BBPP1103/JAN06/F-RR
BAHAGIAN A
ARAHAN : Jawab SEMUA soalan.
Soalan Aneka Pilihan
1. ____________ bermaksud perlaksanaan kerja dengan menggunakan daya upaya, kos dan pembaziran yang paling minimum, atau secara ringkasnya disebut sebagai membuat kerja dengan betul. A.
Kecekapan
B.
Keberkesanan
C.
Tanggung jawab
D
Pengorganisasian
2. Strategi manakah antara berikut BUKAN merupakan strategi sebuah perniagaan yang bersaing dalam perniagaan global? A.
Strategi penumpuan nasional.
B.
Strategi keseragaman produk.
C.
Strategi pasaran terbuka.
D.
Strategi global melebar.
3. Kenyataan manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai gelagat beretika? A.
Gelagat beretika digubah oleh nilai diri seseorang.
B.
Gelagat beretika tidak dipengaruhi oleh perasaan.
C.
Gelagat beretika mencerminkan pembentukan adat dan moral.
D.
Gelagat beretika menimbulkan persoalan betul atau salah dalam kelakuan.
4. ____________ bertanggung jawab untuk membentuk rancangan operasi harian sesebuah organisasi. A.
Pengurus atasan
B.
Pengurus pertengahan
C.
Pengurus bawahan
D.
Semua jawapan di atas.
1
BBPP1103/JAN06/F-RR
5. Kesemua berikut adalah kaedah pembuatan keputusan secara berkumpulan KECUALI:
A.
Teknik Delphi.
B.
Teknik Kumpulan Nominal.
C.
Teknik Percambahan Fikiran.
D.
Teknik Kumpulan Fikir.
6. Model Lima Kuasa Industri telah dibentuk oleh seorang tokoh pengurusan bernama:
7.
A.
Michael Porter
B.
Elton Mayo
C.
Henry Mintzberg
D.
Frederick Taylor
____________ bermaksud meningkatkan bilangan tugas dalam aktiviti dan memberikan pekerja autoriti membuat keputusan yang bermakna berkenaan kerja mereka. A.
Pelebaran kerja
B.
Pengkayaan kerja
C.
Pusingan kerja
D.
Pengkhususan kerja
8. Seseorang pengurus yang aktif, peramah, mudah bergaul, bertenaga dan periang dikatakan mempunyai personaliti jenis: A.
lokus kawalan luaran
B.
introvert
C.
extrovert
D.
lokus kawalan dalaman
9. ____________ merupakan fasa ketiga ketiga dalam pembangunan sesebuah pasukan di mana setiap ahli pasukan mula menyelesaikan ketidaksefahaman yang wujud sebagai salah satu peranan mereka.
2
A.
Pertelingkahan
B.
Pelaksanaan
C.
Penormaan
D.
Pembentukan
BBPP1103/JAN06/F-RR
10. ____________ merupakan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan jelas tentang tugas, tanggungjawab dan aktiviti serta prestasi yang diperlukan daripada pekerja. A.
Perekodan kerja
B.
Analisis kerja
C.
Spesifikasi kerja
D.
Deskripsi kerja
11. Peringkat-peringkat dalam model Hierarki Keperluan Kep erluan Maslow mengikut meng ikut urutan yang BENAR adalah: A.
Fisiologi, keselamatan, sosial, penghormatan dan pencapaian hasrat diri.
B.
Fisiologi, keselamatan, sosial, pencapaian hasrat diri dan penghormatan.
C.
Fisiologi, sosial, keselamatan, penghormatan dan pencapaian hasrat diri.
D.
Keselamatan, pencapaian hasrat diri, sosial, penghormatan dan fisiologi.
12. ____________ melibatkan ketiadaan hasil positif atau menarik balik hasil positif yang pernah diberi kesan daripada perlakuan yang tidak diingini. A.
Hukuman
B.
Penghapusan
C.
Pengukuhan positif
D.
Pengukuhan negatif
13. Menurut
pandangan
Model
Dua
Faktor,
faktor
apakah
yang
TIDAK
menghasilkan motivasi, sebaliknya boleh menghalang motivasi dari berlaku? A.
Ekuiti
B.
Motivasi
C.
Kebersihan
D.
Jangkaan
14. Antara berikut, yang manakah BUKAN salah satu gaya dalam Model Situasi Kepimpinan? A.
Gaya interaktif.
B.
Gaya pemberi tahu.
C.
Gaya melibatkan diri.
D.
Gaya delegasi.
3
BBPP1103/JAN06/F-RR
15. Pemimpin yang menetapkan matlamat yang mencabar dan meletakkan harapan yang tinggi terhadap pekerja serta yakin dengan keupayaan mereka merujuk kepada gaya kepimpinan: A.
direktif.
B.
menyokong.
C.
penglibatan.
D.
berasaskan pencapaian.
16. Kombinasi
terbaik
bagi
tingkah
laku kepimpinan
mengikut
model
Grid
Pengurusan hasil kajian Blake dan Blake dan Mouton ialah: Mouton ialah: A.
struktur autoriti tinggi terhadap manusia dan pengeluaran.
B.
pertimbangan tinggi terhadap manusia dan pengeluaran.
C.
struktur autoriti rendah terhadap manusia dan pengeluaran.
D.
pertimbangan rendah terhadap manusia dan pengeluaran.
17. Apakah perkara-perkara dalam sesebuah organisasi yang boleh ditukar atau diubah oleh agen perubahan? A.
Pekerja dan pemegang saham.
B.
Struktur dan teknologi.
C.
Lokasi dan pasaran.
D.
Pembekal dan pengedar.
18. Kenyataan manakah antara berikut b erikut adalah ad alah BENAR mengenai kaedah asas kawalan? A.
Penyelesaian masalah semasa ia berlaku dikenali sebagai kawalan serentak.
B.
Menjangka masalah sebelum ia berlaku merujuk kepada kawalan maklum balas.
4
C.
Kawalan maklum balas berlaku semasa proses transformasi.
D.
Kawalan serentak berlaku semasa proses output.
BBPP1103/JAN06/F-RR
19. Kawalan objektif terdiri daripada dua bentuk, iaitu kawalan: A.
ganjaran dan hukuman.
B.
birokratik dan kendiri.
C.
normatif dan konsertif.
D.
gelagat dan output.
20. Perspektif manakah antara berikut BUKAN suatu perspektif penting yang memerlukan pengawalan dijalankan oleh pengurus agar organisasi mencapai matlamatnya? A.
Perspektif kewangan
B.
Perspektif pelanggan
C.
Perspektif pengeluar
D.
Perspektif kualiti
5
BBPP1103/JAN06/F-RR
BAHAGIAN B
ARAHAN
: Jawab TIGA (3) soalan sahaja.
SOALAN 1
Persekitaran luaran perniagaan merujuk kepada semua unsur di luar organisasi yang akan
mempengaruhi
operasinya
sama
ada
secara langsung atau pun tidak
langsung. Kerajaan, sebagai salah satu pihak dalam persekitaran organisasi, boleh mengenakan sekatan perdagangan bagi melindungi organisasi perniagaan tempatan daripada persaingan antarabangsa.
a)
Terangkan LIMA (5) faktor dalam persekitaran luaran khusus yang dapat memberi kesan kepada sesebuah organisasi. (10 markah)
b)
Bincangkan LIMA (5) langkah sekatan perdagangan yang boleh dilaksanakan oleh
kerajaan
Malaysia
bagi
melindungi
perniagaan
tempatan
daripada
persaingan antarabangsa. Berikan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap langkah. (10 markah)
[Jumlah: 20 markah]
SOALAN 2
Pihak pengurusan Syarikat Travel Sdn. Bhd. bercadang untuk menggantikan kereta milik syarikat yang sering rosak. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan kurang pasti jenis kereta yang paling sesuai untuk dibeli. Selaku seorang pengurus baru, anda telah diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut.
a)
Berdasarkan permasalahan di atas, bincangkan ENAM (6) langkah dalam proses membuat keputusan yang rasional mengikut urutan yang betul. Berikan contohcontoh yang sesuai bagi setiap langkah. (12 markah)
6
BBPP1103/JAN06/F-RR
b)
Jelaskan perbezaan antara maksud polisi, prosedur dan peraturan yang lazim digunakan bagi menangani situasi atau aktiviti yang sering berlaku dalam sesebuah organisasi. (6 markah)
c)
Terangkan maksud prinsip faedah utilitarian dalam membuat keputusan yang beretika? (2 markah)
[Jumlah: 20 markah]
SOALAN 3
Strategi organisasi boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama, iaitu strategi peringkat korporat, industri dan firma. Strategi-strategi ini dibentuk bagi memenuhi keperluan hierarki pengurusan sesebuah organisasi.
a)
Terangkan EMPAT (4) kategori strategi yang terdapat dalam Matriks BCG (Boston Consulting Group ) dan bincangkan keputusan pelaburan yang sesuai diambil bagi setiap strategi. (8 markah)
b)
Huraikan langkah tindakan TIGA (3) jenis strategi utama peringkat korporat yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat jangka panjang sesebuah organisasi. (6 markah)
c)
Bincangkan TIGA (3) jenis strategi pemposisian yang dicadangkan oleh Michael Porter yang memfokus kepada cara pengurus meletakkan organisasinya dalam industri yang diceburi. Berikan contoh-contoh yang sesuai. (6 markah)
[Jumlah: 20 markah]
7
BBPP1103/JAN06/F-RR
SOALAN 4
a)
Bezakan maksud kepelbagaian peringkat permukaan dengan kepelbagaian peringkat dalaman yang wujud antara satu individu dengan individu lain. (4 markah)
b)
Terangkan secara ringkas mana-mana ENAM (6) jenis pasukan yang boleh ditubuhkan dalam sesebuah organisasi. (6 markah)
c)
Huraikan LIMA (5) jenis penjabatanan bagi mereka bentuk struktur organisasi sesebuah syarikat. Gunakan gambar rajah yang sesuai dalam jawapan anda. (10 markah)
[Jumlah: 20 markah]
SOALAN 5
a)
Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi dalam sesebuah organisasi? (2 markah)
b)
Terangkan EMPAT (4) kaedah latihan yang boleh disediakan kepada para pekerja bertujuan meningkatkan prestasi kerja mereka. Berikan contoh yang sesuai bagi setiap satu kaedah. (8 markah)
c)
Bincangkan LIMA (5) jenis halangan dalam proses komunikasi organisasi yang dapat mengganggu mesej yang hendak disampaikan kepada pihak penerima. (10 markah)
[Jumlah: 20 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
8