Ilmu Huruf dalam warisan Islam
Huraian ringkas Ilmu Huruf merupakan puncak dari makrifat . Kerana hikmah dapat dicapai dan dihurai melalui perkataan sedang kebesaran dan keagungan hanya dapat dirasai dengan getaran huruf. Itu sebab ilmu ini tidak ramai dipusakai atau diwariskan dari kalangan para para waliyullah dan sufi muhaqiqin muhaqiqin sekalipun. Berapa ramai yang dapat menggunakan dan menijazahkan ilmu huruf? Kitab terkenal pun tak banyak antaranya Shamsul Maarif Kubra ( atau lebih tepat Sh Shams al al-
Ma M a' arif wa Lata' ta' if al al-'Awarif ) ) oleh Ahmad bin Ali as Sabuni rah. Ibn Arabi rah. banyak menghuraikannya dalam kitab magnum opusnya Futuhat Al Makiyah. Menurut beliau , “tinggalkan dua selipar “ seperti yang disebut dalam al Quran terhadap Nabi Musa a.s (20:12) ialah meninggalkan meninggalkan Lam dan Mim dalam dalam “Alif Lam Mim”, kerana Alif mewakili Zat sedangkan Lam mewakili Sifat dan Mim , af’al atau perbuatan Allah s.w.t. Alif sendiri berbanding manusia adalah khalifah dalam alam huruf sebagaimana manusia adalah adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi. bumi.
Dari segi darjah kewujudan kewujudan atau atau maratib , huruf-huruf huruf-huruf boleh
disenaraikan sebagai berikut: Allah s.w.t Manusia Jinn Binatang (baha’im) Pepohonan (nabati) Bebatuan (jamad)
Alif, Wau , Nun Alif, Ya, Hamzah Jim, Wau , Kaf , Kof Dal, zay, sad, ayn, dhod, sin, zal, ghayn, shin Alif, Ha, Lam Ba, Ha, Ta, ya, Fa, Rha, Tha ,Kho, Za
Sedangkan dari segi alam : Jabarut Malakut Alam al wasat Alam al Mulk Alam khayal Alam Jabarut bertemu malakut pada
Ha, Hamzah Ha, Kho, ayn, Ghayn Ta, Tha, jim, dal, dhal, rha, zay, za , kaf , lam, nun, sad, dod, Kof,sin, shin , ya Ba, mim, wau Fa Kaf dan Kof 1
dua tahap: Tahap 1 (imtizaj al martaba) Ta, Za, sad, dhod Tahap 2( al sifa al ruhaniyyah) Alam campuran/pertengahan Jabarut -Malakut Alam fizikal
Ha Alif, Wau, Ya
Malah menurut Ibn Arabi rah. semua huruf-huruf hijaiah itu adalah alam tersendiri yang mempunyai “rasul”nya sendiri dan hukum ilahi yang wajib diikuti oleh penghuni alam itu. Di kalangan manusia , dunia: orang Awam
Jim, Dhod, Kha, Dal, Ghayn, shin
Khawas
Huruf-huruf muqotaat (14 semuanya)
Khawasul khawas
Alif, ya, ba, sin, haf, ta, Kof, tha, wau, sad, ha, nun, lam, ghayn
Pilihan khawasul khawas
Ba
Pilihan khas khawasul khawas
16 huruf semuanya
Alam al mursal (para rasul dan
Jim, ha, kha, kaf
anbiya’) Muqarrabin
Alif, dal, dhal, ra, zay dan wau
Insan cahaya
12 huruf
Insan asrar (manusia rahsia)
Ba, fa dan jim
Insan maqam ittihad
13 huruf
Itulah yang disebut dalam al Quran, 17 :44 kerana berzikirnya (getaran) hurufhuruf itu di alamnya masing-masing. 2
Pengalaman sendiri Permulaan mengenal huruf adalah apabila “menyintai” al Quran . Pertanda di terima “cinta” kita kepada al Quran ialah Quran itu sendiri turun dari langit dan memasuki 7 anggota kita ( dada, ubun-ubun , hidung , tapak tangan , tapak kaki, mata dan pusat) samada pada malam atau siang Jumaat. Disepanjang turunnya al-Quran dari langit memasuki anggota tubuh itu ( bagi saya bermula 2002 sehingga sekitar 2010), paling tidak dua kali atau lebih dada dibelah oleh malaikat Jibrail a.s dan pembantunya untuk membersihkan hati dengan air zam-zam. Selepas itu insyaALLAH , Allah s.w.t akan membawa kita membaca Al-Quran yang “original” di Lauh Mahfuz . Kemuncak dari “mengenal” Al-Quran ialah apabila lulus kupasan dan membawa zikir “ Bismillah Ar Rahman ArRahim” dan seterusnya lulus ujian menundukkan Iblis laknatullah (dengan keberkatan Basmalah) sebagaimana Rasulullah s.a.w menangkapnya sewaktu dalam solat dan mengikatnya untuk ditunjukkan kepada penduduk Madinah , tetapi disebabkan baginda teringatkan doa Nabi Sulaiman a.s baginda pun melepaskannya. Sekitar Oktober 2012 rahsia Alif ( dalam “Abismillah” ) , Mim (dlm “ar Rahim”) dibukakan, lalu setelah dimaklumkan kepada tuan guru,
beliau pun mula
mengijazahkan zikir “ Ya Ahmad, Ya Muhammad , Ya Abal Qasim “ kepada kami semua. Ahmad bermula dengan Alif , dan Abal Qasim berakhir dengan Mim. Banyak rahsia dibukakan oleh Allah s.w.t tentang Rasulullah s.a.w dan ayatayat al-Quran yang tertentu. Sekitar dua minggu lepas , ketika sedang hendak tidur (malam) tiba-tiba Pena dan Lauh Mahfuz datang merintih menyatakan bahawa mereka tidak dapat menulis atau mencatat apa-apa kerana huruf-huruf sudah berada dalam diri saya dan tuan guru. Pada malam berikutnya sepanjang dua minggu itu maka banyaklah rahsia huruf dibukakan oleh Allah s.w.t kepada hambanya ini. Begitu juga kepada tuan guru dan sekarang sedang disampaikan kepada anak murid yang lain. Rasulullah s.a.w sendiri mendengar desitan Pena diatas Kalam (Lauh Mahfuz) di Sharirul Aqlam kerana mereka tidak dapat menulis atau mencatat apa-apa 3
apabila baginda s.a.w pergi berjumpa dengan Zat Allah s.w.t di Mustawa. Yang pasti seperti yang dinukilkan oleh Ibn Arabi rah. dalam Futuhat , manusia dan al-Quran adalah “adik beradik”. Dua ayat ( yang mengandungi kesemua huruf hijaiah) iaitu Al-Imran 3:154 dan Al Fath , 48:29 adalah “kakak” dan “abang” kita masing-masing. Semua pengalaman ruhani ini adalah anugerah Allah s.w.t. Tidak ada orang yang dapat mencapai “liqa’ullah” melainkan dijemput oleh Allah s.w.t sendiri sebagaimana Dia menjemput anda semua ke Mekkah , Madinah dan Baitul Muqaddas. Sebagaimana itu jugalah tulisan Ibn Arabi rah. dlm kitab Futuhat Al Makiyyah , beliau tidak menulis kitab ini melainkan apa yang disampaikan oleh
Allah s.w.t ke dalam hatinya (imla’ ilahi , ilqa’ rabbani , nafas ruhani ), dan tidak ditulis atau diceritakan orang Sufi sesuatu ilmu melainkan yang sudah dialaminya sendiri secara amali. Bagi orang Sufi mereka memahami apakah “nikmat” yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka dan dapat menjawab 31 pertanyaan yang dilontarkan oleh Allah s.w.t dalam surah Ar Rahman, kerana mereka juga memahami kebesaran Allah dalam nikmat yang dicurahkan ( dan tersimpan dalam rahsia huruf) sebagaimana dihurai oleh Allah s.w.t sendiri dalam surah Luqman 31:27. Bagi mereka yang telah dibukakan rahsia ilmu huruf , pastinya boleh menggunakannya untuk pelbagai urusan antaranya perubatan ( dalam bentuk wafak) dan sebagainya. Semoga bermanafaat, wallahu a’lam bissawab. Shahidan Radiman , Kg.Teras Jernang , 9 Mac 2013.
4