Dewan Ulama PAS Pusat
MIMBAR ULAMA
NEGARA ISLAM Diselenggarakan oleh
YB Haji Harun Taib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat
Diedarkan oleh Unit ICT dan Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat
KANDWNGAN
Kata Pengantar YB Haji HarunTaib
Prinsip Negara lslam Dr. Muhamad Haji Daud
Siyasah Shar'iyyah Dr. Abdul Aziz Hanafi
Kedudukan Orang Bukan lslam Dalam Negara lslam Y.B. Ustaz Ahmad Ali
Sultah Tanfiziyyah Abu Anif
Dasar Belanjawan Negara lslam Dr. Hailani Tahir
Sistem Ekonomi lslam & Konvensional : Satu Perbandingan Penulis Khas
Perspektif lslam Mengenai Bursa Saham Penulis Khas
Pindaan Perlembagaan Negeri Kelantan Penulis Khas
Ulama dan Politik Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif
Perlembagaan Malaysia Dan lslam Haji Syed lbrahim Sted Abdul Rahman
Kata Pengantar
Pertamanya saya mengucapkan Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnianya diberi kesempatan untuk mengucapkan sepatah kata sempena terbitnya Mimbar Ulama kali ini. Makalah yang dipilih adalah sangat sesuai dengan tuntutan semasa. Setiap Muslim khasnya penggerak jemaah sepatutnya dibekalkan dengan ilmu yang cukup tentang konsep negara lslam dan tuntutannya. Para ulama terdahulu telah memainkam peranan masingmasing dalam menerangkan konsep irri. Sekarang, ulama semasa pula perlu tampil ke depan dan memberikan pandangan bagaimanakah cara terbaik untuk merealisasikan konsep itu dalam masyarakat di Malaysia. Penerbitan majalah ini yang menumpukan kepada tema Negara lslam adalah sangat tepat pada masanya. Masyarakat Malaysia sedang membincangkan isu negara Islam. Dalam kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penulis makalah ini yang telah berjaya menyediakan kertas ini dalam Siri Seminar Negara lslam yang telah diadakan. Saya yakin usaha murni ini akan mendapat ganjaran dari Allah jua. Kami berharap agar majalah ini dapat membantu ahli PAS dan masyarakat umum memahami persoalan negara lslam dengan lebih baik lagi.
Taib Haji Harl~n Ketua Dewan Ulama PAS Pusat
PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM Dr. Muhammad Haji Daud
Pembentukan Negara lslam Dakwah lslam bermula dengan cara rahsia ataupun secara sulit, kemudian Baginda Rasulullah memberi kemudahan dan kelonggaran supaya dakwah lslam kepada umum dilakukan secara terbuka, di situ berlakulah permusuhan sengit antara Baginda Rasulullah dengan golongan musyrikin Quraish. Lantaran itu umat lslam dipulau dan dimusuhi dengan berbagaibagai bentuk dan cara yang menyakitkan perasaan dan tubuh badan penganut Islam. Lantaran itu Rasulullah membenarkan umat lslam berhijrah ke Habsyah pada tahun ke-5 selepas Baginda diangkat menjadi Rasul iaitu pada tahun (615 M). Golongan yang berhijrah ke Habsyah ini tidak lama berada di sana hanyalah tiga bulan sahaja, kemudian mereka kembali semula ke Mekah kerana mereka mendapat berita angin bertiup bahawa orang Quraish telah pun beriman dan memeluk Islam, dan apa perlu lagi berjauhan dari tanah air sendiri. Tetapi berita ini adalah palsu semata-mata kerana orang Quraish belum lagi beriman hanyalah
bilangan yang sedikit sahaja yang beriman. Oleh itu kebanyakan orang lslam mula memikirkan untuk berhijrah kali kedua ke Habsyah. Maka mereka mulalah berhijrah semula secara beransur-ansur sehingga sampailah bilangannya sebanyak lebih kurang 100 orang lelaki dan perernpuan.
Hijrah ke Madinah al-Munawwarah Baginda Rasulullah memberi izin kepada para sahabat supaya berhijrah ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan Zulhijjah tahun ke-13 dari kerasulan Nabi Muhammad. Maka para sahabat mula berseludup hijrah ke Madinah secara kumpulan yang sedikitsedikit dan ada secara individu. Sehinggalah baginda sendiri berhijrah untuk bersama-sama umat lslam pada bulan Rabiul Awal (1 2hb) baginda sampai ke Madinah al-Munawwarah. Di Madinah al-Munawwarah, baginda bertemu semula dengan semua para sahabat dari kalangan al-Muhajirin dan al-Ansar. Di sana terdapat golongan-golongan Yahudi dan Musyrikin dari orangorang Arab sendiri.
Terbentuknya Negara lslam Selepas Rasulullah berhijrah ke Ivladinah,maka barulah terbentuknya sebuah negara lslam yang bebas untuk mereka mendiami di dalam negara sendiri. Umat lslam terasa sangat bertuah kerana sistem lslam yang diperkenalkan oleh Baginda adalah sebaik-baik sistem bagi kehidupan manusia. Baginda Rasulullah telah menggubal sebuah perlembagaan bagi negara lslam yang baru dibentuknya itu berdasarkan kepada: Pertama : Husnu al-Jiwar iaitu hormat-menghormati jiran atau antara satu negara dengan lainnya. Kedua :
Al-Ta'awwun Dhiddu ALCUdwaniaitu tolong menolong menentang musuh dan permusuhan.
Ketiga :
Al-Nasr Li al-Mazlum iaitu memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi.
Keempat : Al-Nush wa al-Nasihah iaitu saling nasihat menasihati dan sama-sama menunjuk ajar. Kelima : lhtiram Hurriyyat aLCAkidahwa Hurriyyat aLClbadah Mahma Tabayat al-Adyan iaitu menghormati kebebasan akidah, ibadat, walau apa jua perbezaan di dalam beragama.
Masyarakat Majmuk Di Madinah al-Munawwarah Di Madinah al-Munawwarah pada masa itu terdapat tiga golongan agama yang terbesar, 1. Orang-orang Islam, al-muslimun.
2. Orang-orang Yahudi, al-Yahudiyun.
3. Penyembah berhala, al-Wathaniyun. Baginda memberi kebebasan kepada semua agama kebebasan yang sepenuhnya untuk mendiri serta melaksanakan ajaran agama masing-masing. Ini adalah jelas sebagaimana tercatat di dalam mithaq al-hukum atau perlembagaan yang digubal oleh baginda selepas hijrah ke Madinah. Perlembagaan Madinah ini mengandungi sebanyak 47 ceraian. Di dalam perlembagaan ini telah diletakkan asas bagi negara Islam, maka umat lslam adalah menjadi rakyat di dalam negara lslam walaupun berbeza bangsa dar~keturunan mereka.
Kegiatan Negara lslam Di antara kegiatan Negara lslam (di Madinah ialah): 1. Menyusun atau sistem pertahanan. 2. Mer~jagakeamanan dan keselamatan. 3
3. Menyediakan berbagai agensi aturan untuk melaksanakan keadilan kepada seluruh manusia. 4. Menyebar ilmu pengetahuan. 5. Memungut hasil negara (di Baitumal)
6. Membuat dan mengadakan perjanjian dengan negara asing. 7. Membuat hubungan diplomasi - menghantar dan menerima dutaduta asing.
Ciri-ciri negara lslam ialah antaranya: 1. Menegakkan hukum-hukum Allah, berdasarkan kepada Al-Quran
dan Al-Hadith dan mestilah dihapuskan undang-undang Jahiliah sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Adakah kamu mahukan hukum-hukum Jahiliah, siapakah yang lebih baik daripada Allah dari segi hukumannya kepada orang-orang yang yakin." 2. Kebenaran yang menjadi tunggak kepada menegakkan lslam yang sangat penting. Al-Quran meletakkan al-Haq - kebenaran sama ertinya dengan lslam seperti firmanNya yang bermaksud :
"Dialah - Allah yang mengutuskan RasulNya dengan hidayah dan ugama yang haq - benar supaya mengatasi ke atas agama-agama yang lain seluruhnya". Dan firmanNya lagi yang bermaksud : "Janganlah kamu selindungkan yang haq - iaitu (benar) dengan yang batil dan kamu sembunyikan yang haq benar pada ha1 kamu rnengetahuinya".
Keadilan - Al-"dalah Keadilan adalah sifat terpuji dan ialah salah satu daripada namanama Allah yang menjadi neraca Allah dalam alam ciptaanNya. Diutusakan pada Rasul dan diwahyukan syariat, firmanNya yang bermaksud:
"SesungguhnyaKami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca keadilan supaya manusia dapat melaksanakan keadilan". Keadilan berpecah kepada beberapa pecahan: a. Keadilan dari segi hukum b. Keadilan dari segi kehakiman c. Keadilan menentukan haq dan tanggunjawab terhadap masyarakat.
Kebebasan (Al-Hurriyyah) Yakni memberi hak kebebasan kepada rakyat mengikut naluri manusia serta berdasarkan kepada perlembagaan negara seperti : a. kebebasan menganut agama b. kebebasan menasihat kepada semua pihak seperti amar macruf nahi mungkar oleh semua pihak tanpa perbezaan di antara pemimpin dan rakyat Pemimpin hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada rakyatnya sejauhmanakah rakyatnya taat kepada ajaran lslam dan sebaliknya.
Persamaan - Al-Musawah Semua manusia adalah sama di hadapan syariat Allah dalam negara lslam tanpa dibezakan antara yang kaya, miskin, berpangkat, warna kulit dan sebagainya.
Al-Syura Permesyuaratan, dalam mengendalikan urusan duniawi yang mesti
ditegakkan dengan agama, manusia berhak memikirkannya sebagai menghadapi perkembangan semasa serta menggunakan kebijaksanaan aka1 di dalam segala urusan.
Ketaatan - Al-Tacah Taat kepada Allah dan Rasul secara mutlak dan juga ketaatan kepada pemimpin selagi pemirr~pinitu taatkan Allah dan RasulNya sebagaimana sabda nabi, maksudnya : Tidak harus taat kepada makhluk di dalam perkara maksiat terhadap Allah (al-Khaliq).
Abu Bakar pernah menegaskan di dalam ucapan dasarnya selepas dipilih menjadi khalifah dengan katanya yang berm.aksud : Taatlah kepada aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya maka bila aku derhakakan Allah dan RasulNya maka jangan kamu taatkan lagi kepada aku.
SIASAH SYAR'IYYAH DAN PERLAKSANAANNYA PADA MASA KIN1 Dr. Abd1.11Aziz Hanafi
Siasah Syar'iyyah atau Sains Politik lslam merupakan suatu peruntukan khas anugerah Allah s.w.t. kepada pimpinan negaral negeri lslam yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah al.Nabawiyah sebagai perlembagaannya.lanya muncul bersama kelahiran Kerajaan lslam yang pertama di Madinah al-Munawwarah yang dipimpin sendiri oleh baginda s.a.w.. Kemudian diikuti pula di zaman pemerintahan para khalifah al-Rasyidin r.a. ajma'in dan di zaman selepasnya. Fungsi dan tugasnya amat penting dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sentiasa membaru yang memerlukan kepada jawapan'yang tepat dan bijaksana dengan mengambil kira kesesuaian dan ketepatannya dengan kehendak Syariah lslam yang mulia. Maka sudah tentu pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum-hukum menerusi Al-Siyasah al-Syar'iyyah ialah pimpinan kerajaan lslam yang memiliki keupayaan berijtihad secara jama'ie hasil gabungan antara para ulamak dan kumpulan professional seperti yang pernah dilakukan di zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid ketika baginda meminta Al-Qadhi AbuYusuf menyediakan rangka cadangan kutipan hasil-hasil pertanian termasuklah menyediakan infrastruktur ke arah menjayakan projek tersebut begitu juga mengenai sistem pengairan yang baik dan teratur.
Maka dengan kerjasama Osman bin Hunaif, seorang jurl~ukuryang terkenal pada masa itu, maka petua Al-Qadhi Abu Yusuf telah berjaya dihasilkan dan dikenali dengan nama Al-Kharaj. Melihat kepada kedudukan kita sebagai sebuah jama'ah lslamiyah yang dilihat sebagai sebuah jamaah yang memiliki keupayaan memanfaatkan kesemua tenaga para ulamak dan professional kita dalam membina keutuhan hukum, undang-undang, peraturan-peraturan yang sebahagiannya terpaksa mengambil kira kesesuaian masa dan tempat berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak yang konkrit.
Pembahagian Hukum Syarak Sepanjang kajian kita dalam bidang syariah, kita mendapati bahawa hukum-hukumnya terbahagi kepada dua bahagian : Pertama : Dikenali sebagai hukurn-hukum syarak yang 'kulliyah' iaitu hukumhukum syarak yang tetap dari segi prinsip dan pelaksanaannya dan tidak tunduk kepada sebarang perubahan masa dan tempat sehinggalah ke Hari Kiamat. Sebagai contoh, hukum-hukum mengenai urusan aqidah, akhlak, ibadah, undang-undang keluarga (pusaka), hudud dan qisas.
Kedua : Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang 'juz'iyah'. Hukum-hukum ini agak berbeza dengan hukum-hukum syarak yang pertama kerana pada pelaksanaan hukum-hukum ini boleh berubah berdasarkan kepada perubahan masa dan tempat walaupun prinsip-prinsipnya masih kekal tidak berubah. Sebagai contoh, pelaksanaan konsep Al-Syura boleh menerima perubahan daripada semasa ke semasa sedangkan prinsip atau konsepnya kekal dan tidak berubah sepertirnana yang berlaku selepas kewafatan baginda s.a.w. khususnya di zaman khulafa' al-Rasyidin r.a.. Hukum-hukum syarak di bahagian inilah yang pernah diungkapkan oleh para ulamak dengan kata mereka :
"Di sana terdapat beberapa hukum syarak yang berkait rapat dengan 'illah (sebab), dengan kata lain adanya 'illah ada hukumnya dan tiada 'illah maka tiada hukumnya." Sebagai contoh, sepertimana tindakan Saidina Umar al-Khattab r.a. memberhentikan pemberian zakat kepada ketua-ketua Quraisy yang masih kafir yang sebelum ini pernah mendapatnya di zaman baginda Rasulullah s.a.w., di zaman Saidina Abu Bakar r.a. dan di awal zaman pemerintahanbaglnda sendiri (sebelum pembukaan Rom dan Parsi). Hukum-hukum syarak bahagian kedua inilah yang dikenali dengan Al-Hukum al-Siasah al-Syar'iyyah.
Pengertian Siasah Syar'iyyah Para ulamak mengemukakan dua takrif siasah syar'iyyah : 1. Takrif 'Am Siasah Syar'iyyah mengikut takrif 'am diertikan sebagai peraturan-peraturan dan undang-undang yang digubal untuk mengurus dan mentadbir negara di mana ianya sejajar dengan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak walaupun tidak terdapat dalil-dalil yang tafsiliy. Takrif ini merangkumi semua aspek peraturan dan undang-undang samada yang berkaitan dengan lembaga penggubal, pelaksana dan kehakiman termasuklah juga urusan-urusan perlembagaan, soal dalam dan luar negara.
Di antara buku-buku yang ditulis berkaitan dengan siasah syar'iyyah seperti Al-Hukum al-sultaniyah karangan Al-Imam alMawardi Al-Syafi'e dan Qadhi Abu Ya'ia Al-Hanbali, kitab Al-Siasah al-syar'iyyah fi lslah al-ra'i wa ra'iyyah karangan Al-Imam Ibn Taimiyah dan kitab Tafsir al-Hukum oleh Ibn Firhaun. Kitab-kitab yang serupa ini menyebutkan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas pemerintahan kerajaan Islam terhadap rakyat jelata dalam semua aspek kehidupan. 2 Takrif Khas la diertikan sebagai suatu hukum yang agak keras yang dipetik daripada dalil-dalil yang ijmaliyah sekiranya hukum fiqh biasa tidak
dapat mencapai matlamat di mana hukum serupa itu disyariatkan. lanya seolah-olah menyerupai undang-undangkhas yang digubal apabila negara berada di dalam keadaan darurat. Ibn Nujaim al-Hanafi semasa menjelaskan tentang hukuman zina menyatakan bahawa siasah syar'iyyah bermaksud suatu tindakan yang dilakukan oleh pemerintahan demi untuk suatu maslahah walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil yang juz i seperti mengenakan hukuman buang daerah kepada penzina yang belum muhsan selain disebat sebanyak seratus kali. l
l
Untuk menjelaskan lagi kedudukan siasah syariyyah, para ulamak memberikan beberapa contoh antaranya seperti berikut : 1. Boleh dikenakan hukuman bunuh ke atas pencuri yang berulang kali melakukan jenayah tersebut.
Seseorang yang dituduh mencuri yang enggan mengaku bersalah, pihak berkuasa boleh mengenakan hukuman ta'zir seperti mengurungnya atau menyebatnya dengan syarat pada hemat pihak berkuasa bahawa besar kemungkinan tertuduh sememangnya terbabit dalam kes kecurian tersebut dan barang yang dicuri masih berada di tangannya. Sedaugkan jika menurut hukum fiqh biasa, kes seperti di atas pihak pendakwa akan mengemukakan keterangan dan bukti-bukti yang mensabitkan pertuduhan ataupun pihak tertuduh bersumpah menafikan tuduhan tersebut. 3. Rasulullah s.a.w. pernah disoal mengenai unta dan kambirlg yang hilang di padang pasir. Baginda menyuruh agar sekiranya kambing-kambing itu dijumpai hendaklah mereka mengurungnya sehingga didapati tuannya dan diserahkan kepadanya semula. Adapun merrgenai unta-unta yang hilang, baginda mengarahkan agar binatang tersebut dibiarkan begitu sahaja sehinggalah tuannya menjumpainya. Hukum ini berkuatkuasa sehinggalah di zaman Saidina Othman bin Affan r.a.. Di zaman baginda keadaan dan suasana agak berbeza dengan keadaan sebelumnya di mana perompak dan penyamun bermaharajalela hatta di padang pasir. Kerana itu, baginda memerintahkan agar unta dan kambing yang hilang ditangkap dan dikurung sementara menunggu kehadiran
tuan empunya, sedangkan sebelum itu apa yang dibimbangkan hanyalah binatang-binatang buas seperti singa dan harimau. Kambing sebagai binatang yang kecil dan lemah tentunya tidak mampu melawan binatang buas tersebut sepertimana unta. Di zaman Saidina Ali r.a. pula, segala perbelanjaan untuk menjaga binatang tersebut diambil daripada Baitul Mal. 4. Saidina Umar r.a. menjatuhkan talak tiga ke alas lelaki yang menceraikan isterinya (talak tiga) dengan satu lafaz. 5. Penulisan mushaf di zaman Saidina Abu Bakar r.a.
6. Mengadakan jabatan-jabatan di zaman Saidina Umar r.a. 7. Dasar Saidina Umar r.a. mengekalkan tanah-tanah yang dibuka di Iraq kepada tuan-tuan empunya disamping mengenakan cukai (al-kharaj) ke atas tanah tersebut sekiranya mereka masih menganut agama asal mereka. 8. Keputusan Saidina Umar r.a. membuang daerah seorang pemuda di Madinah yang bemama Nasr bin Haliaj. Pemuda ini memiliki rupa paras yang amat kacak sehingga mempesonakan seorang gadis di kota suci itu. Mulanya Umar r.a. mengarahkan pemuda itu dicukur. Namun, rupa parasnya rnasih lagi cantik. Akhirnya dia dibuang daerah ke Basrah, Iraq. Pada hemat Saidina Umar r.a., jika pemuda tersebut masih dibiarkan berada di Madinah, kemungkinan besar gadis-gadis lain turut terpesona dengan kekacakannya. Ini suatu fitnah yang besar terutama di kota suci Madinah. Berlainan sekiranya kalau pemuda itu di Basrah sebab beliau dikira terasing di tempat orang. Lagipun, mungkin dia akan bersikap lebih waspada terhadap dirinya.
Hukum-Hukum Yang Diputuskan Menerusi Siasah Syariyyah Perlu ditegaskan bahawa semua hukum yang diputuskan menerusi Al-Siasah al-Syar'iyyah ianya juga digolongkan sebagai hukumhukum syariah. Ini kerana ianya ditentukan menerusi dalil-dalil syariah
yang umum sepertimana ia diputuskan melalui a/-Maslahah alMursalahyang diguna pakai sebagai salah satu sumber hukum. Oleh itu, penggunaan istilah al-Hukum a/-Siasaha/-Syar'iyyahyang terdapat di dalam kitab-kitab berkenaan adalah penggunaan istilah biasa dan tidak merubah kandungan dan struktur hukum-hukum tersebut. Hukum-hukum tersebut bertujuan memberi keluasan dan kelonggaran kepada pemerintahan kerajaan lslam dalam melaksanakan keadilan dan memastikan keamanan tumbuh subur di dalam kehidupan masyarakat dengan syarat ianya bebas daripada sikap keterlaluan dan kecuaian dan bersih daripada sebarang keper~tingandiri. Hukum-hukum yang diputuskan melalui siasah syar'iyyah lebih bersifat fleksibel. Walaubagaimanapun, para ulamak meletakkan syarat-syarat seperti berikut : 1. lanya diputuskan oleh pemerintah negara dan kerajaan lslam yang menjadikan Al- Qur'an dan Al-Sunnah sebagai perlembagaannya. Kerajaan yang tidak lslam atau orang perseorangan tidak berhak menjadikan siasah syar'iyyah sebagai saluran untuk mengeluarkan hukum-hukum tersebut.
Maka dalam konteks kita sebagai sebuah Jama'ah lslamiyah yang setakat ini diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk mentadbir dua buah negeri Kelantan dan Terengganu, di samping DUN-DUN dan Parlimen yang kita kuasai, maka pada hemat penulis, kita sudah berupaya insya-Allah untuk mengeluarkan hukum-hukum dan peraturanperaturan menerusi al-Siasah a/-Syar'iyyah lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan urusan dalam jama'ah, begitu juga urusan luar yang masih berada di dalam bidang kuasa kita. 2. Hukum-hukum tersebut hendaklah bertepatan dengan semaqgat perundangan lslam serta berpandukan kepada kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip am dalam lslam seperti kaedah Sadd al-Zara'i' dan Raf'a al-Harj sepertimana ia juga bersesuaian dengan prinsip Al-Syura, Tahqid al-Adalah dan prinsip Al-Ruju' bimu' dhakit alumuri ila ah1 al-zikri wa al-Ra'yi (merujuk semua urusan yang rumit kepada kumpulan cerdik pandai).
3. Tiada sebaraqg percanggahan yang hakiki dengan mana-mana
dalil tafsiliy yang telah menjadi sebagai syariat 'am di setiap masa dan tempat, ataupun sememangnya ada dailil tersebut tetapi hanyalah sebagai syariatlperaturan sementara sepertimana ) ataupun sedari asal masalah penetapan harga barang ( tiada sebarang dalil tafsiliy berhubung dengan perkara berkaitan. Ibn Qayyim r.a. dalam kitabnya A/-Turuq a/-Hukmiyah Fi ~ i a s a h a/-syar'iyyahmenukilkan kata-kata Ibn 'Uqail r.a. yang bermaksud : Sudah menjadi kebiasaan betapa dibolehkan beramalan dengan siasah syar'iyyah dalam negara malah itu merupakan suatu tekad bahkan setiap tokoh ulamak (imam) telah bersikap demikian. Imam Al-Syafi'e r.a. menegaskan katanya... "Tiada siasah dikira sah melainkan ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.' Ibn 'Uqail r.a. pula menyatakan : "Siasah ialah suatu tindakan yang boleh membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan terhindar jauh daripada kebinasaan walaupun itu tidak pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.dan tidak pernah diturunkan melalui wahyu". lnilah yang dikatakan siasah syar'iyyah yang adil dan saksama.
Kesimpulan Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa saluran a/-Siasah a/-SyarJiyyah sepatutnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS sebagai organisasi lslam yang bersifat haraki yang mengambil tempat sebuah kerajaan lslam di rantau ini. Kita sesungguhnya memiliki tiga fakta utama dalam memenuhi keperluan siasah syar'iyyah iaitu : 1. Timbulnya isu-isu dan masalah-masalah baru yang memerlukan jawapan yang tepat.
-
2. Wujudnya kumpulan ilmuan yang terdiri daripada para ulamak dan professional yang pada penulis dapat di manfaatkan dalam melengkapkan lagi organisasi pengurusan dan pentadbiran jama'ah.
3. PAS bukan lagi sebagai sebuah badan dakwah, malah dengan
izin Allah s.w.t. telah mengorak selangkah ke hadapan sebagai sebuah kerajaan walaupun di peringkat negeri. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah s.w.t. sentiasa menganugerahkan taufik dan hidayahNya serta mengekalkan kerajaan PAS yang sedia ada dalam usahanya untuk meluaskan sempadan pemerintahannya dan meyakinkan kepada masyarakat umum betapa Islam sebagai pilihan utama mereka di masa dahulu, sekarang dan untuk seiama-lamanya, Amin.
Bibliografi 1. Al-Quran al-Karim 2. Kitab-kitab Hadith
3. Al-Asybah Wa A/-Nazair, Al-Imam Al-Sayuti 4. Al-Siasah Al-Syar'iyyah Fi lslah a/-Ra 'yi Wa a/-Ra 'iyah,
Ibn Taimiyah 5. Al-Turuq al-Hukmiyah Fi Siayasah a/-Syar'iyyah, Ibn Al-Qayyim 6. Majalah a/-Dirasat a/-'Arabiyah Wa a/-lslamiyah, IPI Brunei Darussalam
7. A/-Kharaj, Al-Qadhi Abu Yusuf
KEDUDWKAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM Y.B. Ustaz Ahmad Ali Muqaddimah Masalah orang bukan lslam yang tinggal dalam negara lslam adalah merupakan persoalan yang sentiasa diperbincangkan di sana sini terutama sekali apabila konsep negara lslam menjadi tajuk yang hangat yang diperbincangkan pada masa kini. Persoalan yang sering ditimbulkan ialah siapakah orang-orang bukan lslam yang tinggal dalam negara Islam? Kertas ini cuba membentangkan semula persoalan-persoalan tersebut untuk dibincangkan secara terperinci untuk diambil kesimpulan dan rumusan. Orang-orang bukan lslam yang tinggal di dalam negara lslam dapat dibahagikan kepada dua golongan:
Pertama : Ahli dzimmi iaitu orang - orang yang tinggal kekal dengan agamanya (bukan Islam) tetapi rela tunduk dan patuh kepada undang-undang negara. Mereka adalah rakyat dan warganegars yang sama tarafnya dengan rakyat dan warganegara dari golongan orang-oraqg lslam sendiri.
Kedua : Al-Mustakmin iaitu warganegara asing yang dibenarkan tinggal dalam negara lslam secara aman bagi tempoh tertentu. Masing-masing golongan ini mempunyai hak-hak dan tanggunggjawab tertentu terhadap negara Islam.
Hak Ahli Dzimmi Kaedah pertama yang diguna pakai bagi menjalin hubungan dengan ahli dzimmi dalam negara lslarr~ialah bagi mereka hak seperti yang dinikmati oleh orang lslam kecuali dalam beberapa perkara tertentu sebagaimana ke atas mereka kewajipan seperti yang dipikul oleh orang-orang lslam kecuali dalam beberapa perkara tertentu.
Hak Mendapat Perlindungan Hak yang pertama ialah hak untuk menikmati perlindungan keselamatan oleh negara lslam dan masyarakat lslam dari serangan musuh dari luar dan kezaliman dari dalam negara bagi menjamin keselesaan dan kestabilan hidup. i)
Perlindungan ancaman luar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah lslam memberi perlindungan keselamatan kepada orang-orang dzimmi seperti mana yang diperolehi oleh orang-orang lslam memandangkan pemerintah memiliki kuasa perundangan dan kekuatan tentera yang membolehkan perlindungan tersebut diberikan kepada mereka selama mana mereka berada dalam negara walaupun terpencil dalam sebuah kampung. Memandangkan mereka tertakluk kepada undang-undang lslam dan akad dzimmah mereka adalah bersifat kekal justeru itu, mereka berhak mendapat perlindungan tersebut seperti yang diperolehi oleh orang-orang Islam.
ii) Pernb6laan dari kezaliman dalam Negara Pembelaan dari kezaliman ke atas mereka dari dalam negara adalah merupakan satu perkara yang sangat dituntut oleh Islam. Orang -orang lslam diberi amaran supaya tidak menyakiti orang-orang dzimmi dengan tangan atau perkataan mereka.
Allah tidak suka kepada orang zalim dan tidak memberi petunjuk kepada mereka malah disegerakan balasan azab dunia dan dilipat gandakan balasan di akhirat. Terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang mengharamkan kezaliman dan menjelaskan kesan buruk di dunia dan di akhirat. Terdapat hadis yang khusus melarang menzalimi orang-orang bukan lslam dari kalangan ahli dzimmah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barangsiapa menzalimi orang-orang dzimmi atau mengurangkan haknya atau membebankannya di luar kemampuannya atau mengambil sesuatu tanpa relanya maka aku akan berhajat dengannya pada hari kiamat" Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud: "Sesiapa yang menyakiti orang-orang dzimmi beerti dia menyakitiku dan sesiapa menyakitiku dia adalah menyakiti Allah". Oleh kerana itu umat lslam sejak zaman khalifah ar-Rasyidin terlalu mengambil berat melindungi orang-orang dzimmi dari sebarang kezaliman dan penderaan serta memberi perhatian terhadap segala pengaduan yang diterima daripada mereka. Saidina Umar Al-Khatab sentiasa bertanya khabar keadaan orang-orang dzimmi kepada rombongan yang datang berjumpanya dari daerahdaerah dan wilayah-wilayah negara kerana bimbang takut ada dari kalangan orang lslam yang melakukan sesuatu yang menyakiti orang dzimmi. Mereka berkata kepadanya "kami tidak tahu selain setia". Yakni masing-masing pihak orang lslam dan dzimmi melaksanakan perjanjian mereka. Saidina Ali bin Abi Thalib berkata : "Mereka membayar jizyah supaya harta mereka seperti harta kita dan darah mereka seperti darah kita." Para fuqaha' lslam dari berbagai mazhab menegaskan bahawa wajib ke atas umat lslam memelihara orang-orang dzimmi dan melindungi mereka dari sebarang kezaliman kerana dengan termetrainya akad dzimmah, mereka bertanggungjawab membela
orang dzimmi daripada kezaliman kerana mereka telah menjadi warga negara Islam. Malah sebahagian ulama' menegaskan bahawa menzalimi orang-orang dzimmi lebih besar dosanya daripada menzalimi orang-orang lslam sendiri. iii) Perlindungan kehormatan darah dan tubuh badan Perlindungan keselamatan yng ditetapkan oleh orang-orang dzimmi termasuklah pemeliharaan kehormatan darah dan jiwaraga serta harta benda dan maruah mereka. Oleh kerana itu membunuh mereka adalah haram mengikut ijma' umat Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa membunuh seorang dzimmi dia tidak akan berbau syurga walaupun baunya didapati dari permulaan jarak 40 tahun perjalanan." Para fuqaha' yang terdiri dari As-sya'bi, An-Nakh'i, Ibn Abi Laili, Uthman al-Butti, Abu Hanifah dan sahabatnya berpendapat bahawa seorang muslim dihukum bunuh kerana membunuh seorang dzimmi berpandukan nas yang umum dari Al-Quran dan As-Sunnah yang mewajibkan hukum qisas ke atas seorang muslim yang membunuh orang dzimmi kerana kedua-duanya mempunyai persamaan status kehormatan darah secara kekal. Diriwayatkan bahawa telah dihadapkan kepada Saidina Ali seorang lelaki lslam kerana membunuh seorang dzimmi dengan mengemukakan bukti ke atasnya, lalu Saidina Ali memerintahkan lelaki itu dihukum bunuh. Kemudian saudara si mati tampil dengan berkata: "Sesungg~~hnya saya telah memaafkan dia". Saidina Ali berkata : "Barangkali mereka ugut kamu atau pisahkan kamu?". Orang itu menjawab: "Tidak, tetapi dengan membunuh si pembunuh ini tidak akan mengembalikan saudara saya. Lagipun mereka telah membayar gantirugi dan saya bersetuju". Kata Saidina Ali: "Kamu lebih mengerti". Selanjutnya beliau berkata: "Sesiapa yang terlibat dalam akad dzimmah dengan kami maka darahnya sama dengan darah kami dan diyatnya (pampasan untuk waris si mati yang dibunuh) sama dengan diyat kami". Para ulama' berkata seorang lslam yang mencuri harta orang dzimmi dihukum potong tangan sedangkan harta lebih rendah rnartabatnya berbanding dengan nyawa.
Apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Seorang lslam tidak boleh dibunuh kerana merr~bunuhseorang kafir". Kafir yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah kafir harbi. Justeru itu tidak ada pertentangan maksud dari nas tersebut. Pendapat inilah yang digunapakai sepanjang khalifah Uthmaniah di seluruh wilayahnya sehingga jatuhnya khalifah tersebut. Sebagaimana lslam memelihara keselamatan nyawa orang dzimmi daripada dibunuh, demikian juga ia memelihara tubuh badan mereka daripada dipukul atau di dera sekalipun mereka lambat atau enggan menunaikan tangunggjawab mereka membayar jizyah atau kharaj, sedangkan tindakan keras dikenakan ke atas orang lslam yang enggan menunai zakat. iv) Pemeliharaan Harta Benda Hak orang-orang dzimmi untuk mendapat perlindungan undangundang bagi memelihara keselamatan harta benda mereka dari pemerintahan lslam adalah diakui oleh umat lslam dari semua mazhab dan semua negeri di sepanjang zaman. Abu Yusof meriwayatkan dalam bukunya "Al-Kharaj" mengenai kaum Najran zaman lVabi s.a.w : "Bagi Najran dan persisiran adalah pemeliharaan Allah dan tanggungjawab lVabi Muhammad s.a.w terhadap harta benda mereka, agama mereka, tempat ibadah mereka serta segala apa yang dimiliki mereka sama ada banyak atau sedikit" Saidina Umar Al-Khattab pernah berpesan kepada Abu Ubaidah Al-Jarrah, katanya "Halang orang lslam daripada mengkhianati mereka (orang dzimmi) dan menyusahkan mereka serta memakan harta mereka kecuali secara halal". lslam menjaga harta benda orang dzimmi sampai ke peringkat menganggap ada nilai pada barang yang dianggap bernilai pada orang dzimmi menurut agama mereka, walaupun barang itu tidak di anggap bernilai pada orang-orang Islam. Arak dan babi tidak dianggap bernilai pada pandangan orangorang Islam. Oleh yang demikian sesiapa yang memusnahkan arak dan babi yang dimiliki oleh orang-orang Islam, tidak dikenakan apaapa tindakan kepada pemusnah malah diberi ganjaran baik kerana
tidak layak bagi orang-orang lslam memiliki kedua-duanya itu. Adapun arak dan babi sekiranya dimiliki oleh orang bukan lslam kedua-duanya dianggap harta bernilai disisinya. Sesiapa yang memusnahkan kedua-dua benda tersebut yang dimiliki oleh orangorang dzimmi dikenakan ganti rugi hartanya.
Pemeliharaan Kehormatan Diri lslam menuntut umatnya memelihara kehormatan diri dan maruah orang-orang dzimmi seperti mana menjaga kehormatan diri orang lslam sendiri. Tidak harus seseorang dzimmi dimaki hamun, diumpat atau dihina atau dikatakan sesuatu yang tidak disukainya mengenai diri atau keturunannya. Syihabbuddin al-Qarafi dalam kitabnya "al-Furuq" berkata: "Akad dzimmah mewajibkan kita memberikan mereka (orang dzirnmi) hakhak mereka kerana mereka berada dalam perlindungan kita dan tanggungan kita serta tanggungan Allah dan RasulNya serta tanggungan Islam. Barangsiapa menyakiti mereka walaupun dengan perkataan yang kesat atau umpatan maka adalah dikira mengkhianati janji Allah dan Rasulullah s.a.w dan agama Islam". Dalam kitab "Dar al-Mukhtat'dari mazhab Hanafi ada disebutkan: "Wajib dielakkan perbuatan menyakit orang-orang dzimmi dan diharamkan mengumpatnya sepertimana umpatan terhadap orangorang Islam". Ibn Abidin mengulas dengan berkata bahawa dengan termetrainya akad dzimmah maka sabit baginya (oraqg dzirnmi) apa yang sabit bagi kita. Sekiranya haram mengumpat seorang muslim demikianlah pula pula haram mengumpatnya, malah ulama' berkata menzalimi orang dzimmi itu lebih besar dosanya.
Perlindungan Takaful Ketika Tua dan Miskin lslam di bawah naungan pemerintahan memberi jaminan perlindungan hidup melalui skim takaful kepada oraog bukan lslam dan tanggungan mereka kerana mereka adalah rakyat negara lslam dan negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya Perlindungan tersebut terus dilaksanakan di zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin dan selepas mereka.
Dalam perjanjian akad dzimmah yang ditulis oleh Saidina Khalid Al-Walid bagi penduduk Al-Hirah di Iraq yang terdiri dari golongan Nasrani, Saidina Khalid menyebutkan : "Mana-mana orang yang sudah tua dan tidak mampu untuk menjalankan pekerjaan atau ditimpa bencana ataupun dulunya kaya tetapi sekarang bergantung hidup kepada sedekah maka aku lepaskan mereka dari tanggungan memberi jizyah dan diperuntukkan sara hidup mereka dan anakanak mereka daripada Baitulmal." Saidina Khalid menulis perkara ini kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan disaksikan oleh sebilangan besar daripada sahabat tanpa mendapat bantahan dari mereka. lklaka perkara ini dianggap satu keputusan ijmak. Dari apa yang disebutkan dapatlah diambil kesimpulan betapa lslam memberi jaminan sosial terhadap anggota masyarakat tidak kira sama ada lslam atau bukan lslam di mana tidak harus wujud dalam masyarakat seseorang yang tidak mendapat habuannya daripada makanan, pakaian, tempat tinggal atau rawatan. Menolak kemudaratan itu adalah suatu tuntutan agama sama ada ianya muslim atau dzimmi.
Kebebasan Beragama Di antara hak-hak yang dijamin oleh lslam kepada warganegara yang
bukan lslam ialah hak untuk mendapat kebebasan terutamanya kebebasan akidah atau untuk menganut agama masing-masing dan tidak ada paksaan menukar dari satu pegangan agama kepada agama yang lain. lslam tidak membenarkan paksaan dibuat ke atas orang bukan lslam supaya memeluk Islam. Asas kepada hak ini ialah Firman Allah di dalam kitab suci AlQuran yang bermaksud: "Tidak ada paksaan dalam memeluk agama lslam kerana sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah". Firman Allah lagi yang bermaksud: "Apakah engkau wahai Muhammad memaksa manusia supaya beriman"
Oleh kerana itu sejarah tidak pernah menyaksikan bangsa atau masyarakat lslam pernat-Imemaksa orang dzimmi menganut agama lslam seperti mana diakui oleh sarjana-sarjana barat sendiri. Sebagaimana lslam memberi kebebasan kepada orarlg-orang bukan lslam memilih atau menganut agama, lslam juga menghormati rumah-rumah ibadat mereka (orang bukan Islam) malah lslam membenarkan perang untuk melindungi kebebasan beribadat sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianianya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa menolong mereka iaitu orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasa-alasan yang benar kecuali kerana mereka berkata "Tuhan kami adalah Allah", dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain tentulah dirobohkan biara-biara Nasrani, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong(agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". Dari keterangan ayat suci al-Quran tersebut jelas lslam mengakui kebebasan agama kepada orang bukan lslam serta menghormati rumah-rumah ibadat mereka. Cuma apa yang dituntut oleh orang lslam kepada orang bukan lslam ialah supaya menjaga perasaan orang lslam supaya jangan menonjolkan lambang-lambang agama mereka di pusat-pusat bandar orang lslam dan jangan mewujudkan gereja-gereja di bandar-bandar lslam yang sebelumnya tidak pernah wujud. Tindakan itu boleh menimbulkan cabaran kepada orang Islam seterusnya menimbulkan ketegangan dan fitnah. Kebebasan Bekerja Para fuqaha' menegaskan bahawa orang bukan lslam diberi kebebasan bekerja dalam apa plln bidang yang dipilih oleh mereka. Mereka berhak menjalankan aktiviti berjual beli, menguruskan berbagai-bagai perniagaan dan mengamalkan kewangan tanpa sebarang sekatan dan mereka tidak dikecualikan daripada larangan muamalat yang mengandungi riba seperti mana yang dilarang ke atas orang-orang Islam.
Demikian juga orang bukan lslam (dzimmi) dilarang menjual arak dan babi di bandar-bandar orang lslam secara terbuka walaupun untuk kepentingan mereka sendiri demi untuk mengelak fitnah.
Memegang Jawatan Kerajaan Orang dzimmi berhak memegang jawatan-jawatan dalam negara lslam sama seperti orang-orang lslam sendiri kecuali beberapa jawatan yang mempunyai ciri-ciri k6agamaan seperti ketua negara, ketua tentera, kehakiman untuk orang-orang Islam, agensi-agensi zakat dan lain-lain. Dalam bidang kepimpinan negara ianya merupakan lar~jutandari kepimpinan Nabi s.a.w. , maka tidak harus diamanahkan kepada orang bukan lslam kerana tidak munasabah orang bukan lslam akan melaksanakan hukum-hukum lslam dan memeliharanya seperti yang dilakukan oleh orang lslam yang beriman. Kepimpinan tentera pula bukan bersifat keduniaan semata- mata malah ianya juga termasuk dalam kerja ibadah mengikut lslam kerana jihad adalah merupakan kemuncak ibadah dalam Islam. Demikianlah kehakiman lslam bertujuan untuk melaksanakan hukum-hukum lslam dan tidak dituntut kepada orang bukan lslam untuk menghukum dengan perkara yang tidak diimani oleh orang-orang bukan Islam. Begitu juga urusan harta zakat dan sebagainya yang bersangkutan jawatan-jawatan keagamaan. Selain dari bidangbidang tersebut haruslah bagi negara lslam memberi ruang kepada orang-orang dzimmi sekiranya mematuhi syarat, kelayakkan serta jujur kepada negara. Sebaliknya tidak harus diberi peluang kepada mereka yang memendam rasa benci dan hasad kepada orang Islam seperti mereka yang disebut oleh Allah dalam kitab suci AlQuran maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti menimbulkan kemudaratan bagimu, mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu.Telahnyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi sungguh telah kami terangkan kepadamu jika kamu memahaminya".
Jaminan-Jaminan Bagi Menunailkan Hak-Hak Tersebut Walaupun segala hak-hak tersebut telah diperuntukkan kepada orang bukan lslam mengikut syariat lslam tetapi persoalan masih ditimbulkan terutama dari kalangan bukan lslam sendiri, iaitu apakah jarninan bagi mempastikan segala hak-hak tersebut akan ditunaikan sepenuhnya? Persoalan ini memang wajar memandangkan berapa banyak perlembagaan dan undang-undang ciptaan manusia yang memperuntukkan persamaan hak-hak dan kewajipan kepada warganegara tetapi tidak lebih dari dakwaan di atas kertas sematamata, kerana pengaruh sentimen dan hawa nafsu dan tidak menganggap kesucian apa yang tersurat . Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan ittu diperturunkan di sini jaminan itu mengikut ajaran Islam.
Jaminan Akidah Umat lslam beriman bahawa syariat lslam adalah undang-udang yang bersifat maha suci dari sebarang kesilapan dan kekurangan dan tidak boleh diubah pinda. Seseorang itu tidak dianggap beriman tanpa mentaati dan redha dengan undang-undang tersebut. Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata". Justeru itu seorang mukmin yang berpegang teguh dengan agamanya akan sentiasa bersungguh melaksanakan hukum-hukum syariat dan segala tuntutannya bagi mencapai keredhaan Tuhannya tanpa sebarang diskriminasi (terpengarauh rasa permusuhan). Firman Allah yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah menjadi saksi dengan adil dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu
lebih dekat dengan takwa dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".
Jaminan Masyarakat lslam Masyarakat lslam bertanggungjawab secara kolektif melaksanakan syariat lslam dan menerapkan hukum-hukumnya dalam semua urusan termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan warga bukan Islam. Sekiranya didapati kecuaian atau penyelewengan terhadap hak-hak orang bukan lslam pasti ada di kalangan warga lslam yang akan bangun membela orang yaqg dizalimi atau dianiaya walaupun orang yang berkenaan berbeza agama dengannya. Pengaduan boleh dihadapkan ke muka pengadilan sekalipun berlaku kes antara individu dengar~ketua negara sendiri di mana ketelusan pengadilan lslam tidak disangsikan oleh mana-mana pihak. Sejarah kehakiman lslam memaparkan banyak peristiwa di mana sultan atau khalifah berdiri di hadapan mahkamah sama ada sebagai pihak yang mendakwa atau didakwa. Kerapkali mahkamah menjatuh hukuman ke atas ketua negara atau khalifah dalam kes yang berlaku antaranya dengan individu yang tidak mempunyai daya atau pengaruh. Dalam konteks ini cukuplah kita paparkan satu sahaja contoh yanag cukup jelas memperlihatkan ketelusan kehakiman Islam. Contoh tersebut ialah kisah Saydina Ali bin Abi Talib amirulmukminin dengan seorang Nasrani di mana Saidina Ali kehilangan perisai yang dijumpai oleh orang Nasrani itu. Saidina Ali mendakwa perisai itu miliknya kerana beliau tidak pernah menjual atau menghebahkan kepada sesiapa. Perkara itu dibawa kemuka pengadilan yang dihakimi oleh Syarih. Saidina Ali gagal mengemukakan bukti atas dakwaannya. Syarih memutuskan si Nasrani berhak mengambil perisai tersebut memandangkan ia yang memegangnya. Setelah beredar dari majlis, orang IVasrani itu berpatah balik dan berkata : " Saya menyaksi hakikat bahawa perisai tersebut adalah milik amiulmukminin" lalu ia melafazkan dua kalimah syahadah dan ingin pulangkan perisai tersebut tetapi Saidina Ali menghadiahkan kepadanya sebagai tanda penghargaan di atas kelslamannya.
Tanggungjawab Orang-Orang Dzimmi Setimpal dengan hak-hak yang dinikmati oleh orang dzimmi maka dikenakan ke atas mereka tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada negara. Tanggungjawab tersebut dapatlah disirnpulkan seperti berikut: i.
Membayar jizyah dan kharaj serta cukai perniagaan
ii. Mematuhi undang-undang lslam di dalam bidang muamalat dan sebagainya. iii. Menghormati syiar-syiar lslam dan perasaaan orang-orang Islam.
Jizyah dan Kharaj Jizyah ialah cukai kepala (tahunan) pada kadar yang kecil daripada harta benda yang dikenakan ke atas lelaki yang baligh atau mampu mengikut keupayaan harta benda mereka. Golongan fakir miskin di kecualikan langsung daripada tanggl~ngjawabini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Allah tidak memikul beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya".
Kadar yang dikenakan itu tidak ditetapkan. Hanya terpulang kepada ketentuan pihak pemerintah dengan mengambil kira kepentingan pembayar cukai dan juga kepentingan negara. Kewajiban cukai jizyah ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud : "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak pula kepada hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar iaitu orang-orang yang diberikan kitab kepada mereka sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk". Kharaj pula merupakan cukai tanah sekiranya kekal dalam milik mereka (orang-orang dzimmi) dan kadar cukai itu terserah kepada ketentuan pemerintah. Perbezaan antara jizyah dan kharaj ialah jizyah akan gugur apabila orang dzimmi menganut lslam sedangkan kharaj tidak
digugurkan. Kewajaran cukai kepala (Jizyah) yang dikenakan ke atas orang dzimmi dapat difahamkan bahawa lslam mewajibkan ke atas orang-orang lslam perkhidmatan tentera secara fardhu kifayah atau fardhu ain bagi mempertahankan negara yang bukan Islam, dikecualikan daripada perkhidmatan ini walaupun mereka hidup sebagai warganegara dalam pemerintahan Islam. Jizyah selain daripada tanda kepatuhan orang-orang dzimmi kepada undangundang ianya juga sebagai ganti perkhidmatan tentera yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam.
Cukai Perniagaan Cukai perniagaan dikenakan ke atas orang-orang dzimmi seperti mana yang dikenakan ke atas orang-orang lslam sekiranya perniagaan mereka berjumlah 200 dirham ataupun memiliki 20 misqal emas (walaupun kadar tersebut hanya mengambil kira keadaan pada ketika di mana nisab itu ditentukan oleh para fuqaha' di zaman itu) Para fuqaha' telah menetapkan 5% cukai dari hasil perniagaan ke atas saudagar dzimmi manakala 2 '/2 % ke atas saudagar lslam tetapi ketentuan itu tidak berlandaskan nas syar'i malah didasarkan kepada ijtihad mereka untuk mencapai maslahah umum di mana pada ketika itu kebanyakan orang-orang lslam sibuk dengan berjihad mempertahankan negara manakala bidang perniagaan dimonopoli oleh orang-orang dzimmi. Maka para fuqaha' mengurangkan cukai ke atas peniaga-peniaga lslam sebagai ransangan kepada mereka untuk menjalankan perniagaan.
Mematuhi Undang-Undang lslam Sebagai warganegara, orang dzimmi bertanggungjawab mematuhi undang-undang lslam yang dilaksanakan ke atas orang-orang Islam selama mana undang-undang itu tidak menuntut akidah dan kebebasan beragama. Undang-undang lslam tidak dikuatkuasa ke atas mereka di dalam perkara-perkara ta'abudiyyah, seperti zakat yang merupakan cukai dan ibadah ke atas orang-orang Islam. Di dalam bidang undang-undang keluarga dan kemasyarakatan mereka
tidak dituntut untuk berkorban mengharamkan benda yang diharamkan oleh lslam ke atas orang lslam sedangkan benda itu halal dalam agama mereka seperti nikah cerai, memakan babi, minum arak dan sebagainya. Orang Majusi mengharuskan berkahwin dengan mahramnya, orang Yahudi mengharuskan berkahwin dengan anak saudaranya dan orang Nasrani mengharuskan memakan babi dan minum arak. lslam tidak campur tangan dalam perkara-perkara tersebut. Sekiranya mereka meminta pengadilan lslam dengan rela hati mereka, maka perlulah diikuti apa yang ditunjuk oleh syariat Islam.
Memelihara Perasaan Orang-Orang lslam Tanggungjawab orang dzimmi seterusnya ialah menjaga perasaan orang lslam dan kehebatan negara lslam yang melindungi dan memelihara mereka.Tidak harus mereka mencela Islam, Rasul serta kitab suci secara terang-terangan. Mereka tidak dibolehkan meminum arak dan memakan babi secara berleluasa. Setiap apa yang dipandang mungkar pada orang lslam walaupun ianya harus pada pandangan agama mereka maka tidak harus dikerjakan secara terbuka dan mencabar orang lslam bagi mempastikan masyarakat hidup dalam aman dan tenteram.
Hak-Hak Umum Bagi Warga Asing Dalam Negara lslam Warganegara asing diberi hak-hak seperti berikut:
Pertama : Hak untuk memasuki negara lslam Negara Islam bukanlah sebuah negara menutup pintu bagi kemasukan warga asing malah sebaliknya membuka pintu untuk menerima kemasukan warga asing terutama bagi mencapai maslahah lslam dan umat Islam. Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa negara lslam ditegakkan di atas dasar lslam dan memperjuangkan pemikiran lslam sehingga menjadi kenyataan. Oleh kerana itu tidak hairanlah ianya membuka pintu seluruhnya untuk menerima warga asing supaya mereka dapat melihat
keindahan lslam dan keadilannya melalui pergaulan mereka dengan orang lslam dan seterusnya mendorong mereka untuk memeluk Islam. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui kamu adalah lebih baik bagi kamu dari dunia dan isi di dalamnya". Walaubagaimanapun kewajipan negara lslam menerima warganegara asing bergantung kepada dua keadaaan iaitu sekiranya permohonan warga asing untuk masuk ke negara serta mendapat perlindungan keamanan kerana mereka ingin mengetahui keelokkan lslam kemudian mereka akan pulang ke negara mereka, maka wajib bagi negara lslam menerima mereka. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Sekiranya seseorang musyrik meminta perlindunganmu untuk mendengar perkataan Allah (Al-Quran) berilah perlindungan kepadanya setelah itu pulangkanlah dia ke tempat asalnya". Kerana pendatang asing itu berada dalam jaminan keselamatan kita selama mana ia tidak pulang ke negara asalnya.
Kedua : Kebebasan akidah, kebebasan berkumpul dan pendapat dan kehormatann tempat tinggal. Warga asing diberi kebebasan menganuti akidah mereka serta kebebasan untuk berkumpul dan kebebasaan pendapat serta kehormatan tempat tinggal. Dalam perkara ini mereka mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh orang-orang dzimmi walaupun mereka bukan warganegara Islam. Adapun hak-hak khusus mereka dibenarkan menikmatinya seperti yang diberikan kepada orang dzimmi.
Tanggungjawab Warga Asing Terhadap Negara lslam Tanggungjawab yang dikenakan oleh negara lslam terhadap warga negara asing yang tinggal dalam negara lslam secara umumnya adalah sama seperti yang dikenakan ke atas orang dzimmi dengan beberapa pengecualian di dalam beberapa perkara tertentu memandangkan mereka bukan warga negara lslam seperti orang-
orang dzimmi. Di antara tanggungjawab yang dikenakan ke atas pendatang asing ialah cukai perniagaan. Jika pendatang asing membawa masuk barang perniagaan maka dituntut membayar cukai ke atas barangan tersebut kerana barangan tersebut mendapat perlindungan keselamatan selama berada dalam negara Islam.
Kaedah Percukaian Terhadap Warga Asing Terdapat dua pendapat para fuqaha' berhubung dengan kaedah percukaian terhadap warga asing yang masuk ke negara Islam. Para Ulama' Hanafiah berpegang dengan kaedah bermuamalat secara serupa (Al-Muamalah bil mithli) iaitu kadar cukai yang dikenakan ke atas warga asing mengikut kadar yang dikenakan oleh negara warga asing kepada saudagar lslam yang masuk ke negara mereka. Fuqaha' dari mazhab Hanbali, Maliki, Syafii dan lbadhah tidak berpegang dengan kaedah ini . Walaubagaimanapun, para fuqaha' sepakat dalam kaedah (Al-Muamalah bil mithli) ini mengambil kira pertimbangan akhlak yang mulia. Oleh itu mereka berpendapat tidak harus dikenakan cukai terhadap barangan yang kurang daripada dua ratus dirham (kadar nasab zakat) tetapi sekiranya Negara mereka mengenakan cukai ke atas orang lslam yang membawa masuk barangan perniagaan yang kurang daripada dua ratus dirham, maka kaedah tersebut diguna pakai. Kaedah (Al-Muamalah bil mithli ) ini adalah berdasarkan apa yang telah dilaksanakan oleh Saidina Umar Al-Khatab ketika beliau berkata kepada amil-amilnya : "Ambillah cukai daripada mereka seperti mana mereka mengambil daripada kita".
Penutup Dari huraian tersebut dapatlah difahami bahawa masyarakat bukan lslam sama ada mereka itu rakyat negara lslam atau sebagai pendatang asing diberi hak-hak dan layanan yang adil dan saksama oleh pemerintah Islam. Perbezaan atau ketidaksamaan mendapat
beberapa hak antara warga bukan lslam dan dan warga lslam tidak beerti perbezaan taraf kerakyatan. Ada beberapa bidang pekerjaan tidak diberi kepada orarrg-orang tertentu walaupun mereka beragama lslam seperti jawatan khalifah atau ketua negara tidak diberi kepada orang perempuan lslam dan lain-lain. Jadi keadilan lslam kepada semua manusia adalah jelas.
AL SULTAH AL TANFlZlYYAH DALAM NEGARA ISLAM: KEDUDUKAN BUKAN ISLAM Abu Anif
Muqaddimah Suatu yang menjadi tandatanya kebanyakan masyarakat hari ini sama ada Muslim atau bukan muslim ialah berkenaan dengan kedudukan wanita dan bukan lslam di dalam negara lslam yang melaksanakan lslam secara menyeluruh. Kebimbangan bukan muslim terhadap hak-hak dan kebebasan mereka dalam negara lslam menjadi isu per~tingdibincangkan oleh mereka dan juga beberapa pihak yang tidak senang dengan sokongan masyarakat bukan muslim terhadap usaha gerakan lslam yang berusaha mengembalikan sistem pemerintahan lslam yang berasaskan keadilan al-Quran dan al-Sunnah dan al Siyasah al-Syar'iyyah secara menyeluruh. Bertolak dari sini kertas ini cuba mengolah kedudukan bukan lslam dan wanita lslam dalam skop "al-Sultah al Tanfiziyyah" di dalam sebuah negara lslam dengan melihat pandangan ulama' fiqah terdahulu dan kontemporari sebagai usaha menjelaskan tanggapan salah terhadap keadilan lslam dan negara Islam. Dari situ diharap dapat dibuat satu kesimpulan terhadap kedudukan mereka dalam kontek negara Malaysia apabila lslam diberi peluang memerintah.
Ta'rif Daulah dan Daulah lslamiah Dr. Mohammad Adul Qadir dalam bukunya al Nizam al Siayasi Fi al lslam mena'rifkan daulah seperti berikut: "Sekumpulan manusia yang menetap di satu kawasan bumi secara tetap, di mana urusan kehidupan mereka diurus atau diperintah oleh satu badan pemerintah tertentu". Dari ta'rif tersebut jelas kepada kita bahawa negara atau daulah itu terdiri dari tiga rukun utama iaitu Sekumpulan manusia atau dikenali sebagai rakyat, Bumi tertentu yang didiami oleh manusia tersebut, dan kuasa pemerintah yang mentadbir segala urusan manusia sama ada urusan dalam negara atau luar. Kuasa ini lebih dikenali sebagai "a1Sultah" atau dengan kata majmuknya "a1 Sultaat". Sesuatu yang sudah dimaklumi bahawa al Sultah pula dalam mana-mana sistem pemerintahan ianya dibahagi kepada tiga jenis sultah yang utama iaitu: Sultah Tashri'iyyah (Kuasa Penggubalan dasar dan undang-undang), SultahTanfiziyyah(Kuasa Perlaksanaan) dan Sultah Qadha'iyyah ( Kuasa Kehakiman). Penentuan terhadap jenis sistem pemerintahan yang dipakai oleh mana-mana negara adalah bergantung secara langsung kepada bentuk dan dasar yang dipakai dalam ketiga-tiga sultah tadi. lanya boleh dianggap kerajaan komunis apabila dasar-dasar yarlg dipakai dalam ketiga-tiga sultah tadi berasaskan kepada dasar, prinsip dan nilai komunis, ianya boleh dianggap negara lslam apabila dasar lslam menjadi asas kepada ketiga-tiga sultah tersebut dan begitulah seterusnya. Kertas ini akan difokuskan perbincangannyaterhadap satu sultah sahaja iaitu sultah tanfiziyyah bagi melihat apakah dasar-dasar umum lslam berkenaan dengan sultah ini dalam kontek kedudukan dan hak-hak warganegara bukan lslam dan wanita lslam dalam negara lslam yang mengamal lslam sebagai dasar pemerintahannya.
Difinasi al-Sultah al-Tanfiziyyah Al-Sultah al-Tar1,fiziyyah ialah kuasa yang bertanggungjawab melaksana segala dasar dan undang-undang yang telah diluluskan
oleh al -Sultah al-Tashriyyah. Pada kebiasaannya mereka yang memegang jawatan ini tidak terlibat dalam kerja penggubalan dasar dan undang-undang. Syeikh Abdul Wahab dalam kitabnya "alSiyasah al-Syar'iyyah" menyebut bahawa semua urusan pentadbiran IVegara yang terkeluar dari al-Sultah al-Tasyriyyah dan al-Sultah alQadhaaiyyah adalah termasuk dalam Al-Sultahal-Tanfiziyyah.Kuasa ini pada umum diberi kepada peringkat al Wizarah atau peringkat kementerian. lanya juga dapat dilihat sebagai satu badan pemerintahan( al hai'ah al Hakimah) yang menjalankan urusan pentadbiran Negara yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Menterimenteri. Kedudukan ini dapat dilihat lebih jelas dalam Negara-negara yang menggunakan sistem demokrasi berparlimen, seperti Malaysia, Jordan dan lain-lainnya.
Jenis-Jenis al-Sultah al-Tanfiziah 1. al-Sultah al-Tanfiziah (Kementerian) yang terletak dibawah kerajaan pusat yang dipimpin oleh al Khalifah, atau al lmam atau Perdana menteri. Kuasa mereka meliputi semua negeri-negeri yang berada di bawah naungan kerajaan pusat.
al-Sultah al-Tanfiziah Kementerian khas yang terletak di bawah bidang kuasa Wazir al Tafwiid, atau Gabnor wilayah atau Menteri Besar dalam konteks Malaysia. Menteri atau exco dalam konteks kerajaan Malaysia adalah dilantik oleh Gabenor atau Menteri Besar bagi melaksanakan segala peraturan dan urusan yang terletak dalam bidang kuasa Wizarah al Tafwidh yang diluluskan di peringkat tersebut. Peraturan yang diluluskan di peringkat ini tidak boleh bercanggah dengan dasar dan prinsip atau perlembagaan pusat di bawah khalifah. Kelayakan Menteri-Menteri al Sultah al Tanfiiziah Ulama Fiqah terdahulu yang dianggap sebagai pelopor dalam bidang politik dan pemerintahan iaitu Al-Imam al-Mawardi dan al lmam Abu Ya'la dalam mensyaratkan beberapa kelayakan untuk dilantik sebagai wazir al Tanfiz sebagaimana berikut: 1. Amanah, supaya dia tidak mengkhianati amanah dan
tanggungjawab yang diberi, 2. Jujur tidak berbohong , supaya dipercayai apa yaug hendak disampai dan dilaksanakan, 3. Tidak tamak, supaya tidak melakukan rasuah, dan pecah amanah, 4. Tidak ada hubungan buruk atau permusuhan dengan orang
ramai, supaya apa yang hendak dilaksanakan dapat diterima oleh rakyat. 5. Bijak dan pintar, marnpu memahami realiti dan keutamaan
sesuatu perkara sebelum dilaksanakan. 6. Tidak mengikut hawa nafsu, supaya tidak ditukar kebenaran dengan kebatilan, 7. Lelaki, kerana dianya bertanggungjawab secara langsung kepada khalifah (seorang lelaki), dan layak menjadi saksi kepada khalifah dalam laporannya, 8. Berpengalaman, supaya melakukan sesuatu berasaskan realiti dan penilaian yang teliti tentang kesan-kesan baik dan buruk terhadap sesuatu perkara.
Perbincangan Daripada syarat-syarat di atas jelas bahawa mereka telah memberi penekanan kepada beberapa perkara asas sebagai kelayakankelayakan yang minimum bagi seorang yang akan dilantik menjawat jawatan menteri dan jawatan umurn yaqg berada di bawah al-Sultah al-Tanfiziyyah di antara perkara yang dapat diperhatikan adalah seperti berikut: Mereka menekankan soal kualiti menyeluruh iaitu TQM 1- (total quality man) dan TQM 2 (total quality management) sebagai prasyarat seorang menteri yang melaksanakan segala dasar dan undang-undang yang telah diputuskan oleh al Sultah al Tasyriyyah. Sebab itu mereka menekankan soal amanah, jujur, pintar, tidak tamak atau rakus di samping seorang yang berpengalaman yang mampu melaksanakan tugas dan amanah yang diberi sesuai dengan objektif, halatuju dan matlamat yang
telah diputuskan, di samping memahami keutamaan, berasaskan tuntutan setempat dan semasa. Sifat-sifat ini adalah asas kepada kejayaan segala perancangan dan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Al Quran dengan jelas membayangkan cirri-ciri seperti ini seharusnya diberi keutamaan dalam melantik pekerja yang akan melaksanakan ketetapan negara atau majikan. Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu lantik itu ialah seorang yang berkebolehan dan amanah" Oleh itu ketaqwaan Abu Zar tidak dapat menyakinkan Rasulullah untuk melantik beliau ke jawatan yang dimintanya, seraya menasihati Abu Zar dengan sabda yang bermaksud : "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah, di mana di Hari Kiamat boleh membawa kerugian dan penyesalan, kecuali mereka mendapatkannya dengan cara hak dan menunaikan segala yang dituntut padanya" 2. lslam tidak dijadikan salah satu daripada syarat-syarat menjadi wazir atau menteri. Ini bererti warganegara bukan lslam boleh dilantik menjadi menteri, selagi mana mereka mempunyai ciriciri dan kelayakan di atas dan mampu melaksana ketetapan mengikut halatuju kerajaan lslam ketika itu.
3. Wanita tidak boleh dilantik menjadi menteri kerana mereka bertanggungjawab kepada khalifah yang merupakan seorang lelaki, dia juga tidak layak menjadi saksi kepada laporan yang akan diberikan kepada khalifah. Alasan yang diberikan oleh ketiga-tiga imam dalam persoalan ini pada pandangan penulis boleh dibawa kepada perbincangan yang lebih luas sesuai dengan perkembangan semasa.
4. Al-Imam al Mawardi mengharuskan juga perlantikan hamba sebagai menteri kabinet (pelaksa), di mana merdeka bukan sebagai syarat kelayakan sebagaimana yang terdapat dalam syarat-syarat perlantikan lain dalam al Sultah al-Tasyriyyah. Di sini beliau berpendapat hamba lebih layak dari wanita yang merdeka walaupun wanita itu berilmu dan berpengalaman, serta
,
mempunyai hak (kemerdekaan ke atas dirinya). Dari alasan yang diberikan oleh al-Imam al-Mawardi menampakkan kepada kita bahawa apa yang dibimbangi apabila wanita dilantik menjadi menteri ialah lahirnya masalah sosial, apabila Khalifah adalah seorang lelaki. Oleh kerana menteri adalah orang yang bertanggungjawab secara langsung kepada khalifah, maka hubungan ini dibimbangi dapat mencetuskan masalah sosial. Di samping itu kekuatan kebenaran apa yang akan dilapor oleh menteri wanita tidak kuat atas asas dia seorang tidak layak menjadi saksi kepada laporan tersebut. Wa Allahu A'lam.
Isu Yang Pertama: Perlantikan Bukan Muslim Sebagai Menteri Kabinet Terdapat di kalangan ulama' yang tidak bersependapat dengan lmam al Mawardi, antaranya al lmam al Haramain dan lmam Ahmad bin Hambal berkata seorang Zimmi tidak boleh dilantik dalam Kementerian ini sama ada dalam urusan orang-orang lslam seperti al-Kharaj. Dr Mohamad Abdul Qadir Abu Faris dalam bukunya sistem politik lslam tidak bersetuju dengan pendapat al-Imam al-Mawardi. Mengikut Dr. Abu Faris, al Quran dengan jelas memperkatakan tabiat buruk orang Yahudi dengan memberi. amaran bahawa mereka (Yahudi) tidak pernah mempercayai selain dari kalangan mereka, jadi bagaimana kita boleh mempercayai mereka dengan melantik mereka sebagai menteri dan mendedah rahsia umat lslam kepada mereka. Firman Allah yang bermaksud : "dan janganlah kamu percaya kecuali kepada mereka yang mengikuti agama kamu" Fiman Allah yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu ambil penyimpanan rahsiamu selain daripadamu (yangmengikut agamamu), mereka itu tiada segan untuk membinasakan kamu, mereka bercita-cita hendak memberi kemelaratan kepada kamu. Sesungguhnya telah terang perkataan (kebencian) dari mulut mereka, dan apa-apa yang tersembunyi dalam dada mereka lebih besar kejahatannya.
Sesungguhnya telah kami nyatakan beberapa keterangan kepada kamu mudah-mudahan kamu berfikir" Mengikut Ibn Kathir, perkataan "Bitanatan" ialah dikalarlgan mereka (bukan Islam) yang memang bertugas mengkaji urusan dan keadaan mereka. Abu Bakar al Jasas dalam tafsir Ahkam al Quran juga mengatakan "Bitanatan" ertinya di kalangan mereka yang melakukan penyelidikan dan keputusan tentang urusan mereka. Ayatayat ini adalah dalil yang tidak membenarkan melantik orang-orang zimmi sebagai menteri pelaksana (kabinet). Antara ayat lain yang dijadikan hujah oleh Dr, Abu Faris ialah : Firman Allah yang bermaksud : "Jangan kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai wali-wali kamu" Hadis yang telah diriwayatkan oleh lbnu Majah dari Aishah r.a. berkata, Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Saya tidak mengambil pertolongan dari orang musyrik" Dalam hadis al Tirmizi, Aishah menceritakan bahawa semasa Rasulullah keluar untuk menuju ke peperangan Badar, tiba-tba datang seorang musyrik yang berani menawarkan diri untuk berperang bersama Rasulullah, lalu Rasulullah bertanya kepada musyrik tersebut dengan berkata: adakah awak beriman kepada Allah dan RasulNya?, lelaki itu menjawab tidak, lalu Rasulullah meminta dia segera pulang, dan berkata : "Saya tidak meminta pertolongan dari orang musyrik" Dr. Abu Faris menambah bahawa Rasululah tidak mengambil orang musyrik i r ~hanya i sebagai tentera untuk berperang di bawah panglima Islam, bagaimana boleh dilantik sebagai menteri yang akan menguruskan urusan orang-orang Islam dan mengetahui segala rahsia mereka. Satu riwayat daripada lbnu Abi Hatim dari Abi al Dahqanah berkata: Dikatakan kepada Saidina Omar r.a : Ini seorang remaja dari Hirah, boleh dilantik sebagai penulis khalifah, maka jawab Saidina Omar: Ini berarti saya telah mengambil "Bitanatan" selain daripada
orang Islam" Dr Abu Faris menambah, di samping ayat-ayat dan hadis, serta amalan para al Khulafa'al Rasyidin, sesungguhnya Maslahah umum orang lslam hendaklah diutamakan dengan tidak melantik orang bukan lslam sebagai menteri kerana dia boleh membawa kepada pembocoran rahsia muslimin terutama dalam soal ketenteraan Islam, sedang tidak boleh dijamin kejujuran mereka kerana sejarah telah membuktikan sejak dahulu dada-dada orang Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain dipenuhi oleh perasaan hasad dengki terhadap lslam dan orang-orangnya. Pandangan Dr. Abu Faris agak bersalahan dengan pendapat ulama' lain semasa dengan beliau seperti Dr. Yusuf al Qaradhawi, Syeikh Rasyid al Ghanushi dan Dr. Abdul Karim Zaidan. Mereka berpendapat harus perlantikan bukan lslam dalam al Sultah al Tanfiziyyah setelah mereka memenuhi syarat-syarat yang telah diwajibkan. Syeikh Rashid al Ghanushi berpendapat sebuah negara lslam yang mengamalkan dasar pemerintahan lslam hendaklah menjadikan asas-asas berikut sebagai dasar-dasar pemerintahan dalam melayani rakyat atau warga negara yang bukan Islam. 1. Keadilan
Firman Allah yang bermaksud : 'Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya berlakui adil dan ehsan' Usul ini adalah paksi kepada segala perundangan dan syariat Islam. Mengikut al Imam Fakhr al-Razi, "Keseluruhan al-Quran adalah merupakan olahan dan tafsir kepada dasar ini, dan ayat di atas adalah merupakan hati kepada al Quran". Keadilan lslam adalah untuk semua sama ada muslim atau bukan muslim. Firman Allah yang bermaksud : "Allah tidak melarang kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu, kerana agamamu dan tiada pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang adil. Hanya Allah melarang kamu mengangkat wali (pemimpin) dari orang yang memerangi kamu, kerana agama kamu dan mengusir kamu dari negeri kamu dan menolong mengusir kamu dari negeri kamu. Barangsiapa yang mengangkat mereka itu, maka mereka adalah orangorang yang zalim" Negara lslam adalah Negara yang menyebar segala bentuk keadilan kepada kesemua warganegaranya tanpa mengira aqidah, keturunan, dan warna kulit. Firman Allah yang bermaksud : "Dan apabila kamu menghukum, hendaklah kamu menghukumnya dengan adil" Firman Allah lagi yang bermaksud : "Janganlah kamu tertarik kerana kebencianmu kepada satu kaum, sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat kepada ketaqwaan dan takutlah kepada Allah" 2. Kebebasan beragama Maksud firman Allah : "Tiada paksaan dalam agama" Usul umum ini adalah satu dasar kukuh sebagai jaminan terhadap kebebasan yang diberikan oleh lslam kepada bukan lslam untuk terus menjadi warganegara lslam secara aman dan damai, memperolehi hak-hak mereka dalam beragama. 3. Minoriti bukan lslam adalah satu ummah yang bersama dengan ummah muslim, bagi mereka agama mereka dan bag; muslim agama mereka.
Dasar ini tercatat dengan jelas dalam perlembagaan Madinah berkenaan hak-hak menoriti Yahudi yang telah mengiktiraf kerajaan lslam Madinah ketika itu. Satu hakikat yang mesti diterima oleh kita pada hari ini ialah bukan lslam yang berada dalam negara-negara umat lslam adalah warganegara yang telah diiktiraf oleh perlembagaan negara tersebut. Lantaran itu hak-hak mereka telah diiktiraf oleh perlembagaan tersebut. Ini agak berlainan dengan
keadaan bukan lslam di zaman Rasululah seperti Yahudi dan sebagainya, di mana asalnya mereka bukan warganegara Islam, kecuali setelah mereka membuat perjanjian dan membayar jizyah. Justeru itu mereka niendapat hak-hak sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan lslam atau Piagam Madinah. Realiti irri harus diambilkira dalam merangka keadilan negara lslam di zaman mutakhir ini . 4. Persamaan antara warganegara muslim dan bukan muslim.
Persamaan ini dapat dilihat secara jelas dari wasiat Rasulullah s.a.w kepada seorang panglima tentera bahawa " musuh-musuh yang memerangi ummat Islam, apabila mereka tunduk dan patuh kepada negara lslam maka mereka akan memperolehi apa yang diperolehi oleh warganegara muslim yang lain". Mereka lebih berhak apabila mereka adalah warganegara sebelum tertegaknya Negara lslam dan diiktiraf oleh Perlembagaan. Berasaskan kepada dasar-dasar di atas maka warganegara yaqg bukan lslam ada hak untuk dilantik ke jawatan umum yang tidak melibatkan urusan agama secara langsung, dan tidak melibatkan jawatan asas dalam pembentukan dasar dan halatuju negara. Perlantikan ini boleh dibuat setelah mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan yang lain iaitu seperti Amanah dan berkebolehan. Firman Allah yarrg berm.aksud: "Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu lantik itu ialah seorang yang berkebolehan dan amanah" Firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu ambil penyimpanan rahsiamu selain daripadamu (yang mengikut agamamu), mereka itu tiada segan untuk membinasakan kamu, mereka bercita-cita hendak memberi kernelaratan kepada kamu. Sesungguhnya telah terang perkataan (kebencian) dari mulut mereka, dan apa-apa yang tersembunyi dalam dada mereka lebih besar kejahatanya. Sesungguhnya telah kami nyatakan beberapa keterangan kepada kamu mudah-mudahan karnu berfikir" Ayat di atas dijadikan hujah utama oleh Dr. Abu Faris untuk mengharamkan bukan lslam dilantik sebagai menteri kabinet. Syeikh
Rashid al Ghanushi mengatakan bahawa : mengikut para mufassirin, ayat tersebut turun ke atas dua oraqg muslim, untuk menegah mereka dari menjalinkan hubungan dengan beberapa orang jiranyahudi. Dikatakan juga ayat ini turun bagi menegah daripada menjalinkan hubungan dengan orang-orang munaafiqin, bukan untuk menegah orang lslam dari menjalinkan hubungan dengan bukan lslam secara keseluruhannya. Mengikut tafsir al Manar, ayat ini melarang menjalinkan hubungan dengan bukan lslam yang mempunyai sifatsifat yang disebut dalam ayat tersebut, iaitu mereka yang cuba merosak kehidupan orang Islam, melakukan kemudaratan, menyebarkan kemarahan dan permhsuhan di kalangan orangorang Islam. Mengikut Ibn Jarir, ayat ini melarang orang lslam mengambil orang bukan lslam yang telah diketahui sifat dan niat buruk mereka. Mereka yang baik adalah diharuskan. Syeikh Rashid menambah lagi, sejarah lslam telah membuktikan bahawa negara lslam dahulunya telah mengamalkan dasar persamaan antara warganegara muslim dan bukan muslim dalam perkara yang tiada kaitan larrgsurrg dengan Agama Islam. Mereka telah dibenarkan menjawat jawatan dalam negara tanpa mengira aqidah mereka kecuali dalam jawatan yang menjadi asas kelansungan dasar lslam iaitu Khalifah, al-Sultah al-Tasyriyyah, sultah al-Tafwidh dan Kepimpinan tentera. Sejarah lslam telah memaparkan nama-nama bukan lslam (zimmi) yang telah dilantik dalam kerajaan lslam termasuk di zaman Rasulullah, antaranya Amru bin Umayyah al Dhamri sebagai safir Baginda di Habshah, beberapa musyrikin juga telah dilantik mengajar menulis dan membaca. Begitu juga dilantik beberapa musyrikin sebagai mata-mata gelap kepada Rasulullah. Khalifah Umar r.d juga menamakan beberapa orang zimmi sebagai penulis beliau.
Isu Kedua: Perlantikan Wanita lslam Dalqm al Sultah al Tanfiiziyyah Dr. Abu Faris dalam kitabnya menyokong penuh apa yang telah dinyatakan oleh al Imam al Mawardi. Alasan yang diberi adalah asasnya lebih kepada persoalan "Sadd al-Zarai" dan kekurangan nilai wanita dari sudut penyaksian.Sokongan dibuat berasaskan hadis Rasulullah yang bermaksud :
"Tidak berjaya satu kaum yang melantik wanita menerajui urusan mereka" Walaupun begitu ada di kalangan ulama' yang memberi pandangan yang berbeza dalam ha1 ini berasaskan kepada realiti dan fakta-fakta semasa. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya al Mufassal fi Ahkam al Mar'ah wa al Baiti al Muslim fi al Syariah al lslamiayyah menyatakan keharusan perlantikan wanita lslam kepada jawatan umum yang sesuai berada di bawah al Sultah al Tanfiziyyah. Beliau berpandukan kepada beberapa pendapat lain: 1. Mazhab H a n d merrgharuskan perlantikan wanita sebagai qadhi kecuali dalam menyelesaikan kes-kes hukum hudud dan qisas. 2. Ibn Jarir al Tabari pula mengatakan harus melantik wanita lslam sebagai qadhi dalam semua bentuk perundangan. Hujah al Tabari ialah al Qadha' adalah seperti al Ifta' dan dalam ifta' tidak disyaratkan lelaki. Al Tabari juga mengasaskan pandangannya kepada pendapat lbnu Hazmi dalam " al Mahalli" yang mengatakan harus wanita lslam dilantik sebagai Qadhi. 3. Khalifah Omar ibnu al Khattab pernah melantik al Syifaa'
(seorang wanita dari kaumnya) sebagai pegawai Hisbah di satu pasar ketika itu. 4. Manakala hadis yang menyatakan bahawa sesuatu kaum tidak akan berjaya jika mereka melantik wanita menerajui urusan mereka adalah ianya berkaitan dengan perlantikan wanita sebagai Khalifah, Imam atau Ketua Negara, bukan jawatan yang di bawahnya. Ini kerana mengikut riwayat al Bukhari : Apabila sampai berita kepada Rasuylullah s.a.w. bahawa orang-orang Farsi telah melantik anak perempuan Kisra sebagai Raja mereka, maka lantas bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tidak berjaya satu kaum yang melantik wanita menerajui urusan mereka"
Kesimpulan Dari perbincangan ini saya ingin simpulkan bahawa keharusan melantik bukan lslam dan wanita lslam ke dalam jawatan yang berada
di bawah al-Sultah al-Tafiziyyah ini tidak sepatutnya ditutup rapat. Keharusan ini tidak bererti dari segi praktik perlu dilaku dengan mudah yang disangkakan, malah ianya perlu dikaji terlebih dahulu dari pelbagai sudut. Pintu ini amat perlu dibuka terutama dalam kita menghadapi realiti dan suasana serta perkembagan zaman ini. Saranan ini di buat kerana sebab berikut: 1. Sistem pemerintahan lslam haruslah diperlihatkan kepada dunia yang ianya lebih adil dari sistem lain yang diamalkan sekarang ini termasuk sistem demokrasi yang ada, yang tidak menafikan hak-hak bukan lslam dan wanita dalam negara Islam, sebagaimana banyak negara bukan lslam yang memberi hak ini kepada warganya yang Islam, seperti yang berlaku di Britain dan lain-lainnya.
. Bukan lslam dalam negara yang ada pada hari ini adalah telah diiktiraf sah sebagai warganegara di sisi perlembagaan yang ada, maka tidak seharusnya apabila lslam memerintah, hak tersebut dinafi secara total. Persamaan hak di kalangan warga Negara lslam dalam jawatan umum negara perlu ditonjolkan sebagai bukti keadilan Islam.
3. Dalam konteks dakwah Islamiyyah, keadilan dan kerahmatan lslam perlu ditonjolkan kepada bukan lslam dan warrita dalam usaha memperlihatkan lslam adalah agama yang benar-benar menjamin hak-hak mereka sebagai warganegara. Dengan ini usaha lslam untuk menegakkan sebuah negara yang benarbenar adil akan mendapat sokongan mereka terutama apabila peratusan mereka adalah penentu kepada usaha tersebut. 4. Keharusan perlantikan bukan lslam dan wanita hendaklah berasaskan kepada meritokrasi, keperluan dan kepentingan Negara. Kaedah umum dalam masalah ini ialah jika perlantikan itu menyebabkan kelemahan dan mudharat kepada Negara lslam dan Maslahah Umat Islam, maka ianya tidak dibenarkan. 5. Wanita pada hari ini telah terdedah dengan pembelajaran dan pengalaman luas yang menyamai golongan lelaki, malah ada antara mereka melebihi golongan lelaki, yang mana keadaan ini tidak mustahil ada di kalangan mereka layak untuk jawatan tertentu dalam Negara setelah kriteria asas dipenuhi.
6. Sejarah dan dunia hari ini membuktikan peranan wanita dalam pentadbiran Negara cukup besar yang perlu diberi kredit oleh Negara Islam. Namun begitu peratusan mereka yang mampu berada di peringkat tinggi agak terbatas dalam semua sistem pemerintahan yang ada pada hari ini. Ini bermakna jika sistem meritokrasi dan kelayakan lain seperti yang disebut sebelum ini diguna pakai dalam perlantikan sudah tentu lelaki akan ke depan dalam jawatan yang mencabar ini.
Akhirnya di harapkan kertas ini boleh dijadi asas untuk perbincangan di kalangan ulama' untuk kepentingan dan kemenangan ummah. Wallaahu a'lam
DASAR BELANJAWAN NEGARA ISLAM Penulis Khas
Pendahuluan Belanjawan dalam sesebuah negara biasanya dirangka dengan teliti dan rasional kerana ia menjadi garis panduan bagi menentukan arah atau haluan pembangunan. Polisi fiskal dan kewangan menjadi asas kepada dasar belanjawan. Keberkesanannya adalah bergantung kepada cara bagaimana kedua-dua polisi itu dilaksanakan. Dalam keadaan ekonomi ekstrim tidak stabil ia dikatakan lebih berkesan jika kedua-dua polisi tersebut dilakukan serentak. Dalam ekonomi moden tidak ada satu formula atau kaedah yang mudah untuk diikuti dalam melaksanakan dasar belanjawan kerana keputusan yang bijak sekalipun dibuat ia tidak dapat bertahan apabila berdepan dengan keadaan ekonomi yang sentiasa mencabar dan berubah. Hal tersebut menuntut umat Islam dan negaranya sentiasa prihatin dalam menangani masalah dasar belanjawan supaya lebih berkesan dalam menghadapi keadaan yang tidak menentu. Dasar belanjawan adalah hasil gabungan di antara polisi fiskal dan polisi kewangan. Di peringkat makro apabila menyentuh soal belanjawan maka kedua-duanya (fiskal dan kewaugan) tidak boleh dipisahkan. Ketiadaan salah satu daripada polisi tersebut akan memberi kesan kepada polisi yang satu lagi. Bermakna jika polisi fiskal itu dilaksanakan dengan tidak teratur ia akan membawa kesukaran dan kerumitan dalam perlaksanaan polisi kewangan.
Maksud polisi fiskal disini ialah perkara yang berkaitan dengan hasil negara, cukai dan perbelanjaan kerajaan. Manakala maksud polisi kewangan pula diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan wang atau kewangan. Daripada pengertian di atas dapat dirumuskan bahawa: Polisi fiskal adalah berfungsi untuk mengenalpasti kemasukan hasil pendapatan negara, mengubah perbelanjaan negara, dan mengubahkan tingkat cukai. Manakala polisi kewangan pula digunakan oleh kerajaan dengan fungsi untuk mengubah penawaran wang di pasaran. Kerajaan boleh melaksanakannya dengan cara berasingan atau dilakukan kedua-duanya sekaligus. Tindakan kerajaan melalui polisi berkenaan akan memberi kesan kepada pengguna dan kerajaan.
Polisi Fiskal Untuk membangunkan sebuah negara ia memerlukan banyak perbelanjaan. Ini bermakna kerajaan memerlukan hasil pendapatan negara yang besar. Untuk meningkatkan hasil pendapatan yang banyak kerajaan terpaksa mengadakan pelbagai bentuk atau cara untuk mendapatkannya. Diantara cara yang biasa dilakukan ialah melalui: a) Perbelanjaan kerajaan b) Mengenakan cukai atau meningkatkannya Polisi ,fiskal melalui perbelanjaan kerajaan akan merr~berikesan yang positif kepada negara. Contoh, apabila berlaku keadaan yang tidak stabil dalam ekonomi (deflasi) kerajaan akan menambahkan perbelanjaan dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan. Dengan menambah perbelanjaan, secara langsung atau tidak, kerajaan telah membuat suntikan wang kepada ekonomi negara. Dengan suntikan ini akanmembewa kesan kepada kesinambungan pasaran, seperti: a) Penganggur mendapat pekerjaan b) Kuasa beli bertambah
c) Keluaran negara meningkat d) Hasil cukai bertambah, kemakmuran meluas dan e) Sekaligus dengan perbelanjaan kerajaan akan membawa kepada kenaikan dalam pendapatan masyarakat. Strategi di atas (perbelanjaankerajaan) adalah sesuai jika negara berkenaan mengalami deflasi dan pengangguran.Walaupun strategi perbelanjaan kerajaan dapat meningkatkan pendapatan aggregate keseluruhan namun kesan jangka panjang ia juga menyebabkan kenaikan kadar bunga. Ini dapat dilihat seperti berikut: Masa deflasi kadar bunga agak rendah, ini kerana dalam keadaan ekonomi lembab keinginan melaburberkurangan, sebab dikhuatiri akan rugi. Apabila kerajaan menambahkan perbelanjaan pembangunan, bank mendapati para pelabur berlumba-lumba membuat pinjaman untuk melaksanakan projek kerajaan.Pada masa itu, bank akan mula mengenakan kadar bunga yang semakin lama semakin meningkat tinggi kepada pelabur. Apabila kadar bunga tinggi keuntungan yang diperolehi akan berkurangan dan akhimya melemahkan pelaburan. Strategi polisi fiskal melalui perbelanjaan kerajaan dari segi ekonomi moden adalah berjaya khususnya untuk meningkatkan penggunaan isi rumah tetapi kesan jangka panjangnya akan menaikkan kadar bunga. Ini bermakna keadaan ekonomi akan sentiasa tidak menentu. Jika negara berada dalam keadaan inflasi, strategi diatas (perbelanjaan) kurang sesuai digunakan, ini kerana pengaliran wang ketika itu banyak di pasaran. Hal irri berlaku disebabkan terdapat kegiatan pembelian yang banyak terhadap barangan dan perkhidmatan menjadi lebih buruk. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan ini akan mencipta atau mengenakan cukai langsung atau lain-lain bentuk cukai. Dengan mengenakan cukai akan berlaku bocoran dalam ekonomi. Ini dapat dijelaskan seperti berikut: Sebelum cukai dikena atau dinaikkan, kuasa beli masyarakat adalah tinggi. Dengan mengenakan cukai menyebabkan kuasa beli menjadi rendah atau menurun. Bermakna strategi polisi fiskal melalui cukai dalam masa inflasi boleh membawa
keadaan yang lebih baik, dimana isi rumah mempunyai kuasa beli yang agak terhad. Dengan adanya fuvgsi bocoran melalui cukai akhirnya akan membawa negara kemudian kepada keseimbangan. Keadaan diatas (polisi fiskal melalui perbelanjaan dan percukaian) berlaku dalam keadaan belanjawan kurangan (perbelanjaan melebihi pendapatan). Jika strategi perbelanjaan kerajaan dan cukai dilakukan sekaligus ini memungkinkan sesebuah negara itu dapat: a) Meninggikan pendapatan masyarakatnya dan b) Memungkinkan mengurangkannya. Ini bergantung kepada teknik atau cara perbelanjaan yang diamalkan oleh negara berkenaan. Jika negara berkenaan menjalankan teknik atau cara perbelanjaan seimbang (jumlah perbelanjaan sama dengan jumlah hasil) ia akan membawa kepada: a) Kenaikan dalam pendapatan negara b) Dan bukan sebaliknya. Dan inilah yarrg diamalkan oleh kerajaan Malaysia sebelum berlakunya kegawatan ekonomi - 1997 Jika negara berkenaan menja!ankan teknik atau cara belanjawan kurangan (jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil negara) ia juga akan: a) Menaik dan meningkatkan pendapatan negara Jadi, sebelum menentukan bentuk perbelanjaan yang hendak dilakukan adalah penting bagi pembuat polisi dasar melihat terlebih dahulu kedudukan ekonomi sesebuah negara.
Keberkesanan Polisi Fiskal Penentuan berkesan atau tidaknya polisi fiskal apabila dilaksanakan adalah bergantung kepada tinggi rendahnya pendapatan negara dan masyarakat pada ketika itu. a) Jika pendapatan aggregate pada masa itu rendah dan dalam masa yang sama juga kerajaan rnenjalankan polisi
fiskal, ini akan rnernbawa peningkatan yang tinggi dalam pendapatan b) Jika pendapatan pada masa itu tinggi dan kerajaan menjalankan (dalam masa yang sama) polisi fiskal, maka strategi ini kurang berkesan berbanding seperti keadaan di masa pendapatan rendah yang boleh membawa peningkatan yang tinggi dalarn pendapatan.
Polisi Kewangan Dalam ekonomi moden, setiap polisi yang dijalankan oleh sesebuah negara mempunyai matlamat, diantaranya: a) b) c) d)
Untuk rnencapai tingkat guna tenaga penuh Menjaga kestabilan negara Mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi Membentuk corak agihan pendapatan dan harga yang seimbang e) Menjaga keseimbangan dagangan luar
Mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi menjadi objektif utama dalam dasar belanjawan dan dalam masa yang sama mengekalkan kestabilan. Alat penggeraknya ialah riba. Riba digunakan sebagai pengimbal untuk menjadikan keadaan ekonomi pulih menuju keseimbangan apabila berlaku keadaan tidak stabil. Oleh kerana kesan tindakbalas suatu polisi memakan masa yang agak panjang maka kesempatan yang ada diraih atau dieksploit oleh mereka yang berkepentingan dalam dunia perniagaan dan perdagangan. Akibatnya kawalan harga di pasaran tidak berkesan dan berlakulah aliran wang begitu cepat yang akhirnya menyebabkan inflasi. Apabila inflasi berlaku, kadar bunga semakin meningkat tinggi, akibatnya pelabur dalam masa berikutnya kurang atau tidak berminat berusaha kerana keuntungan yang dinikmati semakin kurang dan akhirnya berlakulah kejatuhan ekonomi, deflasi. Keadaan tersebut akan terus wujud dan menyebabkan silih berganti berlakunya inflasi dan deflasi. Punca terjadinya adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh pengamalan riba dalam sistem
ekonomi konvensional. Alat pengimbal, riba menjadikan kuasa tarikan keadaan ekonomi ekstrim ke kiri dan ke kanan (inflasi dan deflasi).
Instrumen Polisi Fiskal Dan Kewangan Alat-alat dalam polisi fiskal adalah terdiri daripada perbelanjaan kerajaan dan percukaian sementara alat-alat dalam polisi kewangan, termasuklah di antaranya: Kawalan mata wang oleh bank pusat. a) b) c) d) e)
Operasi pasaran terbuka Perubahan nisab rizab minima bank perdagangan Perubahan kadar diskaun Kawalan kredit terpilih Pujukan moral (moral suasion)
Alat-alat tersebut digunakan adalah bertujuan untuk mempercepatkanpencapaian keseimbangan dan kestabilan ekonomi. Dalam ekonomi lslam walaupun objektifnya sama dengan sistem ekonomi moden (pertumbuhan ekonomi dan kestabilan) tetapi matlamatnya adalah berlainan (mardatillah), begitu juga perlaksanaannya ianya dilakukan dengan cara yang berlainan: a) lslam tidak mengamalkan riba b) Faktor kebajikan manusia menjadi objektif utama di samping faktor keuntungan dan keadilan. Dari segi alat-alat melaksanakan polisi, dalam ekonomi lslam alatalat yang digunakan relatifnya lebih banyak. Selain alat-alat dalam sistem kewangan konvensional, seperti: Operasi pasaran terbuka - boleh diubahsuai Nisbah cadangan rizab - diubahsuai Polisi kadar bunga - diganti dengan mudharabah bond Simpanan khas - diubahsuai Kawalan kredit terpilih - diubahsuai Kadar diskaun - juga diubahsuai Kawalan mata wang oleh bank pusat - kekal, dan Pujukan moral, dll.
lslam juga mempunyai alat-alat lain yang boleh secara perbandingan memantapkan keadaan ekonomi walau dalam apa jua ha1dan keadaan. Alat-alat tersebut wujud dalam pelbagai bentuk. Ada yang bersifat: a) Wajiblasaslyang mesti dilaksanakan seperti zakat b) Pilihan/galakkan/yang boleh dilakukan secara pujukan, seperti dalam system waqaflwasiat, dan c) Kebajikan kecil (selain wajib dan pilihan), seperti sadaqah tatawwuk, infaq, termasuk hibah, hadiah, minhah dll. Dalam lslam pemerintah wajib melaksanakan sistem zakat sebagai pilihan utama sebelum lain-lain polisi kewangan dan harta dilaksanakan. Andaikan keadaan ekonomi belum mencapai tingkat guna tenaga penuh, maka kerajaan boleh bertindak dengan: a) Menambahkan perbelanjaan b) Mengurangkan cukai, dan c) Mencairkan edaran mata wang Dalam Islam, ha1 ini boleh berlaku seperti berikut. Dengan perlaksanaan sistem zakat bermakna tahap usaha setiap individu atau secara kolektiflsyarikat setidak-tidaknya mestilah mencapai ke paras nisab yang dengannya barulah sempurna sebahagian daripada rukun lslam - menunaikan zakat. Apabila keadaan itu wujud dan menyerap ke setiap individulkolektif maka akan lahirlah masyarakat dermawan yang ingin membelanjakan hartanya ke jalan Allah, samada melalui zakat, sadaqah, waqaf atau lain-lain pemberian yang berbentuk infaq fi sabilillah. Dengan demikian sekurang-kurangnya akan mengurangkan masalah pengangguran di peringkat dasar, terutama kepada fakir miskin.
Kesan Perlaksanaan Dengan tahap kesedaran yang wujud dalam masyarakat lslam untuk menunaikan zakat maka lahirlah usaha yang berterusan meningkatkan ekonomi, setidak-tidaknya tidak menjadi golongan peminta sedekah. Pada masa itu budaya memberi lebih mengatasi budaya meminta. 53
Hasil daripada usaha yang berterusan ini akan lahirlah berbagai usaha hiliran daripada tahap kecil-kecilanhinggalahke tahapindustri pembuatanlpengeIuaranlperladanganlperniagaan/perusahaandan lain-lain usaha yang dengannya boleh mengurangkan pengangguran dalam masyarakat. Ekonomi negara akan menuju ke tingkat "guna tenaga penuh" (keseimbangan) secara mantap. Dengan erti kata lain, perbelanjaan aggregate sama dengan ekonomi untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan dan sekaligus dalam penggunaan dan agihan. Ekonomi negara menjadi stabil dan pertumbuhan ekonomi negara tidak terencat (retard) malah terus meningkat. Dalam keadaan ekonomi yang stabil, dan pertumbuhan ekonomi terus meningkat bermakna agihan pendapatan dan harta akan tersebar luas merata segenap anggota masyarakat. Kuasa tawaran dan permintaan berada dalam keadaan seimbang kerana sebahagian besar anggota masyarakat mempunyai kuasa beli yang diperlukan. Dengan ini akan membentuk keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang stabil dan seirr~bangyang menjadi matlamat dalam sistem ekonomi sesebuah negara. Kestabilan ekonomi yang wujud membolehkan negara terus menerus menghasilkan barangan pengguna untuk memenuhi keperluan permintaan dalam negara dan juga dunia luar. Hubungan dagangan dunia luar akan lebih terjamin dengan adanya hasil ekspot yang berterusan dan mantap. Keperluan mengimpot barangan luar adalah dalam bentuk bukan keperluan asasi, sebaliknya untuk menjaga kepentingan hubungan kerjasama dua hala, bukan tekanan atau penindasan, sebaliknya atas pilihan dan kerelaan. Selain alat zakat dalam sistem kewangan Islam, alat-alat pilihan dan galakkan seperti waqaflwasit juga memainkan peranan penting dalam kestabilan ekonomi. Dalam ekonomi lslam kemungkinan berlaku keadaan ekonomi tidak stabil memang wujud, tetapi ia berada dalam tahap terkawal, tidak terlalu ekstrim sehingga menyebabkan berlakunya inflasi dan deflasi yang boleh menjejaskan tahap kedudukan ekonomi negara. Diandaikan, dalam jangka waktu tertentu berlaku keadaan ekonomi melebihi tingkat guna tenaga penuh, bagaimana lslam mengatasinya. Dalam keadaan ini, bermakna "perbelanjaan aggregate yang wujud telah melebihi kemampuan daripada ekonomi itu untuk mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan". Akibatnya, harga barangan dan perkhidmatan melambung tinggi dan berlakulah inflasi. Di masa ini perbelanjaan aggregate perlu dikurangkan. Langkah yang perlu diambil dalam sistem ekonomi lslam adalah sama seperti dalam sistem ekonorrri konvensional iaitu gunakan dasar belanjawan lebihan (jimat cermat) dengan erti kata lain- kurangkan perbelanjaan. Cara perlaksanaannya ialah melalui polisi fiskal dan kewangan iaitu dengan: a) Menaikkan kadar cukai, dan b) Perketatkan kecairan wang di pasaran Dalam ha1 diatas, bank negara boleh berperanan iaitu mengawal penawaran wang supaya kurang beredar di pasaran dengan pelbagai cara. Diantaranya: a) b) c) d)
Seperti dalam sistem kewangan ekonomi konvensional Pengeluaran waqafbond pemerintah Berwaqafl bersedeqah ke negara-negara lslam lain Membantu golongan yang memerlukan bantuan ke negara-negara lain - berdakwah
Konsep Dan Falsafah Pembangunan lslam telah meletakkan beberapa garis panduan untuk menyelesaikan masalah pembangunan dengan menumpukan perhatian utama kepada pembangunan jiwa. Oleh kerana jiwa itu wujud dalam kehidupan setiap manusia maka jiwa itu jugalah yang akan menentukan runtuh atau bangunnya keperibadian seorang insane, malah struktur masyarakat dan juga pembangunan negara. Dalam ha1 ini Allah menjelaskan maksudnya : "Demi jiwa serta kesempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan jiwa dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya". (Q. 91:7-10)
Jiwa yang memerlukan kepada pembersihan, pada masa yang sama juga perlu kepada kawalan dan panduan untuk menuju jalan yang betul dan arah yang sebenar bagi mencapai matlamat pembangunan. Bagaimanapun, dalam soal pembangunan, yang dianggap begitu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia hari ini, konsep pembersihan jiwa sering kali di kesampingkan. Pembangunan ekonomi, mengikut istilah pembangunan sekarang, mengandungi suatu ciri aktiviti-aktiviti ekonomi yang menyebabkan bertambahnya hasil keluaran serta keseluruhan dan bertambahnya buruh - tenaga kerja dalam semua lapangan, juga pertambahan nisbah pendapatan keseluruhan penduduk. Ini dilihat suatu proses yang dinamis, melibatkan perubahan struktur yang melahirkan ketahanan dan peningkatan kemampuan dalam usaha kerja ekonomi, dan nilai pencapaian itu diukur dengan pendapatan benar per kapita. lslam menilai taraf pencapaian pembangunan ekonomi dilihat dari semua aspek yang terkandung dalam rangka dasar pembangunan manusia keseluruhannya, dan bukannya memisahkan kedua-dua aspek - pembersihan jiwa dan pembangunan ekonomi dalam suatu penyelesaian masalah yang berasingan. Kerana itulah segala usaha dan aktiviti ekonomi dipusatkan dan diberi keutamaan kepada pembangunan jiwa manusia supaya pembangunan ekonomi terletak di atas kesatuan unsur-unsur moral yang dapat merr~perkuatkan pembangunan sosio-ekonomi manusia dan masyarakat. Dari kenyataan yang ada, dapatlah difahamkan bahawa konsep pembangunan lslam skopnya lebih has. lanya meliputi aspek-aspek moral, material dan spiritual. Pembangunan menjadi suatu matlamat kehidupan yang mendesak. Semua kegiatannya berdasarkan kepada orientasi nilai dengan menumpukan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat manusia dari semua segi. Kerana itu dalam soal pembangunan unsur-unsur moral dan kebendaan, ekonomi dan sosial, fizikal dan spiritual tidak mungkin dipisah-pisahkan. Matlamatnya untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan di akhirat. Begitu juga dalam kegiatan hidup manusia, (termasuk kegiatan ekonominya) konsep tauhid, khalifah, tazkiah, persaudaraan dan pengorbanan tidak boleh dipisahkan, kerana ianya merupakan falsafah kepada roh pembangunan dan merupakan daya penggerak
kepada peringkat kemajuan yang berdasarkan kepada kesatuan nilainilai kebendaan dan kerohanian manusia.
Rumusan Negara lslam seperti juga negara-negara lain di dunia, mempunyai polisi fiskalnya yang tersendiri. Polisi ini menentukan cara bagaimana hasil pendapatan sesebuah negara itu dapat dikurang atau ditambah apabila diperlukan, begitu juga taraf perbelanjaannya. Apabila kerajaan telah menentukan dasar belanjawan kurangan (defisit budgeting) umpamanya, ini bermakna ia terpaksa menambah atau meningkatkan hasil pendapatan negara melalui cukai, pinjaman atau perubahan harta kerajaan. Hal yang sama berlaku kepada negara Islam. Di zaman pemerintahan Khulafa' al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiah polisi yang sama pernah dilakukan oleh mereka, bezanya dari segi cara dan perlaksanaannya. Dalam lslam hasil pendapatan negara juga terdiri dari berbagai bentuk seperti cukai - cukai kharaj, ushur, ma'adin, daribah dan lainlain cukai yang ditentukan oleh pemerintah melalui Majlis Syura, dan ia merupakanhasil pendapatan tetap yang diperolehi setiap tahun; ada juga yang bersifat mendatang, tidak tetap, bergantung kepada berlaku keadaan tertentu seperti peperangan. la terdiri dari jizyah alru'us (cukai diri), sulh al-jizyah (cukai perlindungan), fai' dan ghanimah, dan ada juga yang bersifat kebajikan seperti waqaf, Sadaqah, infaq fi sabilillah, nazar dan kaffarat yang kesemuanya merupakan pemangkin kepada dasar belanjawan dan pembangunan negara. lnilah keistimewaan yang ada dalam dasar belanjawan lslam yang mana konsep penswastaan untuk menampung kerja-kerja sosial - kebajikan dilakukan oleh individu dalam masyarakat dalam pengertian sadaqah jariah. Selain sumber pendapatan tetap, mendatang dan kebajikan Islam telah menetapkan sistem zakat menjadi pengimbal kepada keseluruhan polisi atau dasar belanjawan, dan sistem ini menjadi asas kepada prasarana pembangunan negara. Kecuaian melaksanakannya sebagai sistem perdana akan menjejaskan keseluruhan pembangunan, baik ftzikal mahupun spiritual.
Selain cukai, lslam juga membolehkan negara meminjam jika itu merupakan keperluan yang mendesak bagi menjaga maslahah dan kepentingan bersama. Hutang itu dalam bentuk qardan hasan sebagai memenuhi prinsip ekonomi dalam bentuk pengorbanan dan ihsan. Perubahan harta juga boleh dilakukan jika perlu. lslam telah menentukan supaya agihan harta negara itu dilakukan dengan adil, memenuhi keperluan sosial, kepuasan perkhidmatan pengguna dan kepentingan negara. Diagihkan secara telus dan boleh di pertanggungjawabkan. Matlamat diatas boleh dicapai dengan cara agihan yang ditentukan dalam sistem harta khas (zakat), harta kebajikan (waqaf), dan harta am, iaitu selain harta khas dan kebajikan seperti sadaqah, hibah dan infaq fi sabilillah. Kategori yang pertama diagihkan khusus oleh pemerintah kepada golongan tertentu untuk memastikan prasarana perubahan sosial dilaksanakan secara adil, terutamanya dalam mengatasi masalah kemiskinan,kategori kedua pula dilakukan secara sukarela oleh individu dan masyarakat dalam bentuk "ala penswastaan sukarela" bagi membantu meringar~kanbeban belanja pembangunan kerajaan seperti waqaf membina jalan raya, jambatan, dewan orang ramai dan sebagainya. Sementara pendapatan cukai digunakan untuk belanja pengurusan yang melibatkan belanja yang agak besar Agihan harta negara boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan adanya keputusan yang bijak dan adil oleh pemirnpin negara yang jujur, ikhlas dan amanah. Dalam Islam, Majlis Syura akan menetukan setiap apa yang dilakukan oleh pemerintah itu adil dan selari dengan tuntutan syarak iaitu mengutamakan prinsip-prinsip hukum dan peraturan, kebajikan sosial, keharmonian, kesejahteraan rakyat dan keamanan negara. lslam memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja, termasuk pemerintah untuk mernperolehi dan mengagihkan harta selagi tidak menjejaskan kepentingan diri, masyarakat dan negara. Jika kepentingan tersebut terjejas, siapa sahaja yang terlibat boleh dibawa kemuka pengadilan, termasuk mereka yang terlibat dalam jentera pemerintahan negara. Perkara yang penting dalam melaksanakan agihan harta negara ialah kepuasan diri kerana apa yang mereka lakukan itu adalah sematamata untuk mendapat rahrnat, keberkatan dan keredhaan Allah yang disebut dalam al-Qur'an "baidatun tayyibatun wa rabbun ghafur"
iaitu negara makmur dan mendapat pengarr~punandan keredhaan Allah.
Bibliografi Abd. Karim Zaidan, Umat dan Negara Islam. ed. 1 . Kuwait: IIFSO, 1978. Abd al-Wahhab al-Khalaf Al-Siasah a/-Shar'iyyah. Qahirah: Dar al-Ansar, 1397H11977. Abd al-Qadir Audah. Al-Malwa a/-Hukmfi ai-Islam. ed. 5. Qahirah; al-Mukhtar al-lslami, 139711977 Abu' Ubayd, Kitab Amwal, Qahirah: Maktabah al-Kulliyah al-Azhariah, 1389H11969. Abu Yusuf Kitab al-Kharaj. Qahirah; al-Matba'ah al-Salafiah, 1382H Ahmad Khurshid, Towards a Monetary and Fiscal Systemof Islam, Islamabad: Institute of Policy Studies, 1981. Aghnides, N.P., Mohammedan Theories of Finance, Lahore: United Printing Press, 1961 Baladhri. Futuh al-Buldan. Qahirah: Shirkah Tabai at-Kutub al-Arabiah, 131 9H11901. Majma' al-Buhusal-lslami. Al-Azhar: al-Mu'tamar al-Awwal, 1964. Mawrdi, Al-Ahkam a/-Sultaniah, Mesir: Matba'ah al-Halabi, 1268H11966. Muhammad Kamal Jarf. Al-Siasah a/-Shar'iyyah. Qahirah: Dar al-Ansar, 1397H11977. S. Athar Hussin. The Glories Caliphate. Lucknow: Academy of Islamic Research, 1974. Shafi'i. Kitab a/-Umm.ed. 2. 2 jilid. Mesir: al-Babi al-Halabi, t. t. Siddiqi, S.A, Public Finance in Islam, Lahore: Sh. Mohammad Ashraf Press, 1968. Ali Abdul Kader. "Land Property and Land Tenure in 1.51am. lslamic Quarterly. April- July, 1959. Hailani Muji Tahir. "lslamic Budgetary Policy: In Theory and
Practice". Aberdeen University, 1988. Zulkarnain Yusof, Percukaian Negara Islam: Perbandingan Pecukaian Moden Dengan Ijlam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL : SUATU PERBANDINGAN Sabri Haron
Abstrak Kertas ini cuba menipjau mengenai perbezaan asas antara sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi konvensional terutamanya dari segi sumber, matlamat dan aktiviti. Perbezaan asas ini telah membawa implikasi yang besar terhadap masyarakat dan negara. Kertas ini juga menjelaskan beberapa kaedah asas yaug sewajarnya diberi perhatian di dalam sis ut), "kebiasaan mum, apa sahaja yang sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan". Berdasarkan takrif ini bolehlah dikatakan bahawa konvensional adalah suatu perkara yang sudah diterima pakai dan dipraktikkan di dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu apabila dihubungkan dengan ekonomi, maka sistem ekonomi konvensional bolehlah dikatakan sebagai suatu sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara meluas di dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan maksud ini ianya bolehlah dikatakan sebagai suatu sistem yang ditentukan oleh manusia di dalam sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak tetapi bersifat ar~jaldan boleh berubah mengikut ketentuan masyarakat. Disebabkan ianya merupakan sistem
manusia yang tidak tetap maka sudah tentulah ianya berbeza dengan Islam yang mempunyai piawai yang tetap iaitu bersumberkan wahyu di dalam kesemua bidang termasuklah ekonorni. Di dalam sejarah dunia, terdapat beberapa sistem ekonomi konvensional yang begitu berpengaruh antaranya: 1. Kapitalisme
Sistem ini dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Di bawah sistem ini seseorang individu berhak menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang diperolehinya. mencegah orang lain dari menggunakan barang-barang itu dan memutuskan bagaimana barang-barang itu diuruskan setelah dia mati. Dalam ha1 ini individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal sahaja kegiatannya tidak menganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak merr~ilikiharta dibenarkan oleh masyarakat, keseluruhannya hakhak ini boleh dibatasi melalui tindakan masyarakat. Persaingan dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi yang cekap. Pada umumnya persaingan dalam sistem kapitalis ini merupakan daya yang kuat dan dibenarkan berjalan lebih bebas berbanding dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Sifat-sifat istimewa sistem ini ialah: 1. la menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia.
2. Pengambilan riba iaitu peminjaman wang melalui institusi kewangan (bank dan instwsi kredit) yang mengenakan riba (faedah).
3. Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus menerus atau dipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham. 4. Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas aktiviti-aktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam sistem kapitalisme dan demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal. 5. Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di bawah sistem kapitalisme telah dibebankan
bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi juga dengan bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan.
6. Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi hasrat setiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingan dengannya. 2. Sosialisme
Kegelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu menghasilkan kezaliman ke atas masyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di Barat. Kelahiran sosialisme mula mendapat sambutan dan begitu laris. Prinsip sosialisme adalah: 1. Meugerr~balikankuasa ekonomi daripada golongan Borjuis (kapitalis) kepada golongan proliter (petarri dan buruh). 2. Menyerahkan semua sumber alam dan sumber ekonomi kepada negara untuk diagihkan sarna rata kepada rakyat. Di bawah sistem sosialisme, hakmilik kerajaan ke atas sumber dihadkan kepada tanah dan modal yang digunakan secara besarbesaran. Industri-industri besar dimiliki dan dikawal oleh negara manakala kebanyakan perniagaan kecil dimiliki oleh individu. Secara umumnya, individu dalam sebuah negara sosialis memiliki dan menguasai lebih banyak harta berbanding dengan individu di bawah sistem komunisme tetapi sangat kurang berbanding dengan milik individu di bawah sistem kapitalisme. Oleh kerana di bawah sistem sosialisme banyak industri dimiliki dan dijalankan oleh negara, maka kebebasan menjalankan aktiviti hanya terdapat dalam kerja-kerja yang dijalankan oleh persendirian. Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun begitu peluang untuk menjadi ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil berbanding dengan sistem kapitalisme. 3. Komunisme Sosialisme berjuang untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada golongan proliter secara demokrasi dan sederhana. Walau bagaimanapun sehingga menjelang perang Dunia Ke-2 (1940-1945) ia kurang berkesan mencapai matlamatnya. Pendekatan baharu
menggunakan kekerasan dicadangkan iaitu dikenali sebagai komunisme. lanya mendapat sambutan di Barat sesudah kegagalan sosialisme dalam revolusi Perancis, yang bermotokan persamaan (equality), kemerdekaan (liberty) dan persaudaraan (fretinity). Sistem komunis merupakan satu sistem ekonomi sosialis yang radikal dan satu doktrin politik yang diasaskan oleh Karl Marx. Menerusi sistem ini, semua tanah dan modal sama ada yang asli atau buatan manusia, berada di tangan negara sepenuhnya. Rakyat akan menerima pendapatan menurut keperluan mereka, bukan mengikut kebolehan mereka. Sebenarnya tidak ada perbezaan pokok antara fahaman sosialis dengan komunisme. Guru bagi kedua fahaman tersebut adalah Karl Marx. Tujuan utama penganjur sosialisme ialah untuk menegakkan kerajaan diktator oleh sosialis: Karl Marx mengarahkan agar semua komunis mestilah bekerja untuk mengasaskan fahaman sosialisme. Oleh itu penganjur komunis Rusia telah menamakan negara mereka 'Urrion of Soviet Socialist Republic' bukannya 'Union of Soviet Communist Republic'. Dalam 'The Communist Manifesto' Karl Marx menyatakan bahawa revolusi proletariat akan mengasaskan pemerintahan diktator pekerja-pekerjasosialis. Untuk itu tiga perkara diperlukan: 1. Menghapuskan semua hak milik persendirian 2. Menghapuskan unit keluarga.
3. Menghapuskan segala agama.
4 Ekonomi Campuran
Di samping itu ada juga sistem 'klon' yang lahir dari sistem-sistem tersebut yang disebut sebagai ekonomi campuran. Sebenarnya sistem ekonomi konvensional tidak ada sebarang sistem ekonomi yang tulen. Dalam sistem komunis ada juga ciri-ciri kapitalis. Di Rusia para petani dibenarkan bercucuk tanam di atas tanah mereka di hataman rumah dan memiliki hasilnya. Mereko juga dibenarkan memiliki beberapa ekor ternakan seperti ayam, babi dan biri-biri. Setengah-setengah negara seperti di Afrika dan Timur Tengah membentuk sistem campuran bebas dan sosialisme.
Di bawah sistem ekonomi campuran, hakmilikharta boleh berubah dari hakmilik individu secara mutlak kepada hakmilik negara sepenuhnya. Nisbah di antara satu sama lain mungkin berubah dengan perkembangan ekonomi itu. Cara bagaimana sesebuah perusahaan itu dimulakan juga berbeza. Perusahaan kecil-kecilan mungkin dibiarkan kepada individu manakala perusahaan yang lebih besar menjadi hakmilik negara dan dijalankan oleh negara. Malaysia mempunyai sistem ekonomi campuran yang terbuka, berorientasikan eksport dan bergantung kepada mekanisma harga serta pasaran.
Perbezaan Dasar Sistem Ekonomi lslam dan Konvensional Perbezaan dasar antara ekonomi lslam dan konvensional boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu: 1. Sumber (epistemology) : Sebagai sebuah addin yang syumul, sumbernya berasaskan kepada sumber yang mutlak iaitu al-Qur'an dan al-Sunnah. Kedudukan sumber yang mutlak ini menjadikan lslam itu sebagai suatu agama (addin) yang istimewa berbanding dengan agama-agama ciptaan lain. Al-Qur'an dan al-Sunnah ini menyentuh kita mempraktikkan ajaran wahyu tersebut dalam semua kehidupan termasuklah soal muamalat. Perkara-perkara asas muamalat dijelaskan di dalam wahyu yang melibatkan suruhan/galakan dan larangan. Suruhan seperti makan dan minum menjelaskan tentang tuntutan keperluan asasi manusia. Penjelasan Allah s.w.t tentang kejadianNya untuk dimanfaatkan olehmanusia ( Yasin ayat 34-35. 72-73) (an-Nahl ayat 5-8,14,80) menunjukkan bahawa alam ini disediakan begitu untuk dibangunkan. oleh manusia sebagai Khalifah Allah (a/-Baqarahayat 30). Laranganlarangan Allah s.w.t seperti riba (al-Baqarah ayat 275), perniagaan babi, judi, arak dan lain-lain kerana perkara-perkara tersebut menceroboh fungsi manusia sebagai khalifah tadi. Oleh itu sumber rujukan untuk manusia dalam semua keadaan termasuklah ekonomi ini adalah lengkap. Kesemuanya itu menjurus kepada suatu paksi
iaitu pembangunan seimbang rohani dan jasmani manusia berasaskan tauhid. Manakala ekonomi konvensional pula ianya tidak bersumber atau berlandaskan wahyu. Oleh itu ianya lahir dari pemikiran manusia yang boleh berubah bila-bila masa sahaja berdasarkan pengalaman atau maklumat yang baru. Kalau ada ketikanya diambil dari wahyu tetapi aka1 memprosesnya mengikut selera manusia sendiri kerana halatujunya ialah mendapat pengiktirafan manusia bukan mengambil kira pengiktirafan Allah S.W.T. Itu bezanya antara sumber wahyu dengan sumber aka1manusia atau juga dikenal sebagai falsafah yang lepas bebas dari ikatan wahyu. Sebagai implikasi dari perbezaan landasan ini akan melahirkan suatu natijah akhir yang berbeza. Sekalipun pada lahirnya terdapat persamaan pendapat antara pakar ekonomi lslam yang bersandarkan kepada wahyu untuk berijtihad dengan pakar ekonomi konvensional atau sekular, tetapi kedua-dua sistem ini tidak sama. Ini kerana pakar ekonomi lslam mencari penyelesaian berdasarkan al-Our'an dan al-Sunnah, manakala pakar ekonomi sekular berdasarkan lojik aka1 yang lepas bebas dari ikatan wahyu. Oleh itu sekalipun dapatan penyelidikannya adalah sama tetapi lahir dari kepompong yang berlainan. Tunjang yang tidak sama akan melahirkan implikasi yang berbeza kerana pakar ekonomi lslam bertujuan untuk mencapai a/-falahdi dunia dan di akhirat, manakala pakar ekonomi sekular cuba menyelesaikan segala kemelut yang timbul tanpa ada pertirr~banganmengenai soal ketuhanan dan keakhiratan tetapi keutamaannya hanyalah untuk kemudahan manusia di dunia sahaja. 2. Halatuju Kehidupan :
Halatuju ekonomi lslam membawa kepada konsep al-falah (kejayaan) di dunia dan akhirat tetapi ekonomi sekular untuk kepuasan di dunia sahaja. Ekonomi lslam meletakkan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini di mana segala bahan-bahan yang ada di bumi dan di langit adalah dipermudahkan untuk manusia. Firman Allah S.W.t. yang bermaksud:
"Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan jua untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi sau tanda bagi kaum yang mahu mengingati ni'mat Allah itu". (Surah an-Nahl ayat 12-13)
Kesemuanya adalah bertujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T sama ada berkaitan dengan soal ibadat yang khusus atau ibadat yang umum. Manusia merupakan makhluk yang tidak boleh bersendirian. Oleh itu dalam soal pemilikan harta terdapat harta milik individu dan juga terdapat hak-hak harta yang menjadi hak masyarakat umum. Oleh itu sebarang pencabulan atau pencerobohan kepada hak milik orang lain adalah suatu kesalahan. 3. Konsep Harta Sebagai WasClah:
Di dalam Islam harta bukanlah merupakan matlamat hidup tetapi adalah wasilah atau perantara bagi merealisasikan perintah Allah s.w.t. Matlamat hidup yang sebenar ialah seperti firman Allah s.w.t. surah al-An'am ayat 162 yang bermaksud: "Katakanlah:'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untukTuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". Merealisasikan perintah Allah s.w.t yang sebenarnya ini akan membawa kepada ketenangan hidup yang hakiki. Setiap Muslim percaya bahawa Allah s.w.t merupakan Pencipta yang mampu memberikan ketenangan hakiki bukannya harta. Untuk itu harta bukanlah tujuan sebenar kehidupan tetapi adalah sebagai jalan bagi mencapai rrikmat ketenangan kehidupan di dunia dan berterusan hingga ke alam akhirat. Ini berbeza dengan sekular yang meletakkan keduniaan sebagai matlamat yang tidak mempunyai kaitannya dengan Tuhan dan akhirat
sama sekali. Ini sudah tentu berlawanan dengan Islam. Bagi merealisasikan matlamat hidup menurut aliran sekular ini mereka menggubal sistem-sistem mengikut selera nafsu mereka bagi memuaskan kehendak material mereka semata-mata. Oleh kerana sistem sekular adalah berteraskan ekonomi buat untung tanpa mempedulikan apa-apa nilai wahyu, maka mereka mengutamakan kepentingan individu atau kepentingan golongan tertentu serta menindas golongan atau individu yang lemah dan tertindas di atas prinsip siapa kuat dialah yang berkuasa (survival of the fittest). Antara sistem yang digubal ialah konsep riba. Riba bukanlah suatu yang baru. lanya sudah lama dipraktikkan sejak dahulu lagi. Sebenarnya riba inilah yang membantut pertumbuhan ekonomi manusia. lanya diibaratkan sebagai lintah yang menghisap darah manusia di mana akhirnya sisa-sisa hidup peminjam hutang secara riba terpaksa dihambakan kepada tuan punya harta tersebut yang semakin lama semakin bertambah hutangnya apabila bayaran gagal diselesaikan dalam tempohnya. Di zaman tamadun Romawi misalnya apabila kaum wanita berkuasa dalam bidang ekonomi, mereka meminjamkan wang kepada suami mereka dengan kadar bunga yang tinggi dan akhirnya suami mereka menjadi hamba kepada mereka. Oleh kerana soal dunia sahaja yang dipentingkan maka kehidupan sekular ini hanya berpijak kepada memberi keseronokan peribadi sahaja dengan segala apa yang boleh didapati dengan segala cara yang ada. lnilah asas yang membezakan antara ekonomi lslam dengan sekular. Di dalam lslam untuk mendapat keuntungan maka alternatif yang ada bukanlah berasaskan kepada riba tetapi berasaskan kepada sistem jual beli dan mudharabah. Di dalam lslam Allah s.w.t menjelaskan perbezaan antara riba dan jual beli iaitu jual beli adalah dihalalkan tetapi riba adalah diharamkan. Jual beli ialah kontrak yang bertecaskan saling reda mwedai tanpa sebarang hasutan atau maklumat yang palsu. S M a h masing-masing berpuas hati maka dijalankan aqad yang jelas melalui ijab dan qabul. Sekalipun konsep jual beli ini nampak sama dengan sistem sekular tetapi sistem lslam adalah berteraskan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t (yang menghubungkan dengan kejayaan akhirattidak seperti sistem sekular untuk kepentingan duniawi semata-mata) tanpa ada sebarang bentuk penipuan dan provokasi untuk kepentingan diri semata-mata. Di samping itu juga aktiviti-aktiviti yang
dijalankan tidak terlibat dengan perkara yang merosakkan fungsi manusia seperti penjualan barang-barang yang menyalahi syarak seperti arak, daging babi dan lain-lain. Di dalam sistem muamalat lslam pelaburan merupakan suatu yang tidak asing lagi untuk diperkatakan. Di dalam ha1 ini sistem mudharabah adalah merupakan suatu yang praktikal untuk dilaksanakan. Di samping ianya tidak berteraskan riba ia juga memberikan pengagihan keuntungan yang saksama kepada setiap pemodal atau sekiranya menanggung kerugian maka setiap pemodal menanggung kadar kerugian yang sama. Di dalam lslam tidak sepatutnya diizinkan pertarungan bagi membolot harta orang lain dan berusaha untuk mengaut untung menerusi pegangan saham orang lain serta merugikan pihak yang satu lagi (yang kalah bertarung) seperti mana yang berlaku di dalam bursa anjuran sekular. Oleh kerana sistem lslam mengutamakan aktiviti pelaburan yang sihat dan mempunyai tujuan yang mulia maka aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti ghararadalah diharamkan. Ghararmenurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui pada masa hadapan. Dari segi istilahnya gharar boleh dikatakan sebagai sebaraqg bentuk pemalsuan yang tidak ketara pada asalnya termasuklah judi. Salah satu dari aktiviti gharar yang diharamkan ialah aktiviti spekulasi yang merbahaya. Spekulasi seperti ini tidak sama dengan perniagaan risiko tinggi. Spekulasi seperti ini sebenarnya adalah amalan judi kerana spekulator mendapat untung di atas kerugian orang lain. Manakala risiko tinggi pula ialah tidak membabitkan kerugian kepada orang lain tetapi mendapat keuntungan secara bersih dari usaha yang dilakukan. Dan kalaupun berlaku kerugian dengan sebab ijtihad yang salah, maka tidak ada pihak lain lagi akan mendapat keuntungan di atas kerugian kita dan begitulah sebaliknya. Mengenai wang kertas emas dan perak, lslam meletakkan emas dan perak adalah sebagai aset hakiki yang berharga yang menjadi kecenderungan manusia (al-'lmran ayat 14) serta piawai bagi matawang dunia. Di dalam dunia moden pada hari ini penggunaan wang kertas menggantikan emas dan perak tidak asing lagi kepada kita. Pada dasarnya ianya tidak mendatangkan masalah sekiranya wang kertas tersebut benar-benar disandarkan kepada nilai sebenar emas dan perak. Namun apa yang menjadi masalah kepada dunia sekarang ini ialah golongan sekular ini menggunakan apa sahaja demi
kepentingan material mereka. Sebagai contoh duit dolar Amerika Syarikat pada tahun 1970 di zaman Presiden Nixon sebenarnya mencipta kejatuhan nilai yang teruk tetapi telah diisytiharkan sebagai setara dengan nilai emas. Ini bermakna wang dolar tidak lagi disandarkan kepada emas bahkan pengeluaran wang dolar bukannya di bawah pendendalian Bank Negara tetapi diberikan kepada pihak swasta untuk mencetak wang iaitu Federal Reserve Bank tidak seperti di negara-negara lain diseluruh dunia yang di bawah pengendalian Bank Negara.
Problem Ekonomi ('The Problem of Economy) Seseteqgah penulis cenderung untuk memperkatakan bahawa apabila wujud sistem ekonomi lslam maka sudah tentu tidak ada masalah sama sekali bahkan meletakkan masalah ekonomi itu ialah masalah manusia sendiri bukannya masalah pengeluaran. Oleh yang demikian mereka tidak gemar berbicara tentang aspek sumber yang terhad. Pada hakikatnya sememangnya Allah S. W. T berkuasa membuka khazanah baru kepada manusia di alam ini dengan menyebut 'Kun' sahaja. Masalah ekonomi yang menjadi ujian Allah s.w.t. ini dengan mengambil petunjuk llahi iaitu wahyu sebagai kunci kebahagian di dunia dan di akhirat. Sekiranya kita melihat dari sudut 'harta yang terhad ini' sematamata disebabkan tidak mengikut perintah Allah s.w.t dan sekiranya mengikut segala perintah Allah s.w.t maka tidak berlaku sama sekali masalah demikian, maka ha1ini perlu difahami dengan wajar. Ini ialah kerana bukan semestinya apabila seseorang atau sesebuah negara itu beriman sebenar- benarnya, langsung tidak ada masalah di dunia ini dan harta semestinya menjadi cukup, tetapi ianya mungkin cukup atau mungkin tidak cukup. Di zaman khalifah Umar bin al-Khattab misalnya pernah berlaku masalah tidak cukup makanan. Apakah di zaman Umar kita boleh anggap bahawa pemerintahan lslam tidak bagus sedangkan dalam sejarah lslam begitu jelas sekali sifat keadilan dan ketaqwaannya dan beliau tergolorlg di dalam senarai Khulafa' al-Rasyidin. Oleh yang demikian boleh kita katakan sumber yang terhad ini yang mungkin berlaku pada satu satu masa tertentu
mungkin merupakan salah satu dari ujian Allah s.w.t seperti di dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji karnu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang sabar: iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". Mereka ini ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka seria rahmatnNya;dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." Walaupun sekali imbas ianya kelihatan tidak baik dan tidak disukai tetapi boleh jadi yang tidak disukai itu adalah kebaikan bagi kita seperti tahu mensyukuri ni'mat Allah apabila melimpah ruah, tahu berjimat cermat dan tidak membazir, mematangkan pemikiran kita dan sebagainya. Apatah lagi terlalu banyak bahan-bahan makanan halal dan baik-baik yang dijadikan oleh Allah s.w.t kepada kita sama ada ianya asasi atau tidak asasi (manakala jenis-jenis makanan yang diharamkan adalah sedikit sahaja). Sekalipun masalah-masalah ini tetap ada di mana-mana yang termasuk sebagai ujian Allah s.w.t maka Islam memberikan alternatifnya dengan berbagai-bagai cara. Untuk itu setiap manusia sebagai khalifah Allah s.w.t mestilah bertaqwa, berusaha dan berdoa untuk mendapat jawapan bagi setiap permasalahan seperti berusaha menyusun pengagihan yang adil, menghapuskan riba, mentadbir sistem zakat secara berkesan dan lain-lain. Satu perkara lagi yang perlu disedari bahawa bencana kepada manusia bukan sahaja bersifat kemiskinan tetapi juga kemewahan. Negara- negara barat yang dianggap maju dan membangun seperti Amerika Syarikat menghadapi masalah sakit jiwa dan kadar jenayah yang tinggi. Dari segi kepuasan, kebiasaannya manusia tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada. Dari satu segi ketidakpuasan ini ada juga bersifat positif iaitu tidak puas dengan amalan kebajikan yang dilakukan bagi mendapat keredaan Allah s.w.t untuk mencapai al-falah di akhirat, melahirkan kreativiti bagi memantapkan fungsi
sebagai manusia mengikut syariat AHah s.w.t, menggalakkan usaha dan produktiviti yang lebih agar lebih dapat membantu dan memajukan diri sendiri, keluarga dan negara mengikut syariat Allah s.w.t dan lainlain lagi yang tidak keluar dari niat kerana Allah s.w.t dan mengikut landasan syariat untuk keredhaan Allah s.w.t. Dari sudut kepuasan yang negatif pula ialah bersifat menurut hawa nafsu tanpa memikirkan maslahat orang lain atau maslahah umum tetapi hanya untuk kepentingan diri semata-mata. Apa yang dipentingkan ialah kepuasan sendiri sahaja dengan berbagai cara tanpa melihat dari segi aktiviti tersebut mengikut landasan syariat atau tidak, atau pun aktiviti mengikut syariat tetapi niat seseorang itu tidak mengarahkan hanya kepada Allah s.w.t untuk mencapai kebahagian di hari akhirat kelak tetapi hanya terhad untuk kepentingan duniawi semata-mata. Bertitik tolak dari ini lahirlah aliran kapitalis yang menaja sistem ekonomi buat unturlg dengan segala cara bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Walau bagaimanapun masalahnya yang berlaku, sepatutnya tidak menjadi alasan kepada manusia untuk mengelakkan diri dari mempraktikkan sistem ekonomi lslam (dan juga sistem-sistem lain secara menyeluruh) kerana ianya adalah suatu tuntutan kepada penyelesaian masalah manusia. Mungkin ianya tidak ketara dari sudut harta tetapi menonjol dari segi keberkatan yang lain seperti tidak banyak berlaku keganasan manusia dan ketenangan jiwa, kesihatan manusia, ternakan dan lain-lain. Sesungguhnya Allah s.w.t mampu segala-galanya dan Dia menyediakan kepada kita segala-galanya. Pokok pangkalnya apa yang diamanahkan kita itulah sepatutnya dilaksanakan. Soal natijah itu hendaklah diserahkan kepadaNya. Apa yang penting ialah merealisasikan perintahNyaberdasarkan aqidah dan keyakinan yang kental berserta dengan praktikal doa dan usaha yang gigih.
Kaedah-kaedah Asas Dalam Sistem Ekonomi lslam Oleh kerana sistem ekonomi lslam bermatlamatkan mencari
keredaan Allah s.w.t semata-mata yang berbeza dengan sistem ekonomi konvensional, maka terdapat garis panduan bagi menjadikan sistem ekonomi itu teratur, seimbang dan diredai oleh Allah s.w.t serta membahagiakan sesama manusia.
1. Harta merupakan hak Allah s.w.t yang mutlak Ini merupakan rukun asasi dalam akidah Muslim seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!Engkaulah yangmemberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki". Manusia sebagai khalifah dimuka bumi, maksud firman Allah : "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada ma/aikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" bertanggungjawab untuk menggunakan dan membelanjakan apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di muka bumi mengikut perintah Allah s.w.t : "Dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu sebagai wakil untuk menguasainya." Bertitik tolak dari inilah dasar kebebasan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini terkandung menerusi amalan pemikirannya bagi mencari pendekatan kaedah-kaedah pelaburan, penggunaan sumbersumber alam dan usaha-usaha dalam batas-batas yang diredai Allah s.w.t. 2. Aktiviti perekonomian merupakan suatu ibadat
Unsur asasi untuk mendapatkan rezeki ialah pekerjaan. Lantaran itulah kita dapati Islam memberi penekanan dari segi kerja dan menyeru manusia agar bekerja bagi menghasilkan maslahat dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Apabila selesai sembahyang rnaka bertebaranlah di muka
bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya (dunia dan akhirat)". Dengan ini aktiviti ekonomi termasuklah aktiviti pasar merupakan suatu ibadat. Umar al-Khattab berkata: "Tidak ada seorang rakyat yang datang kepadaku lalu ia meninggal, lebih aku cintai melainkan yang berurusan jualbeli denganku untuk keperluan kaurn keluargaku". Al-Qurtubiy di dalam tafsirnya mengenai surah al-Saf ayat 10-12 menyifatkan perniagaan adalah sebagai jihad. 3. Asal sesuatu adalah harus Sesungguhnya asal bagi ciptaan Allah s.w.t. terhadap sesuatu ialah halal dan harus, tidak diharamkan kecuali terdapat dalil nas yang jelas mengharamkannya. Ini adalah pandangan majoriti ulama' Islam. Oleh itu segala aktiviti adalah harus dan halal selagi tidak melibatkan diri dengan yang diharamkan oleh Allah s.w.t. menerusi nas. Walau bagaimanapun larangan Allah s.w.t tidak banyak berbanding dengan aktiviti yang harus dan halal yang begitu has. 4. Uruf dan adat diambil kira dalam transaksi
Uruf ialah adat yang dipraktikkan di kalangan manusia, manakala adat yang khas bagi individu-individu tidak dinamakan uruf. Adat dan uruf pada asalnya mempunyai makna yang sama tetapi ahli-ahli usul dan ahli-ahli Fikh menentukan bahawa uruf adalah lebih umum dari adat.
5. Mencapai Maslahat Khas dan Am i)
lntipati syariah ialah maslahah seperti kata Imam al-Syatibiy: (Sesungguhnya diletakkan syariah itu ialah untuk kemaslahatan hamba di dunia dan akhirat)
ii) Mengambil kira maslahah individu dan maslahah ramai/umum. Kaedah ini yang membezakan antara sistem kapitalis dan Sosialis/Komunis di mana kapitalis yang menekankan maslahah individu manakala sistem Sosialis menekankan maslahah umum. iii) Mengutamakan maslahah umum apabila bercanggah dengan
maslahah individu. Di antara kaedah fikah di dalam soal ini ialah: (Apabila berlaku dua kerosakan, hendaklah dipilih yang paling ringan).
6. Mengetahui hukum-hakam Seseorang yang ingin bermualamat semestinya mengetahui tentang soal hukum hakam, haram dan halal serta memenuhi syarat yang ditetapkan. Menurut Imam Nawawi, seseorang yang berurusan di dalam ekonomi sekurang-kurangnya dapat mengetahui hukum hakam yang lahirnya diketahui oleh orang ramai.
Penutup Sistem ekonomi Islam atau dikenali sebagai muamalat adalah suatu sistem yang mantap kerana berdasarkan wahyu yang jelas dari Yang Maha Berkuasa iaitu Allah s.w.t. Namun ianya menjadi agak complicated terutamanya akhir-akhir ini, disebabkan kerana terikut dengan rentak dan cara hidup serta pendidikan barat yang mengabaikan aspek yang paling penting kepada manusia iaitu pembangunan manusia hakiki berteraskan paradigma tauhid bagi menuju pengiktirafan Allah s.w.t bagi mencapai al-falah dan bukannya semata-mata bangunan yang barangkalinya didiami oleh manusiamanusia yang ketandusan jiwa dan akhlaknya.
PERSPEKTIF ISLAM MENGENAI BURSA SAHAM Penulis Khas
Pendahuluan Pasar merupakan suatu tempat yang sudah terkenal di zaman sebelurn Islam lagi. Perdagangan menjadi suatu yang sudah sebati dengan dengan jiwa orang Arab. Mereka membawa barang-baraqg perdagangan dari Semenanjung Arab ke Farsi dan Rom seperti juga membawa barangan ke Yaman pada musim sejuk dan ke Syam pada musim panas seperti yang digambarkan menerusi al-Qur'an surah Quraisy ayat 1 hingga 4 yang berrnaksud : "Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah), (iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri~aman),-dan pada musim panas (ke negeri Syam), maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai (ka'bah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan"
Perkembangan berikutnya menjadi lebih pesat dengan lahirnya pasar-pasar yang bermacam-macam di pelbagai tempat. Ada yang bermusim, ada yang bersifat tahunan, bulanan, mingguan dan harian. Terdapat lebih dari dua puluh buah pasar yang bersifat musim dari berbagai negara seperti Suq Dzil Majaz, Suq 'Ukaz dan sebagainya. Pasar seterusnya kian berkembang dengan fungsinya yang sama di mana pada zaman kerajaan Rom lahir pasaran kewangan yang
pertama dengan wujudnya Collegia Mercatorum pada kurun kelima sebelum Masihi. Pada zaman pertengahan terdapat beberapa tempat seperti di Amsterdam dan London menjadi pusat-pusat penting di mana terdapat bursa bagi pasaran perdagangan. Berikutnya keadaan ini menjadi semakin berkembang dengan wujudnya pertukaran barangan, kewangan, hiwalah dan saham-saham syarikat perdagangan. Sejak permulaan kurun ke 17 beribu-ribu pekerja bertugas di Amsterdam antara jarn 12:OO tengahari hingga 2:00 petarrg untuk menawarkan harga saham Syarikat India Timur. Seterusnya pada kurun ke 19 Paris berkembang sebagai pusat jual beli instrumen harta ini dan pada pertengahan kurun ke 19 pula, London muncul sebagai tempat paling awal yang memainkan peranan penting dalam ha1 ini namun peranannya kian berkurangan ketika berlaku keduadua peperangan dunia pertama dan kedua sebelum berkembangnya Wall Street. Perkembangan pesat mengenai bursa saham ini berlaku di seluruh dunia.
Sejarah Bursa Saham Menurut Dr. 'Ali Mahyuddin at-Qurrah Daghi, Bursa bermaksud tempat- tempat yang khusus bagi aktiviti-aktiviti perniagaan tentang tukaran wang, wang tunai, saham-saham dan bon-bon, instrumeninstrumen perniagaan dan sijil-sijil simpanan dan sebagainya di samping kontrak-kontrak barang-barang perniagaan di antara pengeluar hasil dan peniaga. Perkataan bursa adalah perkataan Perancis yang bermaksud bekas atau beg wang, lanya disandarkan kepada pasar yang berlaku transaksi-transaksiatau akad-akad kontrak yang melibatkan barangbarang perniagaan dan sekuriti di mana pedagang-pedagang yang datang ke pasar tersebut membawa bersama-sama mereka 'akyas' iaitu bekas-bekas atau beg-beg yang berisi wang. Ada yang mengatakan bahawa asal perkataan ini adalah kerana peniagapeniaga bandar 'Bruge' di Belgium pada kurun ke 16 Masihi berkumpul di istana atau hotel seorang peniaga kaya bernama Van Der Bourse.
Satu pendapat lagi menjelaskan makna perkataan bursa adalah disebabkan peniaga-peniaga berkurrlpul di rumah seorang penukar wang yang terukir pada bahagian depan rumah tersebut dengan tiga beg wang dan dikenali keluarga ini dengan nama 'Bourse'. Perkataan bourse ini jika ditinjau dari segi maknanya di dalam bahasa Peranchis bermakna beg duit, seperti juga perkataan bourse di dalani bahasa Jerman dan perkataan lnggeris purse manakala di dalam bahasa Latin disebut bursa dan di dalam ltalinya disebut borsa.
Peranan Bursa Saham Menurut Perspektif Islam Bursa Saham memainkan peranan yang penting di dalam rangka membantu pertumbuhan perniagaan yang pesat dan dianggap sebagai nadi bagi setiap masyarakat bertamadun. Sesungguhnya Allah s.w.t. mengiktiraf tentang keperluan harta bagi masyarakat seperti yang terdapat di dalam surah al-Nisa' ayat 5 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orangorang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu".
Oleh kerana kedudukan bursa saham pada masa kini adalah sebagai memenuhi maqasid syariah yang khusus berkaitan dengan pemeliharaan harta dan pembangunannya, maka masyarakat manusia amat memerlukan kepada bursa saham dan penyusunannya bagi menyelesaikan keperluan masyarakat umum berkaitan dengan pelaburan. Bursa saham adalah berkaitan dengan berbagai perkara tentang muamalat termasuklah dari segi penyusunan, pentadbiran dan urusan yang berterusan. Oleh itu ia termasuk dalam bab masalih mursalah dan siasah syar'iyyahyang didirikan oleh pemerintah bagi masyarakat untuk menyusunnya secara wajar dan saksama tanpa bertentangan dengan usul syariah.
Sesungguhnya lslam amat menggalakkan pelaburan harta tanpa membekukannya sehingga ianya dimakan (menjadi kurang) oleh zakat. Oleh yang demikian pemikiran tentang bursa saham yang sesuai menurut kaedah-kaedah muamalat syariah yang sunyi dari riba amat berbeza dengan bursa saham konvensional. Buah fikiran ini bukanlah suatu yang asing bahkan mampu dicapai. Sehingga kini bilangan institusi-institusi lslam kian bertambah dari 29 buah institusi sejak 1985 sehingga mencapai 192 institusi. Menurut perangkaan persatuan bank-bank lslam antarabangsabahawa pada tahun 1996 bilangannya tidak kurang dari 198 buah institusi pada 38 buah negara dari Australia hingga ke Amerika sampai ke Eropah dan dari Asia barat hingga ke Afrika.
Kaedah Bursa Saham lslam Di dalam membicarakan tentang go1 bursa saham irli terdapat tiga perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu - soal struktur asas bursa itu sendiri - soal aktiviti itu sendiri - pengawasan. 1. Dari Segi Struktuf Asas Bursa Saham lslam
Terdapat dua jenis saham yang diperniagakan : a. Saham yang diperrliagakan di kalangan pemegang-pemegang saham syarikat sahaja. Oleh itu saham-saham ini tidak diperniagakan di bursa. b. Saham yang ditentukan oleh syarikat bahawa ianya boleh bertukar-tukar pemegang saham yang diperniagakan di bursa. Oleh itu pihak syarikat dikehendaki mengemukakan maklumat-maklumat yang perlu kepada bursa bagi proses penilaian yang sesuai. Di dalam ha1 ini proses permohonan hendaklah dilakukan dan pihak bursa akan bertindak menurut undang-undang khas dengan jaminan bahawa maklumat tersebut adalah benar dan mengarrlbil tindakan bagi syarikat yang mengemukakan maklumat palsu. Di sampiug itu juga pihak bursa mestilah melihat akaun syarikat dan dokumennya
serta aktivitinya untuk mempastikan maklumat yang telah diberikan adalah sama atau bagi tujuan untuk mendapat maklumat-maklumat baharu. Setelah perkara ini selesai, maka hendaklah dilaksanakan prosesproses berikut : i.
Menentukan masa operasi yang sesuai bagi setiap saham : Operasi jualbeli saham tersebut ditentukan seperti satu bulan, 4 bulan atau setengah tahun bergantung kepada keperluan syarikat dan mampu menguruskan akaun yang tersusun setiap masa tersebut berdasarkan permintaan dan penawaran. Transaksi tersebut disempurnakan mengikut peringkat-peringkat tertentu contohnya tiga hari yang pertama bagi setiap bulan bagi saham-saham yang sudah tamat tempoh jualannya.
ii. Menentukan harga yang paling maksima yaqg sesuai bagi saham tertentu tanpa membenarkan transaksi dengan harga yang lebih tinggi dari yang telah ditetapkan. iii. Hendaklah semua transaksi saham yang keluar dari syarikat adalah melalui (bursa) sahaja. la ditawarkan kepada ahli-ahli syarikat terlebih dahulu sebelum dibuka kepada orang lain. iv. Semakan semula terhadap saham setiap/peringkat/musim dengan mengumumkan harta syarikat yang disenaraikan di bursa saham. 2. Dari Segi Aktiviti Saham
i.
Hendaklah saham-saham tersebut terbit dari syarikat yang mempunyai tujuan yang disyariatkan iaitu asas perniagaannya adalah halal. Sekiranya syarikat tersebut berdiri di atas asas yang halal tetapi kadangkala tertentu terdapat transaksinya berkait sedikit dengan aktiviti haram seperti faedah bank dan sebagainya, maka terdapat tiga pendapat di dalam masalah ini : a) Haram kerana nas-nas menyuruh agar menjauhi dari perkara-perkara haram dan syubhah berdasarkan kaedah jika bercampur antara halal dan haram dimenangkan yang (dikira) haram. Menurut Dr. 'Ali al-Salus perkara ini adalah haram kecuali dapat diwujudkan panel syariah yang
mengawasinya. b) Harus berurusan dengan membeli saham syarikatsyarikat penting yang memberi khidmat awam seperti syarikat elektrik, perhubungan dan lain-lain. Fatwa ini datangnya dari Syeikh Mustafa Ahmad al-Zarqa' dan anggota panel syariah Muassasah al-Rajihi Li A'mal alSorofah di Arab Saudi. Fatwa ini khas bagi syarikatsyarikat penting yang memberi khidmat awam kepada manusia, yang mana ditimpa kesusahan atau musyaqqah dengan sebab ketiadaannya, tetapi bukannya terhadap kesemua syarikat. c) Mengharuskan berurusan dengan syarikat-syarikat tersebut. Pendapat ini menegaskan bahawa sedikit yang haram tidaklah mencacatkan asasnya yang halal dan kebanyakan aktivitinya adalah halal. Apatah lagi boleh dikira nisbahnya yang haram tersebut dan dikeluarkan daripadanya untuk diselesaikan secara syariat iaitu didermakan kepada orang miskin. Pendapat ketiga ini adalah lebih rajih dan ramai yang mendokong pendapat ini. Terdapat kaedah-kaedah a/-Qawaida/-Fiqhiyyahyang dapat dijadikan landasan seperti lbnu Nujaim dan al-Sayuti di dalam a/-Asybah Wa a/-Nazair serta al-Kasani. ii. Hendaklah saham itu lahir dari syarikat yang dikenali umum serta jelas perniagaannya tanpa bercampur aduk seperti syarikat-syarikat saham usahasama Amerika yang dikenali dengan nama mutual fund yang menjadi haram kerana dua perkara ; a) kerana jahil tentang kandungan syarikat-syarikat tersebut seperti syarikat pengeluar arak, riba dan sebagainya. b) syarikat ini melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak memenuhi syariat seperti jual-beli secara hutang melibatkan faedahlriba. ...
III.
Tidak terlibat transaksi pada perkara-perkara yang dilarang oleh syariat seperti riba, gharar, kejahilan dan memakan harta manusia secara batil. Oleh itu tidak harus (haram) pelabur menerima saham yang mendapat perolehan yang tetap tanpa terikat dengan untung dan rugi syarikat.
3. Majlis Pengawasan Syariah: Majlis pengawasan syariah yang dibentuk oleh bursa saham Islam merupakan satu bentuk institusi hisbah bagi mengawal penyelewenganyang berlaku atau akan berlaku. Di antara bidang tugas yang perlu diawasi termasuklah : i.
Mengawal harga dan menegahnya dari harga yang terlalu tinggi dari harga patut atau harga biasa di pasaran. la akan bertindak terhadap peniaga yang menyalahi peraturan ini. Tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan, membanteras kezaliman, tunduk kepada realiti permintaan dan penawaran harga pasaran yang jauh dari bentuk- bentuk ihtikar dan permainan harga.
ii. Menegah perdagangan barangan yang tidak memenuhi piawai atau syarat. la bertugas memastikan bahawa barangan yang diperniagakan adalah selamat dari kecacatan, tipu, tidak merlgikut berat sukatan dan timbangan seperti yang dilabelkan atau yang sepatutnya dan mengikut spesifikasi yang betul. iii. Menegah muamalat yang diharamkan oleh Allah S.W.t. dan rasulNya yang termasuk di dalam kategori mungkar yang dilarang seperti kontrak secara riba sama ada secara jelas atau secara helah, kontrak perjudian seperti jualbeli secara gharar dan lain-lain. iv. menegah daripada berlakunya wang sebagai barang perdagangan kerana sepatutnya wang adalah alat atau modal untuk berniaga dan bukannya menjadi sebagai barang perdagangan. Oleh itu pasaran hendaklah bebas dari perjudian dan menghalakannya kearah mencapai tujuan ekonomi yang berfaedah dengan pelaburan yang hakiki. Untuk mencapai tujuan ini beberapa perkara berikut disarankan : a) Menggunakan sistem cukai ke arah pelaburan hakiki bukannya perjudian. Sebagai contoh dikenakan cukai yaug tinggi melebihi keuntungan pokok bagi perolehan untung jangka pendek. Manakala bagi pelabur jangka panjang seperti 5 tahun atau kurang sedikit dari itu, maka dikecualikan daripada cukai. Hal ini akan menyebabkan
berkurangnya pelabur jangka pendek. b) Pihak-pihak yang mempunyai tabung kewangan yang besar seperti Kumpulan Wang Persaraan, Syarikat lnsuran dan lain-lain membentuk tunjang yang utama pasaran bagi menghalakan pasaran kepada sistem mudharabah. Oleh itu pihak-pihak ini. memainkan peranan yang penting ke arah pelaburan yang hakiki bukannya perjudian. c) Meletakkan piawai terhadap perubahan harga di mana tidak membenarkan mana-mana pihak mendapat keuntungan disebabkan perubahan harga secara mendadak bagi tujuan menyekat perjudian. Di Bursa Tokyo contohnya tidak membenarkan peningkatan harga saham lebih dari 10 % pada hari yang sama bagi kebanyakan saham-sahamnya manakala yang selebihnya tidak dibenarkan lebih dari 20 O/O.
Kesimpulan Melihat kepada sistem bursa saham Islam yang begitu beradab untuk mengatur masyarakat kepada konsep tamadun manusia yang sebenar yang berpaksikan aqidah tauhid untuk mencari keredaan atau pengiktirafan Allah S.W.t sebagai halatujunya, maka sudah tentu sama sekali berbeza dengan sistem konvensional yang meletakkan halatujunya bagi mencari keredaan manusia semata-mata. Cukuplah petikan berikut menggambarkan kecelaruan dan penipuan tentang saham di dalam sejarah yang diperolehi dari buku Pawns In The Game (Bidak-bidak di Papan Catur Iblis) dalam bab keempat mengenai kejatuhan Napolean ; 'Burung-burung kecil kepunyaan Nathan Rothschild itu telah membawa berita-berita bohong begitu sekali pentingnya mengenai peperangan Waterloo, sehingga rakyat British telah berada di dalam keadaan resah gelisah. Pasaran stok hancur sama sekali. Wang pound lnggeris dapat dibeli dengan sau lagu (nyanyian) atau satu syiling! Harga semua barangan telah jatuh serendah-rendahnya yang mana belum pernah dialami sebelum dari itu. Nathan telah
menempah khas sebuah kapal dengan bayaran £2,000 untuk membawanya dari Perancis ke England. Dia dan sekalian rakan-rakannya telah membeli segala stok, bon, saham, harta benda-hartabenda lain dan sekuriti yang dapat mereka capai. Bila berita sebenar berkenaan kemenangan Wellington sampai kepada pengetahuan rakyat British, harga barangbarang kembali semula seperti sediakala tetapi lintah-lintah darat internasional telah berjaya mengaut keuntungan yang tidak terkira banyaknya.'
Mohamad Sabri Haron. 1999. Ahkam al-Aswaq al-Maliyyah. Dar alNafais. 'Amman: Jordan. Al-Jarihi, Ma'bad 'Ali.1989. al-Aswaq al-Maliyyah Fi Dhau' Mabadi' al-Islam dalam al-ldarah al-Maliyyah Fi al-Islam. j.1. Muassasah Aal al-Bait. 'Amman: Jordan. Carr, William Guy. Cet 3, 1999. Bidak-bidak Di Papan Catur lblis (Pawns in The Game). Terjemahan oleh lsmail bin Mohd. Hassan. Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.
PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI KELANTAN DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN
Pengenalan Kertas ringkas ini bertujuan untuk memberi gambaran sepintas lalu tentang falsafah pindaan perlembagaan serta prosedur pelaksanaannya di peringkat persekutuan dan negeri. Ini adalah untuk menjelaskan beberapa prinsip yang relevan dalam suasana politik di Kelantan sekarang. la juga menjelaskan hubungan antara pindaan perlembagaan di persekutuan, terutamanya pada 1994, dan hubungannya dengan semua perlembagaan negeri, termasuk Kelantan. Selain itu kertas ini juga akan membuat tinjauan ke atas beberapa persoalan dan kontroversi berhubung dengan isu-isu tersebut. Perlu disedari bahawa sama dengan keadaannya di tempattempat lain, undang-undang hanyalah sebahagian daripada sekian banyak faktor yang perlu diambil kira; yang tidak boleh diketepikan. Dalam keadaan-keadaan tertentu faktor-faktor itu, termasuk politik, keadaan ekonomi, adat istiadat dan seumpamanya boleh menjadi faktor penentu sama ada sesuatu pindaan itu berkesan atau sebaliknya. Ini tidak memeranjatkan kerana undang-undang, pada hakikatnya, adalah semata-mata alat yang memerlukan faktor-faktor
lain, termasuk politik, untuk berfungsi dengan berkesan. Dalam keadaan biasa pun faktor-faktor tersebut memang memberi arah dan 'nyawa' kepada undang-undangl. Jawapan kepada kebanyakan masalah yang timbul sekarang banyak bergantung kepada beberapa konsep termasuk kedudukan Raja dan institusi-insitusi lain yang tidak dipilih secara demokratik, termasuk badan kehakiman dan perkhidmatan awam, di dalam kerangka perlembagaan.Tema penting yang menjadi falsafah kepada peranan mereka ialah bahawa segala kuasa undang-undang perlu dijalankan selaras dengan tuntutan dan semangat demokrasi.
Pindaan Perlembagaan : Falsafah dan Masalahnya Sebagai sebuah dokumen ciptaan manusia perlembagaan memerlukan pindaan kerana itulah cara bagaimana ia dapat sentiasa menyesuaikan diri dengan perkembangan masa dan keperluan masyarakat yang melatarinya. Kadang-kadang sesuatu yang kelihatan ideal dan praktikal ketika sesuatu perlembagan itu digubal kemudiaanya terbukti lemah dan tidak berkesan. Malah, sekiranya keadaan sudah menjadi begitu teruk sesuatu perlembagaan mungkin terpaksa diganti terus dengan yang baru 2. Bagaimana pun sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah instrumen pemerintahan dan kenegaraan pindaan ini tidak boleh dilakukan sewenang-wenang; semua pihak yang terlibat dan mempunyai kepentingan mesti diberi peluang untuk mengambil bahagian. Di dalam meneliti dan melaksanakan sesuatu pindaan itu ada faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan. Ini termasuklah sejarah dan sifat perlembagaan itu sendiri. Sebab itulah sekiranya sesuatu perlembagaan itu terperinci (detailed) sifatnya maka kemungkinan ia sering dipinda adalah besar. Perlembagaan Malaysia dan India adalah contoh-contoh yang relevan di sini. Sebaliknya jika sesuatu perlembagaan itu bersifat umum dan kurang teknikal maka kuranglah kemungkinannya untuk dipinda. lnilah yang kita lihat dalam konteks Perlembagaan Amerika Syarikat. Satu lagi pertimbarrgan yang harus diambil kira ialah kedud~~kan dan fungsi perlembagaan sebagai undang-undang dasar sesebuah
negara. Jika sesuatu perlembagaan itu terlalu kerap dipinda maka kuranglah signifikannya sebagai sebuah undang-undang dasar dan turunlah darjatnya menjadi undang-undang biasa yang lain; yakni statut (baik dalam bentuk akta, enakmen mau pun ordinan). Tetapi walau apa pun cara meminda perlembagaan perlu berbeza dengan undang-undang biasa: pindaan perlembagaan harus lebih sulit dan perlu memakan masa yang lama.
Falsafah dan Prosedur Pindaan Perlembagaan Perlembagaan Malaysia - di peringkat persekutuan dan negeri telah menetapkan beberapa prosedur tertentu sebelum sesuatu pindaan boleh dilakukan. Di peringkat persekutuan ada empat cara di mana pindaan boleh dilakukan. Prosedur tersebut ialah (1) melalui undi majoriti mudah (simple majority) di kedua-dua Dewan Rakyat dan Negara, (2) melalui undi dua pertiga di kedua-dua Dewan, (3) melalui undi dua pertiga di kedua-dua Dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja dan (4) melalui undi dua pertiga di kedua-dua Dewan dan dipersetujui oleh Yang di Pertua Negeri Sabah dan Sarawak. Boleh dikatakan bahawa kebanyakan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan memerlukan syarat undi dua pertiga. Punca mengapa sering menimbulkan kekeliruan dalam menentukan syarat atau prosedur yang dipatuhi ialah perlembagaan tidak menyebut dengan jelas peruntukan mana yang memerlukan syarat-syarat tertentu dan inilah yang selama ini menimbulkan masalah dan krisis perlembagaan. Sesuatu rang undang-undang mengenai pindaan perlembagaan itu, meskipun telah diluluskan dengan undi dua pertiga di Parlimen dan diberi perkenan oleh Yang di Pertuan Agong, masih tidak sah sekiranya pindaan itu mendatangkan kesan yang menyentuh kepentingan-kepentingan tertentu ymenyebabkan pindaan berkenaan tergolong dalam pindam-pindaan yang mmerlukan persetujuan badan-badan di luar Parlimen s e p r t i MajFis Raja-Raja atau Yang di Pertua IVegeri Sabah dan Sarawak. Dalarn bahasa yang mudah subjek pindaan perlentbagam ti&k tnuckh di$erikan jawapan kerana ia bagaikan isu yang be&emungkinan mengandungi 'jerangkap samar' di bawahnya! Datam soal ini para peguam sendiri pun sering tersilap dalam merr~bacadan mentafsir peruntukan-peruntukan berkenaan.
Falsafah di sebalik prosedur yang sulit ini ialah bahawa perlembagaan adalah undang-undang dasar yang mengkanunkan pelbagai kepentingan dan hak yang hanya boleh dirombak dengan persetujuan pihak yang berkenaan. Prosedur pindaan yang sulit ini juga penting supaya perlembagaan tidak dipinda dengan sewenangwenang dan sesuka hati. Sebagai dokumen yang merrjadi tulang belakang negara sudah tentu ada prinsip-prinsip yang harus kekal tidak kira parti politik mana pun yang membentuk kerajaan dan memerintah. Falsafah yang sama melatari prosedur pindaan perlembagaan di peringkat negeri. Di Kelantan perlembagaan negeri telah menetapkan dua cara bagaimana ia boleh dipinda iaitu (1) melalui perisytiharan yang dibuat oleh Sultan setelah diperkenan dan dipersetujui oleh Majlis Penasihat Raja dan (2) melalui sebuah rang undang-undang yang diluluskan oleh undi dua pertiga di Dewan Undangan Negeri. Peruntukan-peruntukan yang hanya boleh dipinda oleh perisytiharan sultan umumnya bolehlah disifatkan sebagai perkara-perkarayang melibatkan kedudukan sultan, adat istiadat dan istana. Perlu disebutkan bahawa ada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan negeri yang tidak boleh dipinda oleh dewan berkenaan. Ini kerana peruntukan-peruntukan berkenaan melibatkan kedudukan Islam, kedudukan Sultan sebagai ketua agama dan juga perubahan kepada sempadan negeri yang melibatkan kuasa Majlis Raja-Raja di peringkat persekutuan. Prosedur pindaan di peringkat negeri tidak terpisah daripada proses pindaan perlembagaan di peringkat persekutuan. Hal ini tidak memeranjatkan kerana Malaysia adalah negara persekutuan yang Kelantan adalah salah satu anggotanya. Dari satu sudut Perlembagaan Malaysia boleh dikatakan sebagai terdiri daripada Perlerr~bagaanPersekutuan dan perlembagaan-perlembagaan negeri.
Pindaan dan Krisis Perlembagaan 1983 - 1994 Setakat ini perlembagaan Malaysia sudah dipinda hampir 40 kali, yang terbaru melibatkan penyerahan Putrajaya kepada kerajaan persekutuan. Dalam beberapa kesempatan pindaan-pindaan itu telah
mencetuskan krisis. Apa yang merrjadi persoalar~bukanlah sangat soal kekerapan pindaan kerana seperti yang'disebutkan di atas tadi sebuah perlembagaan yang terperinci dan teknikal memang perlu kerap dipinda: jumlah kerusi parlimen, nama jawatan tertentu dan sebagainya perlu disesuaikan dengan perubahan masa dan keperluan. Dalam beberapa pindaan yang tertentu ketegangan timbul kerana ia mengganggu perseimbangan kuasa dan kepentingan tertentu yang dengan sendirinya menimbulkan kontroversi mengenai prosedur yang patut dipatuhi dalam melaksanakannya. Antara pindaan-pindaan yang kontroversial setakat ini ialah yang menyangkut soal kedudukan dan kuasa Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja pada 1983, 1993 dan 1994 serta yang melibatkan kedudukan badan kehakiman pada 1988. Pada 1983 pindaan yang dikemukakan merr~berifokus kepada dua perkara; (1) kuasa perkenan terhadap rang undang-undang dan (2) kuasa Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Pindaan ini mencetuskan krisis dan ia hanya selesai pada awal 1984 melalui satu formula komprorr~iantara Raja-Raja dan kerajaan persekutuan iaitu (1) kuasa perkenan dijelaskan dengan memberi kuasa memulangkan rang undang-undang kepada Yang di Pertuan Agong, (2) kuasa perkenan kekal sebagaimana kedudukan asal di peringkat negeri dan (3) kuasa mengisytiharkan darurat kekal di tangan Yang di Pertuan Agong. Bagaimanapun kerajaan nampaknya mungkir janji dan meminda perlembagaan pada 1994 dengan merubah kompromi (1) dan (2) dan juga konsep bertindak mengikut nasihat tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja. Sebab itu pindaan tersebut boleh dihujah sebagai tidak sah. Pindaan perlembagaan 1993 pula berkisar kepada kedudukan imuniti Raja-Raja yang berakhir dengan imuniti yang terhad kepada Raja-Raja serta penubuhan sebuah Mahkamah Khas untuk membicarakan RajaRaja. Pindaan ini juga mempunyai masalah teknikal dan mungkin boleh dihujah sebagai tidak sah. Kontroversi politik yang melibatkan istana pada 1990-92 tidak melibatkan apa-apa pindaan terhadap perlembagaan. Yang ada hanyalah sebuah perisytiharan yang bagaimanapun tidak disetujui oleh kesemua sembilan orang Raja. Pindaan perlembagaan 1988 pula melibatkan kuasa kehakiman dan insiden ini dianggap penting kerana ia melenyapkan ungkapan 'kuasa kehakiman' dalam Perkara 121(1). Pindaan yang
memadamkan ungkapan tersebut menyebabkan makna dan implikasi sebenar pindaan tersebut masih menjadi misteri sehingga hari ini. Apakah ini bermakna bahawa badan kehakiman Malaysia tidak mempunyai kuasa lagi? Apa pun jawapannya misteri itu mungkin boleh difahami dengan meneliti krisis antara kerajaan persekutuan dengan badan kehakiman; yang berakhir dengan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd. Salleh Abas dan dua orang lagi Hakim Mahkamah Agung (sekarang Mahkamah Persekutuan) iaitu Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah Kim Seng.
Pindaan Perlerr~bagaanNegeri Kelantan Masalah di Kelantan perlu dilihat dalam kerangka perlembagaan yang lebih besar dan juga dalam konteks krisis-krisis di atas, khususnya pindaan 1994 yang berhubung dengan soal bertindak mengikut nasihat. Peruntukan ini adalah peruntukan piawai yang terdapat dalam semua perlembagaan; baik di peringkat persekutuan mau pun negeri. Boleh juga dikatakan bahawa apa yang terdapat di dalam Perlembagaan Kelantan sebenarnya adalah sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perlu dinyatakan bahawa peruntukan mengenai bertindak mengikut nasihat ini ialah peruntukan yang terdapat di semua negara Komanwel. Walaupun perkataannya mungkin berbeza-beza implikasi dan p'elaksanaan konsep bertindak mengikut nasihat itu tidak jauh berbeza. Di atas tadi ada dinyatakan bahawa ada kemungkinan bahawa pindaan 1994 itu tidak sah. Bagaimanapun ini perlu dibawa ke mahkamah dan selagi itu tidak dilakukan maka kita boleh membuat andaian bahawa pindaan berkenaan sah. Bagaimana kesan atau pelaksanaan pindaan tersebut di peringkat negeri? Setakat ini ada dua pendapat mengenainya: (1) oleh kerana peruntukan di peringkat negeri adalah sebahagian daripada peruntukan di peringkat persekutuan maka tidak perlulah dilakukan pindaan. Dengan kata lain apa yang dipinda di peringkat persekutuan telah terlaksana di peringkat negeri secara otomatik. Ini diperkuatkan dengan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama yang tertinggi di negara ini. (2) Perlu dibuatpindaan atau penerima pakaian secara formal melalui pindaan perlembagaan sebagaimana yang
dinyatakan oleh perlembagaan negeri. Pendapat ini menghujah bahawa negeri-negeri mempunyai hak dan kedudukan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sendiri. Soalnya sekarang perlukah pindaan dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan? Jika kita mengikut pendapat yang pertama maka ia tidak perlu dibuat secara formal. Apa yang perlu hanyalah pembentangan di dalam Dewan untuk meminda perlembagaan bagi menyesuaikannya dengan kedudukan perlembagaan di peringkat persekutuan. Bagaimanapun untuk lebih selamat mungkin lebih elok jika langkah meminda perlembagan secara formal dibuat. Ini adalah untuk mengelakkan keraguan dan pertikaian. Persoalan apakah pindaan yang dicadangkan di Kelantan itu itu sah atau tidak adalah soal kedua. Lagipun hanya mahkamah yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam isu itu (soal sama ada keputusan mahkamah itu betul atau sebaliknya pun adalah soal yang lain yang tidak perlu dibincangkan sekarang).Oleh kerana apa yang hendak dilakukan di Kelantan ini mempunyai kaitan dengan apa yang telah dibl~atdi peringkat pusat maka pihak lain yang mempersoalkan cadangan pindaan itu harus ingat bahawa ia akan memberi kesan kepada undang-undang di peringkat pusat dan negeri-negeri lain juga. Jika pindaan yang dicadangkan di Kelantan itu dikatakan sebagai tidak sah pindaan maka pindaan yang telah dibuat di peringkat persekutuan juga mempunyai kemungkinan tidak sah sama. Pihak-pihak yang mempersoalkan cadangan meminda perlembagaan negeri, termasuk membangkitkan soal persetujuan Raja dan sebagainya, perlu diperingatkan bahawa soalan itu sepatutnya ditanyakan ketika Kerajaan Persekutuan mengemukakan rang undang-undang pindaan pada 1994 mengenai perkara berkenaan di Parlimen. Apa yang berlaku di Kelantan sekarang boleh membawa kepada terbongkarnya apa yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan waktu itu. Penentangan yang dilakukan terhadap cadangan pindaan perlembagaan di Kelantan boleh diibaratkan sebagai pertahanan diri ala kamikaze; satu bentuk serangan yang akhirnya boleh memakan diri sendiri! Serangan terhadap pindaan di Kelantan itu juga boleh diibaratkan seperti boomerang yang akhirnya
boleh merlimbulkan kesulitan kepada kerajaan persekutuan sendiri. Pihak istana dan perkhidmatan awam negeri nampaknya berpegang kepada tanggapan bahawa 'kedudukan di peringkat persekutuan lain, di Kelantan lain'. lrli satu kefahaman yang salah. Malah pada satu ketika Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri sendiri, anihnya, semacam mempunyai tanggapan yang sama. Perlu dinyatakan bahawa YB Penasihat Undang-undang Negeri, sebagaimana YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Setiausaha Kewangan, yang kesemuanya menjadi anggota ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) adalah sebahagian daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam pada itu agensi-agensi tertentu yang tertakluk di bawah bidang kuasa persekutuan, termasuk jabatan polis, didakwa tidak menghormati kedudukan dan autoriti kerajaan negeri Kelantan meskipun di peringkat pusat pegawai-pegawai kanan mereka sering menyatakan bahawa mereka, selaku perkhidmatan awam, perlu mematuhi kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pada satu ketika seorang ketua polis negeri, bukan di Kelantan, malah menganggap bahawa kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu adalah kerajaan pembangkang! Jelas bahawa ada kalangan tertentu di jabatan polis yang tidak faham atau tidak mahu faham dengan konsep dan amalan demokrasi.
Apakah Pindaan Ini Boleh Menyelesaikan Masalah ? Sebagaimana isu-isu lain juga undang-undang sahaja tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah. Kita telah dan sedang melihat bagaimana undang-undang diputarbelit dan ditafsir dengan cara yang anih dan mengelirukan semata-mata untuk mencapai matlamat dan kepentingan tertentu. Dan ini selalunya dilakukan dengan cara rasuah, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi pihak media. Undangundang memerlukan komitmen dan kerjasama pihak yang diberi kuasa melaksanakannya. Di Kelantan masalah yang berlaku berpunca daripada kegagalan pihak-pihak terbabit memahami mengapa kuasa-kuasa tertentu
diberikan kepada mereka. Dalam demokrasi undang-undang dibuat untuk menguatkuasakan fahaman itu selain mengelakkan monopoli kuasa yang boleh membawa kepada kediktatoran. Sebab itu kadangkadang disebut bahawa sesuatu undang-undang itu mungkin sah tetapi ia belum tentu wajar dan adil. Semua pihak, baik Raja, badan kehakiman, perkhidmatan awani dan juga media massa, mempunyai peranan untuk mempastikan bahawa mekanisme dan proses sekat dan imbang (check and balance) berjalan. Sesuatu kuasa itu harus dijalankan dengan semangat dan falsafah sekat dan imbang; bukan untuk menunjukkan ego dan memelihara kepentirrgan diri. Sebagai contohnya kuasa untuk menganugerah dan menarik balik anugerah bintang kebesaran tidak harus digunakan untuk menunjukkan kemarahan peribadi. Begitu juga dengan kuasa perlantikan dalam konteks Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri. Bintang kebesaran pada hakikatnya ialah hak negeri yang diberikan atas nama Sultan sebagai bapa dan penaung negeri. Sesiapa yang berjasa kepada negeri harus diberikan anugerah berkenaan. Hanya mereka yang melakukan jenayah atau memalukan negeri yang patut dilucutkan gelarannya. Itu pun, sebaik-baiknya,dilakukan secara telus dan mengikut prosedur yang adil kerana jika ini tidak dilakukan maka tercemarlah imej dan nama baik penerima anugerah yang berkenaan. Tidak harus dilupakan ialah kenyataan bahawa kos anugerah itu dibayar oleh pembayar cukai yakni rakyat. Mengenai perkhidmatan tadbir pula perlulah dinyatakan bahawa hubungan antara Raja dengan perkhidmatan awam mempunyai tujuan untuk membina imej perkhidmatan sebagai institusi negeri; yang terpisah dari parti politik yang memerintah. Sebab itu g perkhidmatan awam perlu berkecuali walaupun ia tidak boleh bebas sepertimana badan kehakiman. Perkhidmatan awam perlu melaksanakan dasar dan program kerajaan yang memerintah selagi kesemua itu selari dengan ketetapan perlembagaan dan undangundang. Untuk membolehkan pegawai-pegawai awam memainkan peranan dengan berkecuali dan profesional perlembagaan menetapkan bahawa mereka harus setia dengan Raja, bukan dengan kerajaan. Tetapi kesetiaan itu dituntut untuk tujuan demokrasi, bukan untuk menentang atau mensabotaj kerajaan yang memerintah. Adalah salah kiranya perkhidmatan awam mensabotaj kerajaan yang dipilih secara demokratis oleh rakyat.
Mengingat kepada falsafah itu adalah salah jika perkhidmatan tadbir digunakan untuk menjadi sarang menentang kerajaan yang memerintah. Raja boleh menggunakan kuasa berhubung deqgan perkhidmatan awam sekiranya kerajaan yang memerintah cuba menjadikan perkhidmatan awam, seolah-olahnya, sebagai jentera parti sebagaimana yang wujud di peringkat persekutuan. Kerajaan persekutuan juga turut bersalah apabila ia menggunakan jabatan dan pegawai kerajaan untuk menyulitkan pentadbiran di Kelantan dan Terengganu. Sebuah parti yang komited dengan ideal perlembagaan tidak akan melakukan pencabulan yang terang-terang bertentangan dengan semangat perlembagaan seperti itu. Raja dan istana, sebagai elemen yang kekal dan mengatasi politik, mesti memastikan kesemua jentera perlembagaan berjalan lancar. Raja tidak boleh mengizinkan istana dan institusi yang di bawah naungannya mer~jadikubu dan sarang untuk menentang dan memalukan kerajaan. Jika ini berlaku maka Raja dan perkhidmatan awam bukan sahaja telah melanggar ketertiban perlembagaan malah telah mencemarkan institusi Raja dan perkhidmatan awam itu sendiri. Segala kuasa dan kemudahan yarrg diberikan kepada Raja, termasuk Peruntukan DiRaja (Civil List), adalah untuk membolehkan Raja memainkan peranannya menjaga perlembagaan dan demokrasi. Kuasa dan kemudahan itu bukan disediakan bagi tujuan yang lain dari yang diizinkan oleh perlembagaan dan semangatnya. Kerajaan yang memerintah diletakkan ditempatnya oleh rakyat. Oleh itu hanya rakyat yang berhak menghukum mereka jika mereka benar-benar bersalah. Raja, badan kehakiman, perkhidmatan awam dan media cuma berfungsi mengizinkan proses demokrasi itu berlaku, bukan menjadi agen apalagi dalang di sebalik itu. Dari satu sudut pindaan atau penerima-pakaian pindaan di perirlgkat persekutuan mungkin lebih bersifat politik; supaya kerajaan negeri tidak dituduh bacul dan tidak berbuat apa-apa. Berdasarkan pengalaman lalu pihak-pihak yang berkenaan, hatta setelah pindaan dibuat sekalipun, mungkin akan terus berdegil dan berkeras mahu menunjukkan kuasa yang kononnya berada di tangan mereka. Selama ini pun hal-ha1yarlg jelas disebut oleh perlembagaan sebagai perlu dijalankan menurut nasihat kerajaan telah dilanggar dan tidak diendahkan. Kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan negeri dalam
membuat perlantikan ahli-ahli EXCO, ucapan pembukaan dewan undangan negeri dan juga masalah berhubung dengan kehadiran Menteri Besar dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah contohcontoh di mana kerajaan negeri dihalang dari mengambil tindakan berdasarkan kuasa mereka yang disebut dengan jelas oleh perlembagaan.
Kesimpulan dan Penutup Walaupun kertas ini berkisar kepada persoalan pindaan perlembagaan apa yang lebih penting difahami ialah peranan insitusiinstitusi tadi dalam perlembagaan. lnilah sebenarnya yang menjadi kunci kepada penyelesaian yang dicita-citakan. Pindaan perlembagaan, sebagaimana undang-undang yang lain, hanya berkesan sekiranya pihak-pihak yang berkenaan mematuhi dan memahaminya. Untuk itu semua pihak perlu bekerjasama. Dan ini sebenarnya boleh dilakukan sekiranya semua pihak yang terlibat balik ke pangkal jalan; melihat kerr~baliapakah peranan mereka yang sebenar. Jika kesedaran ini tidak ada adalah sukar untuk menjamin bahawa kuasa dan undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama. Selaras dengan itu ada usaha-usaha tertentu yang perlu dilakukan. Salah satu yang penting ialah pendidikan dan penerangan yang berterusan. Di pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi yang di bawah jagaannya satu kertas putih amat perlu disiapkan bagi memperincikan segala masalah yang berlaku. Ini penting bukan sahaja dalam konteks masalah yang berlaku sekarang tetapi juga i disediakan untuk masa-masa akan datang. Jika kertas i r ~tidak mungkin masalah seperti ini akan berulang lagi. Dengan kata lain kertas tersebut akan membantu generasi akan datang dengan cara melindungi mereka dari masalah-masalah yang kita hadapi sekarang. Penyelidikan dan penulisannya harus dimulakan. Selain pertimbangan ini kerajaar~negeri juga perlu menyedari bahawa agensi-agensi yang sepatutnya memberikan bantuan dan memainkan peranan nampaknya memberikan iltizam dan komitmen kepada pihak yang lain yang secara kebetulan tidak sepenuhnya berdasarkan kepada semangat perlembagaan kita. Sebab itu
kerajaan negeri perlu berani dan tegas dalam memegang prinsip perlembagaan. Akta Hasutan 1948 tidak perlu dirisaukan kerana undang-undang berkenaan mengecualikan tindakan yang berdasarkan undang-undang. Hatta kritikan sekalipun jika ia dibuat dengan niat untuk memperbaiki keadaan (bukan untuk menghapus atau memalukan Raja-Raja) ia terkeluar dari ruang lingkup apa yang dikatakan sebagai menghasut. Perlu juga disebut bahawa masalah yang berlaku di Kelantan hari ini sebenarnya bukan soal UlMNO dan PAS sahaja. Penyelesaian kepada masalah ini adalah soal prinsip yang harus disegerakan supaya pada masa-masa yang akan datang UMNO dan PAS boleh bertarung di gelanggang dengan kekuatan polisi dan hujah mereka; bukan dengan menggunakan institusi-institusi perlembagaan yang diwujudkan untuk tujuan lain. Apa yang malangdi Malaysia sekarang ialah undang-undang seolah-olahnya mempunyai tafsiran yang berbeza di peringkat persekutuan dan negeri. Apa yang boleh dan harus di peringkat persekutuan lain pula keadaannya di Kelantan. Ini tidak sihat kerana nanti orang akan beranggapan bahawa yang penting bukan undang-undang dan peraturan tetapi siapa kuat dan siapa ada wang! Dan inilah sebenarnya intisari dari apa yang diistilahkan sebagai undang-undang rimba itu.
ULAMA DAN POLITIK : SATU ANALISIS AWAL Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif
Pengenalan Kertas kerja ringkas ir~iakan meninjau peranan ulama dalam politik secara umum. Dalam kes-kes tertentu peranan ulama dalam politik Malaysia akan diketengahkan. Andaian asas kertas kerja ini ialah ulama sebagai 'pewaris nabi' telah, masih dan akan terus memain peranan yang penting dalam menjaga kesucian ajaran Islam. Ulama telah menggerakkan entiti khalifah lslamiah secara konsisten. Berakhirnya khalifah lslamiah di Turki pada tahun 1924 tidak bererti berakhirnya perjuangan ulama. Barrgkitnya Barat dengan kuasa penjajahannya mendapat tentangan yang hebat dari para ulama. Sungguhpun kuasa penjajahan Barat akhirnya mendomonasi politik negara-negara lslam yang terpaksa tunduk kepada kekuatan Barat tetapi benih ulama tidak dapat dipadamkan. Pengalaman Turki membuktikan bahawa 'Cahaya Allah' (Islam) tidak dapat dipadamkan oleh tangan dan mulut manusia. Sungguhpun Kamal Attarturk telah mengemukakan dasar yang begitu radikal sekali bagi memadarr~kan 'cahaya Allah' namun akhirnya cahaya tersebut terus bersinar hingga satu ketika Parti Refah di bawah pimpinan Prof. Erbakan memenangi pilihanrayaTurki. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan Abu Nu'man, ulama akan membawa obor kemenangan lslam dalam fasa ke empat, fasa kemenangan lslam yang mutlak, sebelum berakhirnya dunia yang fana ini.
Penjajahan Barat juga turut memperkenalkan idea negarabangsa (nation-states). Idea negara-bangsa ciptaan penjajah Barat ini merupakan batu penghalang yang terpenting bangkitnya semula khalifah lslamiah di peringkat global. Jalan terbaik menuju ke arah bangkitnya semula khalifah lslamiah ialah dengan cara menghapuskan semangat kebangsaan yang juga merupakan elemen terpenting suburnya idea negara-bangsa. Semanagat kebangsaan yang dikeluarkan dari sistem politik itu perlu diisi dengan semangat kelslaman dan semangat kelslaman akan mempengaruhi tergubalnya dasar-dasar negara yang bercirikan lslam dan sekaligus tertegaknya sebuah negara lslam. Dalam kerangka pembahagian dan persernpadanan negara-negara di dunia hari ini, khalifah lslamiah boleh wujud, buat permulaannya, dalam bentuk pelbagai negara (multi national). Dalam seluruh rantaian proses bagi menggerakkan dan menghidupkan semula khalifah lslamiah ini peranan ulama amat integral sekali.
Difinisi Mengambil kira perana yang dimainkan oleh ulama di kebanyakan negara Islam, Abubaker A. Bagader (1983) telah secara terperinci memberi difinisi mengenai perkataan ulama. Bagi beliau, ulama adalah kata jamak (plural) bagi perkataan 'alim; dan 'alim datang dari kata dasar (root word) ilm yang bermaksud ilmu. Ini bermakna ulama adalah seorang yang berpengetahuan dalam ilmu-ilmu lslam seperti ilmu al-Quran, Hadith, Feqah dan sebagainya. Seorang ulama biasanya mengajarkan ilmu yang dimilikinya kepada masyarakat setempat dan cara pengajarannya biasanya bersifat tradisional (contohnya melalui sistem pondok). Seorang ulama juga dilihat oleh masyarakat sekitarnya sebagai seorang lslam yang wara' dan komited dengan amalan-amalan Islam. Dalam ha1 ini ulama dilihat sebagai contoh terbaik (uswatun-hasanah) individu lslam yang bergerak cergas dalam masyarakatnya. Seorang ulama juga biasanya adalah lulusan dari pusat pengajian lslam tradisional yang terkenal. Untuk menjadi seorang ulama yang terkenal, beliau perlu mendapat perlgiktirafan bahawa beliau adalah pemimpin agama kepada masyarakatnya. Masyarakat juga melihat ulama sebagai wakil dan jurucakap mereka apabila berdepan dengan kerajaan yang
memerintah. Ulama juga dilihat sebagai memainkan peranan seoarang hakim sekiranya berlaku konflik. Hubungan yang erat di antara ulama dan masyarakat sekitarnya telah melahirkan satu hubungan yang disebut sebagai patron-client. Hubungan yang bersifat patron-client ini memperkukuhkan lagi kedudukan ulama visa-vis kerajaan dan pihak-pihak yang berkuasa lainnya. Huraian yang agak panjarrg lebar berhubung dengan difinasi dan ciri-ciri seorang ulama sebagaimana yang dikemukakan di atas adalah satu yang menarik untuk diperhatikan. Perbincangan di atas memberi implikasi keberkesanan peranan seseorang ulama bukan terbatas kepada peranan keagamaannya (religious roles) sahaja seperti menjadi imam sembahyang tetapi juga menyangkut peranan kemasyarakatan (social roles). Gagasan yang dikemukakan bagi memasyarakatkan Pas perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan golongan ulama perlu berada di barisan yang paling hadapan dalam menjayakan program ini. Pengelibatan semaksima mungkin oleh golongan ulama dalam aktiviti masyarakat akan menyumbang pulangan politik yang baik bagi pengembangan dan seterusnya kemenangan PAS. Difinasi yang lebih ringkas tetapi dari segi semangatnya juga memenuhi kehendak perbincangan kita di atas dikemukakan oleh Perlerr~bagaanPAS sendiri. Fasal 7 (4) (a) ada menyebut bahawa seseorang yang ingin dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama perlu memiliki ciri-ciri berikut. Pertama, ia hendaklah seorang yang merrgetahui masalah-masalah pokok (al-usul) dalam syariat lslam dan hukum-hukumnya ataddan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, ljmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar. Kedua, ia hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya; dan ketiga, hendaklah ia seorang ahli PAS. Golongan ulama yang perlu digerakkan sebagai satu tenaga politik (political force) terangkum, secara tersirat, dalam Perlembagaan PAS Fasal40 (5) (a) yang menyebut: 'Menyatu tenaga dan pemikiran ulama lslam bagi memperkuat dan mempertingkatkan perjuangan lslam di negeri ini dan berusaha mengembang dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran lslam ke segenap lapisan
masyarakat menerusi gerakan dakwah dan pengembelingan tenaga ummah yang berterusan'. Apa yang menarik dengan Fasal ini ialah ianya mencerminkan pemahaman PAS yang matang dan visionary dalam ertikata PAS benar-benar memahami hakikat tidak boleh berlaku pemisahan di antara politik dan agama kerana lslam merupakan satu entiti yang syumul. PAS ditegakkan bagi tujuan 'mempertingkatkan perjuangan Islam' dan sekaligus juga berfungsi sebagai satu 'gerakan dakwah'. Ini bererti ceramah-ceramah politik yang dianjurkan oleh PAS di seluruh negara perlu difahami dan dilihat sebagai sinonim dengan ceramah-ceramah agama. Melihat dan mendekati lslam secara syumul, dapat meugatasi masalah 'pengkhususan' dalam gerakan lslam yang boleh merugikan masyarakat lslam akhirnya. Kita diberitahu bahawa kawan-kawan kita yang bergerak dalam Jamaah Tabligh di Pakistan pada satu ketika dulu agak 'malu' dan 'segan' dengan pilihanraya akhirnya merungut apabila negara berkenaan ditadbir oleh seorang wanita !
Ulama dan Politik : Beberapa Pengamatan dan Pengalaman Sejarah Penglibatan golongan ulama dalam politik tanahairnya pada tahap yang berbeza-beza amat bergantung kepada budaya tempatan hasil dari pengalaman sejarah yang unik dan berbeza-beza. Unsur sejarah terpenting yang mendorong golongan ulama untuk bergerak secara aktif atau pasif dalam arus perdana politik sesebuah negara ialah penjajahan asing. Pempolitikan (politicization) ulama dalam politik nasional yang berbeza-beza amat ditentukan oleh autoriti yang bercanggahan dengan pendirian ulama. Autoriti yang dimaksudkan boleh bersumberkan tempatan (native), asing atau bukan-Islam. Penentarrgan yang berlebihan oleh Jami'iyyat-i Ulama-i Hind kelompok ulama terbesar dan paling berpengaruh di lndia di bawah pimpinan Husayn Ahmad Madani terhadap kuasa penjajahan lnggeris di ambang penjajahan lndia pada analisa terakhirnya adalah lebih bersifat self-defeating. Mendokong idea 'united nationalism' (muttahida qawmiyyat) Madani memberi sokongan yang padu pada Nehru yang memimpin Indian National Congress dan sekaligus menolak idea 'teori dua negara' ( t w o nation theory) yang
diperjuangkan oleh Jinnah yang ingin berpisah dari India. Dengan tidak memberi sokongan kepada Jinnah secara total Jami'iyyat-i Ulama-i Hind telah merugikan perjuangan ummah dalam dua keadaan. Pertama, selepas tertubuhnya negara Pakistan ummat lslam yang masih tinggal di India telah berhadapan dengan tekanan politik yang lebih teruk. Kedua, dengan tidak berpindahnya sebahagian besar ulama ke negara baru Pakistan ini telah membuka peluang yang seluas-luasnya kepada golongan liberal-nasionalis yang berpendidikan Barat menguasai pentas politik Pakistan. Betapa kuatnya elit politik yang berkiblatkan Barat dalam dalam politik Pakistan sehinggakan mereka masih berkuasa sehingga ke hari ini. Apa yang disindirkan oleh Jami-iyyat-i Ulama-i Hind bahawa penubuhan negara Pakistan baru pada tahun 1947 adalah pada hakikatnya bukan dar-ul-Islam malah ianya lebih cocok sebagai darul-Harb telah menjadi satu kenyataan! Asas keagamaan yang agak lemah berbandiqg elemen sekular yang mendokongi sistem politik Pakistan diperkukuhkan lagi dengan pengenalan Undang-Undang Ketenteraan (Martial Law) dan berkuasanya Ayub Khan, maka wujud pula satu gerakan ulama yang secara relatif agak lemah yang dikenali sebagai Jami-iyyat a/-'ulamai Islam. Gerakan ini didokongi sebahagian besarnya oleh ulama tradisional. Ayub Khan berpegang pada 'demokrasi asas'nya telah menggugurkan perkataan 'Islam' dalam perlembagaan 1956 dan Pakistan hanya dikenali sebagai "Republik Pakistan" bukan "Republik lslam Pakistan". Berperanan sebagai golongan pendesak, Jami-iyyat a/-'ulama-i lslam telah berjaya mengembalikan nama 'lslam' pada 'Republik Pakistan' dan juga Perkara 198 yang menyebut bahawa tidak boleh diwujudkan undang-undang yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah. Walau bagaimanapun, sebagai kuasa yang menjatuhkan Ayub Khan Jami-iyyat al-'ulama-i lslam hanya memainkan peranan yaug sekunder berbandingkan dengan demontrasi pelajar misalnya (Aziz Ahmad, 1983, 93). Dalam tahun 1969 dan 1970 ulama di Pakistan telah mengambil keputusan untuk bergerak aktif dan secara langsung dalam politik dengan bertanding dalam pilihanraya dan mereka hnya mampu memenangi beberapa kerusi sahaja. Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah dalam penglibatan mereka secara aktif dalam pilihanraya mereka telah merrjauhkan diri dari Jama'at lslarr~i
pimpinan Maududi. Lllama tradisional tidak mengiktiraf Maududi sebagai seorang ulama yang sebenar kerana huraian beliau tentang lslam tidak mengambil kira sepenuhnya aspek usul-fiqh (Aziz At-~mad, 1983, 83). Elemen 'tradisional' dan 'moden' dalam gerakan lslam yang didokongi oleh ulama perlu diberi perhatian yang serius kerana ia akan menentukan menang atau kalahnya perjuangan ulama khususnya apabila berdepan dengan golongan liberal-nasionalis. Kemasukan golongan profesional secara berbondong-bondong ke dalam PAS akhir-akhir ini boleh juga dikategorikan sebagai 'ulama moden'. Selain dari 'Peristiwa Anwar', corak pimpinan Ustaz Fadhil Noor yang boleh dilabel sebagai 'terbuka dan dinamis' telah mendorong ramai golongan profesional untuk menyertai PAS. Kehadiran ulama dan profesional dalam PAS tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang bersifat 'duality' atau dikotomi malah ianya merupakan satu adunan yang selesa, 'sebahagian membantu sebahagian yang lain'. Sekiranya golongan ulama dapat menerima kehadiran profesional dengan dada yang lapang, maka PAS mempunyai masa depan yang cerah dan kita dapat mengelak kelemahan yang pernah dilakukan oleh golongan ulama tradisional di Pakistan. Peranan ulama di Mesir dari sudut sejarah agak berbeza dan menarik. Pada awal kurun ke-19 ulama memain peranan yang penting dalam masyarakat Mesir. Mereka merupakan golongn yang dihormati dan mempunyai status ekonomi yang tinggi. Atas sifat mereka yang istimewa ini, mereka telah memainkan peranan sebagai king-maker dalam masyarakatnya. Mereka telah melantik Muhalr~madAli Pasha sebagai gabenor dan ketua mereka. Perlantikan Muhamad Ali telah direstui oleh ketua ulama yang berpengaruh iaitu Ashraf Umar Makram dan Sheikh al-Azhar Abdullah al-Sharqawi. Dalam ha1 i r ~kita i boleh berhujah dengan mengatakan bahawa golongan ulama yang begitu berpengaruh pada masa itu sepatutnya 'mengambil peluang' (seized the opportunity) dengan mengangkat salah seorang daripada mereka sebagai ketua negara. Perkiraan ini tidak direbut atas perkiraan mereka tidak mempunyai sokongan ketenteraan sebagai satu kuasa koersif yang boleh menstabilkan suasana semasa yang agak bergolak. Dengan perlantikan IVluhammad Ali pihak ulama berharap mendapat beberapa keistimewaan. Di peringkat awalnya memang
pihak ulama dilayan dengan baik tetapi apabila Muhammad Ali memperkukuhkan kuasanya beliau telah mula mengkesampingkan para ulama. Muhammad Ali bukan sahaja mengkesampingkan malah turut menekan pihak ulama. Status ulama yang dikesampingkan (marginalized) memberi ruang kepada pimpinan liberal-nasionalis untuk meng~rasaipentas politik Mesir hinggalah ke hari ini. Kita dapat merumuskan beberapa pengajaran dari perjuangan ulama Mesir ini. Pertama, gaya hidup yang terlalu mewah akan merosak ulama sendiri. Kedua, pihak ulama perlu 'merebut peluang' politik apabila peluang itu terbuka kepadanya. Kalau tidak peluang yang tersedia akan diambil oleh orang lain yang besar kemungkinan akhirnya tidak akan bersimpati dengan perjuangan ulama. Kaedah 'merebut peluang' ini biarlah sejajar dengan tuntutan al-Quran 'bersegeralah melakukan kebaikan (fastabikul-khairat). Ketiga, ulama mesti memikirkan bagaimana untuk mendapat dokongan ketenteraan (military backing) atau yang seunipama dengannya. Kuasa ini boleh menjamin kelangsungan kepimpinan ulama itu sendiri.
Ulama dan Politik : Masa Kini dan Masa Depan Ulama sebagai satu entiti yang tidak terpisah dari masyarakat lslam mesti dipertahankan. Perubahan akan terus mendepani masyarakat dan ulama tidak boleh 'lari'dari arus perubahan tetapi mesti mentakrif dan mendefinisi perubahan tersebut agar ianya sejajar dengan kehendak lslam dan sekaligus ianya sejajar dengan fitrah kehidupan manusia sendiri. Melihat kepada 'turun-naik' perjuangan pergerakan lslam yang dipimpin oleh ulama di peringkat antarabangsa, semua perhatian pada ketika irri ditujukan kepada Parti lslam SeMalaysia (PAS) yang telah diberi kemenangan oleh Allah untuk mentadbir sebahagian dari negara Malaysia. Keunikan kerajaan tadbiran PAS adalah kerana ianya dipimpin oleh ulama. Kepimpinan ulama PAS di Kelantan dan Terengganu telah memperlihatkan pendekatan yang penuh hikmah: telah memaksimakan kuasa negeri yang agak terhad, bagi mengangkat martabat Islam, dalam konteks sistem federalisme yang lebih memihak kepada kerajaan pusat. Kepimpinan ulama tidak
menyinggung sensitiviti masyarakat majmuk malah memperlihatkan sikap yang terbuka dan penoh hormat terhadap mereka. Kepimpinan ulama memainkan peranan yang sentral dalam gagasan permuafakatan politik iaitu Barisan Alternatif. Ini memberi peluang yang seluas-luasnya kepada ulama untuk menterjemahkan kecantikan sistem lslam secara praktikal dalarr~masyarakat majmuk yang sentiasa dimomokkan oleh UMNO sebagai penghalang terpenting kepada pelaksanaan hukum Islam. Dengan mengemukakan platform 'keadilan' kepimpinan ulama dapat menghakis prejudis dalam pemikiran dan tindakan masyarakat majmuk terhadap parti lslam seperti PAS. Keadilan adalah nilai yang diinginkan oleh semua kaum dan ia merupakan asas (foundation) kepada sistem lslam itu sendiri. Dari sudut gerakan dakwah golongan ulama PAS telah berjaya memperkenalkan ulama dan lslam kepada parti bukan Melayu seperti DAP yang dulunya amat prejudis terhadap PAS. Hasil dari hubungan yang rapat tembok prejudis tersebut telah semakin terhakis kalaupun tidak runtuh sepenuhnya. Dalam ha1 ini sikap yang ditunjuk oleh Lim Kit Siang, tenaga penggerak terpenting DAP amat menarik sekali. Dalam satu kertas kerjanya yang dibentang dalam forum 'Keharmonian Kaum dari Kacamata Bernegara' anjuran PAS Melaka pada 25 Jun 2000, Lim Kit Siang telah merujuk kepada tulisan-tulisan ulama seperti Rashid al-Ghannouchi, Ibn 'Aqil dan Ibn Qayim alJawziah. Ini satu kemenangan besar gerakan dakwah PAS. Lim Kit Siang juga mempunyai pandangan yang positif terhadap PAS apabila beliau mengatakan:'The Political lslam represented by PAS has nothing to do with violence, extremism or fanaticism; it is not oppressive against women and minorities; it is compatible with religious and cultural pluralism; it has respect for human rights and tolerance in general; it expouses political liberalisationand democracy'. Kesediaan PAS mutakhir ini untuk melantik AJK PAS Pusat dari kalangan orang Cina (Berita Harian, 19/6/01)membenarkan tanggapan Lim Kit Siang ini. la juga menurrjukkan kesungguhan PAS untuk mengemukakan kepimpinan alternatif berteraskan prinsip keadilan untuk semua. Kepimpianan alternatif yang hendak dikemukakan oleh PAS amat berkait rapat dengan 'kepimpinan ulama' yang diperkenalkan oleh PAS pada tahun 1983 sekaligus membebaskan dirinya dari cengkaman assabiyah. Dengan memperkenalkan slogan atau tema
'kepimpinan ulama' cara hidup kepimpinan PAS turut berubah dan perubahan cara hidup ini memperkukuhkan pemikiran atau fikrah pimpinan dan ahli-ahli PAS. Peranan ulama dalam merubah cara hidup (life style) pimpinan dan ahli PAS lebih terserlah dengan terlantiknya dua orang 'Tok Guru' sebagai Menteri Besar. Secara spesifik kedua-dua Menteri Besar PAS telah memperkenalkan cara hidup alternatif yang amat sederhana terutamanya apabila diukur dengan gaya hidup pimpinan UMNO yang mempamerkan ciri-ciri pembaziran dan feudal (atau neo-feudal). Cara hidup alternatif yang diperkenalkan oleh ulama PAS akan menyediakan tanah yang subur lahirnya budaya politik alternatif dan budaya politik alternatif akan merubah sistem politik atau dalam kata-kata Dr. Chandra Muzaffar 'they would have begun a process of transformation whose impact will be so great that Malay society and the Malaysian nation will never be the same again' (chandra Muzaffar, 1995, 5). Proses transformasi yang hebat ini yang membawa kepada perubahan dalam masyarakat Melayu dan negara Malaysia akan berlaku, insya-Allah pada tahun 2004 nanti !
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN PERLEMBAGAAN ISLAM : SATU PERBANDINGAN Syed lbrahim Syed Abdul Rahman
Mengikut pencapaian ilmu sekarang, setiap yang diakui sebagai sebuah negara yang diwujudkan tidak lcngkap kalau tidak rnempunyai perlembagaannya scndiri samada bertulis atau tidak. Perlembagaan adalah perlu samada ianya lslam atau tidak. Dengan perlembagaan boleh diketahui dan ditentukan peraturan hidup, hak-hak warganegara, sistem kehakiman, kuasa kerajaan. Badan Penggubal Undang-Undang dan berbagai-bagai lagi. Sekurang-kurangnya Perlembagaan akan mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan dan kuasa-kuasa diwujudkan diperuntukan dan dilindungi. Perlembagan Malaysia sememangnya tersedia dan sudah terpakaai sekian lama. la mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan beserta dengan kuasa-kuasa yang terdapat di dalamnya. la memenuhi kehendak ukuran moden dan bersesuaian dengan sistem demokrasi yang diamalkan. Walaupun dari bebcrapa sudut ianya boleh dikritik dan perbahasan mengenainya akan berterusan. Tetapi perlembagaan lslam pada zaman sekarang masih belum ada satu contoh yang sedang terlaksana. Selain daripada huraiannya
sebagai konsep sahaja, belum ada ijmak mengenai sesuatu Perlembagaan yang terlaksana di negara-negara umat Islam. Walaupun begitu ciri-ciri Perlembagaan lslam itu mungkin terdapat pada satu-satu Perlembagaan di negara-negara umat lslam sekarang dan mungkin berbeza ciri-ciri tersebut di antara satu sama lain. Di Malaysia sekarang nampaknya bukan isu lagi samada perlembagaan lslam atau tidak, tetapi penekanan telah berubah kepada samada Malaysia adalah sebuah negara lslam ataupun tidak. Ini telah dijadikan isu yang dipertikaikan dari sudut politik. Biasanya dalam sistem demokrasi, isu politik ditenangkan atau dimantapkan melalui menggubal undang-undang mengenai isu tersebut. Selepas itu dia tidak akan menjadi isu politik lagi. Tetapi sekarang, isu Perlembagaan Malaysia, samada lslam atau tidak, bukan lagi menjadi isu, tetapi ditekankan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Dengan meletakkan lslam sebagai agama Persekutuan dan agama Negeri, diterima sebagai asas akademik dan juga poilitik iaitu pencapaian persefahaman yang paling minima yang boleh diterima pakai oleh warganegara berbilang kaum. Oleh itu selebihnya memerlukan pengisian dan inilah hujah yang sekarang diketengahkan untuk menyakinkan masyarakat umum yang berbilang kaum. Kita tidak boleh melabelkan Perlembagaan Malaysia sebagai tidak lslam dengan hanya menuduh secara rambang kerana hujah yang perlu dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pencapaian ilmu perundangan sekarang dan perkara yang ditimbulkan hendaklah menunjukkan perbezaan nyata pada perkara pokok atau asasasasnya. Dari satu segi yang paling asas, kita boieh bercakap fasal sumber undang-undang. Perlernbagaan lslarr~meletakkan sumber undangundang ialah Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi Perlembagaan Malaysia meletakkan undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan tersebut (Perkara 4 ( 1) Mengikut amalannya, sebarang pertikaian undang-undang Perlemba.gaan,mahkamah akan mencari duluan (precedent) dimana-
mana negara yang menggunakan common law lnggeris untuk membantu membuat sesuatu keputusan. Deqgarl meletakkan bingkai persekitaran seperti yang dinyatakan di atas sahaja telah dengan sendirinya mengenepikan sumber asas lslam dan dengan itu prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah ilmu lslam terus terpinggir. Ini bererti prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah lslam telah dikeluarkan daripada gelanggaqg. Tidak berupaya hakim berugama lslam untuk merujuk kepada khazanah ilmu lslam dan dengan itu terpaksa akur dengan tafsiran :Islam dalam Perlembagaan iaitu menyentuh dan berkaitan dengan adat istiadat rasmi dalam bingkai persekutuan. Tafsiran ini sememangnya sesuai dengan sikap sekularisma yang diresmikan iaitu dalam kontek sejarah perlembagaan agama Kristian di negara-negara Barat. lslam ditafsirkan dalam kontek pengertian agama yang mereka fahami. Di antara memilih pengertian agama dan Islam, lebih baik kita memilih pengertian lslam yang sebenar dan dengan itu boleh menghapuskan pengertian resmi lslam dalam Perlembagaan Malaysia. Ini hanya boleh dibuat jika kita merasakan bahawa pengertian lslam dalam Perlembagaan adalah satu bidaah besar dan penghalang kepada seruan dakwah. Sepatutnya ini menjadi satu cabaran utama jika kita sebenar kenal halangan yang kita mampu atasi sekarang. Apa yanq dimaksudkan ialah tidak hanya menerangkan dan berdakwah mengenai pengertian lslam sebenar diluar gelanggang, tetapi memasukkan lslam dengan pengertianya yang lengkap dalam gelanggang. Ini boleh dibuat melalui pindaan perlembagaan Negeri dengan memasukkan definasi lslam dalam Perlerrlbagaan Negeri. Kelantan dan Terengganu mampu membuat pindaan tersebut. Usaha seperti ini boleh merapatkan semula jurang pemahaman di kalangan umat lslam mengenai agama yang sebilangan besar daripada mereka adalah menjadi pegawai-pegawai Kerajaan, Hakim dan Pentadbir negara. Mereka boleh berhujah sernula dengan bersandarkan Undang-undang negaralnegeri.
Persoalan kedua ialah Majlis Syura. Ada pandangan yang menyokorrg bahawa Parlimen dalam bentuk sistem demokrasi sekarang boleh dianggap sebagai Syura. Tetapi dalam kontek Perlembagaan Islam, majlis Syura adalah dianggotai oleh bilangan yang lebih kecil dianggap oleh mereka yang layak dari segi peribadi, berilmu, wibawa dan taqwa. .lika Majlis Syura ini diwujudkan, ianya adalah lebih tinggi tarafnya daripada Parlimen dan boleh menegur untuk pinda sebarang undangundang yang diluluskan oleh Parlimen dan kuasa ini mengikut kaedah sekarang adalah sebahagian daripada kuasa kehakiman. Dalam kontek lslam Majlis Syura berperanaan sebahagian daripada peranan eksekutif iaitu pembuat dasar dan sebahagian lagi berperanan sebagai peranan kehakiman iaitu rnengawasi undangundang yang dibuat oleh Parlimen. Contoh yung dilaksanakan sekarang boleh dibuat seperti di Iran. Tetapi di sana kuasa tersebut tidak diletakkan pada suatu majlis, tetapi pada Wilayatul Faqih yang dibantu oleh jawatankuasanya tersendiri. Jawatankuasa ini tidak mempunya protokol seperti dalam sistem demokrasi sekarang kerana ianya bukan sebagai organ kerajaan. Perkara ketiga ialah Al-ad1 (justice). Persoalan keadilan menyentuh dua aspek tertentu. Pertama mengenai keadilan mengikut undang-undang dan kedua ialah keadilan pemerintahan secara menyeluruh iaitu termasuk keadilan sosial dan ekonomi. Keadilan mengikut undang-undang menekan prinsip kesamarataan iaitu tidak ada pilih kasih atau latar belakang seseorang tidak menjadi perkiraan dari segi pendedahan kepada perlaksanaan tindakan undang-undang. Adil dalam pemerintahan mengikut kacamata lslam memerlukan sedikit huraian. Doktrin komunisma menyanggah sistern sosial demokratik kapitalis bertujuan untuk mengujudkan keadilan sosial. Almarhum Syed Qutb banyak menulis secara kritis mengenai sistem sosial demokratik kapitalis dan sistem komunis. Tetapi beliau tidak menganjurkan dengan jelas bagaimana struktur kerajaan perlu
diubah untuk membentuk dan mengiktiraf manusia yang berperibadi tinggi mengenai keperihatinan insaniyahnya. Perlembagaan Malaysia membentuk tiga organ pemerintahan iaitu badan eksekutif, badan kehakiman dan badan pembuat undangundang (parlimen). Strukturnya pula melibatkan dua sektor iaitu sektor awam dan sektor swasta. Dalam kontek Islam juga selain daripada dua sektor tersebut strukturnya mempunyai satu lagi sektor iaitu sektor ijtimae. Sumber ijtimae berdasarkar~kepada sunnah Rasulallah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashiddin. Maksud Firman Allah : Dan Sesungguhnya engkau adalah mempunyai akhlak yang termulia (Al-Qalam 4)
Di zaman moden ini keseluruhan tumpuan pemikiran dan pembangunan ilmu adalah bertujuan untuk memaksimakan hasil berupa matabenda. Organisasi dan struktur negara adalah juga untuk mencapai setinggi pembangunan fisikal dan mental tetapi tidak spiritual atau rohani. Dengan itu diwujudkan pasaran untuk menampung keperluan manusia yang hari demi hari bertambah dengan berlipat ganda. Organisasi pasaran akan menawarkan nilai tertentu dan bidang perniagaan akan kalut untuk menyediakan keperluan untuk pembekalan kepada permintaan tersebut. Tenaga-tenaga petugas samada sebagai pentadbir atau pengurus adalah sama-sama mengejur upah atau keuntungan yang senantiasa tidak boleh memberi kepuasan. Taraf kehidupan akan meningkat dengan meningkatnya Sara hidup serta meningkatnya juga kebanggaan diri dan status dalam masyarakat. Jika didorong oleh perasaan tamak dan haloba sedikit demi sedikit akan terjerumus dan terperangkap dalam sifat individualistik. Kebebasan begini yang memencilkan, yang dipertahankan oleh sistem sekarang bukannya sifat meriah bermasyarakat dan bersama-sama mendahulukan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi. Sumber utama untuk membetulkan semula kepincangan yang sedang berlaku sekarang dan telah menjadi satu trend, ialah merujuk semula kepada sikap Rasullallah (s.a.w) terhadap matabenda. Sikap tersebut adalah akhlak seperti dimaksudkan di dalam ayat di atas. Dari sudut ini ada dua perkara penting yang perlu difahami.
Pertama, pencapaian dan keberhasilan matabenda bukan menjadi objektif utama dan keduanya tidak dipengaruhi oleh perasaan megah atau bermewah dengan keberhasilan matabenda (seperti ghanimah). Pada hari ini ramai orang di kalangan rakyat yang berasa lebih puas dengan hasil kerja (job satisfaction) yang mereka berikan daripada semata-mata diukur dengan Sara pendapatan. Ini berlaku di kalangan profesional, ahli-ahli sains pakar dan juga pentadbir dan pengurus. Ganjaran yang mereka dapat cukup untuk menarrlpurlg keperluan hidup berkeluarga, selainnya mereka mengharapkan pengiktirafan. Kalau kita mengambil kehidupan Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashidin sebagai contoh yang paling eksterim, ia boleh dijadikan sebagai ukuran akhlak standard terhadap kemampuan menguasai matabenda tetapi menjalani hidup yang bertenaga dengan kemampuan tersebut. Satu pemaparan yang agak aneh sekarang tetapi inilah akhlak Islam dan ini juga menjadi sumber dan lambang kepada punca keadilan sosial yang hendak dibina di abad ini dan akan datang. Sumbangan khidmat dari pengorbanan yang diberikan tidak mengharapkan habuan matabenda atau nilai pasaran tetapi sematamata kerana Allah. Kita tahu bahawa sebahagian besar daripada masyarakat sememangnya bergantung kepada keperihatinan belas kasihan daripada segolongan besar juga daripada golongan masyarakat. Tatapi keadaan sebenar seperti ini tidak diambil ha1 oleh sistem yang berkuasa sekarang kerana penekanannya kepada sistem nilai matabcnda. Dengan itu segala sifat keperihatinan belas kasihan sesama manusia tidak diambil kira. Dengan erti kata lain sistem demokratik kapitalis tidak mengiktiraf dan memberi ganjaran sewajarnya kepada sumbangan khidmat sukarela dalam struktur pemerintahan. Oleh itu keadilan dalam pemerintahan sudah tentu tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Mereka yang mempunyai sifat tamak haloba, berkepentingan diri dan pandai gelecek akan cepat jadi kaya
dan dengan kekayaan boleh mendapat kedudukan dan pengiktirafan. Harta kekayaan juga akan berkisar di kalangan yang berpunya. Perlembagaan lslam akan memasukkan sektor ijtimae sebagai salah satu daripada sektor teratas daripada dua sektor lain. Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara tertentu bagi menggalakkan lagi golongan masyarakat yang bekerja untuk kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri. Mereka tersebut boleh bergiat di dalam kedua sektor lain seperti sebagai pentadbir atau pengurus atau sebagai ahli perniagaan tetapi senantiasa mendahulukan kepentingan masyarakat dan kerajaan membantu mereka untuk berjaya. Mereka juga akan diberikan penghargaan dan protokol tertentu sebagai sanjungan kepada khidmat bakti dan pengorbanan mereka. Dengan cara ini sahaja masalah kepincangan sistem sosial yang berlaku sekarang dapat diatasi kerana dari satu aspek penting sememangnya sistem tidak dapat menentukan kejayaan, tetapi yang boleh menentukan kejayaannya ialah kewibawaan manusia sendiri dan dengan itu berlakunya keadilan sosial akan lebih terjamin. Dari satu sudut lain, sistem nilai yang berlaku sekarang akan berubah kepada lebih perihatin dan sebenarnya penyayang. Perkara keempat ialah kebebasan beragama. Di antara perkara penting di dalam Perlembagaan Madinah ialah memantapkan hakhak beragama kepada orang-orang bukan Islam. Walaupun Perlembagaan Malaysia meletakkan lslam sebagai agama Persekutuan ianya bersyarat iaitu agama-agama lain bebas untuk diamalkan {Perkara 3(i)). Di dalam lslam hak dan kebebasan beragamaadalah dijamin malah sememangnya ada persamaan, tetapi jaminan itu menjadi lebih kukuh kerana ianya dihubungkait dengan aqidah seorang Muslim dan dengan itu menjadi tanggungjawab negara lslam untuk menjaga kebebasan tersebut. Perkara kelima ialah sistem demokrasi. Ada beberapa lagi aspek yang perlu disentuh untuk menunjukkan perbezaan di antara Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan lslam tetapi yang pentingnya adakah sistem demokrasi dalam Perlembagaan Islam? Persoalan masih belum diselesaikan secara ilmiah. Sistem demokrasi telahpun diterima dan setakat ini tidak ada kritikan jelas oleh para
ulamak yang mungkin meyakinkan kita bahawa sistem pengundian ini tidak bertentangan dengan Islam. Oleh itu kalau lslam menerima sistem demokrasi dan lslam juga menjamin hak beragama kepada yang bukan Islam, perbezaan hanya tinggal pada kandungan kepada sebahagian daripada undang-undang hak, kebebasan wanita yang dilihat daripada kacamata berbeza dan sistem ekonomi.
Rumusan Berdasarkan kepada kajian-kajian seperti di atas, untuk mengubah surr~berrujukan perundangan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, mengwujudkan Majlis Syura adalah satu perkara yang memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia yang mana proses tersebut memerlukan pengundian dua pertiga ahli Parlimen. Jika perubahan tersebut dibuat pada peringkat Perlembagaan Negeri, ini sudah tentu bercanggah dengan peruntukan Artikel 4(i) Perlembagaan Persekutuan dan akan mengundang padah kerana Perlembagaan Negeri berkenaan boleh digantung. Oleh itu dicadangkan langkah pertama ialah membetulkan persepsi lslam dalam perlembagaan Negeri dulu dan ini tidak ada alasan bagi Kerajaan Pusat untuk campurtangan dan dari segi politiknya akan memberi jarak politik yang baik kepada parti Islam. Jika parti lslam mampu pula berkuasa di peringkat pusat tetapi tidak dua pertiga majoriti, kaedah yang sama boleh digunakan untuk menguatkuasakan pengertian lslam melalui Undang-UndangTafsiran. Pindaan kepada Undang-Undang Tafsiran boleh dibuat melalui majoriti biasa. Walaupun ianya bukan undang-undang perlembagaan, tetapi ianya adalah undang-undang juga. Cadangan ini tidak langsung menyentuh hak dan kebebasan orang-orang bukan lslam seperti yang sedia terjamin dalam perlembagaan sekarang.