Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti
C Chhaapptteerr 66:: P PE ER RM MU UA AFFA AK KA ATTA AN NG GU UR RU U-- K KO OM MU UN NIITTII
Hasil Pembelajaran: Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:
gg
Menerangkan hubungkaitan guru dan komuniti setempat Analisis secara kritisi penglibatan ibu bapa dalam sistem persekolahan Memerihal model-model penglibatan ibu bapa Menjelaskan beberap isu tentang penglibatan ibu bapa Mensenaraikan peranan dan fungsi PIBG
RINGKASAN BAB
6.1 Komuiti dan sekolah 6.2 Pendapat tentang penglibatan ibu bapa 6.3 Kajian Kes 6.4 Model penglibatan ibu bapa 6.5 Contoh 6.6 PIBG
Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Tugas & Peranan Guru Bab 3 Etika Perguruan Bab 4: Standard Guru Malaysia Bab 5: Pembangunan Profesion Perguruan Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan
Ringkasan Kata Kunci Rujukan
Bab ini membincangkan permuafakatan guru dan komuniti dengan tumpuan kepada penglibatan ibu bapa dengan akitiviti sekolah. Model Epstein dibincang yang mengutarakan enam jenis penglibatan ibu bapa serta faktor-faktor yang menghalang penglibatan ibu bapa. Fungsi dan peranan PIBG dihuraikan dan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan penglibatan lebih ramai ibu bapa dalam aktiviti PIBG.
1
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti 6.1 Guru dan Komuniti Bagi seorang pelajar, selain keluarganya, komuniti ialah paling penting di mana individu belajar dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan individu berkenaan. Komuniti terdiri daripada TIGA komponen, iaitu tempat, institusi dan proses. Sebagai „tempat; komuniti ialah sekumpulan manusia yang tinggal berhampiran dalam sesuatu kawasan yang memenuhi keperluan dan kepentingan mereka. Contohnya, penduduk di dalam sesuatu kampung, daerah atau taman perumahan adalah satu komunti. Bagaimana pun, dengan perkembangan internet, invididu dalam sesuatu komuniti tidak semestinya tinggal berdekatan. Kini wujud komuniti-komuniti maya (virtual communities) seperti „facebook‟. Sebagai „institusi‟ komuniti menyediakan institusi yang memberi perkhidmatan kepada penduduknya dengan tujuan memenuhi keperluan mereka. Individu berkongsi kemudahan sosial, ekonomi dan kebudayaan. Contohnay ialah pusat kesihatan, sekolah, rumah ibadat dan sebagainya. Institusi-institusi ini dikongsi oleh individu dalam komuniti berkenaan. Sebagai „proses‟, komuniti melibatkan interaksi di kalangan individu dengan tujuan memumuk rasa kekitaan (belongingness). Menurut Kamus Dewan (2007) permuafakatan (consensus) ialah sesuatu yang melibatkan proses perundingan, persetujuan, kata sepakat atau permesyuaratan.
Rumah KOMUNITI
Rajah 6.1 Permuafakatan Guru dan Komuniti Sekolah ialah sebuah komuniti yang terdiri daripada kumpulan manusia; iaitu Guru Besar/ Pengetua, guru-guru, kakitangan dan murid. Semua anggota berinteraksi dalam kawasan sekolah yang sama. Guru Besar/pengetua, guru-guru,kakitangan dan murid menjalankan tugas masing-masing mengikut peranan yang ditetapkan dan saling berkaitan. Aktiviti anggota sekolah diatur mengikut budaya dan peraturan sekolah. Setiap anggota sekolah bertindak dengan cara bersatu padu dan teratur 2
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti mengikut sistem sosial yang dipersetujui. Contohnya, pelajar dikehendaki menghormati guru dan guru pula bertanggung jawab terhadap pelajar (rujuk kepada Bab 3 untuk detail). Lihat Rajah 6.1 yang menunjukkan interaksi guru dengan komuniti dan rumah tangga pelajar. Sebuah sekolah tidak boleh menganggap peranannya terhad kepada lingkungan kawasan pagarnya sahaja. Tatasusila Kod Etika Profesion Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menyenaraikan beberapa panduan yang guru perlu mengambil kira ketika berinteraksi dengan komuniti. Contohnya, guru dikendaki menghormati ibu bapa dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara sekolah dengan komuniti sambil mempamerkan tingkah laku yang sopan. Guru yang berinteraksi dengan komuniti hendaklah mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mereka di kehendaki menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai anak mereka sebagai sulit. Guru mesti mengelakkan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. Seberapa boleh, guru hendaklah mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan komuniti yang membawa kepada peningkatan budaya dan kecendekiawan komuniti berkenaan.
6.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah yang dimaksudkan dengan komuniti? b) Apakah yang dinayatakan dalam Tatasusila Kod Etika Etika tentang tanggungjawab guru terhadap komuniti? c) Sejauh manakah anda bersetuju dengan tanggungjawab guru terhadap komuniti setempat
6.2 Pendapat Tentang Penglibatan Ibu Bapa Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantumembantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka meneguhkan perkembangan dan membantu mengekalkan kejayaan mereka (Rohani Abdullah, 2007). Terdapat kajian-kajian yang membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar (Clark, 1990). Contohnya, Miedel and Reynolds (1999) dapati bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi di sekolah berkaitan dengan kemahiran membaca kanak-kanak yang lebih baik, kadar keciciran yang lebih rendah dan kekurangan masalah disiplin. Marcon (1999) pula dapati bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa pelajar yang lebih baik serta perkembangan sosial, motor dan adaptif yang lebih baik. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka menanam sikap untuk lebih bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang (Luneburg & Irby, 2002). Di Malaysia, kajian yang dijalankan oleh Zulkifli Hamid, Jamilath Othman, Aminah Ahmad & Ismi Arif Ismail (2011) mendapati bahawa penglibatan ibu bapa mempunyai perkaitan yang positif dengan pencapaian akademik. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Azizi Yahya & Nalini Madavan (2006) yang mendapati 3
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Epstein (1986), terdapat dua pandangan tentang penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka dan sistem persekolahan Satu pendapat mencadangkan peranan ibu bapa dan pernan guru hendaklah di asingkan. Guru akan bertumpu kepada pelajar semasa mereka berada dalam bilik darjah sementara ibu bapa bertumpu kepada anak mereka semasa berada di rumah. Setiap pihak mempunyai tugas masing-masing dan campur tangan tidak digalakkan kerana ia akan mewujudkan konflik diantara guru dan ibu bapa. Pendapat yang berlain mencadangkan kerjasama dan permuafakatan antara sekolah dan keluarga dieratkan. Guru dan ibu bapa harus berkomunikasi dan berkolaborasi ke arah matlamat yang sama; iaitu mempertingkatkan prestasi pelajar. Akan tetapi hanya bilangan kecil daripada ibu bapa yang aktif di sekolahsekolah. Diantara sebab yang dinyatakan adalah kekurangan masa dan mempunyai tanggungjawab lain, serta kurangnya latihan ibu bapa mengenai peranan mereka. Penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibu bapa dan ibu bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harus dilakukan. Menurut, Rohaty (2003), ibu bapa perlu dididik mengenai peranan tanggungjawab mereka dalam pendidikan anak mereka. 6.3 Kajian Kes: Penglibatan Ibu Bapa Kes #1: Parents have to be totally involved
No responsible parent will stay out of anything tha happens to their children. That’s what parents are for, getting totally involved. Parents should find out more from the school and try to help in disciplining their children. Who do you think should a child better if not the parents? My child attends attends a primary school. I make a point to talk to her about what happened in school. For the past week, she has been telling me how her teacher will cane the students on their palm for wrong answers, a stroke for each mistake (dipukul pada tapak tangan kerana mendapat jawapan yang salah). Many of her friends cried after being caned but the teacher continues to teach after that. What learning can go into a child’s mind after such an experience, a sore palm and a fearful mind? I always tell my children that in life we must not be afraid to make mistakes, but learn from them to be a better person (belajar daripada kesilapan yang kita buat). Now this is not true for her anymore, all because of a teacher. The teacher has put into my child a fear of going to school (takut pergi ke sekolah) and robbed her of the joy of learning, taken away her confidence and killed her creativity and motivation to learn (keyakinan diri, motivasi dan kreativiti terjejas). Many a time, the teacher is late for class. When she enters and finds a noisy class she make the students stand for the rest of the period. My child begged me not to compalin to the school fearing that the teacher will be less committed in teaching them. Parents, do you still want to stay out. [sumber: adaptasi The Star, 22 February, 2012]
4
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti
Kes #2: Let teachers do their work, don’t intefere [View of a parent]
I write in respone to ‚Parents have to be totally involved‛. As a parent I disagree with the over protective approach of the writer (terlalu melindungi). Everybody sends their children to school because we believe that is the best place for them to acquire knowledge and for character building (pembentukan watak). In ancient Chinese, Islamic & Indian society, teachers were held in high regard (zaman dahulu guru disanjung tinggi). As such teachers should be respected as professionals who impart knowledge and shape your children’s character, when we are not around (harus dihormati sebagai profesional) Most parents may think that they know their children best, However, there are many children who behave very well at home but behave badly in school. I am not an advocate of physical punishement, but I think canning of non-vital parts is acceptable (memukul ditempattempat badan yang tidak merbahaya dibenarkan). Punishment makes children aware there are consequences to being lazy or naughty (Hukuman membuat kanak-kanak sedar tentang akhibat malas atau nakal). I was caned in school numerous times if I could not spell, finish my homework or unable to read. We did not complain to our parents because it was shameful. But I still enjoyed going to school. I had lots of frends. My confidence was not broken and I reminded myself to work harder. [sumber: adaptasi The Star, 23 February, 2012]
Kes #3: Parents, stay out please [View of a student]
As a student I say ‘parents, stay out’ Parents’ involvement will do more harm than good. Disciplinary boards in schools have the right to decide on any punishment for the students (Lembaga disiplin di sekolah menentukan hukuman yang dikenakan). By interfering in this process, parents are actually obstructing character and behaviour development. Most students today are spoilt (Pelajar terlalu manja). They misbehave and commit crime; and why should parents blame teachers? [Mengapakah ibu bapa menyalahkan guru?]. Teachers will become too kind and soft and give up disciplining students. They will just teach and not bother about telling students how to behave. I remember a case where a father was rude to a teacher who scolded his daughter for not completing her homework. The father demanded an apology on behalf of his daughter. Many teachers were unhappy and asked what wrong did the teacher in wanting the student to do better in her studies [Apakah salah guru?]. With parents blindly supporting their children, students will misbehave, break school rules and commit crime as they know their parents will will back them; and eventually not respect teachers [Ibu bapa dengan buta menyokong anak mereka]. Teachers are fighting hard for our future. Why attack them for doing their job? I believe parents should think twice before taking any action. Let teachers shape us into great individuals to excel in the world [Ibu bapa perlu berfikir sebelum mengambil tindakan]. [sumber: adaptasi The Star, 21 February, 2012] 5
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti
6.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah pandangan ibu bapa Kes #1? Adakah bersetuju dengan pandangan penulis? Jelaskan. b) Adakah anda bersetuju dengan pandangan ibu bapa Kes #2 tentang hukuman untuk pelajar? c) “Hukuman menyedarkan pelajar tentang tanggungjawabnya”. Jelaskan. d) Menurut pelajar Kes #3, sekiranya ibu bapa melindungi anak mereka, guru akan mengabaikan tugas untuk mendisiplin pelajar. Bincangkan. e) Sejauh manakah insiden-insiden yang dikemukakan oleh tiga penulis dalam petikan akhbar di atas berlaku di sekolah anda?
6.4 Model Penglibatan Ibu Bapa Joyce Epstein (1986) telah memperkenalkan suatu Model Penglibatan Ibu Bapa yang terdiri daripada ENAM jenis penglibatan (Lihat Rajah 6.2). Menurutnya, model ini dapat membantu para pendidik memperkenalkan program-program atau aktivitiaktiviti yang dapat mempereratkan hubungan sekolah, sekolah dan komuniti. Katanya, “tujuan utama mewujudkan kemuafakatan guru dan komuniti ialah untuk membantu pelajar berjaya di sekolah dan dalam kehidupan seharain kelak”. Setiap jenis penglibatan akan mempunyai banyak amalan yang berbeza yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah.
Keibubapaan
Kolaborasi
Komunikasi
Penglibatan Ibu Bapa Membuat Keputusan
Kesukarelaan
Pembelajaraan di Rumah
Rajah 6.2 Enam Jenis Penglibatan Ibu Bapa oleh Joyce Epstein 6
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti
1. Keibubapaan (Parenting) Membantu keluarga mewujudkan persekitaran di rumah yang dapat membantu pelajar. Contohya: Pendidikan untuk ibu bapa seperti program-program literasi, kemahiran keibubapaan, kemahiran mengasuh kanak-kanak Program-program yang membantu keluarga dalam bidang kesihatan, nutrisi & perkhidmatan lain Melawat rumah kanak-kanak bermasalah 2. Komunikasi (Communication) Mereka bentuk pelbagai jenis komunikasi sekolah-rumah (school-to-home) dan komunikasi rumah-sekolah (home-to-school) tentang program sekolah dan kemajuan pelajar; iaitu komunikasi dua hala. Contohnya: Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa sekurang-kurangnya setahuan sekali Memo, notis, surat-menyurat, panggilan telefon, email & laman sesawang. 3. Sukarelawan (Volunteers) Melantik ibu bapa sebagai sukarelawan untuk membantu sekolah. Contohnya: Sebagai mentor, jurulatih, tutor atau perunding. Galakkan guru bekerjasama dengan sukarelawan Mengadakan bilik berjumpaan dengan sukarelawan 4. Pembelajaran di rumah (Learning at Home) Menyediakan maklumat dan idea kepada keluarga tentang bagaimana membantu pelajar dengan kerha rumah dan aktiviti lain yang berkaitan dengan kurikulum. Contohnya: Maklumat kepada keluarga tentang kemahiran yang diperlukan untuk semua mata pelajaran bagi setiap tahun Maklumat tentang dasar kerja rumah dan bagimana memantau dan membincang tentang kerja rumah 5. Membuat keputusan (Decision Making) Melibatkan ibu bapa dalam proses membuat keputusan di sekolah dan memperkembangkan pemimpin ibu bapa dan perwakilan. Contohnya” Penyertaan aktif dalam PIBG, majlis penasihat sekolah dan lainlain. Penyertaan dalan kumpulan advokasi dengan tujuan melobi untuk reformasi sekolah dan penambaikkan. Jaringan yang menghubungkan semua keluarga dengan wakil masingmasing.
7
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti
6. Kolaborasi dengan komuniti (Collaboating with Community) Mengenal pasti sumber-sumber dan perhidmatan daripada komuniti yang digembelingkan untuk memperkukuhkan program-program sekolah dan pembelajaran pelajaran. Contohnya: Berinteraksi dengan badan perniagaan, badan-badan dan kelompok lain yang dapat menyumbang kepada sekolah. Sumbangan komuniti yang dapat mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian akademik – badan kerajaan dan bukan kerajaan, badan rekreasi dan budaya Perlu ditegaskan, model Epstein merupakan cadangan. Terdapat beberapa perkara dalam modelnya yang mungking tidak boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah Malaysia yang tidak dibenarkan mengikut Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPAGURU) 1998. 6.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Sejauh manakah keenam-enam jenis Model Epstein telah dilaksanakan di sekolah anda? b) Manakah jenis penglibatan tidak dilaksanakan? Mengapa?
6.5 Contoh: Penglibatan Ibu Bapa di Peringkat Tadika [sumber: Ammul Sahara Abu Ngut, et. Al. 2011. Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. UPSI, h:26-28] Tiga pendekatan dikenal pasti yang dapat digunakan untuk melibatkan komuniti dengan sesuatu tadika. a) Penglibatan Terus: Penglibatan terus ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di bilik darjah secara sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Pihak pengurusan tadika dan taska amat menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik seperti membaca dan menulis. Ibu bapa juga boleh membantu guru menyediakan bahan aktiviti yang akan digunakan oleh guru di tadika. b) Penglibatan dalam Latihan: Penglibatan ibu bapa dalam program latihan adalah menjadikan ibu bapa sebagai guru anak-anak mereka. Latihan adalah tertumpu kepada bidang disiplin kendiri, membantu anak mempunyai tabiat belajar, kemahiran berkomunikasi dan bimbingan keibubapaan. Program tersebut hendaklah dianjurkan oleh pihak pengurusan tadika mengikut kelapangan ibu bapa tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kesan jangka panjang akan membantu perkembangan kanak-kanak dan melicinkan pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak.
8
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti c) Penglibatan Keluarga dan Sokongan: Penglibatan sumber keluarga dan sokongan merupakan program dan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara tidak langsung. Program ini menyediakan bantuan perkhidmatan bimbingan kepada ibu bapa seperti kaunseling pekerjaan dan latihan, klinik kesihatan, pemulihan penderaan, sumber dan rujukan untuk perkhidmatan kemasyarakatan, aktiviti sebelum dan selepas sekolah untuk ibu bapa yang bekerja. KAEDAH yang digunakan untuk melibatkan ibu bapa:
Membuat Perjumpaan: Perjumpaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu peringkat awal, pertengahan dan ak hir. Peringkat awal perjumpaan dilakukan pada sesi awal persekolahan. Guru perlu menerangkan hal-hal berkenaan prasekolah, kakitangan, kurikulum yang dijalankan dan pengurusan fizikal prasekolah. Di peringkat pertengahan, ibu bapa dan guru boleh berbincang berkenaan perkembangan anak-anak mereka berdasarkan penilaian secara berterusan yang dijalankan oleh guru. Di peringkat akhir perjumpaan, aktiviti penyampaian sijil dan sebagainya boleh diusahakan.
Menganjur Seminar dan Bengkel: Dengan m enganjurkan seminar ibu bapa dan guru dapat pendedahan berkenaan ilmu baru serta ciri-ciri kerjasama secara tidak langsung.
Panggilan Telefon dan Emel: Ibu bapa ataupun guru boleh menghubungi melalui telefon ataupun emel untuk berbincang, membuat penerangan aktiviti dan menceritakan perkembangan anak-anak.
Jemputan Melawat Prasekolah: Biasanya jemputan melawat ke prasekolah bertujuan menyesuaikan ibu bapa kepada persekitaran prasekolah selain dapat beramah mesra dengan guru dan kakitangan prasekolah. Ibu bapa juga dapat memerhatikan anak-anak mereka belajar. Daripada pemerhatian ibu bapa dan guru ini, membolehkan mereka berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul. Kaedah ini sesuai apabila ibu bapa turut dijemput bagi menyertai lawatan.
Lawatan Ke Rumah: Guru perlu juga melawat ke rumah kanak-kanak bagi 9
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti melihat sendiri latar belakang keluarga. Lawatan tidak semestinya dilakukan hanya apabila kanak-kanak itu sakit ataupun tidak hadir agak lama. Kanakkanak amat berbangga apabila guru mereka datang melawat ibu bapa mereka. Ia dianggap sebagai hari yang bersejarah dan tidak dapat dilupakan.
Risalah, Majalah dan Bahan Bertulis: Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan bersama-sama menyediakan bahan bertulis seperti risalah, majalah dan sebagainya.
6.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah kegiatan yang boleh dilakukan untuk melibatkan komuniti dalam perjalanan sesuatu tadika? b) Bolehkah kegiatan-kegiatan dilaksanakan di sekolah anda? Jelaskan.
6.6 PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) Anugerah PIBG Terbilang
PIBG Kecewa Keputusan UPSR Merosot
PIBG Rayu Sedia Padang Sukan Yuran PIBG Sekolah Membebankan
PIBG Diminta Pantau Sikap Guru Memanipulasi keputusan AJK PIBG
PIBG Mendesak Pembinaan Bangunan Baru
PIBG Kecewa Keputusan UPSR Merosot Jangan Pandang Remeh Mesyuarat PIBG
Di atas ialah beberapa pernyataan daripada akhbar-akhbar tempatan tentang Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Rujuk kepada laman sesewang Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berita-berita lanjut. Klik pada URL ini: http://www.moe.gov.my/?act=search&id=0&keyword=pibg
10
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti A) PENGENALAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‟saling melengkapi‟ terhadap fungsi Kementeiran Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPAGURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu : Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan GuruBesar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan. [sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2001 : Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Di Sekolah]
11
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti
B) TUJUAN PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) PIBG ditubuhkan dengan tujuan untuk:
mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
C) TUJUAN PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) Fungsi PIBG ialah untuki:
membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah;
meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
meningkatkan kecerian premis sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan
Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktivitiaktiviti politk dan menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajar.
12
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara keduadua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan pelajar. Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata dan acuman anak-anak berbanding fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka mulai memandang serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Namun dengan inisiatif PIBG, semua bentuk salah faham ini boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat tahunan PIBG mampu menjelaskan isu yang dihadapi. Hasilnya, situasi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan kepada pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah. Program seperti ini penting demi memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Pelajar yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan kaunseling. Dengan langkah ini, mereka diharapkan akan berasa insaf dan kembali bersaing dengan rakan-rakan dalam pelajaran. Ekoran itu, bukan sahaja dapat mengurangkan gejala salah laku atau meningkatkan prestasi akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat melahirkan generasi muda yang bersahsiah tinggi. Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahu pun kokurikulum. Susulan daripada itu, perbincangan boleh diadakan
13
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Akhir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah, misalnya gotong-royong menyiapkan bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya. Gotong-royong yang diadakan ini bukan sahaja akan dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pelajar, malahan juga dengan guru di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Hasilnya, akan wujud kerjasama lain antara mereka. Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat „aur dengan tebing‟ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan. [sumber: Mazlan. Peranan PIBG dalam Peningkatan Kualiti Pendidikan di Sekolah. Lakaran Kata. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalammeningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/]
6.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN
“Peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahu pun kokurikulum”. Komen dengan merujuk kepada sekolah anda.
Bagaimana pun, penglibatan komuniti dalam aktiviti-aktiviti PIBG terhad kepada beberapa ibu bapa sahaja. Antara faktor-faktor yang menghadkan penglibatan ibu bapa dengan aktiviti sekolah adalah seperti berikut: 1) Ibu bapa akan mengambil inisiatif untuk terlibat dengan kegiatan sekolah selagi mereka dapati penglibatan mereka akan membawa pengaruh positif terhadap anak-anak mereka. 2) Ibu bapa akan lebih aktif selagi mereka berpendapat pihak sekolah mengharagai penglibatan mereka. 3) Sesetengah ibu bapa berpendapat penglibatan mereka dengan sekolah tidak berfaedah seperti di bawah.
Mereka meminta saya datang ke sekolah untuk memberitahu anak saya bodoh atau bermasalah. Mereka telah mengatakan perkara yang sama tentang anak saya selama tiga tahun. Mengapa saya perlu datang ke sekolah dan mendengar cerita yang sama. Mereka tidak buat apa-apa untuk membantu anak saya cuma mengatakan anak saya jahat.
14
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti 4) Ibu bapa tidak dapat meluangkan masa untuk datang ke sekolah kerana komitment kerja. Sesetengah ibu dapati sukar untuk mendapat cuti, terutama mereka yang taraf socioekonomi rendah yang terpaksa waktu kerja malam. 5) Walau pun sanggup menghadiri kegiatan sekolah, sesetengah ibu bapa tidak akan menyuarakan pendapat mereka kerana kurang yakin dengan kemahiran berbahasa serta pengetahuan mereka. Mereka takut dianggap bodoh sekiranya mereka bercakap dan memberi pendapat (Finders & Lewis, 2002).
6.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN
engapa? Apakah tindakan yang boleh diambil untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa terlibat dengan akitivit sekolah?
RINGKASAN
Komuniti ialah sekumpulan manusia yang tinggal berhampiran dalam sesuatu kawasan yang memenuhi keperluan dan kepentingan mereka.
Permuafakatan (consensus) ialah sesuatu yang melibatkan proses perundingan, persetujuan, kata sepakat atau permesyuaratan.
Guru yang berinteraksi dengan komuniti hendaklah mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.
Terdapat kajian-kajian yang membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar.
PIBG membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.
Penglibatan ibu bapa dalam program latihan adalah menjadikan ibu bapa sebagai guru anak-anak mereka.
Sebagai „proses‟, komuniti melibatkan interaksi di kalangan individu dengan tujuan memumuk rasa kekitaan.
15
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti
Joyce Epstein (1986) telah memperkenalkan suatu Model Penglibatan Ibu Bapa yang terdiri daripada ENAM jenis penglibatan
Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkaraperkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syaratsyarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah
KATA KUNCI Komuniti Permuafakatan Penglibatan & pencapain akademik Model Penglibatan Ibu Bapa Epstein
Persatuan Ibu Bapa Sukarelawan & Guru (PIBG) Komunikasi Penglibatan Membuat keputusan Perjumpaan dengan guru Pemantauan Gotong royong Keyakinan diri Seminar Peraturan
RUJUKAN: Ammul Sahara Abu Ngut, Farhana Anuar, Maznah Mahasan, Noorafizah Sajimin, Noorman Sahidin, Nor Hapizah Othman, Nur Fadzlin Awang Noh, Rosniza Mohd Roszami, Yuhaila Yusoff & Zainuddin Mohd Razali (2011). Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim. Azizi Yahya & Nalini Madavan (2006). Faktor-Faktor Lepak dan Hubungan Keibubapaan di Kalangan Pelajar Remaja di Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia. Clark, R.M. (1990). Why Disadvantaged Children Succeed. Public Welfare (Spring): 17-23. Epstein, J. (1986). Perents‟ Reactions to teacher Practices of Parent Involvement, The Elementary School Journal. 86 (3). 34-39. Finders, M. & Lewis, C, (1999). Why Parents Don‟t Come to School. Educational Leadership. 34. 56-59. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2001 : Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Di Sekolah. Joyce L. Epstein, M.G. Sanders, B.S. Simon, K.C. Salinas, N.R. Jansorn, and F.L. Voorhis, Corwin, School, Family, and Community Partnerships: Your Handbook for nd ction (2 edition), Thousand Oaks, CA, 2002.
16
Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti Luneburg, F. C. & Irby, B. J. (2002). Parent involvement: A key to student achievement. Paper presented at the annual meeting of the National Council of Professors of Educational Administration, Burlington, 5-10 August. Marcon, R. A. 1999. Positive relationships between parent school involvement and public school inner-city preschooler‟s development and academic performance. The School Psychology Review 28(3), 395–412. Miedel, W. T., & Reynolds, A. J. 1999. Parent involvement in early intervention for disadvantaged children: does it matter? Chicago longitudinal study. Journal of School Psychology 37(4), 379–402. Morrison, G.S.1978. Parent involvement in the home, school and community. Ohio: Charles E. Merrill Publishing Company. Rohati Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah Cabaran Kualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Zulkifli Abd Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad & Ismi arif Ismail (2011). Hunungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(2). 31-40.
17