TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2013.
Terima kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis, Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin wassola tuwassala muala ashrafil anbiyar mursalin waala alihi wasah bihi ajma’in. Yang Yang Ber Berbaha ahagia gia Dr. Dr. Shar Sharif ifah ah Hild Hildah ah Shah hahab, ab, Pegaw egawai ai Kesihatan II Daerah Kulim, Yang Berusaha Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan. Assala Assalamua mualai laikum kum warahm warahmatu atulla llahi hi wabar wabaraka akatu tuh h dan Salam Salam 1 Malaysia. Pertam Pertamany anya, a, bagi bagi pihak pihak sekola sekolah h saya saya ingin ingin mengal mengalu-a u-aluk lukan an kehadiran Dr. Sharifah Hildah Shahab, Pegawai Kesihatan II Daerah Kulim, Yang Berusaha Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2013 2013/2 /201 014 4, Guru-g ru-gu uru Peno Penollong ong Kan Kanan, an, gur guru-gu -guru dan dan seterusnya ibu bapa serta murid-murid cemerlang SK Taman Impian dalam Majlis Anugerah Cemerlang tahun ini. Sesungguhnya, majlis yang merupakan majlis tahunan ini diatur sebagai salah satu program untuk meraikan murid-murid yang talah mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan UPSR dan murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan koakademik tahun 2013. Kepada murid-murid cemerlang UPSR 2012 dan muridmurid murid yang yang mener menerim imaa Anuger Anugerah ah Cemerl Cemerlang ang pada pada tahun tahun ini, ini, jadikanlah hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya pada tahun-tahun tahun-tahun seterusnya. Hadirin dan hadirat sekalian,
SK Taman Impian mempunyai 30 orang guru yang berdedikasi. Seorang guru berjawatan DG48 yang juga merupakan seorang Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, seorang guru DG44 juga merupakan seorang Guru Cemerlang Bahasa Inggeris. Ini menjadikan sekolah ini mempunyai 2 orang tenaga kerja yang amat mahir. Selain itu, SK Taman Impian juga mempunyai 11 orang guru berjawatan DG41, 2 orang guru berjawatan DG34, 12 orang guru berjawatan DG32 dan 3 orang guru berjawatan DG29. Ketiga-tiga orang guru prasekolah di SK Taman Impian merupakan guru yang berijazah. Ini menunjukkan sekolah ini mempunyai tenaga kerja mahir yang mampu melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Jumlah murid SK Taman Impian secara keseluruhannya berjumlah 395 orang termasuk prasekolah. Daripada jumlah tersebut 47.85% daripada jumlah keseluruhan murid adalah terdiri daripada murid lelaki dan bakinya 52.15% adalah murid perempuan. Hadirin sekalian, Sebagai organisasi yang bertanggungjawab melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual, SK Taman Impian juga tidak mengenetepikan bidang kokurikulum dan koakademik sebagai salah satu aspek penting dalam penilaian kecemerlangan. Pada tahun ini, pelbagai pencapaian membanggakan dalam bidang tersebut antaranya seorang murid sekolah ini berjaya memperoleh pingat perak Lompat Jauh peringkat Zon Bukit Mertajam dan Peringkat Negeri Pulau Pinang. Selain itu, SK Taman Impian juga telah memperoleh tempat kedua kejohanan bola baling perempuan bawah 12 tahun Zon Bukit Mertajam dan tempat ketiga kejohanan bola baling lelaki bawah 12 tahun Zon Bukit Mertajam. Bagi koakademik pula, SK Taman Impian telah mendapat tempat kedua acara Choral Speaking dan Public Speaking dalam
Karnival Bahasa Inggeris kelompok R19. Selain itu, SK Taman Impian juga telah mendapat tempat keempat acara Bicara Berirama Karnival Bahasa Melayu Kelompok R19. Bagi bidang akademik, SK Taman Impian telah menempa nama dengan menjadi antara sekolah yang terbaik di Seberang Perai Tengah ini. Sekolah kita sekarang berada di tangga 10 tangga teratas bagi pencapaian UPSR terbaik di daerah ini. Pada UPSR 2012 yang lalu SK Taman Impian telah mencapai kelulusan 90.02% yang membawa Nilai Gred Purata Sekolah 2.19. Dalam peperiksaan tersebut SK Taman Impian telah melahirkan seramai 3 orang murid mendapat 5A, 4A 1B seramai 3 orang, 5 orang mendapat 3A 2B dan 2A 3B seramai 3 orang. Walaupun itu merupakan tahun pertama sekolah kita mengambil UPSR, para murid sekolah ini nampaknya tidak menghampakan harapan sekolah. Daripada 46 orang calon yang mengambil UPSR 2012, calon yang mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman seramai 16 orang, Bahasa Melayu Penulisan 29 orang, Bahasa Inggeris 3 orang, Matematik 20 orang dan Sains rendah 7 orang. Dari pemerhatian pihak sekolah, antara sebab SK Taman Impian tidak mendapat ramai murid yang mendapat 5A adalah di atas faktor silang mata pelajaran. Pada tahun ini, pihak sekolah telah mengambil beberapa langkah drastik supaya perkara ini tidak akan berulang lagi. Tetapi untuk menjayakan hasrat tersebut, bantuan dan pertolongan para waris amatlah diperlukan. Pihak sekolah amat berbesar hati jika ada di kalangan para waris yang sudi menyumbang idea dan tenaga untuk membantu pihak sekolah menacapai sasaran visi sekolah iaitu menjadi antara sekolah terbaik di Seberang Perai pada tahun 2015. Hadirin sekalin,
Seperti yang kita semua maklum, fizikal sekolah yang ceria sebenarnya menyumbang kepada kecemerlangan murid-murid dalam sesebuah sekolah. Atas kesedaran itu, sekolah mula bertatih dan mengambil beberapa langkah proaktif bertujuan menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan yang kondusif sesuai sebagai tempat untuk menimba ilmu. Antaranya, penubuhan bilik SAL ataupun Self Access Learning untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Makmal Matematik dan bilik LINUS yang berada di tingkat 3 blok C di sekolah ini. Selain itu, untuk meningkatkan prestasi UPSR 2013, pihak sekolah telah menganjurkan 2 kem motivasi kepada murid tahun 6. Kem yang pertama telah diadakan di Omland, Sg Petani dan yang keduanya di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam. Pihak sekolah juga telah mengadakan bengkel menjawab soalan UPSR dengan memanggil guru-guru pakar dari sekolah lain untuk memberi teknik dan cara menjawab soalan yang betul. Kelas bimbingan juga diadakan untuk mata pelajaran UPSR dari hari Isnin hingga hari Khamis. Dari segi kerohanian pula, Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin setiap hari Jumaat. Murid-murid tahun 6 juga telah diberikan mentor iaitu guru-guru yang akan membimbing mereka keluar dari masalah yang mereka hadapi sama ada masalah peribadi atau masalah pelajaran. Sebagai seorang Guru Besar atau pentadbir sekolah ini, semestinya beberapa matlamat telah ditetapkan untuk menghasilkan murid-murid cemerlang, guru-guru gemilang yang dapat membawa SK Taman Impian sebagai sekolah yang terbilang. Saya juga amat berharap agar usaha-usaha yang telah dijalankan ini akan membuahkan hasil serta kita dapat melonjakkan nama SK Taman Impian apabila keputusan UPSR 2013 diumumkan kelak. Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
Saya mewakili seluruh warga sekolah ini ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid SK Taman Impian yang telah menunjukkan kecemerlangan dan syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Hari Anugerah Cemerlang SK Taman Impian pada tahun ini. Sekian, terima kasih.