Tajuk Proposal Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Masyarakat Melayu : Satu Kajian Kes Di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
1.0 Pengenalan
Penyalahgunaan dadah di Malaysia bukanlah satu perkara baru. Asal-usul masalah dadah yang wujud di negara kita dewasa ini adalah berhubung rapat dengan kemasukan buruh asing dari wilayah Pantai Selatan Negara China dalam pertengahan abad ke sembilan belas yang membawa bersama tabiat menghisap candu. Pada masa itu, menghisap candu dan ganja bukanlah satu masalah yang besar kerana penjajah bergantung kepada pendatang tersebut sebagai tenaga buruh yang murah. Penjajah yang memonopoli perniagaan candu, mendapat hasil yang banyak dari cukai yang dikenakan ke atas perniagaan candu. Rumah penghisap candu kerajaan ( government opium den ) dibuka dan penghisap candu didaftar atau diberikan permit ( Mohd Reduan Aslie, 1990 : 34 ).
Berdasarkan Laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 juta atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada
200 orang) mengambil dadah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih yang dikesan ada empat lagi yang tidak dilaporkan. Jikalau ini benar, maka jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia
1
boleh menjadi sejuta orang berbanding hanya 250,000 yang dilaporkan. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula mendapati, kebanyakan
penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara 19-39 tahun.
Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri. Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah yang telah
2
disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama ( Buletin National Anti Drugs Agency: 2008 ).
Memandangkan ancaman dadah semakin serius dan langkah-langkah yang diambil selama ini tidak begitu berkesan, pada 19 Februari 1983, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Anti Dadah Kebangsaan. Dadah juga telah diisytiharkan sebagai musuh utama negara memandangkan implikasinya yang boleh mengganggu gugat kestabilan sesebuah negara. Bagi masyarakat dan negara, masalah penagihan dadah ini bukan sahaja menjadi beban, bahkan segala perancangan yang telah di selia atur mungkin tergendala. Jika masalah ini tidak dibendung, maka segala pelan strategik yang telah dirancang akan menemui jalan buntu dan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Maka dengan ini, kerajaan dan beberapa buah badan sukarela seperti PEMADAM, PENGASIH, PENDAMAI persendirian telah
dan banyak lagi pusat-pusat pemulihan
mengambil tindakan untuk membendung dan
membanteras
ancaman dadah di kalangan masyarakat.
Untuk mengatasi peningkatan masalah penagihan dadah, masyarakat antara bangsa sejak awal kurun ke dua puluh telah merencanakan mekanisma kawalan sedunia secara beransur-ansur untuk menyekat pembekalan dadah. Telah disedari bahawa tiada negara yang boleh berjaya menentang masalah penagihan dan pengedaran dadah secara bersendirian. Kerajaan semakin sedar
3
bahawa
perlunya
ada
kerjasama
dalam
usaha
memerangi
pembuatan,
penagihan dan pengedaran dadah. Walau bagaimanapun, gejala penagihan dadah banyak berlaku di kalangan golongan Melayu berbanding golongan lain yang terdapat di negara ini. Peratus penagihan dadah sehingga Disember 2008 ; etnik Melayu 77.41%, etnik Cina 11.64%, etnik India 8.82%, pribumi Sabah 1.21%, pribumi Sarawak 0.14%, dan etnik-etnik lain 0.67% ( Sumber daripada Statistik Penagihan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia : 2008 ).
1.1 Pernyataan Masalah Kajian
Jahiliyah moden memaparkan perilaku atau tabiat yang lebih buruk dan memudaratkan
daripada
meminum
minuman
yang
memabukkan
iaitu
penyalahgunaan dadah. Pada asalnya dadah yang hanya digunakan dalam bidang
perubatan
moden
dan
tradisional
sebagai
ubat-ubatan
kini
disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai bahan untuk mendapatkan keseronokan. Di mana golongan ini lebih suka berkhayal, tidak sedar diri dan mendedahkan diri mereka kepada penyakit-penyakit berjangkit seperti HIV dan hepatitis. Kebanyakan daripada golongan ini adalah dikalangan bangsa Melayu. Lihat laporan dadah di Malaysia bagi bulan Januari hingga November 2009 dan perbandingannya pada tahun 2008 pada rajah di bawah:
JADUAL 1: Profail penagih dadah mengikut bangsa Bangsa
Januari -
Peratus ( % )
4
Januari-
November 2009
Melayu
November 2008
2,382
82.17
9,106
Cina
270
9.31
1,382
India
204
7.04
1,041
Peribumi Sabah
24
0.83
140
Peribumi Sarawak
4
0.14
15
Lain-lain Bangsa
15
0.52
79
0
0.00
11
2,899
100.00
11,774
Warga Asing Jumlah
(Sumber: Laporan Dadah November 2009 Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia : 2009 )
Secara umumnya sepanjang bulan Jan-Nov 2009, seramai 2,899 orang penagih telah dikesan dan menunjukkan penurunan sebanyak 75.38% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (11,774 orang). Mereka ini terdiri daripada 1,644 orang (56.71%) penagih baru, yang mana berlakunya penurunan sebanyak 70.91% berbanding 5,651 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu. Manakala penagih berulang pula adalah seramai 1,255 orang (43.29%), mengalami penurunan sebanyak 79.50% berbanding tahun sebelumnya (6,123 orang). Secara purata, seramai 5 penagih baru dan 4 penagih berulang telah dikesan setiap hari sepanjang bulan Jan-Nov 2009.
5
JADUAL 2: Perbandingan penagih yang dikesan bagi Jan-Nov 2009 dan 2008 STATUS KES JAN-NOV Peratus (%) JAN-NOV PERBEZAAN 2009
2008
ANTARA 2009 DAN 2008
Penagih Baru
1,644
56.71
5,651
-70.91%
Penagih
1,255
43.29
6,123
-79.50%
2,899
100.00
11,774
-75.38%
Berulang Jumlah
( Sumber : Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan BIONADI : 2009 )
Realitinya, kadar peningkatan penagih-penagih baru yang terdiri daripada golongan Melayu semakin hari semakin meningkat. Mengikut akhbar Utusan Malaysia (2004 : 8) , lebih lapan puluh peratus daripada penagih dadah yang
diberkas oleh pihak berkuasa di seluruh negeri Johor adalah golongan remaja dan belia Melayu. Berdasarkan perangkaan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Johor, lapan puluh peratus daripada 2,462 penagih yang ditangkap pada tahun lalu adalah Melayu, 266 orang dari kaum Cina (10.8 peratus) dan India (5.6 peratus). Masalah ini akan berterusan selagi ada permintaan dan kegiatan mengedar dadah yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ( Utusan Malaysia, 2004 : 8 ).
6
1.2 Objektif Kajian
1.2.1 Antara objektif kajian yang dikenal pasti dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti latar belakang penagih dadah berbangsa Melayu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani. 2. Menerangkan faktor-faktor yang mendorong penagihan dadah dalam kalangan penagih berbangsa Melayu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani. 3. Mengenalpasti jenis-jenis dadah yang digunakan oleh penagih berbangsa Melayu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani. 4. Mengenalpasti keberkesanan program pemulihan yang dijalankan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani.
1.3 Persoalan Kajian
1. Apakah ciri-ciri latar belakang penagih dadah berbangsa Melayu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani? 2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan golongan Melayu dalam masalah penagihan dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani. 3. Sejauh manakah program pemulihan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani berkesan dalam memulihkan penagih dadah?
7
1.4 Definisi Konsep 1.4.1 Dadah
Menurut Kamus Dewan, istilah Drug dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Ia juga diertikan sebagai bahan seperti ganja, heroin, marijuanna dan
sebagainya
yang
merosakkan
atau
membinasakan
orang
yang
menggunakannya secara berlanjutan. Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug , perkataan use, misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug . Manakala dalam bahasa Melayu, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan. Ini bermakna perkataan ‘penyalahgunaan’ atau ‘salahguna’ tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah. Perkataan ‘dadah’ sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan ‘penggunaan’ atau ‘penagihan’ adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dengan dadah ( Kamus Dewan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 259: 1996 ).
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: i.
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
ii.
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.
iii.
Diperolehi secara haram.
8
iv.
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal
v.
Mendatangkan kesan-kesan buruk atau bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
Jadual 3: Jenis dadah, kesan dan contohnya.
Jenis Dadah
Kesan/Tindakan
Contoh
Kumpulan dadah yang boleh
Alkohol,
Depressants
mengurangkan aktiviti sistem saraf
barbiturates,
(Penenang)
pusat.
transquillizers,
Fungsi dadah ini ialah menurunkan
dan
aras rangsangan psikologikal agar
zodiazepines.
•
•
dapat menenangkan fikiran manusia.
Stimulants
•
Berbeza dengan depressants.
Amphetamine,
•
Ia boleh meningkatkan daya tahanan
kokain, nikotin,
dan menjadikan seseorang itu lebih
dan kafein.
(Perangsang)
bertenaga.
•
Opiates
Lebih banyak digunakan untuk
Heroin, morfin
mengurangkan kesakitan serta
dan kodein.
membantu individu supaya tidur dengan lebih nyenyak.
Hallucinogens
(Pengkhayal)
•
Boleh menghasilkan sensasi
Marijuana dan
khayalan yang mempesonakan
LSD.
penggunanya.
9
•
Antara semua jenis dadah yang disebutkan di atas, amphetamine (stimulants) merupakan salah satu jenis dadah yang amat popular dan agak berleluasa penggunaannya di kalangan pemuda pemudi di Malaysia.
(Di petik daripada: Mingguan Malaysia, “Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja”, Ahad, 16 Disember 2007)
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya. Kesan penggunaannya ialah boleh membawa maut jika diambil dalam dos yang berlebihan. Selain itu membawa kepada risiko kemalangan ketika memandu, jangkitan HIV/AIDS, kancing gigi, keracunan darah, hepatitis, merosakkan paru-paru, jantung, otak dan mempunyai kesan buruk ke atas personaliti (Mohd Reduan Aslie, 1990 : 9).
1.4.2 Penagih Dadah
Penagih dadah ialah seseorang yang menggunakan dadah tanpa nasihat dan arahan doktor. Penagih ini mungkin menggunakan dadah dengan cara dimakan, diminum, dihisap, disedut atau disuntik. Ia dikatakan penagih apabila mendapati dirinya merasa gian dan amat sukar untuk meninggalkan tabiatnya. Penagih ini mengambil dadah secara berterusan dari masa ke semasa hingga menyebabkan physical dependence iaitu kesan fizikal ke atas tubuh. Sel-sel tubuh penagih
akan sentiasa atau selalu memerlukan dadah. Apabila penagih cuba berhenti
10
dari menggunakannya, penagih akan berasa kurang sempurna seperti sengal di bahagian otot, lemah-lemah sendi dan tidak bermaya. Akibatnya ia menimbulkan pelbagai kesengsaraan kepada penagih dan membawa masalah kepada masyarakat. Penagih dadah adalah individu yang mempunyai pergantungan yang kuat kepada dadah sebagai keadaan riang yang berbentuk sementara atau kekal, memudaratkan individu, masyarakat atau kedua-duanya. Ia disifatkan sebagai: i.
Keinginan yang kuat, kehendak atau kemestian untuk mengulangi mengambil dadah.
ii.
Semakin sukar untuk menambahkan dos untuk memenuhi kehendak.
iii.
Keadaan fizikal dan emosi yang bergantung kepada dadah.
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 - Pindaan 1998 memberi definisi bahawa seseorang yang dikatakan bergantung kepada dadah adalah seseorang yang melalui pengambilan dadah merbahaya mengalami keadaan jiwa dan kadangkala pada tahap fizikal yang menghasilkan tingkah laku dan lainlain tindakbalas termasuk kemestian mengambil dadah yang berterusan atau mengikut tempoh tertentu untuk mendapat kesan ke atas jiwa dan mengelakkan keadaan tidak selesa tanpanya. Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagihpenagih dadah. Seliaan merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan ke atas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka
11
tidak mengulangi tabiat penagihan mereka (Akta Penagih Dadah , Rawatan dan Pemulihan : 1983).
1.4.3 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik atau PUSPEN merupakan satu usaha Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia dalam proses penjenamaan semula nama Pusat Serenti. Nama PUSPEN itu sahaja sudah mencerminkan usaha pemulihan di mana semuanya bertujuan memajukan diri, meningkatkan keyakinan diri, berdikari, serta pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembinaan jati diri sebagai bekalan selepas dibebaskan suatu hari nanti. Penghuni bukan saja diajar hidup berdisiplin dan bagaimana mengasingkan diri daripada najis dadah secara fizikal dan mental, bahkan mereka juga dilatih tentang strategi mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran hidup dalam mencari rezeki sendiri. Perubahan nama Pusat Serenti kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik atau singkatannya PUSPEN ini melibatkan satu kajian yang dibuat tentang maksud serenti yang tidak pernah wujud dalam kamus Dewan Bahasa. Perubahan ini juga adalah menjurus ke arah satu anjakkan paradigma kepada seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia dan juga masyarakat itu sendiri. Fungsi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik tetap sama malah sedang mengorak langkah ke arah kemajuan dan perubahan yang lebih terkehadapan dari segi
aspek infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan,
modal insan, latihan pengurusan serta program-program pemulihannya ( Ketua
12
Pengarah
Agensi
Antidadah
Kebangsaan
Malaysia
:
2009
).
1.5 Kajian Lepas
Bahagian ini membincangkan tentang penulisan kajian-kajian lepas yang berkaitan tentang masalah penagihan dadah. Salah satu tumpuan kajian ialah latar belakang
penagih dadah yang menyumbang kepada faktor-faktor
penagihan dadah.
Mengikut kajian oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia di mana laporan dadah yang dikeluarkan oleh agensi tersebut bagi tahun 2008, seramai 12,352 orang penagih dadah telah dikesan. Negeri Kedah mendapat kedudukan di nombor dua selepas Kuala Lumpur dalam pengesanan kes baru dan kes berulang iaitu 876 kes baru dan 873 kes berulang. Etnik Melayu merupakan penagih dadah yang teramai dikesan bagi tahun 2008 iaitu sebanyak 9562 orang, diikuti etnik Cina 1438 orang dan etnik India 1090 orang ( Laporan Dadah Agensi Antidadah Kebangsaan : 2008 ).
Penagih dadah yang telah mengalami ketagihan yang teruk akan menggunakan sumber kewangan yang banyak untuk mendapatkan dadah. Oleh itu penagih dadah akan menukar cara pengambilan. Alasan yang sering diberikan oleh penagih dadah apabila mereka bertukar cara pengambilan dadah ialah kerana faktor ekonomi. Salah seorang subjek yang ditemubual mengatakan bahawa selepas beberapa lama mengambil dadah dengan cara chase seorang penagih
13
akan membina ketahanan kepada sesuatu dadah itu dan akan menjadi mahal baginya untuk mengambilnya dengan cara yang sama kerana kuantiti yang lebih banyak diperlukan. Subjek itu melaporkan dia membelanjakan sehingga sebanyak RM 50.00 sehari untuk membeli dadah apabila mengambil dadah secara chase. Apabila penagih ini bertukar kepada cara pengambilan dadah secara menyuntik, hanya RM15.00 dibelanjakan sehari kerana satu suntikan boleh memberi kesan yang lebih panjang (Navaratnam dan Foong, 1996 : 20).
Apabila penagih menghadapi gian yang serius, mereka selalunya kerap menghabiskan sumber kewangan kerana terpaksa membeli dadah. Hampir semua penagih mendapatkan dadah pada peringkat pemulaan dengan percuma tetapi apabila penagih tersebut sukar melupakan dadah tersebut, maka penagih perlu
membeli
mendapatkan
dadah wang.
tersebut
Pada
dengan
waktu
melakukan
tertentu,
penagih
pelbagai heroin
cara yang
bagi sukar
mendapatkan bekalan heroin telah beralih semula kepada penagihan ganja sebagai alternatif
untuk melepaskan gian mereka. Ini adalah kerana mereka
menganggap perubahan kaedah penagihan ini akan dapat melupakan mereka kepada heroin.
Faktor ini berkaitan dengan pengetahuan, sikap dan kepercayaan. Sepertimana dengan lain-lain gejala sosial, masalah penagihan dadah ini disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor. Faktor-faktor ini tidak semestinya bereaksi pada masa yang sama untuk mempengaruhi sesuatu tingkahlaku tetapi sesuatu faktor
14
itu boleh menyumbang kepada tingkahlaku keseluruhan seseorang individu. Faktor-faktor ini dibahagikan kepada faktor individu. Faktor individu terdiri daripada pengetahuan, sikap dan kepercayaan. Kebanyakan pendidikan salah guna dadah berdasarkan premis bahawa tingkahlaku seseorang boleh diubah jika sikap seseorang itu diubah. Sikap boleh digunakan untuk meramalkan fenomena
tingkahlaku.
penglibatannya
dengan
Oleh aktiviti
itu
hubungan
tingkahlaku
tingkahlaku
berisiko
dikaji
penagih untuk
dan
melihat
sejauhmanakah pengetahuan, sikap dan kepercayaan mempunyai pengaruh ke atas tingkahlaku seseorang penagih itu. (Spencer dan Navaratnam : 1977)
Sikap ialah sesuatu yang dipelajari dan sikap dipengaruhi oleh pengetahuan tentang sesuatu objek sikap. Sikap juga merangkumi perasaan seseorang itu terhadap sesuatu objek. Sikap dapat diramalkan berdasarkan reaksi yang mengambarkan satu keadaan yang positif atau negatif tentang sesuatu objek itu. Reaksi ini boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu efektif, kognitif dan niat. Efektif merujuk kepada perasaan seseorang terhadap sesuatu objek, orang, isu dan perkara. Kognitif merujuk kepada pengetahuan, pendapat dan kepercayaan tentang sesuatu objek. Niat merujuk kepada keinginan untuk melakukan sesuatu tingkahlaku atau tingkahlaku yang dicadangkan (Fishbein dan Ajzen : 1975). Pengetahuan, sikap dan kepercayaan seseorang tentang sesuatu perkara tidak boleh diukur secara langsung tetapi perlu berdasarkan fenomena-fenomena yang tidak langsung. Misalnya bahaya ancaman penagihan dadah kepada kesihatan masyarakat tempatan pada masa akan datang. Penagih dadah
15
bereaksi atau tingkahlakunya adalah berdasarkan pengetahuan yang dimilikinya tentang perkara ini. Sikapnya boleh diramalkan berdasarkan perasaan penagih dadah apabila membincangkan perkara ini dan pernyataan yang dibuat berdasarkan keseriusan masalah ini (komponen kognitif). Kepercayaan tentang sesuatu objek adalah berdasarkan kepada maklumat yang dimiliki tentang sesuatu objek. Mengikut model kognitif, kepercayaan menentukan sikap seseorang terhadap sesuatu objek. Justeru, kepercayaan menghubungkan sesuatu objek kepada ciri-ciri atribusi tertentu. Pengetahuan, sikap dan kepercayaan adalah penting untuk meramalkan tingkahlaku seseorang itu dan sering digunakan di dalam banyak kajian untuk menerangkan tingkahlaku penagih.
1.6 Metodologi Kajian
Metodologi kajian adalah untuk memastikan sesuatu penyelidikan yang hendak dilakukan dapat dijalankan dengan sempurna. Untuk memastikan ianya dapat dilakukan dengan sempurna satu rangka kerja mesti dibentuk terlebih dahulu. Bahagian ini akan menghuraikan perkara-perkara penting tentang lokasi kajian, teknik persampelan kajian dan kaedah pengumpulan data.
1.6.1 Lokasi Kajian
Lokasi kajian adalah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pusat pemulihan ini mula beroperasi sejak tahun 1985. Dahulunya dikenali sebagai Pusat Insaf Diri. Kemudian atas arahan ibu pejabat,
16
namanya ditukarkan kepada Pusat Serenti Sungai Petani. Namun dengan peralihan pentadbiran tertinggi dan atas sebab-sebab tertentu, maka namanya ditukarkan sekali lagi kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani pada awal tahun 2009. Pusat pemulihan ini hanya menerima kes-kes tangkapan penagih dadah dari kalangan jantina lelaki. Pusat pemulihan ini mengamalkan kaedah pemulihan
jenis Terapi Kekeluargaan atau Terapeutic
Community bagi memulihkan penghuni-penghuni.
1.6.2 Teknik Persampelan
Kajian akan dijalankan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani di mana terdapat populasi seramai 74 orang penghuni secara keseluruhan yang terdiri daripada Melayu 55 orang, Cina 6 orang dan India 13 orang .Di mana 55 orang penghuni berbangsa Melayu akan dipilih sebagai sampel. Pengkaji akan menjalankan temubual berstruktur menggunakan borang soal selidik terhadap sampel yang dipilih. Pengkaji memilih kaedah ini kerana sesuai dengan situasi atau kebolehan penghuni yang kadangkala terbatas dari segi pembacaan dan pemahaman. Selain itu, rasional melalui kaedah ini ialah banyak perkara mengenai pengalaman sosial responden yang ingin dikaji dapat disoal. Jika borang soal selidik diajukan kepada sampel yang dikaji, sudah tentu soalansoalan yang berbentuk sensitif tidak akan dijawab oleh responden tersebut. Maka cara ini dirangka untuk mendapatkan jawapan yang lebih jitu dan jujur serta menjamin ketepatan data.
17
1.6.3 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah
Pengumpulan
Data
menggunakan
dua
kaedah
utama
iaitu
menggunakan data sekunder dan data primer. Data sekunder merupakan data yang diperoleh daripada punca-punca lain termasuk laporan-laporan rasmi dari Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani Kedah Darul Aman. Sementara itu data primer pula merupakan
data
mendapatkan
mentah
data
yang
dengan
akan
terperinci,
dikumpul strategi
oleh
penyelidik.
Untuk
yang
digunakan
dalam
penyelidikan ini ialah kerja lapangan. Strategi yang dipilih bersesuaian dengan penyelidikan ini iaitu meninjau latar belakang pengalaman sosial penagih dadah Melayu. Untuk meninjau perkara ini, temubual akan diadakan dengan 55 orang responden Melayu yang terlibat dengan penagihan dadah di bawah seliaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Dari segi teknik pengumpulan data, bagi mendapatkan data sekunder, kaedah tinjauan akan dilakukan di perpustakaan, internet dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada bahan-bahan monograf dan risalah-risalah ataupun seminar-seminar yang
diterbitkan
oleh
Agensi
Antidadah
Kebangsaan
Malaysia.
Untuk
mendapatkan maklumat mengenai pendekatan teoritikal dan sorotan kajian, kajian perpustakaan juga akan dilakukan. Selain data sekunder, data primer juga dianggap penting dalam penyelidikan ini.
18
1.7 Kepentingan Kajian
1. Mengenali peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pusat pemulihan penagihan narkotik dalam mengatasi masalah penagihan dadah. 2. Memberi satu gambaran yang konkrit mengenai tahap penagihan dadah dalam kalangan masyarakat Melayu. 3. Mengenalpasti masalah yang menjadi faktor-faktor utama mengapa golongan Melayu terlibat dengan penggunaan dadah. 4. Memberi maklumat kepada masyarakat bagi mengatasi masalah ini dan mencari jalan penyelesaian pada masa akan datang.
Rujukan
Agensi Dadah Kebangsaan 1997. Kenali Dan Perangi Dadah. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri.
Aminudin Sulaiman 1995. Kaedah Penyelidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Eiser, J.R. 1992. Social Cognition and Comparative Substance Use . Philadelphia: Harwood Academic Publishers.
Fishbein M. 1975. Belief, Attitude, Intention and Behaviour: An Introduction to Theory and Research. Philippines: Addison-Weslley Publishing Company.
19
Mohd. Razha Abdul Rashid 2007. Isu-Isu Antropologi dan Sosiologi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia
Mohd Aris Othman 1985. Identiti Etnik Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Reduan Aslie 1990. Krisis Dadah. Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd.
Spencer C.P. 1978. A Study of the Misuse of Drus Among Secondry School Children in the state of Kelantan . Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan Universiti Sains Malaysia.
Ting Chew Peh 1997. Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Navaratnam 1996. A Study on Intravenous Drug Use and AIDS Knowledge Among Heroin Addicts. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Navaratnam 1977. The Drug User and The Law a Survey of Drug Offenders Before The Courts and in Prison. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Sheikh Othman 1996. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan Lain: Mingguan Malaysia, “Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja” Ahad, 16 Disember 2007
20
Laporan Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan BIONADI 2009 Laporan Dadah November 2009 Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia 2009 Laporan Dadah November 2008 Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia 2008 Buletin National Anti Drugs Agency 2008 Majalah Massa 4 Ogos 2001 Utusan Malaysia 22 Januari 2004 Rujukan Internet : www.adk.gov.my
21