WUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN SIDANG AKADEMIK 2013/2014
PROFAIL USAHAWAN “ MUHD. ZAHID BIN HAFISZAN”
DI SEDIAKAN OLEH
: AIZATTUL ANIS BINTI SOBRI 114998 KUMPULAN 128
DI SEDIAKAN UNTUK
: EN. MOHD SHAFIE BIN ARIFFIN
TARIKH PENGHANTARAN
: 17 APRIL 2014
Surat Pengesahan Penghantaran
Tarikh : 17 April 2014 Aizattul Anis Binti Sobri M06 / 02-28 Desasiswa Tekun. 11800 Minden, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
En. Mohd Shafie Ariffin Pensyarah, Teras Keusahawanan WUS101 Universiti Sains Malaysia
RE : Penyerahan WUS 101 Tugasan Profail Usahawan. Saya menyerahkan tugasan saya untuk penilaian Tuan. Sila hubungi saya di talian 0137023449 jika Tuan mempunyai sebarang soalan.
Yang benar,
………………………… (Aizattul Anis Binti Sobri
LATAR BELAKANG USAHAWAN Nama beliau ialah Mohd. Zahid Bin Hafiszan. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1969 dan berumur 45 tahun. Beliau berasal dari Ipoh, Perak. Beliau sekarang menetap di Bayan Mutiara, Pulau Pinang. Beliau mempunyai 6 adik-beradik dan beliau merupakan anak yang tiga. Beliau sangat meminati motor berkuasa tinggi (superbike) mendorong beliau untuk menceburkan diri dalam perniagaan motor berkuasa tinggi seta aksesori kenderaan tersebut. Dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam perniagaan, Encik Muhd. Zahid pada mulanya lebih selesa bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Setelah memiliki sebuah motorsikal berkuasa tinggi pada tahun 2000, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan motorsikal berkuasa tinggi dan aksesori seperti helmet dah kelengkapan untuk penunggang motorsikal. Dengan sokongan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga, beliau terus memajukan perniagaannya
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Encik Muhd. Zahid merupakan graduan Universiti Sains Malaysia dalam kursus Sains Sosial tahun 1993. Setelah tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda, beliau melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat lebih tinggi iaitu ijazah sarjana di universiti yang sama. Setelah menghabiskan pengajian di peringkat asrjana, beliau terus diterima bekerja di sebuah syarikat swasta di Georgetown, Pulau Pinang. Sebelum memulakan perniagaan, beliau banyak mengikuti kursus-kursus pendek berkaitan perniagaan yang dianjurkan oleh pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan.
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN Dengan sokongan rakan-rakan dalam kelab pemilik motor berkuasa tinggi dan ahli keluarga, beliau mula membuka sebuah kedai menjual dan mengimport motor-motor berkuasa tinggi dan aksesori seperti helmet, sarung tangan dan pakaian kelengkapan untuk menunggang motor berkuasa tinggi. Premis beliau yang terletak di The Palazzia, Bukit Gambir turut menempatkan pejabat urusan beliau. Kesemua produk jualan beliau diimport dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jepun. Syarikat perniagaan ini mempunyai 4 orang pekerja yang bertindak sebagai pengurus jualan, kerani dan pekerja bahagian teknikal. Kini setelah hampir dua tahun membuka perniagaan di situ, Fast Bike Panca Abadi semakin dikenali ramai bukan hanya dalam kalangan peminat motorsikal berkuasa tinggi sahaja. Fast Bike Panca Abadi beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula seawal 8.30 pagi sehingga 7.00 malam. Perniagaan ini mula dikenali ramai kerana harga motorsikal berkuasa tinggi yang ditawarkan lebih murah berbanding pasaran biasa serta jenama-jenama motorsikal yang digemari peminat motorsikal berkuasa tinggi seperti Ducati, BMW, Harley Davidson dan Kawasaki. Encik Muhd. Zahid menyatakan sebagai usahawan, kita perlu banyak bersabar dan tabah dalam mengharungi segala dugaan dan rintangan semasa menjalani perniagaan. Menurut beliau, perniagaan selalunya mempunyai risiko yang tinggi. Jadi, beliau menasihatkan para usahawan yang baru menceburi bidang ini untuk mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak mudah berputus asa serta berusaha dengan sedaya upaya. Beliau turut mengakui menghadapi masa-masa yag sukar sebagai seorang usahawan seperti proses mendapatkan modal dan persaingan. Tetapi dengan berkat kesabaran seta sokongan padu daripada rakan-rakan dan ahli keluarga, beliau dapat mengharungi cabaran tersubut. Akhir sekali, beliau berharap agar lebih ramai belia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan tidak kira dalam bentuk perniagaan apapun. Ini kerana bidang perniagaan boleh mendatangkan keuntungan yang besar kepada usahawan terbabit. Beliau berharap agar beliau dapat meluaskan lagi perniagaan beliau agar dapat memenuhi permintaan peminat motorsikal berkuasa tinggi yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Lampiran
Suasana di dalam premis perniagaan
Di luar premis perniagaan
Kad perniagaan