K E M E N T E R I A N P E R U MA H A N D A N KERAJAAN TEMPATAN
PENGENALAN KEPADA KOMPUTER BAB 01 APA DIA KOMPUTER ?
1
Faedah Penggunaan Komputer Apakah Yang Boleh Dilakukan Oleh Komputer BAB 02 PROSES KOMPUTER
3
Istilah IT Contoh Komputer BAB 03 PERKAKASAN
5
Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Unit Kawalan Unit Arithmetik / Logik Storan Utama Pemacu Cakera BAB 04 UNIT-UNIT INPUT
8
BAB 05 UNIT-UNIT OUTPUT
11
Pengenalan Kepada Komputer
BAB 01 - APA DIA KOMPUTER ?
•
Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik, logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.
•
Komputer boleh menerima arahan dari manusia dan kemudian memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk semakan pengguna.
•
1.1
Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses DATA menjadi MAKLUMAT.
Faedah Penggunaan Komputer
1.1.1
Faedah menggunakan komputer : a) Menyimpan maklumat yang banyak b) Memperolehi semula maklumat dengan segera c) Melakukan perhitungan rumit dengan tepat d) Mempunyai banyak jenis aplikasi
1.1.2
Otak manusia boleh menyimpan maklumat hampir 125 juta aksara. Komputer pula boleh menyimpan lebih daripada 125 juta aksara. 1 Aksara = 1 Abjad / 1 Nombor / 1 Simbol
BTM / Kursus ICT – EG
1
Pengenalan Kepada Komputer
1.1.3
Manusia dianggar melakukan satu kesilapan bagi setiap 500 hingga 1000 operasi perhitungan dengan menggunakan kalkulator. Litar elektronik dalam komputer boleh melakukan berjuta-juta operasi sesaat tanpa kesilapan.
1.1.4
Namun, ketepatan tindakan komputer bergantung kepada ketepatan arahan atau maklumat yang diberi.
1.1.5
GIGO – Garbage In Garbage Out
•
Istilah ini bererti jika arahan tidak tepat dimasukkan ke dalam komputer, maklumat yang tidak tepat akan dihasilkan.
1.1.6
Walaupun komputer adalah alat yang sangat berguna, keberkesanan penggunaannya bergantung kepada apa yang dapat dilakukan oleh komputer serta tahap penggunaan individu.
1.2
Apakah Yang Boleh Dilakukan Oleh Komputer
Tidak boleh dilakukan oleh
Boleh dilakukan oleh komputer
Memberikan maklumat yang berguna
komputer
untuk membuat keputusan
Membaiki
keputusan
menyelesaikan sesuatu masalah
Mengubah cara hidup
membantu menyusun maklumat operasi
Mentafsirkan arahan yang kurang
menyesuaikan
operasi
dengan
tepat dan membuat pindaan
keadaan semasa
2
atau
pengeluaran dengan
dan
daya
Membuat
Mengikut arahan dengan cepat dan tepat
BTM / Kursus ICT – EG
Pengenalan Kepada Komputer
BAB 02 - PROSES KOMPUTER
2.1
Istilah ICT
Data
Maklumat Input Output
Proses Fail
Input kepada komputer di dalam bentuk-bentuk seperti nombor, hurufhuruf, perkataan dan sebagainya Data yang telah diproses dan dianalisa yang digunakan untuk membuat sesuatu keputusan Data yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem untuk diproses Sesuatu maklumat yang dihasilkan daripada prosesan di dalam sesuatu sistem Aktiviti seperti (Isih dan analisis) yang dilakukan ke atas data untuk menghasilkan maklumat Himpunan sesuatu data dan maklumat
BTM / Kursus ICT – EG
3
Pengenalan Kepada Komputer
2.2
Contoh Komputer
Komputer Peribadi (PC)
Notebook / Laptop
Personel Data Assistant (PDA)
4
BTM / Kursus ICT – EG
Pengenalan Kepada Komputer
BAB 03 - PERKAKASAN
•
Perkakasan komputer adalah merupakan komponen fizikal sistem komputer
•
Komponen-komponen utama sistem komputer : e) Unit Pemprosesan Pusat (CPU) f)
Unit-unit Input
g) Unit-unit output h) Storan
3.1
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
3.1.1
Dikenali sebagai pusat sistem komputer.
3.1.2
Merupakan bahagian komputer yang paling rumit dan berkuasa
3.1.3
Antara tugas utama : •
Menginput maklumat-maklumat ( Data dan Program ) ke dalam sistem komputer
•
Menyimpan arahan-arahan dan data-data yang digunakan untuk pemprosesan
•
Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data
•
Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difaham dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain
UNIT KAWALAN
UNIT ARITHMETIK / LOGIK
STORAN UTAMA (MAIN MEMORY)
3.2
Unit Kawalan 3.2.1
Mengawal dan mengkoordinasi operasi-operasi seluruh sistem komputer
3.2.2
Mentafsir semula langkah-langkah program
3.2.3
Mengeluarkan arahan-arahan kepada unit-unit lain
3.2.4
Mengawal aliran-aliran data semasa pemprosesan
BTM / Kursus ICT – EG
5
Pengenalan Kepada Komputer
3.3
Unit Arithmetik / Logik 3.3.1
3.4
Melaksanakan pengiraan campur, tolak, bahagi dan darab
Storan Utama 3.4.1
Sebagai storan sementara untuk data-data dan maklumat
3.4.2
Membuat pertukaran data dengan bahagian-bahagian lain dalam CPU
3.4.3
Menghantar hasil-hasil pemprosesan kepada peranti-peranti output
3.4.4
Menerima data dari peranti-peranti input
ROM (Read Only Memory) •
Storan semikonduktor
•
Ingatan yang tidak meruap (non-volatile)
•
Hanya boleh membaca dari ingatan ROM
•
Program atau data tidak padam apabila padamnya kuasa elektrik
•
Program atau data di dalam ROM tidak boleh dipinda
RAM (Random Access) •
Storan semikonduktor
•
Ingatan meruap (volatile)
•
Ingatan sementara
•
Data dan maklumat di dalam RAM akan terhapus apabila kuasa elektrik terputus
3.5
•
Data dan maklumat RAM boleh dipinda
•
Read/Write memory
Pemacu Cakera 3.5.1
Pemacu Cakera Keras ( Hard Disk Drive ) •
Merupakan alat untuk menyimpan dan mengeluarkan.
•
Digunakan juga sebagai tempat untuk dimasukkan perisian untuk menjalankan sesebuah komputer
•
Menyimpan segala sistem dan data, agar sesebuah komputer itu beroperasi dengan lancar
6
BTM / Kursus ICT – EG
Pengenalan Kepada Komputer
3.5.2
Pemacu Cakera Liut ( Floppy Disk Drive ) •
Komponen ini digunakan untuk menyimpan data dengan menggunakan disket
•
3.5.3
Cakera liut terhad untuk menyimpan data kerana saiznya hanya 1.44MB
Pemacu Cakera Padat ( CD – ROM ) •
Compact Disk Read Only Memory Drive
•
Pemacu ini hanya dapat membaca memori sahaja dan tidak boleh menyimpan memori ke dalam cakera keras
•
Terdiri dari 2 jenis Iaitu CD-R ( CD-Recordable ) dan CD-RW ( CDRecordable/Writable )
•
CD-R (CD – Recordable) – hanya boleh write sekali sahaja
•
CD-RW (CD-Recordable/Writable) – boleh ReWrite banyak kali seperti disket tetapi harga lebih mahal
BTM / Kursus ICT – EG
7
Pengenalan Kepada Komputer
BAB 04 - UNIT-UNIT INPUT 4.1
Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer
4.2 Program merupakan arahan yang berfungsi untuk mengarahkan komputer menjalankan sesuatu operasi tertentu khasnya dalam memproses data ke dalam bentuk maklumat 4.3
Data merujuk kepada bahan mentah yang dimasukkan oleh pengguna ke dalam sistem komputer. Data ini berbentuk digit perduaan ( binary) seperti abjad, imej, nombor atau simbol bagi membolehkannya diproses
4.4
Arahan adalah sesuatu kata kunci ataupun frasa yang digunakan oleh pengguna dengan memasukkannya ke dalam sistem komputer. Arahan berperanan sebagai satu bentuk proses yang mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu operasi yang dikehendaki
4.5
Proses tindak balas pengguna berlaku apabila pengguna memasukkan data untuk bertindak balas terhadap arahan yang dihasilkan oleh perisian komputer. Sebagai contoh “Yes”, “No”, “Enter” dan lain-lain.
4.6
Berikut adalah jenis-jenis peranti input komputer
i.
Papan Kekunci (Keyboard) Untuk memasukkan data atau text ke dalam komputer Terdapat dua jenis papan kekunci iaitu jenis QWERTY dan DVORAK
ii. Tetikus (Mouse) Membolehkan aktiviti meng’klik’ dan melukis dilakukan di komputer
8
BTM / Kursus ICT – EG
Pengenalan Kepada Komputer
iii. Mikrofon Untuk
menghasilkan
suara,
audio
dan
tujuan
telekomunikasi
atau
persidangan
iv. Pengimbas (Scanner) Untuk membolehkan sesuatu imej atau gambar diimbas dan diterjemahkan ke dalam bentuk digital untuk kegunaan web, grafik dan rekabentuk
v. Kamera Digital Mengambil imej atau gambar dalam format digital untuk web atau grafik
BTM / Kursus ICT – EG
9
Pengenalan Kepada Komputer
vi. Kayu Ria (Joy Stick) Peranti untuk permainan video dalam komputer
10
BTM / Kursus ICT – EG
Pengenalan Kepada Komputer
BAB 05 -UNIT-UNIT OUTPUT
5.1
Peranti Output merujuk kepada maklumat yang terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data
5.2
Hasil atau output ini terdapat dalam dua kategori iaitu Softcopy atau Hardcopy
5.3
Softcopy adalah hasil yang diperlihatkan pada skrin monitor komputer
5.4
Hardcopy pula adalah hasil yang dicetak keluar pada kertas
5.5
Contoh peralatan bagi peranti output ialah
i.
Monitor Memperlihatkan hasil daripada sistem komputer dan video
ii.
Pembesar Suara Untuk mengeluarkan sesuatu hasil daripada sistem audio
iii.
Pencetak Membolehkan penghasilan salinan daripada komputer