Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rashid Ahmad) Pengenalan Cerpen pertama dalam antologi 'Sejadah Rindu' ini ditulis oleh Zainal Rashid bin Ahmad, 48, pengurus besar kanan stesen televisyen al-Hijrah. Judul cerpen yang digunakan menarik perhatian pembaca tentang apakah atau siapakah cinta sebenar pemuda bernama Ahmad Mutawakkil itu.
Tema Kegigihan seorang pemuda yang menghadapi cabaran dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
Sinopsis Ahmad Mutawakkil merupakan anak angkat Imam Ngah Deraman setelah kematian bapanya Wak Sadir, menghembuskan nafas terakhir di surau dalam ribaan ayah angkatnya itu. Dia membayar harga perjuangannya menentang penjajah Inggeris dan juga komunis. Peristiwa itu terjadi pada bulan Ogos tahun 1953. Sebelum kedatangan Jepun, Ahmad Mutawakkil menumpang banglo Tuan Booth, serta berpeluang belajar membaca dan menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung. Dua tahun kemudian, Ahmad Mutawakkil menjadi pemimpin muda parti Pekembar daerah, pimpinan Dato' Onn Jaafar. Walaupun berjuang menentang penjajahan Inggeris, Ahmad Mutawakkil tetap rapat dengan keluarga Tuan Booth kerana baginya budi dan hati orang Melayu yang penuh persahabatan. Kesibukan Ahmad Mutawakkil di bandar sebagai pemimpin nombor dua daerah dan juga sebagai wartawan menyebabkan Sandra yang menaruh hati itu kelihatan kecewa. Apabila darurat bermula, Ahmad Mutawakkil menyampaikan pidato antikomunis walaupun cuba ditegah oleh Penghulu Ibrahim Sigap yang bimbang akan keselamatannya. Sehingga keesokan pagi Jumaat, Ahmad Mutawakkil tidak muncul-muncul sehinggalah pada waktu Maghrib dengan kecederaan parah kesan tembakan jarak dekat tali barut komunis. Walaupun Ahmad Mutawakkil tidak sempat meraikan kemerdekaan tanah air, semangat nasionalis muda itu terus menjadi kenangan orang kampung dan keluarga Tuan Booth. Cinta misteri Sandra hampir terbongkar, tetapi cinta Ahmad Mutawakkil terhadap negara jelas terserlah.
Pendahuluan Cerpen yang termuat mulai muka surat 51 hingga 57, antologi Baik Budi, Indah Bahasa ini disampaikan menerusi sudut pandangan orang pertama. Pencerita menggunakan kata ganti diri 'saya' bagi menggambarkan penderitaan Mak Piah / Nek Piah dalam menghadapi peristiwa banjir secara bersendirian. Penulis cerpen, Che Soo Ismail, 56, kelahiran Alor Setar yang berkelulusan darjah lima sebenarnya sangat dikenali sebagai penulis skrip drama radio (rujuk antologi, muka surat 100).
Watak utama 1 'Saya' : pencerita 2 Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang menjenguk 3 Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah Latar tempat: rumah Mak Piah : rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah) : tanah perkuburan Tema: kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia Sinopsis Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut oleh suara wanita tua di hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah kerana mak cik tadi menyangka 'saya' ialah Nana, anaknya, berasa sangat teruja kerana dihubungi. Talian diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesagesa meminta 'saya' tidak bimbang. Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis bercakap. 'Saya' tertanya-tanya bahkan terasa ingin untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat kerinduan terhadap ibu kandung yang sudah tiada. 'Saya' berdoa agar pertemuan dua kerinduan itu dimakbulkan / menjadi kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat nombor tersalah dail itu. Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang mencecah paras leher. Mak Piah ceria menyambut 'saya' bersama bungkusan nasi dan lauk yang disangkanya masakan Nana. Mak Piah menjelaskan dia tidak ke pusat pemindahan kerana masalah kencing kerap
(selalu buang air kecil). Mak Piah terus memeluk 'saya' sebaik berjanji untuk menemaninya hingga banjir surut. Kemudian 'saya' menyimpan bekalan bahan mentah masakan ke dalam peti sejuk sebelim pulang. Takdir menentukan 'saya' demam selama lima hari sebelum boleh ke rumah Mak Piah sekali lagi. Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia tergelincir ketika membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana yang persis wajah Mak Piah. Nana sedih dan kesal, tetapi saya hanya membiarkan Nana meluahkan emosi, lalu memimpin Nana pulang ...
Perwatakan 1 bersangka baik: Mak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun pada hakikatnya Nana mengabaikannya 2 penyayang: 'Saya' melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih sayang 3 prihatin / peka: 'Saya' mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan makanan di rumah Mak Piah yang dilanda banjir
Nilai murni 1 baik hati: 2 kasih sayang 3 keprihatinan / kepekaan Persoalan 1 Bersangka baik dalam keluarga 2 Kasih sayang ibu sepanjang hayat 3 Keprihatinan / kepekaan terhadap warga tua Pengajaran 1 Kita hendaklah bersangka baik sesama keluarga 2 Kita hendaklah mengasihi/ menyayangi ibu sepanjang hayat 3 Kita hendaklah prihatin / peka terhadap kebajikan warga tua