1
Isi Kandungan
BIL
TAJUK
MUKA SURAT
Pendahuluan
2
Bahagian 1: Senario Pengajaran Pembelajaran
3 - 5
Bahagian 2: Masalah mengikut Teori Pembelajaran dan Teori Perkembangan
6 - 12
Bahagian 3: Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran
13 – 16
Pendahuluan
Pembelajaran dan personaliti tidak dapat dipisahkan. Seseorang pendidik, ibu bapa dan pelajar itu sendiri perlu mengetahui dengan lebih dalam berkenaan teori pembelajaran dan personaliti untuk memudahkan mereka memahami bagaimana proses pembelajaran itu berlaku. Teori-teori pembelajaran mendedahkan kepada kita secara umumnya bagaimana pembelajaran mengambil tempat dalam kehidupan individu sama ada dalam institusi pendidikan formal atau institusi pendidikan tidak formal.
Selain itu, perkaitan tentang psikologi pembelajaran dan perubahan tingkah laku, seseorang pendidik juga perlu mengkaji faktor-\faktor yang menyediakan suasana pembelajaran yang berlaku. Gaya pembelajaran juga perlu dikaji kerana gaya pembelajaran dimiliki oleh pelajar secara individu.
Diharapkan berpandukan teori yang dikaji dalam tugasan ini akan dapat membantu guru dalam mengatasi masalah pembelajaran murid dan meningkatkan minat belajar murid.
Bahagian 1: Senario Pengajaran Pembelajaran
Pembelajaran merupakan proses yang berlaku di sepanjang hayat seseorang manusia. Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Guru biasanya akan sedaya upaya untuk mengajar supaya murid dapat memahami dan mengikuti pengajaran yang ingin disampaikan. Walau bagaimanapun, pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan dan kemahiran semata-mata. Perkembangan sikap, emosi nilai dan estetika dan kesenian serta ciri-ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.
PengajaranPembelajaran Guru Murid
Pengajaran
Pembelajaran
Pemindahan Ilmu
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan maklum balas. Tujuannya adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Keberkesanan pengajaran pula diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pengajaran yang telah dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan.
Dengan proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan tingkah laku yang berlaku dapat dikesan dengan jelas dengan membuat analisis terhadap murid-murid. Ianya merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk kemajuan diri sendiri dan persekitan mereka.
Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tugas seorang guru sangat berat untuk mengendalikan sebuah proses yang berkesan dan bermakna. Dengan itu seseorang guru itu perlu peka dan bijak mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan dengan baik. Namun begitu berbagai-bagai masalah yang akan dihadapi kerana faktor perbezaan individu pada setiap murid.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, pelajar tidak boleh menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran. Mereka lebih gemar membuat bising atau melakukan kerja lain yang mengganggu pengajaran. Kemungkinan pelajar ini belum bersedia untuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor kesediaan termasuklah kesediaan kognitif, afektif, dan juga psikomotor pelajar tersebut.
Pelajar-pelajar tersebut kemungkinan hilang minat untuk belajar adalah disebabkan oleh faktor guru. Sikap guru yang dianggap keterlaluan dalam pengajaran menyebabkan pelajar menjadi bosan dan benci untuk meneruskan pembelajaran. Dengan ini pelajar lebih gemar membuat kerja mereka sendiri. Sikap guru yang keterlaluan memarahi pelajar akan menyebabkan pelajar itu akan berasa sedih dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.
Beban kerja sekolah yang diberikan oleh guru antara salah satu faktor menyebabkan masalah pengajaran pembelajaran berlaku. Pelajar akan malas untuk hadir ke sekolah kerana takur dimarahi oleh guru tertentu.
Faktor lain yang berkemungkinan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran adalah latar belakang pelajar itu sendiri. Pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang serba kekurangan sudah pasti akan menyebabkan pelajar itu malas untuk ke sekolah. Keluarga pelajar tersebut mungkin tidak boleh menyediakan kemudahan yang lengkap untuk mereka mengikuti proses pembelajaran di sekolah. Dengan ini perasaan rendah diri mereka akan menyebabkan mereka akan menjadi kurang yakin dan lemah dalam mengikuti persekolahan mereka. Ibu bapa mereka juga tidak mengambil berat tentang persekolahan anak-anak mereka dan hanya memenuhi keperluan asas seperti makan, tidur dan pakaian sahaja. Seterusnya sikap begini akan menyebabkan pelajar tersebut akan menjadi semakin jauh dari perasaan untuk menimba ilmu.
Contohnya di sekolah saya sendiri, Sekolah Kebangsaan Batu Unjur Klang, Selangor merupakan sekolah yang majoritinya terdiri daripada pelajar Sabah. Mereka berasal dari keluarga yang agak susah dan tinggal di kawasan pangsapuri di sekitar sekolah. Disebabkan kesusahan di negeri sendiri mereka telah berhijrah di semenanjung untuk mencari peluang pekerjaan. Persekitaran sekolah dan tempat tinggal yang tidak sesuai untuk pembesaran diri pelajar tersebut menyebabkan pelbagai masalah yang dialami sekolah kami mengendalikan pelajar-pelajar ini. Akibat kesusahan yang dialami oleh keluarga pelajar-pelajar ini maka keluarga mereka tinggal beramai-ramai dalam satu rumah. Situasi ini banyak menimbulkan masalah kepada pelajar tersebut. Dan amat tidak sesuai dalam perkembangan minda mereka.
Bahagian 2: Masalah mengikut Teori Pembelajaran
Saya merupakan seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur Klang, Selangor. Sekolah ini merupakan sekolah yang majoritinya terdiri daripada pelajar-pelajar Sabah. 80% adalah terdiri adalah pelajar Sabah. Keluarga mereka berhijrah ke semenanjung untuk mencari peluang kerja. Mereka menyewa di sekitar sekolah dan tinggal beramai-ramai dalam satu rumah untuk mengurangkan beban membayar sewa rumah. Senario begini banyak menimbulkan masalah kepada pelajar itu kerana suasana pembelajaran yang tidak kondusif. Sekaligus pelajar ini akan tidak berminat untuk pergi ke sekolah kerana tugasan yang diberi oleh guru tidak dapat disiapkan kerana suasana yang agak kecoh di rumah.
Akibat senario begini, bermacam-macam masalah yang dialami oleh guru-guru untuk menangani mereka. Dengan kerja rumah yang tidak disiapkan, peralatan yang tidak cukup, malas, suka bermain dan membuat bising dalam kelas sudah pasti menganggu proses pembelajaran. Mereka juga seperti tidak berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka lebih gemar bermain.
Pelajar-pelajar ini juga agak selekeh apabila pergi ke sekolah. Baju seragam sekolah yang agak kotor menunjukkan bagaiman kehidupan mereka di rumah. Rupa yang agak comot dan tidak terurus sudah pasti mengganggu proses pembelajaran mereka kerana berasa tidak selesa.
Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan impak yang sangat besar dalam proses pengajaran pembelajaran. Suasana tidak bersedia pelajar itu sendiri sudah pasti akan menyebabkan mereka tidak boleh menguasai pembelajaran dalam kelas. Tumpuan mereka juga hilang semasa guru mengajar.
Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner
Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner. Teori ini telah dikemukan oleh Bronfenbrenner (1979), yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisasi. Di mana beliau melihat persekitaran ekologikal manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks di mana individu itu berinteraksi. Dalam teori ini, beliau telah membahagikan kepada 5 sistem, iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono. Sistem ini sangat berhubung kait antara satu dengan lain sebagai tempat di mana individu itu berkembang.
Sistem mikro
Sistem mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu. Sebagai contoh sistem mikro bagi kanak-kanak sekolah rendah ialah persekitaran rumah dan bilik darjahnya. Dalam kes tersebut, pelajar lebih cenderung dengan kawasan persekitarannya. Mereka akan melihat dan merasai sendiri kehidupan mereka di rumah.
Sistem Meso
Sistem Meso merujuk kepada hubungan antara individu dengan individu yang lain dalam persekitaran di mana individu itu berkembang. Sebagai contoh, sistem meso bagi seorang kanak-kanak ialah hubungan antara rumah, sekolah dan jiran.
Mereka akan terdedah dengan apa sahaja yang mereka lihat, dengar dan rasa sendiri. Persekitaran dan hubungan di antara individu yang dikenali mereka sangat memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk sahsiah dan perkembangan mental mereka.
Sistem Ekso
Sistem ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi peristiwa yang berlaku di dalam persekitaran. Menurut kes ini tadi, persekitaran tempat tinggal yang terlampau sempit dan terlalu ramai tentu menyukarkan dan sekaligus akan menyebabkan peristiwa-peristiwa yang tidak diingini berlaku. Kemungkinan berlaku pergaduhan dalam keluarga lain yang tinggal sebumbung. Sudah pasti ini akan menjejaskan perkembangan mental pelajar itu sendiri.
Sistem Makro
Sistem makro ialah persekitaran yang abstrak dan merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi yang mendokong sesuatu budaya. Dalam kes tadi, jelaslah bahawa pelajar-pelajar tersebut akan mempelajari sesuatu budaya dewasa yang tidak seharusnya mereka pelajari atau ketahui pada usia yang agak muda. Persekitaran yang agak kacau bilai di rumah sudah pasti akan meyemakkan otak pelajar ini dan sudah pasti mereka akan mengambil jalan mudah dengan melepak di luar rumah. Budaya ini sudah pasti menjadi suatu momentum yang negatif dan akan menjejaskan perkembangan mental positif pelajar tersebut.
Sistem Krono
Sistem krono merujuk kepada pola peristiwa dan transisi yang berlaku di dalam
persekitaran individu di sepanjang hayatnya. Elemen masa memainkan
peranan penting di dalam sistem ini. Dalam kes ini, masa yang agak panjang
di rumah menyebabkan pelajar itu sendiri berasa sangat bosan. Mereka akan
keluar untuk bermain di luar rumah. Keadaan persekitaran yang agak berserabut
dan banyak kenderaan, penjenayah-penjenayah sudah pasti akan merbahaya
kepada pelajar itu.
Huraian Lain Teori Pembelajaran Dan Teori Perkembangan
Teori Perkembangan Robert Havighurst
Havighurst telah menyenaraikan 42 tugas perkembangan di dalam kehidupan seseorang individu. Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.
Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal. Jika seseorang individu dapat mencapai tugas perkembangan, dia akan berasa berjaya dan gembira. Sebaliknya jika dia gagal mencapai tugas perkembangan, dia akan berasa kecewa dan menerima pandangan rendah daripada ibu bapa dan orang yang dikenali dalam hidupnya.
Contohnya pada tahap sekolah rendah lagi kanak-kanak peelu menguasai kemahiran komputer. Tapi sekiranya yang berlaku kepada kanak-kanak seperti dalam kes, sudah pasti pelajar itu akan berasa sangat kecewa dan sudah pasti akan berasa gagal dalam hidup mereka. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh kesusahan yang ditanggung oleh keluarga yang tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sekolah sudah pasti akan menyebabkan pelajar itu sendiri akan berasa amat sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran yang mungkin mereka sukai.
Hal ini sudah pasti akan menyebabkan pelajar itu mundur dari segi minat dan apa lagi mental mereka. Pembelajaran mereka sudah pasti terjejas kerana faktor keluarga yang tidak mampu untuk menyempurnakan keperluan yang seharusnya mereka nikmati disebabkan oleh kekurangan dari segi kewangan. Maka banyaklah perkara yang mereka rasa lebih menarik yang mereka lakukan contohnya melepak di luar rumah bersama-sama dengan kawan-kawan lain yang mengalami masalah yang sama dengan mereka. Perbuatan dan tabiat mereka ini terbawa-bawa ke sekolah dan mengganggu pengajaran guru. Sikap mereka yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran sudah pasti akan mendatangkan masalah kepada semua pihak selain diri pelajar itu sendiri.
Teori Pembelajaran Sosial (Bandura)
Teori pembelajaran sosial ini telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986,1977,1998,2000). Teori ini telah digantikan dengan nama 'Teori Kognitif Sosial'. Teori ini menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Faktor kognitif mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya. Manakala faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut. Dengan ini bolehlah disimpulkan bahawa pelajar tersebut meniru individu yang berdekatan dengannya.
Teori pembelajaran sosial mengganggap manusia sebagai mahkluk yang aktif, boleh membuat pilihan sendiri, dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Manusia saling memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.
Albert Bandura, (1925) telah mengemukan "Model determinisme Timbal Balik" dan "Teori Pembelajaran Peniruan".
Model Determinisme Timbal Balik
Model ini mengandungi tiga faktor utama, iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran. Faktor-faktor ini salin berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Menurut beliau perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri (kognisi) dan persekitaran.
Dalam kes ini, pelajar yang bermasalah tadi sudah pasti akan cepat terjerumus dengan perkara-perkara yang negatif yang mereka lihat di luar. Melepak dengan kawan-kawan yang sudah dewasa sudah pasti akan menyebabkan mereka akan berlagak seperti mereka sudah cukup dewasa untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti orang yang sudah cukup dewasa. Aktiviti merokok sudah cukup membuktikan mereka telah meniru aksi orang luar yang mereka lihat. Mereka tidak segan silu untuk merokok di khalayak ramai walaupun perkara itu salah. Ibu bapa mereka tidak boleh mengawal anak-anak mereka kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja. Jelaslah di sini bahawa Teori Sosial Bandura amat ketara dalam diri pelajar ini.
Teori Pembelajaran Peniruan
Dalam kajian bersama Walter (1963) ke atas perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa mengetuk, memukul dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk sambil menjerit-jerit 'sockeroo'. Bandura pula menyuruh kanak-kanak tersebut ke bilik permainan yang terdapat patung seperti Bobo, mereka juga melakukan perkara yang sama seperti video yang mereka tonton tadi. Menurut Bandura, apabila tingkah laku seseorang ditiru, secara spontan orang yang ditiru itu dipanggil sebagai model kepada si peniru.
Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.
Seperti dalam kes, pelajar itu meniru aksi orang di sekelilingnya seperti melepak atau merokok. Mereka juga suka bercakap dan membuat bising kerana sudah biasa dengan keadaan di rumah yang bising dan tiada peraturan seperti di dalam kelas. Disebabkan itulah pelajar itu tidak boleh mengawal diri mereka untuk mengganggu rakan-rakan lain yang ingin belajar. Meraka dengan ini akan melakukan aktiviti lain dan mengabaikan kerja yang guru berikan.
Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
Contohnya, pelajar ini menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam kelas, sudah pastilah guru akan memarahi mereka. Jadi perlakuan mereka itu merupakan perlakuan sekatlakuan. Seperti dalam kes, pelajar itu membuat bising dan menjerit serta menggunakan bahasa-bahasa kesat sudah pasti akan dimarahi guru. Mereka mengganggu proses pengajaran guru dan pembelajaran rakan-rakan lain. Suasana kelas yang bising sudah pasti sukar dikawal dan menyebabkan rakan-rakan lain hilang tumpuan untuk belajar dan membuat bising bersama-sama. Kesalahan mereka ini perlu dikawal agar tidak terus berlarutan.
Proses tiruan melalui elisitasi timbul apabila kita melihat perlakuan orang
lain.
Seperti dalam kes, keinginan kita untuk meniru timbul setelah melihat oran g lain melakukan aksi atau suatu perbuatan dikira agak menarik. Maka timbullah keinginan untuk melakukan perkara yang sama. Contohnya aktiviti bermain semasa dalam kelas. Pelajar tadi akan menimbulkan minat rakannya yang lain yang melihatnya bermain sesuatu. Pada masa itu dia membuat kapal terbang menggunakan kertas semasa saya mengajar. Rakan di sebelahnya pun membuat perkara yang sama. Dengan ini mereka langsung tidak menumpukan perhatian dalam pembelajaran yang saya ajar. Saya memarahi mereka dan mengenakan denda supaya mereka berdiri di atas kerusi. Perlakuan mereka tadi berjaya dikawal kerana rakan-rakan mereka yang lain berasa takut untuk melakukan perkara yang sama. Mungkin kerana perasaan malu kerana dilihat oleh rakan-rakan lain.
Menurut teori pelaziman operan Skinner pula, dendaan adalah satu tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan terbahagi kepada dua iaitu, dendaan persembahan dan dendaan penyingkiran. Dendaan persembahan adalah dendaan yang dilakukan untuk menakutkan murid agar tidak mengulangi perkara yang sama contohnya berlari pusing padang. Dendaan ini tidak melibatkan fizikal hanya bertujuan untuk menakutkan murid itu. Manakala dendaan penyingkiran pula, berkaitan dengan penyingkiran ransangan. Contohnya menarik balik kemudahan apabila seseorang murid itu tidak berkelakuan betul. Maka dengan mengikut pengajaran guru itu tadi menujukkan bahawa dendaan persembahan telah digunakan untuk bertujuan untuk menakutkan murid yang bermasalah tadi.
Bahagian 3: Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori pembelajaran
Implikasi Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner
Andaian: Pengaruh persekitaran membuat pelajar tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas.
Implikasi pengajaran: Wujudkan persekitaran kelas yang mesra bersama guru dan rakan-rakan contohnya sering mengadakan aktiviti bertanya khabar atau bertanya perkara yang pelajar-pelajar lakukan sepanjang hari di rumah. Mungkin dengan cara ini akan mewujudkan pelajar tersebut senang untuk berada di sekolah kerana rasa disayangi dan diambil berat.
Contoh: Sekiranya guru memang telah sedia maklum tentang latar belakang pelajar itu maka guru mengambil inisiatif untuk mendekatkan diri guru kepada pelajar itu dan memberikan lebih perhatian kepadanya agar pelajar itu rasa dihargai dan memberi pujian sekiranya murid itu membuat sesuatu perkara dengan baik. Berilah tugas-tugas penting kepadanya supaya dirinya berasa sangat bertanggungjawab. Mungkin dengan cara ini pelajar itu akan mengubah persepsi dirinya sebelum ini kepada dirinya yang lebih positif.
Menurut teori pelaziman operan Skinner pula, peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan perlakuan itu diulangi. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan skinner, iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Mengikut pengajaran yang guru tadi jalankan, menunjukkan bahawa terdapat peneguhan positif telah digunakan. Peneguhan positif menyebabkan perlakuan itu diiulangi dan diperkuatkan lagi.
Tingkah Laku
Kesan/Akibat
Tingkah laku Masa Hadapan
Pelajar membantu guru membawa buku.
Guru memuji pelajar.
Pelajar merasa bangga dan dihargai.
Implikasi Teori Perkembangan Robert Havighurst
Andaian: Faktor persekitaran contohnya kemiskinan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar.
Implikasi pengajaran: Memberikan ceramah atau kursus motivasi kepada pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar.
Contoh: Apabila ibu bapa pelajar mengalami masalah kewangan, sudah pasti ini akan membawa kesan kepada pelajar itu sendiri. Hal ini kerana banyak keperluan pelajar itu tidak mampu dipenuhi oleh ibu bapanya. Guru perlulah lebih peka dan memberi masa untuk ibu bapa menjelaskan contohnya yuran sekolah untuk ibu bapa menjelaskan secara ansuran. Selain itu, pihak sekolah bolehlah mengadakan kursus motivasi dan ceramah kepada pelajar ini tentang kesusahan orang lain agar mereka sedar bukan mereka sahaja yang mengalami nasib seperti itu. Dengan ini mereka tidak akan berasa rendah diri dan sedar bahawa ada lagi insan yang mengalami nasib yang lebih susah daripada mereka.
Implikasi Teori Pembelajaran Peniruan (Bandura)
Andaian: Pengaruh persekitaran tempat tinggal mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.
Implikasi pengajaran: Wujudkan sesi pengajaran yang menarik contohnya belajar sambil bermain.
Contoh: Apabila pelajar selalu ponteng ke sekolah mungkin disebabkan mereka berasa bosan untuk belajar. Ini mungkin disebabkan oleh sesi pengajaran guru yang hampir sama setiap hari. Pelajar ini sudah terbiasa hidup bebas dan bermain, maka mereka ingin menjalani perkara yang sama di dalam kelas. Dengan ini guru bolehlah mengadakan aktiviti pengajaran yang lebih berfokus kepada belajar sambil bermain. Mungkin guru boleh mengagihkan pelajar itu ke dalam kumpulan dan memberi pen dan kad manila dan membiarkan mereka melakar sendiri aktiviti mengikut arahan guru. Dengan ini mereka akan berasa seronok dan terhibur. Guru juga bolehlah menyuruh pelajar itu membentangkan ke hadapan kelas hasil kerja mereka. Guru perlulah memberikan pujian untuk memberi peneguhan kepada mereka. Mereka sudah pasti berasa bangga dengan diri mereka dan dengan ini sudah pasti mereka akan seronok untuk menghadirkan diri ke sekolah.
Menurut teori pelaziman operan Thorndike pula, bahawasanya hukum pembelajaran terbahagi kepada 3, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Dengan cara pengajaran guru itu tadi jelaslah menunjukkan terdapat penggunaan teori thorndike iaitu hukum kesan di mana kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas. Perubahan dalam pengajaran guru telah menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori pembelajaran mengikut SWOT ANALYSIS
Strength (Kekuatan)
Weaknesses (Kelemahan)
Opportunity (Peluang)
Threat (Ancaman)
Guru-guru di sekolah merupakan guru yang berpengalaman.
P & P dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
Setiap minggu kelas tambahan diajar kepada murid.
Bahan-bahan pembelajaran disediakan mengikut sukatan terkini.
Bengkel atau seminar diadakan untuk murid.
Unit Bimbingan dan Kaunseling diadakan untuk murid-murid.
PIBG memberi sumbangan.
Terdapat murid-murid yang tidak serius untuk belajar.
Murid tidak peka tentang kerja-kerja rumah yang diberi oleh guru.
Peranan ibu bapa dalam memantau kerja yang diberi guru.
Kehadiran kelas tambahan tidak menggalakkan.
Tidak atau kurang berminat dengan aktiviti keagamaan
Kurang perhatian daripada ibu bapa.
Ramai murid Sabah yang kurang kemahiran belajar datang dari Sabah. (Teori Ekologi
Bronfenbrenner
Memperbanyakkkan motivasi kepada murid.
(Teori Thorndike)
Tindakan sewajarnya kepada murid yang bermasalah.
Memberi peneguhan dan pengiktirafan kepada murid yang baik dalam pelajaran dan sikap. (Teori Skinner)
Peratus yang akan menurun.
Merosak
peratus sekolah.
Kurang keyakinan daripada ibu bapa terhadap kebolehan guru-guru.
Guru dibebani dengan tugasan luar.
Menyukarkan guru untuk memulihkan murid yang terlalu lemah kerana ada yang tiada langsung kemahiran belajar.
Kesimpulan:
Melalui kajian ini dapatlah kita simpulkan bahawa pelbagai masalah yang berkaitan dengan pembelajaran murid-murid. Sebagai guru kita haruslah meneroka pelbagai alternatif untuk membaiki sistem pengajaran kita.
Anak-anak adalah anugerah yang sangat berharga. Maka bekalkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang banyak untuk bekalan mereka di masa akan datang.
Selain itu, melalui tugasan ini dapatlah kita lihat juga bagaimana teori pembelajaran yang boleh dihubungkait dalam pembinaan