Bendera Perlis Perlis Indra Kayangan
BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat. Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.
LAMBANG NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.
Lagu
Amin amin ya Rabaljalil Doa hamba yang sangat zalil Kekalkan daulat serta adil Bagi perintah Jamalullail
Lagu kedah
Allah selamat Sultan Mahkota Berpanjangan usia di atas Takhta, Memelihara ugama Nabi kita, Negeri Kedah serata-rata
Johor
01, 21, 22, 23, 24
Allah peliharakan Sultan ‘Nugerahkan dia segala kehormatan sihat dan ria kekal dan makmur luaskan kuasa naungkan kami rakyat dipimpini berzaman lagi dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor Allah selamatkan Sultan.
Bendera Johor Johor Darul Takzim BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri. LAMBANG NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu
mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogankata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH"
Kedah
02, 25, 26, 27
Kelantan
03, 28, 29
Bendera Kelantan Kelantan Darul Naim BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran
penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.
LAMBANG NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Lambang Mahkota menandakan Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah lambang agama Islam. Dua pucuk meriam membawa makna bahawa negeri ini sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor Kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang ini. Cogankata negeri ini ialah: "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" BACK Lanjutkan usia Al-Sultan kami Sultan Kelantan raja ikrami Aman sentosa Tuhan sirami Kekal memerintah kami Kasih dan taat setia disembahkan Keriangan diucapkan Segala kebesaran Allah cucurkan Bertambah kemuliaan
Melaka
04, 30
Bendera Melaka Melaka Darul Azim BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warnawarna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
LAMBANG NEGERI MELAKA DARUL AZIM
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah memyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap di situ.
Melaka Bandar Bersejarah
Tempat tumpah darah kita Dijunjung dengan sepenuh jiwa Untuk maju dan jaya Rakyat Melaka sudah bersatu padu Berikrar taat setia Jujur berkhidmat setiap masa Melaka maju jaya
Negeri Sembilan
Bendera Negeri Sembilan Negeri Sembilan Darul Khusus BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. LAMBANG NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan
05, 31, 59
Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datukdatuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Dipertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang Dipertuan Besar.
Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Kurniai sihat dan makmur Kasihi rakyat lanjutkan umur Akan berkati sekalian yang sedia Musuhnya habis binasa Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Pahang
Bendera Pahang Pahang Darul Makmur BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa
06, 32, 33
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat. LAMBANG NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
Ya Allah Yang Maha Kuasa Dirgahayu Darul Makmur Aman dan bahagia sentiasa Ya Allah selamatkan Duli Tuanku raja kami
Pulau Pinang
Bendera Pulau Pinang Pulau Pinang Untuk Negeri Kita BENDERA NEGERI PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
07, 34, 35
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. LAMBANG NEGERI PULAU PINANG
Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandung i gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pualu Pinang.
Selamat Tuhan kurniakan, Selamat Pulau Pinang, Negeriku yang mulia, Ku taat dan setia, Aman dan bahagia, Majulah, Jayalah, Negeriku yang ku cinta, Bersatu dan bersama, Untuk negeri kita.
Perak
08, 36, 37, 38 , 39
Bendera Perak Perak Darul Ridzuan BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Pe rak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. LAMBANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
Dilanjutkan Allah usianya Sultan Adil dan murah
Memerintah watan Ditaati rakyat Kiri dan kanan Iman yang soleh Allah kurniakan Allah berkati Perak Ridzuan Allah selamatkan Negeri dan Sultan
Perlis
09, 40
Selangor
10, 41, 42, 43, 44
Bendera Selangor Selangor Darul Ehsan BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
LAMBANG NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
Duli Yang Maha Mulia Selamat di atas takhta Allah lanjutkan usia Tuanku Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku Bahagia selama-lamanya Aman dan sentosa Duli Yang Maha Mulia
Terengganu
Bendera Terangganu Terangganu Darul Iman BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M
11, 45, 46
Sultan. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. LAMBANG NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.
Allah daulatkan Tuanku Sultan Terengganu Darul Iman Allah peliharakan Tuanku Sultan Sejahtera sepanjang zaman Allah rahmatkan Tuanku Sultan Memerintah rakyat aman
Sabah
Sabah tanahairku, Negeri kita yang tercinta, Pemuda-pemudi Pemuda-pemu di semua marilah, Bangunlah bersatu semua. Marilah bersama serta maju jaya, Merdeka sepanjang masa, Bersatu segala bangsa sentosa, Sabah negeri merdeka.
12, 47, 48, 49
13, 50, 51, 52, 53
Bendera Sabah Sabah Di Bawah Bayu BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU
Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan
Kerajaan Negeri Sabah. LAMBANG NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU
Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'daerah' yang terkandung dalam negeri Sabah. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat. Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
Sarawak
Sarawak tanah airku, negeriku tanah airku Sarawak, engkaulah tanah pusakaku, tanah tumpah darahku, Ibu Pertiwiku. rakyat hidup mesra dan bahagia, damai muhibbah sentiasa, bersatu,berusaha,berbakti, untuk Sarawakku cintai. Sarawak tanah Malaysia, aman makmur rahmat tuhan, maha esa,kekallah Sarawak bertuah, teras perjuangan rakyat,berjaya berdaulat
Bendera :Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bendera Sarawak sila lihat; Bendera Sarawak .
Bendera Sarawak
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan ( Order ), ), perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka. ]Jata Jata Sarawak
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi politik pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh membezakan keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
Bendera
Bendera Kuala Lumpur
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.
14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan
13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai
agama rasmi.
Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran.
Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan
14, 54, 55, 56, 57
wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah
bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran
Kuala Lumpur.
Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan
keindahan bandaraya dalam taman bercahaya. [sunting sunting]]Jata
Cogan kata Bandaraya Kula Lumpur, Maju dan Makmur ada pada
jata ini.
Bulan Sabit dan bintang bersudut tiga belas menyatakan
kedudukan agama Islam di Malaysia
Buku yang dengan kepingan hijau melambangkan Kuala Lumpur
sebagai pusat pendidikan. [sunting sunting]]Lagu Dengan megah berkibar benderaku Lambang kemegahan warga kota Kuala Lumpur bersih berbunga bercahaya Harum nama diseluruh dunia Rakyat hidup bersatu dan bahagia Maju dan makmur bandaraya kita Tanah pusaka ni warisan bangsa Tegak berdaulat senbasa Tuhan selamatkan Kuala Lumpur
Tuhan selamatkan Kuala Lumpur
Negeri
Selangor (Shah Alam) Selangor ( Alam) menggunakan kod dari 40xxx hingga 48xxx dan 62xxx hingga 64xxx Terengganu (Kuala Terengganu) Terengganu ) menggunakan kod dari 20xxx hingga 24xxx Sarawak (Kuching Kuching)) menggunakan kod dari 93xxx hingga 98xxx Sabah (Kota Kinabalu) Kinabalu ) menggunakan kod dari 88xxx hingga 91xxx Kedah (Alor Setar ) menggunakan kod 02xxx dan 05xxx hingga 09xxx Kelantan (Kota Bharu) Bharu) menggunakan kod dari 15xxx hingga 18xxx Negeri Sembilan (Seremban Seremban)) menggunakan kod dari 70xxx hingga 73xxx Pulau Pinang (Georgetown Georgetown)) menggunakan kod dari 10xxx hingga 14xxx Johor ((Johor Bahru) Johor Bahru) menggunakan kod dari 80xxx hingga 86xxx Melaka (Melaka Melaka)) menggunakan kod dari 75xxx hingga 78xxx Perlis (Kangar ) menggunakan kod 01xxx Perak (Ipoh Ipoh)) menggunakan kod dari 30xxx hingga 36xxx dan 39xxx Pahang (Kuantan Kuantan)) menggunakan kod dari 25xxx hingga 28xxx