TUGASAN SEMESTER MEI 2018
KOD KURSUS
EMM 413
NAMA KURSUS
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
PROGRAM
SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR
NG TING TING
NO. MATRIK
E30201170024 E30201170024
NAMA FASILITATOR AKADEMIK
ENCIK SAHARUDDIN KAMARUDDIN
PUSAT PEMBELAJARAN
SANDAKAN
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN
PENDAHULUAN PENGHARGAAN 01.0 Pengenalan Objektif Kajian
MUKA SURAT
i ii 1
02.0 Artikel “Kemahiran Menulis: Peningkatan Kemahiran Dalam Kalangan PelajarMelalui Program Tinta Emas” oleh Zaleha Ahmad. 02.1 Tujuan dan Rasional Kajian 02.2 Dapatan Kajian
2 3
02.3 Implikasi Kajiam Kepada Pengajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Rumusan BAHAGIAN B 03.0 “Ketidakupayaan murid untuk mengolah isi kandungan dan menggunakan teknik penulisan yang baik merupakan cabaran yang dialami oleh guru-guru guru-guru Bahasa Melayu.” 03.1 Definisi Konsep Teknik Penulisan
6 10
11
03.2 Cabaran Guru-guru Bahasa Melayu Menggunakan Teknik Penulisan Untuk Mengajar Murid Mengolah Isi Karangan Rumusan
12 15
BAHAGIAN C 04.0 Pendekatan Pengajaran Menulis (Tatabahasa) 04.1 Rancangan Pengajaran Harian dengan menggunakan pendekatan Rumusan / Refleksi
16 21
Rujukan
24
Lampiran
25
PENDAHULUAN
Sekian kalinya, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana mengizinkan saya untuk menyiapkan tugasan yang bertajuk "Pengajaran Kemahiran Dalam Bahasa Melayu" ini. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Pensyarah EMM 413 saya, Encik Saharuddin Kamaruddin serta rakan-rakan yang turut membantu dalam menjayakan penghasilan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa tersayang yang bertungkus-lumus bekerja untuk membiayai pembelajaran saya.
Tujuan saya membuat assignment ini adalah untuk menerangkan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu. Mereka bukan sahaja mahir mendengar dan bertutur, membaca, dan menaakul Bahasa Mel ayu, malahan kemahiran Bahasa Melayu juga dikuasai oleh para murid.
Di dalam assignment saya terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan tentang kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu tetapi saya tetap semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini, dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca.
Sekian terima kasih.
i
PENGHARGAAN
Saya berterima kasih kepada tuhan yang memberikan masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn. Nurlila Abd Wahab kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dorongan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap saya. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya bertanya kepada mereka.
Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala bantuan dan pengorbanan mereka akan saya abadikan dalam ingatan.
Sekian, terima kasih
ii
BAHAGIAN A 01.0 Pengenalan Objektif Kajian
Arus globalisasi dan modernisasi kini telah mengubah hakikat berkomunikasi dan berbahasa di seluruh pelosok dunia. Globalisasi dan modernisasi merupakan fenomena global yang tidak dapat dielakkan. Hakikatnya, ini telah telah mencetuskan pelbagai cabaran baharu terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah khususnya dalam pengajaran kemahiran menulis. Profil pelajar yang lebih rencam, kurang pendedahan terhadap bahan bacaan Melayu, keterbatasan penguasaan kosa kata, kurang penekanan terhadap penggunaan Bahasa Melayu di rumah merupakan contoh-contoh cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah. Melalui tinjauan yang dilakukan oleh guru-guru, faktorfaktor ini bukan sahaja mempengaruhi motivasi malahan kelakonan pelajar di dalam bilik darjah. Olehkerana itu, pihak sekolah harus bijak melakarkan strategi-strategi tertentu yang bersesuaian dengan keperluan pelajar bagi membolehkan pelajar untuk menguasai empat teras kemahiran yang disasarkan oleh pihak kementerian. Selain daripada itu usaha jitu juga harus diambil untuk meningkatkan penguasaan berbahasa di kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang lebih bermakna.
Program Penulisan Tinta Emas dihasilkan untuk membina kemahiran menulis di kalangan pelajar melalui mekanisme pengajaran karangan secara berpandu. Pelajar pelajar diberi pendedahan pada aspek-apek penulisan seperti struktur penulisan dan retorika bahasa di dalam karangan secara progresif. Di dalam program ini juga pelajar bukan diajar proses untuk mengedit dan menyerlahkan isi karangan malahan diberi pendedahan kepada asas retorik dan gaya bahasa secara langsung seperti penggunaan bahasa berbunga, metafora, simili, bandingan semacam dan hiperbola yang diharap dapat meningkatkan mutu karangan pelajar secara menyeluruh.
1
Melalui program ini, secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk menghasilkan karangan yang bermutu dari segi kepadatan isi dan juga menggunakan gaya bahasa yang menarik.
02.0 Artikel “Kemahiran Menulis: Peningkatan Kemahiran Dalam Kalangan PelajarMelalui Program Tinta Emas” oleh Zaleha Ahmad.
02.01 Tujuan dan Rasional Kajian
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu perkara dalam sesuatu bentuk karangan tertentu seperti laporan, autobiografi, cereka, e-mel mahupun surat kiriman.
Untuk menghasilkan pelbagai bentuk karangan secara berkesan, pelajar bukan sahaja harus diajar tentang struktur karangan se cara mekanis malahan juga didedahkan kepada kemahiran menulis yang lebih rinci seperti kemahiran berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
Sejajar dengan objektif hasil pembelajaran kemahiran menulis bagi Darjah Empat dan Enam maka kajian ini bertujuan untuk:
1. Menambah baik kaedah pengajaran kemahiran menulis yang dijalankan di bilik darjah.
2. Memberi pengalaman menulis secara konstruktif dan membina sikap positif terhadap penulisan serta menggalakkan pelibatan pelajar secara aktif semasa kelas penulisan dijalankan 2
3. Membantu pelajar untuk melahirkan idea dengan menggunakan gaya bahasa yang menarik.
4. Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul
Pihak jabatan berpendapat bahawa pendekatan terhadap pengajaran kemahiran mengarang harus dilakukan secara terancang untuk memastikan objektif pembelajaran bagi kemahiran menulis ( penulisan prosa ) dapat dicapai. Dari sudut pelajar pula, program penulisan secara bertahap ini diharap akan dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk menghasilkan karangan yang bermutu dari segi pengisian serta estetika bahasa. Ia juga secara tidak langsung akan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran asas penulisan yang dapat digunakan untuk menangani tugasan penulisan yang lebih mencabar di sekolah menengah.
02.02 Dapatan Kajian
Hasil dapatan praujian menunjukkan bahawa daripada 39 pelaja r, 7.7% mendapat Band Cemerlang dan 25.7% mendapat Band Baik. Terdapat juga se gelintir pelajar yang gagal di dalam ujian ini, iaitu sebanyak 7.7%.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan markah purata antara sebelum dan selepas intervensi iaitu sebanyak +17% bagi Band Cemerlang. Perkembangan paling ketara ialah bagi Band Baik iaitu perbezaan sebanyak +22%. Bilangan pelajar yang didalam tahap lemah juga dapat dikurang pada -5%. Secara purata , ini menunjukkan ada peningkatan dalam markah karangan pelajar. Sila rujuk Rajah 1.
3
Rajah 1: Peningkatan Markah Karangan
Analisis secara rinci mengikut kohort pelajar juga menunjukkan trend yang positif. Sila rujuk Rajah 2
Rajah 2: Perbandingan Markah K arangan
4
Penggunaan pendekatan proses penulisan dan pedagogi yang pelbagai dalam pengajaran karangan telah mampu merangsang pelajar untuk mencetuskan idea dan melahirkan kosa kata yang bermutu serta menambah keupayaan pelajar untuk menggunakan teknik penulisan dengan baik. Pengajaran teknik penulisan secara bertahap dan berstruktur juga membolehkan pelajar untuk menggarap teknik-teknik penulisan khusus dengan lebih berkesan. Kesannya pelajar lebih yakin untuk menghasilkan suatu produk penulisan secara individu.
Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian guru, dapatan kajian menunjukkan prestasi pelajar yang lebih baik berbanding sebelum Pakej Tinta Emas ini diperkenalkan kepada pelajar. Pelajar yang agak lemah kini berupaya untuk menjana isi karangan yang relevan dan memastikan perkaitan idea di antara perenggan lebih koheren. Selain daripada
itu,
pelajar
juga
mempamerkan
sikap
yang
lebih
positif
untuk
mengetengahkan sekurang-kurangnya dua atau tiga teknik penulisan di dalam penulisan. Pelajar cemerlang pula menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan dari segi pengolahan jalan cerita, kepaduan isi dan menggunaan ayat-ayat yang gramatis yang diselitkan dengan unsur retorika bahasa.
Melalui pengamatan guru-guru pula, projek ini telah berjaya meningkatkan motivasi pelajar terhadap penulisan karangan bentuk naratif dan deskriptif. Hasil dapatan analisis pencapapaian tugasan individu pelajar menunjukkan trend yang positif terhadap tahap keupayaan pelajar dalam menyerapkan teknik-teknik penulisan ke dalam karangan.
5
Dapatan daripada maklum balas guru juga menunjukkan trend yang positif. Justeru, pengajaran kemahiran mengarang melalui pendekatan proses bukan sahaja telah berjaya mengubah persepsi guru malahan ia juga dapat memupuk ketrampilan guru di dalam bilik darjah. Guru-guru kini lebih yakin dan dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan disebabkan adanya bahan pengajaran yang terancang( sumber multimedia, slaid pengajaran, lembaran kerja ) dan sumber rujukan untuk kegunaan guru.
Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman guru tentang pendekatan proses dalam pengajaran penulisan amatlah penting kerana ia akan memungkinkan perubahan dalam bentuk pengajaran guru. Dengan itu, langkah pertama yang dapat dilaksanakan ialah memberi pengetahuan dan kesedaran kepada bakal guru tentang potensi pendekatan proses dalam pengajaran penulisan. Pemahaman guru yang kukuh tentang konsep proses mengarang akan dapat membantu guru membentuk rasional dan pengkonsepan rangka kerja pengajaran yang bersandarkan sifat proses.
02.3 Implikasi Kajian Kepada Pengajaran Bahasa Melayu Di Sekolah
Hasil daripada dapatan kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa implikasi telah dikenal pasti. Implikasi-implikasi ini dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal kanak-kanak dan implikasi terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak.
6
Peringkat awal kanak-kanak biasanya bermula sekitar umur 6 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak perlahan jika berbanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Hasil kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada perkembangan kanak-kanak lelaki.
Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal sekitar umur 6 hingga 7 tahun ini, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanakkanak tetapi hanya setakat mana yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Di samping itu, kanakkanak pada tahap ini akan berkembang pada tahap berbeza. Kanak-kanak juga agar aktif pada peringkat ini. Maka, guru harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari dan mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.
Manakala, implikasi terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat awal ialah mereka harus diberikan peluang untuk melakukan ‘hands-on’ terhadap sesuatu kemahiran. Jika mereka diberikan peluang ini, keyakinan mereka akan dapat dipertingkatkan dan mereka juga mampu untuk berdikari dengan kemahiran yang mereka kuasai. Seterusnya, guru harus menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Selain dalam lingkungan bilik darjah atau taska, guru perlu membawa muridmurid untuk merasa pengalaman di luar bilik darjah. Hasil dapatan kajian, kanak-kanak pada peringkat ini mudah untuk mengingati setiap peristiwa yang mereka alami dan lalui, jika pengenalan flora dan fauna diberikan kepada mereka, ingatan dan fikiran mereka akan kaya dengan pengalaman yang diberikan oleh guru yang terbabit.
7
Hasil dapatan kajian perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun pula berbeza kerana pada peringkat ini, kadar pertumbuhan kanakkanak stabil dan tidak pesat. Pada umumnya kanak-kanak berupaya untuk fokus kepada aktiviti yang diberikan kepada mereka. Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun iaitu guru harus mengajar kanakkanak bermain alat muzik seperti piano atau biola dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah permainan lasak s eperti permainan di padang. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyesuaian.
Manakala, implikasi terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat kedua pula ialah kanak-kanak harus diajar dengan menggunakan bahan yang konkrit terutama untuk belajar kemahiran baru. Bahan-bahan konkrit ini mestilah mempunyai ciri-ciri yang boleh menarik perhatian mereka. Sebagai contoh, modelmodel tiga dimensi 3D seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses ini ialah kanak-kanak harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objekobjek yang diajar. Sebagai contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.
Peringkat awal remaja ialah 11 hingga 12 tahun, hasil dapatan kajian menunjukkan kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa tetapi remaja perempuan cepat mencapai akil baligh berbanding dengan remaja lelaki. Akil baligh menandakan kematangan daripada segi seksual. Maka implikasi terhadap perkembangan fizikal iaitu guru digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem
8
pembiakan agar remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka, serta guru juga perlu menyediakan ruang pertanyaan untuk mereka tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat.
Seterusnya, guru juga boleh menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya tahan. Oleh sebab remaja pada peringkat ini lebih sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat terutama dari segi pemakanan, senaman dan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti merokok dan mengambil dadah.
Manakala, implikasi terhadap teori perkembangan kognitif pada peringkat awal remaja ialah remaja boleh menggunakan bahan konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Sebagai contoh, penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.
Selain itu, guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis. Dengan pendedahan yang diberikan pada peringkat sebelum ini, guru perlu memberi lebih banyak peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri. Guru juga perlu menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Semasa pengajaran berlaku di dalam kelas, guru boleh menyuruh pelajar untuk meneroka dan mengkaji sendiri konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta. Setelah i tu, guru harus menerima pendapat yang diberikan oleh pelajar serta guru perlu membimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain.
Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang lebih menarik dan mudah difahami. 9
Rumusan
Pengetahuan terhadap gaya pembelajaran amatlah penting dan guru hendaklah memahami gaya pembelajaran setiap murid dalam kelas. Hal ini kerana, dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang di sampaikan. Selain itu, juga dapat membantu guru menjadi lebih sensitive terhadap perbezaan setiap murid di sekolah.
Selain itu, gaya pembelajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai bagi murid-murid. Selepas guru memahami gaya pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang dirancang juga sepadan dengan gaya pembelajaran murid. Dengan ini juga dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Oleh itu, selepas mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berfungsi secara efektif.
Selain itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat pencapaian Bahasa Mela yu yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid yang hanya mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran. Hal ini kerana, murid yang lebih gaya pembelajaran lebih fleksibel serta boleh ubah dan tidak terikat dengan gaya pembelajaran yang tertentu sahaja.
10
Gaya pembelajaran lelaki dan perempuan adalah tidak sama atau berbeza, kerana murid lelaki lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar seperti gaya pembelajaran gaya global yang sukakan tempat yang suram dan kedudukan yang tidak formal manakala murid perempuan sukakan pembelajaran gaya analitikal yang sukakan persekitaran yang terang dan kedudukan yang formal. Jadi, guru hendaklah mengambil berat terhadap keperluan-keperluan setiap murid dalam kelas.
03.0 “Ketidakupayaan murid untuk mengolah isi kandungan dan menggunakan teknik penulisan yang baik merupakan cabaran yang dialami oleh guru-guru Bahasa Melayu.”
03.1 Definisi Konsep Teknik Penulisan
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam s enarai kernahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca.
Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun adakalanya panjang, adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak.
11
Takrif lain menyebutkan menulis sebagai kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai bentuk perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata pelajaran lain.
03.2 Cabaran Guru-guru Bahasa Melayu Menggunakan Teknik Penulisan Untuk Mengajar Murid Mengolah Isi Karangan
Kemahiran menulis adalah salah satu aspek asas yang ditekankan dalam subjek pembelajaran bahasa. Kemahiran ini perlu dilatih dari tahap pembelajaran yang paling rendah lagi tidak kira secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran kemahiran menulis merangkumi 4 tahap utama iaitu contengan, pratulisan, tulisan mekanis dan tulisan mentalis. Setiap tahap ini mempunyai cabaran masing-masing untuk guru mengajarnya. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya termasuklah dari segi guru, murid, ibu bapa dan utiliti yang dibekalkan.
12
Sebagai seorang guru, saya mengakui saya mempunyai beberapa kelemahan untuk mengajar kemahiran tulisan. Pertama, cabaran dari segi pendagogi. Walaupun saya telah lebih dari 20 tahun mengajar Bahasa Melayu, tetapi saya dapat merasakan bahawa pengalaman sedia ada sahaja kurang membantu. Perkara ini berlaku kerana semakin hari semakin banyak elemen baru yang diperkenalkan untuk mengajar kemahiran tulisan.
Kedua, kurangnya kemahiran ICT. Dalam era modani ini,
kepantasan penyebaran informasi melalui media elektronik memang sangat membantu. Tetapi, saya kurang mahir untuk mengekstrak maklumat dari bahan-bahan maya ini jika tanpa bantuan seseorang yang lebih pakar. Ketiga, kekangan masa. Pembelajaran Bahasa Melayu tidak tersekang hanya kepada kemahiran menulis sahaja, tetapi merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Maka, peruntukan masa yang diberikan perlulah dibahagikan secara efektif supaya murid dapat menguasai semua kemahiran yang dinyatakan seoptimum mungkin.
Murid adalah pelanggan guru dan pihak sekolah. Tetapi tidak sepert i urusan jual beli di pasar raya yang menggunakan slogan ‘Customer always right’ di sekolah kita perlu menjadi lebih demokrasi. Kita harus sedar, sebagai manusia, murid kita pasti mempunyai ciri perbezaan individu antara satu sama lain. Ada antara muri d yang cergas pemikirannya dan ada juga yang sebaliknya. Maka, perbezaan ini perlu dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pengajaran dijalankan. Guru perlu bijak menstandardkan teknik dan strategi mengikut tahap murid yang sedang diajarnya. Aplikasi kaedah yang tepat dapat membantu meningkatkan tahap fokus murid di samping menyuburkan minat mereka untuk belajar kemahiran menulis. Contohnya seperti konsep belajar sambil bermain bagi kanak-kanak yang masih tiada kesediaan untuk ke sekolah (school readiness).
13
Kualiti masa yang dihabiskan di sekolah belum tentu memadai untuk murid menguasai kemahiran menulis. Oleh itu, ibu bapa serta penjaga perlu memberi kerjasama kepada pihak guru. Sebenarnya, guru yang empati akan cuba membantu muridnya untuk menguasai kemahiran yang diajar dengan pelbagai cara. Salah satu cara tradisi guru di Malaysia ialah dengan memberi murid kerja rumah. Kerja rumah sebenarnya satu bentuk latihan pengayaan atau pemantapan penguasaan murid t erhadap sesuatu yang telah diajarkan. Tugas ibu bapa di sini ialah memantau anak jagaan mereka membuat kerja rumah tersebut. Dari segi kemahiran menulis terutamanya peringkat asas teknik menulis huruf dengan betul, saya kurang menggalakkan ibu bapa atau penjaga mengajar anak jagaan mereka. Hal ini kerana wujud situasi salah teknik menulis huruf yang salah dikalangan murid yang sudah belajar menulis huruf di rumah. Perkara ini memang nampak remeh tetapi memberi impak yang agak besar dari teknik menulis murid hingga ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya adalah dari segi kemudahan utiliti yang ada. Utiliti dan fasiliti sekolah yang tidak lengkap sebenarnya sedikit sebanyak menggangu proses pengajaran kemahiran menulis. Contohnya untuk pengajaran teknik menulis huruf menggunakan VCD bekalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada murid prasekolah atau tahun 1. Seandainya guru terpaksa menggunakan komputer riba seba gai skrin tayangan untuk murid berkapasiti lebih 10 orang pastinya sesi pengajaran te rsebut menjadi tidak kondusif. Selain itu, timbul juga isu bahan kurang menarik atau tidak sesuai dengan standard murid. Misalnya, bekalan buku asas menulis yang mengandungi tulisan berangkai bagi murid prasekolah. Perkara ini memang tidak relevan kerana murid prasekolah majoritinya masih belum berkembang dari segi motor halusnya untuk menulis tulisan berangkai.
14
Rumusan
Kesimpulannya, cabaran mengajar kemahiran menulis di sekolah adalah sangat banyak mengikut tahap murid yang sedang kita ajar. Apa yang penting sebenarnya ialah semua pihak perlu berfikir secara logik dan proaktif dalam mengatasi setiap cabaran semasa mengajar kemahiran ini. Tabiat suka menunding jari dan pasif perlu dielakkan kerana impaknya lebih banyak negatif dari positif. Sebaliknya, ambillah langkah proaktif seperti berdiskusi antara satu sama lain bagi menghadapi apa jua cabaran. Sesungguhnya cara ini adalah lebih afdal dan memberi manfaat untuk setiap pihak yang terlibat.
15
BAHAGIAN C
04.0 Pendekatan Pengajaran Menulis (Tatabahasa)
04.1 Rancangan Pengajaran Harian dengan menggunakan pendekatan kumpulan
Subjek : Bahasa Malaysia Masa : 11.30am -12.30pm Tarikh : 18.07.2018 (Rabu) Kelas : 4A Bilangan murid : 28 Aspek : Kemahiran Tatabahasa : Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas Tema : (6) Warisan Kita Tajuk : Unit 18 – Telur Ayam Standard : 5.2 Kandungan
Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
Standard : 5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk rangkai Pembelajaran
kata bebas dalam pelbagai situasi dengan betul.
Objektif : Pada akhir PdP, murid dapat Pembelajaran
i. membina sekurang-kurangnya 3 ayat dengan menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas yang terdapat dalam teks dengan betul. ii. membaca dan melengkapkan ayat dengan kata majmuk rangkai kata bebas.
Pengisian : Ilmu : Pendidikan Moral Kurikulum Nilai Murni : Toleransi, hormat, bekerjasama EMK : Memahami, Kreativiti dan Inovasi KBT : Memahami,
16
I-Think : Peta Buih Elemen PAK21 : Sistem Bahasa :
Team Project , Kad Trafik i. ii.
Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas Ayat Tunggal , Ayat Majmuk
BBM : Kit alat tulis, Lembaran Kerja, Kertas Warna Penilaian : Murid dapat membina sekurang-kurangnya 3 ayat menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas yang terdapat dalam teks dengan betul. Refleksi
: 20 orang murid dapat membina ayat menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas dengan betul, 8 orang murid diberi bimbingan khas oleh guru.
17
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKA H/MASA
ISI PELAJARAN
Set Induksi : ±5 minit
1. Mempertunjuk kan ayat yang perlu dilengkapkan dengan kata majmuk.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGISIAN KURIKULUM
1. Murid melihat dan membaca perkataan-perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
Nilai : Hormat
2. Murid dibimbing untuk mencantumkan perkataan perkataan menjadi kata majmuk.
EMK : Memahami Kemahiran : Membaca
3. Guru memperkenalkan tajuk 2. pengajaran hari ini, iaitu Kata Memperkenalk Majmuk Rangkai Kata Bebas. an tajuk pengajaran ‘Kata Majmuk Rangkai Bebas’. Langkah 1: ±15 minit
1. Penerangan kata majmuk rangkai kata bebas. (peta buih: menunjuk 5 kata majmuk rangkai kata bebas) 2. Baca petikan teks. 3.Melengkapk an ayat dengan kata majmuk rangkai kata bebas. 4. Membina ayat.
1. Guru menerangkan kata majmuk rangkai kata bebas kepada murid-murid. Murid memahami penggunaan kata majmuk rangkai kata bebas. (Penggunaan kad trafik untuk mengesan kefahaman murid terhadap penerangan guru.) 2. Murid membaca petikan “Telur Ayam” yang terdapat dalam buku teks muka surat 83 dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Murid mencari dan menyebut kata majmuk rangkai kata bebas dalam petikan yang dibaca.
Ilmu: Pendidikan Alam Sekitar Nilai : Toleransi KBT : Memahami Kemahiran : Mendengar dan Bertutur I-Think : Peta Buih PAK21: Kad trafik
4. Murid diminta untuk menyenaraikan kata majmuk rangkai kata bebas yang terdapat dalam petikan teks pada papan putih di depan kelas. 5. Murid diminta menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas yang tertulis pada papan putih untuk membina ayat secara lisan 18
LANGKA H/MASA Langkah 2: ±7 minit
ISI PELAJARAN 1. Membentuk Kumpulan.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Murid dibahagikan dalam 4 kumpulan.
2. Aktiviti 2. Guru menerangkan cara ‘Team Project ’ pelaksanaan aktiviti ‘Team Project ’ kepada murid. 3. Setiap kumpulan diberikan masa selama 3 minit untuk membuat perbincangan. Setiap ahli kumpulan bekerjasama memberikan sumbangan menamakan kumpulan dan membentuk pasukan sorak (team cheers).
PENGISIAN KURIKULUM Nilai : Bekerjasama
EMK : Kreativiti dan Inovasi PAK21: Team Project
4. Setiap kumpulan dijemput untuk membentangkan nama kumpulan dan “Team Cheers” mereka masing-masing. 5. Kumpulan yang dapat melengkapkan tugasan yang diberikan akan diberi markah.
Langkah 3: ±20 minit
1. Aktiviti Cipta dan Jawab.
1. Setiap kumpulan diarahkan untuk mencipta 2 kata majmuk rangkai kata bebas lalu dibina ayat oleh tiga kumpulan yang lain. Ayat perlu ditulis dengan jelas pada kertas yang disediakan. Had masanya 10 minit. (Ayat yang disediakan mesti mempunyai jawapan yang betul.) 2. Ayat yang tersedia (untuk dibina oleh ketiga-tiga kumpulan yang melawat) perlu dilekatkan pada dinding secara mendatar.
Nilai : Bekerjasama EMK : Kreativiti dan Inovasi Kemahiran : Mendengar dan Bertutur BBM : 4 kit alat tulis (untuk setiap kumpul an) PAK21: Cipta dan Jawab 19
3. Selepas 10 minit, ahli-ahli kumpulan perlu berbaris dalam bentuk ‘kereta api’ (meletakkan tangan di atas bahu rakan) dan bergerak ke setiap stesen kumpulan lain untuk membina ayat yang disediakan. 4. Masa 10 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk melawat ke kumpulan lain bagi membina ayat yang disediakan. Kumpulan yang dapat membina ayat yang diberikan akan diberi markah. 5. Setelah selesai membina ayat, setiap kumpulan menyemak jawapan yang diberikan oleh kumpulan lain. 6. Guru memerhati dan membuat penilaian sepanjang aktiviti dijalankan. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi adalah pemenang bagi aktiviti tersebut Lankah 4: ±10 minit
Penutup: ±3 minit
1. Lembaran kerja 2. Perbincangan jawapan lembaran kerja
1. Murid diberikan lembaran kerja daripada guru.
1. Mengimbas kembali isi pelajaran.
1. Guru merumuskan pengajaran Nilai : dengan memberikan beberapa Bekerjsama perkataan untuk murid membina kata majmuk rangkai kata bebas. KBT : Memahami, 2. Murid dapat membina kata majmuk rangkai kata bebas dengan perkataan-perkataan yang diberikan oleh guru.
2. Murid dan guru berbincang untuk menyemak jawapan pada lembaran kerja.
KBT : Memahami, bekerjasama BBM : Lembaran kerja
20
Rumusan / Refleksi
Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba mempercayai bahawa pelajar membuat generalisasi hanya setelah maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Taba adalah lebih dikenali dengan model pengajarannya yang melibatkan pemikiran induktif. Menurut beliau, dengan menggunakan pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu menyelesaikan masalah dengan jayanya. Strategi induktif ini mengalir dalam proses kognitif dan memerlukan pelajar menggunakan teknik soalan-soalan ringkas (Hilda Taba, 1962). Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Seperti dalam pendekatan induktif, ia juga menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu ‘subjek matter’, pendekatan deduktif melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau diberi maklumat tertentu sebelum mereka diminta melakukan penganalisisan bahan yang hendak dipelajari itu. Kaedah ini menjadi pilihan, kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat melatih mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat berinteraksi dengan pelajar pandai. Selain itu mereka dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan bergaul dengan pelajar yang pelbagai latar belakang.
21
Pendekatan Induktif Pendekatan Induktif memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep ataupun benda. Ianya mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan dibuat generelisasi daripadanya. Pendekatan Induktif ini juga tidak digalakan memberi definisi penerangan dan kandungan pelajaran dan ianya lebih mengutamakan mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh serta kesimpulan diberikan kemudian.
Konsep Induktif Antara Konsep Induktif ialah:1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan “hukum” . 2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman. 3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu. 4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran. 5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum. 6. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan. 7. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan pengetahuan. 8. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai sesuatu kemahiran. 9. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit. 10. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru. 11. Menekankan penglibtan murid secara aktif. 12. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan. 13. Banyak menekankan aspek lisan.
22
Kelebihan Pendekatan Induktif
Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus. Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar. Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaranakan menjadi lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka
Kelemahan Pendekatan Induktif
Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga dengan pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya, penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan.
23
Rujukan
1. Donn Byrne. 1988. Teaching Writing Skills : Longman Handbooks for Language Teachers. London. Longman Publishing Group
2. EMIG, J. 1971. The composing process of twelfth graders (Research report no. 13). Urbana, Ilinois: NCTE.
3. Flower, L.S. and J.R. Hayes. 1988. A cognitive process theory of writing. In The WritingTeacher's Sourcebook, ed. G. Tate and E.PJ.Corbett, 2nd edition. p.92-102. New York: Oxford University Press.
4. Flower, L.S. and J.R. Hayes.. The dynamics of composing: making plans and juggling constraints. In Cognitive Processes in Writing, ed. L.W. Gregg and E.R. Steinberg, p. 31-50. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum.
5. Mooney C Garhart (2000). Theories of Childhood: An Introduction to Davey, Montessori, Erikson, Piaget and Vygotsky. Minnosota: Redleaf Press. 6. http://karyafarhana.blogspot.com/2015/04/implikasi-dapatan-kajian-kepada proses.html 7. http://pulautalang.blogspot.com/2011/05/sekolah-vernakular-dan-implikasi.html 8. https://www.scribd.com/doc/183819311/Pelbagai-masalah-yang-sering-dihadapioleh-guru-dalam-pengajaran-penulisan-bahasa-Melayu-doc 9. https://www.scribd.com/doc/236439450/Esei-Cabaran-Mengajar-KemahiranMenulis?doc_id=236439450&download=true&order=448637172 24
Lampiran
25
Nama: _______________________________ (
)
Kelas : 4A
Bina Ayat dengan kata majmuk rangkai kata bebas (dalam kumpulan)
1. jam tangan: _________________________________________________________ _________________________________________________________
2. buku cerita: _________________________________________________________
____________________________________________________________________
3. kacang tanah: _______________________________________________________ _______________________________________________________
4. pusat sumber: _______________________________________________________ _______________________________________________________
5. papan kenyataan: ____________________________________________________ ____________________________________________________
26
1.0 PENGENALAN 5555555
Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsann (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi