepada masyarakat. Yelah, kalau difikirkan balik, aku ni boleh dianggap sebagai mereka yang bertuah kerana terpilih untuk mendapat ppendidikan yang terbaik. Perjalanan aku dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga ke Manchester School of Architecture (MSA) telah dipermudahkan dengan biasiswa dari kementerian dan agensi kerajaan. Disebabkan itu, bila aku sudah menamatkan pengajian, lagilah aku fikir yang aku perlu lakukan sesuatu untuk berbakti kembali pada masyarakat. Maklumlah, dah belajar jauh-jauh kan. Rasa sayang pula tak gunakan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi. Fikir punya fikir aku ada beberapa idea. Pada mulanya aku ingin membuka sebuah akademi ‘architecture visualization’. Oh ye, sebelum itu, aku merupakan seorang arkitek. Berbalik kepada akademi tadi, akademi ini bertujuan untuk melatih mereka yang berpotensi supaya ada skil 3D dan ‘rendering’ power yang mana mereka boleh dapat gaji lebih tinggi di masa akan datang. Aku punya teruja sampai dah habis
46
kaji tentang Technical Vocational Education Training (TVET). Lepas itu siap pergi ke Johor bentangkan idea ini depan agensi kerajaan negeri sana. Mereka sanggup berikan aku pelajar ke akademi aku. Tapi sayang. Aku tak dapat teruskan akademi ini kerana rakan baik aku yang nak mengajar itu berhijrah ke Australia pula selama setahun. Maka hasrat Architecture Visualization Academy ditangguhkan sementara tunggu dia balik dan aku balik pada ‘drawing board’ untuk mula fikir apa nak buat sepanjang tempoh setahun ini. Selang beberapa hari selepas itu, entah macam mana aku jadi berminat mengenai isu pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera yang begitu rendah. Lepas 59 tahun merdeka, golongan Bumiputera hanya memiliki 39.5% hartanah di Malaysia. Itupun dah campur sekali dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat. Kalau harap ke individu semata-mata, mesti lagi rendah peratusan ini. Mengapa ini berlaku? Padahal polisi kerajaan dah menetapkan setiap projek hartanah baru perlu ada kuota Bumiputera yang hadir dengan diskaun sehiungga 15%. Logiknya, bila dah ada diskaun ini, mestilah Bumiputera boleh beli kan? Tapi mengapa bila dah ada diskaun pun, masih tak ramai boleh beli? Di mana silapnya?
47
Aku faham tentang masalah harga rumah yang semakin mahal, pendapatan per kapita Bumiputera lebih rendah dari bangsa lain dan seribu satu faktor lain yang turut menyumbang kepada hal ini. Namun dari pengamatan aku, aku perasan ada faktor lain yang turut menyumbang seperti kekurangan akses terhadap hartanah tersebut dan kurangnya ilmu pengetahuan. Yelah, kalau kau ada duit, tapi tak tahu tentang projek hartanah tersebut, macam mana kau nak beli? Dan kalau kau kurang duit pun tapi ilmu cukup di dada, kau pasti tahu selok belok macam mana nak beli rumah tersebut supaya kos yang perlu dibayar tidak terlalu membebankan Asalnya aku tak terfikir pun mahu wujudkan portal hartabumi ini. Aku rasa ini tugas kerajaan. Yelah, kalau tidak apa guna dia jadi kerajaan. Namun segalanya berubah apabila aku ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (NAPIC). Aku datang sebab nak kumpul data sahaja tetapi alangkah terkejutnya aku bila didapati data mereka tentang unit hartanah berstatus Bumiputera tidak begitu lengkap. Aduh, kalau data pun tak lengkap, macam manalah mereka ini nak buat polisi? Oleh itu aku mengambil keputusan untuk ‘test’ hipotesis aku dengan mewujudkan portal hartabumi. Kalau betul, Alhamdulillah. Kalau tak betul, harap adalah orang perbetulkan. Aku juga amat bertuah kerana mendapat sokongan penuh dari rakan baik aku dari sekolah yang faham mengenai isu ini. Dia bersetuju untuk membantu dari segi aspek kewangan dan tunjuk ajar. Dia ni usahawan berjaya. Selepas dilancarkan pada April 2016 sehingga sekarang, portal
48
hartabumi membuktikan hipotesis aku tepat yang mana begitu ramai Bumiputera yang tidak tahu tentang sesuatu projek. Komen seperti “eh, tak tahu pun projek ini” atau “ada rupanya hartanah sebegini” adalah antara komen biasa yang diperoleh. Dari situ kami membina kredibiliti dan nama. Walaupun masih baru beroperasi, kami sudah mendapatkan beberapa klien seperti EcoWorld, SP Setia dan SPNB yang berminat untuk bekerjasama dengan hartabumi dalam mencari pembeli bagi unit hartanah mereka yang berstatus Bumiputera. Jadi, kesimpulan yang aku rasa perlu kalian semua tahu adalah: 1) Kita perlu lakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan. Lebih baik jika ianya memberi manfaat kepada orang ramai. Jika sekadar kerja, kera di hutan juga bekerja. Ha, nampak tak aku guna pepatah Hamka yang kau rajin share di Facebook. 2) Kalau kau nampak tak ada orang buat, kau cubalah buat. Kau janganlah harap orang lain nak buat. Menjadi first-mover ini seronok tau. Tak ada pesaing dan kau boleh ‘set the rule’. 3) Fikirlah tentang solusi. Jangan hanya melihat pada masalah semata-mata. Ramai orang di Facebook aku tengok cukup hebat sembang tentang masalah ini masalah itu. Memanglah yang menulis itu nampak bijak sebab kononnya kritikal. Tetapi kritikal sahaja tidak menyelesaikan masalah tanpa ada solusi. Pesan aku- kau fokus pada solusi. Di situlah kebolehan kau bakal teruji. Aku rasa selagi mana kau berpegang kepada tiga perkara ini, insyaAllah hidup kalian akan bermakna dan lebih penting- merdeka!
49
50
MIRA FILZAH: USAHAWAN FIRST, ARTIS SECOND MIRA FILZAH
“Gadis muda berusia 23 tahun ini bermula sebagai model muslimah. Kemudiannya memiliki produk kosmetiknya yang tersendiri iaitu Mora Essential. Mempunya hampir 100 stokis di dalam dan luar negara, lebih dari 10,000 botol Argan oil tersebut telah dijual. Kerjayanya sebagai seorang artis melihatkan beliau merangkul Anugerah Artis Baru Wanita Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 29 baru-baru ini.”
WAWANCARA BERSAMA MIRA FILZAH Salam saudari Mira Filzah. Boleh ceritakan sedikit bagaimana perjalanan kerjaya Mira dari seorang pelajar kepada seorang model muslimah, kemudian menjadi usahawan dan kini seorang artis popular. Salam saudara Radzi. Semasa nak tunggu keputusan SPM, Mira ada banyak masa terluang. Jadi Mira menulis blog. Entah macam mana Mira mengambil keputusan untuk menjadi model muslimah sambilan di sebuah butik. Kemudiannya Mira menjadi Face of Jovian yang mana
51
kita tahu merupakan antara seorang pereka fesyen yang terkenal di tanah air. Tetapi pada masa itu bidang modeling tidak sepopular sekarang. Semasa Mira masih belajar, Mira ni jenis tak suka duduk diam. Ada sahaja benda Mira nak lakukan. Antaranya berniaga. Mira bermula dengan membeli tudung-tudung di satu festival dalam UiTM dan kemudiannya Mira jual balik melalui blog Mira. Masa itu Mira sekadar mencuba. Banyak jugalah pendapatan jika diikutkan sebab selain daripada jualan, Mira juga buat review produk. Selepas itu Mira bersama dengan sebuah jenama yang dipanggil sebagai Pudore. Selepas Pudore, Mira buat produk sendiri iaitu produk penjagaan kulit. Pada masa yang sama Mira ada menjual tudung. Mira buat banyak benda. Lepas Mira habis belajar barulah Mira ambil keputusan untuk fokus dalam perniagaan.
52
Kebetulan pada masa yang sama juga, Mira dapat tawaran berlakon dan terus Mira menceburi bidang lakonan dan mengacara sehinggalah sekarang. Tapi, Mira lihat kerjaya lakonan ini sebagai sebuah platform. Sebab kita pun tahu kalau berlakon dan mengacara ini tidaklah lama mana tempoh kerjayanya. Paling lama pun mungkin 4-5 tahun. Jadi Mira tekad untuk gunakan sebaik mungkin peluang yang ada sekarang untuk membina platform Mira bagi sesuatu yang lebih besar dan bermanfaat. Mira jadikan Neelofa sebagai idola dalam hal ini. Jadi Mira melihat diri Mira sebagai business woman first, artist second? Can I say that? Yes, of course. You can quote that. Sebabnya sumber pendapatan utama Mira pun datang daripada perniagaan. Itulah sebab mengapa Mira masih jaga bisnes Mira kerana ianya untuk jangka masa panjang. Berdasarkan cerita Mira sebentar tadi, saya lihat Mira memang suka berniaga. Boleh Mira kongsikan mengapa Mira begitu berminat dalam perniagaan? Adakah kerana Mira berasal dari keluarga yang berniaga atau ada motivasi lain? Kalau diikutkan, keluarga Mira bukanlah sebuah keluarga yang ada latar belakang bisnes. Emak Mira merupakan seorang pegawai tadbir dan ayah pula seorang jurutera di JKR. Adik beradik mira juga bukan usahawan. Cuma Mira ada perangai di mana Mira lebih suka cari duit sendiri. Mira jadi seronok bila pegang duit sendiri. Rasa merdeka. Pada Mira benda ni mudah- if you want more, you work hard. Itu sebab mengapa di zaman belajar dulu Mira buat macam-macam. Mira bersyukur
53
kerana abah pun dia memberikan sokongan atas apa jua yang Mira lakukan. Dia tak halang apa anak dia buat.. Di mana Mira melihat diri Mira pada 3-5 tahun akan datang? Kemungkinan 3 tahun kemudian, Mira masih lagi menjadi seorang pelakon dan pengacara. Tetapi pada masa yang sama Mira jangkakan perniagaan Mira semakin kukuh. Cuma selepas 5 tahun, Mira bercadang untuk memberi fokus yang lebih kepada perniagaan dan mengurangkan aktviti lakonan dan pengacaraan. Dan satu hari nanti, Mira akan mempunyai my own foundation- MF Foundation. Antara perniagaan utama Mira sekarang adalah MORA Essential. Boleh Mira terangkan sedikit mengenai perniagaan Mira ini? Mira mulakan produk ini ketika di zaman belajar lagi bersama seorang rakan bisnes. Dialah yang cadang kat Mira untuk ceburi bidang ini. Kami berbincang pada tahun 2013 dan MORA didaftarkan pada tahun 2014. Walaubagaimanapun kami hanya mula menjual secara rasmi pada Mac 2015 dengan dua produk iaitu MORA Argan Oil dan MORA Cleanser. Ketika itu Argan Oil tidaklah sepopular sekarang. Tapi yang buatkan Mira berasa bangga adalah produk kami boleh dikatakan antara ‘pioneer’ dalam pasaran. Sekarang ini Mira tak begitu push produk ini lebih-lebih. Maksudnya Mira tak pasarkan lagi melalui TV. Strategi pemasaran kita agak simple memandangkan kita mempunyai pengikut tersendiri. Malahan produk Mora sudah ke luar negara sehingga ke Jepun, UK dan Hong Kong. Secara keseluruhannya, melalui dua produk ini, MORA berjaya menjual sebanyak 30,000 botol (Argan Oil dengan Argan Cleanser) dan kita
54
dalam proses untuk mengeluarkan produk seterusnya daripada Korea. Setakat ini kita mempunyai hampir 100 orang ejen dalam dan luar negara. Tapi kenapa kosmetik, bukannya fesyen? Sebab selalunya artis akan wujudkan jenama fesyen sendiri. Bagi Mira, fesyen ini agak leceh berbanding dengan skincare. Produk kosmetik ini bila nak restock senang. Tak perlu tengok warna apa, packaging apa sebab kita tahu semuanya sama. Itulah sebabnya. Apa pandangan Mira mengenai trend anak muda sekarang yang semakin gemar berniaga sendiri dari bekerja makan gaji? Pandangan peribadi Mira mudah- ini membuktikan yang orang muda sekarang tidak malas. Kalau you tak dapat kerja, you sepatutnya boleh elakkan gelaran penganggur itu dengan berniaga sendiri. Mungkin you boleh kata isu modal tapi sebenarnya nak mulakan perniagaan sekarang tak perlukan modal yang banyak mana. Ambil contoh Mira sendiri, masa Mira jual tudung dulu, Mira bukannya bermula dengan modal yang banyak. Tapi tak semestinya jual tudung. Itu contoh. Apa yang you rasa you suka buat, you boleh buat. Kata-kata terakhir kepada anak muda yang bercita-cita tinggi dalam perniagaan. Just go for it. Kalau kita asyik fikir je, pasti tak akan jadi. Just do it. Sebab kadang kalau you fikir banyak, you tak boleh berjaya. Kalau gagal ke, you boleh cuba benda lain. Kita tak cuba, kita tak tahu.
55
56
FAR CAPITAL: MERDEKAKAN DIRI MELALUI HARTANAH FAIZUL RIDZUAN
“Nama Faizul Ridzuan menjadi sebutan apabila bukunya ‘WTF: 23 Hartanah Sebelum 30’ menjadi best-seller dan ini membuka mata orang ramai kepada ikon pelaburan hartanah ini. Selain dari mengadakan sesi webinar secara percuma, program Sarjana Hartanah dihadiri oleh ribuan peserta dan merupakan program pendidikan hartanah no 1 di Malaysia. Syarikatnya, FAR Capital menguruskan klien-klien dengan memberi nasihat pelaburan hartanah serta memuktamadkan urusan jual beli. Pada 2015, FAR Capital berjaya menguruskan urusan jual beli hartanah berjumlah RM 50 juta setahun dan pada 2016, beliau amat positif untuk mencapai angka RM 100 juta.”
WAWANCARA BERSAMA FAIZUL RIDZUAN Boleh saudara Faizul ceritakan sedikit sebanyak mengenai FAR Capital Sdn Bhd.? FAR Capital sebenarnya merupakan penasihat hartanah dan bertujuan membantu mereka yang ingin beli hartanah bertujuan untuk mencapai ‘financial freedom’. Kiranya mereka nak merdeka lah senang cerita.
57
Apa yang unik mengenai FAR Capital adalah tidak ada sesiapa yang pernah buat perniagaan sebegini di mana saya yang menjadi penasihat mereka untuk mencadangkan ‘what to buy’, ‘how to buy’ dan ‘where to buy’. Beza FAR Capital dengan syarikat pengurusan kewangan adalahmereka rata-ratanya dibayar oleh penjual produk itu sendiri, sedangkan saya dibayar oleh klien untuk bekerja dengan mereka. Jadi dalam hal ini, klien saya akan lebih berpuas hati dengan nasihat saya kerana saya sudah pasti akan menjaga kepentingan dirinya. Sebenarnya mereka membayar bukanlah kerana nasihat saya sematamata tetapi kerana mereka percaya bahawa saya mempunyai integrity untuk tidak mengambil kesempatan ke atas mereka. Pada pendapat Faizul, mengapa hartanah merupakan medium yang terbaik bagi anak muda yang mahu merdeka dari segi kewangan? Saya punya pendapat ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Pada umur 32 tahun saya telah menjual 3 biji rumah yang saya beli di mana jumlah keuntungan bagi ketiga-tiga rumah tersebut adalah RM500 ribu. Dari duit itulah saya gunakan untuk mengerjar cita-cita saya untuk menjadi seorang usahawan. Saya tidak fikir saya mampu mendapat modal sebanyak itu jika saya melabur dalam pelaburan yang lain. Kedua, pelaburan hartanah ini adalah ‘everyone’s game’ di mana hampir kesemua orang boleh melabur dan menyertainya. Berbeza dengan pelaburan saham atau komoditi yang memerlukan ilmu pengetahuan yang kompleks, pelaburan hartanah sebenarnya agak
58
mudah dan lebih ‘predictable’ berbanding dengan pelaburan lain. Ketiganya, modal bagi pelaburan hartanah adalah sangat minimum atau hampir tiada kerana bank boleh meminjam wang mereka. Lebih menarik lagi, wang yang dipinjam itu kemudiannya dibayar oleh penyewa rumah kita. Bolehkah kita membuat pinjaman ASB, main saham dan beli emas dan ada orang lain membayarkan bayaran bulanan pinjaman tersebut? Pelaburan rumah boleh. Atas tiga sebab utama inilah saya merasakan pelaburan hartanah adalah cara terbaik untuk anak muda yang mahu ‘financial freedom’.
59
Apakah cabaran paling besar bagi Faizul sepanjang menjadi pelabur hartanah? Masa. Dalam pelaburan hartanah ini kita kena berkorban masa setidak-tidaknya 5 tahun. Semasa saya bermula melabur, saya tidak beli kereta pada 6 tahun pertama. Saya ke sana ke mari hanya dengan menunggang motorsikal. Seterusnya, kita kena sanggup menukar perancangan kita dalam pelaburan sekiranya pelan A tidak menjadi. Ini sememangnya lebih mudah cakap dari buat. Saya beri contoh program Sarjana Hartanah yang saya kendalikan. Pada mulanya sambutannya amat amat memberangsangkan. 100% sold out dalam 150 orang. Jadi kami bertambah yakin. Kemudian apabila kami anjurkan lagi, kurang dari 150 orang yang hadir. Buat lagi, 50 orang sahaja datang. Kali terakhir kita buat- hanya 25 orang. Bila kita lihat situasi ini yang semakin lama semakin merosot, kita cadangkan Pelan B. Caranya adalah dengan menukar cara kami iklankan program Sarjana Hartanah. The product is good but the positioning is bad. We change the positioning. Dulu sebab kita berjaya, kita ingat hanya teruskan apa yang ada. We become cocky. Sedangkan kita tidak pernah terfikir untuk mengubah cara kita berkomunikasi. Oleh itu, kita ubah strategi dan golongan sasar kita. Syukur, selepas raya tahun ini kita berjaya cipta rekod baru dengan jumlah kehadiran yang paling tinggi sepanjang Sarjana Hartanah dianjurkan.
60
Pengajarannya- sekalipun sudah berjaya, jangan merasakan kita sudah hebat dan tahu segalanya. Sentiasa majukan diri atau produk. Sepanjang 11 tahun menjadi pelabur hartanah dan 4 tahun sebagai usahawan dalam bidang hartanah, apakah perubahan paling signifikan yang Faizul lihat sejak mula-mula menceburi bidang ini? Saya rasa tahap penerimaan dari kalangan orang muda semakin hari semakin bagus. Walaupun begitu ramai juga orang muda yang mengata, mengeji dan mencaci golongan pelabur hartanah seperti saya, tetapi jika dilihat kehadiran peserta ke Sarjana Hartanah, rataratanya adalah golongan muda di bawah 35 tahun. Oleh itu saya lihat tahap kesedaran sudah ada. Jika anda nak tahu, apa yang membuatkan saya begitu bangga adalah kehadiran pelabur Bumiputera amat memberangsangkan. Tahun lepas kalau saya buat seminar, hanya 20% adalah Bumiputera. Hari ini terbalik. 20% adalah bukan Bumiputera. Ini semua berlaku sejak 4 tahun yang lepas. Alhamdulillah. Jika saya mati esok, saya rasa saya akan mati dengan senyum. Apakah jawapan Faizul kepada mereka yang sering mengatakan pelaburan hartanah bukanlah permainan orang Melayu? Dan yang beri komen itu sendiri adalah orang Melayu. Pada saya kita hidup di dunia yang ‘free world’. Jika you tak buat, orang lain yang akan buat dan ambil peluang itu. Saya lagi rela biar saya ambil dari biar peluang itu orang lain yang ambil. Saya tak mahu melihat negara ini menjadi seperti Indonesia di mana pengagihan kekayaan sangat tidak adil. Katakanlah ianya berlaku dan
61
orang Melayu pada masa itu tidak ada duit nak beli rumah, rusuhan akan berlaku kerana you tak boleh terima hakikat merempat di negara sendiri. Oleh itu kena ada keseimbangan. Ini lah cabaran utama saya untuk memecahkan stigma mengenai pelaburan hartanah di kalangan orang melayu. Tetapi ini tidak bermakna saya hanya ingin menjadi jaguh di kalangan orang Melayu sahaja. In fact, saya rasa saya berhak mendapat penghormatan yang sama dari pelabur-pelabur hartanah yang lain. Hanya kerana saya Melayu tak bermaksud saya berjaya disebabkan kroni ataupun atas dasar kesian. Saya pernah datang ke satu forum dan terdengar ada seorang Cina ini berkata pada saya ‘you are lucky because you have all the Government’s support. Saya rasa terkilan dan marah. I worked very hard to be where I am right now. I’ve never gotten easy money anywhere and I’ve been working since I was 13 years old. My family which was poor at that time taught me by force that I am not going to get anything if I don’t work for it. So to those who say I am only get to what I am today because of I am a Malay, my answer to them is F**k you! Pesanan kepada anak muda yang berminat dalam pelaburan hartanah? Kerja keras. Jangan reward yourself terlalu awal. Bersusah-susah dahulu. Kemudian bina integriti. Ingat, kita hanya ada satu nama
62
dan jagalah elok-elok. Jangan sesekali jual nama itu hanya untuk keuntungan seketika. InsyaAllah anda boleh berjaya. Bila sudah berjaya, beri balik kepada masyarakat.
63
64
LANUN JOHOR: GANAS DAN DISAYANGI KAPTEN J
“Berjaya menjual 50 ribu helai baju dalam masa 2 tahun, Lanun Johor kini merupakan antara jenama ‘street-wear’ tempatan yang terkenal. Idea yang berasal daripada sembang ‘suka-suka’ ini telah membuahkan hasil. Butik Armada Lanun Johor berada di JB City Square dan NU Sentral, KL.”
WAWANCARA BERSAMA KAPTEN J Boleh Kapten ceritakan tentang sejarah Lanun Johor? Lanun Johor bermula pada tahun 2013. Masa itu kita dalam kereta dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menonton perlawanan JDT. Saya cakap pada kawan saya baju-baju yang dijual di stadium tak berapa lawa. Kalau ada pun yang berbaloi nak beli, tulisannya dalam ‘English’. Tak ke rasa tercabar maruah? Mana Bahasa Melayu kita? Jadi dari situ kita guna nama ‘Lanun’. Supaya ia memberikan mesej yang kita akan gunakan Bahasa Melayu.
65
Selepas itu kita mula ‘design’ baju kita sendiri- dalam sekitar Jun 2013. Kita ‘upload’ di Facebook dan kita terkejut bila ramai yang buat tempahan awal. Pertama kali kita jual, habis 1,500 helai dalam masa sebulan. Dari situ kita jual pula di stadium dan kita ambil ejen-ejen untuk memasarkan produk Lanun Johor. Sambutan boleh kata hebat sebab orang suka rekaan kita. Lepas itu sebab nama pun ‘Lanun’ kan. Nampak garang, melawan dan stylo. Secara keseluruhan, kita berjaya menjual 50,000 helai baju dalam masa kurang dari dua tahun. Bila kita dah cukup yakin dengan pengikut kita, barulah Lanun Johor membuka kedai pertama di Larkin pada 2015. Kemudiannya sekitar awal 2016, kita buka di Bandar Baru Uda, April di JB City Square dan Jun baru ini di Nu Sentral Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya kita mempunyai 20 orang pekerja.
66
Dalam perjalanan dari menjual di Facebook sehingga ada butik tersendiri pusat beli belah, apakah cabaran atau pengalaman paling mencabar Lanun Johor? Kita pernah sampai ada orang buat laporan polis terhadap baju rekaan kita atas alasan kita menghina Sultan. Barang kita digeledah dan bila polis ‘check’ mereka dapati tiada unsur sedemikian. Itu bagi saya antara cabaran. Maklumlah kita ini dianggap pendatang luar kerana tiba-tiba berniaga jual baju di perkarangan stadium. Orang lama yang sudah ada di situ bila tengok baju kita yang paling laku, mestilah berasa iri hati. Tapi itulah asam garam dalam dunia berniaga. Kita kena kental. Kena sabar. Apa strategi Lanun Johor yang menyebabkan jualan baju begitu laku? Kita kena jadi lain dari yang lain dan sentiasa kreatif dalam pemasaran. Lanun bermula dengan mengaitkan jenama bersama bola sepak. Sebab itu kalau dilihat rekaan baju-baju kita lebih ke arah bola sepak. Namun menyedari lama-kelamaan ‘crowd’ bola ini akan static, kita beralih kepada ‘street wear’. Untuk itu Lanun Johor telah memberikan hadiah motorsikal dalam kempen. Kita beri motor Harley Davidson pada 2014 dan tahun lepas kita bagi Ducati. Tujuan kita jadikan motorsikal sebagai hadiah adalah untuk ‘associate’ jenama kita dengan peminat motorsikal. Dari segi rekaan baju juga, kebiasaannya baju penunggan motorsikal ini memang kena dengan imej ‘Lanun’. Itu dari segi strategi pemasaran. Apa pula tips yang boleh dikongsikan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin berniaga? Mungkin Lanun Johor boleh cerita sedikit.
67
Pertama sekali kita jangan sesekali ikut orang. Bila kita asyik ikut orang, kita akan ketinggalan dan kita sekadar jadi pengikut. Dalam perniagaan baju misalnya, kalau kita asyik meniru rekaan orang lain, sampai bila-bila pun kita tak akan jadi ‘market leader’. Analoginya mudah- kita ambil contoh orang bercinta. Orang yang sedang dilamun cinta dengan orang yang meniru orang bercinta tidak sama. Dalam berniaga macam itulah. Kita kena jadi orang yang bercinta, bukannya yang meniru cinta. Keduanya, dalam apa jua bidang yang kita lakukan, mesti kena ada ‘passion’. Dari situlah satu produk yang bagus akan dihasilkan kerana kita minat dan kita seronok nak hasilkannya. Yang seterusnya adalah dalam berniaga, tak boleh sekejap-sekejap. Kalau dah alang-alang mahu berniaga, buat sepenuh masa, sepenuh hati dan sepenuh jiwa. Tak boleh part-time. Saya tengok khsusnya orang melayu ada perasaan takut bila hendak berniaga. Risaukan tidak ada pendapatan tetap dan masih sayangkan pendapatan tetap bulanan. Tapi ‘no risk no gain’. Betul tak? Apa pelan di masa akan datang bagi Lanun Johor? Sudah ada perancangan? Selepas pembukaan butik di JB City Square dan Nu Sentral KL, Lanun Johor berada di landasan yang tepat untuk menjadikan jenama kami ini sama hebat dengan baju Hard Rock Café. Kami mahukan orang ramai membeli baju kami kerana jenama ‘Lanun Johor’. Pada masa yang sama kami akan terus mengembangkan lagi perniagaan dengan pembukaan kedai baru jika ada lokasi yang bersesuaian. Suka untuk saya maklumkan bahawa Lanun Johor sering
68
menetapkan hasrat bagit membuka kedai berhampiran dengan syarat kedai itu harus berdekatan dengan jenama Adidas, Nike dan Puma. Kita mahu buktikan jenama kami setanding, atau lebih baik. Kita juga sedang dalam proses membuka konsep franchais di bawah jenama Lanun Johor. Jika tiada masalah, akan ada 5 lagi kedai franchais Lanun Johor di lokasi seperti Pontian, Batu Pahat, Muar dan Melaka. Pesanan bagi anak muda yang ingin memerdekakan diri. Tiga perkara. Anak muda kena yakin pada diri sendiri. Buat yang terbaik dan jangan jadi jaguh kampung semata-mata.
69
70
SEMUANYA BOLA: MENGUBAH CERITA BOLA SEPAK AHMAD MUZAMMIL
“Bermula hanya dengan suka-suka dan sekarang menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan. Mencapai lebih 3,000,000 pageview sehari, SemuanyaBola.com semestinya menjadi pilihan peminat bola sepak Malaysia. Membuat analisis serta taktikal berkenaan dengan pasukan bola sepak dalam mahupun luar negara dalam Bahasa Melayu dan menjadi sumber rujukan utama peminat bola sepak Malaysia.”
Bangun seawal 5 pagi untuk memasak juadah sarapan, rehat pagi, makan tengah hari dan rehat sesi persekolahan waktu petang untuk 1,000 pelajar sekolah menengah sehingga pukul 6 petang bukanlah kerja idaman seorang pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia yang tipikal. Tapi bila anda mempunyai passion dan bekerja keras, semuanya menjadi. Shahrir Bahar pula ketika itu sedang rancak meluaskan empayar perniagaan madunya. Melalui Facebook, saya melihat beliau kerap ke Darul Syifa, KLIA2 dan banyak kedai-kedai dan farmasi sekitar Bandar Baru Bangi.
71
Sesuailah kerja beliau sekarang dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan yang beliau miliki. Meskipun berbeza latar belakang pendidikan, kami berkongsi minat sama dalam bola sepak sejak dari bangku sekolah menengah. Dan satu perkara yang kami sudah lama bersetuju apabila bersembang hal bola sepak adalah, tak banyak bahan bacaan bermutu berbahasa Melayu dalam niche bola sepak. Menyedari adanya kevakuman maklumat berkualiti berbahasa Melayu dalam bola sepak, kami tubuhkan Semuanya BOLA. Melihat respons positif daripada audiens awal kami, Shahrir kemudiannya menyedari: Semuanya BOLA mempunyai potensi untuk menjadi lebih dari sekadar fanpage perkongsian maklumat secara suka-suka.
Sub-topik 1: Dari fanpage ke laman web Sejak dari peringkat awal kami membangunkan Semuanya BOLA, Shahrir sudah melihat apa yang saya tak nampak. Apabila beliau berkata Semuanya BOLA boleh menjadi sebuah syarikat digital media yang mengumpul ratusan ribu pembaca setiap bulan, visi beliau disambut oleh rasa skeptikal saya. “Ada ke orang yang nak baca artikel berat pasal bola sepak on daily basis?” “Mampu ke kami jadikan Semuanya BOLA sebagai sebuah ‘syarikat digital media’?” “Bolehkah saya beri komitmen penuh kepada projek ini selepas 12 jam bekerja di kantin?”
72
Rasa skeptikal saya ada asasnya. Pertama, kami bukanlah ‘orang industri’. Kami tiada ahli keluarga yang bekerja dalam atmosfera bola sepak tempatan dan media. Kami tiada kenalan. Kami tak tahu selok-belok dan asam garamnya. Kami hanya peminat bola sepak yang hanya ada impian. Kedua, sebagai penulis utama, saya perlu memberikan komitmen membekalkan artikel berkualiti setiap hari walau selepas 12 jam bekerja. Sebelum menulis, saya perlu membuat kajian. Sebelum membuat kajian, saya perlu fikirkan idea. Sebelum fikirkan idea, saya perlu membaca. Maka tak hairanlah, Shahrir memerlukan beberapa cubaan sebelum dapat menyakinkan saya untuk merealisasikan Semuanya BOLA sebagai syarikat digital media. Untuk menjadi sebuah syarikat digital media, kami perlukan laman web. Akhirnya pada Oktober 2014, semuanyabola.com pun ditubuhkan.
73
Sub-topik 2: Setahun tak bergaji Visi sudah ada, perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang sudah ada dan laman web sudah ada - sekarang masa untuk bekerja. Untuk melaksanakan projek ini secara serius, kami perlukan trafik ke laman web. Untuk mendapat trafik, kami perlukan artikel secara konsisten. Untuk mengejar trafik tanpa perlu mengorbankan identiti Semuanya BOLA yang sentiasa menghasilkan artikel berkualiti, kami perlu membuat kajian dahulu. Untuk membuat kajian, kami perlukan masa. Dan untuk mendapatkan masa, kami perlu berkorban. Jadi selama setahun, kami membangunkan laman web dan platform media sosial Semuanya BOLA tanpa gaji. Untuk membantu, kami banyak merekrut beberapa individu yang boleh bekerja tanpa gaji tetapi mempunyai passion dalam bola sepak. Baru 4 bulan beroperasi, semuanyabola.com sudah pun konsisten mengumpul 150,000 pembaca dan 1 juta pageviews sebulan. Bounce rate pula konsisten bawah 6%. Artikel Semuanya BOLA mula muncul di dada akhbar dan televisyen. Wartawan-wartawan sukan arus perdana juga meminati tulisan kami. Pendapat kami di artikel dan media sosial mula mempengaruhi arena bola sepak negara. Audiens laman web kami berkembang sehingga menjadi sebuah komuniti yang fanatik dengan jenama Semuanya BOLA. Sekali lagi saya tekankan, apabila anda mempunyai passion dan sanggup bekerja keras, semuanya menjadi. Meskipun jenama Semuanya BOLA semakin dikenali, kami masih bergelut dan tak mampu menawarkan imbuhan kepada ahli-ahli pasukan kami yang bersama
74
sejak awal penubuhan syarikat. Apatah lagi untuk menawarkan gaji kompetitif yang membolehkan mereka menumpukan usaha sepenuh masa di Semuanya BOLA. Ketika inilah Shahrir menyahut cabaran untuk berkorban pula. Untuk memastikan Semuanya BOLA mula dikenali oleh syarikat-syarikat agensi media, klien berpotensi dan mampu menghasilkan model perniagaan yang lestari, beliau menjual syer pemilikan syarikat madu beliau untuk menumpukan usaha pemasaran Semuanya BOLA sepenuh masa. Hasil kerja Shahrir ini kemudiannya mendapat perhatian agensi kerajaan, Cradle dan Teraju. Bantuan kerajaan ini membolehkan kami untuk meningkatkan keagresifan usaha pemasaran. Dan hasilnya dapat dilihat pada Jun 2016 apabila A&W Malaysia memberi kepercayaan kepada kami untuk melakukan kempen pemasaran sempena kejohanan EURO 2016. Selepas ini, Semuanya BOLA akan bekerjasama dengan penaja untuk memeriahkan liga bola sepak tempatan, Piala Malaysia 2016 dan perlawanan antarabangsa skuad kebangsaan. Tak cukup dengan itu, beberapa penganjur dan penaja sukan lain seperti MotoGP, sepak takraw dan futsal bakal bekerjasama dengan kami untuk memperhebatkan kempen pemasaran digital mereka. Kami belum berjaya lagi. Jika dibandingkan dengan banyak lagi syarikat-syarikat lain yang turut menulis dalam buku ini, kami masih kecil dan perlu belajar lagi. Perjalanan kami masih jauh. Tetapi dengan passion dan kerja keras, kami yakin dapat merealisasikan impian kami untuk menjadi syarikat digital media yang meliputi bukan bola sepak sahaja, malah semua jenis sukan.
75
76
VENDEUR FESTIVAL: MENGASAS FESTIVAL NO 1 MALAYSIA SAYANG ERNINA
“Permulaan yang kurang baik oleh salah seorang pengasas Festival Vendeur pada edisi sulung 2014 membuatkan dirinya tekad untuk bangun semula. Dan hari ini Festival Vendeur menjadi bualan ramai orang terutamanya kepada brand-brand lokal. Penganjuran acaraacara oleh Festival Vendeur sehingga sekarang telah mengumpulkan lebih 1,000,000 orang pengunjung. Hasil jualan terkumpul setakat ini mencecah RM 10 juta bagi beberapa siri Festival Vendeur diadakan.”
Misi dua hari selesai! Kaki hampir kejang gara-gara berlari dari satu dewan ke dewan lain. Dari pagi membawa ke tengah malam, puluhan ribu pengunjung berasak-asak membeli-belah di Pusat Konvensyen dan Pameran, Matrade. Suara tawar menawar kedengaran, berselang seli dengan jeritan peniaga mempromosikan barangan dan produk masing-masing. Walaupun keletihan tetapi aku puas. Usaha yang di anggap mudah oleh sesetengah manusia, yang hanya pandai berkata-kata tetapi aku sambut sebagai cabaran. Mungkin dimata kau hanya ‘dua hari jer’ namun hakikatnya hampir berbulan mimpi tidak menjengah tidurku.
77
Hanya kerana Vendeur Festival! Aku duduk melepas lelah. Jam hampir tiga pagi, 19 Jun 2016, kurang tiga minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kelihatan staf-staf VF Prima Sdn Bhd sibuk mengemas dewan. Pemilik-pemilik jenama dalam kepenatan ada kegembiraan. Mana tidaknya barang jualan habis diborong. Melihat wajah mereka, aku senyum puas. Fikiranku mengimbas saat aku mula berjualan. Tiga tahun lalu aku juga seperti penjual-penjual itu. Mengusung barang jualan ke sana ke mari di setiap bazar demi mencari rezeki meneruskan kehidupan. Kadangkadang aku rasa bodoh. Bukan aku tidak mempunyai pekerjaan tetap.
78
Aku menjadi tutor di sebuah universiti awam tempatan. Gaji asas mencecah RM2,500. Sebaik habis pengajian Master nanti, jawatan pensyarah pasti milikku. Gaji pasti bertambah. Belum kira imbuhan lain yang bakal ke kantungku. Pendek kata, dah boleh senanglah nanti. Difikirkan balik, kepuasan aku sebenarnya bukan disitu. Aku hendak berniaga bukan sebab semata-mata ingin kaya. Aku ingin tolong bangsaku sendiri. Kalau boleh dengan ilmu yang aku ada, kami saling membimbing antara satu sama lain. Aku yakin, kekuatan ekonomi sesuatu negara itu bergantung kepada mereka yang mempunyai semangat keusahawanan. Jika Bumiputera dan orang Islam bersatu menguasai ekonomi, ia menjadi faktor penting kepada peradaban sesuatu bangsa. Fuhh… tinggi sungguh cita-citaku. Aku memulakan misi kekuatan ekonomi dengan berjualan secara kecil-kecilan di Instagram. Sebutkan apa produk yang aku tidak jual. Jubah, baju, kasut rantai, skirt semua aku jual. Asal barang jadi duit orang kata. Masa tu aku kenal dengan seorang leng cai penjual telefon bimbit. Dia rekamen aku jual produknya. Aku membina cabang perniagaan baru. Telefon bimbit pelbagai jenama dan aksesori gajet. Komisyen boleh tahan lumayan. Masa itu, kawan-kawan rapat menjadi mangsa. Beberapa bulan sekali aku racun mereka supaya tukar telefon. Mujur kawan-kawan support aku meniaga. Part ini memang terharu. Sebab bagi aku dalam berniaga ni kita perlukan satu networking yang kuat. Aku beli barang kau, kau beli barang aku. Di situ kekuatan perniagaan sebenarnya.
79
Sampai satu tahap lagi beberapa bulan kita nak berhari raya. Masa itu aku sasar nak beli sebiji iPhone 5 buat berselfie di pagi raya. Tetapi mengenangkan harga mencecah RM 3,000 memang kacau jiwa. Tipulah kalau masa itu aku saja yang mengidam iPhone 5. Semua orang nakkan gajet itu. Setiap masa sel-sel otak aku dipaksa berhubung untuk meraih modal membeli iphone 5! Bagai rezeki terpijak, ketika aku sedang berjualan di sebuah bazar di Damasara, aku di sapa oleh penganjur bazar yang juga kawan aku. Dia mengajak aku untuk jadi rakan perniagaan menganjurkan bazar yang lebih besar di sebuah pusat beli-belah. “Cuba kau kira kalau 300 online seller join kita, untung puluh ribu ini. Kita buat sama-sama, untung kita bahagi dua,” katanya menyakinkan aku. Sepantas kilat aku bersetuju. Kalau ikutkan untung, lebih dari iPhone 5 aku boleh dapat. Mungkin raya ini rezeki aku. Hati mula berbungabunga. Aku mula mencurahkan segala usaha untuk bazar itu. Bermula dari kertas kerja, mesyuarat dengan pengurusan pusat belibelah, kempen mempromosikan bazar, aktiviti meyakinkan peniagapeniaga online untuk mengeluar modal menyertai kami sehinggalah ke aktiviti pasang bunting, sepanduk dan mengedar risalah, aku lakukan bergigih-gigih. “Ini projek besar aku yang pertama. Kalau yang ini berjaya, lepas ini mesti dia ajak aku join lagi,” aku motivasikan diri ketika itu. Lewat malam terakhir bazar, usai aku menyapu sampai membersihkan lantai penganjuran, aku dipanggil ‘business partner’ aku. Hati semakin berdebar kerana keuntungan bakal diterima malam itu. Sampul surat
80
diserah padaku dan dia terus pulang. Aku ucap terima kasih. Sampul dibuka dan hasilnya… Seperti mahu menangis aku malam itu. Menangis bukan kerana syukur. Menangis kerana usaha aku dibayar pengkhianatan! Hampir tiga bulan aku bak lipas kudung menjayakan projek itu dan imbuhan dalam sampul itu hanya RM1,000 sahaja! Aku bukan bodoh tidak tahu segala kos-kos operasi projek itu. Aku cuba telefon dia, namun tidak berjawab. Ya Allah, ujian apakah ini? Jangan kata iPhone 5, bayar hutang pun tak lepas. Kerana wang aku dikhianati. Ditikam kawan sendiri itu lebih perit dari ditikam musuh. Mujur aku masih ada lagi kawan-kawan yang baik hati. Si Erlyn penjual jubah dan Ashry si penjual kasut yang sama-sama berniaga di bazar dan Instagram tidak putus-putus memujuk aku untuk bangkit. Mereka yang bersama dengan aku pada malam sampul surat diterima. Yang melihat air mata kekecewaan dan kesedihan. Lebih menyedihkan, hari raya hanya beberapa minggu lagi! Aku pujuk diri. Aku yakinkan hati apa yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin ‘kawan’ aku itu sedang seronok berhari raya dengan wang puluhan ribu hasil kudrat aku. Tetapi dia lupa aku lagi ‘kaya’. Manakan tidak semua hasil usaha projek dari lusuh sehingga siap adalah kerja keras aku. Dia mungkin kaya wang, tetapi aku menang pengalaman! Tarikh 10 dan 11 Mei 2014 sejarah tercipta . Nama Vendeur Festival mula menjadi fenomena di kalangan pembeli dan usahawan Instagram.
81
Ratusan ribu pengunjung menyerbu Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Ada yang berkampung di luar stadium, sanggup berembun untuk mendapatkan koleksi jenama online yang diminati. Belum dikira yang berpusu-pusu membeli belah, yang menangis kerana barang dihajati terlepas dan pengsan kerana terhimpit. Sambutan sungguh luar biasa. Aku berjaya menganjurkan Vendeur Festival 1.0 setelah bergabung tenaga dan idea bersama Erlyn dan Ashry. Lebih mengujakan impak luar biasa Vendeur Festival 1.0 menjadi titik tolak kepada kejayaan industri usahawan dalam talian. Usaha kami mendapat liputan luas di media cetak dan elektronik. Vendeur Festival berjaya menghimpunkan 400 usahawan online Bumiputra di bawah satu bumbung. Menjana transaksi jualan hampir RM 1.5 juta dalam masa dua hari! Mujur aku tidak terus tersungkur atas tragedi 2013. Falsafah aku hanya satu, jika seseorang itu begitu kuat membuatkan engkau jatuh, tunjuk pada mereka yang engkau lebih kuat untuk bangkit. Malam 19 Jun 2016 mencatat penganjuran Vendeur Festival 9.0. Sudah dua tahun penuh cabaran kami harungi bersama. Tetapi kami belum puas. Vendeur Festival akan terus melangkah. Akan kami pastikan usahawan online bersama-sama kami mengecapi kejayaan. Tidak akan kami biarkan mereka rebah, namun jika itu terjadi dengan pantas kami akan bangkitkan mereka semula. Benar, mereka mungkin nampak perjalanan kita yang indah. Tidak merasa perit tersungkur sebelum bangun semula. Pesan aku, tidak
82
salah berniaga walaupun kau pemegang ijazah kelas pertama. Risiko itu ada mana-mana. Life is interesting. In the end, your greatest pains become your greatest strengths…
83
84
FH HEALTHCARE: DOKTOR YANG ASALNYA GAGAL DR. FIRDAUS HARIRI
“Anak muda ini telah berjaya membuka beberapa buah klinik bersama rakan-rakannya ketika mereka masih muda. Beliau bersama 5 rakannya yang lain telah menubuhkan FH Healthcare pada 2006. Walaupun masih muda dalam lingkungan 28-38 tahun, namun atas semangat dan kegigihan mereka ini membuatkan mereka berjaya membuka sehingga 6 buah klinik, menceburi bidang pertanian serta makanan (F&B).”
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah Al-Asr, 1-3) Perjalanan saya selama 14 tahun sebelum menjadi seorang pakar bedah mulut dan maksilofasial sememangnya penuh dengan pelbagai dugaan dan halangan. Bermula dengan matrikulasi, kemudian ijazah sarjana muda pergigian, seterusnya ijazah sarjana muda perubatan dan akhir sekali ijazah sarjana kepakaran pembedahan maksilofasial. Tiada jalan pintas. Kuatkan semangat dan terus berjuang. Perjalanan
85
ini ibarat satu jihad yang besar, pada masa yang sama mengajar diri sendiri erti kemerdekaan sebenar dalam konteks pencarian ilmu, pengukuhan ekonomi, ‘survival skills’ dan peluang untuk mencipta satu ‘chain reaction’ agar ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh orang lain. **** Ayah saya suatu ketika dahulu merupakan budak kampung seperti mana kanak-kanak lain pada lewat tahun 1940an di Tanah Melayu yang pada ketika itu masih dijajah British. Anak kepada seorang peneroka yang pernah hidup pada era pemerintahan Jepun, beliau hidup dengan serba kekurangan dan kepayahan berbanding dengan diri saya pada usia yang sama seperti beliau. “Jangan membazir, ramai lagi orang lain yang berlapar.” Pesan ayah jika nampak anak-anaknya tidak menghabiskan makanan di atas pinggan. Makanan rutinnya bersama keluarga adalah ubi kayu dan hasil bertani, berbeza sangat dengan diri saya apatah lagi anakanak saya kini. Sehingga hari ini, cukup bagi beliau sekadar air kosong terhidang di atas meja. Membantu ayahnya mengutip koko, menyimpan wang saku hasil jualan tani untuk membeli bekalan minyak pelita bagi menghabiskan kerja sekolah di rumah pada waktu malam, berjalan kaki ke sekolah di luar kampung dan kadangkala cuma berselipar kerana tidak mampu untuk membeli kasut baru, beliau berjaya memerdekakan dirinya untuk keluar dari kampung halaman, masuk ke sekolah menengah berasrama, belajar bahasa Inggeris dan memperoleh peluang ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran.
86
Kemerdekaan bagi diri ayah saya ialah kejayaan melepasi tembok halangan kepayahan hidup. Kemerdekaannya telah memberikan peluang dan asas penting untuk dia dan anak-anaknya melakukan perkara yang sama, kali ini bukan hanya untuk keluarga bahkan untuk masyarakat. Tidak kira dari mana asal-usul dan latar belakang kita, jangan sekalikali kita berasa sangsi dengan keupayaan diri ini. **** Saya gagal tahun pertama bidang pergigian dengan teruk sekali pada tahun 1998. Teruk sehingga hilang keyakinan diri dan merasakan dunia terlalu gelap. Gagal atas kesalahan sendiri yang lalai dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Apabila diberi peluang kedua
87
untuk mengulang, saya bersyukur dan berazam mahu mulakan hidup yang baru. Pelbagai kerja sambilan pernah saya lakukan semasa belajar pada suatu ketika dahulu. Bekerja untuk pengalaman dan wang saku semasa mengulang tahun pertama kursus pergigian serta bekerja untuk membayar yuran semasa mengambil kursus perubatan. Walaubagaimanapun, bekerja sebagai pencuci pinggan di salah sebuah hotel di Petaling Jaya pada tahun 1999 menjadikan saya seorang yang lebih bersyukur dan menghargai kehidupan apabila berpeluang mendekati lebih ramai lagi remaja-remaja seusia yang gigih bekerja sama ada untuk mencari sesuap nasi, menampung yuran pengajian, membayar hutang, mencari duit lebih untuk simpanan, menabung untuk berkahwin dan macam-macam lagi. Pada ketika itulah secara tidak sedarnya bermula pendedahan nilai-nilai ‘survival’ dalam diri saya. **** Adakah tugas saya sebagai seorang pakar bedah menghadkan saya untuk melakukan perkara-perkara lain di luar bidang perubatan yang boleh memanfaatkan orang-orang lain? Alhamdulillah, tidak sama sekali. ‘Entrepreneurship values’ yang saya perolehi sepanjang perjalanan hidup banyak memainkan peranan dalam usaha untuk memperbaiki diri di samping melakukan sesuatu yang saya harapkan dapat memberikan impak kepada masyarakat. Bermula dengan sebuah klinik kecil, Alhamdulillah bersama rakanrakan baik yang saya kenali sejak sekian lama, kini kami dapat membina jaringan 5 buah klinik dengan jumlah pekerja hampir
88
10 orang. Pekerja-pekerja kami kini ibarat ahli keluarga yang telah bersama-sama melalui saat pahit manis sejak hari pertama jaringan klinik kami dimulakan. Pengalaman bekerja sebagai pencuci pinggan juga sedikit sebanyak memberikan saya peluang mempelajari selok-belok perniagaan ‘food and beverage’. Kini saya dan rakan-rakan, sama-sama mengusahakan sebuah kedai kopi dengan 5 orang pekerja dan secara tidak langsung menjadi tempat pertemuan dan perbincangan untuk bergerak terus ke hadapan. Walaubagaimanapun, harus kita ingat yang setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ini pasti ada sebahagiannya hak untuk orang lain. Saya sentiasa percaya kepada konsep ‘giving back’. Lebih banyak yang kita beri, lebih banyak yang kita perolehi. Misi kemanusiaan, bantuan bencana alam, bantuan dana pesakit, khidmat masyarakat dan kelas-kelas ilmu perubatan serta ilmu agama merupakan antara perkara yang dapat kami jalankan dan realisasikan bagi memberi semula kepada masyarakat. Bagi saya, permulaan setiap individu hampir sama sahaja. Gagal juga adalah perkara biasa dalam perjuangan. Saya telah menjadikan kegagalan saya suatu sumber inspirasi untuk mengejar impian dan memerdekakan pemikiran saya untuk menggapai sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada orang-orang di sekeliling saya. Bila difikirkan semula tempoh perjalanan yang telah saya lalui suatu ketika dahulu, ternyata 14 tahun tersebut adalah sebahagian besar dalam hidup saya. Saya dan waktu itu adalah satu. Teringat pesan Naib Canselor Universiti Malaya kepada saya pada tahun 2005 dahulu. “Teruskanlah perjuangan kita ini. Kita tidak punyai banyak masa.” 89
90
DUBOOK PRESS: JALAN TERUS DAN LANGGAR MUTALIB UTHMAN
“DuBook Press merupakan penerbit buku indie dan alternatif paling popular di Malaysia dengan lebih dari 100 judul buku yang telah diterbitkan. Penerbit buku ini merupakan antara ‘top seller’ ketika di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Mereka juga menjadi di kalangan penerbit buku pertama dari Malaysia yang telah pergi ke London Book Fair baru-baru ini dan mereka bakal membuka kedai buku di sana.”
Ada orang bangun jam 6 pagi untuk mengadap jem pergi bekerja. Aku juga pernah bangun 6 pagi untuk pergi bekerja. Tapi bukan bekerja dengan orang, tapi menjual di pasar pagi. Aku masih ingat lagi, Pasar Pagi Seksyen 13, setiap hari Ahad. Ketika itu aku baru berumur 23 tahun. Baru abis belajar. Yang ajaibnya modal bisnes aku datangnya dari wang PTPTN. Aku dah grad, tapi PTPTN masih masukkan wang biaya. Menitik air mata aku masa aku cucuk duit dan lihat baki akaun aku ketika itu. Cepat-cepat aku keluarkan semua dan bank in kan di akaun yang lain, takut-takut PTPTN akan ambil semula duit tersebut. Macam bangang.
91
Dengan wang tersebutlah aku memulakan bisnes aku yang pertama, menjual Teh Peria. Masuk Pasar Tani dan pasar malam bukanlah asing bagi aku. Abah aku dah ajar aku untuk buat semua ini, semenjak aku di Tingkatan 2 lagi. Kalau tak ada tapak, kita Rambo. Rambo ini main terjah sahaja tapak orang. Tak pernah fikir panjang. Kenapa aku pergi berniaga jam 6 pagi? Masa tu aku hanya ada skuter V100. Itulah skuter yang aku gunakan untuk pergi kuliah, merempit dan bawa makwe. V100 inilah juga kenderaan perniagaan pertama aku. Aku menjual Teh Peria. Teh Peria ini stoknya aku perolehi dari Abah aku. Teh Peria ini khas untuk pesakit Diabetes. Aku kena bagi tester kepada orang ramai untuk membuktikan kepada mereka bahawa Teh Peria aku ini tidak pahit. Jadi aku kena bawa thermos dan juga baldi untuk letak cawan tester yang telah diguna. Aku juga kena bawa kaki meja, kaki payung, papan lapis dan payung besar itu sendiri. Kau bayangkan aku kena bawa semua itu menaiki skuter V100 aku. Bukan macam kau, mula-mula berniaga terus nak beli kereta, duit dalam poket ada RM50. Berangan.
92
Menjawab kenapa aku perlu pergi berniaga jam 6 pagi- sebenarnya pada jam 6 pagi, JPJ atau polis trafik masih belum bangun lagi. Jadi skuter aku dengan segala macam barang yang perlu bawa itu, selamat dari di saman. 6 pagi di hari Ahad, kenderaan juga tak banyak, jadi aku selamat untuk bawa skuter sambil kepit baldi yang di dalamnya ada thermos dari rumah aku di Seksyen 7 hingga ke tapak niaga di Pasar Pagi Seksyen 13; tak perlu nak cilok dan boleh langgar lampu isyarat. Jam 6 pagi juga, makwe-makwe UiTM tak bangun lagi. Jadi tak ada lah malu sangat nak lalu sebelah mereka di Seksyen 2. Begitulah payahnya aku nak sampai ke tempat berniaga. Dan perit jerih aku tak terhenti di saat itu sahaja. Bila sampai di tapak niaga, aku tak pernah ada tapak tetap. Rambo. Mana ada tapak kosong, aku buka payung. Walaupun sampai dalam jam 6.30 pagi, aku terpaksa tunggu sehingga 7 pagi untuk mengenalpasti tapak niaga yang kosong dan cop tempat. Tunggu sampai 7.30 untuk pastikan tempat itu betul-betul kosong, barulah aku buka payung. Pernah sekali bila aku dah setup semua barang niaga aku, tuan tapak datang. Jadi aku kena kemas dan cari tapak lain. Sabar ajelah aku masa itu. Kadangkala semua tapak niaga penuh. Semua peniaga datang berniaga, biasanya pada minggu orang dapat gaji. Balik rumah tidak sekali. Aku nekad untuk buka tapak niaga di laluan pejalan kaki. Laluan ini sememangnya diharamkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam untuk sesiapa membuka tapak niaga, tapi aku tak ada pilihan lain; Jalan Terus! Pernah beberapa kali disaman dan pernah sekali barang dagangan aku dirampas.
93
Bukan takat Teh Peria aku sahaja diambil, malahan payung dan meja jualan aku turut sama disita. Tapi patah semangat, tidak sekali. Aku beli baru, minggu depannya aku terus berjuang lagi. Berniaga Teh Peria ini seronok. Seronok kerana aku dapat cash setiap hari. Kau bayangkan untuk kerja dari jam 7.30 sehingga jam 12 tengah hari, aku boleh dapat untung bersih RM200. RM200 sehari. Selain dari Pasar Pagi Seksyen 13 aku juga ada berniaga ditempat lain, di Padang Jawa misalnya. Purata dapat RM150. RM150 sehari dan aku biasa berniaga 20 hari sebulan, gaji aku dah RM3,000. Gaji kau tahun lepas baru naik RM3,000 kan? Dari situ aku nampak ini bidang yang perlu aku buat dengan sungguh-sungguh. Jadi dari seorang peniaga pasar pagi dan pasar malam, kini produk aku ada terjual di semua toko jamu ternama di seluruh Malaysia. Kau bayangkanlah jika aku putus asa masa kena angkat semua barang niaga aku menaiki skuter V100 atau aku putus asa ketika payung dan meja aku dirampas MBSA. Bayangkan juga jika aku putus asa dan mohon kerja 7Eleven. DuBook Press tak akan ada. Sebab apa? Sebab aku takkan ada duit lebih untuk buat DuBook Press. Pergi matilah dengan nasihat kalau nak berniaga, berniaga apa yang kita suka. Kau ingat aku suka ke jual Teh Peria tu dulu? Dah la tak glamour, jual dekat pasar malam pula tu. Kau dengar nasihat aku ni. Mulakan perniagaan dengan apa yang boleh bagi kau wang yang banyak. Lepas kau dah ada wang yang banyak, kau berniagalah benda yang kau minat. Kau nak bina 5 masjid pun boleh. Lagi satu, aku cukup pantang orang yang menganggap bisnes ni benda yang menyedihkan. Kau asyik kata dulu kau susah meniaga kuih depan rumah. Jual kuih depan rumah tu berniaga kot.
94
Kau nak bersedih tentang hal itu kenapa? Berniaga kuih depan rumah itulah yang sebenarnya membentuk kau sekarang. Mungkin dengan berniaga kuih depan rumah itulah buat kau tak kekok untuk berkomunikasi dengan orang, buat kau kenal orang dan buat kau jadi diri kau sekarang. Bisnes ini perjalanan, bukan perlumbaan. Jadi, untuk kalian yang baru nak berjinak-jinak nak berniaga, jalan terus, langgar, mulakan dengan apa yang kau ada dan tak perlu tunggu kesempurnaan. Tumpu satu perkara. Buat perkara itu sungguhsungguh, semua benda yang baik, akan datang sendirinya. Percayalah!
95
96
TEMPATAN FEST: PERCAYA PADA JENAMA TEMPATAN SEIR RASHID
“Bermula dari sebuah kedai konsep kecil berbumbungkan khemah di Kuala Lumpur kini telah menjadi fenomena kepada jenamajenama tempatan. Tempatan Fest 1.0 pada tahun 2013 bermula dengan disertai oleh 34 jenama tempatan dan ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Hari ini, Tempatan Fest telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 100 brand tempatan termasuk dari Sabah dan Sarawak.”
Salam. Terima kasih kerana menjemput untuk menulis dalam buku ini. Ini merupakan satu perhargaan. Terima kasih diucapkan. Tempatan Fest (TF) bermula dari sebuah kedai konsep kami di bawah tiga khemah (Arabian) di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur kira-kira 2 kilometer dari KLCC. Ia dinamakan sebagai Brand Design Bazaar (BDB Kia Peng) dengan moto ‘The Best of Lokal Brands’. Beberapa jenama lokal seperti Supersunday, Kelipan, RARE, Junkcult, Attack dan Rated adalah antara jenama lokal yang mula-mula menyokong kami ketika itu.
97
Mereka adalah antara jenama yang telah beberapa tahun bertapak dan aktif, khususnya secara online pada sekitar 2012. Kami telah diberi peluang oleh DDEC (Design Development Centre), sebuah anak syarikat MARA untuk membangunkan kawasan parkir kereta mereka sebagai hab dan lokasi pembangunan seni rekaaan (design) dan grafik). Mula beroperasi sekitar awal 2013, jualan BDB secara runcit sangat tidak memberangsangkan. Ini adalah kerana Jalan Kia Peng bukan satu laluan yang sibuk, walaupun tidah berapa jauh dari KLCC. Dengan bantuan rakan-rakan jenama lain, Achtung! KL sebagai penggerak utama BDB Kia Peng telah menganjurkan sebuah acara yang bernama Tempatan Fest 1.0 di Jalan Kia Peng, Kuala lumpur pada 31 Mac 2013. Bermula dengan 34 jenama lokal TF 1.0 ini mendapat sambutan yang sangat baik.
98
Perjalanan kami pun bermula. Sehingga kini, kami telah menjalankan banyak acara TF di seluruh Semenanjung Malaysia dan telah/cuba ke Sarawak pada tahun ini. Sepanjang pengembaraan menganjurkan TF, saya sebagai pengasas acara ini sangat gembira dengan sikap anak-anak muda yang positif dan kuat bekerja, kerana kejayaan yang kita harapkan tidak akan boleh dicapai tanpa kerja paling keras dan keberanian yang tinggi. Yang paling penting, tanpa perancangan dan arah yang jitu, kita pasti sukar untuk mencari jalan bagi mencapai kejayaan tertentu. Di sini, saya cuba untuk membuat kupasan mengenai IndieNomics yang menjadi tajuk buku ini. Saya akan huraikan dalam bentuk pendapat dan perbahasan, semoga dapat memberi pemahaman bagaimana kami beroperasi, berkembang dan membuktikan bahawa kita semua boleh mencapai kejayaan dan kejayaan itu adalah untuk semua.
PEMIKIRAN Pemikiran orang di seluruh dunia boleh diubah dengan anjakan pemikiran (mind revolution) yang bermula dengan perubahan pemikiran kamu sendiri. Contoh. Jika semua manusia sekeliling kamu mengatakan bahawa kamu tidak akan berjaya kerana membuka kedai di tempat yang tiada manusia, kamu pula berkeras mengatakan bahawa kamu akan berjaya. Kamu mungkin berjaya dan mungkin tidak.
99
Tetapi berjaya untuk memulakan sesuatu, itu pasti kemungkinan besar. Fokus dan gol adalah yang paling penting dalam menjayakan sesuatu. Bila kita sudah berjaya, pemikiran orang lain juga secara automatik akan berubah. Its a hard work, but someone got to do it.
BEBAS Sebagai seorang seniman atau pereka, saya selalu menghadapi perjalanan hidup yang sukar kerana kurang memahami dunia perniagaan atau komersial, khususnya mengenai pemasaran. Dalam industri kreatif, para graduan lebih terdorong untuk bekerja. Bagaimana bila tiada ruang pekerjaan? Ada yang lebih suka menunggu dan terus mencari kerja. Bagaimana kalau kamu yang mencipta pekerjaan kamu sendiri? Create a business. Dan bekerja kuat untuk untuk perniagaan itu. Mungkin lebih kuat berbanding apabila bekerja dengan syarikat tertentu. Sukar ya? Jangan risau kerana kami ada jawapannya.
CINTA Dalam bahasa Inggeris - Passion is an intense emotion, a compelling enthusiasm or desire for something. Dalam bahasa Malaysia, mungkin ia akan dimaksudkan sebagai cinta. Jadi, jika kita cintakan sesuatu, kita akan berusaha sedaya upaya walaupun kita mungkin tidak tidur semalaman, atau tidur 5-6 jam untuk selama beberapa hari. Ia agak ekstrem tetapi, menurut
100
idola bisnes saya, seorang juruhias pengantin yang berjaya pernah mengatakan begini – ‘ 99.99999999 peratus untuk memastikan kejayaan ialah kerja keras. Bakinya itu ialah nasib atau luck’. Tiada magik, maaf itu tiada pengecualian.
SOLUSI Penyelesaian bagi mencari arah tuju dan gol dalam hidup adalah untuk menyelami hati kita sendiri, apa sebenarnya yang membuatkan kita bersemangat dan ingin terbang atau pergi ke hujung dunia sekalipun bagi mempelajari dan melakukan sesuatu yang kita cintai. Setiap orang memiliki keistimewaan, minat dan bakat masing-masing. Bagaimanapun, bakat sahaja tidak cukup, kerana ia memerlukan sikap positif dan latihan bagi menajamkan kemahiran yang kamu ada.
PENYELESAIAN MUKTAMAD The ultimate solution is to READ A LOT! Dalam apa sahaja bidang yang kamu cintai, ada skil dan elemen teknikal yang perlu dipelajari. Jika kamu cintakan sesuatu bidang, bersedialah untuk mempelajarinya dengan cara kamu sendiri. Lenyapkan perasaan cepat kecewa dan bersedia untuk apa sahaja!
REZEKI Rezeki tidak hanya berbentuk wang dan harta sahaja. Keluarga, teman atau rakan niaga yang baik adalah antara rezeki yang mungkin kamu tidak sedari. Antara beberapa kesilapan yang pernah saya
101
lakukan sepanjang menganjurkan TF ialah apabila bersikap terlalu mementingkan wang yang akhirnya menyusahkan kami sendiri dan pelbagai pihak lain. Kerjalah untuk pembangunan komuniti, yang memberikan sesuatu kepada masyarakat dan yang paling penting, untuk merubah pemikiran masyarakat bahawa perniagaan berasaskan kreativiti boleh memberi pulangan yang baik dalam kehidupan.
WARISAN Legacy. Saya selalu mengingatkan rakan-rakan bahawa perniagaan bukanlah sesuatu ikut-ikutan sahaja. Ia sebenarnya sesuatu yang berpotensi untuk dijadikan warisan anak cucu kita. Ia tidak akan mati dalam masa setahun kerana ia adalah hidup kita, cinta kita dan boleh diperturunkan kepada keluarga selama beberapa keturunan selepas kamu.
BRAND Oleh itu, bila kamu mahu membina sesuatu jenama, anggaplah ia adalah salah satu legacy. Kita pasti mahu ia dihormati, berjaya dan berterusan sampai bila-bila. Jenama itu akan hidup selagi ada cinta atau passion yang menggerakkannya. Jika belum ada perasaan sebegitu, belum terlambat untuk berhenti, belajar semula dan terus mencari. Its never too late to learn and keep on learning. Terima kasih kerana terus menyokong TF. Terus lakukan apa yang kamu suka. Kerja seniman ialah untuk menajamkan skil yang ada, terus produktif dan kejayaan tak akan ke mana.
102
Ilmu komersialisma perlu dibaca secara pesat kerana ia akan menyelamatkan aspek perniagaan artis berkenaan. Cita-cita haruslah tinggi. Jangan pedulikan pandangan orang lain, kerana pandangan mereka akan berubah suatu hari nanti. Pasti!
103
104
MODVIER: SEGALANYA DI BAWAH SATU BUMBUNG SARAH SHAH NOR “Kesukaran mendapatkan pakaian muslimah daripada butikbutik tempatan memberi ilham kepada Sarah Shah Nor untuk mengumpulkan semua jenama terkenal muslimah dibawah satu bumbung pada 2013. Kini, pengguna hanya perlu ke Butik Modvier di Bangsar dan Gio Mall Kutantan dan terus mempunyai pilihan lebih dari 100 jenama muslimah di bawah satu bumbung.”
Nama saya Siti Sarah Binti Shah Nor dan mereka di ruang media mengenali saya sebagai Sarah Shahnor. Saya berusia 32 tahun. Selepas berumahtangga, saya yang berkelulusan degree hons (TESL) mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah dan menguruskan rumah tangga. Namun pada tahun 2010, selepas suami saya mencadangkan secara rawak supaya saya mula menjual baju rekaan saya sendiri, tiba-tiba ianya menjadi pemangkin pada empayar perniagaan saya pada hari ini. 6 tahun yang lalu, saya bersama seorang rakan memulakan Ammara
105
Hijabi. Sebuah syarikat yang mereka dan menjual pakaian muslimah. Inspirasi kami ketika itu ialah butik Najjah dan Hajaba. Kami mengambil inspirasi dari contoh rekaan syarikat pakaian besar seperti Zara dan MNG dan mengolahnya menjadi pakaian sopan yang sesuai untuk kaum Muslimah. Dikala itu, perniagaan atas talian tidak sehebat sekarang. Ammara Hijabi boleh dikatakan merupakan salah satu pemangkin kedai hijab online di negara ini. Dengan kurang saingan dan rekaan segar dan tersendiri, kami mendapat perhatian yang meluas dari orang ramai, yang bertudung terutama yang inginkan kelainan dalam berfesyen dan sekaligus munutup aurat mengikut tuntutan agama. Koleksi Ammara Hijabi di pertunjukkan di pentas dan festival filem antarabangsa dan tempatan seperti IFF, KLFW, MIFA dan lain-lain. Pakaian kami dipilih oleh hos WHI, NONA, Safiyya, Bella , Berita dan 106
Bulletin serta majalah dan akhbar tempatan seperti Nona, Hijabista, Nur, dara.com, Rapi, Intrend, Hijab Fesyen, Harian Metro, Berita Harian dan lain-lain lagi. Selepas 2 tahun aktif berniaga, saya mengambil keputusan untuk menjual bahagian saya sepenuhnya pada rakan kongsi saya dan kembali memberi perhatian pada anak saya. Namun, memang agaknya naluri keusahawanan saya terlalu kuat, selepas setahun, saya mengambil keputusan untuk kembali ke persada fesyen muslimah dengan memulakan perniagaan baru. Tapi saya sedar yang pada ketika itu, jenama pakaian Muslimah sudah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sudah beribu nama terkenal yang masing-masing menawarkan kelainan rekaan mereka. Saya tidak mahu menjadi seperti mereka. Saya mahu mencipta kelainan. Saya inginkan sesuatu yang lain dari biasa. Saya perlu mulakan sesuatu yang belum pernah dibuat orang. Tapi apa? Suatu hari, apabila saya pergi ke hub fesyen muslimah yang terkenal di Seksyen 7, Shah Alam untuk melawat beberapa butik rakan-rakan saya, di situlah saya mendapat idea atau petunjuk yang saya cari. Penat saya turun naik tangga, pergi dari satu butik ke butik yang lain semata-mata untuk membeli belah dari semua jenama hebat yang berlainan ruang. Bagaimana jika saya rangkumkan kesemua jenama terkenal ini di bawah satu bumbung supaya pembeli dapat pergi hanya ke satu tempat untk melihat dan membeli semua jenama yang mereka mahu? Bukankah itu menjimatkan masa dan tenaga para pelanggan? Suami menyokong idea saya itu dan perancangan selanjutnya ialah lokasi hub fesyen saya ini. Saya harus memilih kawasan yang strategik
107
dimana penduduk disekitarnya belum tahu akan kehebatan jenama muslimah tempatan ini. Suatu hari, bila saya berjalan-jalan di kawasan Bangsar, saya ternampak sebuah bangunan kaca yang amat menarik. Terus saya terfikir yang memperkenalkan fesyen Muslimah di kawasan elit sebegini adalah suatu langkah berani dan saya mahu melakukannya. Mungkin ia akan berjaya menarik perhatian. Mungkin saya akan tenggelam di antara butik-butik ternama antarabangsa disini. Saya sanggup mengambil risiko dan saya tahu yang bangunan kaca ini merupakan premis yang paling sesuai buat memulakan rancangan saya ini. Dan Modvier pun bermula. Boleh dikatakan ia telah mencetuskan suatu revolusi, lebih dari yang saya harapkan. Pelanggan Modvier bukan sahaja dari Bangsar dan Kuala Lumpur malah dari Singapura, Brunei dan Indonesia. Kami bermula dengan hanya 20 jenama ternama antaranya Calaqisya, Radiusite, Bella Ammara, Rina Salleh, Jubah Souq, Minaz, Mazlianul Maznan, Tudung People, Fleur Malaysia, Sugarscarf, Naelofar by Neelofa, 14 November by Yuna dan Rico Rinaldi. Pada hari pelancaran Modvier, kami berbesar hati bila Datuk Seri Shah Reza yang melancarkan Modvier dan Yuna sanggup mencuri masa dari jadualnya yang ketat dan terbang ke sini dari Amerika untuk bersama kami pada hari bersejarah itu. Media menjadi sangat berminat akan konsep perniagaan kami dan kami mendapat liputan yang meluas dari seluruh media masa dan media sosial tempatan dan antarabangsa sewaktu kami mulakan operasi pada Mac 2013. Konsep perkongsian Modvier ternyata berjaya. Kami berkongsi
108
pelanggan, pemasaran produk, dan keuntungan sama rata dengan semua vendor kami. Konsep Modvier bukan sahaja untuk jenama yang sudah terkenal, bahkan ia juga bagus untuk jenama baru yang ingin mula bertapak dalam dunia fesyen muslimah kerana dengan menjual produk mereka di Modvier, mereka tidak perlu memikirkan soal pemasaran dan promosi jenama kerana segalanya akan dilakukan oleh pihak kami. Mereka hanya perlu mengadakan produk yang bagus dan berkualiti secara berterusan. Modvier pada hari ini telah berpindah ke premis yang lebih besar dan luas juga di kawan jalan masuk utama Bangsar dan mempunyai jumlah vendor yang lebih banyak. Kami juga mempunyai sebuah cawangan di GIO Mall, Kuantan dan kami masih memikirkan lokasi yang sesuai untuk terus mengembangkan empayar kami bersama vendor-vendor kami. Kami juga akan melancarkan sebuah laman e-commerce supaya lebih ramai lagi penggemar fesyen muslimah dari seluruh dunia dapat membeli dari vendor-vendor kami. Seterusnya, kami akan juga melancarkan Modvier International dimana kami akan membawa vendor—vendor kami ke peringkat antarabangsa. Sesuai dengan perancangan kami ingin menembusi pasaran antarabangsa, Modvier baru sahaja menyertai acara Pure London di Olympia, London dengan membawa 13 jenama tempatan bersama kami untuk diperkenalkan pada penjual dan pembeli di kota London selari dengan motto Modvier untuk berkongsi pengalaman dan kemudahan membeli belah untuk semua penggemar fesyen Muslimah di seluruh dunia sambil membantu memancak kehebatan jenama tempatan kita ke persada antarabangsa. Kepada anda di luar sana- ciptalah kelainan anda jika ingin berniaga dan anda boleh berjaya! 109
110
BARBARITTOS FOODTRUCK: JUAL MAKANAN KENA FUN HAFIY MUGHNIE
“Berbekalkan kepada minat terhadap keusahawanan, Barbarittos bermula pada 2013 dengan satu trak Kini dengan dua trak, mereka berjaya mendapat hasil jualan sehingga RM 3000.00 sehari. Walaupun tidak bermula dengan modal yang besar, namun semangat dan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan membuatkan mereka mampu untuk mengumpul modal yang lebih besar hasil dari jualan kecilkecilan sebelum ini.”
“Impian saya? Babarittos mempunyai banyak cawangan di dalam dan luar negara dan menu Babarittos dihidangkan dalam pesawat Malaysia. Jika tercapai kedua sasaran ini, maksudnya saya dah berjaya.” - Muhammad Hafiy Mughnie Amran, Pengasas Babarittos Food Truck
Perlu Ada Sasaran Jika tidak tentukan sasaran dalam perniagaan, kita tidak akan kemana. Diri sendiri dan pekerja tidak ada hala tuju. Berniaga siang malam
111
motivasi. Pada peringkat awal perniagaan, mulakan dengan sasaran kecil: berniaga 6 hari seminggu dan jualan cukup untuk pulang balik modal. Tetapkan sasaran baru selari dengan perkembangan perniagaan. Semakin berkembang perniagaan semakin besar dan tinggi sasaran kita. Sasaran harus realistik, seperti yang saya nyatakan diatas, itu sasaran saya untuk 5 tahun akan datang. Untuk masa terdekat, Babarittos merancang untuk masuk ke arena food truck di Johor dan Melaka.
Bagaimana Saya Bermula Minat terhadap perniagaan sebenarnya telah lama terpupuk sejak saya kecil lagi kerana selalu memerhati kedua ibu bapa saya yang 112
berniaga. Sejurus selepas habis pengajian dalam bidang kejuruteraan pesawat, saya membuat keputusan untuk mula berniaga. Dalam dunia perniagaan, latar belakang, umur, bangsa, dan agama tidak menjadi penghalang. Kemahuan dan keyakinan tanpa alasan adalah kunci. Walaupun dianggap muda dan tidak berpengalaman oleh sesetengah pihak, saya tidak putus asa kerana jika saya tidak mulakan sekarang, bila lagi? Kalau saya tidak buat, orang lain akan buat atau idea saya lapuk dek bulan. Bukan zaman, bulan atau tahun dijadikan ukuran dalam dunia perniagaan sekarang yang pantas bergerak dari satu idea ke idea yang lebih unik dan kreatif. Cari idea yang membuat perniagaan kita lain daripada yang ada di pasaran. Kita jual produk atau makanan yang sama tetapi cara kita, mesti berbeza. Pada waktu saya mula berniaga, banyak kedai makan yang menjual burrito, namun tidak ada lagi yang menjualnya dari food truck. Itu sebab pertama saya putuskan untuk mulakan perniagaan food truck. Sebab kedua, perniagaan ini modal tidak besar, saya menggunakan semua duit simpanan yang ada untuk membeli sebuah van kecil jenama Inokom yang berharga RM20,000 pada tahun 2013. Memandangkan kedua ibu bapa saya telah berkecimpung dalam perniagaan makanan, mereka memberi sokongan dan menyumbang sedikit modal. Ada juga rakan yang turut percaya misi Babarittos dan menyumbang kepada modal permulaan. Ketiga, risiko perniagaan food truck ini rendah. Kebolehan bergerak menyenangkan kami untuk mendapatkan pulangan yang secukupnya untuk perniagaan rutin hari-hari. Adanya acara (event) yang menjemput para food truckers untuk menjual makanan dan minuman membantu kami untuk memperkenalkan konsep food truck kepada mass market. 113
Dengan berniaga di pesta atau acara, kami juga dapat berkenalan dengan food truckers yang lain dan menjalinkan hubungan dengan pelanggan yang berminat untuk menggunakan servis kami. Dalam komuniti peniaga-peniaga food trucks, networking sangat penting untuk membina reputasi yang baik. Bukan hanya diantara food truckers dan pihak pengurusan acara, malah dengan pelanggan yang melawat tapak kita pada hari biasa. Mereka harus diberi layanan yang baik kerana mereka adalah ‘papan iklan bergerak’. Words of mouth adalah alat pemasaran yang paling berkesan, terutamanya dalam industry F&B (food & beverages).
Nak Pasarkan Produk Mesti Kena Ada Cara Salah satu cabaran pertama yang saya hadapi selain daripada membeli van dan mengubahsuainya menjadi food truck ialah menamakan pernigaan saya. Babarittos datangnya dari gabungan ‘Baba’ iaitu panggilan saya untuk ayah dan ‘burritos’, menu utama food truck kami. Nama dan branding juga memainkan peranan. Brand yang senang diingat menyenangkan proses pemasaran. (Tip penting untuk menamakan food truck: gunakan satu atau dua patah perkataan sahaja.) Food trucks adalah fenomena yang baru dan spontan di Malaysia, maka cara kita pasarkan poduk ini memerlukan kelainan juga. Food trucks secara majoritinya digemari oleh golongan muda, jadi selain mempromosikan produk (baca: makanan) di acara dan tapak perniagaan harian, saya banyak bergantung kepada media sosial. Facebook, Instagram dan Twitter menjadi pilihan untuk mempamerkan makanan dan servis yang ada.
114
(Tip: Pastikan maklumat di kesemua laman media sosial sentiasa di kemaskini.) Dua perkara yang saya pelajari sepanjang berniaga food truck adalah sajikan makanan yang sedap dan berikan servis yang mesra. Jika kedua perkara ini dijaga dan dikekal, perniagaan anda pasti berjaya. Dari hanya dapat pulangan sebanyak RM20 sehari hingga berpendapatan RM10,000 sebulan dan sebanyak 1,000 burritos dan nachos terjual setiap malam, perjalanan kami bukan selalu senang. Tetapi itulah realitinya. Bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan food truck sendiri, kata akhir saya: jangan putus asa!
115
116
JOHO CLUB: SIAPA KATA NGO TIDAK ‘FUN’? ZUL ABBAS
“Sebuah kelab belia yang terkenal di kalangan bangsa Johor. JOHO ditubuhkan pada 2009 dan telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menyediakan platform untuk anak-anak muda terutama di Johor bagi mengembangkan bakat serta mengekspresi seni mereka dengan cara tersendiri. Berteraskan kepada slogan ‘With Love, Trust and Respect’, JOHO terus mengorak langkah untuk terus berbakti dengan menyediakan platform kepada usahawan muda.”
JOHO telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan kami adalah komuniti bebas yang menggalakkan gaya hidup kreatif. Kami memberi tumpuan kepada pergerakan seni dan menyediakan platform untuk anak-anak muda mengekspresikan bakat mereka. Kelab Belia Johor atau lebih dikenali sebagai JOHO Club ialah kelab belia berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan sejak 2012. Sebagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), kami meggalakkan gaya hidup yang sihat dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik. Objektif utama kelab ini adalah untuk menyediakan satu platform bagi
117
komuniti belia yang berbakat untuk menunjukkan bakat mereka dan mempertahankan warisan dan budaya. Joho sentiasa bergerak ke hadapan untuk membantu belia di Johor mencipta dan mencapai impian besar mereka supaya menjadi kenyataan satu hari nanti. “With Love, trust and respect”. Terdapat pelbagai acara dan aktiviti yang dianjurkan oleh JOHO CLUB untuk membantu belia di Johor menunjukkan bakat mereka dan sebagai platform untuk usahawan muda mengembangkan perniagaan mereka dan memperkenalkan jenama tempatan. Acara tahunan kami ialah:
GEGO GEGO adalah satu perhimpunan untuk pencinta JOHO. Ia adalah satu acara dari belia untuk belia yang menegakkan warisan dan menghayati budaya Johor. GEGO ialah slanga yang digunakan oleh orang Johor. Ia diambil dari perkataan Gegar tetapi dalam konteks ini, ia menggambarkan kemeriahan dengan semua aktiviti dan segalagalanya yang berlaku pada acara itu.
118
Paso Bumbong Paso Bumbong adalah Slang Johor untuk ‘Pasar Bumbung’ dalam Bahasa Melayu. Ia adalah acara tahunan oleh JOHO Club dan biasanya akan berlangsung seminggu sebelum Hari Raya. Konsep Paso Bumbong merupakan bazar terbuka yang diadakan di atas bumbung dan ia mengumpulkan usahawan muda dan juga persembahan oleh artis tempatan. Paso Bumbong bermula pada 2010 dan ia juga berjaya mengumpul lebih 20 000 pengunjung yang datang untuk bersantai dan membeli-belah. Kini JOHO club makin mengorak langkah maju ke hadapan dengan kewujudan creativist idea dan JOHO konsep yang menjadi sebahagian daripada JOHO club. Ini akan membantu memajukan JOHO club di masa hadapan.
119
120
BATERI JB: ‘CAJ’ SEMULA KILANG LAMA JOHAN ROPI
“Sebuah bekas kilang bateri ditukar menjadi sebuah pusat komersil bagi usahawan-usahawan muda tempatan. Dengan menggunakan konsep ‘hipster’ dan ‘indie’, Bateri JB telah menjadi tempat no.1 untuk dilawati di Johor Bahru menurut majalah Air Asia. Pada masa yang sama, lebih 184 usahawan muda mendapat tempat untuk berniaga dan meluaskan pasaran.”
Hari ini, kita memerlukan kelainan untuk kekal bersaing di dalam dunia perniagaan. Kreativiti merupakan satu elemen penting bagi menterjemahkan sesuatu “idea gila” menjadi realiti. Keberanian adalah sesuatu yang pasti. Kebolehan berfikir secara analatikal dan kritikal merupakan kemahiran wajib yang perlu dimiliki. Muafakat dan meraikan perbezaan pendapat merupakan kata kunci kepada kegilaan ini.
121
Di sinilah segalanya bermula. Dari melayari Pinterest dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan hasil pengalaman pengembaraan di dunia impian mereka, satu rasa keinginan yang amat dalam timbul untuk mewujudkan dunia impian itu sebagai realiti. Kekangan untuk mendapatkan ruang bagi menjalankan “acara muda-mudi”, sampaikan kepayahan untuk mendapatkan platform perniagaan yang membolehkan anak muda berada “at par” bersama pesaing mereka merupakan aspirasi kepada idea ini. Ianya mengenai “place making”. Tempat kami, lihatlah kami. Apa guna katalis sana-sini, tapi di manakah orang kita yang harus menerobosi pasaran dunia?
122
Takkan kita hanya nak kekal bergaya memakai sepersalinan suit Itali tapi bila diseluk poket dalam sampai ke betis, nak cari sehelai “agong” pun terkais-kais. Sedar akan kehidupan itu adalah panggung sebenar kehidupan yang perlu dan hendak ditonton oleh setiap lapisan masyarakat, maka kami bersepakat untuk mewujudkan panggung kami dengan “extra” nya seramai satu bandar bagi tatapan Malaysia dan dunia. Inilah persembahan kami versi “uncut”, real and steady. Sit tight, enjoy your show. Kilang Bateri merupakan sebuah pusat membeli belah untuk anak muda. Berkeluasan 110,000 kaki persegi di atas sebidang lot perindustrian seluas 12 ekar, bekas kilang bateri Eveready ini diberikan nafas baru untuk memberikan laluan kepada 184 usahawan muda di Johor Bahru. Ianya secara sengaja dinamakan BATERI, kerana kami tahu kilang bateri ini memang sinonim dengan masyarakat tempatan. Maka, pemilihan nama adalah penting bagi tujuan “way finding” bagi menarik masyarakat tempatan mengunjunginya sebelum kita paparkan ke mata dunia. Placemaking merupakan satu agenda serius. Selain daripada cita-cita untuk mewujudkan “port” untuk kami sendiri, kami sedar pendekatan ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi setempat kerana ianya berupaya untuk membuka potensi ekonomi di kawasan tepu (brownfield) serta mengurangkan penerokaan kawasan hijau melalui kaedah guna semula (adaptive reuse).
123
Ini bermakna, sesuatu kawasan yang telah matang, sedia ada mempunyai rohnya tersendiri boleh diberikan nafas baru untuk mempunyai daya saingan ekonomi. Kilang bateri yang baru berumur setahun ini telah berjaya menarik pengunjung sejumlah 1 juta orang dari seluruh negara. Ini adalah hasil kerjasama erat antara usahawan di dalam kilang bateri ini yang terdiri daripada; 1) usahawan atas talian; 2) usahawan yang mengikut acara atau ekspo; dan 3) usahawan dari bazar ataupun pasar malam. Mereka ini dikumpulkan di bawah satu bumbung, untuk menarik “follower” mereka berkunjung bagi menyatakan kepada umum bahawa mereka telah berjaya memiliki outlet idaman mereka. Idea gila yang agak mustahil ini pastinya tidak akan berjaya sekiranya keyakinan di kalangan usahawan untuk bersama tidak wujud. Keyakinan ini hanya akan timbul kerana pengalaman mereka berurusan serta mengenali orang yang mereka berurusan. Agenda sebegini memerlukan penglibatan tempatan secara berskala besar. Ianya bukan sahaja didokong oleh “peserta”, tetapi harus disokong oleh “extra” seramai satu bandar bagi menerima kehadiran projek ini di dalam kehidupan mereka. Bateri wujud untuk bersama-sama menyertai persaingan ekonomi di kalangan pelaburan katalis di sekelilingnya dan bercita-cita membawa anak tempatan ini semua ke persada dunia.
124
Kesimpulannya, perniagaan itu umpama menghasilkan satu karya seni subjektif di mana kepuasannya tidak boleh diterjemahkan melalui kata-kata.
125
126
MIMPI KITA: BERJAYA LEBIH DARI MIMPI NURUL AFIDAH
“Memulakan perniagaan fesyen pada tahun 2008 dengan modal yang kecil berbekalkan tekad dan impian untuk memulakan jenama fesyen tempatan. Namun hari ini, MimpiKita berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi mementaskan koleksi Spring / Summer di London Fashion Week dan mendapat respon yang amat positif dari serata dunia. Koleksoi MimpiKita boleh didapati di laman web utama seperti Fashion Valet dan Zalora serta butik di Bangsar.”
Mengimbau kembali saat saya dan adik-adik saya memulakan langkah kami ke industri fesyen dengan jenama Mimpikita hampir sepuluh tahun yang lalu apabila menerima jemputan untuk bersamasama menyumbang dalam buku Indienomics ini. Walaupun Mimpikita belum lagi menjadi satu jenama yang begitu gah di persada dunia, namun kami bersyukur dengan apa yang kami telah capai setakat ini. Sebetulnya, saat melangkah dalam dunia perniagaan fesyen ini kami hanya berbekalkan tekad dan impian untuk memulakan jenama fesyen pakaian tempatan. Bukan satu keputusan yang mudah,
127
kerana saya dan adik-adik tidak mempunyai sebarang latar belakang pendidikan atau pengalaman kerja dalam bidang fesyen, tetapi tekad, minat dan semangat darah muda kami adik beradik ketika itu sangat mendalam. Ibu bapa kami juga tidak berapa setuju dengan keputusan kami pada mulanya. Tambahan lagi ibu saya satu ketika dahulu merupakan seorang tukang jahit dan beliau sering berkongsi cerita mengenai pembuatan pakaian yang semestinya bukan sesuatu yang mudah. Ayah kami pula ingin kami meneruskan perniagaan keluarga di Johor. Tetapi kami tetap bertekad, hari ini mereka adalah penyokong terbesar kami dan tanpa mereka Mimpikita mungkin tidak sampai ke tahap ini hari ini. Alhamdulilah.
128
Memulakan sesuatu itu mungkin lebih mudah dari mencari jalan untuk menjadikan Mimpikita terus relevan, kekal dan mendapat sambutan, terutama dalam industri fesyen yang berlalu begitu pantas ini – its all about what’s next. Kami bermula kecil-kecilan di Dataran Sunway dengan menjual baju dan aksessori menerusi blog, di kedai dan menyertai pelbagai bazaar hujung minggu. Melihat terdapat banyak permintaan dan setelah cukup modal kami berpindah ke Bangsar dan mula berjinak mengambil tempahan, menghasilkan batik dan membuat beberapa helaian untuk dijual. Hari ini, Mimpikita mengikut format rumah fesyen antarabangsa dengan mengeluarkan tiga koleksi utama sedia pakai (Ready-to-wear) mengikut musim iaitu Spring/Summer, Fall/Winter dan Lebaran, serta koleksi gaun perkahwinan, helaian basic menerusi jenama MKita, dan tudung. Pada masa yang sama kami juga menerima tempahan. Sepanjang perjalanan Mimpikita, kami memang bergerak sendiri tetapi kami juga turut mencari peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak lain bagi jenama seperti kami. Sebenarnya, jenama fesyen juga memerlukan ekosistem yang baik, dan mengatakan pencapaian yang kami kecapi adalah atas kami sendiri adalah tidak betul. Agensi seperti Martrade dan PUNB memainkan peranan dalam mengerakkan usahawan tempatan ke peringkat antarabangsa, penganjur-penganjur minggu fesyen dan banyak lagi memainkan peranan. Sememangnya bukan mudah, kami lihat terdapat banyak perkara yang kami masih perlu lakukan dan pelajari, ini akan sentiasa menjadi work in progress. Setakat ini, cabaran terbesar adalah dalam membawa Mimpikita ke
129
peringkat antarabangsa, kami berbangga dapat diterima dan diberi peluang mementaskan koleksi musim Spring / Summer 2015 di pentas berprestij London Fashion Week yang mendapat reaksi dan sambutan positif dari media antarabangsa, tetapi untuk bersaing dan menempa nama di London bukan sesuatu yang mudah. Perkara yang lebih penting adalah untuk terus kekal di London dengan jualan yang memberangsangkan mengambil masa, suntikan modal dan usaha yang lebih banyak lagi. Ada beberapa langkah yang kami ambil dan tidak mendatangkan hasil positif seperti yang dijangkakan, kami cuba beberapa tahun yang lepas melancarkan jenama kedua tetapi tidak menjadi dan hanya kekal satu koleksi sahaja. Kami juga cuba memasuki bidang perniagaan kafe dengan Calories KL di Hartamas tetapi terpaksa ditutup selepas hanya hampir setahun beroperasi. Terdapat pula, beberapa bulan kami terpaksa mengeluarkan wang simpanan sendiri untuk membayar gaji para perkerja dan pelbagai lagi. Ya, mungkin dari timeline instagram atau media sosial tampak glamor dan indah. Sebetulnya, bukan sesuatu yang mudah dan jenama fesyen adalah bisnes dan bisnes memerlukan model yang betul dan kerja keras untuk menjadi lebih baik. Ada satu tahap mungkin terasa mahu mengalah dan mungkin hanya menjadi suri rumah, tetapi kami adik beradik dan ahli keluarga saling menyokong antara satu sama lain. Mungkin ini salah satu kelebihan berkerja bersama adik beradik sendiri dan Mimpikita telah membawa
130
kami sekeluarga bersama dan menjadi lebih rapat lagi. Apa pun cabaran yang mendatang, Mimpikita adalah impian dan telah menjadi sebahagian hidup kami adik beradik oleh sebab itu kami perlu mencari jalan untuk mengharungi cabaran tersebut. Saya juga bertuah dengan adanya barisan staff yang passionate dengan apa yang mereka lakukan. Kalau ada tips penting yang saya boleh kongsikan dalam perniagaan fesyen adalah bagi mengenali dan memahami pasaran dan pelanggan jenama anda dengan mendapatkan maklum balas, lihat trend pembelian mereka dan letak diri anda di tempat mereka dalam setiap rekaan atau keputusan yang dibuat. Ada beberapa pelanggan setia kami yang kini telah menjadi sahabat baik dan sangat terbuka berkongsi maklum balas mengenai koleksikoleksi kami dan sebagainya. Saya bukanlah pakar dalam bidang keusahawanan, tetapi bagi saya keinginan untuk berjaya itu memang penting dalam memotivasi diri. Terus buka minda untuk terus belajar dari orang sekeliling, jangan kekok belajar dari orang yang lebih muda atau yang lebih bawah dari anda. Perjalanan dan pengalaman saya sebagai usahawan mungkin berbeza, malah saya percaya usahawan kini boleh berjaya dengan lebih pantas dengan peluang yang ada pada hari ini. All the best!
131
132
LET’S CEREAL: ‘CEREAL’IOUSLY BERNIAGA BIJIRIN? NADHIRA RAZIN
“Satu percubaan pasaran dengan hanya menjual aneka bijirin kepada pelanggan di Kilang Bateri, Johor Bharu dengan sistem pemasaran yang berbeza. Let’s Cereal bermula dengan kedai pertama di Bateri JB pada Ogos 2015. Selepas setahun, purata hasil jualan sebulan adalah sekitar RM15 ribu. Mereka bercadang membuka perniagaan sama di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.”
“Betul ke nak jual cereal? Ada ke orang nak beli?” “Dah buat market study ke? Kan boleh buat di rumah je... apa istimewanya kedai kau?” “Bukan ke cereal untuk sarapan?” Soalan-soalan ini dilemparkan kepada saya pada mula saya memberitahu rakan-rakan dan keluarga bahawa saya ingin memulakan perniagaan bijirin sarapan yang akan dijual sepanjang hari. 133
Asalnya perniagaan bijirin bermula dengan keinginan untuk berniaga di Kilang Bateri pada tahun 2015. Kami mengetahui bahawa geraigerai medan selera akan ditawarkan kepada peniaga dan pada masa itu saya dapat merasakan yang tempat ini akan menjadi tempat ‘hipster’ dan akan menjadi popular. Saya teringin sangat untuk berniaga makanan tetapi agak malas untuk menjual makanan yang kebiasaanya didapati di medan selera.
134
“Tak kan aku nak jual makanan ‘mainstream’ semua dah biasa kita dengar; nasi campur, mee rebus, laksa, tomyam”, detik hati saya pada waktu itu. Ideanya bermula ketika kami sedang berbuka puasa pada pertengahan Julai 2015. “Bosan lah, semua kafe jual kopi... tak ada ke yang jual ‘cereal’?” kata Yasmine Malik, sepupu saya yang mencetuskan idea untuk berniaga bijirin sarapan. Sesi berbuka puasa kemudiannya bertukar menjadi sesi gelak ketawa dengan setiap diantara kami cuba memberikan idea tentang nama kedai menggunakan perkataan ‘serious’ ditukar kepada ‘cereal’, seperti; “You better be cereal!” “Are you cereal?” “This is cereal business” “Lets get cereal” Kualiti dan dekorasi tempat berniaga juga merupakan satu perkara yg perlu dititik beratkan. Kami yakin bahawa kami tidak akan menghadapi masalah dengan kualiti barangan yang akan dijual oleh kerana kami menjual barangan berjenama yang telah melalui kawalan kualiti yang ketat. Konsep dekorasi adalah amat penting bagi kami kerana kami perlu meyakinkan pelanggan terhadap perniagaan kami dan mahu mereka bersetuju bahawa apa yang kami jual adalah unik. Menggunakan pintu-pintu rumah lama sebagai hiasan dinding,
135
sasaran kami juga adalah supaya pengunjung kedai kami akan mengambil ‘selfie’ dengan kedai kami, dan memuat naik di media sosial mereka. Ianya terbukti yang strategi kami berjaya apabila pengunjung bergambar di latar belakang atau ‘backdrop’ yang telah kami sediakan untuk mereka bergambar! Bukan mudah untuk memasarkan sesuatu yang tidak biasa dilihat di sesebuah medan selera. Kami perlu menawarkan sesuatu yang istimewa samada dari jenis produk atau layanan. Nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 di gerai biasa boleh jadi RM20 apabila dijual di hotel. Persembahan, ‘packaging’ dan ‘branding’ memainkan peranan utama. Kami mengambil masa yang lama untuk mereka bentuk logo dan juga mangkuk hidangan. Kami juga membuat percubaan tentang kombinasi rasa dan jenis bijirin. Kami pastikan ada kombinasi yang sesuai dengan umur pelanggan yang disasarkan, contohnya yang manis dan berwarna untuk kanakkanak, gabungan dengan aiskrim untuk belasan tahun, dan serat tinggi serta kurang gula untuk orang dewasa. Alhamdulillah, perniagaan kami masih kekal setelah setahun. Malah kami amat berbangga kerana dapat memberikan inspirasi kepada yang lain sehingga perniagaan yang serupa ini dibuka di Kuala Lumpur dan Terengganu. Apa yang boleh kami kongsikan, diharap supaya bakal usahawan di luar sana berani mencuba apa sahaja yang mereka rasakan menarik.
136
Percaya pada diri sendiri, percaya pada apa yang diusahakan, letakkan sasaran yang realistik dan tumpukan usaha serta lakukan perubahan sehingga mencapai apa yang diimpikan. Usaha, doa, baru berserah. InsyaAllah akan berjaya.
137
138
STICKYBOX: CIPTA PELUANG SENDIRI SYAHIR ZAKARIA
“Produk utama yang dipasarkan oleh Stickybox adalah t-shirt dan sudah pasti saingan amat tinggi dalam industri ini. Namun, Stickybox tampil berbeza dengan keunikan dan melihat kepada keperluan dalam industri, mereka terus fleksibel untuk mengikut trend pasaran semasa. Mereka bermula pada tahun 2007 ketika pengasasnya masih lagi bersekolah. Kini mereka beroperasi di Bateri JB dan The Duke Kelana Jaya.”
“Don’t expect an opportunity to pop out of your computer. Go out, search and chase for it” This is the most important thing when someone asked me about how to start and maintain a business. Mostly ‘orang kita’ hanya tunggu masa mendongak langit menanti peluang tanpa usaha. Mungkin sudah terbiasa disuap dengan itu ini diberi subsidi membuatkan mereka untuk duduk diam menanti apa saja yang akan datang. This is not an act of entrepreneur. If you have this kind of mindset untuk tunggu peluang ada depan mata, it is better if you ‘makan gaji’. 139
Work on something and be productive. Look for any possible opportunities to start and to expand your brand. Business is comprises of many aspects, and one of them is networking. This is part of the opportunities that entrepreneurs should seek. Build a connection and make friends with others. I’ve seen my friends in fashion industry succeeded because of the strength of their networking. Entrepreneurship has its own chain of reaction. The bigger and the wider your networking is, the faster you can grow and expand. How to do it? Be humble and have the passion to learn from others. You need to have a good manner and also pandai bercakap dengan orang sekeliling. Make them as your mentor or your guideline to sustain in business.
140
These old players in the industry are mostly willing to share their experiences and teach you on the essence of running a business. Dengan itu kalian boleh belajar dari kesilapan mereka dan kurangkan ‘risk’ untuk membuat kesilapan dalam menghadapi cabaran berniaga. Business is about building a strong relationship with other people and to make it relevant from time to time. Try this, and I can assure you that you would be able to see the positive impact it does on your brand. “Don’t just sit back and relax. Jangan pernah selesa dengan apa yang anda ada sekarang.” This is where the tricky part starts. Starting up a business may not be easy but it can be done successfully if you have a proper planning on your business. Proper planning includes short term and long term objectives. Most of the young entrepreneurs will be passionate to start a business but not all of them are willing to go through the struggle in running the business. They think that this is it, ‘I have my own brand and a business, mission accomplished”. Jangan mudah selesa dengan apa yang kamu ada buat masa sekarang. Terus explore and seek for something untuk sustain and expand your business. Berfikir secara critical dan cuba cari peluang-peluang yang dapat membantu anda untuk terus membesarkan business anda. As from my experiences, I’ve always seek for any possible business to
141
add on besides selling t-shirts and accessories. You can always jump to other industries and expand your brand name. Research and more research is needed. Plan your business for 5 to 10 years times, what do you imagine and what do you want your business to be in the next following years. List them all and go through them one by one. Take out your pen and papers and start drafting your business plan slowly. “Be a part of the marketing trend and create your own marketing style.” Business, especially in fashion industry is mostly about how you represent your brand to the target audience. When we talk about branding, the following step is marketing. You will see this term a lot in this book. Marketing, marketing, and marketing. Grab the opportunities to be part of marketing trend. Contohnya adalah marketing melalui social media dan celebrities’ endorsement. Yes! This is the common thing that you can see in the business world. Tapi tahukah anda masih ada yang belum menggunakan segala kemudahan and the hype of the trend sepenuhnya? Make use of this marketing trend, represent your business and brand in the most creative way to the public. Creating your own marketing style is the next phase of marketing your business. Ini yang akan membuatkan anda ‘outstanding’ dari competitors in your business field.
142
Think of something yang akan membuatkan your target market fall for your marketing strategies and buy your products or services. Make your brand as intimate as possible to your target audience and make them notice your existence in the industry. Your business doesn’t have to be ‘viral’ but your marketing style must have that ‘wow effect’ when compared to your competitors. P.s. Every day is a new day to explore, keep this in your mind so you can keep yourself motivated and keep improving your business.
143
144
BELLA AMMARA: BERMULA DENGAN SERIBU RINGGIT CARL SAMSUDDIN
“Bermodalkan hanya RM 1000 dengan berbekalkan 9 pasang telekung cukup untuk membawa Bella Ammara ke mana mereka hari ini. Kini, Bella Ammara mempunyai 6 cawangan butik di seluruh Malaysia yang menjual set pakaian Muslim dan Muslimah- dari telekung, tudung hinggalah ke jubah. Bella Ammara semakin terkenal dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. “
Hari ini sudah beberapa tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke ribuan pasang hari ini. Selepas beberapa tahun aku keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa aku bermula? Ini aku, cara aku dan tulisan aku. Baca dan fikirkan. Aku bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa aku bekerja as a chemist di Makmal Aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan Youtube adalah kawan baik aku. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney aku telaah. Kimia mengajar aku untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi.
145
Dalam beberapa tahun aku mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia aku sedar, kita banyak ditipu. Dan aku sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Aku takut. Aku berhenti as a chemist kerana aku rasa makin lama aku kerja makan gaji aku akan jatuh miskin. Sebab aku jumpa, INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila. Aku berhenti. Aku join banking sebab aku nak tau apa bank buat. Dalam kajian aku ‘Banking System’ adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Aku join bank as ‘Gold Trader’. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Aku gali isi bank sampai aku jumpa sistem mereka ‘Fractional Reserve System’. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Aku kerja sampai aku sampai matlamat aku - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Aku dapat dan terus berhenti. Aku fikir aku harus ubah diri aku sebelum aku ubah pemikiran orang lain. July 2012. Aku bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis pernikahan aku. Duit aku? ZERO. Kerana aku percaya Allah itu Maha Berkuasa. Aku nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Aku gamble. Dan aku pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.
146
Aku lihat Melayu aku? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah aku cuba! Cuba berniaga. Aku bermula dengan PINJAM duit mak aku. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang aku. Kenapa aku tak buat loan bank? Sumpah demi Allah aku tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Aku nak berniaga kenapa aku nak murkakan Allah? Aku tolak riba. Aku pinjam duit mak. Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. Dalam Bella Ammara aku amalkan satu prinsip yang aku selalu tekankan kepada customer aku:
147
“Kami di Bella Ammara mengamalkan prinsip perniagaan secara jujur dan ikhlas. Sekiranya ada diantara pelanggan kami yang kurang berpuas hati dengan produk Bella Ammara, kami di Bella Ammara dengan jujur dan ikhlasnya akan mengembalikan semula wang anda (100%) dan telekung yang ada pada tangan pelanggan kami itu tidak perlu dipulangkan semula kembali kepada kami kerana ini akan menyusahkan lagi pelanggan kami. Kami hanya minta jasa baik pelanggan kami untuk meletakkan sahaja telekung tersebut di Surau/Masjid yang berhampiran dengan mereka. Kerana, mungkin ada yang lebih memerlukan telekung tersebut. Niat kami ikhlas, untuk menjadikan solat itu lebih indah dengan pakaian solat yang indah. Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan kami akuinya. Dan kami percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Mohon maaf dan salam ikhlas dari Bella Ammara.”. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak aku + jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, aku boleh kahwin menggunakan duit aku sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang amat selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri dan dapat menanam sifat ingin berniaga dalam kalangan rakan-rakan aku. Jauh lagi perjalanan hidup aku. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke ribuan pasang hari ini. Apa yang aku nak cakap. Dunia makin teruk. Aku yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan ‘hanya makan gaji’ & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. Ya Allah dia pemberi rezeki. Aku harap suatu hari nanti dengan rezeki yang aku dapat, aku dapat bantu sesiapa yang
148
memerlukan. Aku tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku ada. Jumpa aku. Aku share dan ajar. Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat nak raya ini cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
149
150