TUGASAN 1 – 1 – ULASAN ULASAN KRITIS Konsep dan elemen asas Seni Dalam Pendidikan Seni merupakan sesuatu yang bersifat subjektif untuk digambarkan oleh pancaindera manusia. Seni bukan sahaja terdapat dalam bidang seni tari, seni lakonan, seni nyanyian dan sebagainya. Tetapi, seni juga turut diterapkan dalam pengajaran sehingga mewujudkan satu konteks yang baharu iaitu Seni Dalam Pendidikan. Menurut Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd, Hartini Kana, dan Sunizah Ali (2015), Seni Dalam Pendidikan ditakrifkan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan yang melibatkan tiga komponen seni, iaitu seni visual, seni muzik, dan seni pergerakan yang telah diintegrasikan dalam pendidikan masa kini. Komponen ini sangat penting dalam Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan potensi dan meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan
murid-murid
melalui
pembelajaran
secara
optimum,
menyeluruh
dan
menyeronokkan ketika berada di alam persekolahan. Sesungguhnya, Seni Dalam Pendidikan ini sangat penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap murid mempunyai nilai-nilai estetika, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam pembelajaran. Melalui penerapan elemen seni visual, muzik, dan pergerakan ini, maka murid-murid akan dapat meningkatkan perkembangan secara menyeluruh dan seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial (Open University Malaysia, 2007). Hal ini kerana elemen yang telah diintegrasikan dalam Seni Dalam Pendidikan mampu melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan di samping mereka dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna. Menurut Putri Zabariah, Bustam Kamri, dan Raja Hamizah (2008), guru juga dapat merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan fitrah kanak-k anak yang gemar belajar melalui bermain. Secara tidak langsung, kreativiti murid-murid akan dapat dirangsang secara semula jadi melalui aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Secara amnya, Seni Dalam Pendidikan ini telah menggabungjalinkan elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seni yang telah diintegrasikan ini merupakan asas kepada perkembangan individu dan boleh membantu merangsang kepekaan deria dalam proses pembelajaran sekiranya diajar dengan baik. Hal ini kerana
seseorang
individu
dapat
menggunakan
deria
mereka
melalui
eksplorasi,
mengeksperimen bagi memenuhi naluri ingin tahu merek a yang tinggi. Justeru, penggunaan deria dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting khususnya dalam Pendidikan Seni Visual.
1
Teori pembelajaran Seni Dalam Pendidikan Seni Dalam Pendidikan merupakan suatu subjek yang sangat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui peningkatan daya persepsi, estetika, dan kreativiti dalam setiap aktiviti pembelajaran. Oleh itu, terdapat beberapa pandangan teori pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan subjek Seni Dalam Pendidikan ini yang mana teori yang dikemukakan ini telah menyokong kesepaduan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam pembelajaran kanak-kanak. Antara teori pembelajaran tersebut ialah Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner, Teori Konstruktivisme Vygotsky dan Teori Hoka Hoki oleh Ned Hermann Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang telah mengetengahkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang boleh dijadikan panduan kepada guru untuk mengetahui pelbagai tahap kecerdasan murid-murid (Choong, 2012). Hal ini kerana setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza dan tidak boleh diwarisi. Mok Soon Sang (2011) juga menyatakan bahawa kecerdasan seseorang ini boleh dipengaru hi oleh faktor budaya, pemakanan, persekitaran, pendidikan dan lain-lain. Namun, realitinya sistem pendidikan di Malaysia lebih menekankan aspek kecerdasan linguistik dan matematik logik sehingga mengabaikan keperluan kecerdasan yan lain (Faridah Nazir, et al., 2015). Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kecerdasan murid kerana Gardner sendiri yang mengatakan bahawa kecerdasan manusia boleh ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan yang efektif (Noriati Abd Rashid, Boon, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017). Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), terdapat lapan kecerdasan pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Gardner iaitu kecerdasan linguistik, logik matematik, visual-ruang, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan domain kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner: Jadual 1: Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner Domain kecerdasan Gardner Kecerdasan Linguistik
Contoh Perlakuan
Keupayaan menggunakan bahasa dengan berkesan
Membina pernyataan yg berpengaruh sama ada secara lisan atau penulisan
Berkarya dan berpuisi
2
Berupaya untuk memberikan makna perkataan dgn jelas
Kecerdasan Logikal – Logikal – Matematik Matematik Keupayaan
menyatakan
alasan
secara logik, terutama dalam sains dan matematik
Menyelesaikan masalah matematik dengan pantas
Membuktikan penyelesaian matematik
Memfomulakan & menguji hipotesis sesuatu fenomena yang diperhatikan
Kecerdasan Ruang – Ruang – Visual Visual
Mempersembahkan sesuatu visual melalui objek
Keupayaan untuk memperincikan
Menerima dan menggambarkn visual alam sekitar
sesuatu
yang
dilihat
dan
mengubahnya dalam bentuk objek
dgn tepat
Bijak menggunakan warna dan ruang
Penuh imaginasi dan kreatif
Kecerdasan Muzik
Dapat bermain alat muzik
Keupayaan mencipta, menghayati
Mencipta lagu
dan
Melantunkan nada dan bunyi dengan baik
Menghayati lirik dan menyampaikannya dalam
visual
menghargai
muzik,
peka
terhadap melodi dan tone
nada yang penuh penghayatan Kecerdasan Kinestatik
Keupayaan menggunakan anggota
Menggunakan anggota tubuh untuk menyampaikan maksud
tubuh dan mampu mengawal dan
Cekap membaca
menyeimbangkan objek
Mengenal pasti pergerakan tubuh
Berupaya utk mengimbangi antara objek dengan mental
Kecerdasan Interpersonal
Mudah bergaul dan berinteraksi dengan orang lain
Keupayaan memahami diri orang
Mampu bekerjasama dengan orang lain
lain
Mudah menyesuaikan diri
Disenangi dan disukai
Mampu mempengaruhi orang lain
Memahami kehendak orang
Kecerdasan Intrapersonal
Mampu menilai kelemahan dan kekuatan diri
Keupayaan mengenal diri sendiri
Mempunyai Mempunyai prinsip tersendiri
Suka bersendirian
3
Gunakan pengetahuan diri untuk berhubung dengan pihak lain
Kecerdasan Naturalis
Sensitif terhadap alam sekitar
Keupayaan mengenal pasti bentuk,
Gemar aktiviti luar
Mampu mengenal perbezaan dan persamaan
pola dan corak smeula jadi
pelbagai sumber semula jadi (Sumber: Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan pembelajaran.) Berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai yang telah dikemukakan oleh Howard Gardner, guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar dapat mengembangkan kecerdasan pelbagai dalam kalangan murid. Oleh itu, teori ini sangat penting dalam Seni Dalam Pendidikan kerana melalui penggabungan elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan, maka murid-murid akan mudah untuk menjana kecerdasan minda secara menyeluruh. Di samping itu, guru juga dapat menggunakan pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan bagi memudahkan penerimaan pengetahuan serta dapat membentuk pemikiran murid dengan lebih kreatif. Teori
Kecerdasan
Pelbagai
dalam
Seni
Dalam
Pendidikan
ini
dapat
dilihat
keberkesanannya terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan bersama pensyarah sewaktu interaksi kuliah. Sebagai contoh, kecerdasan muzik dalam diri seseorang dapat dicungkil apabila seseorang individu dapat menunjukkan kebolehan mencipta lagu lalu bermain dengan alat-alat muzik yang pelbagai. Kecerdasan muzik dalam diri individu ini dapat dilihat semasa melaksanakan aktiviti mencipta lagu yang baharu dengan menggunakan alat perkusi pada pembelajaran sebelum ini. Terdapat beberapa kumpulan yang berhasil mencipta lirik lagu yang sesuai dengan irama lagu sedia ada sambil berupaya mempersembahkan lagu tersebut menggunakan alat perkusi. Malah, terdapat juga kumpulan yang kurang sesuai dalam mengadaptasikan alat perkusi mereka dengan lagu yang telah mereka cipta. Ini menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan kecerdasan muzik yang berbeza-beza. Selain itu, kecerdasan ruang – visual juga dapat diperhatikan dalam diri seseorang individu apabila mereka berupaya untuk mempersembahkan sesuatu visual melalui bahan yang telah disediakan. Kecerdasan ini dapat dilihat semasa menjalankan aktiviti membina mobail secara berkumpulan mengikut tema dan tunjang yang dipilih. Dengan menggunakan bahan yang sedia ada seperti tali, gunting, botol dan sebagainya, sebuah mobail perlu dihasilkan dan
4
dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan. Oleh itu, kecerdasan ruang dapat dilihat apabila setiap kumpulan berjaya menghasilkan seni visual iaitu mobail dan berkebolehan dalam mentaksir ruang bagi menghasilkan mobail yang seimbang. Justeru, kecerdasan ruang dalam diri pelajar dapat dicungkil melalui aktiviti pembelajaran seni visual.
Teori Pembelajaran Konstruktivisme Teori pembelajaran yang seterusnya pula ialah Teori Konstruktivisme sosial yang dipelopori oleh Lev Vygotsky (1890 – 1935). Menurut Berk (2009), teori perkembangan kognitif anjuran Vygotsky merupakan asas kepada teori kontruktivisme sosial. Menurut Vygotsky dalam Lew, Norliza dan Norulazilah (2015), kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal dan rasional melalui bantuan dan bimbingan daripada orang lain. Justeru, melalui pembelajaran dalam konteks sosial, maka individu dapat berkongsi dan saling membina pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada. Hal ini berlaku sekiranya individu diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan diri dan berkongsi pemahaman dan pemikiran dengan orang lain. Sesungguhnya, pembelajaran melalui interaksi sosial sangat digalakkan dalam Teori Konstruktivisme kerana melalui pembelajaran dalam persekitaran yang selamat dan kondusif, kanak-kanak akan dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. Malah, objektif pembelajaran juga dapat dicapai melalui aktiviti penerokaan dan eksperimen kerana mereka berupaya untuk mengolahnya menjadi sesuatu yang bahan baharu (Isabel & Raines, 2003). Hal ini kerana kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif dengan persekitaran. Oleh itu, kolaborasi dan interaksi antara guru, bahan dan murid-murid sangat penting dalam memastikan pembelajaran berlaku dengan efektif. Teori konstruktivisme ini juga telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Dalam Pendidikan. Melalui integrasi antara seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam pembelajaran kanak-kanak, maka kanak-kanak akan dapat memperkembangkan kreativiti mereka dalam persekitaran yang merangsang minda mereka. Malah, dengan berlakunya proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti meneroka, mengeksperimen, dan mengolah sesuatu objek atau bahan, maka kanak-kanak akan dapat merangsang pemikiran kreatif dan berpeluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Putri Zabariah, Bustam Kamri, & Raja Hamizah, 2008).
5
Selain itu, teori ini juga penting dalam Seni Dalam Pendidikan kerana kanak-kanak akan dapat berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berupaya menghasilkan sesuatu karya berasaskan alat dan bahan yang sedia ada serta dapat memahami sesuatu konsep dan idea dengan lebih mendalam (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Sebagai contoh, aktiviti yang menerapkan teori konstruktivisme dalam Seni Dalam Pendidikan ini ialah mencipta lirik lagu, menyanyi, penggunaan alat perkusi, pergerakan kreatif, membuat binaan seperti model dan aktiviti visual yang lain-lain. Justeru, teori konstruktivisme ini sangat penting dalam subjek Seni Dalam Pendidikan agar murid dapat mengaplikasikan pengetahuan baharu dalam kehidupan serta situasi baharu. Teori Hoka Hoki Seni Dalam Pendidikan juga turut menerapkan teori otak kiri dan otak kanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Herman (1991) dalam Faridah Nazir et al. (2015), otak dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hemisfera kanan (hoka) dan juga hemisfera kiri (hoki). Bahagian-bahagian otak ini mempunyai fungsi yang berlainan yang dapat membentuk gaya pemikiran individu yang berbeza. Menurut Rajendran (2011), hemisfera kanan berfungsi untuk mengawal bahagian anggota badan kiri serta mengawal aktiviti kreatif, irama, muzik, visual, warna dan gambar. Otak kanan adalah lebih kepada pembelajaran yang bersifat holistik, subjektif, estetik, kreatif dan intuitif. Gaya pemikiran otak kanan adalah seperti bersifat lebih rawak, intuitif, holistik, kreatif, imaginatif dan mempunyai kekuatan dalam seni visual dan seni muzik. Ciri-ciri individu yang cenderung kepada otak kanan dapat dilihat pada seorang ahli ahli muzik, pelukis dan penari. Manakala, hemisfera kiri pula berfungsi untuk mengawal bahagian kanan anggota badan serta mengawal proses pembelajaran bahasa, matematik, pemikiran logik, analitik, linear dan hafalan. Otak kanan pula adalah lebih kepada pembelajaran bersifat akademik dan objektif. Ia juga berfungsi untuk membolehkan individu memproses maklumat secara menganalisis, membanding beza, membuat ramalan serta mengkategori. Gaya pemikiran otak kiri adalah lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif, angka, berturutan dan spesifik. Ciri-ciri individu ini yang cenderung kepada otak kiri dapat dilihat pada seorang pakar bahasa, ahli sains, ahli matematik atau guru.
6
Sesungguhnya, Teori Hoka Hoki ini sangat penting dalam pembelajaran Seni Dalam Pendidikan kerana ia boleh menjadi medium kepada individu untuk mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif dan tidak tertumpu hanya kepada satu fungsi otak sahaja. Hal ini kerana guru di Malaysia juga kebanyakannya lebih menumpukan kepada pembelajaran fakta sahaja, dan kurang menekankan perkembangan kreativiti dan estetika (Rajendran, 2011). Oleh itu, pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini sangat penting untuk diterapkan di sekolah-sekolah kerana aktiviti pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini telah mengintegrasikan kedua-dua fungsi otak secara harmoni dan menyeronokkan. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini perlu diaplikasikan bagi membentuk pemikiran kritis dan kreatif kerana ia merangkumi elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam pembelajaran Seni Dalam Pendidikan sewaktu interaksi kuliah adalah seperti membuat boneka jari dan bercerita, membuat kraf mobail, membentuk corak dan rekaan, membuat binaan dan aktiviti nyanyian diikuti dengan alat perkusi dan pergerakan kreatif. Aktiviti yang telah dilaksanakan ini nyata dapat merangsang pemikiran otak kanan dan otak kiri semasa dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, aktivit membentuk dan membina model telah merangsang perkembangan otak kiri yang mana pembinaan model tersebut memerlukan ketelitian dan spesifik dalam menghasilkan model sebuah rumah. Selain itu, aktiviti mencipta lirik lagu mengikut irama sedia ada serta aktiviti menyanyi juga turut merangsang perkembangan otak kiri kerana aktiviti ini telah melibatkan proses penghafalan lirik serta pembelajaran bahasa Inggeris dalam nyanyian solo. Terdapat juga beberapa aktiviti yang telah melibatkan peranan otak kanan dalam proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan. Misalnya, aktiviti boneka jari, aktiviti melukis bunga, persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif menggunakan alat perkusi, serta persembahan nyanyian solo. Melalui aktiviti yang dilaksanakan ini, perkembangan otak kanan dapat dirangsang ke tahap optimum dan menyeluruh kerana proses pembelajaran ini bersifat subjektif dan estetik. Sebagai contoh, aktiviti membuat boneka jari memerlukan individu yang mempunyai sifat visual yang tinggi untuk menghasilkan satu bahan kreatif berdasarkan bahan yang sedia ada. Oleh itu, aktiviti Seni Dalam Pendidikan yang menerapkan Teori Hoka Hoki dalam pembelajaran sangat penting bagi melahirkan pelajar yang seimbang serta mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
7
TUGASAN 2 – PERSEMBAHAN KUMPULAN PERSEMBAHAN 1 – BONEKA JARI Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh Dg Nina Farinie Binti Ag Mahmud Hii Sieng Ting Tajuk : Boneka Jari Haiwan Bahan yang digunakan : kain felt, jarum, benang, kertas warna, gunting, pita pelekat, aksesori lain (mata, ekor, dan telinga boneka jari) Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti: 1. Mencari maklumat di laman web berkaitan cara-cara membuat boneka jari. 2. Memilih tema untuk membuat boneka jari sama ada boneka jari yang bertemakan haiwan, tumbuhan, manusia atau watak kartun. 3. Tema boneka jari yang telah dipilih ialah haiwan lembu, gajah, dan zirafah (Rujuk Gambar 1) 4. Menyediakan bahan-bahan untuk membuat boneka jari. 5. Sebelum membuat boneka jari, lukiskan gambar haiwan (lembu, gajah dan zirafah) pada kain felt ataupun kertas warna. 6. Guntingkan kain felt atau kertas warna mengikut garisan pada haiwan yang telah dilukis. 7. Jahitkan tepi kain felt untuk mengukuhkan boneka jari tersebut. 8. Tambahkan hiasan pada boneka jari seperti mata, ekor dan telinga haiwan. 9. Setelah boneka jari siap dihasilkan, sebuah cerita pula akan direka dengan menggunakan watak boneka jari yang dihasilkan. 10. Berbincang dalam kumpulan untuk mereka sebuah cerita. 11. Tajuk cerita yang telah dihasilkan ialah ‘Zirafah yang Bongkak’ yang bertemakan keangkuhan zirafah yang telah memandang rendah terhadap kelemahan si gajah akhirnya telah memakan diri sendiri. (Rujuk Lampiran 1) 12. Melakonkan semula cerita yang telah direka dengan menggunakan boneka jari sebagai watak dalam cerita tersebut (Rujuk Gambar 2).
8
Gambar 1: Boneka jari haiwan yang telah dihasilkan
Gambar 2: Lakonan semula cerita ‘Zirafah Yang Bongkak’ menggunakan boneka jari
9
PERSEMBAHAN 2 – MOBAIL Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh Dg Nina Farinie Binti Ag Mahmud Saniati Binti Mohd Amin Tajuk : Ikan Di Laut Bahan yang digunakan : botol mineral, tali, gunting, warna air, kad bod, pisau pemotong Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti: 1. Sediakan bahan untuk membuat mobail. 2.
Mencari maklumat tentang ‘kraf mobail’
3.
Memilih tema dan tunjang bagi penghasilan mobail.
4.
Memilih tema ikan (ikan nemo dan ikan jerung)
5.
Warnakan botol mengikut warna ikan yang dipilih.
6.
Gunting kad bod untuk membuat sirip dan ekor ikan.
7.
Tebuk bahagian botol untuk mengikat tali dan mencantumkan sirip serta ekor ikan.
8.
Cantumkan sirip dan ekor pada bahagian botol yang ditebuk.
9.
Gantungkan ketiga-tiga botol pada tali.
10. Setelah selesai, lagu dicipta berdasarkan mobail yang dihasilkan. 11. Lagu ‘Ikan Di Laut’ dipersembahkan diikuti dengan pergerakan kreatif
10
Gambar 3: Mobail ikan yang telah dihasilkan
Gambar 4: Membuat persembahan nyanyian dan pergerakan berdasarkan tema mobail yang dihasilkan
11
PERSEMBAHAN 3 – MEMBENTUK DAN MEMBUAT MODEL Tajuk: Rumah Idamanku Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh Nurul Farizah Binti Mohd Ja’afar Senarai bahan yang digunakan :
Mounting board, papan polisterin, penutup botol, masking tape, gam air, warna poster, klip kertas, kotak, kapas, putik kapas, kertas warna, gabus
Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti: 1. Ahli kumpulan memilih jenis binaan yang akan dihasilkan iaitu model ‘Rumah Idamanku.
2. Melayari internet untuk membuat rujukan dan mencari maklumat mengenai jenis-jenis model dan cara-cara pelaksanaannya. 3. Merangka struktur model yang ingin dihasilkan 4. Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan model. 5. Tapak model dibina terlebih dahulu dengan menggunakan mounting board dan papan polistren. 6. Barang kelengkapan rumah dibina dengan menggunakan pelbagai bahan dan diasingkan di dalam kotak 7. Dinding rumah dan pembahagian bilik dan sudut dalam rumah dibina dengan menggunakan mounting board 8. Setelah semua kelengkapan untuk membuat model rumah telah siap dibina, warnakan kesemua barang tersebut dengan menggunakan warna air. 9. Biarkan semua barang yang diwarna, kering terlebih dahulu. 10. Pasangkan dinding rumah dan pembahagia setiap bilik dan sudut. 11. Susun barang-barang kelengkapan rumah mengikut kesesuain tempat. 12. Potong putik kapas kepada dua bahagian 13. Cucuk putik kapas tersebut di sekeliling model rumah untuk dijadikan pagar. 14. Hasil model Rumah Idamanku di pamerkan bersama hasil binaan dari kumpulan yang lain.
12
Gambar 5 : Model binaan rumah yang telah dihasilkan
Gambar 6 : Pameran model binaan rumah
13
PERSEMBAHAN 4 – NYANYIAN DAN PERGERAKAN MENGGUNAKAN ALAT PERKUSI Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh Dg Siti Mariani Binti Abdol Sumar Ronavelleria Robert Tajuk lagu: Gerakkan Badanmu Alat perkusi yang digunakan : kayu tik-tok, kastenet dan tamborin Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti: 1. Membuat pemilihan lagu orang dewasa yang bertajuk ‘Rentak Laguku’ untuk diubahsuai menjadi irama lagu kanak-kanak. 2. Mencipta lirik lagu yang baharu berdasarkan irama ‘Rentak Laguku’ dan iramanya telah diubahsuai mengikut irama lagu kanak-kanak iaitu “Gerakkan badanmu” 3. Memilih alat perkusi yang hendak digunakan untuk dipersembahkan bersama dengan lagu yang telah diubahsuai. (Rujuk Gambar 7) 4. Alat perkusi yang dipilih ialah : kayu tik-tok, kastenet dan tamborin 5. Membuat latihan dengan memasukkan unsur muzik, pergerakan dan nyanyian 6. Mempersembahkan lagu dan pergerakan kreatif dengan menggunakan alat perkusi yang telah dipilih (Rujuk Gambar 8)
14
Gambar 7 : Alat perkusi yang dipilih (kayu tik-tok, kastenet dan tamborin)
Gambar 8 : Mempersembahkan nyanyian dan pergerakan kreatif menggunakan alat perkusi
15
TUGASAN 3 – PENULISAN REFLEKSI Refleksi Persembahan 1 : Boneka Jari
Gambar 9: Boneka jari lembu yang telah dihasilkan
Pada 9 Januari 2017, satu tugasan telah diberikan secara individu untuk menghasilkan boneka jari berdasarkan watak haiwan, tumbuhan, manusia atau kartun. Oleh itu, saya telah memilih untuk menghasilkan boneka jari berdasarkan watak haiwan iaitu lembu menggunakan bahanbahan seperti kain felt, jarum, benang dan sticker . Sepanjang proses menghasilkan dan mempersembahkan boneka jari ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya kenal pasti. Antara kekuatan yang saya telah kenal pasti dalam aktiviti ini ialah saya dapat menyiapkan boneka jari saya pada masa yang singkat dan mudah dengan bantuan internet. Sebelum membuat boneka jari, terlebih dahulu saya mencari maklumat tentang cara-cara membuat boneka jari yang pelbagai warna, jenis dan watak. Hasil daripada pencarian maklumat tersebut, maka saya dapat menghasilkan boneka jari menggunakan idea yang terdapat di internet. Hal ini sangat membantu saya dalam memperoleh idea untuk membuat boneka jari yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. Oleh itu, saya dapat menyiapkan boneka jari saya dengan mudah dan cepat.
16
Seterusnya, saya menghasilkan boneka jari saya dengan menggunakan material yang terpakai, tahan, tidak mudah terkoyak dan kukuh. Antara bahan yang saya gunakan untuk membuat boneka jari ialah kain felt, benang, dan sticker . Saya menggunakan kain felt sebagai badan lembu, lalu menjahit kain tersebut mengikut saiz jari saya. Seterusnya, saya menampal sticker di atas kain felt bagi menampakkan warna dan ciri-ciri seekor lembu. Hasil boneka jari yang saya telah siapkan ini boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak prasekolah kerana ia mudah untuk dilakukan serta memberi makna kepada kanak-kanak agar mereka lebih mudah memahami sesuatu konsep berdasarkan objek yang konkrit. Kekuatan yang seterusnya ialah saya dapat mengaitkan boneka jari yang telah dihasilkan dengan membina sebuah cerita kanak-kanak berdasarkan boneka jari tersebut. Saya dan ahli kumpulan telah bekerjasama dalam membina sebuah cerita kanak-kanak yang mudah difahami dan mempunyai moral dan pengajaran dalam cerita tersebut. Tajuk cerita yang kemi telah hasilkan adalah Zirafah Yang Bongkak. Melalui cerita tersebut, kami mudah untuk menggunakan boneka jari sebagai watak-watak yang terdapat dalam cerita tersebut. Sepanjang melakukan aktiviti ini, terdapat juga kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu saya tidak menggunakan teknik bercerita dengan betul. Semasa bercerita, saya hanya menggunakan intonasi suara yang mendatar sahaja ketika menceritakan semula cerit a yang telah kami reka. Saya juga telah menyelitkan bahasa pasar ketika bercerita kepada rakan-rakan. Hal ini menyebabkan cerita tersebut kurang menarik kerana kurang variasi dalam intonasi suara dan bahasa pasar yang digunakan juga kurang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dalam perkembangan bahasa mereka. Oleh itu, teknik bercerita yang betul sangat penting dalam menyampaikan cerita kepada kanak-kanak prasekolah. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam melakukan aktiviti boneka jari ini adalah dengan mempelbagaikan warna, watak dan saiz boneka jari agar lebih menarik dan sesuai untuk tahap umur kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak mudah tertarik dengan objekobjek yang menarik dan cantik kerana mereka mempunyai imaginasi yang tinggi serta mereka akan lebih mudah memahami sesuatu konsep dalam kehidupan mereka melalui objek konkrit. Manakala, cerita yang dihasilkan berdasarkan watak-watak boneka jari juga perlu menggunakan gaya bahasa yang
sesuai, mudah difahami, mempunyai pelbagai nilai dan moral serta
menggunakan intonasi suara yang berbeza ketika menceritakan semula cerita tersebut. Hal ini kerana teknik penceritaan yang betul dalam menyampaikan sesebuah cerita sangat penting dalam aktiviti bercerita bagi menarik tumpuan dan fokus kanak-kanak terhadap cerita yang hendak disampaikan. 17
Refleksi Persembahan 2 : Mobail
Gambar 10: Mobail ikan yang telah dihasilkan
Pada 19 Jan 2017, kelas PAKK, PML dan PJ telah bergabung untuk melaksanakan satu aktiviti yang berkaitan dengan Irama, Ruang dan Warna yang terdapat dalam silibus Seni Dalam Pendidikan. Dalam interaksi kuliah tersebut, kami telah diberi tugasan untuk menghasilkan aktiviti lam interaksi kuliah tersebut, kami telah diberi tugasan untuk menghasilkan aktiviti ang berkaitan dengankonsep irama, ruang dan warna. Aktiviti yang diminta untuk dihasilkan adalah kraf mobail dengan memilih tema dan motif yang sesuai, mencipta lirik lagu berdasarkan tema, lalu mempersembahkan mobail tersebut diikuti dengan nyanyian dan pergerakan. Oleh itu, kumpulan saya telah memilih tema hidupan laut dan mencipta sebuah lagu pendek yang bertajuk ‘ Ikan di Laut’. Antara bahan-bahan asas yang diperlukan dalam penghasilan mobail ini adalah botol, tali, gunting dan warna air. Dalam melakukan aktiviti ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya dapati. Antara kekuatan saya telah kenal pasti dalam aktiviti penghasilan mobail ini ialah saya dapat bekerjasama dalam kumpulan dengan baik walaupun bilangan ahli kumpulan kami adalah seramai 3 orang sahaja. Namun, saya dapat berkomunikasi sesama ahli kumpulan dengan baik dengan memberikan pendapat dan idea berkenaan kraf mobail. Saya juga telah menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat tentang mobail dan cara-cara menghasilkannya dengan baik. Di samping saya dapat melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan, saya juga 18
berjaya dalam menghasilkan kraf mobail yang bermotifkan ikan dalam masa yang ditetapkan hasil daripada gabungan idea dan pendapat sesama ahli kumpulan. Kekuatan saya yang seterusnya ialah saya dapat menyediakan bahan yang pelbagai selain daripada bahan asas yang diminta. Contohnya, kain felt, kertas warna, riben, pemotong, mounting board dan sebagainya. hal ini bertujuan untuk mengelakkan penghasilan kraf mobail tersebut dihasilkan dengan baik dan sempurna. Malah, dengan bahan yang pelbagai juga, kami dapat mengembangkan kreativiti selain dapat menghasilkan mobail yang menarik. Bukan itu sahaja, saya juga berhasil mencipta 4 baris lagu dengan hasil kerjasama dan idea daripada ahli kumpulan saya dalam masa yang singkat. Kami telah mencipta lagu Ikan di Laut dengan mengubahsuai lirik tetapi masih mengekalkan irama lagu yang asal iaitu Bintang di Langit. Di samping itu, kumpulan saya juga dapat menghasilkan satu pergerakan yang kreatif semasa mempersembahkan mobail tersebut dengan iringan lagu yang telah dicipta. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga telah memenuhi konsep irama dalam aktiviti ini dengan mencipta lagu sendiri. Seterusnya, saya juga dapat menjawab soalan-soalan yang dikem ukakan oleh pensyarah semasa kami membentangkan hasil mobail ikan dengan baik. Hal ini menunjukkan bahawa saya dapat memahami tentang konsep penghasilan mobail dan bagaimana menghasilkan mobail dengan dengan cara-cara yang betul serta dapat mengaitkannya dengan konsep irama, ruang dan warna. Semasa melakukan aktiviti menghasilkan mobail ini juga, terdapat beberapa kelemahan yang saya kenal pasti. Kelemahan saya dalam aktiviti ini ialah kekurangan bahan asas yang diminta oleh pensyarah seperti botol, tali dan gunting. Saya hanya membawa satu gunting dan dua botol kecil sahaja. Manakala, ahli lain dalam kumpulan saya cuma membawa satu botol besar dan satu batang berus warna. Pensyarah juga ada menegur bahawa botol yang kami bawa kurang mencukupi untuk menghasilkan mobail yang baik. Malah, bahan seperti gunting dan berus warna juga terhad sehingga menyebabkan kami terpaksa bergilir-gilir menggunakannya dan meminjam daripada kumpulan lain. Hal ini telah menyebabkan banyak masa yang terbuang kerana terpaksa menunggu rakan yang lain selesai menggunakannya. Seterusnya, kelemahan yang saya dapati ialah saya terlalu teliti dan realistik dalam pemilihan warna. Semasa mewarnakan botol tersebut untuk menghasilkan motif ikan nemo, saya menggunakan warna oren dan putih untuk melambangkan ikan nemo tersebut. Seterusnya, warna hitam, kelabu dan putih juga telah dipilih untuk melambangkan ikan jerung. Ini 19
menunjukkan bahawa saya bersifat realistik dalam penggunaan warna. Walhal, seorang kanakkanak mampu menggambarkan ikan-ikan tersebut dengan pelbagai warna dan corak. Contohnya, mereka mungkin menggambarkan warna ikan nemo lebih berwarna-warni daripada warna ikan yang sebenar kerana mereka memiliki imaginasi yang sangat tinggi. Melalui kelemahan yang saya telah kenal pasti, terdapat beberapa penambahbaika n yang saya boleh lakukan dalam aktiviti ini iaitu bersiap sedia dengan lebih awal dalam menyediakan bahan yang lengkap sebelum melaksanakan aktiviti ini. Hal ini bertujuan untuk mengelakk an saya daripada menunggu giliran untuk menggunakan peralatan seperti gunting dan berus warna daripada kumpulan yang lain serta dapat mampu untuk menyelesaikan aktiviti ini tanpa banyak membuang masa. Selain itu, saya perlu lebih banyak mengkaji dan mempelajari tentang cara menghasilkan sesuatu kraf yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti ini. Ini dapat membantu saya untuk menghasilkan mobail yang lebih menarik serta dapat memenuhi ciri-ciri irama, ruang dan warna yang diperlukan dan sesuai untuk diaplikasikan pada kanak-kanak di sekolah kelak. Selain itu, saya juga boleh melakukan penambahbaikan dengan membuat pilihan warna yang tepat, sesuai dan menarik perhatian kanak-kanak dalam menghasilkan mobail ini. Saya boleh menggunakan warna yang lebih variasi terhadap motif yang dipilih. Ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak dapat meluaskan imaginasi mereka dengan lebih kreatif lagi dalam pembelajaran mereka.
20
Refleksi Persembahan 3 – Membentuk dan membuat binaan (Model rumah)
Gambar 5 : Model binaan rumah yang telah dihasilkan
Pada 25 Januari 2017, kelas PAKK mendapat tugasan untuk memilih sama ada hendak menghasilkan corak dan rekaan mahupun membentuk dan membuat binaan. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan saya iaitu Nurul Farizah telah memilih untuk membuat binaan menggunakan teknik model. Model yang kami hasilkan adalah model sebuah rumah yang bertajuk Rumah Idamanku. Setelah model ini dihasilkan, kami diminta untuk mempamerkan hasil kerja ini di hadapan pensyarah dan rakan-rakan di Gimnasium IPG Kampus Tawau. Oleh itu, berdasarkan model binaan yang telah kami hasilkan, maka terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya kenal pasti. Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang proses penghasilan model ini adalah saya dan ahli kumpulan saya dapat membuat perancangan yang teliti tentang ruang-ruang dan peralatan asas yang perlu ada dalam sesebuah rumah. Model rumah yang telah dihasilkan sangat terperinci kerana ia mempunyai ruang seperti ruang tamu, bilik tidur, tandas, dapur, ruang makan serta ruang untuk menjemur pakaian yang diletakkan di belakang rumah. Dalam pengajaran pendidikan awal kanak-kanak, ia boleh membantu kanak-kanak untuk mengenal ruang-ruang rumah serta boleh mendidik kanak-kanak untuk melahirkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan dan kekemasan di rumah. Dalam masa yang sama, mereka juga boleh
21
menambah perbendaharaan kata berdasarkan objek-objek yang terdapat di sekeliling rumah. Contohnya, meja, kerusi, katil dan sebagainya. Seterusnya, model yang telah dihasilkan juga menunjukkan kumpulan saya mempunyai kecerdasan ruang kerana terdapat keseimbangan antara bahagian kiri dan kanan rumah. Kami juga menggunakan bahan terpakai untuk menghasilkan objek yang terdapat di dalam rumah seperti mangkuk tandas, katil, televisyen, ampaian dan lain-lain. Model yang telah dihasilkan ini menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam membuat binaan rumah menggunakan bahan terpakai. Oleh itu, kreativiti dan inovasi ini kami boleh terapkan kepada kanak-kanak untuk menghasilkan sesuatu projek dengan menggunakan bahan terpakai dan membantu menjimatkan kos. Kekuatan yang seterusnya pula adalah kami mempunyai kemahiran motor halus yang sangat tinggi dalam menghasilkan model rumah ini. Aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus dalam menghasilkan projek ini adalah seperti menggunting, menampal, membentuk dan mencorak objek-objek kecil yang terdapat di dalam binaan model rumah tersebut. Kami juga menggunakan warna yang pelbagai dalam penghasilan model rumah ini. Misalnya, dinding berwarna biru yang mewakili bilik tidur lelaki dan warna merah jambu pula mewakili bilik perempuan. Penggunaan warna yang pelbagai ini juga dapat menarik per hatian kanak-kanak dan mereka akan rasa teruja untuk belajar sambil bermain. Malah, aktiviti membuat model ini dapat menggalakkan pemahaman kanak-kanak disamping dapat menggalakkan kreativiti mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti semasa proses penghasilan model binaan rumah ini. Antara kelemahan yang telah dikenal pasti ialah model rumah yang kami telah hasilkan adalah kurang sesuai dengan tahap umur kanakkanak yang berumur 4-5 tahun. Hal ini kerana mereka belum mantap dalam menilai ruang-ruang yang ada serta mengenal pasti ruang dan peralatan didalam rumah tersebut. Model yang telah dihasilkan ini terlalu kompleks untuk mereka fahami pada peringkat umur mereka. Mereka masih belum dapat memahami konsep dan fungsi ruangan yang terlalu banyak di dalam model rumah tersebut. Melalui kelemahan yang telah dikenal pasti, terdapat penambahbaikan yang boleh dilakukan iaitu membuat binaan model rumah yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak prasekolah. Model tersebut seharusnya memfokuskan untuk satu ruangan sahaja. Misalnya, ruang bilik tidur. Ruang ini boleh dipelbagaikan lagi dengan meletakkan objek-objek yang terdapat dalam bilik tidur seperti katil, almari, bantal dan sebagainya. Kanak-kanak juga dapat memahami dengan
lebih
mudah
melalui
objek-objek
yang 22
konkrit
sekaligus
dapat
menambah
perbendaharaan kata mereka berkenaan objek yang terdapat di dalam sebuah bilik tidur. Seterusnya, pemilihan warna yang sesuai juga perlu untuk merangsang kreativiti dan menarik perhatian kanak-kanak untuk fokus tentang apa yang ingin dipelajari.
23
Refleksi Persembahan 4 – Nyanyian solo
Gambar 12: Persembahan nyanyian solo – Fall For You
Pada 6 Februari 2017 iaitu bersamaan dengan hari Isnin, kumpulan PAKK dan PML telah diberi tugasan untuk mempersembahan satu aktiviti iaitu persembahan nyanyian solo dengan iringan alat muzik seperti gitar. Lagu yang dipilih adalah bebas dan bertemakan lagu orang dewasa. Aktiviti ini telah diberikan untuk dilaksanakan pada 9 Februari 2017 (Khamis) bertempat di Makmal Pemulihan IPG Kampus Tawau. Sebelum mempersembahkan nyanyian tersebut, saya telah memilih lagu ‘Fall For You’ yang pernah dipopularkan olah penyanyi Secondhand Serenade untuk dipersembahkan secara solo dengan menggunakan iringan alat muzik gitar. Dalam melakukan aktiviti nyanyian solo ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti. Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang melaksanakan persembahan ini ialah keberanian diri untuk mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan. Sebelum ini, saya mengakui bahawa saya belum pernah mempunyai pengalaman untuk membuat persembahan nyanyian solo di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapun, dengan adanya keyakinan dalam diri, maka saya berani untuk mencuba dan berusaha untuk melakukan persembahan nyanyian solo di hadapan pensyarah dan juga rakan-rakan dengan sebaik mungkin. Seterusnya, saya juga mendapati bahawa pemilihan lagu yang saya lakukan juga adalah sesuai dengan vokal suara saya yang rendah. Hal ini kerana lagu yang dipilih adalah bersifat sentimental dan tidak memerlukan not suara yang tinggi untuk dinyanyikan. Malah, lagu yang saya pilih juga adalah lagu Bahasa Inggeris yang mana ia membantu saya untuk meningkatkan 24
perbendaharaan kata selain dapat meningkatkan keyakinan untuk mencuba menyanyikan lagu dengan sebutan yang betul dan boleh difahami oleh orang lain. Kekuatan lain yang saya dapati semasa melakukan persembahan nyanyian solo ini ialah saya dapat bekerjasama dengan baik dengan pemain gitar iaitu Dg Nina Farinie dalam menyesuaikan irama lagu dengan iringan bunyi gitar dalam nyanyian tersebut. Hasilnya, lagu yang dinyanyikan menjadi harmoni dan menarik. Bukan itu sahaja, rakan-rakan yang lain turut memberi kerjasama dan bantuan kepada saya dalam membuat pemilihan lagu dengan tepat dan juga semasa menjalani latihan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dalam persembahan nyanyian solo ini. Antara kelemahan tersebut ialah saya kurang berkeyakinan untuk menyanyi di hadapan. Hal ini menyebabkan saya tidak mempunyai kontak mata dengan audiens iaitu pensyarah dan rakan-rakan. Selain itu, saya juga berasa gementar dan malu semasa berada di hadapan audiens sebelum memulakan persembahan. Hal ini juga telah menyebabkan saya terlupa serangkap lirik sehingga menjadikan lagu tersebut dinyanyikan dalam masa yang singkat. Oleh itu, saya perlu berusaha untuk lebih yakin membuat persembahan di hadapan dan memperbaiki kelemahan tersebut sekiranya diberi peluang pada masa yang akan datang. Melalui kelemahan yang telah dikenalpasti, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan iaitu membuat latihan dengan lebih kerap agar persembahan yang dilakukan akan menjadi lebih baik daripada persembahan seterusnya. Hal ini kerana melalui pengulangan dan latihan secara kerap, maka persembahan yang ingin dipersembahkan akan menjadi lebih baik. Latihan juga boleh dilakukan dengan bimbingan dan bantuan daripada rakan yang lebih arif tentang nyanyian agar pemilihan lagu dan gaya persembahan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan menarik. Bukan itu sahaja, saya juga perlu meningkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan audiens agar perasaan gementar tidak terlalu menguasai diri sehingga menyebabkan berlakunya kecacatan pada persembahan. Saya juga perlu membiasakan diri untuk berkomunikasi di hadapan orang ramai agar tidak mudah berasa kekok untuk membuat persembahan di hadapan umum. Malah, sifat berani dan semangat dalam diri untuk melawan perasaan gemuruh perlu ditanam dan dipertingkatkan agar mudah untuk melakukan persembahan dengan lancar dan berasa seronok. Oleh itu, melalui kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti, maka cadangan penambahbaikan ini perlu dipraktikkan agar kelemahan tersebut dapat diatasi.
25
Refleksi Persembahan 5 – Persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif menggunakan alat perkusi
Gambar 13 : Persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif menggunakan alat perkusi - kastenet
Pada 2 Mac 2017 iaitu bersamaan dengan hari Khamis, kumpulan PAKK dan PML telah diberikan tugasan untuk melakukan persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif menggunakan alat perkusi. Sebelum melaksanakan persembahan ini, kami telah diminta untuk memilih satu lagu moden dan mengubahsuai lirik lagu tersebut menjadi irama lagu kanak-kanak berdasarkan irama yang sedia ada. Oleh itu, kumpulan saya telah memilih lagu moden yang bertajuk ‘Rentak Laguku’ yang dipopularkan oleh penyanyi asal iaitu Bunkface. Lagu ini dipilih dan liriknya dicipta menjadi lirik yang baharu, manakala iramanya pula telah diubahsuai menjadi irama lagu kanak-kanak yang bertajuk ‘Gerakkan Badanmu’. Setelah lirik lagu dicipta mengikut irama lagu tersebut, kami diminta untuk memilih alat perkusi yang sesuai untuk dipersembahkan bersama dengan lagu ‘Gerakkan Badanmu’. Kumpulan saya telah memilih alat perkusi yang terdiri daripada kayu tik-tok, kastanet dan juga kerincing. Seterusnya, kumpulan saya akan mempersembahkan lagu ‘Gerakkan Badanmu’ dengan iringan alat muzik perkusi sambil melakukan pergerakan kreatif yang berkaitan dengan lagu yang telah diubahsuai. Dalam melaksanakan aktiviti ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat saya kenal pasti.
26
Antara kekuatan yang telah dikenal pasti dalam melaksanakan aktiviti ini ialah saya berhasil untuk mencipta lirik lagu dalam masa yang singkat. Malah, pemilihan lagu juga adalah rancak dan menarik. Lagu yang kami telah pilih ialah ‘Rentak Laguku’ dan telah diubahsuai liriknya sehingga menghasilkan lagu yang baharu iaitu ‘Gerakkan Badanmu’. Lagu ini merupakan lagu yang rancak dan sangat menarik untuk dipersembahkan kerana ia sangat seronok, menghiburkan dan mudah dihafal. Oleh itu, penciptaan lirik lagu yang mudah diingat dan diikuti ini juga sangat sesuai jika dipersembahkan dan diaplikasikan kepada kanak-kanak prasekolah kerana lagu ini rancak, mudah untuk dihafal dan lirik yang berulang-ulang. Seterusnya, kumpulan saya juga telah menggunakan alat perkusi yang pelbagai dan sesuai dengan rentak lagu yang telah dihasilkan. Saya telah memilih kastanet, manakala ahli kumpulan saya yang lain telah memilih alat perkusi kayu tik-tok dan kerincing. Melalui pemilihan alat perkusi yang pelbagai ini, maka persembahan lagu akan menjadi menarik kerana terdapat penggabungjalinan antara alat perkusi dan irama lagu yang telah dihasilkan. Kekuatan lain yang saya dapati dalam melaksanakan persembahan ini adalah kerjasama yang kuat antara ahli kumpulan. Kerjasama ini dapat dilihat melalui kata sepakat yang dihasilkan bermula daripada proses pemilihan lagu, pengubahsuaian irama, penciptaan lirik yang baharu, pemilihan alat perkusi, pergerakan kreatif sehinggalah kepada persembahan. Saya dapat bekerjasama dalam ahli kumpulan dengan baik dan boleh bertoleransi antara satu sama lain. Selain itu, saya juga dapat mempersembahkan nyanyian dan pergerakan kreatif tersebut dengan yakin, ceria dan bersemangat sesama ahli kumpulan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti dalam merancang aktiviti persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif ini. Antaranya ialah kumpulan saya kurang kreatif dalam menghasilkan pergerakan dalam persembahan tersebut. Hal ini dapat dilihat kerana pergerakan yang kami lakukan hanya pergerakan setempat sahaja. Kami tidak menggunakan ruang yang sedia ada untuk bergerak dengan lebih bebas sambil membuat persembahan. Perkara ini juga adalah disebabkan oleh perasaan gemuruh yang hadir dalam diri. Walaupun kumpulan saya telah membuat latihan pergerakan dengan baik, tetapi ianya tidak berjalan dengan lancar semasa mempersembahkannya dek kerana perasaan gementar semasa membuat persembahan. Oleh itu, pergerakan kreatif tersebut kurang diaplikasikan dalam persembahan yang telah dirancang. Justeru, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan persembahan yang ingin dilaksanakan dapat berjalan seperti yang dirancang. Penambahbaikan ini boleh dilakukan 27
dengan menerapkan lebih banyak pergerakan bagi menghasilkan persembahan yang kreatif dan menarik. Pergerakan tersebut boleh dipelbagaikan dan tidak hanya bersifat setempat sahaja. Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor perlu digabungkan agar persembahan ini lebih menarik dan menyeronokkan. Selain itu, pemilihan lagu yang telah diubahsuai juga perlu bersesuaian dengan tahap kanak-kanak kerana lagu kanak-kanak akan memudahkan murid untuk mengikuti aktiviti tersebut dengan mudah. Malah, mereka juga akan mudah untuk menggunakan alat perkusi kerana ia sudah disesuaikan dengan penghasilan lagu yang baharu tersebut.
28
TUGASAN 4 – KIT PERSEMBAHAN
1. Kit Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan
29
2. Bahan untuk Elemen Seni Visual
Bahan untuk membuat boneka jari
Bahan untuk membuat kaedah capan
Bahan: Warna air, palet, kain felt, kertas A4, pita pelekat, gunting, kertas warna
30
3. Bahan untuk Elemen Seni Muzik dan Pergerakan : Cakera Padat Tajuk klip video lagu: Fing er Family S ong s – Wild Ani mals
31
4. MANUAL PENGGUNAAN Tajuk : Kit Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan Standard Kandungan :
KE 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik
Standard Pembelajaran :
KE 1.3.1 Melakukan pergerakan berdasarkan lirik lagu
Bahan kit pembelajaran:
Cakera padat (CD)
Boneka jari haiwan
Pelekat bergambar haiwan
Kertas A4
Warna air
Langkah penggunaan: 1. Pasangkan CD untuk menonton klip video lagu yang bertajuk ‘Finger Family Songs – Wild Animals’ 2. Menonton klip video tersebut sambil menyanyi dan membuat pergerakan berdasarkan video yang ditayangkan. 3. Masukkan boneka jari haiwan pada jari-jari bagi mewakili setiap haiwan yang disebut. Contohnya, pada lirik lagu: ‘Cheetah finger (2x), where are you?’ (masukkan boneka jari ‘cheetah’ pada ibu jari) 4. Ulang langkah tersebut sehinggalah boneka jari tersebut dimasukkan ke jari yang terakhir iaitu jari kelingking. 5. Selepas menonton klip video, sediakan bahan untuk membuat capan. 6. Bancuhkan warna air. 7. Sapu warna air pada tangan. 8. Capkan tapak tangan pada kertas A4. 9. Tampal pelekat haiwan pada cap jari-jari yang telah dihasilkan 10. Pamerkan hasil kerja tersebut di dalam bilik darjah.
32
RUJUKAN Berk, L.E. (2009). Child development (8 th ed). Pearson Education: Allyn & Bacon. Choong, L.K. (2012). Murid dan alam belajar (2 nd ed). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd, Hartini Kana, dan Sunizah Ali. (2015). Seni dalam pendidikan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003). Creativiiy and the arts with young children . USA: Thomson Learning Inc. Lew, M.M., Norliza Jaafar, & Norulazilah Md Nordin. (2015). Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2011). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Open University Malaysia. (2007). HBEF1403 Seni dalam pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001).
Teori Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Putri Zabariah, Bustam Kamri, & Raja Hamizah. (2008). Tadika berkualiti . Kuala Lumpur : PTS Rajendran, N.S. (2011). Kaitan teori otak dan kemahiran berfikir. Dimuat turun pada 1 April 2017 dilaman web: http://hebatfikir.blogspot.my/2011/12/kaitan-teori-otak-dan-kemahiran.html
33