ELEMEN WARNA, RUANG DAN IRAMA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENDIDIKAN PEMBELAJARANPENDIDIKAN ISLAM DA LAM KALANGAN GURU PELATIH SEMESTER 5 IPG, KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
Zulina bt Ahmad Zawawi (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral)
[email protected] Ramlah Hj Mohd Dom (Jabatan Sains Sosial)
[email protected]
Abstrak Pendekatan dalam pengajaran merupakan salah satu aspek penting dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran pengajaran dan dan pembelajaran. pembelajaran. Dalam konteks Pendidikan Islam,pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Antaranya Antaranya adalah adalah pendekatan pendekatan bersepadu. Pendekatan bersepadu dalam Pendidikan Islam dilakukan dengan memasukkan elemen-elemen luar seperti nilai, seni,bahasa mahupun kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.Kajian Islam.Kajian ini merupakan satu analisis konten konten berkaitanpendekatan berkaitanpendekatan bersepadu antara Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni yang dilakukan oleh guruguru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islamyang menjalani praktikum Fasa 1. Skop analisis hanya melibatkan penggunaan elemen warna, ruang dan irama serta kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.Kajian dijalankan dengan menganalisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian dan pemerhatian terhadap sesiP&P guru-guru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islam.Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru pelatih pengkhususan Pendidikan Islam meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka dengan menggunakan pendekatan bersepadu antara Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni.
Kata kunci : Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, pendekatan bersepadu, elemen warna, warna, ruang dan irama
1
Pendahuluan
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan satu proses yang melibatkan peranan guru, pelajar, kurikulum dan persekitaran bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran harus diberipenekanan diberipenekanan yang sewajarnya dalam pendidikan formal. Ia memerlukan suatuusaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segalaisi pelajaran pelajaran yang disampaikan. Olehitu, Olehitu, proses ini perlu diberi ‘sentuhan’ yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isipelajaran yang disampaikan memberi input yang maksima.
Menurut Russel (1968), matlamat proses P & P ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama yang membolehkan peningkatan daya estetika. Sehubungan itu, guru perlu kreatif dalam pengajaran supaya dapat menarik minat murid terhadap proses pembelajaran. Leonard M.S et al (1996,) menyatakan menyatakan bahawa, kreativiti dalam bilik darjah boleh dan seharusnya dapat memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian untuk mendapatkan pengalaman semasa proses P & P dijalankan.
Dalam konteks Pendidikan Islam, proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus kepada proses pemindahan ilmu, kemahiran, nilai, amalan dan penghayatan. Hassan Langgulung (1981) mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebagai satu proses memindahkan nilai-nilai yang bersumberkan al-Quran,asSunnah,qias,kemaslahatan umum dan ijmak bagi tujuan memelihara keutuhan dan kesatuan masyarakat.
2
Proses pengajaran dan pembelajaranPendidikan Islam perlu sentiasa kompetetif dan relevan dengan kehendak dan situasi semasa. Roh Pendidikan Islam perlu sampai kepada mad’u agar mereka dapat mendepani cabaran era globalisasi dengan menjadikan Pendidikan Islam sebagai asas dan benteng dalam diri mereka. Justeru para murabbi dan da’ie hari ini perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai ilmu dan kemahiran untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran yang datang. Bagi mencapai matlamat tersebut, salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ialah pendekatan bersepadu. Melalui pendekatan bersepadu, Pendidikan Islam boleh diintegrasikan dengan elemen-elemen lain yang sesuai, tidak menyalahi syarak dan mampu menjadikan proses pengajaran d an pembelajaran lebih menarik, berkesan dan mencapai objektif pembelajaran. pembelajaran. Objektif Kajian
1.
Mengenalpasti elemen warna, warna, irama dan ruang dalam Rancangan Rancangan Pengajaran
Harian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam 2.
Membincangkan perlaksanaan elemen warna, irama dan ruang dalam proses
pembelajaran dan pengajaran pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Pendidikan Islam Metodologi Kajian
Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis dokumen dan kaedah pemerhatian. pemerhatian. Melalui kaedah analisis dokumen, dokumen, pengkaji akan menganalisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian(RPH) dalam buku Rekod Persediaan Mengajar guru pelatih Pendidikan Islam. Dokumen RPH
ini digunakan untuk
mengenalpasti penggunaan elemen warna, irama dan ruang dalam aktiviti
3
Pembelajaran dan pengajaran.
Manakala kaedah pemerhatian dijalankan semasa
pengkaji men yelia guru-guru yang menjalani latihan praktikum di sekolah. Pengkaji akan memerhati guru yang diselia melalui kaedah pemerhatian dengan menggunakan borang Bimbingan Bimbingan Praktikum PR1 untuk menilai menilai perlaksanaan P & P. Batasan Kajian
Kajian ini adalah berkaitan konsep penyepaduan elemen Seni Dalam Pendidikan dalam Pendidikan Islam. Elemen seni yang dikaji hanya melibatkan elemen warna (seni visual), ruang (pergerakan) dan irama (muzik).Kajian ini melibatkan empat orang guru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islam yang telah menjalani praktikum Fasa 1 selama empat minggu. minggu. Skop kajian melibatkan bidang b idang Tilawah alQuran dan Ulum Syariah. Dalam bidang Tilawah al-Quran pengkaji hanya menganalisis dokumen RPH komponen ayat bacaan sahaja. Manakala dalam bidang Ulum Syariah, pengkaji hanya menganalisis dokumen RPH komponen Sirah Nabawiyah, Adab dan Akhlak Islamiyah serta Akidah. Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan (SDP) memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka li hat, dengar, d engar, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran. pembelajaran. Selain dari belajar membaca, menulis, menulis, dan mengira mengira murid juga juga digalakkan
memberi pelbagai pandangan untuk mereka berfikir secara kreatif,
imaginatif, kritis, inovatif inovatif dan inventif inventif .
Namun
yang paling utama ialah ialah SDP
mampu memberikan murid-murid keseronokan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Seni Dalam Pendidikan secara umumnya melibatkan tiga komponen asas iaitu seni visual, seni muzik muzik dan pergerakan. pergerakan.
Melalui tiga komponen tersebut, proses
4
P&Pdalam bilik darjah dapat dipelbagaikan mengikut kesesuaian keadaan untuk menjadikan proses P&P lebih berkesan dan mencapai objektif yang disasarkan. Penerapan elemen Seni Dalam Pendidikan amat penting untuk mendorong dan membantu perkembangan minda kanak-kanak secara menyeluruh serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falasafah Pendidikan Kebangsaan. Elemen Warna, Irama dan Ruang serta KepentingannyaDalam Proses P & P
Seni Dalam Pendidikan mempunyai tiga elemen yang penting iaitu elemen warna, irama dan ruang. Elemen warna dikaitkan dikaitkan dengan seni visual, elemen irama dalam seni muzik dan elemen ruang menjadi keperluan untuk memenuhi tuntutan dalam seni pergerakan. pergerakan.
Elemen-elemen ini dapat memudahkan memudahkan guru mencapai objektif dan
matlamat dalam proses P&P. Hal ini kerana intergrasi warna, irama dan ruang dalam P & P dapat menghubungkaitkan semua benda alam dan mengaktifkan prosesnya secara tidak langsung. Ia juga dapat membantu mengimbangkan mengimbangkan perkembangan proses otak kanan kanan dan otak kiri seperti yang dibuktikan dalam
Quadrant Conceptoleh Conceptoleh
Hermann(1991) .Ini jelas menunjukkan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif dalam diri seseorang. Elemen Warna Dalam Pendidikan
Elemen warna dalam konteks Seni Dalam Pendidikan dikenali sebagai seni visual. Ia merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, alam sekitar yang sangat menarik dan indah dipenuhi objek-objek semulajadi yang berwarnawarni.
Tanpa warna warna kehidupan akan menjadi bosan dan tidak bermakna. bermakna. Warna
merupakan unsur
yang yang
sangat
penting dalam
karya karya
seni
kerana dapat
menggambarkan emosi, kebudayaan, personaliti dan maksud pada sesebuah karya 5
selain warna juga digunakan untuk menarik perhatian dengan menjadikan komunikasi visual lebih menarik, berkesan dan ekspresi. Visual pula adalah media berbentuk paparan interaktif samada visual tayangan atau visual bukan tayangan. Visual tayangan seperti transparensi dan OHP, projektor slaid, kamera video serta video dan televisyen. televisyen. Manakala visual bukan tayangan ialah carta, carta, poster, papan tulis dan model. Namun kedua-duanya membolehkan proses P & P dijalankan dengan dengan lebih lebih berkesan.
Menurut Muhamad Muhamad Hasan A.Rahman (2000),
berdasarkan piramid kadar perolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, hidu dan pendengaran. pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual v isual membolehkan p emerolehan maklumat berjalan dengan dengan berkesan. Crose dan Collingwood (Syed Ahmad Jamal, 1994) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati dan berpendapat bahawa bahawa seni visual adalah pernyataan rasa yang yang imaginatif. Dalam proses aktiviti pembelajaran dan pengajaran, elemen warna boleh digunakan sebagai salah satu alat, bahan dan sumber bantu b elajar bagi menarik perhatian muridmurid di dalam kelas. Ia sesuai bagi membantu perkembangan perkembangan murid-murid dalam proses menerima pelajaran di samping keseronokan dalam da lam belajar.Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang, minat untuk belajar dan memajukan diri. Elemen Irama Dalam Pendidikan
Elemen irama irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik.
Irama dapat
dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Irama yang menarik akan
6
mempengaruhi mempengaruhi seseorang untuk u ntuk mendengar muzik itu berulang kali. Dalam kehidupan seharian tanpa disedari setiap masa kita akan menemui pelbagai irama seperti bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Menurut Noraini (2003), iringan irama dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan kenyataan Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat tidak menyeronokkan. menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada individu individu itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Ini menunjukkan pengabungjalinan pengabungjalinan antara otak kanan dan otak kiri berlaku membolehkan penghasilan suatu pembelajaran yang bermakna. Selaras dengan kenyataan ini, Abd Fatah (1994) mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintergrasikan mengintergrasikan kedua fungsi fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran penggambaran car dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan menyelesaikan masalah dan pemikiran akan menjadi menjadi lebih aktif.
Kenyataan Routier (2003) (2003)
berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan d engan membaca, menulis, kebolehan menghafal dan kemahiran matematik. Kesimpulan awalnya ialah elemen irama dapat memberikan kesan yang positif dalam proses P & P.
7
Elemen Ruang Dalam Pendidikan
Elemen ruang melibatkan pergerakan dalam proses P & P. Pergerakan di peringkat sekolah rendah melibatkan permainan berunsur pendidikan, pergerakan berunsurkan pendidikan, pendidikan, sukan dan atletik dan kecerdasan jasmani. Pergerakan-pergerakan Pergerakan-pergerakan ini membolehkan murid untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknikteknik menyelesaikan masalah dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan
kegiatan-kegiatan
seperti
penerokaan,
penemuan
dan
kreativiti.
Pergerakan juga ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Ruang juga dapat didefinasikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antara antara dua objek. Ruang diperlukan diperlukan untuk bergerak dan melakukan melakukan aktiviti untuk mendapatkan keselesaan dan keselamatan.
Menurut Dauer dan
Pangrazi (1983), kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan kerana mereka gemar bergerak bebas. Pergerakan ini ini melibatkan pelbagai domain iaitu psikomotor, kognirif kognirif dan afektif. Secara tidak langsung mereka akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri dari segi kemampuan, kawalan diri dengan alam sekeliling, kesesuaian diri dan dapat melahirkan perasaan dan idea. Dalam hal ini, pengurusan bilik darjah perlulah diberi bimbingan dan perhatian agar perkembangan fisiologi dan intelektual kanak-kanak tidak terbantut. Kesimpulannya, elemen-elemen warna, irama dan ruang saling memerlukan dalam proses P & P kerana kerana dapat memupuk minat murid dan menjadikan menjadikan aktiviti menyeronokkan menyeronokkan dan tidak membosankan.
Selain itu, itu, elemen-elemen elemen-elemen ini perlu perlu
diaplikasikan dalam pengajaran untuk memastikan pengajaran dapat merangsang ke
8
arah pembelajaran yang berkesan di samping menggalakkan murid bergerak aktif ketika proses P & P berlangsung. dengan menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran. pengajaran. Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid murid mempunyai kebolehan kebolehan menaakul dalam keadaan berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dan bersepadu ter hadap pelbagai jenis elemen memudahkan memudahkan penerimaan pemikiran murid mur id kepada lebih kreatif. Kesepaduan Ilmu Dalam Dalam Pendidikan Pendidikan Islam
Islam memandang serius tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu merupakan asas kepada pembinaan insan dan peradaban manusia. Menurut al-Attas (1979) , ilmu terbahagi kepada dua peringkat iaitu ilmu yang diberi oleh Allah (ilmu wahyu) dan ilmu yang diperolehi oleh manusia berdasarkan usaha aqliahnya sendiri (ilmu bukan wahyu). Namun kedua-dua cabang ilmu ini sangat penting dan saling berkait antara satu sama lain. Dalam konteks Pendidikan Islam, ilmu wahyu dan ilmu bukan wahyu boleh disepadukanuntuk membentuk keperibadian dan sahsiah individusehingga mampu melahirkan insan kamil. Selari dengan matlamat Pendidikan Islam di Malaysia iaitu melahirkan muslim yang berilmu,beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah supaya menjadi hamba dan khlifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara. negara. Terdapat beberapa istilah lain yang memberi maksud yang hampir sama dengan pendekatan bersepadu seperti islamisasi ilmu dan integrasi ilmu. Istilah-istilah ini memberi maksud proses penyebatian antara ilmu wahyu dan bukan wahyu. Ini 9
menunjukkan bahawa tiada pemisahan antara ilmu agama dan bukan agama. Keduadua ilmu ini saling berkait antara satu sama lain.(Hamizul,2006) Al-Attas (1979) menyatakan kedua-dua ilmu wahyu dan bukan wahyu adalah bersepadu kerana kerana ilmu wahyu menunjukkan menunjukkan tujuannya kepada roh dan diri insan dalam kehidupan sehari-hari serta menetapkan nilai hidup supaya kehidupan terpimpin ke arah jalan yang benar. Ilmu wahyu menjadi ilmu asasi yang menjadi dasar kepada ilmu bukan wahyu. Jika tiada kesepaduan ,maka ilmu bukan wahyu tidak dapat memandu dan membimbing insan dalam kehidupan. Menurut Tajul Ariffin&Noraini (2002), konsep pendidikan bersepadu merupakan penyepaduan ilmu wahyu wahyu dengan ilmu akal dalam pendidikan yang memetingkan akhlak manusia. Ia bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai sahsiah seimbang dari segi intelek,emosi,jasmani dan rohani. Usaha untuk mencapai matlamat ini dibuat melalui penyepaduan ilmu pengetahuan,nilai murni dan akhlak, strategi pengajaran
dan
pembelajaran
bersepadu
yang
merangkumi
aspek
kemahiran,bahasa,ko kemahiran,bahasa,ko kurikulm dan budaya sekolah. Elemen Seni Dalam Pendidikan Islam
Antara elemen yang boleh disepadukan dalam Pendidikan Islam ialah Pendidikan Seni. al-Qardhawi (1999) menyatakan kesenian merupakan satu tuntutan naluri dan perasaan . Tuntutan tersebut adalah sama
penting seperti ibadat yang merupakan
tuntutan rohani dan ilmu yangmerupakan tuntutan akal fikiran.Justeru elemen seni yang boleh diintegrasikan dengan Pendiidkan Islam adalah seni yang bernilai yang dapat meningkatkan meningkatkan kemanusiaan dan bukan kesenian yang yang boleh meruntuhkan nilainilai kemanusiaan.
10
Elemen seni tidak boleh diabaikan dalam kehidupan.Al-Quran memberi perhatian kepada unsur keindahan dan kecantikan yang dicipta oleh Allah SWT di samping unsur manfaat dan faedah yang terdapat padanya. Di samping mengambil manfaat,alQuran membenarkan manusia menikmati kecantikan dan perhiasan yang terdapat padanya.(an-Nahl : 5,an-Nahl : 8,an-Nahl : 14,al-An’am 14,al-An’am : 141) Al-Qardhawi (1999) (1999) menyatakan menyatakan mengambil perhiasan merupakan satu keperluan naluri.Firman Allah SWT yang bermaksud “Wahai anak Adam, pakailah perhiasan kamu setiap kali kamu memasuki masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) mengharamkan) rezki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat.Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang Mengetahui . (Surah al-A’araf ; 31-32)
‘Perhiasan Allah’ dalam ayat tersebut digambarkan sebagai unsur keindahan yang disediakan Allah SWT kepada hamba-hambanya di samping unsur manfaat yang terdapat pada rezeki yang baik. Perkataan tersebut juga menunjukkan bahawa dalam perhiasan tersebut terkandung terkandung kemuliaan dan kehormatan. kehormatan. . Pandangan ini menjelaskan bahawa seni dan alam sangat berkait rapat dalam membentuk kesedaran jiwa manusia.Alam semulajadi merupakan ciptaan Allah dan melalui ciptaan inilah wujudnya hasil kesenian manusia. Contohnya warna laut yang kebiru-biruan, nilai estetika pada penciptaan anggota badan (seni visual), irama kicauan burung berzikir (muzik) dan keluasan ruang bumi yang membolehkan manusia bebas bergerak b ergerak (pergerakan).
11
Rasulullah s.a.w juga menggunakan elemen seni iaitu melukis dan melakar sesuatu bagi menerangkan perkara yang ingin disampaikan. Contohnya Contohnya dalam satu peristiwa yang dirakamkan dalam sebuah hadis yang bermaksud, Diriwayatkan oleh Jabir r.a : “Ketika kami sedang duduk bersama dengan Nabi, baginda membuat satu garisan di atas tanah dengan menggunakan tangan baginda, seraya baginda berkata, inilah jalan Allah Azza Wajalla. Kemudia baginda membuat dua garisan lagi di sebelah kiri,stelah itu baginda bersabda, inilah jalan-jalan syaitan. Kemudian baginda meletakkan tangan yang mulia di garisan tengah lalu membaca ayat : Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus maka ikutilah,janganlah kamu kamu mengikuti jalan-jalan yang yang lain (surah al-An,am al-An,am ;153)” (al Halabi,2002)
Selain daripada itu, banyak syair-syair, qasidah dan lagu-lagu taranum al-Quran yang dicipta oleh para ilmuan Islam sebagai salah satu teknik penyerapan dan penyuburan sikap cintakan ilmu pengetahuan. Ini menunjukkan bahawa seni visual, irama dan pergerakan (ruang)tidak menyimpang dari ajaran Islam,malahia turut menyumbang menyumbang kepada keberkesanan proses P & P Pendidikan Islam. Analisis Elemen Warna, Ruangdan Irama dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam RPH 1
Tajuk
: Perjanjian Hudaibiah (Tahun 6)
Bidang
: Sirah Nabawiyah
Warna
: Paparan peta Semenanjung Arab dan paparan slaid menunjukkkan isi perjanjian, kesan perjanjiandan kuiz interaktif
Ruang
: Aktiviti menulis perjanjian dan mengklik jawapan bagi soalan interaktif
Irama
: Tiada
12
Dalam P&P ini guru memberi fokus kepada penggunaan warna sebagai unsur kesepaduan antara Penddikan Islam dan Pendidikan Seni. Penggunaan warna dilihat dengan jelas pada paparan peta Semenajun Arab dalam Langkah 1.Penggunaan peta yang berwarna digunakan untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelajar-pelajar kedudukan tempat (Hudaibiah) perjanjian diadakan. Guru berjaya menerangkan konsep tajuk dengan jelas dalam Langkah 1 dengan menyepadukan tajuk dengan elemen warna pada paparan peta. Penggunaan ruang dalam P&P ini sangat minimum. Guru memilih untuk menyepadukan tajuk dengan penggunaan ruang melalui aktiviti menulis perjanjian dengan ibu bapa,guru dan rakan dalam Set Induksi dan mengklik jawapan bagi soalan iteraktif dalam Langkah 2 . Penyepaduan tajuk dengan irama tidak dilakukan dalam P&P ini. RPH 2
Dalam P&P
Tajuk
: Surah al-Buruj ayat 1-25 (Tahun 6)
Bidang
: Tilawah al-Quran
Warna
: Video cakerawaladan cakerawaladan paparan slaid mengandungi potongan ayat
Ruang
:Permainan ‘Alhamdulillah Saya Terpilih’
Irama
: Video cakerawala berlatarbelangkan audio
Tilawah al-Quran al-Quran ini, guru guru telah menyepadukan ketiga-tiga elemen
dalam tajuk Surah al-Buruj.Elemen warna jelas disepadukan dalam Set Induksi melalui penggunaan video yang menunjukkan alam cakerawala sebagai bukti kebesaran Allah. Video ini juga mengandungi elemen irama(audio) yang sangat mengesankan pendengar.Penggunanan audio dan video ini berkesan untuk mengajak murid berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT sebelum guru mengaitkan 13
dengan surah yang akan dibaca iaitu Surah al-Buruj yang bermaksud ‘bintang bintang’. Elemen warna disepadukan dengan dalam Langkah 1 dan Langkah 2 apabila guru menayangkan paparan slaid mengandungi potongan ayat al-Quran yang berwarna.. Dalam paparan slaid ini ,guru menunjukkan perbezaan huruf ha dan kha.Perbezaan tesebut ditunjukan dengan penggunaan warna yang berbeza. Penggunaan ruang disepadukan dalam Langkah 3 semasa aktiviti permainan dijalankan. Permainan tersebut dikenali sebagai permainan ‘Alhamdulillah,Saya Terpilih’. Permainan yang dikendalikan oleh guru bertujuan memberi peluang kepada semua murid untuk membaca ayat al-Quran yang telah diajar oleh guru. RPH 3
Tajuk
: Allah Bersifat Wahdaniyah (Tahun 4)
Bidang
: Ulum Syariah
Warna
: Paparan kad manila mengandungi erti Allah Bersifat Wahdaniyah dan Dalil
Ruang
:Aktiviti perbincangan kumpulan berkaitan Kesan Beriman dengan Sifat Wahdaniyah dan Akibat Tidak Beriman Dengan Sifat Wahdaniyah
Irama
: Tiada
Dalam tajuk ini, guru hanya memilih elemen warna dan ruang untuk disepadukan dalam pengajaran. Elemen warna digunakan dalam Langkah 1 dan Langkah 2 semasa guru menerangkan maksud dan dalil Wahdaniah. Manakala elemen ruang pula disepadukan dalam Langkah 3 melalui aktiviti perbincangan kumpulan berkaitan Kesan Beriman dengan Sifat Wahdaniyah dan Akibat Tidak Beriman Dengan Sifat Wahdaniyah.
14
RPH 4
Tajuk
: Adab Bertanya (Tahun 4)
Bidang
: Adab dan Akhlak Islamiyah
Warna
: Paparan kad manila berkaitan Faedah Adab Bertanya Bertanya dan Akibat Tidak Beradab
Ruang
: Lakonan pendek
Irama
: Lagu – Lirik :: Adab pertama memberi salam Kedua pula tanya dengan ikhlas Adab ketiga guna bahasa dengan baik Adab terakhir ucap terima kasih Mari belajar kawan-kawan Mari belajar adab bertanya (diiringi kompang)
Dalam tajuk Adab Bertanya ini, guru telah menyepadukan ketiga-tiga elemen dalam pengajaran. pengajaran. Elemen warna disepadukan secara mimima pada paparan kad manila yang mengandungi faedah bertanya dan akibat tidak beradab dalam Langkah 3. Guru hanya menggunakan warna yang sama p ada tulisan pada kedua-dua paparan. Bagi elemen elemen ruang,guru ruang,guru memasukkan elemen elemen ini
dalam Langkah Langkah 2 iaitu iaitu dengan
menggunakan kaedah lakonan. Dalam langkah 2 ini,guru memberi beberapa situasi berkaitan tajuk dan murid melakonkan melakonkan situasi tersebut. Di akhir aktiviti ini, guru dan murid berbincang dan mengaitkannya dengan tajuk. Elemen irama pula dimasukkan dalam Langkah 1. Guru telah mencipta lagu dan lirik sendiri berkaitan tajuk. Murid diperdengarkan terlebih dahulu lagu tersebut dan kemudian mengajak murid menyanyi bersama-sama dengan diiringi paluan kompang
15
oleh guru. Melalui lirik lagu yang dinyanyikan murid mudah mengingat isi pelajaran iaitu adab-adab ketika bertanya, RPH 5
Bidang : Akidah Tajuk
: Allah bersifat Wahdahniah
Kelas
: Tahun 4
Warna :Menggunakan keratan ayat tentang kesan beriman dengan sifat Wahdahniah Irama : Murid mendengar lagu nasyid sifat-sifat Allah Ruang : Murid di bahagi kepada empat kumpulan untuk melakukan aktiviti iaitu memilih jawapan yang tepat tentang kesan beriman dengan sifat sifat Wahdahniah yang diberi oleh guru Dalam tajuk ini, guru
memilih elemen elemen warna dan irama dalam aktiviti untuk
disepadukan dalam pengajaran. Elemen irama digunakan dalam Langkah Langkah 1 semasa set induksi dijalankan untuk menarik minat murid serta penumpuan murid untuk berlajar iaitu dengan dengan mempendengarkan mempendengarkan nasyid. nasyid.
Langkah Langkah seterusnya guru menggunakan menggunakan
elemen warna iaitu seni visual dengan mengedarkan keratan ayat yang di lukis kepada murid untuk di tampal ke hadapan. Manakala elemen ruang pula disepadukan dalam Langkah 3 melalui aktiviti perbincangan kumpulan berkaitan kesan beriman dengan sifat Wahdaniyah dan Akibat tidak beriman dengan sifat Wahdaniyah. RPH 6
Bidang : Tilawah Al Quran Tajuk
: Ayat Bacaan Bacaa n
Kelas
: Tahun 4
Warna
: Menggunakan Menggunakan kad kad imbasan dan mempamerkan mempamerkan kalimah Surah Yusuf menggunakan slaid
Irama
: Menggun M enggunakan akan ICT untuk memperdengarkan memperdengarkan lagu nasyid 16
Ruang
: Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melakukan aktiviti
Dalam tajuk ini, guru memilih semua elemen-elemen seperti elemen irama, warna dan ruang untuk disepadukan dalam pengajaran. Elemen irama digunakan dalam Langkah 1 semasa set induksi dijalankan iaitu diperdengarkan nasyid yang berkaitan dengan mata pelajaran.
Langkah seterusnya guru
menggunakan menggunakan elemen warna dengan
memaparkan kalimah surah Yusuf dengan menggunakan slide. Manakala elemen ruang pula disepadukan dalam Langkah 3 iaitu melalui aktiviti perbincangan kumpulan. RPH 7
Bidang : Akhlak Tajuk
: Adap menolong ibu bapa
Kelas
: Tahun 5 Cerdas
Warna : Tayangan slaid tentang tentang bentuk bentuk pertolongan pertolongan kepada kepada ibu ibu bapa Irama : Murid diperdengarkan diperdengarkan lagu lagu berirama perlahan sambil guru berpuisi dalam intonasi yang lembut tentang kesedaran betapa bertuahnya kepada murid yang masih mempunyai ibu bapa. Ruang
:Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk melakukan aktiviti perbincangan tentang adab menolong ibu bapa)
Dalam tajuk Adab Menolong Ibu Bapa, guru telah menyepadukan ketiga-tiga elemen dalam pengajaran. Elemen warna disepadukan secara baik pada paparan slaid yang mengandungi bentuk pertologan kepada ibu bapa.
17
Bagi elemen ruang, ruang, guru guru memasukkan memasukkan elemen ini
dalam Langkah 3 iaitu iaitu
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti perbincangan yang akan diekspres di hadapan kelas RPH 8
Bidang : Tilawah Tajuk : Surah Ar Rum ayat 24 Kelas : 5 Cerdas Warna : Menyusun huruf huruf jawi (ejaan surah Ar Rum) Memaparkan potongan ayat yang bertanda hukum tajwid Irama : Mendengar Mendengar bacaan potongan ayat ayat oleh guru dan rakan-rakan rakan-rakan lain Ruang : Tiada
Dalam tajuk ini, guru memilih elemen irama dan warna sahaja untuk disepadukan dalam pengajaran. Elemen warna digunakan dalam Langkah 1 semasa set induksi dijalankan iaitu dengan menyusun huruf-huruf untuk membentuk satu perkataan iaitu Ar Rum. Rum. Langkah Langkah seterusnya seterusnya guru guru masih memaparkan
slaid
potongan
ayat
yang
menggunakan elemen warna warna dengan bertanda
hukum
tajwid
dan
berwarnaManakala elemen irama pula disepadukan dalam Langkah 3 iaitu melalui aktiviti membaca bacaan bacaan Al Quran secara berkumpulan dan individu. Elemen runag tidak dimasukkan kerana tidak begitu berkaitan dengan mata pelajaran hari tersebut. Ulasan dan Perbincangan
Berdasarkan penelitian dokumen RPH dan pemerhatian semasa penyeliaan praktikum,perkara-perkara praktikum,perkara-perkara berikut telah diperolehi diperolehi :
18
1. Penggunaan elemen warna – Pelatih mengggunakan elemen warna secara maksima dan berkesan dalam proses P&P melalui paparan slaid mahu pun kad.Kebanyakan elemen warna digunakan untuk memberi fokus kepada isi-isi penting. Elemen warna juga digunakan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar seperti paparan peta dalam P&P Sirah Nabawiyah (RPH1).Di samping itu,penggunaan warna juga digunakan untuk menunjukkan maksud yang berbeza. Contohnya Contohnya dalam RPH2 pelatih me nggunakan nggunakan warna yang berbeza b erbeza untuk membezakan huruf ‘ha’ dan ‘kha’ dalam P&P Tilawah al-Quran.. Dalam RPH 8 pula perbezaan warna digunakan untuk membezakan hukum tajwid. Dalam hal ini warna memainkan peranan yang sangat penting untuk memberi kefahman kefahman yang lebih jelas jelas kepada murid. 2. Penggunaa elemen irama – Pelatih berjaya mengaplikasikan elemen irama dalam P&P dan memanfaatkannya untuk menarik perhatian dan menimbulkan keseronokan belajar. Kebany Keb anyakan akan elemen irama digunakan d igunakan sebagai set induksi dalam P&P.(Rujuk RPH2, RPH5 dan RPH6). RPH6). Dalam RPH4 pelatih mencipta lagu dan lirik sendiri dalam P&P Adab dan Akhlak Islamiyah untuk memudahkan pelajar mengingati isi-isi penting. Elemen irama juga mampu mengajak pelajar pelajar menghayati dan berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Contohnya dalam RPH2 pelatih menggunakan video yang menunjukkan menunjukkan alam cakerawala cakerawala dalam P&P Tilawah al-Quran al-Quran . Video tersebut tersebut mengandungi elemen irama(audio) yang sangat mengesankan.Gabungan audio dan video ini sangat efektif digunakan dalam set induksi untuk menarik perhatian murid di samping mengajak murid berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Dalam RPH7 pula, pelatih memasukkan elemen irama untuk menimbulkan kesedaran dan motivasi. 3. Penggunaan elemen ruang – Pelatih kurang menyepadukan elemen ruang dalam P&P. Ini mungkin disebabkan pelatih tidak dapat menghubungkaitkan elemen ruang 19
dengan isi pelajaran. Namun begitu , elemen irama sememangnya kurang sesuai disepadukan dalam P&P Tilawah al-Quran kerana P&P Tilawah al-Quran lebih memberi fokus kepada kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran. Walaupun demikian, pelatih masih boleh memasukkan elemen ruang secara minimum dalam P&P Tilawah al-Quran seperti mengadakan aktiviti permainan ringkas.(Rujuk RPH2) Dalam komponen Ulum Syariah, elemen ruang sangat sesuai disepadukan dalam P&P Adab dan Akhlak Islamiyah melalui aktiviti simulasi,demonstrasi dan lakonan.(Rujuk RPH4). Namun dalam RPH7, pelatih tidak memanfaatkan elemen ruang untuk membantu keberkesanan proses P&P Adab dan Akhlak Islamiyah. Dalam P&P tesebut adalah lebih baik jika pelatih menyepadukan elemen ruang melalui aktiviti simulasi atau lakonan yang berkaitan dengan tajuk. Dalam P&P Akidah pula, pelatih hanya memasukkan elemen ruang melalui aktiviti perbincangan kumpulan.(RPH3 dan RPH5) Kesimpulan
Pendekatan bersepadu dalam proses P&P Pendidikan Islam mampu menimbulkan suasana positif dalam bilik darjah. Penyepaduan elemen Seni dalam Pendidikan Islam menjadi contoh contoh kepada pelaksanaan pelaksanaan pendekatan bersepadu dalam P&P Pendidikan Islam. Pelatih yang telah diberi pendedahan berkaitan Seni Dalam Pendidikan semasa Semester 4 ternyata dapat mengaplikasikan teori yang telah dipelajari semasa menjalani latihan praktikum. Mereka dapat memasukkan elemen-elemen seni iaitu warna,ruang dan irama dalam komponen Tilawah al-Quran dan Ulum Syariah. Namun penambahbaikan harus dilakukan bagi memaksimumkan penyepaduan elemen-elemen tersebut dalam komponen-kmponen yang telah dibincangkan dan komponen lain seperti Ibadah dan Pelajaran Jawi.
20
Rujukan
Al-Quran al-Karim
Abdul Fatah Abu Ghuddah al-Halabi.(2009). al-Halabi.(2009). Rasululullah Pendidik Pendidik Terulung (Terj. Shuhadak Mahmud). Negeri Sembilan : Al-Azhar Al-Azhar Media
Abd Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd Aziz & Abdul Rashid Mohamed, (2007). Humor dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: PTS profesional Publishing Sdn. Bhd.
Brualdi, Amy C. (1996) Multiple Intelligences Intelligences : Gardner’s Theory. Theory. (ONLINE) : Available: http://www.teachersrock.net/Edigest_2.htm
Hamizul Mahmud. (2006). Penyepaduan Ilmu Wahyu d an Ilmu Bukan Wahyu. http://www.gemaislam.com
Gagne,R.(1985), Conditions Conditions of learning. New York:Holt,Rinehart and Winston. Winston.
Iberahim Hassan & Jamilah Omar, (2004) Pendidikan Seni dan Muzik: Metodologi Pendidikan Seni Visual, Tanjung Malim, Universiti Pendidikan Sultan Id ris
Lim HUEY Khing Etc, (2003) Modul Pengajian Asas Seni Dalam Pendidikan (Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
Mohd Azhar Azhar Abd Hamid, Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
21
Mohd Johari Ab. Hamid (2004), Pendidikan Seni Visual d an Muzik, Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Mohd Johari Ab. Hamid (2006), Asas S eni Visual, Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Modul Seni Dalam Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003
Salmah Ayob (1992) Pergerakan kreatif dan Pendidikan, Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2004), Psikologi Pendidikan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Syed Ahmad Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Syed Muhammad Naquib al-Attas.(1979). Aims and Objectives Of Islamic Education. Jeddah : King Abdulaziz University
Tajul Ariffin Nordin & Nor Aini Dan. (2001). Pendidikan dan Pembangunan Manusia : Pendidikan Bersepadu. Selangor : As-Syabab Media
Yusuf al-Qardhawi. (1999). Seni Dalam Islam.(Terj. Mohd Nazri Dollah). Ku ala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_ http://www.moe.gov.my /bpk/modul_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf .pdf
22